Sinopsis
‘Khilafku Padamu’ (Novel)
Oleh : Hana
Efryna
Perjalanan hidup
Merlissa Umairah terhenti. Terus gelap tanpa cahaya disebabkan satu insiden
yang benar-benar merenggut pergi maruah dirinya. Mahkotanya ibarat terhempas ke
lantai lalu dipijak-pijak dengan kejam oleh seorang insan bergelar lelaki.
“
Mungkin kau dah lupa apa yang kau dah buat pada Nadzril, kawan aku. Tapi..
sampai mati aku akan tetap anggap kau punca kematian dia. Puas kau sekarang?
Puas dengan title seorang ‘playgirl berjaya’?? ~ Syed Adryan
Firdaus
Terpempan seketika
mendengar tuduhan itu. Hampir tubuh tinggi lampai itu rebah menyembah bumi.
Dia? Dituduh menyebabkan kematian seseorang? Allah!!
“ Apa maksud awak, Fir? Saya sebabkan
kematian Nadz? Awak dah gila ke lemparkan tuduhan berat macam tu? Tak, tak
mungkin!” ~ Merlissa Umairah
Kehadiran Syed Adryan
Firdaus merenggut mahkotanya. Hadirnya lelaki itu setelah hampir lima tahun berlalu
hanya untuk membalas dendam demi kematian sahabat baiknya. Maruah diri, mahkota
yang satu-satunya dia punyai direnggut kejam sebelum dirinya terlontar ke satu
lagi lembah penuh duka. Dirinya diikat dengan lafaz ijab dan qabul tanpa
sekelumit cinta di hati lelaki itu. keterpaksaan memaksa Merlissa Umairah merelakan
perkahwinan yang tidak dipinta. Bimbang ada benih haram yang bertandang.
“
Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk
menutup aib. Kalau kau berani buka mulut tentang apa yang aku dah buat, kau
akan menyesal” ~ Syed Adryan Firdaus.
Ugutan keras
melumpuhkan mulut untuk berbicara. Antara paksa dan rela, paksa kerana terpaksa
menerima seorang lelaki yang jelas hendak menjahanamkan hidupnya dan rela demi
menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Ah, diri ini menyesal akan sikap dahulu.
Padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam.
“ Buatlah
apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa Umaiarah.
Dendam Syed Adryan
Firdaus tidak bertahan lama. Puas diseksa tubuh itu, dimaki diri itu.. akhirnya
hadir satu perasaan mengetuk hati. Indah persaan itu melenyapkan rasa dendam
yang dulu bermaharajalela. Namun.. hati terluka si isteri mampukah diubati?
Sedangkan dialah insan yang telah meragut mahkota wanita itu sebelum waktu
halalnya. Mungkinkah masih ada ruang kemaafan buat dirinya yang khilaf menghukumi
insan lemah itu? Dapatkah Merlissa Umairah melupakan kenangan hitam itu?
Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu mengubah segalanya.
im waiting 4 buy dis book....insyaAllah
ReplyDeletesblm baca.. siap2 tisu sekotak.. he3..
ReplyDeleteSalam,macam ne saya nak dapatkan novel ni, sebab saya cari dekat MPH Putrajaya stok habis, macam ner nak dapatkan on9...
ReplyDeleteAssalamualaikum akak apa tajuk novel ni sebenarnya? Kenapa sya cri kat internet x jmpa pon.. And macam mana saya nak beli novel ni ye akak?. Please bg respon
ReplyDelete