PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, August 31, 2013

Suami Klon (Cerpen) Part 2




ARIAN ASHRAF


Part 2

Puan Ramlah hanya mampu simpan senyum melihat wajah cemberut Ashraf. Mahu tidaknya, fikir dia si Afya pulang ke rumah atas urusan penting. Rupa-rupanya hanya untuk mengambil pakaian tidur yang lebih selamat. Nampak sangat dia memang merajuk panjang dengan Ashraf, menantu yang memang berjaya menambat hatinya itu.

   “ Mama, Ash balik dululah..” Ashraf meminta diri. Wajah cuba diriakkan manis. Isteri di sebelah dipandang dengan ekor mata. Seketika, anak matanyan jatuh pada beg kecil yang dibimbit oleh Afya. Keluhan panjang dia lepaskan dalam hati. Fya-Fya.. kenapalah sampai macam tu sekali? Abang juga yang rugi, sayang. Tak apalah, memang salah abang pun. Detik hati Ashraf  lemah.

   Yelah, hati-hati. Ini mama nak pesan, jangan bergusti pula nanti. Gusti manja-manja tak apalah, Ash. Jangan esok lusa mama tengok kamu patah tengkuk ke, patah kaki ke.. kan susah pulak nanti kalau masuk surat khabar..” sakat Puan Ramlah lucu.

   Ashraf tersenyum kelat sambil takut-takut mengerling ke arah Afya. Sedangkan Afya sudah tarik muka mencuka. Mama ni.. bukan nak sebelahkan aku. Mentang-mentanglah Ash dah berterus-terang dengan dia terlebih dulu. Tapi, aku pelik juga ni. Yang nak kahwin dengan dia, mama ke aku? Habis, yang dia terus-terang dekat mama dah kenapa? Arian Ashraf bin Ahmad Aqil ni benar-benar buat aku naik seballah!

   “ InsyaAllah, tak kot mama. Doakan yang baik-baik saja ye?” balas Ashraf perlahan. Dalam hati, gusar juga dengan usikan mak mertuanya. Afya sempat menghantar satu jelingan tajam.

   “ Ma.. Fya balik dululah. Barang pun dah ambil. Nanti Tok Kamil tertunggu-tunggu pulak kitorang lambat balik..” Giliran Afya pula bersuara. Bukan apa, berat telinganya nak dengar usikan mama yang bertalu-talu melancarkan serangan. Ashraf toleh seketika. Namun bila si isteri dah jegil biji mata, cepat-cepat dia kalih pandang.

   Yelah-yelah.. mama faham orang baru kahwin ni. Tak sabar-sabar..” Puan Ramlah tersengih-sengih dengan usikannya sendiri. Kalau Tuan Rahim ada ni, mahu dia dibebelkan si suami sebab mengusik anak kesayangan mereka. Nasib baiklah si suami masih di surau kampung, katanya ada makan-makan di surau malam ini.

   “ Hish mama ni. Mengarut aje..” bebel Afya lembut. Terus saja dia capai tangan mamanya lalu disalami sebelum dia mula melangkah. Kalau boleh, dia tak nak berlama-lama sebab kalau  dia terus ada dekat situ memang merah macam badutlah pipi dia, mama kerjakan. Asyik menyakat aje kerjanya.

   “ Ash gerak dulu, ma. Tu.. tuan puteri dah tayang muka ketat dia, ma. Nanti tak pasal-pasal Ash bawak kereta bukan ke depan, tapi mengundur ke belakang. Bukan boleh kira hati orang tengah marah..” Ashraf sempat berlawak dengan Puan Ramlah. Tergelak sesaat orang tua itu sebelum perbualan mereka tamat di situ saja.

   Ashraf yang mula mengatur langkah keluar dari rumah kayu dua tingkat itu pantas hendak menyaingi langkah si isteri. Dicapai beg yang dipegang Afya. Niatnya hendak membantu meskipun dia tahu apalah sangat berat beg itu. Setakat dua, tiga baju tidur yang memang bertutup habis.

   “ Meh abang tolong bawak, Fya..” Lembut katanya menutur. Afya hentikan langkah. Spontan dia berpaling. Tangan kemudian dicekak ke pinggang sebelah dengan sebelah tangan lagi masih sibuk merebut balik beg yang cuba dicapai oleh Ashraf. Wajahnya diriakkan garang. Telan liur Ashraf dibuatnya. Tapi, wajah tenang cuba ditayang. Mana boleh tayang wajah takut-takut, nanti hilang macho seorang yang bernama Arian Ashraf!

   “ Le..pas!!” gertak Afya keras. Satu persatu bibir itu berbicara. Ashraf tetap berdegil. Kalau dia tak mulakan sesi berbaik-baik ini, bimbang merajuk makin lama pula si comel jantung hati ni.

   “ Biarlah abang tolong..”

   “ Fya cakap lepas, lepaslah. Kalau tak..”

   “ Kalau tak, apa Fya?” soal Ashraf kalut. Hendak juga dia cari tahu apa nasib yang dia bakal terima andai beg kecil itu tidak dilepaskan.

   “ Kalau tak, Fya tidur rumah mama. Awak balik sorang rumah Tok Kamil. Fya kira sampai tiga aje,” ugut Afya geram. Terbeliak biji mata Ashraf. Gila nak buat macam tu? Mahu gegak-gempita rumah Tok Kamil nanti. Tahu-tahu sajalah Tok Kamil tu orang macam mana.

   “ Janganlah, sayang. Abang nak tolong aje ni..” Ashraf memujuk. Wajah dah mengendur sambil hulur wajah simpati.

   “ Satu..” Afya sudah mula mengira. Ashraf gelabah. Afya jongket kening sebelah. Bagi amaran bahawa dia tak main-main. Ashraf masih memegang hujung beg, dan Afya juga masih memegang di sebelah hujung sana.

   “ Dua..” Ashraf panik. Wajah dah berpeluh-peluh.

   “ Sayang.. abang nak tolong aje..” pujuk Ashraf lagi.

   “ Ti..”

   “ Okey-okey, abang lepas sekarang juga..” putus Ashraf mengalah lalu pegangan pada hujung beg plastik itu dilonggarkan geram. Namun, sesaat bibirnya melopong bila..

   “ Aduh!!” jeritan kecil seseorang membawa Ashraf bergegas mendapatkan tubuh yang dah elok terhumban ke belakang. Wajah Afya yang menunduk sambil menggosok-gosok siku yang terhentak dipandang gusar.

   “ Sayang.. okey ke? Ya Allah, abang tak senga..” Tak sempat Ashraf nak habiskan kata, dia dah terkedu di situ bila wajah Afya mendongak. Okey, Afya menangis.

   “ Fya..” seru Ashraf lembut. Direnung wajah Afya yang mula teresak-esak kecil sambil menilik siku yang dah mula kelihatan lebam. Ashraf hela nafas lemah. Tanpa kata, dia dah mula menjatuhkan kedua-dua belah lututnya sebelum tubuh si isteri dicempung. Afya yang masih menangis hanya membiarkan. Sungguh, siku dia benar-benar rasa sakit. Dah teresak-esak kecil dia dalam kendongan si suami.

   “ Abang minta maaf..” Sempat Ashraf menghulur kata maaf. Perlahan suara itu menggumam sebelum langkah kembali di atur ke muka pintu ibu mertuanya.

   Afya tersentak. Dia cepat-cepat menoleh. Wajah si suami yang nampak sedih dipandang. Mungkin rasa bersalah dah sebabkan dia jatuh sampai menangis kecil macam ni. Bukan salah suami dia, tapi salah dia. Dia yang beria-ia suruh si suami lepaskan pegangan. Inilah orang kata balasan tunai sebab dah bentak-bentak dengan suami sendiri.

   “ Ya Allah.. kenapa ni, Ash??” Suara ibu mertuanya dah kedengaran cemas. Cepat tubuh itu meluru pada dia yang masih tegak mencempung tubuh si isteri.

   “ Fya jatuh, ma..” tutur Ashraf perlahan. Tubuh Afya dah direbahkan pada sofa panjang.

   “ Jatuh? Macam mana boleh jatuh ni, Ash? Fya.. cuba cerita dekat mama!” Puan Ramlah dah bersuara gusar. Wajah Afya yang masih menangis kecil direnung tajam. Dia tahu mesti ada sesuatu yang tak kena. Kalau bukan sebab perangai kepala batu si anak, tentu tak jadi macam ni.

   “ Salah Ash, mama. Ash sibuk sangat berebut nak pegang beg plastik tu. Kalau bukan sebab Ash, Fya tak jatuh. Maafkan abang ye, Fya?” Potong Ashraf laju bila dia lihat bibir si isteri mula hendak membuka kata. Dia tak mahu Afya kena bebel dengan Puan Ramlah. Jadi, biarlah dia saja yang tadah telinga. Afya terus terdiam. Wajah si suami yang jelas nampak serius dipandang.

   “ Ma.. ada minyak gamat tak? Ash nak sapu dekat siku Fya. Kalau sakit juga, Ash bawa Fya ke klinik aje..” Ashraf mula menukar topik. Dia sudah mula ambil tempat di sisi Afya yang elok terbaring di atas sofa. Tangan dah mula selak baju lengan panjang si isteri ke atas.

   “ Kejap, mama ambilkan..” Puan Ramlah berlalu tanpa banyak kata. Melihat wajah anak perempuannya, dia tahu Afya benar-benar sakit. Kalau tak, takkan si anak sampai dah menangis-nangis.

   Ashraf mula menilik siku Afya. Cermat saja tingkahnya.

   “ Sakit?” soal Ashraf sambil panggung kepala. Seketika, jantungnya berdegup laju. Afya juga sibuk memandangnya dengan pandangan berkaca. Sedaya-upaya Ashraf kawal naluri hati yang mula memberontak. This is not the right time, Ash. Ashraf ingatkan dirinya sendiri. Dia berdehem-dehem beberapa kali.

   “ Sakit tak, sayang?” Ulang Ashraf sekali lagi. Afya yang masih ralit merenungnya dipandang aneh. Dah kenapa pula bini aku ni? Ashraf jongket keningnya sebelah.

   “ Sayang..” tegur Ashraf lembut. Afya mula tersentak. Pantas saja dia angguk. Gila tak sakit. Dah jatuh terhentak macam tu, memanglah sakitnya yang teramat. Lagipun, kalau tak sakit.. tak ada maknanya dia nak nangis bagai.

   “ Maafkan abang, Fya. Abang sapu minyak dulu. Kalau tak okey juga, kita ke klinik ye? Atau Fya nak terus ke klinik?” soal Ashraf prihatin.  Afya diam agak lama.

   “ Nah, ni minyaknya.. Ash.” Puan Ramalah yang bersuara terus membantutkan perbualan Ashraf dan Afya. Afya pantas pejam mata bila melihat tangan kekar suami sudah bersedia melumur minyak ke sikunya. Ya Allah, risaunya dia kalau-kalau minyak tu tambah memedihkan. Siku dia dah melecet sikit ni.

   “ Tahan sikit, sayang..” ujar Ashraf sebelum minyak itu dilumur penuh cermat. Mendengarkan bicara si suami, cepat saja tangan halusnya menggenggam lengan si suami. Terkejut Ashraf dibuatnya.

   “ Fya takut..” Dan buat pertama kalinya Ashraf rasa itulah nada paling lembut yang isterinya gunakan. Ashraf hulur senyum. Tangan kecil si isteri yang hinggap di lengannya diusap kecil. Puan Ramlah hanya jadi pemerhati.

   Don’t worry, dear. Abang ada..” sahut si suami. Perlahan. Malah, suaranya kedengaran sangat seksi melantun di gegendang telinga Afya. Akhirnya, Afya hanya terdiam bisu.

Puan Ramlah dah menatang dulang berwarna perak menuju ke ruang tamu. Wajah anak menantunya dipandang satu-persatu.

   “ Ash.. nak balik juga ke?” soal Tuan Rahim memulakan bicara. Ashraf menoleh. Isterinya yang sudah elok terlentok di atas sofa dikerling sekilas. Comelnya Fya tidur.. desis hatinya memuji.

   “ Ash ingat Ash tidur rumah papa ajelah. Lagipun, Fya dah terlena tu. Boleh tak, pa?” ujar Ashraf. Tuan Rahim tersenyum kecil dengan kepala tergeleng-geleng.

   “ Apa pula tak boleh? Ash menantu papa. Ni kan rumah Ash juga. Mama, nanti kemas sikit bilik Fya. Ash tidur sini. Anak awak tu pantang sakit sikit. Manjanya tak habis-habis..” ujar Tuan Rahim pula. Puan Ramlah mencebik.

   “ Itu juga anak yang awak sayang kan?” soal Puan Ramlah sinis. Tuan Rahim tergelak. Wajah puterinya yang polos direnung penuh kasih.

   “ Mana tak sayang, mama. Tu sorang aje anak kita..” balas si suami tak nak mengalah. Puan Ramlah diam sudahnya. Kata-kata si suami ada benarnya. Anak mata dilarikan pada menantu yang sibuk mengurai rambut Afya. Senyuman meniti di bibir tuanya. Perilaku Ashraf jelas menunjukkan lelaki itu benar-benar sayangkan Afya. Puan Ramlah bangkit dari duduk. Hajatnya hendak menydiakan bilik buat anak menantunya itu.

   “ Mama siapkan bilik korang dulu. Ash minum-minum dulu dengan papa,” kata Puan Ramlah sebelum dia pamit meninggalkan ruang tamu. Ashraf angguk sopan.

   “ Fya marah Ash lagi ke?” Sebaris ayat yang meluncur dari bibir bapa mertuanya membawa anak mata Ashraf tunak ke situ. Perlahan-lahan nafas dihembus lemah. Dia duduk bersandar pada sofa.

   “ Marah sangat, pa. Dah berapa hari Ash jadi suami dia, masih tak surut lagi marah dia pada Ash.” Lemah dan gontai suara Ashraf melantun keluar. Tuan Rahim terdiam seketika.

   “ Jangan risau, Ash. Papa kenal anak papa. Mulut aje cakap marah, hati dia tak sama. Lagipun, dia merajuk manja sebenarnya. Ash dah tipu dia kan? Sebab tu dia marah. Nanti okeylah tu anak papa.” Tuan Rahim cuba menenangkan hati menantunya yang jelas nampak celaru. Ashraf senyum nipis.

   “ Ash tak ada niat nak tipu dia, pa..” Suara Ashraf bagaikan merintih. Menyesali khilaf sebelum ini.

   “ Tak apa, papa faham situasi kami. Jelaskan perlahan-lahan, insyaAllah nanti Fya faham. Cuba kamu tengok wajah dia..” suruh Tuan Rahim tiba-tiba. Ashraf jongket kening. Namun, permintaan Tuan Rahim dituruti jua. Dia menoleh.

   “ Polos kan anak papa? Kamu rasa wajah ni mampu ke nak marah kamu lama-lama? Dia tahu dosa-pahala, Ash. Kamu tu suami dia. Afya yang papa kenal bukan seorang yang pemarah. Cuma, hati dia tengah merajuk. Ash pujuk baik-baik ye? Janji juga dengan papa, jangan sakitkan hati wajah yang Ash sedang pandang ni sebab 22 tahun papa tatang dia bagai minyak yang penuh..” Lembut kata-kata Tuan Rahim menusuk ke gegendeng telinga Ashraf.

   Ashraf tersentuh. Kalaulah dia bisa merasa kasih sayang seperti ini juga. Ah, untungnya Afya. Hati Ashraf  bergelodak seribu satu rasa. Tuan Rahim perasan akan hal itu.

   “ Ash.. hal lama jangan kenang, Ash. Lagipun, daddy dan mummy kamu masih hidup. Kalau bukan dia yang cari kamu, kenapa tak kamu aje yang cari dia? Ingat Ash, sejahat mana pun mereka.. mereka tetap orang tua kamu.” Nasihat Tuan Rahim menamper gegendang telinga Ashraf. Ashraf tertunduk lesu. Ada air hangat yang mula bertakung. Tapi, dia kuatkan semangat. Dia tak boleh nampak lemah.

   “ Ash ditinggalkan, pa. Dua puluh dua tahun.. kalau bukan sebab mereka, Ash takkan pilih jalan untuk menipu Fya. Ash tak pernah kenal kasih sayang seorang wanita.. pa. Sehinggakan Ash jadi takut dengan bayangan tu semua.” Luhur kata-kata itu sedikit sebanyak menyentuh hati Tuan Rahim. Dipandang wajah menantunya itu. Kacak.. sempat hati tuanya memuji.

   “ Ash.. papa faham. Jadi, papa takkan desak kamu. Kalau kamu resah, ambil wuduk, tadah tangan padaNya, minta petunjuk.. insyaAllah semua akan semakin pulih. Papa doakan yang terbaik untuk Ash. Papa masuk tidur dulu, dah lewat. Jangan lupa kejutkan Fya masuk tidur sekali.” Sekali lagi, Tuan Rahim menghulur nasihat. Sebelum dia bangkit, sempat dia tepuk perlahan bahu si menantu. Memberikan sedikit semangat melalui tingkahnya.

   Lama Ashraf diam memikirkan kata-kata bapa mertuanya sebelum lamunannya terhenti.

   “ Ash.. kejut Fya. Mama dah siapkan bilik untuk korang. Mama masuk tidur dulu, Asslamualaikum..” Suara Puan Ramlah kedengaran. Ashraf angguk sekilas sebelum bibir menjawab salam itu. Seketika, dia menoleh semula pada wajah lembut si isteri. Boleh ke abang tumpang kasih pada Fya? Abang dahagakan kasih sayang seorang wanita, Fya.. rintih hati Ashraf sayu. Tubuh si isteri lantas dicempung menuju ke kamar mereka.

   Baru saja dia nak rebahkan kepala Afya pada bantal, lengannya dipegang. Tergamam Ashraf dibuatnya. Spontan matanya jatuh pada tangan kecil yang memegang lengannya.

   “ Fya sakit?” soal Ashraf parau. Afya diam sambil merenungnya lama. Sebenarnya, dia dengar segala perbualan Ashraf dan papa. Hatinya sedikit sebanyak jatuh kasihan pada Ashraf. Simpatinya tumpah buat si suami. Wajah redup si suami ditatap dalam. Tanpa sedar, tangannya sudah mengelus lembut lengan kekar itu.

   “ Fya.. kenapa ni? Sakit lagi ke siku tu? Kita ke klinik, jom..” luah Ashraf sedikit pelik. Siku Afya yang sudah ditampal plaster dibelek seketika.

   “ Tak.. siku saya dah tak sakit. A.. awak, terima kasih..” Akhirnya bibir Afya sudi juga untuk berbicara. Ashraf lega. Fikirnya siku si isteri semakin sakit tadi. Ashraf tersenyum.

   “ Sama-sama. Tapi, Fya kena tahu dah memang tugas abang untuk jaga Fya. Abang kan suami Fya. Dah, Fya tidurlah..” balas si suami lantas kepala si isteri diusap lembut. Baru Ashraf hendak melangkah, sekali lagi tingkahnya dihalang.

   “ Kenapa, sayang?” soal Ashraf perlahan. Afya telan liur. Ah, macam mana nak cakap ni? Detik hatinya resah. Dahi sudah berpeluh-peluh.

   “ A.. awak nak ke mana?” soal Afya sudahnya. Terjungkit kening si suami. Pantas jemari Ashraf laju menunjuk ke arah sofa.

   “ Abang tidur atas sofa sana, Fya tidur sini ye? Abang janji tak usik Fya. Fya perca..”

   “ Awak tidur jelah sebelah saya. Katil ni luas. Lagipun, saya tak nak makin berdosa pula sebab halau suami tidur dekat lain.” Tak sempat Ashraf nak habiskan kata bila si isteri sudah mencelah. Usai berbicara, Afya pantas pejam mata. Malu juga dia kerana membuat tawaran.

   Bibir Ashraf sudah tersungging senyuman lebar. Lambat-lambat dia panjat katil yang diduduki si isteri. Perlahan tubuh direbahkan. Sekilas, Ashraf menjenguk wajah Afya yang dalam mata terpejam itu. Betul kata papa, Afya masih kenal dosa pahal meskipun si isteri ada juga terleka. Cuma, waktu sekarang tak mengizinkan Afya untuk patuh segala arahannya dan dia akan beri Afya masa.

   “ Abang janji tak usik, sayang. Selamat malam, Hanin Afya. Abang sayang isteri abang ni..” tutur Ashraf lalu dengan teragak-agak sebuah ciuman dihadiahkan pada pipi Afya. Sebelum matanya terkatup, sempat dia melirik pada beg plastik di sudut hujung bilik yang menjadi punca Afya terjatuh tadi. Bibir mula tersengih lucu.

   Afya terkejut. Namun, untuk mencelikkan mata memang dia takkan buat. Segannya dia nak tengok wajah encik suami. Tentu Ashraf fikir dia dah tak marah. Eh, siapa cakap? Dia masih marah. Cuma, perbualan Ashraf tadi buat hatinya tersentuh sedikit. Sebab itu dia membuat penawaran. Harap si suami hilang sedikit sedihnya. Harap-haraplah..

Wednesday, August 28, 2013

Izinkan Aku Mencintaimu Bab 1


BAB 1

Kelibat seseorang yang melintasi ruangan dapur membawa Emiera terpaku pada sudut itu. Segala kenangan lalu bertebaran pergi satu-persatu. Wajah Dafina, teman serumahnya dipandang dengan dahi berkerut. Perlahan-lahan Emiera bangkit. Ruangan dapur dituju dengan benaknya mengalun tanda tanya.

   “ Banyaknya barang..” tegur Emiera sambil menilik plastik-plastik yang dijinjit oleh si teman. Walaupun baru dua bulan dia mengenali Dafina, mereka sudah kelihatan akrab. Sikap baik hati dan peramah Dafina buat dia rasa selesa berkawan dengan gadis dari Terengganu itu. Dafina melorek senyum. Senyum penuh makna mungkin.

   “ Hari ni kita masak-masak sikit. Ada tetamu nak datang..” Ceria wajah si teman buat benak Emiera mula memproses kata-kata itu. Tetamu? Siapa?

   “ Tetamu? Siapa, Fina?” soal Emiera sambil tangan lincah membantu Dafina mengeluarkan segala jenis bahan yang diborong temannya. Dafina tersenyum senget.

   “ Malam nanti kau tahulah. Sekarang, tolong aku masak dulu eh? Hmm.. kita nak masak apa hari ni? Okey, kita masak ayam masak paprik, tomyam campur, sayur kalian, ikan siakap masam manis.. apa lagi eh? Kau ada idea tak?” Dafina mula menyenaraikan menu mereka malam ini. Tangan sudah naik mengetuk bibir. 

   “ Err.. banyaknya, Fina..” omel Emiera kecil. Wajahnya jelas nampak terkejut. Siapa nak makan banyak-banyak macam ni?

   “ Memanglah banyak, kan dah cakap.. ada tetamu. Hish dia ni.. berangan ke waktu aku cakap tadi?” Dafina sudah tarik muncung. Emiera senyum senget. Tangan naik menggaru kepala yang tak gatal. Betul jugak tu. Hish, aku ni apalah. Emiera marah diri sendiri.

   “ Kita buat pencuci mulut sikitlah, Fina. Tapi.. siapa tetamu tu ek? Aku nak juga tahu,” soal Emiera masih tidak berpuas hati. Dafina sudah sengih lebar. Nasib baik Emiera ingatkan dia pasal pencuci mulut. Hampir dia lupa tadi.

   “ Pencuci mulut.. haaa, kau pandai buat puding karamel kan? Okey, kejap lagi kau tolong aku masak. Lepas tu, tolong buatkan puding tu sekali. Eh, aku dah lewat nk solat asar ni. Aku naik solat dulu, Miera.” Dafina mula merangka-rangka. Kelam-kabut dia mengatur langkah bila menyedari waktu solat asarnya sudah nyawa-nyawa ikan saja. Emiera jongket bahu. Bukan dia nak jawab soalan kita. Huh, Emiera mendengus sedikit. Dalam hati, masih lagi tertanya-tanya siapa gerangan yang bakal bertandang.

Terkebil-kebil Emiera di muka pintu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat kini. Susuk tubuh lelaki yang segak dengan jeans hitam dan kemeja Polo itu direnung bersilih ganti dengan tiga lagi susuk tubuh yang sedang tersenyum mesra padanya.

   “ Tak nak jemput abang masuk ke?” soal suara garau itu. Sedar akan keterlanjuran diri, pintu rumah dibuka sedikit luas.

   “ Err.. masuklah..” pelawa Emiera tergagap-gagap. Qaiser sudah lorek senyum nipis. Sudah hampir tiga hari dia tidak menatap wajah Emiera. Rasa rindu menggebu-gebu. Dia sendiri bingung dengan rentak hati. Semenjak dia melangkah keluar dari banglo mewah milik Datin Zetty, rasa untuk melindungi Emiera dan janji yang diukir pada arwah Qairel kini berubah sedikit demi sedikit. Dalam diam, wajah polos itu bagaikan mula mengetuk pintu hatinya untuk bertamu.

   “ Ni ada buah tangan sikit untuk Miera dan Fina. Dari Australia..” Tangan sudah menghulur dua beg kertas pada si gadis. Emiera teragak-agak hendak menyambut huluran. Namun, melihat tangan Qaiser yang masih setia menghulur, dia capai jua akhirnya.

   “ Oh, lupa abang nak kenalkan. Ni, Fatah.. teman sekerja abang. Dan yang dua orang lagi tu.. Miera tentu kenal kan?” Jeda Qaiser sedikit sambil melirik pada dua susuk tubuh yang berdiri di samping Fatah. Spontan Emiera menoleh pandang. Dan saat ini, air matanya bertakung. Ya Allah, rindunya dia pada kembar itu.

   “ Kak Miera..” seru Qaseh Aqilah dan Qaseh Amni. Wajah kedua-duanya sudah merah menahan tangis. Tanpa bertangguh, tubuh kecil dia hilang dalam dakapan si kembar. Air mata Emiera menitis perlahan. Pelukan direnggangkan. Wajah kembar ditatap. Sekilas, tangannya ringan menyapu air mata di kedua-dua pipi bekas adik iparnya itu. Adik-adik yang pernah dibanggakan oleh arwah Qairel. Adik-adik yang selalu arwah Qairel manjakan. Ah, sukarnya hendak melupakan nama lelaki yang pernah memegang hatinya dahulu.

   “ Qilah dengan Amni sihat?” soal Emiera sebak. Wajah manis gadis berusia 19 tahun itu ditatap lagi. Sungguh, rasa rindu pada si kembar semenjak dia mula melangkah pergi daripada banglo itu luruh satu-persatu. Qaiser hanya pandang bersama senyuman di bibir. Bukan dia tidak tahu.. Emiera rindukan si kembar. Sebab itu sengaja dia menjemput si kembar dari kolej semata-mata untuk bertemu dengan Emiera. Melihat wajah itu gembira, hatinya senang.

   “ Kami sihat. Kenapa akak pergi tak tunggu kami? Kami rindukan akak. Abang Arel dah tak ada. Kak Miera pun nak tinggalkan kami juga?” Sendu si kembar mengundang air mata. Sekali lagi, kedua-dua susuk tubuh itu dipeluk erat.

   “ Kak Miera pun rindukan kamu.. sangat!” ucap Emiera di sebalik pelukan mereka. Seketika, terbias wajah nakal arwah Qairel yang sering mengusik kembar. Ah, rindunya suasana itu.. abang. Semakin sayu hati Emiera tika ini.

   “ Qilah, Amni.. janganlah buat Kak Miera sedih macam ni. Abang Qais pun tak nak tengok korang sedih-sedih. Kita datang nak seronok-seronok kan?” pujuk si abang lantas kepala si kembar diusap penuh kasih. Aqilah dan Amni pantas angguk kepala mereka tanda akur. Air mata di pipi Emiera disapu sebelum mereka turut menyapu sisa air mata sendiri. Emiera senyum segaris. Siapa kata dia tak punya sesiapa? Ini.. dua orang gadis yang nampak benar sayangkan dia. Dua orang gadis yang menjadi kesayangan Qairel akan turut menjadi kesayangan dia. Dia janji!

   Bro.. perut aku dah lapar ni. Bau kat dalam tu macam sedap aje..” Tiba-tiba suara Fatah mencelah di antara mereka. Bagaikan memprotes. Walhal, niatnya adalah untuk mengusir rasa sedih yang bertamu pada ketiga-tiga wajah di hadapannya. Qaiser tepuk dahi. Dia tersengih nipis pada wajah kelat Fatah.

   “ Aku lupa kau pun ada sama, bro. Itulah, syok sangat tengok drama jejak kasih tadi..” Fatah siku perut Qaiser yang dah ketawa. Muka Fatah dah berubah masam.

   “ Haa.. jangan nak buat muncung pula. Tak ada orang nak layan. Kalau ada pun, mungkin orang kat da.. aduh!!” Tak sempat Qaiser nak habiskan ayat, sekali lagi perutnya disiku. Fatah dah jegil biji mata. Okey, dia faham. Fatah tak nak rahsia dia kantoi sekarang. Haha.. Qaiser dah gelak jahat.

   “ Sikit-sikit dahlah, bro..” marah Fatah. Qaiser angkat bahu. Dia mengalah. Sedangkan Emiera, Aqilah dan Amni tayang wajah pelik. Ada apa dengan dua orang ni? Agaknya itulah soalan meraka yang bakal keluar. Tapi.. tak sempat mereka nak menyoal, Qaiser dah terlebih dulu faham. Cepat-cepat dia alih topik.

   “ Fina mana?” soal Qaiser sengaja hendak tukar topik. Bukan dia tak nampak kelibat Dafina yang ke hulu ke hilir menatang jug dan minuman ke meja makan yang terletak bersebelahan ruang tamu itu. Fatah dah jeling semacam. Apa kes nak tanya pasal buah hati aku ni? Qaiser yang faham segera jeling si teman. Hailah si Fatah Izuddin ni..

   “ Aku tanya je pun..” Dia berbisik kecil. Fatah yang tadinya tayang wajah curiga dah lepaskan nafas kelegaan. Ingatkan nak masuk line tadi.. desis hati Fatah pula. Qaiser geleng kepala sendiri.

   “ Fina dekat dalam. Err.. rasanya dari tadi dah Miera jemput masuk. Tapi, sampai sekarang juga kita dekat muka pintu kan?” Emiera cuba mengembalikan mood cerianya. Wajah si kembar dah tersenyum lucu.

   “ Itulah.. kembar abanglah ni punya pasal.” Qaiser lambakkan salah pada si kembar. Si kembar dah hantar jelingan maut. Eh, kitorang pula? Apa hal? Bahasa isyarat dihantar.

   Yelah-yelah.. tak ada salah sesiapa pun. Dah, jom masuk. Abang Qais dan Abang Fatah lapar. Kang nanti ada yang kena ngap dengan kami pula.” Qaiser segera mengalah. Karang jenuh pula dia nak memujuk si kembar yang dah mula tayang wajah tak puas hati itu. Emiera tarik senyum lucu dengan kata-kata Qaiser. Dan tanpa sedar, anak mata Qaiser terpaku pada wajah itu. Qaiser mula rasa jantung dia berdegup laju. Senyuman ikhlas Emiera buat hatinya sudah tunggang terbalik. Apa kena dengan aku ni? Soal hati Qaiser. Namun, lamunannya tidak lama bila Fatah dah menyinggul pinggangnya untuk menapak masuk. Oh, Emiera dan si kembar dah masuk ke dalam rupanya.

“ Miera sihat?” Soalan pertama dari Qaiser. Emiera yang duduk santai di atas kerusi di ruang tamu panggung kepala. Seketika, dia jatuhkan kepala sekali.

   “ Sihat.. abang?” Bagaikan tidak kedengaran suara Emiera. Qaiser lega. Alhamdulillah Miera sihat.

   “ Abang pun sihat. Kalau tak, takkan selera macam bapak gajah kan?” gurau Qaiser nakal. Emiera tersenyum. Mengingatkan Qaser yang bertambah nasi hingga dua pinggan tadi buat dia tergelak kecil. Memang banyak sungguh lelaki itu makan. Kalah selera bapak gajah kalau nak dibandingkan. Sekali lagi, Qaiser terkaku. Ketawa yang terbit dari bibir Emiera buat dia terpana. Sudah lama dia tak dengar Emiera bergelak-tawa. Kalau dulu, sering saja dia dan arwah Qairel dengar suara tawa milik Cempaka Emiera. Namun, semenjak peristiwa pahit itu.. dah hampir  dua bulan dia tak dengar tawa milik Emiera. Kalau senyum pun, hanya sekadar senyuman hambar yang jelas terselit seribu satu duka.

   “ Miera dah tengok hadiah yang abang bawa dari Australia?” soal Qaiser perlahan. Emiera senyap tiba-tiba. Dia lupa pula soal itu. Kening dijongketkan sebelah.

   “ Kenapa dengan hadiah tu?” soal Emiera pelik. Qaiser jongket bahu.

   “ Tak ada apa-apa. Tapi, kalau Miera dah tengok. Let me know about that..” ujar Qaiser lalu perbualan mereka tergantung sampai di situ.

   “ Miera!!” suara Fina yang menyeru namanya membuatkan Emiera berpaling. Wajah si teman sudah ukir wajah bersalah. Emiera menyoal melalui anak mata. Dafina sudah gigit bibirnya sendiri. Kalau dia cakap, Miera marah tak eh? Dafina cuak.

   “ Kenapa, Fina?” soal Emiera sedikit pelik.

   “ Aku punya gift plastik beg warna apa?” soal Dafina sedikit tergagap-gagap. Qaiser dah berkerut kening. Jangan cakap.. oh, no! Qaiser dah tersandar ke sofa.

   “ Err.. aku pun tak pasti. Abang.. ada beza ke kedua-dua hadiah tu?” soal Emiera pula. Qaiser mula rasa lidahnya tergeliat. Okey, dia blur nak jawab apa. Emiera masih menanti jawapan. Sedangkan Dafina masih lagi dengan wajah risau. Ah, aku nak jawab apa ni??

  “ Actually.. actually.. okey, fine. Miera punya warna gold. And you, Fina. Awak punya warna dark blue..” Putus Qaiser perlahan. Wajah keraninya itu dipandang dan jelas Dafina sudah tarik senyum kelegaan. Ingatkan gold punya plastik itu untuk dia.

   Kalau tak.. hmm, tak tahu nak cakap apalah. Memanglah dia akan fikir Encik Qaiser ni dah gila! Angin tak ada, ribut tak ada.. tiba-tiba bagi dia benda alah tu. But, how sweet Fuad Qaiser. Sempat lagi Dafina memuji. Dia tersengih-sengih seketika. Dan Qaiser rasa macam nak selam muka dalam akuarium dekat sudut hujung ruang tamu ni aje bila tengok senyuman Dafina.

   Why, Fina? Is it something wrong?” soal Emiera. Senyuman Dafina mula mati. Okey, memang dia lega sebab plastik keemasan itu bukan untuk dia. Tapi, dia rasa bersalah sebab dia dah buka barang yang bukan milik dia. Wajah Dafina kembali muram.

   “ Miera, aku dah salah buka hadiah. Yang aku buka tu kau punya, sorry eh?” Dafina mula meminta maaf. Emiera hulur senyum. Laa.. sebab tu aje ke?

   Its okay, Fina. Sama aje kan hadiah tu?” ujar Emiera tanpa mengetahui apa-apa. Dafina langsung terpasung lidah. Terus dia pandang wajah Qaiser. Qaiser geleng. Jangan cakap apa-apa. Qaiser bagaikan hantar pesanan melalui anak mata dia yang bertaut dengan Dafina. Dafina faham. Okey, dia tutup mulut.

   You just find out by yourself. Maybe same, but not totally.” Dafina bersuara.

   “ Fina..” Yes, penyelamat dia dah datang. Bukan dia tak nampak mulut Emiera bagaikan hendak berkata-kata tadi. Terus dia toleh pandang wajah Fatah di sisi si kembar.

   “ Jom Kak Fina, kita makan puding karamel ni. Qilah yakin ni mesti Kak Miera buat sebab tengok pun dah tahu. Lagipun, ni puding kegemaran Abang..” Amni pantas menyiku si kakak. Aqilah terdiam. Nyaris dia hendak menyebut nama arwah Abang Arel. Lambat-lambat dia pandang wajah Emiera. Emiera dah tunduk. Qaiser mula hela nafas lemah. Sampai bila Miera nak macam ni? Orang yang dah pergi takkan kembali, Miera.. hatinya mengalun simpati.

   “ Qilah, get me that one, please..” arah Qaiser cuba hendak mengalih suasana. Aqilah pantas angguk. Emiera menoleh. Eh, tak tahu pun Qaiser suka puding ni juga? Dia terkejut.

   “ Oh, lupa. Abang Qais pun suka puding karamel kan?” soal Amni menyampuk. Qaiser angguk. Ya, memang dia dan Qairel punya banyak persamaan meskipun umur mereka berbeza hampir tiga tahun. Aqilah sudah menghilang ke dapur bersama dengan yang lain. Tinggal Qaiser dan Emiera saja di ruang tamu.

   “ Abang pun suka puding tu? Kenapa selama ni Miera tak tahu pun?” Soalan Emiera buat Qaiser berpaling pantas. Lama dia pandang wajah Emiera. Wajah Emiera bagaikan bercahaya tatkala menyebut puding kegemaran arwah Qairel.

   “ Err.. tu favorite abang dengan arwah..” Perlahan suara Qaiser. Dia perasan, wajah Emiera sudah berubah sendu. Arel.. macam mana abang nak kembalikan Cempaka Emiera yang dulu? Abang sendiri dah buntu, Arel..


Tuesday, August 27, 2013

Izinkan Aku Mencintaimu (Novel)


HANA EFRYNA
Izinkan aku menyintaimu
PROLOG
Angin bertiup kencang menyapa wajah. Dinginnya kian mencengkam sanubari. Sedingin ketenangan yang ingin dicari untuk meleraikan segala rasa duka, lara yang kian mengekori. Seorang wanita masih lagi menangis teresak-esak sambil beberapa kali cuba menyeka air mata yang kian laju membasahi pipi. Sudah hampir dua minggu si suami meninggalkan dia. Namun, bayangan arwah masih belum bisa diusir jauh. Dia duduk di atas buaian sambil memeluk lutut. Tanpa sedar, dirinya diperhatikan satu susuk tubuh tegap.

   Di sinilah segala kenangan antara dia dan Fuad Qairel bermula. Ya, di sini! Banyak kenangan manis yang Qairel tinggalkan untuknya. Meskipun dia dan Qairel berkahwin pada usia muda, namun dia bahagia. Dia bahagia bergelar isteri kepada lelaki itu walaupun kehidupan mereka tak seindah pasangan lain. Tapi, sungguh singkat gelaran itu dibawa kerana dia kini hanyalah seorang.. Ah, sukarnya bibir hendak menyebut. Lagi sukar hati hendak menerima. Sungguh, dia rasakan tubuhnya sudah separuh lumpuh. Bagaikan turut dibawa bersama dengan jasad arwah suaminya yang terkubur sepi. Pada usia 26 tahun, Qairel akhirnya bersemadi untuk selamanya.

   Anak mata jatuh pada tangan kirinya yang tergenggam kemas sebuah potret seorang lelaki yang pernah mencuri hatinya, manakala di tangan kanannya tergenggam utuh sebentuk keychain yang pernah menjadi hadiah perkenalan daripada Fuad Qairel.

   Keychain yang berbentuk hati itu dibawa rapat ke dada. Kata Qairel, keychain yang berbentuk hati itu melambangkan keikhlasannya untuk berkawan dengan dia. Entahkan betul atau tidak, dia sendiri tidak pasti.

   Mata Emiera singgah pada potret perkahwinan antara dia dan Fuad Qairel. Walaupun hanya dengan majlis ringkas, tapi dia bahagia. Tapi, kebahagiaan itu bagaikan direntap pergi bila suami tersayang mula meninggalkan dirinya dalam menyahut seruan Ilahi. Betapa dia terseksa dengan perpisahan kekal ini. Namun, bagi Cempaka Emiera, cinta itu terpaksa dibiarkan berkubur kerana perginya Qairel bukan untuk kembali lagi. Suaminya sudah pergi untuk selama-lamanya. Itulah hakikat, itulah qada’ dan qadar yang dia harus terima. Sungguh, dia rindu dan sakit rindu ini hampir buat dia sukar untuk bangkit berdiri.

   Kenapa awak tinggalkan saya tanpa pesan, Arel? Kenapa tak bawa saya sekali? Bisik hati Emiera sendu. Air mata masih menderu-deru membasahi pipi mulusnya. Ya Allah, betapa kuat diri ini diuji. Bantulah aku untuk terus bangkit meneruskan sisa baki perjalanan hidup ini, Ya Allah. Rintih hati Emiera tanpa henti. Di setiap sudut  rumah itu, wajah arwah suaminya terbias. Tangan naik memegang dada. Sebak, luka dan sayu bercampur baur menjadi satu sebatian yang maha menyakitkan. Ah, Miera tak kuat.. Arel! Miera tak kuat!!

    “ Miera, abang nak jumpa Miera sekejap.” Suara seseorang membawa Emiera ke alam nyata. Pantas, kepala dipanggung. Terkejut. Wajah abang iparnya terbias di laman mata. Oh, mungkin kurang tepat. Bekas abang ipar kerana dia kini hanyalah bergelar balu. Perit.. hanya itu perasaan yang bisa Emiera gambarkan. Perlahan-lahan Emiera bangkit dengan gontai. Wajah lelaki yang tegak memandangnya direnung tanpa kata. Fuad Qaiser hela nafas perlahan.

   “ Ada apa, abang?” soal Emiera lemah. Qaiser terdiam. Bibirnya bergerak-gerak hendak menutur kata. Tapi, dia tidak tahu dari mana hendak mula kerana dia yakin apa yang dia bakal sampaikan akan merobekkan wanita tabah di hadapannya ini. Emiera akhirnya senyum hambar. Cara lelaki itu sudah bisa ditebak apa pokok pangkal yang ingin disampaikan.  

   “ Mama nak Miera keluar dari rumah ni ke, abang?” soal Emiera lagi. Sedikit bergetar. Qaiser tunduk bersama wajah yang muram. Emiera yang ketika itu sedang duduk santai di atas buaian berdiri sambil dirinya masih menanti jawapan. Kuat Miera, kau kena sedar diri. Dari dulu mama tak sukakan kau. Jadi, kau jangan rasa terlalu lemah dengan apa saja dugaan mendatang. Kuat, Miera. Kau kena kuat.. suara hati membisik kata-kata semangat. Tangan kecilnya digenggam kemas.

   “ Abang, kenapa ni?” soal Emiera lagi. Kebisuan Qaiser meyakinkan andaiannya seratu peratus benar. Pantas, Emiera liarkan mata ke segenap ruang. Sekejap lagi, aku perlu tinggalkan rumah ini. Abang, kenangan kita Miera tinggalkan di sini ye? Tapi, percayalah Miera takkan pernah lupakan abang. Tapi, kedudukan Miera bukan lagi dalam keluarga besar ni. Miera perlu bawa diri. Ke mana? Miera sendiri tidak tahu, abang. Miera tidak punya sesiapa. Ya Allah, sekali lagi diri ini bakal teruji. Titipkanlah semangat buat hambaMU yang kerdil ini.

   “ Miera.. abang.. abang..” Qaiser masih lagi tergagap-gagap. Riaknya resah. Dan belum sempat dia nak buka mulut, wajah mencerun Datin Zetty muncul di antara mereka. Qaiser telan liur.

   “ Hei perempuan, nah ambil beg pakaian kau ni. Aku nak kau berambus dari rumah aku sekarang juga!” Serentak dengan kata-kata kasar itu, sebuah beg besar berwarna hitam dicampak betul-betul di kaki Emiera. Emiera tersentak. Wajah bekas ibu mertuanya dipandang dengan riak memohon simpati.

   “ Mama.. tolong bagi Miera masa, ma. Miera janji Miera akan keluar dari rumah ni. Tapi, hari dah malam, ma. Miera nak ke mana? Kasihanlah dekat Miera, ma. Miera tak ada sesiapa. Arel pun dah tinggalkan Miera..” Emiera sudah mula merayu-rayu. Tangan tua Datin Zetty cuba diraih, namun tamparan yang menjadi hidangan. Qaiser terlopong. Emiera pula sudah mula memegang pipi. Perit, pedih.. tapi hatinya lebih berdarah. Datin Zetty sudah mula bercekak pinggang.

   “ Hei, just shut up! Kalau bukan sebab kau, anak aku tak mati tahu tak?? Kau ni memang dari dulu lagi aku dah agak. Bawa sial!” tempik Datin Zetty marah sekaligus menyebabkan Emiera terpaksa men‘zip’kan mulutnya rapat.

   “ Mama!!” Suara Qaiser yang dari tadi membisu mula kedengaran. Wajah lelaki itu tegang. Rahangnya sudah bergerak-gerak. Emiera pandang wajah Qaiser. Menghantar isyarat.. ‘ Tak apa, bang. Miera dah biasa.’ Namun, melihat Qaiser sudah melangkah rapat pada Datin Zetty, Emiera bisa merasakan akan ada sesuatu yang buruk bakal berlaku. Hatinya kuat menyatakan itu.

   “ Berani Qais tinggi suara dengan mama? Qais ni kenapa, hah?? Kurang ajar betul anak-anak aku sekarang. Sama aje macam Arel!” Tersirap darah Qaiser mendengar omongan mamanya. Emiera pula sudah terkedu.

   “ Ma, adik dah tak ada! Kenapa perlu ungkit orang yang dah tak ada?” jerkah Qaiser berang. Rasa marahnya kini mengatasi rasa hormatnya pada seorang yang bergelar ibu. Datin Zetty mendengus.

   “ Kalau bukan sebab perempuan ni.. adik Qais tak mati!!” Terus ditunjal kepala Emiera menyebabkan tubuh yang sedikit lemah itu hampir terdorong ke balakang. Qaiser bersitighfar panjang. Subhanallah, ke mana iman seorang yang bernama Zaiton Qamariah? Kata-kata mama bagaikan melawan kehendak Tuhan. Bukan salah Emiera, tapi takdir sudah tertulis ini pengakhiran hidup adiknya. Qaiser meraup wajah.

   “ Bukan salah Miera, ma. Ini semua takdir..” Mendatar suara Qaiser berlagu sekaligus menyebabkan darah Datin Zetty semakin menggelegak. Tanpa teragak-agak, tubuh kecil molek Emiera ditarik kasar lalu diseret ke arah pintu pagar utama. Emiera sudah pejam matanya. Sakit, bang.. Miera sakit.. hatinya mengalun pilu.

   “ Mama, mama buat apa ni? Ya Allah..” Qaiser meluru mendapatkan dua susuk tubuh itu. Pegangan mamanya pada lengan Emiera cuba dileraikan.

   “ Qais, jangan cuba nak halang mama!!” tengking Datin Zetty bengang. Namun, pendirian Qaiser tetap tak berganjak. Dia perlu bantu Emiera. Itu janjinya.. janji pada insan yang amat dia sayangi. Dan itu juga kata hatinya. Kata hati yang selama ini dipendam sendiri.

   “ Qais takkan benarkan mama apa-apakan Miera. Dan Miera takkan keluar dari rumah ni!” Tegas Qaiser bersama wajah pilu. Terbuntang biji mata Datin Zetty memandang wajah satu-satunya anak lelaki yang dia punya kini.

   “ Dia bukan sebahagian daripada keluarga ni lagi, Qais. Dia dah jadi balu. Suami dia, anak mama dan buat pengetahuan abang long Qais juga, dah tak ada. Puncanya, perempuan sundal ni. Qais faham tak? Dia tak layak duduk dalam rumah ni lagi!!” jerkah Datin Zetty meluap-luap dengan rasa marah.

   Kenyataan mama ada benarnya. Tapi, dia tetap tak boleh lepaskan Emiera pergi. Janjinya pada arwah Qairel masih tersemat kukuh. Satu lagi kenyataan mama yang salah sama sekali, Qairel pergi bukan kerana Emiera. Bukan! Mata dipejam seketika. Emiera yang masih menunduk direnung dengan riak penuh simpati.

   “ Emiera tetap akan tinggal dekat sini..” Perlahan Qaiser menutur. Emiera yang tadi menikus panggung kepala. Mencerna maksud kata-kata Qaiser.

   “ Abang.. jangan keruhkan keadaan. Miera akan pergi, bang..” Lirih suara Emiera. Datin Zetty mencebik. Qaiser geleng perlahan.

   “ Ya, Miera akan pergi. Tapi, hanya bersama abang..” Zap! Terus kepala Datin Zetty berdengung hendak meledakkan amarah. Matanya sudah memerah menunjukkan betapa dia sakit hati dengan tutur kata si anak. Emiera pula sudah terkedu. Apa maksud, Qaiser?? Hatinya berbisik.

   “ Miera tak fa.. tak faham..” Suara Emiera tenggelam-timbul. Qaiser jeda.

   “ Qais jangan nak memandai lawan cakap mama. Apa maksud Qais sekarang ni?? Jangan nak bela sangat perempuan jalang ni,” soal Datin Zetty lantang. Wajah si anak direnung tajam. Kalaulah pandangan itu bisa membunuh, tentu Qaiser sudah terkubur seperti arwah Qairel.

   “ Abang, cukuplah. Jangan ada pergaduhan antara abang dengan mama. Miera pergi, bang. Ingat, syurga abang ada pada mama. Miera pergi, Miera tak nak keruhkan keadaan lagi..” Emiera sudah bersuara. Air mata menderu-deru mengotori pipi mulus itu. Dia tunduk mengutip beg usang yang pernah diusung ke mari suatu ketika dahulu.

   “ Miera!” Tegas suara Qaiser. Langkah Emiera terhenti. Qaiser terus berjalan mendapatkan Emiera. Lengan Emiera disauk perlahan. Emiera tergamam. Terus direnung wajah tenang Qaiser. Qaiser menarik perlahan Emiera mengikuti langkahnya.

   “ Qais!!” Suara Datin Zetty meninggi. Mungkin berang melihat si anak masih berusaha hendak mempertahankan bekas menantunya itu. Qaiser tetap cuba untuk bertenang.

   “ Ma..” seru Qaiser perlahan. Wajah Emiera dikerling sekilas. Seketika, dia kembali menghadap wajah tegang si ibu. Maaf, ma.. Qais terpaksa ingkar kata-kata mama kali ini. Ampunkan Qais, ma..

   “ Miera takkan pergi. Kalau mama tekad nak halau Miera, bermakna mama juga dah halau Qais..” Datin Zetty terlopong.

   “ Abang..” Baru Emiera hendak berkata-kata. Qaiser dah angkat tangannya tinggi. Menyuruh Emiera diam.

   “ Kau memang anak kurang ajar, Qais!” Bergetar suara Datin Zetty. Menggigil tubuh gempal itu mengepung marah. Sungguh, ini kali pertama Qaiser ingkar kata-kata mamanya. Maaf, ma.. Qais dah gagal jadi anak yang soleh. Sendu Qaiser bermonolog.

   “ Qais minta ampun, ma. Tapi, Qais tetap dengan kata-kata Qais tadi..” Sekali lagi Qaiser menyuarakan tekadnya.

   “ Kenapa kau nak bela sangat perempuan ni, Qais??” selar Datin Zetty. Suaranya dah bergetar. Dijeling wajah Emiera tajam.

   “ Sebab.. sebab.. Qais akan menikah dengan Miera bila dia tamat tempoh edah nanti..” Dum! Emiera terus terpusing 360 darjah. Benarkah kata-kata Qaiser? Tangan naik menekup mulut. Kepala dia menggeleng-geleng. Tak.. tak.. dia salah dengar. Bisik hatinya berkali-kali.

   Sedangkan Datin Zetty sudah mula menayangkan senyum sinis.

   “ Aku tak faham kenapa dua anak lelaki aku boleh terpikat pada perempuan macam kau ni. Tapi, ingat Qais.. kalau Qais tekad dengan keputusan Qais.. anggap mama Qais ni dah mati. Dan mulai hari ni.. mama tak nak tengok muka Qais lagi! Think, Qais.. Think!” Serentak dengan itu, Datin Zetty melangkah masuk. Qaiser masih selamba. Dia mula menarik beg di tangan Emiera. Emiera yang masih terkejut langsung hilang kosa kata.

   “ Mari.. kita pergi dari sini..” Mendengarkan kata-kata tenang itu, Emiera hampir hilang kekuatan diri. Kepalanya benar-benar berserabut. Apa lagi kali ini? Ya Allah!!