PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, May 26, 2016

PENGUMUMAN PENTING!!!

         Pre-Order 'Pemilik Hati'

PRINT ON DEMAMD. BAKI PRE-ORDER HANYA TINGGAL 140 Copies. X ADA CETAKAN KEDUA. BUKU AKAN MULA DIPOS JULY 2016. LAST PEMBAYARAN 3 JUNE 2016.

PM Hana di FB atau email pada:

FB: Hana Efriena
Email: he_dynamic@yahoo.com.my




Assalam, dgn ini saya rasmikan pembukaan order novel PEMILIK HATI. Dalam ni ada dua buah cerita iaitu GIVE AND TAKE dan MILIK TUAN DIKTATOR.

~SINOPSIS (PEMILIK HATI)~


GIVE AND TAKE

Firyad Qaiyum perlukan perkahwinan untuk elakkan diri daripada berkahwin dengan Elena, wanita yang terlalu obses pada dirinya. Manakala, Lufya Malika pula perlukan seorang bayi untuk membolehkan dia mewarisi harta peninggalan arwah neneknya. Bayi yang akan wujud daripada rahimnya sendiri. Itu pesan Nenda Malini.

Lantas, peluang yang ada serta-merta direbut. Lufya yang tamak. Firyad yang penuh dengan egois. Masing-masing perlukan perkahwinan untuk kepentingan diri sendiri.

Yad, you kata you tak nak kahwin dengan Elena kan? – Lufya Malika

Firyad angguk. Mengiyakan.

Kalau macam tu, you kahwin dengan I. – Lufya Malika

Firyad buntu. Bertambah celaru bila tiba-tiba Lufya buat permintaan itu pada waktu yang gawat. Pasti ada sesuatu yang mendesak Lufya.

Jujur dengan I. You masih ada agenda lain kan, Luf? – Firyad Qaiyum

Senang cerita perkahwinan ni macam give and take sebab I perlukan anak untuk dapatkan harta Nenda Malini. – Lufya Malika

Dan andai saja cadangan Lufya itu diterima, bernarkah perkahwinan mereka semata-mata untuk memenuhi keinginan kedua-dua belah pihak? Give and take? Sungguh Firyad masih tidak mampu menghadam.

MILIK TUAN DIKTATOR

Kisah cinta di antara dua jiwa. Kalau dulu, begitu payah dia hendak dapatkan hati milik Haura Qayreena. Namun bila Allah S.W.T sendiri dah balikkan hati seseorang, daripada benci boleh menjadi suka. Sekelip mata, lelaki yang ditolak mentah-mentah itu dululah yang kembali dikejar oleh Qayreena.

Mungkin dulu Qayreena melihat Luqaz Ibrahim hanya sekadar lelaki yang berasal daripada kampung. Sementelah sepuluh tahun hampir berlalu, masih sama lagikah pesepsinya terhadap lelaki itu?

Dr. Luqaz Ibrahim. Tugas lelaki itu bukan sekadar merawat pesakit. Bahkan, Luqaz perlu juga merawat hati Qayreena yang ‘terkesan’ teruk dengan perubahan lelaki itu.

I boleh terima kewujudan you dalam hidup I untuk kali kedua. Tapi, you kena ikut cara I. Hanya ikut cakap I dan I tak sukakan bantahan. – Luqaz Ibrahim

Qayreena rasa terhenyak. Fikir dia, begitu senang hendak menawan hati lelaki yang pernah gilakan dia suatu ketika dahulu. Hanya disebabkan satu penolakan, Luqaz berubah menjadi seorang lelaki diktator.

Bila I kata I nak you, you kena bersiap-sedia. Sebab Luqaz Ibrahim yang penyabar dah lama tak ada. – Luqaz Ibrahim

Saya akan buat awak jatuh cinta lagi, Qaz. – Haura Qayreena

Itu nekad Qayreena. Diri dia, jiwa dia.. adalah milik tuan diktator. Selagi ‘title’ itu masih dia sandang, dia takkan pernah jemu untuk melembutkan hati sejuk beku milik Luqaz. Doanya agar hati Luqaz masih tetap sama seperti dulu. Mencintai dia sepenuh hati.
ATTENTION: Segala update, teaser dan novel2 Hana mmg Hana xup di blog dh. Sebab ada kes plagiarism. Jadi kalau nk bce karya Hana dan ikuti perkembangan Hana, blh ke group Fb Hana. Search 'Hana Efryna's Novel & Cerpen'. Pengikut dalam tu lebih kurg 4.6k.

HARGA:



Wednesday, December 2, 2015

ATTENTION!

CETAKAN TERHAD!

JADI ISTERI AKU (JIA)




Assalamualaikum.. ada pengumuman sedikit. Hana akn terbitkan LIMITED EDITION pada JANUARI 2016. Pre-Order dah bermula dan tamat pada 11 DECEMBER 2015. Hanya yg order dan buat pembayaran pada masa yg ditetapkan sahaja akan dihantar nama ke kilang. 

TAKKAN diulang cetak dalam masa terdekat atau mungkin TAKKAN ada ulangan cetak langsung. Sambungan daripada LE 'AKAN TETAP DIRIMU'. 

Sesiapa nak order, blhlah pm facebook Hana atau email Hana utk dapatkan keterangan lanjut.

FB: Hana Efriena (HE)

Email : He_dynamic@yahoo.com.my


KUOTA yang berbaki sgt sedikit kerana order hanya akan diambil maksimum 1000 copies. 

Harga Hana letakkan di bawah.

RM35 SM, RM42 SS *Termasuk kos postage


P/S : Dalam cerita ni ada extra cerpen SUAMI KLON. Kalau nak, sila dapatkannya. :)





Thursday, September 10, 2015

NEW NOVEL : AKAN TETAP DIRIMU (ATD)

Assalamualaikum, sukacitanya Hana nak maklumkan Hana ada terbitkan novel ke 7. Kali ketiga Hana terbitkan under nama sendiri, He Dynamic.

Kuota hanya 1k dan sekarang cetakan pertama dh nak habis terjual. Hanya tggl beberapa puluh buah je lagi. Untuk pengetahuan anda2 semua, dalam kompilasi ni ada cerpen di sini yg Hana sambung habis iaitu SUAMI UNTUK DICINTAI.

Price :

RM32, (SM), RM39 (SS)



Sunday, June 21, 2015

DIA.. SUAMI TAK DIRANCANG (DSTD) dah ke versi cetak. 


Assalam.. sukacitanya Hana nk maklumkan DSTD dh ke versi cetak. Tapi, print on demand. 500 buah shj. Skrg order dh nk penuh kuota. Spe nak, pm Hana kt fb ya?


Tq,

HANA EFRIENA (HE)





Monday, February 2, 2015

ORDER 'DAN KERANA CINTA' SUDAH DIBUKA.

LIMITED EDITION (STOK TERHAD)



KAPTEN NAFIZ NASIR (JAJC)


P/S :  Assalamualaikum.. sempena thn 2015, projek Hana bersama Nafiz and Hash dah selamat berada di tangan pembaca. Stok sgt2 terhad. Sesiapa yang berminat, boleh ke Facebook Hana (HANA EFRIENA) utk tempahan. Dekt situ, Hana akan trgkan cara2 pembelian. Novel LIMITED EDITION ini adalah terbitan Hana sendiri dan tidak masuk ke mana2 kedai buku. 

Dalam Limited Edition DAN KERANA CINTA, ada 2 kisah cinta yang berbeza ditulis oleh dua penulis yang berbeza. Dijelaskan, JIKA AKU JATUH CINTA (JAJC).. Hana gunakan real hero dan gmbr sebenar iaitu NAFIZ NASIR sebagai latar untuk melakar watak hero. Namun, cerita adalah rekaan semata-mata. TQ.. 

JIKA AKU JATUH CINTA - HANA EFRIENA & NAFIZ NASIR

KU PASRAHKAN HATIKU - HASH AULIAA


RM 24 + RM6 (POSTAGE) = RM 30 (SM)

RM 27 + RM10 (POSTAGE) = RM37 (SS)


      Sedikit sedutan JIKA AKU JATUH CINTA - HANA EFRIENA & NAFIZ NASIR

      ***************************

“Kalau saya kahwin dengan awak, saya dapat apa?” Soalan yang langsung Kayla tak jangka bakal terluah dari bibir sendiri.

“Dapat anak.” Laju saja Nafiz menjawab.

Kayla dah tak tertelan liur rasanya. Niat nak kenakan Nafiz, alih dia yang terkena balik. Tak adil sungguh!

“Janganlah main-main.” Malu sungguh Kayla dengan usikan Nafiz.

“Mana ada I main-main. Betullah I cakap. Kalau you kahwin dengan I, sah-sah kita akan dapat anak. You cuma perlu cakap aje, berapa ramai yang you nak? Insya-Allah I mampu. Tolong I tambahkan umat Nabi Muhammad. Boleh kan?” Nafiz masih tak henti nak mengusik. Kayla dah rasa kebas kedua-dua belah pipi.


“Kapten Nafizzz..” Suara geram mula terbit dari bibir Kayla.


Sedikit sedutan KU PASRAHKAN HATIKU - HASH AULIAA

***************************

Buat apa dekat sini sorang-sorang?” Suara Naj Ilham betul-betul berada dekat di cuping telinganya hingga buat Alish menggeliat kegeliaan. Dia memang pantang bila tempat itu dicuit. Sensitif!

“Masak,” perli Alish selamba. Dia membiarkan tubuhnya dipeluk daripada belakang. Boleh tak, kalau dia cakap yang dia juga rindukan belaian itu, namun hati dia menafikan.

“Masak apa tengah-tengah koridor macam ni? Dapurnya mana? Kuali?” Tubuh isteri dia belek menghadapnya. Kedua-dua belah lengan ditongkat di atas bahu Alish, sambil dia menundukkan sedikit wajah.

Amboi, mentang-mentanglah dia tu tinggi, apa dia ingat bahu aku tempat lengan dia berehat ke apa?

“Ni perli secara ‘sopan’ ke apa?” Lengan yang selesa mendarat itu, dia cubit geram. Seraya itu, Naj Ilham gelak kuat apabila melihat wajah mencuka isterinya itu.




SEKIAN.. 

Tuesday, November 11, 2014

MAIN-MAIN CINTA & JIKA AKU JATUH CINTA (JAJC)

PENGUMUMAN PENTING! 


Assalamualaikum pengunjung blog yang hana sayangi, maaf sebab dah lama xupdate blog. Hana busy sejak masuk DEGREE ni, Tak sempat nk smbung cerita. Tapi, sedang cuba utk siapkan cerita2 yg tertangguh. Sebenarnya ada dua berita yang hana nak khabarkan di sini.

PERTAMA..  hana dah terbit novel KETIGA under IDEA KREATIF PUBLICATION. Novel ketiga Hana bertajuk MAIN-MAIN CINTA.


SINOPSIS :


Mulanya, sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk menundukkan player terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat.

Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat yang harus diajar agar lebih menghargai wanita.

Tapi persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca.

“Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia
“Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed

Mengenali Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan.

“Kan I tak benarkan?” - Raed
“Dr. Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” - Shazia
“Jadi, beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed
“Untuk kali ke-6, I nak lamar you jadi isteri I.” - Raed

Terlalu banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang dipermainkan?

Bila ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi, hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?
 

HARGA :

RM25 (SEMENANJUNG)
RM28 (SABAH/SARAWAK)

_______________________________







KEDUA.. Hana dan penulis Hash Aulia berhajat hendak menerbitkan mini novel LIMITED EDITION bertajuk DAN KERANA CINTA (DKC). InsyaAllah, dalam tahun hadapan mengikut perancangan. Nanti hana update balik. Dalam DKC, kami muatkan dua buah cerita. Untuk cerita Hana, Hana berkongsi idea dengan kawan Hana iaitu, Nafiz Nasir. So, cerita ni relate dgn dia. Tapi, jalan cerita adalah REKAAN SEMATA-MATA. 

Dua buah cerita yang Hana maksudkan iaitu :

1. JIKA AKU JATUH CINTA (Kapten Nafiz Nasir) - HANA EFRIENA 

2. KU PASRAHKAN HATIKU (Naj Ilham) - HASH AULIA


Sesiapa yg nak ikuti teaser ni, boleh request group fb. Tq.






Wednesday, July 30, 2014

Bab 3-MMC


BAB 3

Kuku tangan kugigit perlahan. Mata diliarkan ke kanan dan ke kiri. Pintu yang terpampang ‘Bilik Pensyarah 3’ aku pandang dengan dada yang dah nak meletup sakan.

   “Cari siapa?”

   “Oh emak kau cari abah kau!”Aku termelatah. Hampir saja gerangan empunya suara garau itu hendak ku hempuk dengan buku tebal di tangan.

   Seketika, kedengaran suara ketawa seseorang. Tawa yang sedap didengar. Dan paling penting.. tawa yang dah berjaya mengganggu-gugatkan jiwa aku.

   Darah gemuruh mula naik menyerbu ke segenap ruang. Dia?? Ya Allah.. malunya!

  “You melatah, Thahirah?” Dia renung wajah aku dengan bahu yang masih terhinggut-hinggut menahan tawa.

    Aku senyap. Satu patah kata pun tak bisa keluar dari mulut.

   “Cari I?” Dia ajukan soalan lain pula. Mungkin sebab aku tak membalas soalan pertamanya. Tawanya juga sudah mula beransur reda.

   Aku masih lagi bagaikan disuntik ubat pelali. Tetap teguh menghalakan pandangan menatap seraut wajah yang cukup maskulin itu.

   “Sekali lagi, Thahirah. You nampak terkelu bila jumpa I. Teruknya..” Dia senyum menampakkan dagunya yang terbelah. Gigi pula elok tersusun cantik. Sempurna!

   “A.. apa dia, Dr. Raed?” Aku mula tersedar. Beg sandang yang kugalas ku betul-betulkan sedikit.

   “You cari I ke?” soal dia lagi. Untuk kali kedua soalan sama itu diajukan.

   “Err.. semalam..” Aku jadi serba-salah nak teruskan bicara.

   Lagipun, kalau boleh tak nak ungkit hal semalam sebab salam dia pun aku tak sempat jawab. Sedar-sedar saja butang merah yang aku tekan.

   Lepas tu, barulah pesanan  ringkas daripada dia yang masuk ke dalam inbox. Mengatakan hendak berjumpa dengan aku pagi ini. Jadi, patut ke dia tanya aku soalan macam tu? Dia ni agak pelik juga. Pelik bin ajaib!

   “Ohh.. I lupa I yang text you semalam suruh jumpa I. Come..” ajak dia selepas tersedar akan kealpaannya lalu daun pintu dilebarkan sedikit. Aku diam membatu.

   Dia.. tolong bukakan pintu untuk aku? Biar benar ni?

   “Thahirah.. takkan nak discuss dekat sini?” Keningnya terangkat sebelah. Aku pandang dia terus.

   “Jangan pandang I macam tu..” tegur dia serius. Tapi, entah kenapa mata aku seakan nampak dia seperti sedang menahan senyum daripada terukir.

   “Huh?”

   “Nanti jantung I tembus..”

   “Huh??” Lebih kuat suara aku kali ni. Dia ketawa.

   “Tak ada apa-apa. Come..” ajak dia lagi. Daun pintu semakin dilebarkan.

   Aku mula rasa gerun hendak masuk. Apatah lagi bilik itu cuma menempatkan dia dan Mr. Rayden. Kalau aku masuk, tak timbul fitnah ke? Tiba-tiba otak aku melencong.

   “Dr. Raed.. err..” Terketar-ketar aku nak menyoal dia.

   “Jangan bimbang, Mr. Rayden ada sekali..” Seperti bisa menyelami hati aku, dia juihkan bibir pada Mr. Rayden yang sibuk membelek kertas ujian pelajar.

   Pada masa yang sama, Mr. Rayden juga turut angkat wajah. Mungkin terasa namanya diseru oleh Raed Zayaz agaknya.

   “Hai.. Thahirah..” tegur Mr. Rayden ramah. Siap angkat tangan lagi.

   Namun, sesaat aku nampak wajah Mr. Rayden berubah bila Raed Zayaz aku nampak sedang memakukan pandangan pada Mr. Rayden.

   “Ohh.. hai, Zia..” Nama lain pula yang Mr. Rayden sebut. Aku buat muka. Apa kena dengan dua orang ni?

   “Hai.. Mr. Rayden..” Aku balas sapaan Mr. Rayden mesra.

   So.. are you coming in?” soal Raed Zayaz pada aku pula. Aku jatuhkan kepala perlahan-lahan.

   Raed Zayaz senyum melebar.

  “Duduk dulu, I ada benda nak cakap dengan Mr. Rayden..” Kerusi ditarik untuk aku.

   Sumpah, aku rasa nak pitam waktu ni juga. Ini layanan first class betul dia bagi pada aku!

Hampir sepuluh minit aku lihat Raed Zayaz bercakap-cakap dengan Mr. Rayden sebelum kaki tegap itu melangkah mendapatkan aku.

   Sesekali aku lihat Mr. Rayden melirik pada aku sebelum lelaki cina itu kalihkan matanya pada Raed pula. Senyuman mengejek pula terhias pada bibir Mr. Rayden. Dan pastilah senyuman itu untuk tatapan Raed.

   “Kenapa letak waktu I call semalam?” Soalan lurus dari si dia saat duduk sudah dilabuhkan berdepan dengan aku.

   Aku yang sibuk menelek kuku terus panggung kepala. Tak semena saja terasa bagaikan disimbah sesuatu pada wajah saat soalan jujur itu meluncur dari bibirnya.

   “Terkejut?” soal dia lagi. Kedua-dua belah tangan Raed sulamkan lalu dia bawa pada bibirnya. Mata masih galak memerhatikan aku.

   “Ada hal penting ke Dr. Raed nak jumpa saya?” Sengaja nak alih topik kami.

   “Hanya selepas you jawab soalan I..”

   “Hah?”

   “Thahirah..” Meleret nama aku diserunya. Aku mula rasa tak selesa.

   Just answer my question..” suruh dia tegas.

   “Saya ada kuliah kejap lagi..”

   “Bila I tanya you dan you tak jawab.. patut tak I gelarkan you pelajar yang no manners?” Tiba-tiba. Suara dia pun dah berubah sedikit keras. Mungkin geram akan kedegilanku.

   Huih.. sentap gila kut ayat Raed Zayaz ni.

   No manners? Bukan ke dalam Bahasa Melayu maksudnya.. tak ada adab? Ohooii.. ini dah mencabar aku nampak gayanya.

   “Dr. Raed dah menceroboh privasi saya..” Aku yang mula tercuit dengan kata-katanya mula lencong topik kami. Kalau dia boleh hentam aku, aku pun bolehlah.

    Dia herotkan bibir.

   “Maksud you?”

   “Dr. Raed curi nombor telefon saya..” Aku bidas dia balik. Wajah dengan sendiri dah mencuka.

   Paling tak menahan, aku lupa siapa dia dan siapa pula aku. Ini memang betul-betul tak ada adab. Ah, ada aku kisah?

   “I tak curi. I minta..” sahut dia tak nak mengalah. Wajahnya berkerut tika menafikan tuduhanku.

   “Tapi..” Aku nak membidas, namun dia dah bijak pula mematikan kata-kata aku.

   “Dan I minta pada Qalsum, dia yang rela hati bagi pada I. Jadi, patut ke you tuduh pensyarah you macam tu? Lagi kejam tuduhan you sebab I dapatkan nombor telefon you untuk I serahkan..”

   Bicara dia terhenti. Tangan sasa itu tiba-tiba menolak beberapa helai nota kepadaku. Aku terkebil-kebil pandang dia.

   “You cakap you tak faham taxation. I dah buatkan nota untuk you, I harap you tak ada masalah pasal subjek yang I ajar lepas ni..”

   Tak sempat aku nak proses kata-katanya, aku nampak dia dah bangkit berdiri. Muka dia pun dah berubah lain macam. Tegang!

   I’m done, Thahirah..” tukas dia serius. Aku kerutkan kening. Mendongak pandang dia yang sedang mencerun memandang wajahku.

   Dia ni dah kenapa? Tiba-tiba nak beralih angin. Muka pun dah ketat semacam. Atau.. dia terasa dengan kata-kataku sebentar tadi?

   Ya Allah, Zia! Apa kau dah buat ni?

  Dia sanggup susah-payah buatkan nota untuk kau sebab penipuan kau tu. Dan kau boleh tuduh dia macam tu? Sah sangat-sangat sekarang ni.. Raed Zayaz memang sentap dengan aku. Matilah kali ni!

   “Err.. Dr. Raed..”

   I’m leaving..” pintas dia sekali lagi.

   Aku nampak dia sambar beberapa buah fail di atas meja. Tanda dia sudah bersedia hendak memulakan kuliahnya yang lain pula pada pagi ini.

   Keluhan lemah terhela daripada bibir aku. Aku bangun perlahan-lahan.

   “Saya minta maaf kalau Dr. Raed terasa dengan kata-kata saya tadi..” Tak adil rasanya kalau aku tak minta maaf pada dia.

   Sudahlah dia bersusah-payah melayan ‘auta’ aku. Mana ada pensyarah yang begitu ‘baik hati’ macam Raed Zayaz hendak buatkan nota tangan untuk pelajar sendiri. Kalau ada pun, tak ramai. Dan dia buat nota itu semata-mata kerana aku.

   “Hmm..” gumam dia sambil berpura-pura menyibukkan diri. Sambar itu, sambar ini.

   Macamlah aku tak tahu dia sedang menunjukkan protes padaku. Tapi, patut ke? Ah.. aku sendiri dah keliru dengan gelagat dia yang berubah-ubah.

   “Saya pergi dulu. Terima kasih untuk nota ni. Dan maaf..” Aku tuturkan sekali lagi ungkapan maaf.

   Dia buat tak dengar. Usai saja aku bagi salam, aku atur langkah ke muka pintu.

   Tak sedar bila dia menyaingi langkahku, tiba-tiba terasa ada tangan yang memulas tombol pintu.

   Aku paling ke belakang. Dia suruh aku keluar dulu dengan isyarat matanya itu. Sebaik saja pintu ditutup.. dia sudah halakan kaki ke kanan, manakalah aku pula memliih arah bertentangan kerana tempat kuliah kami yang berbeza.

   Baru beberapa tapak, aku terasa namaku seperti diseru oleh suara garaunya.

   “Thahirah..”

   “Ya..” Aku kalih tubuh menghadap dia yang sedang berdiri beberapa tapak daripada aku. Wajahnya masih sama. Tapi, cuma kali ni lebih kendur. Tidak setegang tadi.

   “Jangan rasa bersalah..”

   “Huh?”

   “Jangan rasa bersalah kalau I macam ni. Sebab yang salah bukan you, tapi I..” Siap saja dia habiskan ayat, aku nampak dia tergesa-gesa pergi meninggalkan aku.

   Terkelu sekejap aku dibuatnya. Sebenarnya.. kenapa dengan seorang Raed Zayaz ni? Aku jadi pening!