PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, March 7, 2013

Misi Mencari 'Cik Ikhlas' (Cerpen) Part I


Misi Mencari ‘Cik Ikhlas’ (Cerpen)
Oleh : Hana Efryna

Wajah ketat Datuk Syed Mustaqim bagaikan terlayar di ruang mata. Hati lelakinya resah memikirkan keinginan papanya. Masih terngiang-ngiang telinganya akan bait tegas yang meluncur dari bibir tua itu. Syed Amir Ridza mengeluh untuk kali yang entah ke berapa. Pelipis dipicit lembut. Bingung fikirannya saat ini. Buntu akalnya tika ini. Arghh!
   ‘ Amir kena kahwin hujung bulan depan. Kalau Amir tak kahwin dan tak ada calon, papa akan lucutkan jawatan Amir sebagai CEO Zirqam Holding. Tak dapat tidak, dua minggu dari sekarang bawalah sesiapa sahaja perempuan untuk jumpa papa. That is my order!’
   Gang! Meja ditepuk kuat meluahkan rasa tertekan yang dah mula menguasai. Mizal tersentak dengan tingkah bosnya itu.
   “ Opocot kau gedegang gedegung!” Entah hape-hape Mizal melatah. Wajah Amir yang tadi kelat berubah lucu sebelum tawanya terhambur kuat. Hish si Mizal ni, muka macho.. tapi melatah kot? Detik hatinya memandang wajah bodyguardnya yang dah tersipu malu itu.
   “ Bos ni, janganlah gelakkan saya. Buat segan aje tahu?” Mizal tersengih-sengih. Amir pula masih ketawa sehingga senak perutnya. Puas dia ketawa, wajahnya kembali serius. Erk! Mizal telan liur. Angin kus-kus betullah bos aku ni. Detik hati Mizal sambil menggaru-garu keningnya.
   “ Mizal.. awak kena tolong saya. Saya ada masalah besar ni. Awak kena dan wajib tolong saya. Help me!!” luah Amir kelam-kabut lalu bersandar malas pada kerusi empuknya. Fail yang berlambak di atas meja untuk ditandatangani langsung diabaikan.
   “ Tolong apa, bos? Bos ada masalah apa ni?” Mizal bersoal prihatin. Wajah tampan Amir yang tua dua tahun daripada usianya ditatap.
   “ Papa. Papa masalah saya sekarang.”  Amir bersuara mendatar. Wajahnya kusut.
   “ Datuk? Kenapa dengan Datuk? Dia buat apa pada bos?” soal Mizal lagi. Wajahnya berkerut seribu. Hailah.. dah macam orang mati bini aku tengok bos aku ni. Detik hatinya lagi.
   “ Dia tak buat apa-apa pada fizikal saya. Tapi, dia seksa mental saya ni hah. Sikit lagi saya rasa saya nak jadi penghuni Hispitak Bahagia.” Mizal terkujat. Dia beristighfar panjang.
   “ Astaghfirullahalazim, bos.  Apa pula cakap macam tu? Besar sangat ke masalah bos tu? Kalau ye pun besar, janganlah sampai nak tambah penghuni Hospital Bahagia. Bos cuba cerita pada saya. Manalah tahu saya boleh tolong.” sela Mizal memberi nasihat. Amir tarik nafas lemah. Wajah Mizal yang tak kurang tampannya dipandang penuh tanda tanya. Boleh ke Mizal tolong aku?
   “ Papa nak saya kahwin.” Sebaris ayat terluah jua dari bibir sensual Syed Amir Ridza. Serta-merta Mizal ketawa kuat. Amir tercengang. Aku ada buat lawak ke, der? Dia mula geram.
   “ Awak ketawa kenapa, Mizal? Saya tak buat lawak ni.” soal Amir bergetar. Geram betullah dia dengan Mizal ni. Gelak sakan nampak! Mizal mengangkat wajahnya yang dah memerah dek ketawa yang tak henti-henti. Senak perutnya seketika.
   Sorry-sorry, bos. Bos buat lawak, saya gelaklah. Bos-bos, apa yang susah kalau Datuk suruh kahwin? Bos kan ramai ‘Screwdriver’.” usik Mizal. Amir tersandar lemah. ‘Screwdriver’ yang dimaksudkan Mizal sudah tentu skandal-skandalnya yang berlambak di luar sana. Entah kenapa, Mizal memberi gelaran tersebut, dia tidak tahu. Alih-alih, dia sendiri turut menggunakan gelaran itu. Mungkin untuk cover kot? Kan kalau disebutnya skandal, nampak ketara pula dia ni adalah playboy Zirqam Holding.
   “ Haa.. tulah masalah saya sekarang. Awak sendiri tahu kan perempuan-perempuan yang dekati saya bukannya ikhlas. Semua nak harta dan rupa saya ni. Saya tak naklah dapat isteri tak ikhlas macam tu. Isteri bukan untuk sehari-dua. Tapi, untuk selamanya. Untuk saya jadikan pendamping di syurga kelak.” sela Amir panjang. Mizal mengangguk-angguk.
   Betul juga tu. Kalau setakat perempuan macam si Tina, Luna, Maya, Zetty, Fifie yang pernah menjadi teman wanita Amir, jelas sangat perempuan jenis materialistik. Huh, perempuan plastik. Mizal turut menyokong kata-kata bosnya dalam diam.
   “ Saya sokong bos. Habis tu, bila Datuk nak bos kahwin?” soal Mizal serius. Amir angkat jari telunjuk dan jari hantunya menggambarkan angka dua. Terbeliak biji mata Mizal.
   “ Du.. dua hari, bos??” Mizal menyoal lantang. Amir pula yang tersentak. Dua hari? Gila kau, Mizal oi.
   “ Mizal-Mizal.. awak ni kalau sengal mengalahkan Maniam yang jual roti kacang kat bawah tulah. Maksud saya, lagi dua bulan. Hujung bulan depan.” tutur Amir menjelaskan. Mizal usap dadanya tanda lega. Huh!
   “ Nasib baik bos cakap dua bulan. Maknanya kita masih ada masa nak cari ‘Cik Ikhlas’ bos tu.”  ujar Mizal. Amir mengerutkan dahi. Cik Ikhlas? Apa pula si Mizal ni mencarut?
   “ Mana pula datang Cik Ikhlas ni, Mizal?” soal Amir blur.
   “ Alah.. tadi bos juga yang cakap nak cari perempuan yang ikhlas nakkan bos kan? Jadi, saya dah buat gelaran untuk perempuan tu. So, kita akan mencari ‘Cik Ikhlas’ bos dalam masa dua bulan bermula saat ini. Cik Ikhlas yang bakal menjadi pendamping bos di syurga.” Mizal ketawa lucu. Sejak bila bos aku yang kasanova ni pandai cakap bab-bab agama? Hehe..
   “ Kita nak buat apa, Mizal? Apa pula misi kali ni? sempat ke?” soal Amir bertalu-talu. Mizal mengangguk yakin.
   “ Sempat, bos. Saya yakin memang ada ‘Cik Ikhlas’ yang tercipta untuk bos. Jadi, misi kita kali ni ialah.. hmm.. kejap. Saya nak fikir nama yang sesuai untuk misi kita ni.” ujar Mizal sambil mengetuk dagunya. Amir hanya memandang penuh minat. Apa lagilah idea si Mizal ni?
   “ Okey.. misi kita kali ini ialah.. Misi Mencari ‘Cik Ikhlas’.” Mizal bersorak gembira. Amir terkesima. Apa ke buruk benar nama misi si Mizal ni? Ah, hentam ajelah. Dah memang otak dia ni suka reka nama pelik-pelik. Screwdriverlah, Cik Ikhlaslah dan sekarang Misi Mencari ‘Cik Ikhlas’ pulak? Hmm.. macam-macam. Omel Amir pening memikirkan telatah Mizal.
   “ Bos okey tak dengan misi kali ni?” soal Mizal apabila melihat Amir hanya beriak selamba.
   “ Awak yakin kita sempat ni, Mizal?” soal Amir.
   “ Yakin, bos. Jadi, mulai hari ni misi kita akan berjalan. Sekarang, bos ikut saya.” ujar Mizal dengan ria teruja. Amir kerut kening.
   “ Ikut ke mana?” soal Amir buntu. Mizal sengih panjang.
   “ Ikut jelah, bos. Cepat-cepat.” Akhirnya Amir hanya membontoti langkah Mizal yang nampak bersemangat untuk menjalankan misi mereka. Hailah.. minta-mintalah misi Mizal ni tak menjahanamkan aku. Detik hati Amir tidak yakin.

No comments:

Post a Comment