PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Khilafku Padamu Bab 2


Bab 2
Syed Adryan Firdaus menggeleng kesal melihat wajah sugul itu. Langsung tidak mahu bercakap dengan orang lain. Sibuk dengan dunia khayalannya saja. Sesekali, wajah yang dulunya pernah menjadi kegilaan siswi UiTM Seri Iskandar ini tersenyum. Kadang-kadang tergelak seorang diri. Dan akhirnya wajah itu menangis. Ya Allah.. begitu hebat penangan cinta serorang gadis bernama Merlissa Umairah. Mengenangkan sebaris nama itu, giginya berlaga atas dan bawah. Jahanam kau, Lissa. Jerit hatinya geram dengan wajah memerah.
   “ Fir..” Suara seseorang membawa mata Firdaus terpaku pada sesusuk tubuh yang sudah semakin cengkung itu. Firdaus berdiri sambil memaut tubuh yang tampak lemah itu. Nadzril tersenyum. Inilah sahabatku, sahabat yang masih setia memberi kata-kata semangat buat diri ini. Tapi.. ianya jelas sia-sia dibawa angin yang berpuput lembut. Dirinya sudah tidak berguna lagi. bukan saja disebabkan cintanya dipermainkan Merlissa, tetapi akan sesuatu hikikat yang tidak pernah diketahui oleh sesiapa pun. Hanya diri kerdil ini menanggung beban itu sendirian.
   “ Nadz.. kenapa kau macam ni, Nadz? Kenapa seksa diri?” Firdaus bersuara pilu lalu mengambil tempat di hadapan Nadzril. Nadzril tersandar lemah.
   “ Aku okey, Fir. Kau jangan risau.” balas Nadzril sembari tersenyum. Senyuman yang jelas hambar dan kelat.
   “ Okey apa macam ni? Okey bila kau baru ditendang daripada UiTM? Okey bila tubuh dan wajah kau cengkung bagaikan mayat hidup? Okey bila kau tak dapat nak capai cita-cita kau jadi seorang mahasiswa yang memegang segulung ijazah? Nadz, lagi dua bulan kita nak tamatkan belajar. Tapi.. kau tengoklah sendiri macam mana. Aku tak tahu apa lagi nak nasihatkan kau. Aku sedih.. aku sedih tengok kawan baik aku macam ni.” luah Firdaus penuh emosi. Tangan dipekupkan ke wajah. Cuba membendung sedih. Tiba-tiba, bahunya dipeluk kejap. Lantas, dengan wajah sayu dia mendongak.
   “ Fir.. aku sakit.” luah suara itu sambil menahan air mata jantannya daripada gugur. Firdaus mula rasa naik angin. Ya, kau sakit sebab betina tak guna tu. Pekik batinnya penuh dendam. Bingkas dia bangun. Dadanya berombak ganas.
   “ Memang, aku sendiri boleh nampak kau sakit. Kau sakit sebab betina tu. Jiwa kau sakit sebab cinta kau dipermainkan. Kalau betina tu ada depan mata aku, memang tahulah aku nak ajar dia. ingat hati kita sebagai lelaki ni, hati lembu ke apa??” bentakknya marah.
   “ Nadz.. bukan salah Lissa.” tegur Nadzril hiba. Firdaus semakin berang. Semenjak dua bulan lepas, itulah yang keluar dari bibir Nadzril. Bukan salah Lissa.. bukan salah Lissa. Habis, salah siapa??
   “ Habis salah siapa?? Salah aku??” tengking Firdaus mula rasa amarahnya memuncak. Dada perit mengenangkan kondisi teman baiknya. Nadzril terbatuk kecil. Seketika, dia tarik nafas berat. Wajahnya sayu menggambarkan keperitan.
   “ Bukan salah sesiapa. Bukan salah aku, bukan salah Lissa dan bukan salah kau sekalipun.” jawab Nadzril tenang. Matanya nampak berkaca. Firdaus duduk kasar ke birai katil. Wajah diraup berkali-kali. Ah, dia memang rasa nak mengamuk aje sekarang ni. Tanpa kata, tangannya menumbuk tilam itu kuat. Nadzril hanya memerhati dengan ekor matanya. Dia tahu, Firdaus sayangkan dia. Mahu tidaknya.. mereka bersahabat hampir enam tahun.
   “ Kau selalu nak bela dia! Aku tak fahamlah. Kenapa, Nadz? Kenapa kau perlu pertahankan perempuan yang dah robek hati kau sendiri? Aku memang dah tak boleh sabar sekarang ni. Aku kena ajar perempuan tu.” ujar Firdaus lalu bangun tegak. Dia perlu membuat perhitungan dengan Merlissa. Bencinya dia pada nama itu!!
   “ Fir.. kau nak ke mana?” soal Nadzril cemas. Bimbang juga melihat amukan Firdaus.. kan makan penampar gadis kesayangannya nanti. Firdaus terhenti di muka pintu.
   “ Aku nak ajar perempuan tak guna tu!” balas Firdaus bersalut geram yang maha dahsyat.
   “ Jangan. Aku tak izinkan. Selangkah kau keluar dari rumah aku, aku takkan anggap kau kawan lagi.” Zap! Tersentak hati kecil Firdaus mendengarkan kata itu. sampai begitu Ndazril ingin menangkan Merlissa?? Ah!!!
   “ Kau ugut aku, Nadz? Kau sanggup buang aku kerana seorang perempuan yang jelas tak menghargai kau? Kau kenapa, Nadz??” jerit suara itu bagaikan histeria. Agaknya laungan yang ergema itu sampai ke telinga Puan Norly, umi Nadzril yang berada di dapur.
   “ Aku tak buang kau, Fir. Cuma, aku tak nak.. aku tak nak kau apa-apakan dia. Biarlah dia dengan bahagianya.” luah Nadzril tanpa dapat membendung air matanya lagi. Teresak bagaikan anak kecil dia menghamburkan tangisan. Firdaus menggeleng kesal. Jelas menderita, namun masih ada hati hendak mempertahankan betina tak guna tu. Tak, aku akan tetap buat perhitungan. Biarlah putus persahabatan sekalipun, aku rela asalkan nasib Nadzril terbela. Lantas, dia kembali memulakan langkah.
   “ Aku sakit, Fir. Aku sakit.” luah suara garau itu tiba-tiba. Kaki yang ligat hendak diatur terpasak kaku sekali lagi. Firdaus berpaling mencari wajah itu.
   “ Kau sakit? Kau baru sedar ke? kau memang dah lama sakit. Kau tahu kenapa? Sebab betina tulah. Jadi, kau jangan nak ha..” Firdaus tak sempat nak habiskan ayat bila mana Nadzril terus mencelah.
   “ Aku ada barah otak..” Sambung Nadzril pilu mematahkan bicara temannya. Anak matanya sayu menikam wajah Firdaus. Seketika, kaki Firdaus bagaikan obor-obor. Rapuh hendak berdiri. Tak, tak mungkin. Aku silap dengar. Kawan aku sihat. Dia takkan ada penyakit tu. Takkan!! Jerit Firdaus lalu menggeleng-gelengkan kepalanya. Menyedari reaksi Firdaus, Nadzril pantas mendapatkan temannya yang jelas nampak bingung.
   “ Aku sakit, Fir. Dan itulah penyakit aku, tiada kaitan dengan Merlissa. Tuhan dah takdirkan hidup aku begini. Aku redha, Fir.” jelas Nadzril sambil mengongoi kecil.
   “ Tak, kau tipu aku kan?” soal Firdaus lalu berpura-pura ketawa menutup rasa hati. Nadzril pantas berlalu ke meja kecil yang etrdapat di suatu sudut bilik. Rekod kesihatannya dicapai lalu dengan lemah dia menghulurkan pada Firdaus. Firdaus menyambutnya dengan wajah terpinga-pinga. Dia membelek kertas puith itu. Seketika, mimpi tidak lagi kekal menjadi sebuah mimpi. Apa yang terbentah adalah kenyataan. Kenyataan yang cukup pahit!
   “ Aku dah menghidap penyakit ni lama. Sekarang, dah peringkat ketiga. Dah tak ada harapan untuk aku sembuh. Sebab tu aku selalu ponteng kuliah sekaligus menyebabkan aku ditendang keluar dari kampus. Bukan salah Merlissa. Bukan salah dia. Berita ni pun aku dapat tahu pada hari yang sama aku dibongkarkan dengan penipuan Merlissa.” Tenang wajah itu melontarkan kata. Firdaus senyap tanpa suara. Mulutnya hendak bergerak, tapi dia tak mampu. Lumpuh tiba-tiba.
   “ Kenapa baru sekarang kau nak bagitahu aku, Nadz? Aku ni siapa, Nadz?” soal Firdaus sesal.
   “ Kau kawan aku dan akan selamanya jadi kawan aku. Aku tak sanggup nak khabarkan berita ni pada kau. Aku tak nak kau sedih, Fir. Biarlah aku lihat wajah gembira orang yang aku sayang sebelum aku menutup mata. Tapi.. hari ni rahsia tu tetap terbongkar.” Firdaus mula tebak sesuatu yang anah dalam lenggok nada itu.
   “ Kau jangan cakap umi pun tak tahu hal ni??” soal Firdaus curiga. Perlahan-lahan Nadzril angguk.
   “ Aku tak sampai hati nak tambahkan luka di hati umi. Melihat aku dibuang universiti pun wajah itu jelas kecewa. Tapi.. aku tahu umi takkan bagitahu perasaan sebenar dia sebab dia memang tak nak bebankan aku.” balas Nadzril. Beristighfar panjang Firdaus mendengar pengakuan itu.
   “ Nadz, umi perlu tahu. Dia berhak tahu. Sampai bila kau nak rahsiakan perkara sebegini??” marah Firdaus namun tidak terlalu lantang. Memandangkan hubungannya yanga agk rapat dengan Nadzril, Puan Norly sendiri yang meminta dia dibahasakan dengan panggilan ‘umi’ Kedegaran keluh-kesah dari bibir Nadzril.
   “ Aku tak tahu, Fir. Bila tiba masanya, umi tetap akan tahu. Fir.. janji dengan aku. Bila kau dah tak ada, tolong jaga umi. Tolong ye, Fir? Aku orang susah, Fir. Umi mungkin hilang tempat bergantung selepas pemergian aku. Tolong, Fir. Hanya pada kau, aku jadikan sandaran untuk umi berteduh kasih.” pinta suara itu hiba. Firdaus terhenyak. Ya Allah, luluhnya mendengarkan permintaan itu.
   “ Kenapa kau cakap macam ni, Nadz? Kau akan sihat. Aku yakin kau akan sihat. Kau bagitahu aku, berapa banyak kos rawatan kau. Aku akan minta daddy salurkan bantuan. Kau cakaplah!!!” marah Firdaus masih tidak dapat menerima hakikat. Nadzril menggeleng lagi.
   “ Kau cepat berputus asa!!” bentak Firdaus tiba-tiba.
   “ Tak, Fir. Macam mana kau tahu aku berputus asa? Tak pernah, Fir. Aku selalu cekalkan hati aku bila tahu aku menghidap penyakit ni. Aku selalu paksa diri aku telan ubat-ubat yang dah tak mampu aku nak cakap berapa banyak jenisnya. Aku cuba, Fir. Tapi.. apa guna lagi bila doktor sendiri dah bagitahu hayat aku tak lama. Hayat aku cuma tinggal dua bulan je, Fir. Sungguh, aku perit nak tanggung semua ni sorang-sorang.” balas Nadzril lemah. Pedihnya hati ini mendengar luahan itu. Tuhan, kenapa begini sekali saahabatku diuji? Tukas hati Firdaus sebak.
   “ Doktor bukan Tuhan, Nadz. Dia cuma buat andaian.” Firdaus menyangkal.
   “ Kau cakap pada aku, berapa peratus yang menafikan kata-kata doktor selama ni? Hampir keseluruhannya yang diperkatakan doktor itu benar, Fir. Ini hakikatnya. Dan aku perlu terima.”
   “ Kau tak boleh macam ni. Kau perlu bertarung dengan penyakit tu. Aku ada untuk sokong kau. Aku ada!” balas Firdaus geram.
   “ Aku dah cuba. Malah, aku dah cuba sehingga aku rasa diri ini semakin lelah, semakin penat. Fir.. janjilah pada aku.. jangan bagitahu umi tentang hal ini. Jangan tanya aku kenapa, sebab aku sendiri tidak punya jawapan. Apa yang aku boleh cakap.. akan tiba waktu itu.” pinta suara itu lagi. Sebak bercampur baur.
    “ Tapi..” Firdaus hendak menolak.
   “ Janji, Fir?” Suara itu terus merayu. Dan dalam keterpaksaan, kepala dijatuhkan jua tanda setuju.
   Tuhan, Kau cekalkanlah hati insan bernama Nadzril Fahmi ini. Kau tabahkanlah hatinya. Aku mohon pafaMU. Doa Firdaus dalam hati. Wajah lega Nadzril ditatap sayu.




No comments:

Post a Comment