PeNgiKuT sEtiA..

Friday, March 8, 2013

Misi Mencari 'Cik Ikhlas' (Cerpen) Part 5


 Amir teragak-agak hendak keluar dari tempat persembunyiannya di balik dinding restoran milik keluarga Sara Aisya. Puas Mizal menolak-nolak batang tubuh itu agar maju ke hadapan. Tapi, lain pula yang Amir balas. Ada ke patut diketuknya kepala Mizal dengan hujung jari kasarnya. Mizal sudah tarik muka ketat.
   “ Apa bos ni ketuk kepala saya?” Mizal merengek mengada-ngada. Amir menjegilkan biji matanya.
   “ Awak nak saya keluar pakai baju macam ni? awak ni siuman ke tidak?” soal Amir geram. Giginya diketap sebelum matanya sendiri meneliti pakaian yang tersarung pada tubuhnya. Hanya dengan seluar track yang nampak agak lusuh dan t-shirt berwarna kuning. Tidak lupa juga tahi lalat besar yang menjadi identiti dirinya. Yang membezakan dia sebagai Ayed dengan Syed Amir Ridza yang sebenar.
   “ Bos.. saya nak tanyalah sekarang ni. Sekarang watak bos apa? Ayed bin Ayod ke Syed Amir Ridza bin Datuk Syed Mustaqim?” sela Mizal sedikit geram. Tahulah Amir itu menjaga penampilan diri. Masalahnya sekarang mereka kan dalam Misi Mencari ‘Cik Ikhlas’. Bos dia ni nyanyuk ke apa. Amir nampak berfikir-fikir seketika.
   Hmm.. awak ni bebal ke apa, Mizal? Kan saya sekarang jadi Ayed. Habis tu?” Aduh, boleh pula Amir soal dia balik. Habis tu? Nak aje Mizal jawab.. Habis tu, threelah pula, bos. Huh!
   “ Bos, kalau watak bos sebagai Ayed.. jadi memang nilah penampilan bos. Takkan bos nak pakai baju bos yang nampak smart tu untuk misi kita. Memang tak jalanlah, bos.” bebel Mizal panjang. Wajahnya diseriuskan.
   “ Saya seganlah, Mizal.” Amir mula mempamerkan riak sedih. Wajahnya jelas nampak memerah. Mungkin segan sangatlah tu. Mizal tahan ketawa.
   “ Nak segan apa, bos? Kalau apa yang kita korban ni hasilnya berbaloi. Tak apa, kan?” Mizal memujuk lagi.
   “ Habis tu, memang kena keluar jumpa Ara macam nilah?” Amir masih ragu-ragu sebelum hujung bajunya dipegang. Dengan yakin, Mizal angguk sebelum matanya tiba-tiba tertancap pada gadis yang baru menapak keluar dari restoran.
   Inilah masanya! Detik hati Mizal. Segera dia menolak tubuh Amir maju ke hadapan. Amir tersentak. Baru dia nak marah Mizal, Mizal dah berdesup melarikan diri. Dia membebel seketika sebelum wajah dipaling ke hadapan. Dan tika itu, wajah Sara betul-betul muncul di hadapannya dengan senyuman manis. Amir kelu seketika. Kurang asam jawa punya Mizal. Hatinya membebel sakan.
   “ Ayed?” Sara menyoal dengan wajah terujanya. Amir tersengih sebelum kepalanya digaru-garu kecil.
   “ Ayedlah ni.” balas Amir masih lagi tersengih bak kerang busuk.
   “ Ingat Ara lagi tak?” soal gadis itu masih dengan nada terujanya. Langsung tidak menduga akan ada pertemuan kedua di antara mereka.
   “ Eh, mestilah ingat. Kan ke tadi baru jum..” Amir mula menekup mulutnya. Aduh, Amir. Apa kau melalut ni? Sara dah mula buat muka pelik.
   “ Tadi baru jumpa ke? Bila? Kat mana?” soal Sara balik. Amir sudah mati akal. Aduh, nak jawab apa ni? Mizal.. ke sini kau. beta memerlukan pertolongan. Tolonglah beta, Mizal oi.
   “ Bukan tadi. Haa.. sekarang. Sekarang ni kita tengah jumpa kan? Jumpa.. Alah.. face to facelah.” jawab Amir kelam-kabut. Sara tercengang. Apa jenis jawapan dia ni bagi ni?
   “ Err.. ha’ah. Kita tengah jumpalah ni kan?” Sara membalas walhal dia sendiri tak faham apa yang dia balas. Amir pula dah rasa nak sorokkan wajahnya untuk beberapa saat. Malu dengan jawapan yang memang kedengaran agak bodoh tadi.
   “ Ara nak pergi mana ni?” soal Amir cuba membuang rasa malu.
   “ Ara baru aje balik tolong kak long kat restoran. Dia tak cukup pekerja hari ni. Pekerja kak long cuti. Haa.. lain kali jemputlah datang ke restoran kak long Ara.” Sara bersuara ceria. Amir mengangguk sekilas.
   “ InsyaAllah, Ara. Sekarang, Ara nak ke mana?” soal Amir polos.
   “ Nak baliklah, Ayed.” balas Sara.
   “ Kalau macam tu.. jom, Ayed hantar.” Amir mempelawa bersama senyuman. Sara tersengih sumbang. Hantar? Nak naik apa?
      Hantar? Ayed ada kereta ke?” soal Sara sekaligus mematikan senyuman Amir. Soalan itu seperti  berbaur sindiran sahaja. Sara pun macam perempuan lain ke? Perempuan yang memandang kereta Porsche, Ferrari dan Honda Civic aku tu? Detik hati Amir mulai kecewa. Mizal, ni bukan Cik Ikhlas saya. Dia pun sama aje. Wajah Amir berubah mendung. Sara pula dah gelabah. Nampaknya Amir dah salah faham dengan soalan dia.
   “ Ayed.. bukan maksud Sara nak memperkecilkan kemampuan Ayed. Maksud Sara, kalau Ayed naik motor.. Sara memang tak boleh sebab Sara tak biasa bonceng motor dengan lelaki bukan muhrim.” Sara membalas panjang lebar. Seketika, wajah Amir kembali ceria. Cakaplah awal-awal Sara oi.. hatinya mengomel senang.
   “ Oh.. Ayed ingat Ara tak sudi tadi. Yelah.. Ayed ni buruk, miskin. Mesti Ara malu nak kawan dengan Ayed kan?” Amir berpura-pura merendah diri.
   “ Siapa cakap orang miskin dan buruk tak layak dapat kawan? Ara tak pernah anggap Ayed macam tu. Lagipun, kalau sekali tengok.. Ayed ni manis juga orangnya. Tu.. tahi lalat tu comellah.” puji Sara seraya tergelak comel. Cis, tahi lalat palsu aku juga yang menjadi igauannya. Detik hati Amir cemburu dengan tahi lalat sendiri.
   “ Terima kasih, Ara. Jadi, maknanya Ara sudilah nak kawan dengan Ayed?” soal Amir nampak teruja. Sara terdiam sebentar sebelum kepalanya diangguk perlahan.
     Berkawan tu tak salah, Ayed selagi ianya tak bercanggah dengan hukum agama kita. Bukan ke berkawan tu dapat mengeratkan silaturrahim? Jadi, Ara terima huluran perkenalan daripada Ayed kalau Ayed ikhlas nak kawan dengan Ara.” balas Sara bijak bermain kata-kata. Amir mula kagum dengan pendirian gadis itu. Nampak terjaga akhlaknya. Ah, kalau aku bawa balik jumpa papa.. mesti papa pun berkenan ni. Silap-silap, dia pula yang masuk line. Ah, tak sanggup aku biarkan Sara jadi mama tiri aku. Amir sudah mula merapu.
   “ Ayed?” seru Sara menyedarkan Amir daripada berkhayal terus.
   “ Hah.. oh ye-ye. Maaf, Ayed terbabas tadi. Ara sudi tak nak Ayed hantar Ara balik?” soal Amir kelam-kabut. Sara buar muka tak selesanya.
   “ Kalau bukan motosikal, Ara okey je.” balas Sara sopan. Seketika, Amir tarik senyum.
   “ Okey, jom.” sela Amir girang. Cepat sahaja dia menapak ke arah parkir kereta. Kereta Ferrari miliknya diterjah dulu. Terbuntang biji mata Sara melihat Amir seakan-akan sudah bersedia untuk membuka pintu kereta. Aik, kereta dia ke tu? Soal Sara kurang percaya sambil menilik pakaian Amir. Tak mungkinlah!
   “ Ayed, Ayed silap kereta ke?” soal Sara sekaligus menyentakkan Amir. Amir pantas sahaj memandang kereta Ferrari berwarna merah miliknya. Alamak!
   “ Err.. err.. silap ni. Haa.. ni kereta Ayed. Ayed ni memang dah lama impi nak pakai Ferrari. Tu yang Ayed ingat mimpi Ayed dah jadi kenyataan. Kereta ni ye, Ara.” ujar Amir lalu berpusing ke arah kereta yang diparkir di sebelah kereta Ferrari miliknya. Kereta yang dibawa oleh Mizal sewaktu mereka ke sini.
   Sara ikut bepaling. Seketika, wajahnya tersenyum ceria. Uniknya kereta ni. puji Sara sambil menyentuh sisi kereta yang pernah dilihatnya dalam cerita Mr. Bean. Amir buat muka pelik.
   “ Ara okey ke naik kereta ni?” soal Amir mulai curiga. Sara berpaling. Sesaat, dia sudah bersorak sakan. Terpempan Amir dibuatnya.
   “ Apa pulak, tak okey? Okey sangat ni. Kereta ni sama macam dalam kereta Mr. Bean tu kan? Hmm.. jadi bila Ara naik kereta ni.. Ara nak bayangkan Ayed ni Mr. Beanlah sebab Ara memang minat dengan Rowan Atkinson itu.”  ujar Sara sambil meloloskan diri ke dalam kereta milik entah siapa itu. Dari manalah si Mizal ni balun kereta ni? Desis hati Amir tertanya-tanya.
   Amir masih lagi terkebil-kebil. Sejenak, jarinya dituding ke arah diri sendiri. Aku? Aku jadi Mr. Bean? Ah, Mr. Bean pun Mr. Beanlah. Yang penting Sara ni memang Cik Ikhlas aku. Detik hatinya lalu dia memboloskan diri ke dalam kereta mini itu. Bibirnya mula tersungging senyuman lucu melihat Sara seakan canggung sahaja dengan kereta pinjamnya. Habis semua aksesori disentuh oleh gadis itu. Hailah.. Sara yang polos.

4 comments: