END
Syed Amir Ridza tersengih-sengih sendiri. Wajahnya
bagaikan khayal akan kenangan lalu. Sampai sepet mata dibuatnya dek sengihan
yang lebar menghiasi bibir sensualnya. Seketika, dia terasa bahunya disentuh
lembut.
“ Sayang..”
Meleret-leret bibir itu menyeru isteri tercinta. Sara tersenyum nipis.
Lantas, duduk dilabuhkan disebelah suaminya yang duduk menghadap televisyen.
Entah cerita apa entah suaminya tengok, dia malas nak ambil tahu.
“ Kenapa
naik atas tak tunggu Ara? Penat Ara tahu layan tetamu sorang-sorang.” Sara
bersuara sedikit merajuk. Amir tersenyum. Bahu Sara dipaut rapat ke tubuhnya.
Seketika, tudung yang membelit kepala si isteri dirungkai perlahan. Sara hanya
akur.
“ Wanginya
rambut dia..” Amir mencium lembut rambut hitam pekat milik Sara. Sara menolak
tubuh suaminya sedikit menjauh. Nampak dah tanda-tanda Amir bakal hanyut kejap
lagi. Jadi, lebih baik dia bertindak dulu.
“ Abang,
jangan eh? Ara tanya ni. Kenapa tinggalkan Ara kat bawah sorang-sorang? Dahlah
kena layan VIP. Ara payah tahu nak sesuaikan diri tadi. Tak baik buat Ara macam
ni.” Sara berpeluk tubuh. Tangan disilang satu sama lain di dadanya. Tanda
protes.
“ Hey, look at me.. my dear.” Amir pegang
pipi gebu Sara. Sara mencebik. Amir tergelak lucu. Alahai.. comelnya muncung
dia. Kang ada yang kena kiss nanti.
Giat hati Amir nakal.
“ Abang
memang sengaja buat sayang macam tu,” sela Amir selamba. Terjegil biji mata
Sara.
“ What??” Sara terjerit geram.
“ Hah..
jangan nak melenting dulu. Ara dah jadi isteri abang ni. Kalau marah-marah
suami, tak baik. Berdosa..” Amir mengugut secara halus. Sara terpempan. Oh,
lupa pula makhluk Allah paling tak kacak ni suami aku rupanya. Ceh, masa gaduh
bolehlah cakap tak kacak. Huh!
“ Abang
suka buat Ara macam ni.” Sara tarik muncung lagi panjang dari tadi. Siap-siap
boleh diikat tocang kuda.
“ Abang
buat apa, sayang? Abang tak buat apa-apa pun.” Amir masih nak mengusik. Sara
mula hendak bangun. Geram. Namun, sempat Amir halang. Tangan kecil itu
digenggam sebelum dikucup lembut.
“
Okey-okey, abang mengaku memang abang sengaja. Bukan apa, sayang. Abang nak
sayang belajar sesuaikan diri dengan keluarga abang. Pasal tinggalkan
sorang-sorang tu, abang nak tengok keikhlasan sayang kahwin dengan abang. Tapi,
dari layanan sayang pada keluarga abang, abang yakin dan pasti sayang ikhlas
dengan abang. Betul tak, sayang?” Amir mengelus-elus lembut pipi Sara.
“ Eee..
perasannya cakap orang ikhlas kahwin dengan dia,” ejek Sara tiba-tiba.
Terkesima Amir dibuatnya. Eh??
“ Ara tak
ikhlas? Sampai hati, Ara. Okey, abang merajuk macam ni. Malam ni, tak ada malam
pertama. Baik abang tidur dengan Mizal aje. Sampai hati..” Amir sentap. Siap
ugut tak ada malam pertama lagi. Eleh, macam Sara kesah sangat kan?
“ Okey.”
Sara menjawab mudah. Kini, giliran Amir pula terlopong.
“ Yangggg…”
rengek Amir berjela-jela. Sara tahan senyum. Segera dia bangkit. Malas nak
layan perangai mengada-ngada Amir.
“ Ara nak
keluar dulu, okey? Nanti apa pula kata saudara-saudara kat bawah.” Terus Sara
lesap dari bilik meninggalkan Amir merajuk sendirian.
Amir rasa
macam nak menangis guling-guling aje. Boleh jadi isteri dia buat selamba tapir
aje bila dia merajuk. Huh, sadisnya nasib kau, Syed Amir Ridza. Amir mengeluh
sendiri sebelum iphone 5 miliknya berbunyi menandakan ada pesanan ringkas
masuk. Pantas Amir mendapatkan gajet itu dengan langkah longlai.
Sejak abang lafazkan akad untuk memiliki Ara, Ara dah
lapangkan dan ikhlaskan diri Ara untuk abang. Hanya untuk Syed Amir Ridza. ~
Sara Aisyah
Pesanan
ringkas yang diterima benar-benar membuatkan Amir tersenyum lebar. Ceh,
ingatkan betul-betul tak nak pujuk tadi. Bisik Amir sangat bahagia.
Sara
menapak perlahan ke dalam kamar beradunya. Pintu ditutup perlahan sebaik saja
kakinya sudah menjejak masuk ke dalam kamar indah itu. Seketika, jantungnya
bagaikan dilambung tinggi tatkala tubuhnya sudah terawang ke udara.
“ Arghhh..”
Sara menjerit kecil. Namun, tatkala menyedari tawa halus itu datang daripada
insan yang amat dia kenali, dia pantas menekup mulut.
“ Haha..
tahu takut?” Amir bersuara lalu merebahkan lembut tubuh langsing Sara ke tilam
empuk bercadar putih itu.
“ Abang,
bergurau apa ni? Terkejut Ara,” marah Sara. Namun, masih terkawal. Dijeling
sekilas wajah tampan suaminya. Amir buat muka minta penampar angin.
“ Denda
sebab sayang pujuk abang guna SMS je
tadi.” Amir tersengih.
“ Eh,
eloklah tu Ara pujuk guna SMS daripada tak pujuk langsung,” balas Sara tak mahu
mengalah. Amir tarik hidung mancung milik Sara. Sara menepis lembut.
“
Sakitlah..” Sara merungut kecil. Tangan naik mengusap hidungnya sendiri.
“ Tahu..”
Dan cup! Satu ciuman melekat pada hujung hidung itu. Sara terpempan. Terus dia
pandang wajah Amir. Amir sengih lagi.
“
Penawar..” balas Amir ringkas. Sara kelu tanpa kata.
“ Marah
lagi?” Amir memegang lembut tangan Sara apabila isterinya terdiam tanpa kata.
Mulalah Amir rasa bersalah. Kuat sangat ke dia tarik hidung comel tu tadi?
Hatinya bermonolog. Sara geleng. Amir hela nafas lega.
“ Habis,
kenapa diam aje?” soal Amir sambil mengelus rambut Sara.
“ Tak tahu
nak cakap apa.” Sara menjawab mudah sambil menunduk malu. Amir tersenyum. Dia
tahu Sara segan dengan perlakuannya sebentar tadi. Tanpa kata, sekali lagi Amir
mencium wajah Sara. Tapi, kali ni tepat di bibir merah itu. Terbeliak mata
Sara.
“ Gatal!”
Sara menjerit kecil. Amir gelak cara macho.
“ Haa.. kan
dah tahu nak cakap apa. Oh.. abang gatal eh? Yang.. garu jap.” Amir masih nak
mengusik. Sara semakin memerah muka.
“ Jap, Ara
masuk ambil berus tandas. Garu guna berus tandas lagi cepat gatal tu hilang.”
Sara turut geram. Dia berpura-pura hendak bangkit. Kononnya betul-betul nak
dapatkan berus tandas buat menggaru si Amir ni. Amir apa lagi. Terus terlopong
luas. Kejamnya Ara.. agaknya itulah hati dia berdetik.
“
Sayagggg..” Amir merengak bagaikan budak kecil. Wajahnya jelas nampak nak
merajuk lagi. Sara terus tergelak kuat.
“ Gurau jelah..” pujuk Sara. Amir tetap mencuka.
Pantas, dia terus rebahkan badan ke tilam sambil membelakangi isterinya. Sara
mula telan liur. Laaa.. gurau pun nak sentap ke?
“ Abang..”
panggil Sara lembut sambil memegang pinggang Amir. Amir tetap membatu.
“ Orang
gurau pun nak marah. Orang tak..” Sarah pujuk lagi. Tapi, kali ni tak sempat
dia nak bersuara lanjut, bila tubuhnya sudah ditekan ke tilam.
“ Kalau nak
tahu, gatal abang boleh hilang dengan cara macam ni je.” Usai saja Amir berbicara, terus wajahnya dibenamkan pada wajah
isteri yang jelas terkejut sakan.
Sara
tercungap-cungap mencari nafas sebaik saja bibir mongelnya dilepaskan. Ya
Allah, semput juga aku karang. Omel Sara sambil menolak lembut tubuh sasa itu
dari terus menindih tubuhnya. Amir tersenyum senang.
“ Nak
lagi?” soal Amir nakal. Sara menjeling.
“ Pervert,” gumam Sara perlahan, masih
sempat didengari Amir.
“ Sayang..
abang buat dengan yang halal aje tahu? Jadi, gelaran pervert tu tak sesuai untuk abang. Kalau romantik tu, baru betul.”
Amir memangkas sambil merenung lembut anak mata Sara.
“ Abang romantik
ke? Dulu, masa Ara kenal Ayed a.k.a Amir.. rasanya kalau sengal tu adalah kot.”
Sara sengaja nak menyakat. Amir jegilkan biji mata. Seketika, dia tersenyum
miang pula.
“ Ara tak
kenal abang lagi. Kalau abang romantik, naga pun boleh kalah tahu?” Ah, sudah. Apa
kena-mengena romnatik dengan naga bagai pula ni? Amir-Amir.. Sara tahan senyum.
“ Ye ke? Kalau macam tu, ajarkan Aralah.”
Sara bagaikan mencabar. Amir naikkan sebelah keningnya.
“ Betul nak belajar? Okey, sekarang pun abang boleh
ajar.” Usai saja bertutur, terus lampu tidur di sisi katil dipadamkan. Dan tika
ini, Sara hanya bersedia kerana sejak dia mengikhlaskan dirinya menjadi zaujah
Syed Amir Ridza, dia adalah hak suaminya. Luar dan dalam.
Amir
membaca sepotong doa. Dalam hati, dia bersyukur sekali kerana dikurniakan
seorang isteri yang ikhlas menerima dia seadanya. Kepada Mizal, ucapan terima
kasih sangat-sangat dia hulurkan kerana akhirnya ‘Misi Mencari Cik Ikhlas;
terlaksana jua. Datuk Syed Mustaqim pun dah tak bising-bising dah.
Terima
kasih, Mizal.. desis hati Amir penuh kebahagiaan.
Tamat
Tamat??? Aiyaa kena bace lah ni
ReplyDeletebest sgt33333x........:)
ReplyDeleteehh..merajuk pnye hal xpsl2 nk tido dgn Mizal..haha
ReplyDeleteso sweet >.<
ReplyDeletekeep it up..
ReplyDeletesweet yer...
ReplyDeleteSweet sgt... Huhuhu...
ReplyDelete