PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, April 16, 2014

Suami Untuk Dicintai Bab 3


BAB 3

Thaqif merenung jauh ke luar jendela. Punggung dilabuhkan ke atas meja pejabatnya sementara kedua-dua belah tangan menyeluk pket slack hitam yang licin bergosok. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk dari arah luar.

   “ Come in..” sahut Thaqif lemau. Sesaat terasa bahunya ditepuk seseorang.

   “ Whats up, bro? Meeting tak attend.. apa kes?” Suara Nashriq Baihaqi, teman rapatnya menyinggah. Thaqif mengeluh panjang.

   “ Sorrylah, Haq..” pinta Thaqif lalu dia menapak ke ruangan sofa. Duduk dilabuhkan. Tangan mengurut-urut belakang leher. Jelas menunjukkan dia sedang berhadapan dengan masalah besar.

   Baihaqi buat muka pelik. “ Kau kenapa, kawan?” soal Baihaqi prihatin. Thaqif menggeleng dengan senyum sumbing.

   “ Nothing.. a bit tired lately..” dalih Thaqif tak mudah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang lain. Baihaqi gelak mengejek.

   “ Oh, come on.. Thaqif Anaqi.. aku kenal kau dah lama. Kalau muka kau cemberut macam orang mati bini ni, mesti ade something wrong. Am I right?” sindir Baihaqi terang-terangan. Thaqif jeling wajah teman dia sebelum keluhan panjang terlepas dari bibirnya.

   “ Big problem, bro..” sahut jejaka tampan itu tidak bermaya. Kening Baihaqi terjungkit tinggi. Berminat hendak tahu lanjut.

   “ What’s wrong? Mind to share?”

   “ My wife..”

   “ Your wife?”

  Thaqif angguk dengan soalan Baihaqi.

   “ Dia ada orang lain.” Pendek dan ringkas jawapan Thaqif.

   “ What??”

   “ Lebih tepat aku suami dia, but she has someone else..”

   “ Jangan bergurau, Thaqif Anaqi..” Keluar nama penuh Thaqif dari bibir Baihaqi.

   “ Kalaulah aku memang sedang bergurau..” Panjang harakat ayat Thaqif kedengaran. Baihaqi geleng kepala. Bahu teman ditepuk perlahan. Cuba menyalurkan kekuatan.

Kelibat seseorang yang sedang terbongkok-bongkok di tepi fridge menarik perhatian. Pantas kaki Tahqif menghala ke situ. Iris Nadira!

   Entah kenapa, tiba-tiba saja hati dilanda debar melihat susuk tubuh yang santai mengenakan pakaian tidur bercorak bunga-bunga kecil itu. Thaqif berdehem sedikit.

   “ Oh.. you! Baru balik?” Tak tunggu lama, Iris sudah laju menapak ke arah suami yang jelas nampak letih. Briefcase milik Thaqif dicapai.

   Ingatan Thaqif mula melayang-layang pada perbualan dia dan Baihaqi.

   ‘ Dayus namanya kalau benarkan isteri keluar dengan jantan lain.’

   Masih lagi terngiang-ngiang.

  ‘ Cuba kau ugut dia pula.’

  Saat ini Thaqif sudah pejam mata. Patut ke dia ikut cakap Baihaqi?

   “ Iris, ada benda I nak cakap..” Suara ala-ala seorang bos sudah keluar. Iris hanya tekun menunggu.

   “ I tak nak kita play stupid games in our marriage. If not..”Thaqif sengaja leretkan bicaranya. Iris tiba-tiba mendekat. Lengan encik suami dia usap seketika.

   “ If not, what?” Mencabar sungguh Iris Nadira. Thaqif mendengus.

   “ Marriage is not a game, Iris Nadira. You faham tak?” soal Thaqif diamuk rasa geram.

   “ Hari tu kita dah sepakat kan?”

   “ Yes.. but, I dah tukar fikiran I. I tak nak terlibat dalam permainan bodoh ni..” Cepat saja Thaqif memangkah. Iris senyum sinis.

   “ Kalau you nak tarik diri, dipersilakan. Tentu you tahu kesannya..” ugut Iris.

   “ Don’t you dare challenge me, my dear wifey..” Bergetar nada seorang Thaqif Anaqi. Iris geleng lembut.

  “ I didn’t..” nafi Iris dengan lenggok gemalai.

   “ Please.. stop all this nonsense or else...”

   “ Or else?” Iris hendak si suami habiskan ayat. Thaqif kemam bibirnya seketika.

   “ Then I will leave..” Thaqif rentap tangan sasanya lalu dia sudah mula memanjat anak tangga ke tingkat atas.

   “ Thaqif Anaqi! Tunggu..” Giliran Iris pula yang gelabah. Tanpa sebab!

   Thaqif hentikan langkahnya. Namun, untuk berpaling memang takkan. Dia ketap giginya sedikit. Yakin bahawa Iris akan menghamburkan ayat-ayat yang menyakitkan hati.

    Lengan si suami dipaut. Thaqif rentap balik.

   “ You nak apa lagi? You sendiri cakap.. kalau I tak nak terlibat dalam permainan ni, I perlu undur diri..” Lemau sedikit nada Thaqif.

   Iris hanya membisu sebelum tiba-tiba tubuh itu mula berdiri di hadapan Thaqif. Ketinggian mereka di paras sama memandangkan Iris sedang berdiri di anak tangga atas berbanding Thaqif.

   “ You pasti you nak tarik diri?” soal Iris lagi.

   “ Yes!” Sungguh yakin nada Thaqif.

   “ Jadi, you nak ceraikan I?” Soalan berani mati dari Iris Nadira.

   “ What the..” Berdetak-detuk gigi Thaqif. Merah padam wajahnya membendung amarah.

   “ Calm down, dear..” Iris seakan menguji kesabaran yang senipis kulit bawang itu.

    “ Ke tepi, Iris!” Bengkak sungguh hati Thaqif. Seakan martabatnya sebagai suami dipermainkan.

   “ Ingat Tha..” Dan untuk sesaat, mata Iris terus terbuntang. Ohmai!

   Beberapa saat berlalu.

   Thaqif kesat bibirnya sedikit. Hatinya puas. Senyuman sinis terukir di wajahnya.

   “ I dah cakap.. don’t you dare challenge me..” angkuh suara Thaqif. Usai mengucapkan kata-kata itu, tubuh Iris ditolak sedikit ke tepi.

   Iris masih terpaku. Seminit berlalu, tangan halusnya meraba bibirnya sendiri. Dan saat itu Iris seakan-akan digoda dan tergoda.