PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 1


BAB 1

Fidya menghempaskan beg sandangnya dengan kasar. Dia merebahkan tubuhnya di atas tilam empuk itu. Penat! Hanya itu yang mampu diungkapkan oleh Fidya. Esok, kuliah sudah bermula seperti biasa. Mujur juga kuliahnya bermula pada waktu tengahari. Dapat juga dia bermalas-malasan sementara menunggu waktu kuliahnya tiba. Apatah lagi dia sedang datang bulan. Bolehlah dia tidur sepuasnya.
   Dia melilaukan pandangan. Eh, si Rina ni. Tak balik-balik lagi? Dah pukul 5 petang. Ke manalah minah tu merayap ye? Berkepit dengan Shahril Mazwanlah tu? Macamlah dia seorang aje yang ada couple. Tak sweet pun.. bebel Fidya di dalam hati. Mulutnya ikut terjuih tanda meluat. Hei, jelouslah tu??
   Heryna, teman sebiliknya semenjak dari semester satu sehinggalah dia kini sudah berada di semester ketiga. Walaupun berlainan bidang, mereka tetap sehaluan. Mujur juga perangai Heryna tidak seperti teman-teman bilik yang lain. Fidya dan Heryna serasi bersama. Heryna yang mengambil jurusan Sains sudah dianggap seperti adik kandung sendiri memandangkan Fidya lebih tua beberapa bulan daripada usia Heryna.
    Hye, Fidya. Dah lama sampai?” soal satu suara. Fidya yang baru sahaja hendak melelapkan mata terus terbantut dengan sergahan teman biliknya itu. Ni satu hal, masuk bukannya nak bagi salam. Main redah aje. Dah tu, buat terperanjat aku. Kalau ada sakit jantung berlubang ke, buah pinggang ke, mahu tertiarap aku kat sini. Fidya sudah mula melalut.
    “ Kau ni.. apa punya perangai daa. Bagilah salam dulu, terkejut aku,” bebel Fidya. Heryna hanya tersengih kambing.
    “ Lah, bukan ke aku dah bagi salam tadi? Kau aje yang tak dengar kot?” duga Heryna. Fidya pula sudah buat muka pelik. Ye ke minah ni bagi salam tadi? Ni mesti nak kelentong aku. Aku tak dengar pun?
   Lantas dicapai bantal kecil berbentuk segi empat lalu dibaling ke arah teman biliknya itu. Heryna yang sudah menjangka reaksi Fidya dengan bangganya menyambut bantal tersebut. Yihaaa! Dapat..  Heryna bersorak gembira kerana berjaya menyambut bantal itu. Lagak macam kanak-kanak ribena pun ada. Hehe..
    “ Hei, kalau nak kelentong, silap oranglah! Ni Fidya Emalin bt Abdullah, tahu?” Fidya bersuara angkuh sambil mendabik-dabik dadanya. Heryna sudah melambakkan tawa.
    Yelah, mak cik. Aku mengalah. Kau ni kenapa? Hmm.. aku tengok muka kau macam penat aje? Kau ke mana tadi?” soal Heryna menunjukkan keprihatinan.
   “ Aku ke perpustakaan. Siapkan assignment. Kau tahulah kan, line kat sini tak berapa nak elok. Internet lembap,” luah Fidya sedikit mengeluh. Namun, dalam hati tetap bersyukur kerana masih ada kemudahan wireless di situ. Maka, tidak perlulah dia melanggan broadband bagai. Bolehlah dia berjimat. Hmm.. bagus betullah UiTM di hatiku ini.
   “ Kau sorang je ke?” soal Heryna lagi. Sedikit pelik.
   Hmm.. sepatutnya berdua. Tapi, Aleya cakap dia tak dapat datang. Mak bapak dia datang kolej tadi. Maybe, dia keluar dengan family kot. So, terpaksalah aku siapkan sorang-sorang. Lagipun, kena submit esok,” terang Fidya panjang lebar tanpa syak wasangka.
    Family? Kau yakin ke?”
     “ Entah. Maybe,” balas Fidya acuh tak acuh sahaja.
     “ Kalau tak silap akulah. Tadi, time aku dating dengan Mazwan, aku nampak Aleya duk sibuk berkepit dengan senior kita. Alah, budak seni tu. Jon, Jen.. Jenjen.. apa entah nama mamat tu. Aku dah lupa,”  jelas Heryna sambil mengetuk-ngetuk kepalanya. Fidya pula sudah mengetap bibir. Geram apabila mengetahui dirinya sudah menjadi mangsa penipuan Aleya. Pasti mamat yang dimaksudkan Heryna adalah Jonny Andrew Abdullah. Jejaka Melayu campuran Perancis itu. Pantas Fidya berdiri tegak.
    “ Eh, kau ni apa pasal? Nak nyanyi lagu Negaraku ke?” soal Heryna terpinga-pinga dengan aksi spontan temannya. Tanpa menjawab soalan Heryna, Fidya pantas menghentak-hentakkan kakinya. Kebiasaan yang dibuat apabila dia merasa geram yang teramat.
    “ Benci! Benci! Benci! Siap kau, perempuan! Mati kau esok aku kerjakan. Penipu, pendusta!” dengus Fidya dengan kaki yang masih dihentak-hentakkan. Heryna yang melihat hanya mampu menggeleng-gelengkan kepala dengan mulut ternganga luas. Dia dah mula dah.. desis hati Heryna.

Heryna yang sedang menghayati lagu penyanyi pujaannya, Jang Geun Suk tersentak apabila Fidya tiba-tiba menghempaskan tubuhnya dengan kasar ke atas katil yang didudukinya. Minah ni apa hal pulak? Tak habis lagi ke isu petang tadi? Adoi.. kacau daunlah. Aku baru nak feeling.. desis hati Heryna merungut.
    “ Apa hal pulak kau ni? Macam marah aje?” soal Heryna. Dia memandang wajah ketat yang ditonjolkan oleh teman biliknya itu. Ops! Bukan macam, tapi memang marah! Haa.. baru tepat sikit statement tu.
     “ Aku lupa nak story pada kau. Petang tadi, adalah sorang mamat dari planet mana entah. Aku terserempak dia kat library. Kitorang bergaduh kat situ. Huh! Bengang betul aku. Kalau ikutkan hati, nak aje aku bagi tendangan penalti kat muka dia yang memang macam tenuk tu. ”
   “ Hah? Kau bergaduh? Lebam tak biji mata mamat tu kau kerjakan? Err.. handsome tak mamat tu? Part berapa? Fakulti apa?” Heryna yang sudah terkena dengan penyakit suka menyibuknya itu pantas mengeluarkan soalan cepumas. Terlopong Fidya sebaik sahaja mendengar pertanyaan Heryna.
    “ Weh.. cuba bawa bertenang sikit. Kalaulah Mazwan tahu kau tengah sibuk tanya pasal lelaki lain, mahu merajuk 44 hari dia nanti.” Fidya bersuara setelah agak lama tercengang dengan aksi yang ditunjukkan oleh Heryna. Heryna perlahan-lahan mengukirkan senyuman. Bimbang kerana dia sudah terlajak bertanya.
   “ Alah, kau ni. Aku tanya aje. Aku setia pada yang satu, tahu? Mazwan sorang aje yang bertakhta di hatiku. Alah, macam lagu Faradhiya tu. Bertakhta di hati.” Heryna sudah mula dengan loyar buruknya. Pandai betul mencari helah untuk menutup kesalahan. Huh!
    “ Dah.. dah.. jangan nak merepek. Aku duk bercakap kat sini, kau dah sampai ke Faradhiya pulak. Dengarlah dulu aku nak story ni. Menyampuk je kerjanya.”
    “ Okey-okey.. sambung ye, tuan puteri? Patik minta ampun kerana mencelah.” Heryna membuat lawak. Fidya tersenyum lawa.
    “ Ceritanya macam ni. Tadi, aku tergesa-gesa nak keluar dari library. Masa lalu depan mamat tu.. entah apalah salah aku, aku tersadung sesuatu. Terus terhempap atas dada mamat tu..”
    “ Hah? Kau biar betul, Fidya? Habis tu, badan dia sasa tak? Ada tak dia tengok kau semacam? Alah, dari mata turun ke hati. Ada tak??” Heryna seperti biasa, mencelah lagi. Fidya mengetap bibir tanda geram.
   “ Woi, sengal! Aku belum habis lagilah. Cuba jangan menyampuk. Aku hempuk dengan buku ni kang. Naik semput kau nanti,” marah Fidya. Heryna angkat kedua-dua belah tangannya lalu dicantumkan tanda meminta maaf.
   “ Aku sambung ni. Hmm.. lepas tu, aku minta maaflah kat dia. Kau tahu dia cakap apa? Kau tahu tak ni?” soal Fidya dengan kebodohan yang agak menonjol.
    “ Ek eleh, minah ni. Aku manalah tahu. Aku bukan ada dengan kau pun masa tu.”
   “ Eh.. ye tak ye juga, kan?” Fidya mengaru-garu kepalanya yang agak gatal juga. “ Dia tanya aku jalan guna kepala lutut ke? Ada mata, tak pakai. Hah! Macam tulah dia cakap. Tak patut betul, kan?” Sambung Fidya lagi. Heryna seperti burung belatuk hanya mengangguk mengiyakan kata-kata temannya itu.
    “ Lepas tu apa jadi?” soal Heryna tidak sabar untuk mengetahui cerita yang selanjutnya.
     “ Lepas tu? Hmm.. bersambung di episod yang akan datang.” Fidya menyakat gadis di hadapannya. Dan tanpa teragak-agak, Heryna pantas mengetip paha temannya. Mengaduh Fidya dek cubitan berbisa itu. Play-play pula dia! Bikin panas berasap aje.
   “ Apa main cubit-cubit ni?” marah Fidya manja. Tangannya menggosok-gosok paha yang masih perit dek penangan ala-ala ketam oleh Heryna tadi.
   “ Kau tulah. Main-main je.”
   Yelah… yelah, aku serius ni. Berbalik kepada cerita tadi. Then, kitorang perang mulutlah. Macam biasa, kau tahu kan bila aku tengah geram apa aku akan buat? Aku hentak-hentak kaki kat situ. Tapi, disebabkan terlampau tidak puas hati, aku tendang kaki dia. Haa.. terror tak aku?” Fidya dengan bangganya menyoal sambil keningnya dijongket-jongketkan comel.
   Selamba sungguh riaknya. Sedangkan Heryna sudah hampir terkeluar biji mata akibat terkejut. Biar betul minah ni tendang anak orang??
    “ Lepas tu???”
    Hmm.. aku blah macam tu jelah. Tak kuasa nak melayan. Dahlah perasan bagus. Ada ke patut dia cakap aku sengaja jatuh atas dia sebab nak ngurat dia.”
    Ye ke? Hebatlah kau, Fidya. Aku sokong kau!” Heryna bersuara kagum.
   Kalau tadi dia terkejut dengan tindakan Fidya. Sekarang, hatinya menyokong seratus peratus. Lelaki perasan bagus macam tu memang patut diajar. Heryna bangga dengan aksi berani mati temannya. Dia mengerling sekilas pada Fidya yang sudah mula menguap panjang.
    “ Weh, aku ngantuklah. Esok, esok.. kita sembang lagi ye? Dah pukul 10.30 malam ni. Aku tidur dulu ek? Kau tak nak tidur lagi ke?
    “ Kau tidurlah. Aku nak calling-calling cik abang kejap lagi,” balas Heryna sambil mengenyitkan matanya. Fidya hanya mampu mangangguk. Hmm.. untunglah ada cik abang.. desis hatinya. Tanpa menunggu masa yang lama, Fidya sudah lena dibuai mimpi. Mimpi bertemu dengan si ulat buku.
    Ulat buku? Oh, No!!!





1 comment:

  1. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-intip-3-rahasia-jalani.html
    http://asiataipanbiru.blogspot.com/2018/08/pemenang-tanggal-16-agustus-2018.html
    https://asiataipan.wordpress.com/2018/08/15/pemenang-16-agustus-2018/?preview=true

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete