BAB
3
Kuku tangan kugigit perlahan. Mata diliarkan ke
kanan dan ke kiri. Pintu yang terpampang ‘Bilik Pensyarah 3’ aku pandang dengan
dada yang dah nak meletup sakan.
“Cari
siapa?”
“Oh emak
kau cari abah kau!”Aku termelatah. Hampir saja gerangan empunya suara garau itu
hendak ku hempuk dengan buku tebal di tangan.
Seketika,
kedengaran suara ketawa seseorang. Tawa yang sedap didengar. Dan paling
penting.. tawa yang dah berjaya mengganggu-gugatkan jiwa aku.
Darah
gemuruh mula naik menyerbu ke segenap ruang. Dia?? Ya Allah.. malunya!
“You
melatah, Thahirah?” Dia renung wajah aku dengan bahu yang masih
terhinggut-hinggut menahan tawa.
Aku
senyap. Satu patah kata pun tak bisa keluar dari mulut.
“Cari I?”
Dia ajukan soalan lain pula. Mungkin sebab aku tak membalas soalan pertamanya.
Tawanya juga sudah mula beransur reda.
Aku masih
lagi bagaikan disuntik ubat pelali. Tetap teguh menghalakan pandangan menatap
seraut wajah yang cukup maskulin itu.
“Sekali
lagi, Thahirah. You nampak terkelu bila jumpa I. Teruknya..” Dia senyum
menampakkan dagunya yang terbelah. Gigi pula elok tersusun cantik. Sempurna!
“A.. apa
dia, Dr. Raed?” Aku mula tersedar. Beg sandang yang kugalas ku betul-betulkan
sedikit.
“You cari I
ke?” soal dia lagi. Untuk kali kedua soalan sama itu diajukan.
“Err..
semalam..” Aku jadi serba-salah nak teruskan bicara.
Lagipun,
kalau boleh tak nak ungkit hal semalam sebab salam dia pun aku tak sempat
jawab. Sedar-sedar saja butang merah yang aku tekan.
Lepas tu,
barulah pesanan ringkas daripada dia
yang masuk ke dalam inbox. Mengatakan
hendak berjumpa dengan aku pagi ini. Jadi, patut ke dia tanya aku soalan macam
tu? Dia ni agak pelik juga. Pelik bin ajaib!
“Ohh.. I
lupa I yang text you semalam suruh jumpa
I. Come..” ajak dia selepas tersedar
akan kealpaannya lalu daun pintu dilebarkan sedikit. Aku diam membatu.
Dia..
tolong bukakan pintu untuk aku? Biar benar ni?
“Thahirah..
takkan nak discuss dekat sini?”
Keningnya terangkat sebelah. Aku pandang dia terus.
“Jangan pandang
I macam tu..” tegur dia serius. Tapi, entah kenapa mata aku seakan nampak dia
seperti sedang menahan senyum daripada terukir.
“Huh?”
“Nanti
jantung I tembus..”
“Huh??”
Lebih kuat suara aku kali ni. Dia ketawa.
“Tak ada
apa-apa. Come..” ajak dia lagi. Daun
pintu semakin dilebarkan.
Aku mula
rasa gerun hendak masuk. Apatah lagi bilik itu cuma menempatkan dia dan Mr. Rayden.
Kalau aku masuk, tak timbul fitnah ke? Tiba-tiba otak aku melencong.
“Dr. Raed..
err..” Terketar-ketar aku nak menyoal dia.
“Jangan
bimbang, Mr. Rayden ada sekali..” Seperti bisa menyelami hati aku, dia juihkan
bibir pada Mr. Rayden yang sibuk membelek kertas ujian pelajar.
Pada masa
yang sama, Mr. Rayden juga turut angkat wajah. Mungkin terasa namanya diseru
oleh Raed Zayaz agaknya.
“Hai..
Thahirah..” tegur Mr. Rayden ramah. Siap angkat tangan lagi.
Namun,
sesaat aku nampak wajah Mr. Rayden berubah bila Raed Zayaz aku nampak sedang
memakukan pandangan pada Mr. Rayden.
“Ohh.. hai,
Zia..” Nama lain pula yang Mr. Rayden sebut. Aku buat muka. Apa kena dengan dua
orang ni?
“Hai.. Mr.
Rayden..” Aku balas sapaan Mr. Rayden mesra.
“So.. are you coming in?” soal Raed Zayaz
pada aku pula. Aku jatuhkan kepala perlahan-lahan.
Raed Zayaz
senyum melebar.
“Duduk dulu,
I ada benda nak cakap dengan Mr. Rayden..” Kerusi ditarik untuk aku.
Sumpah, aku
rasa nak pitam waktu ni juga. Ini layanan first
class betul dia bagi pada aku!
Hampir
sepuluh minit aku lihat Raed Zayaz bercakap-cakap dengan Mr. Rayden sebelum
kaki tegap itu melangkah mendapatkan aku.
Sesekali
aku lihat Mr. Rayden melirik pada aku sebelum lelaki cina itu kalihkan matanya
pada Raed pula. Senyuman mengejek pula terhias pada bibir Mr. Rayden. Dan
pastilah senyuman itu untuk tatapan Raed.
“Kenapa
letak waktu I call semalam?” Soalan
lurus dari si dia saat duduk sudah dilabuhkan berdepan dengan aku.
Aku yang
sibuk menelek kuku terus panggung kepala. Tak semena saja terasa bagaikan
disimbah sesuatu pada wajah saat soalan jujur itu meluncur dari bibirnya.
“Terkejut?”
soal dia lagi. Kedua-dua belah tangan Raed sulamkan lalu dia bawa pada
bibirnya. Mata masih galak memerhatikan aku.
“Ada hal
penting ke Dr. Raed nak jumpa saya?” Sengaja nak alih topik kami.
“Hanya
selepas you jawab soalan I..”
“Hah?”
“Thahirah..” Meleret nama aku diserunya. Aku mula rasa tak selesa.
“Just answer my question..” suruh dia
tegas.
“Saya ada
kuliah kejap lagi..”
“Bila I
tanya you dan you tak jawab.. patut tak I gelarkan you pelajar yang no manners?” Tiba-tiba. Suara dia pun dah
berubah sedikit keras. Mungkin geram akan kedegilanku.
Huih..
sentap gila kut ayat Raed Zayaz ni.
No manners? Bukan ke dalam Bahasa Melayu
maksudnya.. tak ada adab? Ohooii.. ini dah mencabar aku nampak gayanya.
“Dr. Raed
dah menceroboh privasi saya..” Aku yang mula tercuit dengan kata-katanya mula
lencong topik kami. Kalau dia boleh hentam aku, aku pun bolehlah.
Dia
herotkan bibir.
“Maksud
you?”
“Dr. Raed
curi nombor telefon saya..” Aku bidas dia balik. Wajah dengan sendiri dah
mencuka.
Paling tak
menahan, aku lupa siapa dia dan siapa pula aku. Ini memang betul-betul tak ada
adab. Ah, ada aku kisah?
“I tak
curi. I minta..” sahut dia tak nak mengalah. Wajahnya berkerut tika menafikan
tuduhanku.
“Tapi..”
Aku nak membidas, namun dia dah bijak pula mematikan kata-kata aku.
“Dan I
minta pada Qalsum, dia yang rela hati bagi pada I. Jadi, patut ke you tuduh
pensyarah you macam tu? Lagi kejam tuduhan you sebab I dapatkan nombor telefon
you untuk I serahkan..”
Bicara dia terhenti. Tangan sasa itu tiba-tiba
menolak beberapa helai nota kepadaku. Aku terkebil-kebil pandang dia.
“You cakap
you tak faham taxation. I dah buatkan
nota untuk you, I harap you tak ada masalah pasal subjek yang I ajar lepas
ni..”
Tak sempat
aku nak proses kata-katanya, aku nampak dia dah bangkit berdiri. Muka dia pun
dah berubah lain macam. Tegang!
“I’m done, Thahirah..” tukas dia serius.
Aku kerutkan kening. Mendongak pandang dia yang sedang mencerun memandang
wajahku.
Dia ni dah
kenapa? Tiba-tiba nak beralih angin. Muka pun dah ketat semacam. Atau.. dia
terasa dengan kata-kataku sebentar tadi?
Ya Allah,
Zia! Apa kau dah buat ni?
Dia sanggup
susah-payah buatkan nota untuk kau sebab penipuan kau tu. Dan kau boleh tuduh
dia macam tu? Sah sangat-sangat sekarang ni.. Raed Zayaz memang sentap dengan
aku. Matilah kali ni!
“Err.. Dr.
Raed..”
“I’m leaving..” pintas dia sekali lagi.
Aku nampak
dia sambar beberapa buah fail di atas meja. Tanda dia sudah bersedia hendak
memulakan kuliahnya yang lain pula pada pagi ini.
Keluhan
lemah terhela daripada bibir aku. Aku bangun perlahan-lahan.
“Saya minta
maaf kalau Dr. Raed terasa dengan kata-kata saya tadi..” Tak adil rasanya kalau
aku tak minta maaf pada dia.
Sudahlah
dia bersusah-payah melayan ‘auta’ aku. Mana ada pensyarah yang begitu ‘baik
hati’ macam Raed Zayaz hendak buatkan nota tangan untuk pelajar sendiri. Kalau
ada pun, tak ramai. Dan dia buat nota itu semata-mata kerana aku.
“Hmm..”
gumam dia sambil berpura-pura menyibukkan diri. Sambar itu, sambar ini.
Macamlah
aku tak tahu dia sedang menunjukkan protes padaku. Tapi, patut ke? Ah.. aku
sendiri dah keliru dengan gelagat dia yang berubah-ubah.
“Saya pergi
dulu. Terima kasih untuk nota ni. Dan maaf..” Aku tuturkan sekali lagi ungkapan
maaf.
Dia buat
tak dengar. Usai saja aku bagi salam, aku atur langkah ke muka pintu.
Tak sedar
bila dia menyaingi langkahku, tiba-tiba terasa ada tangan yang memulas tombol
pintu.
Aku paling
ke belakang. Dia suruh aku keluar dulu dengan isyarat matanya itu. Sebaik saja
pintu ditutup.. dia sudah halakan kaki ke kanan, manakalah aku pula memliih
arah bertentangan kerana tempat kuliah kami yang berbeza.
Baru
beberapa tapak, aku terasa namaku seperti diseru oleh suara garaunya.
“Thahirah..”
“Ya..” Aku
kalih tubuh menghadap dia yang sedang berdiri beberapa tapak daripada aku.
Wajahnya masih sama. Tapi, cuma kali ni lebih kendur. Tidak setegang tadi.
“Jangan
rasa bersalah..”
“Huh?”
“Jangan
rasa bersalah kalau I macam ni. Sebab yang salah bukan you, tapi I..” Siap saja
dia habiskan ayat, aku nampak dia tergesa-gesa pergi meninggalkan aku.
Terkelu
sekejap aku dibuatnya. Sebenarnya.. kenapa dengan seorang Raed Zayaz ni? Aku
jadi pening!
Takkan Dr dah suka?? ^^
ReplyDeleteGood story but the English words are incorrect.
ReplyDelete"So, are you come in?" This sentence is wrong.
"So, are you coming in?" This sentence is correct. You should use this.
'No manner' is wrong. "No manners" is correct.
No hate yeah. I'm a writer too (In English) but haven't published any books yet. I'm just telling you the right grammar to be used in your future books. :) BTW, I love your novel, MMC.
xx
Dh bce ke mmc versi novel? Rsenye editor dh baiki kot kat dlm novel. cuma kt sini hana xsmpt nk baiki. Dh post lama. Btw tq anony. Gud luck utk ur novel. :)
DeleteDh bce ke mmc versi novel? Rsenye editor dh baiki kot kat dlm novel. cuma kt sini hana xsmpt nk baiki. Dh post lama. Btw tq anony. Gud luck utk ur novel. :)
Deletetajuk penuh novel ni apa ye? ada dijual x secara online?
ReplyDelete