BAB
3
Thaqif merenung jauh ke
luar jendela. Punggung dilabuhkan ke atas meja pejabatnya sementara kedua-dua
belah tangan menyeluk pket slack hitam
yang licin bergosok. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk dari arah luar.
“ Come
in..” sahut Thaqif lemau. Sesaat terasa bahunya ditepuk seseorang.
“ Whats
up, bro? Meeting tak attend.. apa kes?” Suara Nashriq
Baihaqi, teman rapatnya menyinggah. Thaqif mengeluh panjang.
“ Sorrylah,
Haq..” pinta Thaqif lalu dia menapak ke ruangan sofa. Duduk dilabuhkan. Tangan
mengurut-urut belakang leher. Jelas menunjukkan dia sedang berhadapan dengan
masalah besar.
Baihaqi buat muka pelik. “ Kau kenapa, kawan?”
soal Baihaqi prihatin. Thaqif menggeleng dengan senyum sumbing.
“ Nothing..
a bit tired lately..” dalih Thaqif tak mudah untuk berkongsi masalah
rumahtangga dengan orang lain. Baihaqi gelak mengejek.
“ Oh, come
on.. Thaqif Anaqi.. aku kenal kau dah lama. Kalau muka kau cemberut macam
orang mati bini ni, mesti ade something
wrong. Am I right?” sindir
Baihaqi terang-terangan. Thaqif jeling wajah teman dia sebelum keluhan panjang
terlepas dari bibirnya.
“ Big
problem, bro..” sahut jejaka
tampan itu tidak bermaya. Kening Baihaqi terjungkit tinggi. Berminat hendak
tahu lanjut.
“ What’s
wrong? Mind to share?”
“ My
wife..”
“ Your
wife?”
Thaqif angguk dengan soalan Baihaqi.
“ Dia ada orang lain.” Pendek dan ringkas
jawapan Thaqif.
“ What??”
“ Lebih tepat aku suami dia, but she has someone else..”
“ Jangan bergurau, Thaqif Anaqi..” Keluar
nama penuh Thaqif dari bibir Baihaqi.
“ Kalaulah aku memang sedang bergurau..”
Panjang harakat ayat Thaqif kedengaran. Baihaqi geleng kepala. Bahu teman
ditepuk perlahan. Cuba menyalurkan kekuatan.
Kelibat
seseorang yang sedang terbongkok-bongkok di tepi fridge menarik perhatian. Pantas kaki Tahqif menghala ke situ.
Iris Nadira!
Entah
kenapa, tiba-tiba saja hati dilanda debar melihat susuk tubuh yang santai
mengenakan pakaian tidur bercorak bunga-bunga kecil itu. Thaqif berdehem
sedikit.
“ Oh.. you!
Baru balik?” Tak tunggu lama, Iris sudah laju menapak ke arah suami yang jelas
nampak letih. Briefcase milik Thaqif
dicapai.
Ingatan
Thaqif mula melayang-layang pada perbualan dia dan Baihaqi.
‘ Dayus
namanya kalau benarkan isteri keluar dengan jantan lain.’
Masih lagi
terngiang-ngiang.
‘ Cuba kau
ugut dia pula.’
Saat ini
Thaqif sudah pejam mata. Patut ke dia ikut cakap Baihaqi?
“ Iris, ada
benda I nak cakap..” Suara ala-ala seorang bos sudah keluar. Iris hanya tekun
menunggu.
“ I tak nak
kita play stupid games in our marriage. If not..”Thaqif
sengaja leretkan bicaranya. Iris tiba-tiba mendekat. Lengan encik suami dia
usap seketika.
“ If not, what?” Mencabar sungguh Iris
Nadira. Thaqif mendengus.
“ Marriage is not a game, Iris Nadira. You
faham tak?” soal Thaqif diamuk rasa geram.
“ Hari tu kita dah sepakat kan?”
“ Yes..
but, I dah tukar fikiran I. I tak nak terlibat dalam permainan bodoh ni..”
Cepat saja Thaqif memangkah. Iris senyum sinis.
“ Kalau you
nak tarik diri, dipersilakan. Tentu you tahu kesannya..” ugut Iris.
“ Don’t you dare challenge me, my dear wifey..”
Bergetar nada seorang Thaqif Anaqi. Iris geleng lembut.
“ I didn’t..” nafi Iris dengan lenggok
gemalai.
“ Please.. stop all this nonsense or else...”
“ Or else?” Iris hendak si suami habiskan
ayat. Thaqif kemam bibirnya seketika.
“ Then I will leave..” Thaqif rentap
tangan sasanya lalu dia sudah mula memanjat anak tangga ke tingkat atas.
“ Thaqif
Anaqi! Tunggu..” Giliran Iris pula yang gelabah. Tanpa sebab!
Thaqif
hentikan langkahnya. Namun, untuk berpaling memang takkan. Dia ketap giginya
sedikit. Yakin bahawa Iris akan menghamburkan ayat-ayat yang menyakitkan hati.
Lengan si
suami dipaut. Thaqif rentap balik.
“ You nak
apa lagi? You sendiri cakap.. kalau I tak nak terlibat dalam permainan ni, I
perlu undur diri..” Lemau sedikit nada Thaqif.
Iris hanya
membisu sebelum tiba-tiba tubuh itu mula berdiri di hadapan Thaqif. Ketinggian
mereka di paras sama memandangkan Iris sedang berdiri di anak tangga atas
berbanding Thaqif.
“ You pasti
you nak tarik diri?” soal Iris lagi.
“ Yes!” Sungguh yakin nada Thaqif.
“ Jadi, you
nak ceraikan I?” Soalan berani mati dari Iris Nadira.
“ What the..” Berdetak-detuk gigi Thaqif.
Merah padam wajahnya membendung amarah.
“ Calm down, dear..” Iris seakan menguji
kesabaran yang senipis kulit bawang itu.
“ Ke tepi,
Iris!” Bengkak sungguh hati Thaqif. Seakan martabatnya sebagai suami
dipermainkan.
“ Ingat
Tha..” Dan untuk sesaat, mata Iris terus terbuntang. Ohmai!
Beberapa saat
berlalu.
Thaqif
kesat bibirnya sedikit. Hatinya puas. Senyuman sinis terukir di wajahnya.
“ I dah cakap.. don’t you dare challenge me..” angkuh
suara Thaqif. Usai mengucapkan kata-kata itu, tubuh Iris ditolak sedikit ke
tepi.
Iris masih
terpaku. Seminit berlalu, tangan halusnya meraba bibirnya sendiri. Dan saat itu
Iris seakan-akan digoda dan tergoda.
Geram nya dgn iris ni...rs nk sekeh2 je kepala dia tu....and mmg ada beberapa typo lah hana.....hihihihi - jumay jue
ReplyDeletemana2 typo? adoilah.. bm ke bi tu sis? hana ni mmg asyik typo je.. hehe
Deleteomg..omg..Iris ni nak kena sekeh..blh pulak dia nak cabar kelakian tHariq..kan dah kena sebijik..hehehe ;)
ReplyDeleteThaqif... you're such... Iris... walau its no good but you have to make him understand that marriage is really not a game not only possessing but accepting ang giving...
ReplyDeleteHmmmmm. Best. Next entry please (:
ReplyDeletesoon yer? :)
DeleteBestnya.... Next Entry :)
ReplyDeleteinsyaAllah.. :)
DeleteBila nak up entry baru ni.....dah lama tunggu ni.BTW,keep up the good work...wink wink
ReplyDeleteyg ni xpasti. busy dengan manuskrip lain, dear.. :)
Deletekeep it up 4 your gud work sis..next entry plezz3
ReplyDeleteWah, mmg best Hana! Bila nk update? Nk tahu jgk ending...:)
ReplyDeletebestnyer ...biler nak update
ReplyDelete