PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Kemaafan Yang Dipinta Bab 4


Bab 4
Bersusah-payah Zairil mencempung tubuh yang jelas merengek-rengek manja itu. Peluh merenik di dahi. Cuba mengusir rasa hati yang dah mula terusik dengan tingkah menggoda si isteri. Wajah Darius yang nampak serba-salah ditentang sebaik sahaja tubuh kecil Sufi direbahkan ke tempat duduk sebelah pemandu.
   “ Aril.. Sufi nak Aril.” rengek suara itu manja. Lengan Zairil ditarik-tarik dengan akal yang masih belum berfungsi dengan normal. Zairil naik segan. Dia cuba menolak pegangan yang mula mengusap-usap manja lengannya. Nafas ditarik cuba meredakan perasaan yang berkecamuk hebat. Terlepas sahaja pegangan kejap di lengannya, dia menutup pintu kereta. Masih jelas kelihatan susuk tubuh Sufi yang meliung lentok bahana mabuk yang agak teruk.
   “ Aku Aril, suami Sufi. Kau tentu Darius kan?” soal Zairil lalu menghulurkan tangan. Darius nampak teragak-agak hendak menyambut huluran itu. Tidak marahkah Zairil? Desis hatinya aneh. Wajah tampan itu nampak tenang. Namun, sebagai seorang lelaki.. dia tahu Zairil sedang berusaha menyembunyikan gelodak rasa.
   “ Darius.. Darius Iqbal. Bro, aku minta maaf. Aku tak sepatut..”
   “ Baguslah kalau kau sedar perbuatan kau salah.” sela Zairil laju sebelum sempat Darius hendak menyudahkan kata. Darius tersentak.
   “ Aku.. aku..” Darius tidak tahu hendak berkata apa. Lidahnya lumpuh tiba-tiba. Wajahnya jelas menunjukkan simpati pada Zairil. Bukan dia tidak tahu perkahwinan mereka bukan seperti pasangan yang lain. Sufi seringkali mengutuk dan memaki hamun suaminya ketika berjumpa dengan Darius. Jadi, tak mustahillah kalau Darius tahu segalanya.
   “ Tak apa, aku tahu kau lelaki yang baik. Aku boleh nampak semua tu. Kau rasa bersalah kan sebab keluar dengan isteri aku? Bro, aku tak salahkan kau sebab aku tahu kalau Sufi yang tak mulakan.. kau takkan macam ni. Sepatutnya Sufi sedar kedudukan dia. Tapi.. aku tak nak memaksa dia. Aku faham semuanya. Kau jangan risau.” Panjang lebar Zairil bersuara. Darius ketap bibir. dia benar-benar rasa bersalah.
   “ Ril.. aku pun salah. Kalau aku tak ganggu dan melayan dia, semua takkan jadi.” Zairil hanya diam membatu. Wajah tampan Darius dipandang.
   “ Ril.. aku bersalah. Aku akan jauhkan diri daripada dia. Dia bukan untuk aku. Tapi, dia milik kau. Kau jaga dia. Jaga dia baik-baik. Aku tak pernah jumpa lelaki yang setenang kau bila tahu isteri dia keluar dengan jantan lain. Melalui mata kau, aku dapat lihat rasa cinta yang menggunung buat dia. Aku tahu kau berkorban kerana kau cuba nak menangi hati dia.” balas Darius berjela. Zairil hanya diam lagi. Matanya sahaja nampak bergenang.
   “ Tapi Ril.. satu yang perlu kau tahu. Kita lelaki, dayus kalau kita terlampau berlembut. Kau fikir-fikirkanlah. Kalau dulu aku mungkin penghalang hubungan korang, sekarang aku akan bawa diri. Aku hormat kau. Kau memang layak untuk dia. Aku doakan hubungan korang. Aku pergi dulu, Ril.” Sambung Darius lagi. Dia perlu menjauhkan diri daripada Sufi. Meskipun hatinya masih lagi dicuri oleh gadis bernama Sufi Rania, namun demi lelaki sebaik Zairil Afham.. dia perlu dan wajib berundur.
   Zairil tersenyum hambar. Dia tidak sangka begini reaksi Darius Iqbal. Dia jadi sebak. Langkah Darius yang mula melangkah menyedarkan Zairil.
   “ Bro!!” panggil Zairil lantang. Darius berpaling. Wajahnya tersenyum kelat. Dan Zairil tahu, mereka sama-sama terluka. Darius terluka kerana terpaksa melepaskan wanita yang dicintai kerana aku. Dan aku terluka kerana menyedari hakikat yang cinta Sufi Rania hanya untuk Darius Iqbal.
   “ Terima kasih untuk segalanya.” jerit Zairil sembari tersenyum kecil. Darius angkat ibu jarinya.
   “ Tak ada hal, Ril. Just take care of her. See you again.” balas Darius lalu melangkah pergi. Zairil hanya menghantar pemergian itu dengan pandangan terharu.
   “ Aril.. Sufi nak Aril.” Rengekan Sufi menyentakkan Zairil yang berdiri kaku di pintu kereta. Sufi tika itu sudah membuka kembali pintu kereta. Tingkahnya seolah-olah ingin menapak keluar. Mata cantik itu tertutup-tutup sambil terhuyung-hayang cuba melangkah. Zairil meluru. Tubuh langsing itu dipegang erat. Sufi tersenyum menggoda.
   Tangan kecilnya mula mengusap-usap wajah tampan Zairil tanpa sedar. Zairil terkesima.
   “ Sufi, Sufi mabuk ni. Kita balik ye, sayang? Abang bawa sayang balik rumah.” Zairil memapah tubuh itu kembali ke kereta. Tangan Sufi meliar di wajahnya. Zairil mula rasa debaran yang menggila.
   “ Tak nak balik rumah. Nak pergi hotel. Aril, nak pergi hotel. Kita berdua je.” Sufi masih lagi meracau-racau. Zairil bersusah-payah menolak tubuh itu masuk ke kereta Honda Civicnya.
    “ Sayang.. jangan macam ni.” pujuk Zairil sambil cuba melonggarkan pautan kemas di lehernya. Nafasnya sudah mula tidak teratur dek godaan Sufi.
   “ Sufi rindu Aril. Sufi nak Aril.. jangan tinggal Sufi.” Sufi masih lagi tidak sedar. Zairil terpana. Alangkah indahnya kata-kata rindu itu diucap ketika sedar. Bisik hatinya. Rontaan Sufi kian lemah sebelum pautan itu terlerai dengan sendiri. Zairil tarik nafas lega. Cepat-cepat dia menuju ke pintu kereta bahagian pemandu. Dia perlu segera sampai ke Villa Mawar.

“ Mak Esah.. Mak Esah..” laung Zairil kuat sambil mencempung tubuh is isteri. Mak Esah yang mendengar jeritan majikannya berlari anak.
   “ Ada apa, Aril? Ya Allah.. sampai macam ni sekali.” Mak Esah terkejut melihatkan keadaan Sufi. Tangan Sufi yang sibuk mengusap-usap wajah Zairil dipandang. Zairil cuba mengelak sentuhan itu kerana ia mengganggu dia untuk berbicara pada Mak Esah.
   “ Mak Esah.. tolong Aril. Mak Esah ambilkan tuala kecil dengan besen ye? Nanti Mak Esah tolong lap dan tukar baju Sufi. Aril nak buat minuman panas untuk dia.” jelas Zairil sembari mula mengatur langkah ke bilik. Mak Esah hanya mengangguk pantas. Sempat dia menggeleng kecil melihatkan keadaan Sufi.
    Zairil mula membancuh kopi panas buat isterinya. Seketika, dia terdengar jeritan Sufi dari tingkat atas. Terus perbuatannya kaku.
   “ Aril!! Sufi nak Aril. Tak nak Mak Esah.” jeritan itu bergema pula. Zairil tahu isterinya masih belum sedar lagi. Mungkin terlalu banyak minuman syaitan itu diteguk. Dia menghela nafas panjang  sebelum mula mengatur langkah untuk ke bilik Sufi. Pintu dikuak sebaik tiba di hadapan bilik bercat kuning cair itu.
   “ Kenapa, Mak Esah?” soal dia lemah. Mak Esah berpaling dengan wajah serba-salah. Dan tidak semena-mena, Sufi turun dari katil lalu berlari memeluk tubuh sasanya. Erk! Dia jadi segan pada Mak Esah yang menonton drama sebabak itu.
   “ Aril.. Sufi tak nak Mak Esah yang tukarkan baju Sufi. Sufi nak Aril yang buat. Sufi malu. Aril suami Sufi, tak apa.” rengek suara itu menggoda. Zairil termati kata. Hailah.. takkan dia pula yang nak kena tukar? Lagipun, apa bezanya? Dia dengan Mak Esah sama sahaja. Sebelum ni, dia bukannya pernah melihat anggota tubuh yang terlindung milik isterinya itu. Nafas ditarik lemah. Dia buntu. Mak Esah bangun.
   “ Ril.. rasanya tak ada salahnya kalau Aril turuti kemahuan dia. Dia isteri Aril.” ujar Mak Esah bertujuan untuk mengurangkan rasa buntu majikannya. Kasihan dia pada Zairil. Tentu serba-salah lelaki itu dengan karenah Sufi.
   “ Tapi..” Dia hendak menolak sebelum Sufi mula bertindak agresif pula. Wajah tampannya dicium bertalu-talu. Mak Esah yang melihat pula naik segan. Si Sufi ni memanglah tak tahu malu. Desis hati tua itu. Zairil pula sudah panas wajah.
   “ Sufi.. hei, stop it!” Zairil naik geram. Mak Esah buang pandang ke arah lain. Namun.. Sufi langsung tak makan saman. Masih lagi bertindak agresif.
   “ Err.. takpelah Mak Esah. Aril buat nanti.” ujar dia dengan wajah memerah. Faham akan situasi yang dihadapi oleh Zairil, Mak Esah segera meminta diri. Dia faham Zairil segan dengan kelakuan isterinya.
   “ Okeylah.. Mak Esah keluar dulu.” Buru-buru Mak Esah keluar. Hilang kelibat Mak Esah.. Zairil menutup daun pintu. Tubuh si isteri dicempung lalu dibawa ke katil. Dalam hati, debarannya semakin berkocak hebat menuntut haknya sebagai suami. Tapi.. dia masih waras. Dia takkan buat perkara itu ketika isterinya dibawah keadaan tidak sedar seperti itu. Dia akan cuba bertahan. Ya, dia perlu menahan gelodak hatinya itu.
Terketar-ketar tangan sasa itu cuba merungkaikan baju bertali halus yang dipakai si isteri. Mata dipejam celikkan cuba untuk mengusir keinginan hati yang begitu membuak-buak. Apatah lagi, Sufi masih lagi merengek-rengek manja sekaligus menambahkan rasa ghairah di hatinya.
   Dengan lafas bismillah dia membuka baju Sufi yang sendat itu. Sufi masih lagi meracau-racau kecil. Jantung Zairil memalu kencang sebaik sahaja matanya disaijkan dengan tubuh putih mulus si isteri. Allah.. beratnya dugaan ini. Batinnya terseksa.
   “ Sss.. sejuk.” Bibir Sufi terketar-ketar pula merengek. Zairil kalih pandang. Jelas wajah itu nampak menggigil. Sejuk, mungkin? Yelah.. sudahlah tika ini Sufi sudah tidak berbaju hanya ditutupi dengan pakaian dalamnya sahaja. Malah, aircond pula kuat terpasang. Zairil cepat-cepat bangun untuk mencari baju Sufi. Belum sempat dia hendak bangkit, lengannya ditarik.
   “ Aril.. temankan Sufi. Jangan pergi..” Suara itu menggoda dirinya. Zairil tersentak. Duduk dilabuhkan kembali.
   “ Sufi tak sedar ni, sayang. Abang tukarkan baju Sufi. Then, Sufi rehat ye?” pujuk Zairil. Sufi menggeleng-geleng. Dia mula mendekatkan wajahnya pada wajah Zairil. Zairil terkesima. Sufi nak buat apa ni?
   Tubuh sasanya ditolak lembut oleh tangan kecil itu hingga terbaring ke katil. Kini, dia terperangkap. Sufi sudah elok berada di atas tubuh tegapnya. Mata itu layu memandang wajahnya. Ah, dia tak beleh hanyut. Sufi melakukannya di luar sedar. Dia cuba untuk bangun. Namun, Sufi kembali menekan dada bidangnya lalu tersenyum lembut. Zairil terpana.
   Jangan.. jangan goda abang, Sufi. Tolonglah.. abang tak kuat. Zairil bermonolog. Peluh sudah merecik hebat.
   “ Sufi..” dia baru sahaja hendak membuka mulut, namun Sufi lebih laju dengan aksi menggodanya. Bibir mungil itu sudah tepat berlabuh pada bibirnya. Sungguh, dia benar-benar angankan saat-saat intim ini. Dan tanpa sedar.. dia membalas ciuman tersebut.
   Ah, apa kau buat ni Aril?? Hatinya memberontak lagi. Dia cuba untuk melawan nafsu yang menggila. Tapi, apakan daya.. tangan kecil Sufi sudah mula menyelak t-shirt yang dipakainya. Dan akhirnya.. mereka sama-sama hanyut. Apa yang Zairil harapkan, semoga Sufi tidak akan terus menyalahkan dia tentang apa yang terjadi kini. Dia tewas. Tewas membendung gelodak hati yang sudah lama dahagakan belaian seorang isteri.
   Bersama sepotong doa, dia mengikut rentak si isteri. Mereka menikmati alam rumahtangga yang sebenar-benarnya ditemani lewat malam nan syahdu.




1 comment:

  1. Xda sambungan ke citer ni.. Huhuhu

    ReplyDelete