Sara turun dari kereta antik milik Amir. Wajahnya
jelas menunjukkan riak puas. Puas dapat merasai sendiri nikmat menaiki kereta
antik itu. Dari arah rumah kayu setingkat yang bercat coklat itu, kelihatan
kereta Proton Wira Pak Salleh tersadai. Ini bermakna ayah sudah pulang dari pekan.
Desis hati Sara gembira. Pintu ditutup perlahan sebelum dia mula berpaling
menghadap wajah blur Amir.
Amir masih
lagi ligat memerhatikan rumah kayu yang nampak sederhana itu. Hmm.. walaupun kecil. Entah kenapa,
hatinya rasa damai menatap rumah itu. Agaknya sebab aku bakal nak jadi salah
seorang ahli dalam rumah ni tak? Sela Amir sambil tersenyum herot. Sara yang
perasan senyuman itu segera menegur.
“ Yed..
senyum apa sorang-sorang tu? Kena sampuk ke apa?” soal Sara aneh. Amir pantas
berpaling menatap wajah Sara. Seketika, dia malu sendiri. Belakang kepala
digaru kecil.
“ Tak ada
apalah. Ayed senyum sebab Ayed rasa lucu bila ingat balik telatah Ara waktu
naik kereta Ayed ni.” sela Amir cuba mengelat. Sara mengangguk kecil. Percaya
bulat-bulat.
“ Ayed..
jom..” Tak sempat Sara hendak menjemput Amir singgah di rumahnya, sudah ada
satu makhluk yang laju menerpa ke arah mereka berdua. Amir yang masih berdiri
di tepi kereta antik itu ditolak selamba. Amboi.. selambanya dia ni? Hati Amir
membebel kecil. Tapi.. siapa dia ni?
“ Ya
Allah.. ayah ni kenapa? Macam pelesit terus terpacak kat sini.” Sara menyoal
perlahan. Wajah teruja Pak Salleh yang sibuk menilik kereta antik itu sudah dia
dapat tebak. Ayahnya takkan jadi begitu kalau bukan sebab dia teruja melihat
sesuatu yang antik atau yang berkenan di hati. Pak Salleh mengangkat jari
telunjuknya lalu diletakkan ke bibir sendiri. Menyuruh Sara diam. Sara
terlopong dan Amir ternganga. Malunya usah cakaplah. Dah rasa macam nak tempek
bedak sejuk je kat muka ni.
Ayah-ayah.. Sara menggumam kecil.
“ Shh..
diamlah. Ayah nak tengok pun tak senang.” Dengan selambanya Sara dimarah manja.
Sara ketap bibir. Segera, dia melaung nama ibunya.
“ Ibu.. oo
ibu.. tengok ayah ni. Dia buat perangai lagi. Ibu!!” jerit Sara kuat. Amir
makin terkejut. Ya Allah.. suara macam petir. Dia menutup sedikit telingannya.
Perit!
Sekejapan
sahaja, Mak Cik Hasnah sudah muncul di sisi Sara. Dia bercekak pinggang. Sara
tahan senyum. Siaplah ayah nanti kena bebel.
“ Ayahnya..
buat lagi perangai tak semenggah tu. Hish, malu dek oranglah.” Marah Mak Cik
Hasnah perlahan. Belum sampai tahap nak meninggi suara lagi. Berdosa tu. Amir
masih terkebil-kebil menjadi pemerhati setia. Drama apa yang dilakonkan
keluarga Sara ni? Matanya bersilih ganti memandang wajah Sara yang senyum herot,
wajah Mak Cik Hasnah yang jelas nampak marah dan wajah Pak Salleh yang sibuk
menempel di tepi kereta antiknya.
“ Nah ni..
abang nak tengok kereta ni pun tak senang. Cuba Nah tengok.. antik sungguh.
Alah.. macam dalam cerita Mr. Bean tu kan?” Pak Salleh menjawab sebelum mata
dikerling ke arah Amir. Baru perasan kewujudan Amir di situ. Ye ke baru perasan?
“ Eh, ni ke
pemiliknya?” soal Pak Salleh merujuk pada Amir. Amir tersentak sebelum
lambat-lambat dia mengangguk. Senyuman lebar terukir di bibir tua itu. Amir
bertambah pelik.
“ Tuannya
pun dah macam Mr. Bean. Hehe..” Pak Salleh ketawa lucu. Amir rasa nak pitam.
Cis, Mr. Bean dia cakap aku? Kalaulah aku tunjukkan diri yang sebenar, memang
meroyan nak ambil aku jadi menantu. Amir tahan hati. Sara terlopong. Ayahnya
memang bercakap tak ada nak lapik-lapik dulu.
“ Ayahnya..
apa pula cakap tetamu macam tu. Tak eloklah.” tegur Mak Cik Hasnah kurang
senang. Pak Salleh berhenti ketawa sebelum dia bergerak menghampiri Amir. Bahu
sasa lelaki itu dipeluk rapat. Bibir dirapatkan pada telinga Amir. Tanpa
disengajakan, tangan tuanya tersentuh sedikit tahi lalat kecil milik Amir. Amir
mengelak sedikit. Kan tertanggal, susah pula.
“ Pak cik
nak beli kereta kamu tu.. kamu nak jual tak?” soal Pak Salleh perlahan. Amir
terkesima lantas wajah tua yang dekat di pipinya dipandang dengan riak tak
percaya. Pak Salleh kerdipkan matanya sekali sebelum mengangguk kecil. Amir
tersenyum. Alah.. setakat kereta cabuk ni.. dia boleh bagi freelah asalkan dia dapat tawan hati Cik Ikhlas.
“ Ayah..
bisik apa tu?” tegur Sara. Pak Salleh buat sekali lagi. Angkat jari telunjuk
dan suruh Sara diam. Hish, menyibuk aje anak dara ni. Sara tarik muka masam.
“ Pak cik
suka kereta ni?” soal Amir setelah Pak Salleh menjarakkan diri. Mendengarkan
pertanyaan itu, Pak Salleh tayang wajah teruja. Kepala dijatuhkan berkali-kali.
Kononnya!
“ Kalau
macam tu.. pak cik ambiklah. Saya bagi free.
Alah.. kat rumah saya dah ada banyak kereta. Ada Porsche.. ada..” Opss.. dia terlepas cakap lagi. Pak Salleh
dah buat muka terkejut. Tubuhnya dipandang atas bawah. Dia pandang wajah Sara
pula. Jelas, gadis itu turut terkejut. Adoi.. Mizal. Saya ni asyik terlepas
cakap ajelah. Nak kena selotape dah
mulut ni. Hish! Amir berpusing ke belakang lalu menampar-nampar mulutnya.
Perlahan jelah. Kalau tak.. mahu
bengkak bagai kena sengat tebuan nanti. Hehe..
“ Hehe..
saya gurau je, pak cik. Takkanlah
orang miskin macam saya boleh ada kereta mewah macam tu. Sebenarnya, kereta
mainan aje pak cik. Yang harga RM 2 satu. Sebab tak mampu, kereta mainan ajelah
saya beli dulu. Buat tanam semangat supaya suatu hari nanti saya boleh juga
pakai kereta macam tu. Hehe.. Ara, saya gurau je. Mak cik, Ayed gurau je.”
Amir dah kelam-kabut. Dia tersengih-sengih bak kerang busuk. Kepala digaru-garu
macam orang hilang akal. Pak Salleh tergelak kecil.
“ Pak cik
baru nak cakap apa yang kamu dah cakap. Tapi.. eh, apa nama tadi? Yed-Yed.. apa
tu?” soal Pak Salleh.
“ Ayed, pak
cik. Ayed bin Ayod.” balas Amir dengan sengihan lebar. Oh.. Ayeh ye? Ayedlah sangat!
“ Uniknya
nama kawan kamu ni, Ara.” Mak Cik Hasnah menyampuk. Amir sengih lagi. Ha’ah..
unik sangat sampai dia rasa malu aje nak berlakon bawa watak Ayed bin Ayod ni.
Nasib baik Cik Ikhlas punya pasal. Kalau tak.. sendiri mau fahamlah!
“ Haa..
Ayed. Pak cik sambunglah ye? Pak cik
baru nak cakap. Ayed ni bergurau agaknya. Mesti kereta mainan tu.” ujar Pak
Salleh menyambung tawanya. Amir tersengih kelat. Sedap aje mulut Pak Salleh
bercakap.
“ Ayah ni..
gelakkan kawan Ara pula. Yed.. jomlah jemput singgah rumah Ara. Minum-minum
dulu.” cantas Sara segera. Kalau dibiarkan ayahnya bercakap.. memang
merepek-meraban sampai tahun depan.
“ A’ah’’
jomlah singgah. Mak cik buatkan air.” Mak Cik Hasnah turut mempelawa. Amir pula
dengan senang hati menuruti pelawaan Mak Cik Hasnah.
“ Boleh
juga ni Ara, mak cik. Ayed dahagalah.” Amir buat perangai tak sopannya. Kalau
Mizal ada ni.. mahu dileteri perangai tak semenggah Amir ni. Dua kali lima
dengan ayahnya si Sara. Hailah..
“ Kalau
macam tu, jomlah.” gesa Sara sebelum dia mula mengatur langkah. Mak Cik Hasnah
juga turut mengekori lenggok anak daranya. Baru Amir nak melangkah, lengannya
dipaut Pak Salleh. Lelaki tua itu tersenyum penuh agenda.
“ Kenapa,
pak cik?” Amir menyoal lembut. Nak jadi bakal menantu, kena pandai ambil hati.
Tak gitu? Pak Salleh tetap sayang senyum senget sebelah. Dia mendekati Amir.
Sekali lagi dia berbisik.
“ Buang
tahi lalat kamu tu. Ingat pak cik tak kenal kamu ke? Muka kamu ni dah
berkali-kali masuk majalah kan?” getus Pak Salleh sekaligus membuatkan Amir
pucat lesi. Erk!
hahaha...kantoi sudah...ayed la sangat kan...haha
ReplyDeletehehe.. kn2? pdn muka. ayed bin ayod knonnya. sekali Pak Salleh ni sk juga bce majalah2 bisnes.. kantoi..
Deletehahaha... Kantoi sudaaaaaaa!
ReplyDeletemmg hebat laaaaaaaaaa...bapak sara nie.... ;)
heee.. kn2? law rse xlogik, xtaw la.. hana rse logik je Pak Salleh bce majalah kn? :0
DeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteKyaaaaaaa!!! Kantoi! Aduhaiii ayah sara ni. Ingat org tua x baca majalah dahh, ayah sara ni mmg lain drpd yg lain lah. Hmmmm! CONFIRM! Confirm lps ni line clear lah nak tackle cik ikhlas tu, harapnya lahh.. Kak hana, cptla sambung... Hehe.. :)
ReplyDeletehehe.. insyaAllah law xbusy ye deq..
DeleteAda s,bungan lg tak.. nk bacaaa... :-)
ReplyDeletedear.. dh habis dekat blog. cuba tengok belah kiri.. :)
Delete