PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 2


BAB 2

Perut yang lapar mengheret kaki Fidya untuk segera ke kafeteria. Habis sahaja waktu kuliah Puan Milah, pensyarah dalam mata pelajaran Macroeconomic, Fidya tergopoh-gapah menuju ke kafeteria untuk mengisi perut yang sedari tadi berdondang sayang. Kain baju kurung yang dipakai dipegang sedikit dengan hujung jari supaya tidak mengganggu langkahnya.
   Sebaik sahaja sampai di hadapan pelbagai jenis lauk-pauk yang menyelerakan, Fidya rambang mata untuk memilih menu tengaharinya. Kalau boleh, semua hendak dijamahnya. Namun, dia sedar duit poketnya semakin berkurangan.
   Maklumlah, ayahnya hanya seorang tukang kebun di sebuah sekolah rendah. Ibunya pula sudah lama meninggal dunia kerana menghidap kanser payudara. Akhirnya, Fidya memilih seketul ayam goreng dan sedikit kangkung goreng belacan sebagai menu tengaharinya. Bersederhana sudah!
    Dari jauh, Farish sudah bersiap sedia untuk mengenakan Fidya. Sakit hatinya masih belum beransur pergi sejak kejadian semalam. Walhal, kuliahnya sepatutnya tamat pada pukul 4.30 petang, namun rakannya memaklumkan bahawa kelas untuk sesi petang dibatalkan kerana pensyarah mereka ada urusan penting dan akan diganti pada malam esok. Ah! Ini peluang yang baik. Macam tahu-tahu aje.. desis hati Farish gembira.
   Dia menghampiri tubuh kecil molek milik Fidya. Sebaik sahaja gadis itu ingin beredar ke kaunter untuk membayar harga makanan yang dibeli, Farish terus mengambil kesempatan dengan melanggar tubuh Fidya sehingga nasi yang dipegangnya habis terpelanting. Prang!!
    “ Ops.. sorry. Tak sengaja,” ucap Farish bersama senyuman sinis. Fidya yang masih jatuh terduduk kelihatan membersihkan sisa makanan yang tumpah di atas baju kurungnya. Ramai mata yang memandang. Fidya benar-benar malu. Lantas dia mendongakkan wajahnya. Seketika dia terkedu menatap seraut wajah yang baru dikenali itu. Dia lagi??
    “ Kau lagi? Kenapalah nasib aku malang sangat hari ni?” Fidya bersuara kasar. Fidya berusaha untuk bangun. Sebaik sahaja tubuhnya berdiri menghadap lelaki yang agak menyakitkan hatinya itu, barulah dia terperasan bahawa dia benar-benar tidak dapat menandingi ketinggian lelaki itu. Eh, pendek bebenor aku ni ye? Gumam hati Fidya membuat perbandingan. Sempat lagi tu.
    Ye, aku. Kenapa? Aku tak boleh ke sini ke? Atau kafe ni kepunyaan kau?”
    “ Kau dah langgar aku. Kau bayar ganti rugi,” sela Fidya tiba-tiba. Soalan Farish dibiarkan berlalu sepi. Malas nak layan. Buang air liur aje. Lagi pula, dia malu sebab dah banyak mata-mata yang mencuri pandang ke arahnya. Kalau boleh, dia nak cepat beredar.
    “ Eh, bila pulak aku langgar kau? Apa bukti yang kau ada?” Farish sengaja membakar rentung hati milik Fidya. Sedangkan, memang niatnya untuk melanggar gadis itu. Padan muka!
    “ Aku tak kira. Dah terang-terang kau langgar aku. Bak sini RM5. Ganti rugi untuk makanan ni.” Fidya menadah tangannya. Mulutnya juga dimuncungkan ke arah nasi yang sudah berselerakan di atas lantai. Hmm.. nasib kaulah, nasi. Farish kemudian melambakkan tawa yang agak kuat. Beberapa orang siswa-siswi mengerling ke arah mereka. Fidya menjegilkan biji mata. Hampir terkeluar!
    “ Dasar orang miskin!” kutuk Farish tiba-tiba. Fidya terpempan. Eh, betul ke apa yang aku dengar ni? Soal Fidya kepada diri sendiri sambil mengetuk-ngetuk telinganya. Manalah tahu, kut-kut dia tersilap dengar gara-gara masuk air ke dalam telinga ketika mandi pagi tadi.
     Apa kau cakap?” soal Fidya berani. Matanya bersinar garang. Seperti singa betina hendak menerkam mangsanya sahaja.
    “ Aku mana ada cakap apa-apa,” dalih Farish. Tangan kanannya diselukkan ke dalam poket seluar. Lagak macho gitu.
    “ Aku dengar tadi kau cakap sesuatu.”
    “ Weh, minah senget! Kalau kau dah dengar, tak payahlah minta aku ulang balik.”
    “ Kau memang kurang ajar. Dasar ulat buku kurang kesedaran sivik. Tak tahu nak beradab langsung. Apa punya perangailah kau ni? Buat malu mak kau aje lahirkan kau. Sepatutnya dia menyesal sebab lahirkan kau kat dunia ni. Cakap tak berlapik. Perangai tak semenggah. Baca buku bagai nak rak, tapi langsung tak nampak berilmu. Huh!” Fidya menghamburkan marah. Farish semakin geram. Fidya dilihatnya seperti semut sahaja. Mahu dipijak-pijaknya gadis itu, biar hancur lumat. Aku penyek dengan kaki aku yang very-very strong ni baru tau.

Setelah not RM5 bertukar tangan, Fidya tersenyum lebar. Kalah juga lelaki yang perasan bagus ni dengan aku. Dia belum kenal lagi siapa Fidya Emalin? Haha.. minah gangster paling meletup gitu kat UiTM ni. Eh, aku gangster ke? Tak sesuai.. tak sesuai. Kalau perempuan melayu terakhir tu mungkin sesuai.. desis hati Fidya bersama jari telunjuk yang digoyang-goyangkan. Seolah-olah dia sedang bercakap dengan seseorang.
   Farish memandang gadis di hadapannya dengan riak terkejut. Minah senget dah jadi sewel pulak ke?? Soal hatinya.
   Hmm.. soal siapa?? Soal hatinya daa..
   Fidya yang masih tersenyum ala-ala monyet tengah miang kembali memandang wajah tidak puas hati Farish di hadapannya. Eh, macam mana agaknya rupa  monyet tengah miang ye?? Farish pula kelihatan bengang tahap gaban dengan Fidya dengan insiden tadi sebelum dia memutuskan untuk membayar ganti rugi yang dituntut Fidya.
   Apa tidaknya? Fidya sengaja menghentak-hentakkan kakinya semata-mata untuk meminta ganti rugi. Tangannya pula ditenyeh-tenyeh ke mata. Kononnya menangis. Semua siswa-siswi memandang Farish dengan pandangan aneh. Seolah-olah adegan seorang lelaki yang sedang bergaduh dengan ‘makwe’ sampai menangis-nangis.
    Yang paling bengang apabila Fidya sengaja memalukannya dengan berkata… “ Sampai hati awak buli orang macam saya. Saya kaum yang lemah, tahu? Sudahlah awak tinggalkan saya tanpa kata sebab perempuan lain. Sekarang, awak sengaja nak kenakan saya. Uwaaaa..” Haa.. begitulah ayat minah senget itu tadi. Entah bila pulak aku tinggalkan dia kalau bercinta pun aku tak pernah? Buang tabiat betullah. Minah senget yang skru kepala tercabut! Kau memang nak kena dengan aku. Jerit Farish di dalam hati.
    “ Terima kasih ye?” ucap Fidya kembali sengaja menyakitkan hati Farish. Keningnya terangkat-angkat. Tampak nakal dan comel. Farish pula berdetak-detuk bunyi giginya yang diketap kuat. Cuba menahan sabar.
    “ Hari ni, hari kau. Esok, esok.. tahulah nasib kau ye? Just get ready!” Farish bersuara separuh berbisik. Fidya pula hanya menjongketkan keningnya. Seolah-olah mencabar Farish. Tanpa menungu sesuku saat pun, Farish terus berpaling untuk beredar. Bimbang kesabarannya yang sudah senipis kain baju tidur satin terus meledak. Kebabom!!
    “ Eh, dah nak pergi ke? Alah, belum puas lagi ni. Tadi cari pasal sangat. Dah mengalah ke ulat buku??” sela Fidya sengaja menambah marah di hati Farish. Farish mendengus kuat. Huh! Dia berhenti melangkah lalu berpaling ke arah Fidya semula.
     “ Buat apa aku tunggu lama-lama kat sini? Menghadap muka kau? Kalau cantik, takpelah juga. Ni muka macam nenek kebayan. Buat sakit mata dan sakit hati.” balas Farish tidak mahu mengalah lantas dia terus ‘angkat kaki’. Fidya tersenyum kemenangan.
    “ Duit kau ada balance 30 sen. Kau halal ye?” laung Fidya setelah Farish semakin menjauh darinya. Sesaat kemudian, dia kembali tersengih bak kerang busuk.

No comments:

Post a Comment