PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 3


BAB 3

Bengang! Marah! Geram! Itulah ramuan perasaan Farish ketika ini. Beg yang dipenuhi buku-buku dihempas kasar ke atas katil. Dia benar-benar sakit hati dengan gadis bernama Fidya Emalin. Kalau dia ada kuasa halimunan, mahunya dia pergi kepada gadis itu tanpa pengetahuannya lalu menampar-nampar mulut comel itu yang agak lancang.
   Mahu ditarik-tarik dan diuli-uli mulut Fidya sampai jadi lempeng. Kalau dah jadi lempeng, akan dimakannya dengan mencecah gula. Hmm.. Yummy! Farish yang sedar dia sudah melalut lantas meluku kepalanya sendiri. Hish! Ada juga orang macam tu ye? Mereng!
   Menyesal pula dia mengenakan Fidya. Alih-alih dia pula yang terkena. Sudahlah dirinya dipanggil ulat buku. Naik berdesing telinganya tatkala Fidya menggelarkan dirinya dengan panggilan itu. Ketara sangatkah dirinya yang sentiasa bersama dengan buku? Kalau lelaki lain, sudah pasti berkepit dengan teman wanita masing-masing tatkala dia sedang menelaah buku-buku yang saban hari menjadi peneman setia. Namun, dia.. asyik buku, buku dan buku sahaja. 
   Istilah teman wanita langsung tidak diambil pusing. Bukan dia tidak normal. Cuma, dia malas mahu memikirkan perkara itu. Maka, sudah banyak juga perempuan-perempuan yang ditolaknya sehingga ada yang masuk wad akibat demam terkejut dengan penolakan cinta daripada seorang pemuda bernama Tengku Farish Naufal a.k.a ulat buku. Uih! Macam-macam daa..
   Jadi, tidak hairanlah kalau dia sering mendapat anugerah dekan pada setiap semester. Kalau dah ilmu penuh di dada, apa-apa pun boleh. Detik hati Farish lantas merebahkan tubuhnya ke tilam empuk. Dia memandang ke siling. Matanya ralit memerhatikan kipas yang berpusing ligat. Sampai matanya juga turut berpusing gitu. Hehe..
    Hmm.. Fidya Emalin, siap kau lepas ni! Gerutu hati Farish marah. Nama penuh minah senget itu juga diketahui daripada rakan sekelasnya yang juga ada menaruh minat terhadap gadis itu. Tidak sangka pula gadis yang lepas laku seperti Fidya mempunyai peminat.
   Tapi, betul ke nama penuh dia macam tu? Ish! macam tak percaya je. Kalau dipandang pada kad pelajar yang digantung pada leher gadis itu, hanya sebaris nama pendek “Fidya” sahaja yang kelihatan. Tidak sangka pula gadis itu memiliki nama yang cukup menarik. Hmm.. Fidya Emalin?
   “ Woi, yang kau duk tenung kipas tu apa kes?? Cantik sangat ke kipas tu?” sergah Mazwan yang baru pulang dari kampus barangkali. Terperanjat beruk Farish dibuatnya. Lantas Farish mengurut-ngurut dada. Matanya dijegilkan ke arah temannya itu. Mazwan pula buat muka tak bersalah.
   “ Apa? Ingat seram sangat mata kau buat macam tu? Sikit pun tak. Haa.. kau tengok mata aku pulak. Seram tak? Seram tak?” tebak Mazwan sambil matanya dijegilkan lalu dijuling-julingkan. Farish yang sedang ‘panas hati’ langsung ketawa galak dengan aksi spontan temannya itu. Kelakar macam badut sarkas! Hahaha..
    “ Kau ni, Wan.. tak habis-habis loyar buruk.” Farish bersuara bersama tawa yang masih lagi bersisa.
    “ Haa.. kalau kau nak tahu, dulu aku memang nak jadi lawyer. Tapi, tak lepas sebab result SPM aku tak berapa nak masyuklah. Sebab tu sekarang aku jadi macam ni. Dah tak dapat jadi lawyer, loyar buruk pun cukuplah. Sama je, kan?” Mazwan bersuara ceria. Farish menggeleng-gelengkan kepala. Mazwan memang pandai mencipta suasana ceria, sebab itulah siapa sahaja yang berkawan dengan Mazwan akan ketawa sampai kering gusi mendengar lawak santainya. Boleh masuk Raja Lawak.. desis hati Farish.
    “ Woi, kau apa ‘cer’ ni? Aku tengok lain macam aje. Story sikit. Lain bebenor,” tegur Mazwan tatkala terlihat wajah Farish yang kembali kelat setelah agak lama suasana sepi menjengah ruang bilik mereka. Farish mendengus kuat. Soalan daripada temannya itu mengingatkannya tentang kejadian di kafeteria tengahari tadi. Bengang betul! Mazwan sudah terpinga-pinga dengan sikap Farish yang sedang ‘berangin’ itu.
    “ Eiii.. geram. Geram aku, kau tahu tak??” Tiba-tiba Farish menempik melampiaskan rasa marahnya yang sudah kembali menyerang. Tangannya ditumbuk-tumbuk ke tilam. Marah sangatlah tu?? Mazwan yang sedang duduk di kerusi meja belajarnya pula terlompat dengan aksi Farish yang tidak diduga itu. Hampir tergolek ke lantai akibat terlampau terkejut. Hish! Kus semangat.. detik hati Mazwan sambil mengurut-ngurut dadanya.
    “ Eh, mangkuk! Yang kau tiba-tiba terjerit-jerit macam kena histeria ni apa kes?? Bawak ‘bertendang’ dulu.” Mazwan menegur Farish. Farish kembali beristighfar. Dia meraup mukanya dengan kedua-dua tapak tangan. Setelah yakin dirinya tidak diamuk rasa marah, dia mengeluh sedikit. Kesal kerana terlampau mengikut kata hati. Syaitan ni memang syaitan betullah! Suka sangat menggoda anak Adam. Huh!
    “ Kenapa kau ni, Rish?” soal Mazwan prihatin. Dia menarik kerusinya kembali lalu duduk berhadapan dengan temannya. Ingin mendengar luahan hati Farish. Ops! Bukan luahan hati seorang kekasih ye? Tapi, luahan hati seorang kawan yang sedang dilanda masalah yang entah apa-apa. Masih normal lagi ni. Hmm.. sempat lagi Mazwan bermonolog.
   “ Ada sorang minah senget ni. Entah dari planet mana muncul. Suka sakitkan hati aku. Dahlah aku, dipanggilnya ulat buku. Aku geram betullah.” Farish mengadu dengan wajah yang memerah menahan marah. Giginya diketap kuat.
    Sebaik terdengarkan perkataan ‘ulat buku’ itu, Mazwan ketawa sakan. Sampai tergolek-golek dari kerusi. Geli hati benar. Farish pula terpinga-pinga dengan aksi ‘kurang siuman’ temannya itu. Kut ye pun nak gelak, takkanlah sampai tergolek kat bawah? Dahlah aku tengah bengang ni. Boleh pulak dia duk syok ketawa macam langsuir! Dengus hati Farish marah.
    “ Dia panggil kau ulat buku??” soal Mazwan tidak percaya. Lambat-lambat Farish mengangguk. Mazwan bantai gelak lagi. Kahkahkah.. sesuai sangatlah gelaran tu, Rish. Tebak Mazwan di dalam hati dengan ketawa yang masih galak. Farish bangun bercekak pinggang. Lagak ibu tiri nak marah anak tirinya. Takutnya!
   “ Wan, kau boleh tak berhenti gelak? Aku tengah panas ni. Aku hempuk kau dengan botol air ni kang..” Farish bersuara sambil tangannya cuba mencapai botol air Coca Cola yang dibelinya di Medec tadi. Atau dalam bahasa mudah, koperasi.
   Mazwan lantas menutup mulutnya dengan tangan kanannya. Cuba menahan tawa daripada terhambur keluar lagi. Bimbang juga dia melihat wajah tegang yang ditonjolkan oleh Farish.
   “ Okey.. sorry-sorry. Aku minta ampun ye?” pohon Mazwan sambil merapatkan kedua-dua tapak tangannya tanda momohon maaf. Farish menghadiahkan jelingan tajam kepada temannya. Aku bukan main tengah panas hati, dia boleh pulak buat perangai tak semenggah dia tu. Apa punya kawan daa. Hantu punya kawan.
     “ Kau gelak lagi sekali, siap kau. Aku pijak-pijak kau sampai jadi lempeng basi. Kalau nak try, cubalah gelak lagi. Aku serius ni. Cuba tengok muka aku sekarang. Serius kan?” Farish memberi amaran.
   Mazwan telan liur. Huih! Ganas ni, nak pijak aku sampai jadi lempeng basi buat apa? Kan dah tak boleh makan. Mazwan sempat merapu. Mindanya mula membayangkan bentuk fizikal ‘lempeng basi’ yang diperkatakan oleh Farish. Macam mana rupanya ek? Mazwan mengetuk-ngetuk dagunya dengan jari.
   “ Wan, kau ada idea tak kalau nak kenakan orang? Otak kau kan geliga kalau sentuh bab-bab macam ni? Aku nak balas dendamlah kat minah senget tu. Idea aku dah kering-kontang ni,” soal Farish sambil bangun lalu mundar-mandir di hadapan Mazwan. Namun, Mazwan langsung tidak mendengar bait-bait yang keluar dari mulut temannya. Masih lagi sedang berangan.
    “ Wan, kau dengar tak ni?” soal Farish apabila terasa seolah-olah dia sedang bercakap dengan dinding sahaja. Wajahnya dipalingkan menghadap Mazwan. Kerutan di dahinya jelas kelihatan sebaik terpandang wajah temannya yang sedang berfikir dengan jari yang bermain-main di dagu.  
   Ya Allah, aku bercakap sorang rupanya? Bibirnya diketap kuat. Wan! Kau memang cawanlah, Wan!! Jerit Farish di dalam hati.
   Mazwan yang masih khayal dengan dunianya langsung tidak menyedari pandangan tajam yang sedang memerhati seolah-olah mahu ditelan hidup-hidup lagaknya. Sehinggalah ada sesuatu yang menghentam wajahnya. Kedebuk!! Terteleng kepala dibuatnya. Eh.. eh.. kenapa pulak dengan kepala aku ni? Nak joget lagu rap ke apa?
    “ Woi, apa ni main baling-baling bantal pulak? Sakit, tahu?” Mazwan mengusap-usap mukanya yang sakit dek terkena bantal yang dibaling oleh Farish.
    Farish tersenyum sinis. Aku punyalah berbuih mulut cakap dengan dia. Dia boleh pulak duk berangan. Ni mesti berangankan ‘lempeng basi’. Pantang sebut pasal makanan.  Bebel hati Farish yang memang sudah sedia maklum akan tabiat Mazwan yang ‘hantu makan’. Namun, yang dia hairan. Tubuh Mazwan tetap ‘maintain’. Apalah rahsianya ek? Nak juga aku tahu.
   “ Aku dah hilang sabar, aku hempuklah kau dengan bantal tu. Nasib baik dengan bantal. Kalau dengan buku ni, dah masuk ICU kau sekarang ni,” balas Farish sambil mengangkat buku tebal yang berhampirannya.
    “ Alah, takkanlah kejam sampai macam tu? Aku tahu, kau mesti tak sanggup punya, kan? Sebab nanti tak ada orang nak hiburkan kau,” tebak Mazwan meskipun jantungnya sudah tunggang-langgang mengalunkan irama rock kapak. Bimbang seandainya Farish benar-benar tegar melakukannya. Nanti cacatlah wajahnya yang agak kacak itu. Erkk.. kacak ke??
    “ Kau cubalah berangan lagi masa aku tengah bercakap. Wait and see, okey?” gertak Farish berpura-pura. Mana mungkin dia tergamak berkasar sebegitu dengan temannya. Setakat bantal tu.. bolehlah. Kalau buku ni hah, mahu kemek muka si Mazwan ni. Detik hatinya lucu.
    “ Eh, janganlah. Aku janji tak buat dah. Kau jangan hempuk aku ek? Nanti dah tak handsome pula. Kang Heryna lari tinggalkan aku, siapa susah? Kau juga kan sebab terpaksa dengar aku melalak sampai ke pagi,” larang Mazwan. Farish sudah menyembunyikan tawa.
   Masih dia ingat lagi, lebih kurang sebulan yang lepas. Temannya itu pulang dengan keadaan orang yang sedang mati bini. Apabila disoal.. langsung Mazwan bercerita sambil melalak sampailah ke pagi. Tu pun setelah penat melalak, sehingga terlelap.
   Puncanya, bergaduh dengan si Heryna dan teman wanitanya itu mengugut ingin berpisah. Sengal tahap meroyan. Alih-alih, esoknya dia terserempak Mazwan sedang berkepit dengan Heryna di perpustakaan. Bergaduhlah sangat. Buat bazir air mata, last-last berbaik jugak.
    “ Dah-dah.. aku tak adalah jahat sangat sampai macam tu. Kau jangan nak merepek pulak.” Farish bersuara. Malas mahu melayan karenah temannya. Kalau dilayan, semakin melalut. Sampai ke planet Zuhal pula nanti.
    Yelah.. yelah. Hmm.. kau nak cakap apa sebenarnya tadi?” soal Mazwan berbalik kepada topik asal. Farish kembali mengeluh. Ni yang gua malas ni. Ulang benda sama. Kan dah bazir air liur. Tak boleh nak berjimat langsung.. dengus hatinya.
    “ Aku nak minta tolong kau sikit, boleh?” pinta Farish dengan bersungguh-sungguh. Mazwan mengerutkan dahi.
    “ Minta tolong apa pulak ni, Rish? Kalau boleh tolong, aku tolong.” Sebaik mendengarkan jawapan Mazwan, bibir Farish menguntumkan senyuman sinis. Senyuman yang tersembunyi niat ala-ala orang tengah miang pun ada. Mazwan terpinga-pinga. Apa pasal dia buat muka orang tengah miang keladi ni? Seram pulak aku. Mindanya sudah memikirkan perkara yang bukan-bukan.
    “ Rish, kau jangan Rish. Kut ye pun kau tak ada awek, janganlah kau minta dengan aku macam tu. Aku lelaki normal, Rish. Kau tak baik kalau simpan niat macam tu kat aku. Allah marah tau? Lagipun, aku tak sanggup buat perkara terkutuk macam tu. Kalau Heryna tahu, kecewa 44 hari dia nanti,” luah Mazwan yang otaknya sudah melencong ke arah lain.
   Farish membuntangkan biji mata. Apa pasallah aku dapat kawan bengap tahap dewa macam ni?? Desis hati Farish sambil menghantuk-hantuk kepalanya ke katil. Lain yang aku nak cakap, lain pula yang dia ni faham. Mama, tolong Rish mama. Sikit lagi Rish nak gila layan mamat seekor ni. Aduh!! 

No comments:

Post a Comment