PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, March 12, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 9


Bab 9
Mazwan tunduk menekur lantai. Dia bimbang untuk menatap wajah bengis kekasihnya. Siapa yang tidak berang kalau kawan baiknya sendiri dikenakan sampai pengsan macam tu? Sebaik sahaja Fidya sedar daripada pengsan, gadis itu kelihatan pucat sekali. Mungkin masih terkejut dengan kejadian tadi.
   Sudah hampir setengah jam Fidya pulang ke Kolej Kerawang setelah dipapah oleh rakan-rakan yang lain. Heryna pula mengambil peluang untuk bersemuka dengan kekasihnya dan jejaka yang masih setia di sisi Mazwan itu. Eh, kacak juga mamat ni! Puji Heryna dalam hati. Namun, perasaan marah tetap bertamu jua.
   Farish buat muka tidak bersalah. Makin sakit hati Heryna memandang seraut wajah yang tidak berperasaan itu. Ikutkan hati mahu sahaja dia menghadiahkan tumbukan padu ke wajah tampan itu. Namun, demi memikirkan bahawa dia adalah seorang perempuan, maka tidak manis sekiranya dia bersikap kasar seperti lelaki. Elok dia bersabar. Bukankah sabar itu separuh daripada iman?
   “ You, boleh tak you jelaskan pada I kenapa you kenakan kawan I tadi? I tak faham. Sejak bila you kenal kawan I tu?” soal Heryna lantang. Mazwan tersentak dengan suara tegas milik kekasih hatinya itu. Suasana di sekitar gazebo itu tidak sesak seperti biasa. Angin malam yang dingin pula seolah-olah tidak mampu mengusir perasaan marah yang bermukim dalam hati Heryna.
   Dia marah. Dia marah kerana gurauan jejaka di hadapannya ini agak keterlaluan. Kalau dia tidak tiba pada waktunya, apa akan berlaku pada Fidya? Memang pada asalnya dia tidak bersama dengan Fidya. Mana mungkin dia turut menyertai study group itu sedangkan jelas dia dan Fidya berlainan bidang.
   Namun, Tuhan seolah-olah ingin dia membantu Fidya yang dalam kesusahan ketika itu. Kalau bukan diikutkan rasa lapar yang menjerut, sudah pasti dia tidak akan menjejakkan kaki ke kampus semata-mata untuk mendapatkan stok mi segera di Medec.
   Sebaik sahaja terpandangkan sekumpulan siswi yang tekun menelaah, dia yakin itu adalah rakan-rakan Fidya. Namun, dia pelik kerana Fidya tidak kelihatan bersama mereka. Atas desakan ingin tahu, dia merapati gazebo itu. Tanpa diduga, sebaik sahaja kakinya betul-betul berada di hadapan gazebo itu, dia terdengar jeritan lantang dari arah blok B. Dan dia yakin, suara itu milik Fidya. Maka, dia bergegas menjejaki sahabatnya.
   “ Dah bisu ke? Kenapa tak jawab I tanya?” sela Heryna lagi. Mazwan mendongakkan wajahnya. Dia mempamerkan riak sedih. Cuba memancing simpati. Hampa! Heryna buat ‘dek’ aje.
   “ Err.. Baby, I tak tahu pun dia tu kawan you. Kalau I tahu, sumpah I tak tolong kawan I ni..” bela Mazwan sambil mengangkat tangannya lagak bersumpah. Sedangkan Farish sudah ketawa terbahak-bahak.
   Baby?? Ya Allah.. Mazwan ni rupa-rupannya romantik. Tahu juga dia panggilan-panggilan manja macam ni. Heryna sudah membuntangkan biji mata. Dah sewel apa mamat ni? Gelak beria-ria macam orang kena sampuk? Entah-entah.. betul dia tersampuk. Tadi, bukan main berlakon jadi hantu. Sekarang ‘geng’ dia pulak dah datang. Tiba-tiba dia terasa seram sejuk.
   Heryna menggosok perlahan belakang tengkuknya yang dilitupi tudung. Rasa takutnya jelas kelihatan.
   “ Baby.. baby.. you kenapa? Pucat je ni?” soal Mazwan prihatin. Farish masih lagi ketawa. Mazwan menjeling sekilas. Mamat ni.. aku tendang laju-laju kan niaya aje!
   “ You.. cuba you tengok kawan you tu. Pelik aje dia gelak. Dia dah tersampuk ke malam-malam macam ni?” Heryna berbisik perlahan. Mazwan turut memandang wajah temannya. Dahinya dikerutkan sedikit.
   “ Kejap.. I nak tengok ni betul ke tak kawan I. Manalah tahu..” ujar Mazwan lurus lalu dia menonggeng sedikit.
   “ Eh, yang you tertonggeng macam tu dah kenapa??” soal Heryna pelik tatkala dia melihat Mazwan membongkokkan badannya. Buat aksi lucah pulak! Hehe..
   “ Mak I cakap, kalau kita nak tahu seseorang tu hantu atau manusia, kita kena buat macam nilah. Kalau kaki dia jejak tanah, maknanya dia manusia. Kalau tak jejak, maknanya spesies hantulah tu..” terang Mazwan lagi. Heryna mengangguk-angguk tanda faham.
   “ Dah tu, you tengok kaki dia jejak tanah ke tak?” soal Heryna takut-takut. Dia amat berharap jawapan yang diterima adalah positif. Mazwan sudah pucat. Nak bagitahu ke tak ni? Kalau bagitahu perkara sebenar, pengsan pulak awek aku ni. Desis hati Mazwan buntu sambil menggaru-garu dahinya.
   “ Err.. I tengok kaki dia.. kaki dia..” Mazwan tersekat-sekat.
   “ Kaki dia apa??” sergah Heryna tidak sabar-sabar.
   “ Kaki dia tak jejak tanahlah!!” Mazwan menjelaskan dalam satu nafas. Heryna terlopong.
   “ Apa??? Kalau macam tu, apa tunggu lagi?? Cabutttt…” seru Heryna yang sudah mula ingin angkat kaki. Namun, belum sempat dia membuka larian, Mazwan terlebih dahulu menangkap pergelangan tangannya.
   “ You, memanglah kaki dia tak jejak tanah. You tengoklah dia duduk macam mana?” terang Mazwan lagi. Heryna lantas memusatkan pandangannya pada Farish yang kelihatan santai duduk berlunjur di atas bangku panjang itu. Ye tak ye juga? Kalau dah duduk macam tu, mana nak jejaknya.
   Farish pula sudah menyimpul senyuman sinis. Tadi bukan main garang. Sekarang dah kelam-kabut. Tak adalah garang mana pun. Berlagak aje lebih. Kutuk Farish di dalam hati.
   “ You saja nak main-mainkan I, kan??” Heryna memarahi Mazwan. Telinga Mazwan dipulas sepuas hati. Terjerit Mazwan dek penangan itu. Pada awalnya dia juga terkejut apabila mendapati kaki Farish tidak menjejak tanah. Puas dia memikirkan kenapa? Namun, setelah akal bernasnya memberikan petunjuk. Barulah dia faham. Ish3.. bengap juga si Mazwan ni, ye?
   “ Mana ada, baby. I pun baru tahu tadi. Baby, janganlah buat I macam ni. Sakit tau?” Mazwan merintih. Heryna jatuh kasihan. Perlahan-lahan telinga Mazwan dilepaskan.
   “ Okey, back to our main point. Siapa punya plan buat kawan I macam tu tadi?” soal Heryna lagak polis pencen. Mazwan menudingkan jarinya pada Farish. Farish yang bersandar malas pantas duduk tegak. Gugup pula dia dengan pandangan tajam yang dilemparkan oleh Heryna. Gulppp.. Farish menelan liur.
   “ Betul ini  semua rancangan awak?” Soalan ditujukan pula kepada Farish.
   “ Err.. betul. Tapi, mastermind untuk plan ni adalah kekasih awak. Bukan saya..” dalih Farish lagi. Mazwan panas hati dengan jawapan temannya.
   “ Hoi, apa ni Rish? Kau yang paksa aku, kan? Kau memanglah! Kawan makan kawan. Aku malas dah nak tolong kau lepas ni..” Mazwan bersuara kesal. Farish sudah serba salah. Patutkah dia mengakui segalanya? Hmm.. demi persahabatan. Memang patut. Lagipun, dia yang merancang dan meminta pendapat Mazwan. Bukan salah Mazwan.
   “ Okey-okey.. I surrender. Saya yang rancang semua ni, baby. Bukan Mazwan. Dia tak tahu apa-apa pun, baby..” jelas Farish sehingga tersilap membahasakan Heryna. Mazwan sudah terlopong.
   “ Sampai hati kau, Rish. Ni awek aku. Kenapa kau sanggup lukakan hati kawan kau ni? Boleh pulak kau panggil awek aku ni baby? Tu panggilan manja aku untuk dia je. Aku tahulah awek aku cantik, lawa, comel. Tapi, tak payahlah kau nak rebut dia daripada aku..” tebak Mazwan sendu. Farish menampar lembut mulutnya. Macam mana boleh tersasul ni? Aduh!!
   Sorry, Wan. Aku tersasul..” pinta Farish bersungguh-sungguh. Mazwan mendongakkan wajah. Heryna yang jadi pemerhati sudah naik bosan. Kalau tidak dihentikan, sampai tahun depan pun belum tentu habis.
   “ Dah.. dah. Apa pulak buat drama ‘jejak tak kasih’ kat sini? Kita tengah soal pasal lain, dia melencong kat lain. Memang putar alam betullah..” bebel Heryna lagi. Kedua-dua jejaka itu pantas menzipkan mulut masing-masing.
   Now, I want to ask you. Why you did it, Mr. Farish?” soal Heryna tegas. Tangannya siap bercekak pinggang lagi.
   Hmm.. saya tak puas hati dengan kawan awak tu. Semenjak daripada insiden kat library, dia selalu sakitkan hati saya ni. So, I make a decision to avenge her.” jelas Farish tanpa perasaan. Heryna tersentak sedikit.
   Jadi, mamat nilah yang selalu diceritakan oleh Fidya?? Perh.. hensem gila. Memang rabun ayamlah kau, Fidya. Kalau akulah, tak adanya aku nak bermusuh dengan lelaki handsome macam ni. Nasib baik aku ni dah ada Mazwan. Kalau tak… sendiri mau ingat, beb!
   “ Err.. awak ke yang selalu bergaduh dengan kawan saya kat library?” soal Heryna cuba meyakinkan andaiannya. Farish mengangguk perlahan. Heryna langsung mati akal untuk bersoal lanjut. Dia termangu sendiri.
   

No comments:

Post a Comment