PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Suami Tak Dirancang Bab 2


BAB 2
Dinzly Fariqal benar-benar rasa suhu takat didihnya sudah di tahap maksimum. Wajah Darwisya yang menunduk dikerling tajam. What a bad day?? Tadi, elok-elok dia bangun daripada tidur macam biasa. Now, what? Dia sekarang terperangkap dengan helal si minah gila ni. Lagi tak boleh diterima akal, dia kini sedang dihakimi oleh keluarga Darwisya. Datuk Dirly dan Datin Ameldy serta putera bongsu mereka Ahmad Darqeem. 
   Dinzly raup kasar rambutnya. Seketika, dia bertempik kuat. Terperanjat gorilla Darwisya dibuatnya. Huh, kecik jantung aku. Omel gadis itu tanpa perasaan bersalah.
   “ Saya tak buat macam tu. So, boleh tak Datuk dan Datin cuba faham saya?? Boleh tak?? Dan kau perempuan gila, kau jelaskan semua. Apa masalah kau sekarang ni, hah? Kau dah mengandung anak luar nikah, kau nak libatkan aku pula??” tengking dia beralih pada Darwisya.
   Tajam mata Datuk Dirly merenung pemuda yang pada anggapannya terlalu biadab itu. Datin Ameldy yang perasan riak keruh suaminya segera memegang lengan tua itu. Dia menggeleng kecil. Janganlah suaminya juga naik angin. Doa hatinya tidak putus-putus.
   “ Wisya, tell me the truth. What was happened?? Betul ke Wisya pregnant??” Datuk Dirly pula yang menjerit. Darwisya pekup telinganya. Hailah.. kalau macam ni terus, boleh pekak telinganya kejap lagi. Rungut hatinya sebal.
   Okey, Wisya.. one, two three.. action! Berlakon kena real. Dan tanpa ditunggu-tunggu air mata mengalir laju seiring dengan mulutnya yang tersekat-sekat berbicara. Dinzly hanya merenung sahaja tindakan selanjutnya gadis itu.
   “ Daddy.. I’m not pregnant! He try to rape me. Wisya trauma, dad..” Belum sempat dia nak terus berbicara, Dinzly sudah meluru laju. Terus kecut perutnya tika itu.
   What the..” Dinzly ketap giginya serapat mungkin. Tangannya sudah mengepal penumbuk. Menyedari situasi tegang itu. Datuk Dirly menerpa.
   “ Hei, young man. Jangan berkasar dengan perempuan. Not nice, huh??” marah Datuk Dirly tertahan-tahan. Segera Dinzly berkalih sedikit. Sempat juga dia menghantar jelingan pada Darwisya yang bereaksi tenang. Huh, dasar plastik!
   “ Wisya, anak mummy. Now, tell the truth.. honey. Jangan menipu. Mummy nak tahu perkara sebenar. Betul ke Dinzly cuba rogol kamu??” soal Datin Ameldy. Mendengarkan pertanyaan itu, Dinzly kalih pandang pada wajah Darwisya. Dia membuntangkan biji mata. Menghantar amaran melalui pandangan tajam itu. Darwisya sedikit sebanyak gentar juga. Namun, dia tidak punya pilihan. Dia perlu menyahut risiko ini.
   “ Mummy.. you know me, right? Wisya takkan bohong mummy. This is the truth. Please, believe me. Wsiya tak pernah buat perkara terkutuk macam tu. Wisya tahu nak jaga nama baik keluarga kita.” ngongoi Darwisya. Tika itu, Dinzly rasa lembik lutut. Ya Allah, kenapa dengan perempuan ni? Bermati-matian cakap aku cuba nak rogol dia? Sakitnya hati!! Aku rogol betul-betul kan, niaya aje!! Hatinya meradang.
   “ Hei, bila masa aku cuba buat macam tu? Macam nilah.. siapa yang datang rumah siapa? Kau yang jejakkan kaki ke rumah aku, then kau cakap aku yang nak rogol kau? Why not kau cakap kau yang nak rogol aku sebab tu datang rumah aku kan?” Pedas sekali ayat itu melontar keluar. Darwisya terlongo.
   Eh, pandainya dia melawan. Ah, tak boleh jadi ni. Sekali dia belit fakta yang sebenar, alih-alih leher aku yang terbelit. Omel hatinya runsing.
   Darqeem sudah menutup kedua-dua belah telinganya. Apa ni? Rogol-rogol? Saya bawah umur lagi, tahu?? Heee..
   “ Hei, awak masih nak lepaskan diri ke??” tempik Darwisya mula naik angin. Dinzly tersenyum sinis. Perempuan ni memang nak kena.
   Okey.. I give you one way to settle down this problem. Bawa dia pergi hospital. Buat check up. Kalau ada bukti yang mengatakan dia dirogol, saya akan bertanggungjawab. Tapi, kalau tak ada.. saya akan saman Datuk dan Datin sekeluarga.” ugut Dinzly. Datuk Dirly dan Datin Ameldy terhenyak ke sofa. Darwisya pula sudah melopong. Aduh, macam mana ni? Detik hatinya cemas. Lutut mula menggigil lemah.
   Seketika, dia mendapat idea. Nafas ditarik perlahan. Dinzly masih lagi pandang wajahnya dengan riak sinis. Tahu kali ni yang Darwisya tidak boleh melawan lagi. Kalau pemeriksaan itu dilakukan, semuanya akan terbukti. Lagipun, Darwisya kini sudah mengandung dua bulan. Detik hatinya bijak.
   So, kau sanggup ke tak??” sela Dinzly bengkeng.
   “ Wisya.. Wisya tak boleh buat macam tu!! Macam mana kalau keputusan tu positif mengatakan Wisya mengandung? Mana daddy dan mummy nak letak muka ni??” halang Datuk Dirly laju. Matanya melotot marah. Darwisya tenang. Dia tahu apa yang dia bakal buat.
   “ Wisya tahu Wisya tak bersalah. Daddy jangan risau. Kita di pihak yang benar.” ujar dia menyebabkan kepala Dinzly rasa berpusing-pusing. Darwisya perasan wajah tampan Dinzly sudah berubah pucat.
  Apa? Apa dia cakap? Tempik Dinzly dalam hati.
   “ Aku setuju nak buat check up. Kau takkan terlepas.” Bicara itu membuatkan kepala Dinzly berpinar-pinar. Segera dia berpaut pada sofa. Apa lagi helah si minah gila ni? Argh!!!!
  

4 comments: