PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 4


Bab  4
   “ Apa?? Kau nak aku buat macam tu?? Tak melampau sangat ke?? Mahunya dia ada sakit buah pinggang ke, demam kepialu ke, mahu tertiarap dia kat situ. Hish!” Farish terjerit lantang sambil melalut tatkala mendengar idea Mazwan yang tak berapa nak bernas itu. Belum pernah dibuat orang. Kalau kantoi, mahu kena pelangkung dengan minah senget yang agak brutal tu. Minta ampun! Eden tak sanggup.. desis hati Farish sambil menggeleng-gelengkan kepalanya.
    Mazwan terpinga-pinga dengan reaksi temannya. Sebaik sahaja ideanya dibisikkan ke telinga Farish, langsung dia tidak menduga bahawa temannya akan menunjukkan reaksi seolah-olah tidak bersetuju dengan idea yang dilontarkan. Apa? Idea aku tak bernas ke? Tadi, nak minta tolong sangat. Dah ditolong, terjerit-jerit macam orang kena sampuk dek ‘Cik Ponti’. Apa kes mamat ni? Tak faham betullah.. rungut Mazwan dalam hati.
    “ Macam mana ni? Kau nak pakai tak idea otak aku yang ‘umphh’ ni?” soal Mazwan tatkala dilihatnya Farish masih termangu-mangu memikirkan tahap keberkesanan idea mereka untuk mengenakan gadis yang digelar ‘ minah senget’.
   “ Banyaklah kau punya ‘umphh’. Hampeh adalah. Aku takut idea kau tak jalanlah, der..” luah Farish bimbang. Musuh yang ingin dihadapinya itu bukan calang-calang orang. Dari segi gayanya pun sudah dapat dinilai akan sikap brutal yang amat terserlah. Tidak pasti sama ada sikap yang sememangnya ‘original’ atau sengaja dibuat-buat agar dirinya tidak mudah diperkotak-katikkan oleh orang lain. Farish masih lagi memikirkan tentang kelogikan idea teman sebilik merangkap sahabat karibnya itu.
   “ Kau  jangan pandang rendah pada aku, tau? Kalau kau nak tahu, idea tu jugak aku pernah pakai bila aku nak kenakan perempuan-perempuan yang aku tak puas hati masa zaman sekolah dulu. Hasilnya amat memuaskan. Macam ni..” ujar Mazwan sambil mengangkat ibu jari kanannya separas dada.

Masih dia ingat peristiwa ketika dia di bangku sekolah. Mazwan memang sudah sedia terkenal dengan perangai nakalnya yang suka mengenakan orang. Hampir setiap hari hidupnya tidak sah jika tidak melakukan ‘hobi’nya itu. Cuma semenjak usianya menginjak dewasa, perangai tak semenggah itu sudah jauh ditinggalkan. Jauh berbeza dengan dahulu kala.
   Kebiasaaannya, ketika di bangku sekolah dahulu, sasarannya yang paling terbanyak adalah gadis-gadis cantik. Dia sendiri tidak pasti kenapa dia sering mengenakan  kaum yang lemah itu. Apa yang penting, hatinya puas melihat wajah-wajah mereka yang kelihatan lucu. Ada yang terjerit-jerit, terlompat-lompat, lari lintang-pukang dan banyak lagilah. Ada juga yang menangis sampai meleleh air hidung.Tapi, itu dululah. Sekarang, dah insaf sikit. Sikit je, tak banyak pun.
    Dan yang paling penting, kisah dia dan Heryna juga bermula ketika di bangku sekolah lantaran ‘hobi’nya yang satu itu. Maklumlah Heryna dan dia kan satu sekolah. Fikiran Mazwan mula menerawang ke kisah lalu.
   Hye..” tegur seorang pelajar lelaki tingkatan 4al- Sufi ketika berada di sebuah bangku khas yang disediakan berhampiran taman mini itu. Bangku itu jugalah sering kali digunakan para pelajar untuk melepak pada waktu rehat. Mazwan tersenyum kacak. Wajahnya dengan jelas terpamer senyuman kegatalan, kemiangan dan yang sewaktu dengannya.
   Gadis di hadapannya yang begitu enak menjamu selera dengan bekal yang dibawa langsung tidak menoleh. Mazwan berdehem beberapa kali. Cuba menarik perhatian si gadis.
   “ Ehem.. ehem..”
   Terganggu dek tingkah Mazwan, gadis yang bertudung putih lengkap berpakaian seragam sekolah itu langsung mendongakkan wajah dengan pandangan tajam. Berang kerana waktu makannya diganggu olek makhluk yang tidak diundang itu. Malahan, dengan penuh rasa tidak tahu malu Mazwan melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu. Semakin melotot mata sepet itu menikam wajahnya. Namun, dia tidak ambil kisah.
    Hye.. sorang je ke? Mana group F4 yang lain?” soal Mazwan dengan sengihan lebar. Namun, gadis di hadapannya langsung tidak memberi sebarang respons. Group F4 atau lebih dikenali dengan nama Forever 4. Group itu ditubuhkan setelah salah seorang di antara mereka menonton drama Korea, Boys Over Flower. Tetapi, maksudnya tetap berlainan. Dalam drama itu, F4 bermaksud Fantastic 4. Manakala group mereka adalah Forever 4. Haa.. lain kan?
   Angka 4 itu pula merujuk kepada bilangan ahlinya yang terdiri daripada Heryna, Amalina, Farhana dan juga Alina. Kesemuanya mempunyai sebutan nama yang sama di penghujung nama. Na.. Na.. Na.
   Hmm.. macam kembar empat pulak. Namun, semenjak masing-masing melangkah ke universiti, group F4 sudah berpecah. Ada yang ke hulu, ada yang ke hilir untuk menyambung pelajaran dalam bidang yang diminati masing-masing.
    “ Eh, dah bisu ke? Saya tanya ni.”
    “ Hish! Badak air mana pulak ni tersesat kat dalam sekolah? Macam mana boleh terlepas masuk ni? Dah tu, mengganggu kita nak makan..” perli gadis itu dengan pedasnya. Mazwan sedikit tersentak. Badak air? Oh! Sungguh kejam dikau memanggilku dengan panggilan sebegitu rupa. Tidakkah dikau melihat betapa ‘ganteng’ lelaki di hadapanmu ini? Mazwan sudah melalut.
   Geram saling mengambil tempat di lubuk hatinya kerana disamakan dengan spesies haiwan itu. Memang tak patut. Bukannya aku gemuk pun. Tembam sikit tu adalah.
   Tetapi, baginya tubuhnya itu sudah cukup segak dengan ketinggian yang dimiliki. Diserikan pula dengan wajahnya yang agak kacak. Tidak mustahillah dirinya turut menjadi igauan segelintir pelajar perempuan. Dah buta ke dia ni? Tebak hati Mazwan.
   “ Amboi.. amboi.. sedapnya bahasa. Sesedap aiskrim Cornetto ye awak mengata saya?” Mazwan bersuara setelah mengingatkan dirinya agar bersabar dengan sikap dingin gadis itu.
   “ Eh, suka hati kitalah. Kita tak cakap guna mulut awak pun. Yang awak susah-susah tu kenapa?” marah gadis itu dengan lagak garang. Eleh.. tak takut pun. Desis hati ‘jantan’ Mazwan.
    “ Memanglah tak cakap guna mulut saya. Tapi, yang awak mengata tu siapa cik adik manis? Saya, kan? So, saya kenalah susah-susah nasihatkan awak supaya bercakap tu biar berlapik sedikit. Ye tak?” balas Mazwan tidak mahu mengalah.
   “ Hish! Malaslah nak layan. Pergi sana boleh tak? Ganggu aje,” marah gadis itu lagi.
   Hmm.. awak Heryna, kan? Kelas 4 Perdagangan?” soal Mazwan sengaja melencong ke topik lain. Heryna memandang lelaki di hadapannya sepintas lalu. Mana dia tahu ni? Dia mengintip ke?
    “ Ya.. ada masalah ke dengan awak?” soal Heryna sinis. 
    “ Eh.. mestilah. Awak dah menyeksa saya tau? Tiap-tiap malam.” Terkejut dengan jawapan yang terluah dari bibir Mazwan, lantas Heryna kembali memusatkan pandangan aneh terhadap lelaki di hadapannya. Dahinya berkerut seribu.
    “ Maksud awak?”
    “ Semenjak saya terlihat awak kat sekolah ni.. saya selalu demam rindu terbayang-bayangkan raut wajah awak yang comel macam Barbie Doll. Hati saya juga selalu berdetak, asyik menyeru nama awak aje. Heryna-Heryna… haa.. macam tulah.” Mazwan berlelucon sambil mulutnya terherot-herot membuat aksi menyebut nama gadis itu. Heryna pula sudah buat muka menyampah. Aku ketuk kepala dia sampai bocor, baru tau.
    “ Gila!” Spontan ayat itu yang terluah dari bibir comel itu. Mazwan ketawa sakan. Heryna yang semakin meluat dengan aksi ‘ kurang matang’ itu langsung mahu angkat kaki. Tidak betah berlama-lama di situ. Lagipun, waktu rehat sudah hampir tamat.
    “ Eh, nanti dulu. Boleh tak kalau saya nak nombor telefon awak?” halang Mazwan sebaik melihat gadis itu tergesa-gesa mengemas bekalannya. Semakin jauh, semakin kecil sahaja tubuh itu meninggalkannya. Lantas, sebaik teringatkan sesuatu yang berada di dalam poket seluarnya, Mazwan mengukir senyuman nakal. Sesuatu yang sering dibawa untuk mengenakan sesiapa sahaja yang cuba mencari ‘pasal’ dengannya.
    Tanpa rasa geli, dia lantas mengeluarkan dan melemparkan ‘objek’ tersebut lalu melompat-lompatlah ia dengan senang hati ke arah Heryna. Hah! Padan muka kau. Rasakan.. detik hati Mazwan. Heryna yang sememangnya fobia akan katak terus terpekik terlolong melihat katak yang sesedap rasa ‘landing’ diatas kasut sekolahnya.  Terlompat-lompat dibuatnya.  
    “ Tolong.. tolong.. ada katak. Takut. Mak, tolong Rina!” jerit Heryna lantang dengan mata yang sedikit berkaca. Namun, jeritannya mati apabila terasa ada tangan kasar yang mencapai katak itu lalu dibawa ke sebuah longkang yang berhampiran.
     “ Shuh.. shuh.. pergi main jauh-jauh. Jangan kacau dia lagi.” Mazwan berpura-pura menghalau katak itu lalu kembali menghampiri Heryna yang sedang mematung. Heryna seolah-olah terpegun dengan aksi berani yang ditunjukkan oleh Mazwan. Terasa dirinya dilindungi. Ah.. indahnya.. detik hatinya mula berbunga-bunga.
    “ Err.. terima kasih. Saya memang fobia dengan katak. Maaf, tadi saya berkasar.” Seperti yang diduga, bahasa gadis itu kini sudah bertukar dengan nada yang lebih mesra. Tiada lagi rasa marah. Mazwan bersorak di dalam hati. Yes! Berjaya juga akhirnya. Dia tersenyum kemenangan. Ekoran terhutang budi, Heryna memberikan nombor telefonnya. Dia juga seolah-olah sudah terpaut dengan lelaki itu tanpa mengetahui akan hal sebenar. Ceh! Entah hape-hape kan??
   Maka, bermulalah episod cintan-cintun di antara mereka sehingga masing-masing melanjutkan pelajaran ke menara gading. Ibarat pucuk dicita, ulam mendatang kerana mereka berdua mendapat tawaran dalam universiti yang sama walaupun berlainan bidang.
   Apa yang paling melucukan, aku sendiri adalah tuan punya katak tu dan Heryna sampai sekarang tak tahu taktik aku yang sebenarnya untuk mengurat dia. Alah, apa nak kisah? Asalkan, bahagia.. detik hatinya dengan senyuman lebar menghiasi wajah.
    Namun, senyumannya mati tatkala matanya menjamah seraut wajah yang seperti singa lapar hendak menelan mangsanya. Aduh.. macam mana otak aku boleh melencong kat lain pulak ni? Habislah kalau Farish mengamuk. Tadah telingalah gamaknya. Mazwan sudah terkulat-kulat menunggu Farish meledakkan amarahnya.
    “ Kau ni, Wan. Spesies Mat jenin agaknya. Asal aku cakap je, kau berangan. Asal kau berangan je, mesti aku tengah cakap. Betul-betul menguji kesabaran aku tahu tak?? Rasa macam nak letup aje kepala kau tu,” marah Farish berapi-api.
   Apa tidaknya, dia bukan main syok duk bertanya, Mazwan pula tersengih-sengih seorang diri. Entah dah sampai ke mana agaknya angan-angan temannya itu. Dah sampai Afrika kot?
    “ Alah kau ni.. aku berangan sikit aje pun nak marah. Relakslah, bro..”
   “ Banyaklah kau punya sikit. Aku ni macam tunggul aje duk ralit perhatikan kau. Dahlah.. malam nanti jelah kita sambung discuss pasal plan kita tu. Aku nak keluar.” Farish meminta diri. Daripada dia melepak tak tentu hala dalam bilik, ada baiknya dia pergi ke library. Membaca apa-apa sahaja yang berfaedah.
    “ Hah? Kau nak ke mana? Tak ada tempat lainlah tu.. mesti library, kan?” serkap Mazwan yang memang sudah arif akan tabiat temannya yang satu itu. Patutlah tak ada awek pun. Gumam Mazwan sendirian. Farish hanya mengiyakan lantas mencapai beg sandang yang sentiasa dibawa ke kuliah lalu menonong keluar.






1 comment:

  1. http://nalurerenewws.blogspot.com/2018/08/taipanqq-intip-3-rahasia-jalani.html
    http://asiataipanbiru.blogspot.com/2018/08/pemenang-tanggal-16-agustus-2018.html
    https://asiataipan.wordpress.com/2018/08/15/pemenang-16-agustus-2018/?preview=true

    Taipanbiru
    TAIPANBIRU . COM | QQTAIPAN .NET | ASIATAIPAN . COM |
    -KARTU BOLEH BANDING, SERVICE JANGAN TANDING !-
    Jangan Menunda Kemenangan Bermain Anda ! Segera Daftarkan User ID terbaik nya & Mainkan Kartu Bagusnya.
    Dengan minimal Deposit hanya Rp 20.000,-
    1 user ID sudah bisa bermain 8 Permainan.
    BandarQ
    AduQ
    Capsasusun
    Domino99
    Poker
    BandarPoker
    Sakong
    Bandar66

    Kami juga akan memudahkan anda untuk pembuatan ID dengan registrasi secara gratis.
    Untuk proses DEPO & WITHDRAW langsung ditangani oleh
    customer service kami yang profesional dan ramah.
    NO SYSTEM ROBOT!!! 100 % PLAYER Vs PLAYER
    Anda Juga Dapat Memainkannya Via Android / IPhone / IPad
    Untuk info lebih jelas silahkan hubungi CS kami-Online 24jam !!
    • WA: +62 813 8217 0873
    • BB : E314EED5

    Daftar taipanqq

    Taipanqq

    taipanqq.com

    Agen BandarQ

    Kartu Online

    Taipan1945

    Judi Online

    AgenSakong

    ReplyDelete