PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Kemaafan Yang Dipinta Bab 2


Bab 2
Sufi melangkah masuk dengan kaki yang dihentak-hentak kasar ke lantai. Beg sandang dicampak kasar ke atas sofa. Zairil hanya membontoti dari belakang sambil memegang dahinya yang sudah dilapisi darah kering. Kesakitannya masih jelas terasa. Bibir diketap kuat. Dia cuba bersabar dan menepis jauh-jauh rasa terkilan. Sepatutnya dia lebih bersedia dengan penerimaan Sufi terhadapnya. Nafas ditarik lemah.
   “ Eh, kenapa dengan dahi Aril ni?” soal Mak Esah yang mungkin baru sahaja selesai mengemaskan ruang dapur. Zairil menggeleng sambil menghantar senyuman hambar. Mak Esah mengerutkan kening. Sekilas dia memandang wajah Sufi yang nampak mencuka. Dia yakin, itu semua pasti perbuatan Sufi. Geramnya dia dengan menantu Datuk Zainudin itu. Hish, macam manalah perempuan macam tu boleh dapat lelaki sebaik Zairil? Mak Esah mengeluh perlahan.
   “ Mak Esah, Mak Esah okey ke tak ni?” soal Zairil sembari mencuit bahu itu perlahan. Mak Esah tersentak. Dia menggaru-garu kecil kepalanya. Sufi dari jauh sudah mendengus kecil.
   Mengutuk akulah tu. Bisik hati Sufi seraya menjeling tajam susuk tubuh gempal Mak Esah.
   “ Mak Esah okey. Aril je yang nampak tak okey. Mari sini, biar Mak Esah bersihkan luka tu.” ajak Mak Esah lembut. Zairil tersenyum. Meskipun isterinya tidak bimbang akan dirinya, tetapi Mak Esah ada.
   Sufi mula merencanakan sesuatu untuk mengenakan lelaki itu. Sungguh, hatinya masih sebal. Pantas, dia bergerak laju ke arah dua susuk tubuh itu. Idea jahat sedang berlegar-legar di minda. Dia tersenyum sinis.
   “ Mak Esah.. Mak Esah masuk rehat ye? Biar Sufi yang bersihkan luka Aril.” ujar suara itu lembut menggoda lalu memeluk pinggang sasa itu. Zairil tersentak. Mak Esah mengerutkan kening. Nampak pelik dengan perubahan sikap wanita itu. Matanya jatuh pada pakaian yang dipakai Sufi. Mak oi.. seksi habis. Omel hatinya.
   “ Tapi..” Mak Esah seolah-olah dapat menghidu niat tak baik si Sufi. Hati tuanya kuat mengatakan hakikat itu. Wajah Zairil yang jelas terkejut dipandang bersilih ganti dengan wajah cantik Sufi.
   “ Tak apa, Mak Esah. Aril is my husband.” pujuk Sufi meyakinkan. Pelukan di pinggang Zairil semakin diketatkan. Zairil mula rasa berserabut. Pening memikirkan perilaku isterinya yang jelas aneh. Bukan dia seorang sahaja yang perasan. Malah, Mak Esah juga. Mak Esah masih nampak teragak-agak. Sufi mula rasa laharnya hendak meletup. Hei orang tua ni, banyak songeh pula. Melebih! Kutuk dia dalam hati. Namun, wajah tetap dimaniskan bak madu.
   “ Aril.. biar..” Mak Esah tak sempat nak mengabiskan kata apabila majikannya sudah mencelah bersama senyuman nipis.
   “ Tak apalah, Mak Esah. Ni tugas isteri saya. Biar dia buat ye? Mak Esah masuk tidurlah. Dah lewat ni.” Zairil memberi kata putus. Lembut menusuk ke deria pendengaran Mak Esah. Bersama keluhan kecil, Mak Esah mengangguk.
   Usai sahaja kelibat Mak Esah menghilang, Sufi menolak kasar tubuh tegap itu. Senyuman tadi yang menguntum manis terus padam. Zairil tahan hati. Dia tahu tadi semua hanya lakonan.
   “ Cepatlah. Tadi nak bersihkan luka kan? Come!!” tegas suara Sufi. Seperti memberi arahan. Lupakah dia bahawa yang sedang dia kasari itu suaminya? Ah, banyaknya dosa Sufi.
   Never mind. Abang boleh bersihkan sendiri.” balas Zairil pendek. Dia mula berpaling hendak melangkah. Sufi naik angin. Lengan lelaki itu ditarik kasar. Zairil terpusing ke belakang kembali. Matanya melotot tajam.
   “ Biar Sufi yang bersihkan. You are my husband, right?” soal Sufi mula bertukar lembut. Sedangkan hatinya sudah berbakul-bakul menyumpah-seranah si suami. Zairil kaget. Lalu, seperti lembu dicucuk hidung dia mengekori langkah Sufi menuju ke bilik Sufi. Bilik yang bertentangan dengan biliknya. Kenapa dengan Sufi ni? Apa permainan yang sedang dia lakukan? Detik hati Zairil aneh.

Zairil memerhatikan ruang bilik yang nampak bersepah itu. Baju-baju kelihatan bersepah-sepah di atas lantai. Dia bingkas bangun. Berhajat hendak mengutip baju-baju itu sementara menunggu Sufi usai membersihkan diri. Mak Esah tak kemas bilik ni ke? Detik hatinya sambil tangan lincah mengutip satu-persatu baju yang bersepah itu. Seketika kemudian dia mula menyedari sesuatu. Ah, lupa pula. Bukan ke Sufi tak suka orang sentuh barang-barang dia?
   Zairil masih lagi ralit dengan tugasnya. Sesekali, bibirnya membebel mengenangkan sikap Sufi. Tangan yang lincah tadi akhirnya kaku dengan sendiri. Matanya dikecilkan sebelum pandangan ditajamkan merenung satu objek berwarna ungu gelap itu. Apakah? Dia bergerak mendekati. Lantas, objek itu dipegang. Seketika, dia tersengih gatal.
   Comelnya.. puji hatinya sambil menyeringai nakal. Dan tika itu juga pintu bilik air terkuak menandakan Sufi sudah selesai mandi. Zairil berpaling sambil tangan masih kejap memegang objek itu. Sufi yang menyedari segera meluru. Terus dirampas objek itu. Wajahnya terasa panas. Malu!
   “ Apa Aril buat dengan bra Sufi ni??” marah dia kasar. Zairil tarik senyum nakal. Dia sekadar menjongketkan bahu lalu bergerak hendak beredar. Belum sempat langkahnya semakin maju. Sufi dah kuat menarik tubuhnya. Dia terpeluk Sufi sehingga hidung Sufi berlaga dengan dada bidangnya. Jantungnya mula berlagu rancak. Dan tanpa dipinta, matanya nakal singgah pada bahagian dada Sufi yang agak terdedah. Ah, macam mana dia boleh tak sedar yang sufi hanya mengenakan baju tidur separas paha ketika keluar bilik air tadi? Zairil telan liur.
   Sufi-sufi, kenapa Sufi pakai baju macam ni? Sufi tahu tak abang ni masih normal. Getus hatinya gundah. Bimbang tidak mampu menahan gelodak hati. Sufi perasan arah anak mata hitam pekat suaminya. Pantas dia menolak tubuh itu lalu berpaling membelakangi.
   “ Aril memang gatal kan? Tak dapat Sufi, dengan bra Sufi pun jadi nak buat lepas gian?” sembur Sufi melulu. Zap! Tersentak Zairil dibuatnya. Ya Allah.. dia bukan sehina itu. Dia berkahwin bukan semata-mata kerana tubuh isterinya. Kalau niatnya hanya itu, sejak malam pertama mereka lagi Sufi sudah tidak bergelar gadis.
   “ Apa Sufi merepek ni?” marah dia sedikit. Sufi tergelak sinis. Dia kemudian menuju ke rak kecil yang terdapat di sudut hujung bilik lalu mancapai sebotol minyak dan kapas. Senyuman sinis terukir di wajahnya. Soalan Zairil dibiarkan berlalu sepi dibawa angin lalu.
   “ Cepatlah. Sufi bersihkan dahi tu. Suf nak tidur pula ni.” bentak Sufi meradang. Zairil mengeluh kasar. Sufi suka memberi arahan sedangkan dia yang sepatutnya melakukan sebegitu. Dayus ke dia??
   “ Sebelum tidur nanti, jangan lupa solat Isyak.” arah suaminya. Sufi menjeling. Tidak suka Zairil mengarah-arah dia.
   “ Suka hati Sufilah. Dosa masing-masing.” jawab dia bagaikan tidak punya agama. Zairil tersentak. Dia beristighfar panjang. Dia menghampiri Sufi yang sedang merendam kapas putih ke dalam besen kecil sebelum diperah pula. Duduk dilabuhkan sebelah isterinya.
   “ Siapa cakap dosa masing-masing? Dosa yang Sufi buat, abang yang tanggung tahu??” marah Zairil sedikit bengang. Namun, dikawal. Bimbang terlebih berkasar pula.
   “ Eh, suami ke? Suami apa? Suami dayus? Daripada Aril terus tanggung dosa Sufi, better you just let me go.” sembur Sufi balik. Zairil terbangun. Ya Allah, remuk hatinya.
   “ Sufi!!” jerkah dia garang. Matanya tajam menikam wajah itu. Namun, Sufi sedikit tak gentar. Zairil kepal tangannya kuat-kuat. Dia memejamkan mata cuba mengusir rasa amarah yang menggila. Ikutkan hati sudah makan penampar wanita itu. Tapi, dia masih waras.
   “ Dahlah, Aril. Jerit-jerit buat apa? Nak suruh semua orang dengar? Cepatlah, Sufi sapukan minyak ni.” Sufi sengaja berkata begitu. Tidak sabar rasanya hendak melihat wajah itu berkerut sakit nanti. Zairil mula tenang kembali. Ya, dia tak boleh cepat melatah. Pantas, dia mengambil tempatnya semula. Sufi menghantar senyuman sinis.
    Sufi mula melakukan tugasnya. Dahi itu dibersihkan dengan kapas yang direndam air tadi. Berkerut-kerut wajah Zairil menahan sakit.
   “ Aduh..”  Zairil merintih. Sufi mencebik. Sakit sikit dah manja macam tu. Huh! Semakin kuat pula dia menonyoh-nonyoh dahi si suami.
   “ Sufi, sakit. Perlahan sikit.” ujar suaminya. Namun, Sufi pekakkan telinga. Mana mungkin dia akan berlembut sedangkan itulah niatnya. Ingin melihat wajah itu berkerut sakit. Puas hatinya. Tapi, belum sepuas apabila dia sudah melumurkan minyak panas ini. Haha.. dia gelak jahat.
   “ Okey.. nak sapu minyak ni.” ujar dia lalu menuang sikit minyak ke atas tapak tangan. Zairil mula curiga. Itu bukan bau minyak gamat. Tapi, kesakitan yang melanda memaksa dia hanya menuruti sahaja. Sufi mula menyapu minyak itu. Dan sebaik sahaja minyak itu dilumurkan..
   “ Ahhhh!!!” jerit Zairil kuat lalu terbangun dari duduknya. Pedih. Perit. Sungguh, minyak itu menambahkan perit lukanya. Dia memandang wajah Sufi yang dah berdekah-dekah ketawa. Wajahnya merah menanggung sakit. Hatinya bertambah remuk bila melihat wajah itu ketawa puas. Teganya Sufi! Rintih hatinya.
   Why, Sufi? Kenapa buat macam ni?” Dia bersuara lirih. Tangan masih menekup dahi. Hampir air matanya menitis. Sufi bangun bercekak pinggang. Dia memandang tajam wajah tampan itu.
   “ Aril tanya Sufi, why? Such a stupid question. You know the answer. Selepas Aril buat kita terperangkap dalam perkahwinan bodoh ni, Aril masih berharap Sufi akan ambil berat pasal Aril? Hei, kalau Aril mati sekalipun Sufi tak sedihlah. Just go to the hell!!!” jeritnya sembari ketawa kecil. Zairil sebak. Dia hampir melorot jatuh. Tangan kirinya digenggam mencari kekuatan.
  Thanks, Sufi. Satu aje yang Sufi perlu tahu. Sufi tak perlu bersusah-payah nak lukakan abang sebab dengan kata-kata Sufi pun hati abang memang terluka. Luka di dahi ni abang boleh ubat, tapi luka di hati siapa yang tahu. Sufi hebat. Sufi hebat memainkan watak sufi. Abang keluar dulu.” ujar Zairil lirih. Dia mula bergerak keluar. Sempat lagi telinganya menangkap sebaris ayat yang meluncur dari bibir itu.
   Stupig guy!” sindir Sufi. Zairil meneruskan langkah. Sampai di luar bilik, dia tersandar lemah di dinding.
   Ya Allah, aku tak kuat. Macam mana lagi caranya aku nak merebut cinta dia? Aku buntu. Aku lemah tanpa petunjukMu. Aku.. aku bimbang aku rebah di persimpangan jalan tanpa sempat merebut cinta Sufi Rania. Rintih Zairil lalu air matanya menitis setitik.
   “ Aril..” tegur Mak Esah. Zairil pantas mengesat air matanya. Wajah dipalingkan. Dia tersenyum menyembunyikan rahsia hati. Mak Esah pandang dengan riak simpati. Dia dengar semuanya. Kejamnya Sufi. Detik hati tua itu.
   “ Mari, Mak Esah bersihkan luka tu.” Mak Esah bersuara lirih.
   “ Eh, tak perlu Mak Esah. Isteri Aril dah buat dah pun.” ujar dia berpura-pura ceria. Hati Mak Esah semakin pilu. Mak Esah tidak mampu menahan sebak, dia mula hendak melangkah pergi sebelum namanya dipanggil lembut.
   “ Mak Esah..” seru Zairil dengan mata bergenang. Sungguh, dia perlukan seseorang tika ini. Pantas Zairil meluru ke dalam pelukan wanita tua itu. Air mata Mak Esah tumpah jua.
   “ Aril tak kuat, Mak Esah. Aril tak kuat.” tangis dia bagaikan anak kecil.
   “ Tak, anak Mak Esah kuat. Aril mesti kuat, sayang.” pujuk wanita tua itu yang dah anggap Zairil seperti anaknya sendiri. Belakang tubuh sasa itu diusap lembut.
   “ Kenapa? Kenapa dia tak nampak yang Aril sayangkan dia? Malah, teramat sayang.” Suara garau itu merintih lagi. Mak Esah merenggangkan pelukan. Air mata di wajah Zairil disapu.
   “ Sebab dia buta. Buta menilai hati suci Aril. Tapi, Mak Esah yakin takdir akan menentukan segalanya.” ujar Mak Esah memujuk. Zairil diam tanpa kata. Hanya esakannya masih berlagu. Ya Allah.. hanya kerana Sufi Rania dia menangis bagaikan anak kecil? Walhal, umurnya sudah mencecah ke angka 29 tahun.
   “ Mari, kita bersihkan luka tu. Bersihkan minyak panas tu.” jelas Mak Esah. Zairil terpana. Mak Esah tahu?
   “ Mak Esah dah tahu dan dengar semuanya.” jawab Mak Esah tenang seperti memahami persoalan yang bakal dimuntahkan oleh Zairil. Seketika, Zairil sebak kembali. Dia gagal. Dia dah jadi seorang suami yang dayus. Betul kata Sufi. Dia dayus! Allah..

No comments:

Post a Comment