PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Suami Tak Dirancang Bab 1


Suami Tak Dirancang (Mini Novel)
Oleh : Hana Efryna

BAB 1
Aleya Darwisya menangis hiba. Berita yang didengari daripada lelaki yang juga merangkap teman baik Aiman Najdi menyentak pergi separuh daripada semangatnya. Dia melorot jatuh di hadapan pintu apartment milik Aiman suatu ketika dahulu. Tangisannya pecah menyatakan betapa hatinya sakit dengan permainan hidup ini. Tubuh tegak Dinzly Fariqal yang memerhatikannya dengan pandangan aneh tidak dihiraukan.
   Cuma sekali! Cuma sekali dia dan Aiman melakukan hubungan intim itu. Dan kini dia sudah disahkan mengandung dua bulan. Allah.. berat sungguh dugaan ini. Macam mana dia nak berhadapan dengan mama dan papa? Sudahlah dia adalah anak sulung dalam keluarga mereka. Buntu fikirannya tika ini. Tambah-tambah lagi kejadian itu berlaku tanpa kerelaannya.
   Dinzly Fariqal menyebak rambutnya dengan kasar. Bingit suara tangisan itu membuatkan dia rasa tidak selesa. Dia mengeluh keras. Dia memang tak suka tengok perempuan menangis di hadapan dia. Lebih-lebih lagi yang dramatik macam ni. Naik berbulu mata dia melihat.
   Segera lengan gadis yang tidak dikenali itu dicengkam kasar. Memaksa si gadis berdiri tegak. Terkial-kial Darwisya cuba hendak bangun. Perit lengannya dek perbuatan Dinzly yang tak reti berlembut itu. Berkerut-kerut keningnya menahan sakit.
   “ Hei, you jangan nak buat drama kat sini boleh tak? Apa pun masalah you dengan Aiman, jangan nak libatkan I. I tak ada masa nak bertenggek kat pintu ni dengar you melalak macam orang bodoh.” marah Dinzly tertahan-tahan. Mendengarkan ayat itu, Darwisya menangis kuat pula. Lebih kuat daripada tadi.
    Kelu lidah Dinzly untuk terus memarahi. Lagipun, memang bukan sikapnya berkasar dengan perempuan. Tapi, dengan gadis ini cepat sahaja dia melatah. Ah, tak fahamlah!
    “ You.. marry me. I’m pregnant. Tolong, I merayu. For god sake, please marry me.” Lain yang dicakap, lain pula yang dibalas oleh Darwisya. Melopong mulut Dinzly mendengarkan permintaan karut itu. Darwisya pula sudah naik gila. Lengan sasa itu dipaut erat mengharapkan persetujuan. Dinzly yang baru tersedar segera menepis kuat. Matanya membuntang marah.
   “ Hei, what the nonsense? Are you kidding??” tempik dia bengang. Suka-suka aje nak dia bertanggungjawab. Sedap-sedap dengan jantan lain, alih-alih macam perempuan tak ada otak minta dia jadi pak sanggup. Huh, memang taklah kan?? Bentak hatinya pelik. Pelik dengan perangai gadis yang entah dari mana datangnya.
   I beg you, marry me. I janji akan tunaikan apa saja you mintak. Dua puluh ribu? Seratus ribu? I sanggup bagi. But, please marry me before baby ni keluar. I tak nak parents I malu.” Masih lagi merayu-rau. Dan saat ini, Diznly rasa nak bagi penampar aje kat minah gila ni. Cakap tak pakai otak ke, wei?
   Are you out of your mind? Gila I nak tolong you. Baby tu anak Aiman. So, you pergi carilah dia sendiri. Jangan libatkan I. Kenal you pun tak, ini kali pertama kita jumpa. Dan you boleh macam perempuan tak ada akal, minta I kahwin dengan you? Ridiculous.” Tangan disilangkan ke dada. Darwisya melutut pula. Diznly tersentak. Dia mengundur ke belakang.
   And one more thing, I tak hadap duit yang you tawarkan. You ingat I sengkek sangat ke? You bodoh sangat serahkan maruah pada lelaki sewenang-wenangnya kenapa? Now, you kena tanggung sendiri bahana yang you cipta.” hambur Dinzly lagi. Dalam hati, doa dipanjatkan semoga adik perempuannya tidak berkelakuan sebegini. Hailah.. perempuan zaman sekarang memang macam ni ke? Detik hatinya.
   No, I bukan macam tu. Aiman rogol I and semua tu tak berlaku secara rela. Please, believe me. I’m not that kind of girl.” jelas Darwisya. Dinzly senyum mengejek.
   “ Huh.. oh yeah. Apa pun alasan you, you better move on. I dah tak ada masa nak layan you merepek kat sini. Just go!” halau Dinzly. Tubuh Darwisya ditolak-tolak keluar agar memudahkan dia hendak menutup daun pintu.
   Darwisya semakin cemas. Dia benar-benar tiada pilihan lain. Lelaki ini perlu juga menjadi suaminya. Perlu! Dia tidak nampak cara lain lagi untuk selamatkan diri.
   “ Hei, you tak faham ke??” tengking Dinzly. Kelibat seorang wanita melalui kawasan apartment itu membuatkan Darwisya pantas bertindak. Lengan bajunya dikoyak hingga menampakkan kulit putih mulus itu. Terjojol biji mata Dinzly. Dia nak buat apa ni?? Crazy girl!!
   “ You nak buat apa ni??” soal Dinzly cemas. Namun, Darwisya buat-buat tak dengar. Baju Dinzly ditarik dan dikucar-kacirkan sebelum dia mula meraung kuat. Dinzly tergamam. Drama apa yang dilakonkan ini??
   “ Tolong.. kakak, tolong saya.” Darwisya bertindak gila. Dia menerpa pada susuk tubuh wanita yang berusia lewat 30-an itu. Terkejut juga wanita itu dek tingkah Darwisya yang tiba-tiba. Melihatkan tangisan dan baju Darwisya yang sedikit koyak, wanita itu cemas. Dia menunduk lalu mencangkung mendapatkan tubuh Darwisya yang memaut kejap kakinya.
   “ Adik, kenapa ni?” soal wanita yang dikenali sebgai Kak Dina itu. Darwisya mengongoi hiba. Dinzly yang memerhati dari jauh mula rasa nak pitam. Dia dapat rasa ada bencana yang bakal berlaku tak lama lagi.
   “ Sa.. saya hampir kena rogol.” luah Darwisya. Terlopong mulut Kak Dina mendengarnya.
   “ Si.. siapa yang buat adik macam ni?”
   “ Dia cuba nak rogol saya, kak. Dia cuba nak rogol saya. Allah.. macam mana dengan nasib saya lepas ni. Akak, tolong saya.” Darwisya masih lagi berlakon. Segera bebola mata Kak Dina beralih pada wajah tampan Dinzly. Dinzly menggeleng laju. Pakainan Dizly yang tampak tak terurus meyakinkan Kak Dina bahawa Darwisya tidak menipu.
   No, I tak buat semua tu. Damn!!” jerit Dinzly naik angin. Dia meluru pantas ke arah Darwisya. Darwisya cuak. Kak Dina panik.


4 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. saya suka awak punya cerita...
    best :) :) :)

    ReplyDelete
  3. Wah bestnya..jum layan hehehe :)

    ReplyDelete
  4. Mini novel akak..memang best!

    ReplyDelete