PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, March 30, 2013

Misi Mencari Cik Ikhlas (Part 7)


Amir mengetuk-ngetuk dahinya dengan jemari sambil santai berbaring di atas katil bersaiz king miliknya. Kakinya disilangkan satu sama lain. Seketika dia tersengih dan seketika dia muram. Rasa lucu mengenangkan perbualan dia bersama Pak Salleh tadi. Rasa muram bila mengenangkan Sara. Alahai.. macam mana boleh kantoi pula tadi.  Dia mula tersengih-sengih tatkala mindanya mula memproses kembali perbualan dia bersama bakal bapa mertua tadi.

   “ Err.. pak cik cakap apa ni?” Amir sudah pucat lesi. Hailah.. takkan dia tak hebat dalam aktiviti penyamaran kot? Heh.. mahu tak kantoi kalau mulut tu asyik nak terlepas aje. Pak Salleh tarik senyum herot.

   “ Pak cik cakap pak cik kenal kamu. Buang tahi lalat tu. Apa kamu ni tak korek telinga dah setahun ke apa??” Amboi Pak Salleh ni.. memang mulut dia ni jenis straight forward aje. Tak ada dah nak corner-corner singgah mana-mana dulu. Minum air ke, makan nasi ke? Eh, apa pula aku mencarut ni. Hish!

  Amir sentap sekejap. Hai.. kalau tak mengenangkan Pak Salleh ni ayah si Cik Ikhlas, dah lama dah dia buat goreng masak kicap. Mulut ya ampun, berdesup memanah hati. Huh! Sabar Mir, sabar. Hormat tu penting.

   “ Pak cik bergurau ni. Saya mana ada menyamar ke apa? Memang tahi lalat as.. adoi!!” Amir menjerit kuat sambil menggosok-gosok bahagian atas bibirnya tatkala tahi lalat yang dipakai sudah kuat ditarik oleh Pak Salleh. Pak Salleh menggentel-gentel tahi lalat palsu itu seraya tersenyum sinis. Kali ni, Amir memang rasa nak pitam dah.

   Adoiyai.. takkan nak cakap tahi lalat tu memang asli kot? Memang mustahil dah. Kalau senang macam tu aje nak cabut tahi lalat, tak ada dah orang yang pergi buang tahi lalat guna rawatan laser tu. Serah kat Pak Salleh, memang masalah tahi lalat selesai tak sampai tiga minit.

   “ Err.. err..” Amir tergagap-gagap dengan wajah memerah menahan perit dek tingkah brutal Pak Salleh tadi. Nasiblah dapat bakal bapa mertua rock kapak macam ni. Hehe.. Amir mengomel sendiri.

   “ Haa.. kan dah gagap tu. Ni cuba story biskut merry sikit kat pak cik. Apa kes kamu perlu nak menyamar macam ni? Dengan kereta Mr. Bean. Dengan nama Ayed bin apa tadi? Ayed bin Oyod.. Eh, dah bunyi macam boyot pula.” omel Pak Salleh merepek-meraban. Amir kelu. Nak jawab apa ni?

   “ Err.. Ayed bin Ayod, pak cik. Oyod tu abang Ayod. Tapi, dalam dunia fantasi ajelah..” jawab Amir perlahan tanpa sedar. Mukanya dah menunduk takut. Tak sangka secepat ni misi menyamarnya kantoi dengan ayah si Cik Ikhlas.

   “ Apa kamu cakap??” soal Pak Salleh bagaikan terdengar sesuatu. Amir terus bulatkan biji mata. Erk!

   “ Eh, tak ada apa-apa. Tak ada apa-apa, pak cik.” Laju Amir menafikan. Pak Salleh percaya bulat-bulat sambil terangguk-angguk beberapa kali. Melihat tingkah Pak Salleh, Amir hela nafas lega. Fuh.. selamat dia percaya.

   “ Hah.. berbalik kepada soalan pak cik tadi. Cuba kamu terangkan sebab-sebabnya. Hmm.. pak cik nak lima alasan. Kalau tak, pak cik hambat kamu dengan batang penyapu kejap lagi.” Pak Salleh sengaja mengugut. Amir sudah kecut perut. Biar betul nak buat macam tu? Tak kejam ke, Pak Salleh oii??

   “ Kamu nak jawab ke tidak ni? kalau tak nak.. kamu tunggu sini kejap.” Pak Salleh sudah mula hendak berlalu. Amir buat muka. Dah dia nak ke mana pula tu? Dengan wajah blur, Amir menyoal.

   “ Nak ke mana, pak cik? Kalau nak hidangkan air, tak usahlah sebab kan tadi Ara dah pergi buatkan,” ujar Amir sopan. Pak Salleh berpaling lalu tersenyum sinis.

   “ Nak hidangkan penyapu ni hah. Biar melekat terus kat batang hidung kamu.” Gulp!! Amir terus telan liur mendengar jawapan itu. Wajahnya berubah kelat.

   “ Pak cik, salah Amir apa?” Amir sudah rasa nak menangis. Pak Salleh gelak kuat.

   “ Oh.. jadi nama Ayed ni Amirlah ye?” soal Pak Salleh yang dah mula terpacak kembali di sisi Amir. Amir angguk dengan wajah sedih.

   “ Okeylah.. cuba Amir cakap dengan pak cik, Amir kenapa perlu menyamar? Amir ada niat tak elok pada Ara ye?” sela Pak Salleh. Mendengarkan tuduhan itu, pantas Amir menggeleng laju.

   “ Habis tu?” soal Pak Salleh lagi. Amir hela nafas panjang. Mungkin dia perlu berterus-terang. Pak Salleh setia menunggu jawapan dengan tangan disilangkan ke belakang.

   Hmm.. Amir terus-terang ajelah. Amir memang sumpah tak ada niat bukan-bukan pada Ara atau keluarga pak cik. Niat Amir cuma nak menjayakan misi mencari Cik Ikhlas,” jelas Amir. Pak Salleh terlopong. Misi mencari Cik Ikhlas apa ke hal pula??

   “ Macam nilah.. Amir cakap bahasa yang mudah difahamilah. Amir nak cari calon isteri. Calon isteri yang ikhlas terima Amir seadanya. Bukan sebab harta atau rupa,” tutur Amir lebih jelas. Pak Salleh terdiam agak lama sebelum akhirnya dia mengangguk faham. Oh, macam tu kisahnya.

   “ Habis tu, kenapa kamu pilih Ara? Disebabkan kamu tak bagi lima alasan yang pak cik nak tadi, sekarang kamu bagi lima sebab kenapa anak perempuan pak cik yang menjadi pilihan kamu?” soal Pak Salleh lagi dengan wajah ingin tahu. Amir pula yang terdiam sejenak.

   “ Okey.. sepuluh sebab pun saya boleh bagi. Pertama.. saya ni memang suka kalau perempuan yang sukakan budak.” Pak Salleh jungkit kening.

   “ Saya boleh nampak ciri-ciri penyayang dalam diri Ara sewaktu kali pertama saya jumpa dia dekat taman dengan anak buah dia yang kembar tu.” Amir menjelaskan. Pak Salleh angguk lagi. Kembar tu mestilah si Izham dan Izzat. Sara memang rapat dengan budak berdua tu.

   “ Lagi?” soal Pak Salleh.

   “ Lagi.. hmm.. sebab Ara gadis yang baik. Saya boleh rasa tu. Ketiga, dia tak pernah malu nak berkawan dengan saya walaupun saya menyamar jadi miskin dan tak kacak.”

   “ Jadi kamu nak cakap kalau kamu ni tak menyamar, muka kamu kacaklah ye? Hish, perasan juga kamu ni.” Pak Salleh sengaja mengusik. Amir terpasung lidah. Eh, dah ke situ pula si Salleh mulut Joyah ni. Huh!

   “ Er.. mana ada, pak cik. Bukan macam tu maksud saya. Abaikan je pasal tu eh? Yang jelas saya cuma nak cakap Ara ikhlas berkawan dengan orang macam saya. Hmm.. sebab seterusnya ialah saya yakin Ara ni jenis pandai hal rumahtangga. Ara pula nampak memang bukan jenis mata duitan dan sopan. Dan sebab terakhir.. err.. err..” Amir dah mula gagap kembali. Pak Salleh buat muka.

   “ Err apa? Sebab terakhir kamu apa? Sebab anak pak cik tu cantik? Sebab..”

   “ Sebab Amir dah mula cintakan dia!!” Amir menjawab laju. Dan seketika, wajahnya membahang malu.

   “ Jadi, sebab tulah kamu menyamar? Nak cari orang yang ikhlas sukakan dan sayangkan kamu?” soal Pak Salleh untuk kepastian. Amir angguk.

   “ Betul kamu cintakan dia?” Pak Salleh menyoal lagi. Kali ni, Amir tak angguk. Dia terus menatap penuh redup wajah tua itu.

   “ Saya memang dah mula sukakan dan cintakan Ara. Saya jujur dengan niat saya.” sela Amir yakin.

   “ Kalau macam tu misi kamu dah tamat.” Amir terlopong. Ah, sudah. Jangan cakap dia tak nak aku jadi menantu dia pula. Dia tak suka aku ke? Amir gelisah. Pak Salleh gelak nipis.

   “ Bukan macam yang kamu fikirkan maksud pak cik. Maksud pak cik, misi kamu dah tamat sebab anak pak cik memang ikhlas dengan mana-mana orang. Tak kira lelaki ataupun perempuan sebab dia memang baik hati. Bukan nak promote anak sendiri, tapi pak cik lebih kenal dia sebab pak cik dah asuh dia selama 23 tahun. Mungkin Ara memang Cik Ikhlas yang kamu cari.” Pak Salleh bersuara tenang. Amir ternganga. Maksudnya apakah? Dia diterima ke?

   “ Pak.. pak cik terima ke saya jadi bakal menantu pak cik?” soal Amir lagi.

   “ Kalau kamu pun ikhlas dengan anak pak cik. Terima dia seadanya,” balas Pak Salleh. Amir tersenyum lebar. Syukur.. Pak Salleh tumpang senyum.

   “ Pak cik, macam mana pak cik tahu saya menyamar?” soal Amir tiba-tiba. Pak Salleh gelak kecil.

   “ Tadi.. waktu kat warung pak cik ada terjumpa gambar kamu kat majalah. Anak perempuan si tauke warung tu jenis suka beli majalah bisnes-bisnes ni sebab dia kata kat dalam tu kebanyakannya lelaki-lelaki handsome dan kaya. Sekali tu masa dia sibuk-sibuk belek majalah, dia terjeri sakan. Macam kena sampuk. Pak cik dan pelanggan lain pun pergi dekatlah nak tahu apa ke hal budak Timah ni? Alih-alih, senang aje dia jawab. Oh my god.. handsome. Jadi laki aku ni memang syok habis.” Pak Salleh ajuk percakapan Timah. Amir gelak lucu. Seketika, tawanya mati. Habis tu, apa kaitan dengan aku pula?

   “ Haa.. mesti kamu nak tahu kaitannya kan? Macam ni.. pak cik pun jenguklah sekali nak tengok seberapa handsome sangat sampai si Timah tu boleh menjerit sakan. Alih-alih, budak tu memang handsome sungguh. Sedap mata menengok,” puji Pak Salleh dengan senyuman penuh makna. Amir masih lagi blur. Pak Salleh medengus.

   “ Hish.. budak tu kamulah, Amir oi. Syed Amir Ridza kan??” sela Pak Salleh geram. Amir tersentak sebelum dia mula angguk mengiyakan.

   “ Tapi.. wajah saya tak sama macam dalam majalah.” Amir masih musykil.

   “ Ni hah.. tadi waktu pak cik nak peluk bahu kamu, kan pak cik tertolak tahi lalat palsu kamu ni. Pak cik dah rasa pelik dah kat situ. Pak cik dah rasa macam pernah nampak wajah kamu. Lepas tu, pak cik cuba bayangkan kalau tahi lalat tu tak ada. Dan ternyata.. memang wajah kamu sama dengan budak dalam majalah tu. Jadi, pak cik yakin kamu menyamar.” Pak Salleh menambah. Oh.. barulah Amir faham.

   “ Jadi..” Baru Amir nak bercakap lanjut, ada suara yang dah mencelah.

   “ Jadi, awak menyamarlah selama ni ye??” soal satu suara. Amir yang masih leka dengan perbualan dia dan Pak Salleh terus sahaja berpusing lalu angguk dengan wajah selamba. Namun, sebaik dia sedar wajah yang tajam menikam matanya, terus dia terbeliak biji mata. Eh??

   “ A.. Ara??” soal Amir cuak. Sara tersenyum sinis. Dia menapak bersama dulang di tangan.

   “ Jadi, awak ni Ayed aka jelmaan Syed Amir Ridzalah ye?” sindir Sara pedas. Pak Salleh perlaha-lahan menyusup pergi. Malas nak masuk campur. Amir kelu. Wajahnya pucat. Kantoi lagi!!

   “ Ara.. jangan macam ni. Saya boleh jelaskan,” ujar Amir kalut.

   “ Nak jelaskan apa lagi? semua awak dah jelaskan tadi. Betul kan, ayah?” soal Sara sambil etrcari-cari kelibat ayahnya. Eh, ayah ni dah ke mana? Dah masuklah tu. Waktu bilalah dia ni menyusup pergi eh? Sara berpaling semula menghadap wajah Amir. Pandangannya penuh geram. Amir tunduk wajah. Takut!

   “ Dahlah, awak selama ni tak ikhlas berkawan dengan saya. Jadi, Encik Ayed kita ni handsome juga tanpa tahi lalat besar dia tu kan? Sangat handsome dah macam Xiam Lim.” sindir Sara lagi lalu dia meletakkan kasar dulang di atas pangkin berhampiran sebelum langkah mula diatur laju. Geramnya kena tipu!!

   “ Ara, nantilah dulu!! Ara!!” Sara tetap melangkah. Laungan Amir tak dihiraukan. Amir mengeluh.

   Seketika, Amir meraba-raba atas bibirnya pula dengan perasaan celaru. Eh, mana pula tahi lalat dia ni? Hailah.. Pak Sallehlah ni!

   “ Adoi.. macam mana nak pujuk si Ara ni??” Amir menjerit kuat bila mana dia sudah mula berada dalam dunia sebenarnya. Ingatan lewat petang tadi sudah beransur pergi. Dia meraup kasar wajahnya lalu dia meniarap di atas katil. Berserabut kepalanya tika ini. Habislah kalau Sara dah tak mahu jumpa dia. Merana nanti!!

   Ah, Mizal.. awak kena tolong saya!! Jerit batin Amir.

2 comments:

  1. wahh! best2! sgt menarik! hehe... good job kak hana! hmmm! x sabar nk tggu kak hana sambung after habis final.

    ReplyDelete
  2. Pujuk amir pujuk la ara tu... Mrajuj mnja tu hehe best la hana
    -sweetheart87-

    ReplyDelete