PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Prolog


PROLOG

Suasana di perpustakaan UiTM Chendering kelihatan lengang tanpa kehadiran pelajar-pelajar seperti biasa. Maklumlah, hari ini kan hari Sabtu. Sudah pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk merehatkan otak setelah agak lama bertungkus-lumus menghadiri kuliah. Tidak seperti kebiasaannya, perpustakaan yang agak kecil itu sentiasa penuh dengan kehadiran pengunjung yang tidak jemu-jemu bertandang bagi menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah masing-masing.
   Tengku Farish Naufal menggeliat beberapa kali. Sudah dua jam dia bertapa di perpustakaan itu. Ah.. lenguhnya. Dia memejamkan matanya untuk seketika bagi menghilangkan rasa penat yang kian mengekori. Namun, belum sempat rasa penatnya melabuhkan tirai, tiba-tiba dia dihujani rasa terkejut apabila terasa sesuatu yang agak berat menghempap ke sisi tubuhnya. Pantas dia membuka mata. Dan matanya terus terjegil melihat gerangan yang menghempapnya sebentar tadi.
   “ Aduh! Wei, apa ni??” marah Farish tertahan-tahan. Fidya terpana melihat pandangan tajam jejaka itu.
   “ Err.. maaf.. maaf. Saya tak sengaja.”  Fidya Emalin tergesa-gesa meminta maaf. Dia bangun membetul-betulkan pakaiannya. Wajahnya mula berubah pucat. Bimbang disembur oleh Fahim. Farish yang masih terkejut hanya memandang tajam gadis di hadapannya. Bergerak-gerak rahangnya cuba mengawal marah.
   Hish, kenapalah aku boleh jatuh terhempap kat mamat ni? Malunya.. desis hati Fidya kalut. Mukanya dah merah macam pakai blusher dah.
    “ Maaf, maaf.. itu aje yang awak tahu?? Awak jalan tak pakai mata ke? Awak pakai kepala lutut ek? Kasihan, awak tak menghargai langsung kurniaan Allah S.W.T pada awak. Fungsi mata untuk melihat. Tapi, awak..” Farish sengaja tidak menghabiskan bicara.  Dipandang Fidya atas bawah seolah-olah mengejek. Fidya pula terkebil-kebil memandang Farish. Langsung tidak terduga ayat itu yang bakal dimuntahkan oleh jejaka yang merangkap seniornya itu.
   Amboi! Main kasar nampak?? Sentap ni. Sentap ni. Hish!
   Siapa tidak kenal Tengku Farish Naufal? Sebut sahaja nama jejaka itu, pasti ramai ‘cewek-cewek’ yang gila bayang. Farish juga merupakan anak kepada salah seorang tokoh ahli perniagaan yang terkenal di Kuala Terengganu. Kalau tidak silap, Tan Sri Tengku Fatimi. Pemilik syarikat barangan elektronik yang agak tersohor di negeri ini. Malah, cawangan syarikat itu boleh dikatakan terdapat di hampir setiap negeri.
   Lamunan Fidya hancur bersepai tatkala terdengar deheman daripada jejaka di hadapannya. Kenapa, bang? Sakit tekak ke? Siap berdehem segala bagai. Huh! Fidya menggerutu sebal.
    “ Ehem.. ehem. Tak payahlah awak tenung muka saya sampai macam tu. Saya tetap takkan terima awak jadi girlfriend saya. Lagipun, saya dah tahu apa yang awak bakal ucapkan.” Farish bersuara angkuh. Sedangkan Fidya semakin kalut apabila dituduh begitu. Perasan baguslah lu.. bentak hati Fidya.
   “ Apa awak cakap? Cuba ulang semula. Saya tak berapa dengarlah. Tadi ada harimau mengaum tepi telinga saya, sebab tu pendengaran saya tak berapa jelas. Can you repeat what you said just now?” Soal Fidya tidak mahu mengalah. Dia sudah mula bercekak pinggang.
   Hei, aku bukan perigi cari timbalah. Aku ni bunga yang yang sedang mencari bidadara kayangan. Haa.. itulah aku. Setakat lelaki macam kau ni, kat tapak kaki aku aje. Tengok, Fidya sudah mula bermulut laser. Nasib baik dalam hati.
    “ Hish! Pekak pulak. Forget it. Anyway, can you just leave me alone? I have many works to do. Dan pasal tadi tu, tak perlu dipanjangkan lagi. Just go,” halau Farish tanpa riak bersalah. Hei, mamat tak cukup umur ni! Sekali aku terajang, sampai ke Lubnan kau! Mulut busuk macam tong sampah!
    “ Amboi.. amboi.. sedapnya bahasa?? Awak ingat saya ni salah seorang daripada peminat awak ke? For your information, I’m not interested with you. Do you understand that?? Muka macam Donald Duck, perasan aje lebih. Hish! Ni lagi satu hal, saya cuma nak tegaskan saya tak sengaja jatuh terhempap atas awak tadi. Dan kalau diberi peluang kedua, saya lebih rela jatuh terhempap atas lantai ni. Sebab lantai ni takkan mengomel bukan-bukan. Saya juga pasti kalau lantai ni ada mulut pun, dia mesti tahu berbudi sebab orang yang menghempap dia tu dah minta maaf tadi. Jadi, awak tak perlulah ingat itu semua taktik saya untuk mengurat awak. Tak kuasa saya, tahu tak??” Fidya sudah mula naik hantu. Kalau tadi dia menikus, sekarang tak lagi. Geram betul dia dengan perangai bongkak jejaka itu. Farish hanya tersenyum sinis.
    “ Wah.. awak nak kata lantai ni lagi bagus daripada sayalah ye? Mata awak ni dah rabun agaknya. Anyway.. baguslah. Saya pun tak banyak masa nak layan awak. Awak nampak tak buku yang menimbun ni? So, awak boleh pergi sekarang. Pasal hal tadi, saya tak charge apa-apa bayaran pun. Tak payahlah awak nak tunjuk sangat yang awak tak bersalah,” sela Farish lagi. Matanya kemudian dihalakan kembali pada buku yang dipegangnya. Fidya sudah mula menghentak-hentakkan kaki. Salah satu rutin Fidya apabila dia merasa geram terhadap seseorang. Kakinya sudah bersedia untuk mencari mangsa.
   Bukk! Terus kaki tegap milik lelaki itu ditendang laju-laju. Ambik, kau!! Hahaha..
    “ Awak, memang melampau!!!” Tanpa diduga, Fidya telah pun menendang kaki Farish yang berada di bawah meja. Terjerit Farish dek tendangan yang berbisa itu. Terloncat-loncat dia macam beruk makyeh nak buat show joget lambak. Aduh! Sakitnya.
    “ Shh.. boleh diam tak? Sini perpustakaan, bukan gelanggang untuk bertinju. Kalau nak bising-bising, sila keluar.” Salah seorang pembantu perpustakaan di situ menegur tindakan Farish yang menjerit tadi. Farish segera memohon maaf. Pembantu yang dikenali sebagai Cik Nita itu terus menyambung kerjanya semula. Mujur juga aku tak kena sembur lebih-lebih.. desis hati Farish.
   Matanya kembali melotot ke arah Fidya. Tangannya dikepal. Memang nak makan penumbuklah minah senget ni! Aku bagi sebijik karang, mahu jadi panda kau nanti. Farish sudah bergetar menahan amarah di dalam hati.
    “ Wei, minah senget! Yang kau tendang kaki aku tu kenapa?” Bahasa yang digunakan Farish sudah bertukar nada. Sakit betul kakinya, ditambah pula sakit hati yang kian bermukim.
   Alah, kalau orang dah buat tahi, aku apa lagi? Akan aku bagi pula tahi lembu yang diadun sebati dengan segala macam tahi yang ada. Tahi kambing, tahi cicak.. tahi..
   Eh, stop. Stop. Apa kau melalut ni, Farish?? Dah sampai ke tahi dah kau ye? Pengotor alam betullah.
    “ Ek Eleh.. kepohlah. Dah kau perasan bagus, aku tendanglah. Tu belum lagi aku bagi penangan kencang ala-ala Bruce Lee. Kalau tak, mahu penyek kau kat sini. Aku memang pantang jumpa orang macam kau ni. Sepatutnya aku ambil kasut aku ni, aku tenyeh-tenyeh kat mulut kau. Biar kau reti jaga sikit bahasa kau apabila bercakap dengan seseorang,” balas Fidya berani. Spoil moodnya gara-gara Farish. Sudahlah dia terpaksa mengambil tugas Aleya, rakan sekelasnya untuk menyiapkan group assignment  mereka. Penat belum lagi melabuhkan tirai, hatinya pula disakiti mamat kepoh di hadapannya.
   “ Dasar minah senget!! Aku rasa wayar kau dah tercabutlah. Sebab tu, kau suka tendang-tendang kaki orang.”
   “ Woi, ulat buku! Aku tak pernah lagi tendang orang lain. Kau yang pertama. Memang nasib kaulah, kan?” Fidya semakin membakar hati Farish. Farish menjegilkan biji matanya. Apa? Ulat buku? Berani betul minah senget ni panggil aku macam tu. Aku cili mulut tu kang!
   “ Kau memang cari pasal dengan aku, kan? Kau belum kenal lagi siapa aku? Aku Tengku Farish Naufal..” Farish berhenti seketika apabila Fidya terlebih dahulu mencelah. Apa ke hal pulak minah ni? Nak celah-celah aku pulak. Entah-entah nak cakap, I love You tak?? Hehe.. Farish sudah mula naik sampan, dayung sendiri.
   “ Ops.. kejap, kejap. Aku rasa aku dah kenal kaulah. Kau.. Tengku Farish Naufal, kan?” soal Fidya dengan senyuman sinis. Farish sedikit terpinga-pinga. Macam mana dia tahu ni?
   “ Eh, macam mana kau tahu ni?” soal Farish sambil mengaru-garu kepalanya. Keblurannya mula terserlah. Minah senget ni kenal aku ke? Detik hati Farish aneh. Seketika kemudian hatinya mencelah lagi. Ehem.. ehem.. aku kan famous kat kampus ni. Siapa tak kenal, kan? Maklumlah, dahlah handsome, kacak, bergaya, pandai. Ah.. semualah. Detik hatinya angkuh.
   Menyampah, mak!
   “ Bengap tahap tujuh lapis bumilah kau ni. Kau juga yang cakap ‘Aku Tengku Farish Naufal’. Sah-sahlah, aku dah kenal kau. Mangkuk jambanlah kau ni,” sela Fidya lagi sambil tergelak lucu. Berjaya juga dia mengenakan lelaki bajet bagus di hadapannya ini. Farish mengetap bibirnya. Geramnya. Namun sesaat kemudian akalnya mula mencerna sesuatu. Tapi, betul jugak minah senget ni cakap. Kan aku sendiri yang bagitahu nama aku. Hish! Buat malu aje.
    “ Apa pasal kau panggil aku ulat buku hah? Aku ada nama, tahu? Kau semestinya tahu betapa uniknya nama aku,” protes Farish sambil sempat lagi memuji namanya sendiri. Sedangkan Fidya sudah hampir nak termuntah darah mendengar setiap pujian Farish terhadap dirinya sendiri. Hmm.. masuk bakul, angkat sendiri. Dah tak ada orang nak angkat, terpaksalah kan? Kesian.
    “ Lecehlah cakap dengan kau. Cuba kau tengok, atas meja kau penuh dengan buku. Hanya orang gila sahaja yang kuat membaca macam kau ni. Dan apabila seseorang itu sudah gila membaca, maka secara rasminya akan digelar ‘ulat buku’. So, kau dah faham sekarang? Atau kau nak aku bagi full explaination siap dengan demo lagi?” terang Fidya panjang lebar sambil mulutnya memuncungkan ke arah timbunan buku yang berlambak di atas meja yang diduduki Farish.
     “ Ah! Aku tak kira. Aku tak suka kau panggil aku dengan nama tu. Ulat? Kau tengok badan aku yang very-very tough ni, ada ke rupa macam ulat? Lainlah kau, kurus melidi. Aku pijak pun boleh patah riuk tulang kau tu.” Farish masih tidak mahu mengalah. Fidya terus memerhatikan tubuhnya. Kurus sangat ke? Ah! Menipulah. Ramai cakap tubuh aku lawa, persis model gitu.. puji Fidya di dalam hati.
   Tiba-tiba Fidya terpandang jam di tangannya. Alamak! Sudah hampir pukul 12 tengahari. Aku kena balik kolej ni. Ada group discussion pula. Fidya menepuk dahinya. Asyik berperang mulut dengan mamat yang entah jatuh dari planet mana ni, sampai tidak sedar waktu berlalu. Dengan tergesa-gesa dia segera berlari menuju ke pintu utama perpustakaan tersebut.
    “ Woi, aku belum habis cakap lagilah.” Farish melaung kuat. Lupa seketika bahawa dia sedang berada dalam zon senyap. Cik Nita pula sudah menghadiahkan pandangan tajam. Farish menekup mulut. Opss.. terlebih sudah. Desis hatinya.
    “ Kita sambung nantilah, ‘ si ulat buku’. Daaa..” Fidya segera melangkah sambil tangannya menggawang-gawang di udara. Gelaran baru untuk jejaka bongkak itu pula seolah-olah sudah sebati di bibir mongelnya. Farish yang masih tercegat hanya menghantar pemergian Fidya dengan pandangan tajam. Siap kau, minah senget!!

No comments:

Post a Comment