PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 7


Bab 7
Farish yang baru sahaja selesai membersihkan diri turut melabuhkan punggungnya di sebelah Mazwan yang kelihatan begitu tekun membaca sebuah komik Jepun. Hai.. dah besar panjang pun masih baca komik juga? Macam budak-budak. Hati Farish mengutuk temannya dalam diam.
   Mazwan di sebelah langsung tidak berkutik. Begitu tekun menghadap bahan bacaannya. Farish berdehem beberapa kali.
   Mazwan mendengus perlahan kerana tumpuannya terhadap komik yang dipegang terganggu dengan aksi temannya. Bukan dia tidak faham maksud yang disampaikan melalui deheman itu, namun dia sengaja buat-buat tak faham. Malas nak melayan karenah Farish yang kadang-kala tak masuk dek akal.
   Mazwan mencapai earphone di sebelahnya lantas disumbatkan pada kedua-dua belah lubang telinganya. Berharap Farish faham akan maksud yang ingin disampaikan bahawa dia tidak mahu sebarang gangguan pada waktu ini. Namun, seperti biasa.. Farish mana pernah kenal erti ‘faham’ sebab otak dia memang dah black list tentang item yang satu itu. Tapi, dalam bab belajar, faham pulak dia apa yang diterangkan oleh pensyarah-pensyarah. Ini yang musykil ni.
   Geram dengan reaksi teman di sebelah yang buat ‘dek’ dengan kehadirannya, pantas ditendang batang tubuh yang tengah syok landing atas tilam empuk itu sehingga jatuh tergolek ke bawah. Mujur juga, tendangan itu tidak terlalu kuat. Kalau tak, mahu retak tulang belakang si Mazwan tu.
   Farish sendiri tidak menduga bahawa tendangannya itu mampu membuatkan Mazwan jatuh tergolek seperti nangka busuk. Ketawa yang ditahan-tahan akhirnya terhambur kuat. Bergema seluruh ruang bilik itu dengan suara garau milik Tengku Farish Naufal.
   Mazwan bangun sambil mengurut-ngurut perlahan tulang pinggulnya yang terasa sengal. Matanya tajam menikam wajah yang sedang terhinggut-hinggut ketawa itu. Geram pula dia melihat. Bukannya nak minta maaf, boleh gelak sakan pula macam orang menang loteri. Memang sah ni… sah yang teramat. Sangat-sangat sah! Eh, tapi apa yang sahnya?
   Sahlah kawan aku ni ada penyakit mental tahap nak mampos.
    “ Wei, kau ni kawan ke lawan ni? Kalau kawan, takkanlah aku, kau tendang sesedap coklat Cadbury? Ni dah lawan ni.  Kalau kau rasa kau anak jantan, kau turun sekarang. Turun sekarang. Kita lawan satu sama satu.  Tak payah main cara kotor serang hendap macam ni..” marah Mazwan sambil terkinja-kinja lagak orang nak bertinju. Farish yang baru sahaja berhenti ketawa lantas kembali menyambung tawanya dengan gelagat Mazwan yang agak sengal itu.
   Hish! Mamat ni ada hati pulak nak bertinju malam-malam buta ni. Dah tak ada hari esok gamaknya.. detik hati Farish lucu.
   “ Wan.. Wan.. cuba kau tu tunjuk perangai matang sikit. Dah macam monyet minta pisang aku tengok. Terkinja-kinja. Kau ni kenapa, Wan? Tak faham aku..” Farish bersuara dengan ketawa yang masih bersisa. Mazwan menjegilkan biji mata.
   Tak faham dia cakap? Amboi, ni dah lebih! Dahlah aku ditendangnya sampai tergolek-golek macam dalam scene hindustan. Ala.. yang guling-guling tengah padang tu. Sekarang, boleh pulak dia buat muka innocent dia. Tu aku boleh maaf lagi. Tapi, kalau dah masuk bab tak faham, ni yang aku tak tahan ni. Nenek aku pun tak pernah tendang aku macam tu. Bebel hati Mazwan sarat dengan rasa sakit hati yang tunggu masa nak meledak ibarat gempa bumi 8.5 skala ritcher.
    “ Ni, ambik!! Penangan kencang upah kau ‘ tak faham’..” Mazwan bersuara geram sambil mencapai ‘objek’ yang disidai di penyidai kecil sebelah kirinya. Lantas, ditenyeh-tenyeh sekuat hati ke muka temannya itu. Biar puas hatinya!
   Farish yang tidak menduga, langsung tidak sempat menangkap objek yang dicapai Mazwan itu. Semput juga dia.
   Eh, wangi pulak benda alah ni. Apa pulak si Mazwan tenyeh kat muka aku ni? Tangan Farish sudah mencapai objek ‘asing’ itu lantas dicium-cium. Lubang hidungnya kembang-kempis kerana cuba mengambil bau sambil matanya terpejam. Mazwan terpinga-pinga. Dia ni dah kenapa? Buat aksi seram-seram miang pulak depan aku.
   “ Eh, Wan. Softener jenis apa kau guna ni? Wangilah..” Farish tiba-tiba membuka mulut. Matanya yang tadi terpejam kerana cuba menghayati bau haruman tersebut terbuka sedikit demi sedikit.
    Dan sebaik matanya terbuka luas menangkap ‘objek’ yang dengan syok dicium-cium itu sebentar tadi, dia menepuk laju dahinya. Hampir tersembul keluar biji matanya dek terlalu terkejut. Kepalanya juga sudah berdengung tanda marahnya sudah memuncak hingga ke tahap maksimum. Lantas, dia mengucap panjang.
   “ Innalillahiwainnalillahirajiunn.. apa kau buat ni, Wan?? Kau tahu tak apa benda alah ni??” Bukan mengucap sebenarnya. Akibat terlampau terkejut dengan penangan seluar kecik yang dihadiahkan oleh Mazwan, dia sendiri tidak sedar apa yang diucapkan. Mazwan tersentak sedikit. Eh, siapa pula yang mati ni? Konfius pula aku dengan mamat sorang ni. Dah teruk benar. Eloklah dipercepatkan bawanya ke  Hospital Bahagia.
   “ Eh, apa pulak? Aku belum nak jadi bebal lagilah. Esok-esok lusa jadilah kot sebab terlalu stress melayan karenah kau yang biul tahap gaban..”
   “ Kau sedar tak Wan apa yang kau buat? Kau sedar tak apa benda alah yang aku pegang ni? Kau sedar tak??” soal Farish lantang dengan bibirnya diketap. Lagak Mazwan sudah membuat onar besar sahaja. Kepoh betul mamat ni, kan?
   “ Kau ni dah kenapa? Kau tengok aku tengah membuta ke sekarang ni? Tengah pengsan ke? Elok aku tengah sedar, kau boleh pulak tanya soalan yang kurang pandai dan agak bodoh tu..” Mazwan yang sememangnya lurus itu sudah mula melalut.
   Farish pula rasa mahu dicekik-cekiknya batang leher Mazwan itu. Lepas tu, dicincang lumat sekujur tubuh sasa itu. Lantas, dicampak ke dalam sungai biar dimakan oleh ikan pirana. Tak kiralah Sungai Cempedak ke, Sungai Nangka ke, Sungai Betik ke.. yang penting sungai. Tapi, sejak bila pulak wujud Sungai Nangka dan Betik kat Malaysia ni? Sungai Cempedak tu pernahlah juga didengari. Hmm.. agaknya kat negeri Pasir Berdengung kot?
   “ Kau jangan nak buat lawat sarkas kau kat sini, Wan!!”
   “ Bila pulak aku buat lawak ni? Belum nak masuk Raja Lawak lagilah. Okey.. aku jawab. Benda alah tu aku punya. Dah dua tiga hari tak berbasuh. Then, pagi tadi dengan izin Allah S.W.T yang menggerakkan hati aku.. aku pun pergilah basuh benda alah tu. Dah siap basuh tu, aku sidailah kat dalam ni. Tapi, aku basuh pakai washing machinelah. Tak kuasa aku nak basuh pakai tangan. Boleh terkehel tangan aku ni..” terang Mazwan panjang lebar dengan riak muka selamba badak.
   Hish! Memang tak ada hati dan perasaan betullah si Mazwan ni. Farish yang mendengar langsung terburu-buru ke toilet. Naik mual tekaknya mendengar part yang dua tiga hari tak berbasuh. Pengotor betullah. Euwww..

Sudah puas memuntahkan isi perut, dia kembali menapak ke dalam bilik dengan gaya lemah. Yelah.. manakan tidak. Baru sahaja dia melantak nasi goreng ayam paprik selepas waktu Isyak tadi, sekarang terpaksa dimuntahkan pula. Sudah tentulah tenaganya pun berkurangan.
   Mazwan memerhatikan temannya dengan pandangan aneh.
   “ Rish, kau ni kenapa? Muntah sampai macam tu. Jangan-jangan kau..” Tidak sempat Mazwan menghabiskan ayat, Farish sudah memintas. Boleh pulak dia fikir aku tengah tuttt.. Tak logik betul, kan? Mana ada lelaki pregnant? Gila ke sewel si Mazwan ni??
   “ Kau jangan nak merepek, Wan. Sekali aku lempang, terkelepek kau kat dinding tu. Kau nak ke??” gertak Farish dengan senyuman sinis. Dia kemudian mencapai tisu yang berada di atas meja. Mulutnya dikesat perlahan.
   “ Dah tu, kenapa kau tiba-tiba muntah teruk macam ni?” soal Mazwan musykil.
   Ya Allah, hamba Allah ni betul-betul tak tahu atau memang dah bebal sangat sampai tak boleh nak agak. Geram pulak aku. Farish sudah mengurut-ngurut dadanya untuk meredakan rasa geramnya yang mula mengambil tempat. Tubuh sasa Mazwan semakin mengecil di pandangan mata. Rasa nak ditelan sahaja!!
   “ Ni semua penangan seluar kecik kau tulah! Dahlah kau cakap dua tiga hari tak berbasuh. Pengotor kau ni, Wan..” luah Farish sambil mencemikkan wajahnya.
   “ Pembetulan, ye? Memang dah dua tiga hari tak berbasuh. Tapi, at least aku basuh juga tadi. Yang kau muntah tu pehal pula? Lainlah kalau tak berbasuh..” Mazwan membela diri.
   “ Dahlah. Cakap dengan kau, tahun depan pun belum tentu habis. Asyik nak menang aje. Hoi kawan, kita bukan ada kat Court sekarang? Dan kau kena ingat, bidang kau sekarang bukan lawyer macam yang kau idam-idamkan. Jadi, tak payahlah kau nak berhujah bagai dengan aku.. understood?  sela Farish separuh menyindir. Mazwan mendesah.
   “ Eh, suka hati akulah. Dah mak bapak aku lahirkan aku macam ni..” Mazwan masih tidak mahu mengalah.
   “ Okey.. okey.. you win. Now, straigt to the main reason why I was standing in front of you..” ucap Farish lagi cuba menghentikan debat tak rasmi di antara dia dan Mazwan yang sememangnya tidak pernah mahu terima erti ‘ loser’.
   “ Tahu pun kau. Hah, cakaplah kau nak apa sampai menempel-nempel kat aku tadi?”
   “ Aku malas nak cakap banyak. Macam nilah.. hmm.. plan kau hari tu, aku nak kita jalankan esok malam. Aku nak kenakan si minah senget tu habis-habisan. Biar dia serik nak cari pasal dengan aku dah..” Farish berbalik ke tujuan utamanya. Mazwan mengerutkan dahi. Plan yang mana ni? Setahu aku, hari tu kan ada buat discussion balik. Ada dua plan. Plan yang pertama, katak. Plan yang kedua? Hmm.. rahsia.
    “ Plan yang mana satu ni, Rish? First one or second?” soal Mazwan.
   “ Aku rasa, better yang second punya. Macam gempak sikit. First one tu untuk budak-budak tadika bolehlah kot. Apa pendapat kau?” Farish tidak lupa meminta pendapat daripada mastermind dia itu. Mazwan teranguk-angguk sedikit.
   Hmm.. macam yang kau cakap. Plan kedua tu mungkin gempak sikit. So, kita jalankan plan kedualah ni?” soal mazwan meminta kepastian. Farish mengangguk laju. Tanda yakin dan pasti akan keputusannya.
   “ Sebelum tu, aku nak tanya kau. Kau takkan menyesal ke ni?” Mazwan bertanya lagak polis pencen pula.
   Never. Sebaliknya, aku akan rasa puas kalau plan kita berjaya..” balas Farish angkuh.
   Its up to you. Don’t you regret after this. Pukul berapa kita nak ‘serang’?”
   “ Esok.. aku tunggu kau di gazebo depan bangunan HEA around 9 p.m. Then, kita gerak sama-sama..” Putus Farish setelah agak lama memikirkan masa yang sesuai. Setahu dia, itu adalah masa yang amat ‘cantik’ kerana Fidya kebiasaannya akan membuat discussion di salah sebuah kelas di blok B yang berhampiran perpustakaan itu.
   Okey, set. I’ll waiting you there tomorrow night..” Mazwan membalas.
   Siaplah kau minah senget. Baru kau tahu langit tu tinggi ke, rendah ke. Kau tunggu je esok malam. Farish menggumam sambil mulutnya sudah menguntumkan senyuman sinis penuh agenda tersendiri.



No comments:

Post a Comment