PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, July 9, 2014

YANG PERNAH TERLUKA : SPECIAL ENTRY (EXTRA)


                                                        Keluaran: IDEA KREATIF
 
 
 
                                                        SYED ADRYAN FIRDAUS



YANG PERNAH TERLUKA

VERSI : BALIK KAMPUNG

 

Wajah tampan depan mata dipandang dengan rasa tak puas hati. Takkan kali ni pun dia kena beralah juga?

   “Kira jadi ya, sayang?” Firdaus yang sedang memangku Adzfal jungkit kening beberapa kali. Merlissa gigit hujung bibir.

   “Tahun lepas dah raya rumah daddy..” Merlissa seakan merungut. Firdaus yang tika itu leka mencium pipi Adzfal angkat wajah.

   “Bukan tahun lepas raya rumah papa ke?” Giliran Firdaus pula yang tak puas hati. Mata Merlissa membulat.

   “Abang jangan nak ngelat ya? Raya kedua baru kita balik rumah papa..” bantah Merlissa. Firdaus diam seketika.

   Eh, ya ke?

   “Susahlah macam ni..” Firdaus sandarkan badan ke sofa. Seraya itu juga Adzfal melompat turun dari pahanya. Diterpa tubuh si kakak yang sibuk bermain anak patung.

   “Apa yang susahnya, abang? Balik ajelah rumah papa Lissa. Lepas tu, baru kita balik rumah daddy..” Tangan kasar Firdaus mula dipegang. Diusap-usap halus untuk mengumpan. Minta-mintalah si suami lembut hati.

   Kalau bukan disebabkan teman baiknya merangkap kakak ipar yang bakal bersalin anak kedua, memang dia tak kisah beraya dekat rumah siapa pun. Yang pasti, sudahnya kedua-dua belah keluarga akan dilawat.

   Tapi, memandangkan Fakhirah dijangka bersalin akhir bulan Ramadhan ini.. dia sendiri jadi teruja. Sudahlah Muzammil sudah jarang pulang ke rumah. Hendak juga dia berkumpul seperti dahulu.

   “Bagi abang fikir tiga minit..” Firdaus angkat jemarinya menunjukkan angkat tiga. Merlissa herotkan bibir. Tangan kasar itu kembali dilepas. Kepala dijatuhkan tanda setuju.

    Tiga minit berlalu, hanya mata yang memainkan peranan. Merlissa pandang Firdaus, Firdaus pandang Merlissa. Masing-masing dilema.

   “Abang rasa...”

   “Abang rasa apa??” Buru-buru Merlissa pintas. Sinar mata memancar. Teruja hendak tahu keputusan encik suami. Firdaus simpan senyum.

   “Abang rasa biar anak-anak yang buat keputusan.” Dan kata-kata Firdaus buat mata yang tadi bersinar galak mulai pudar. Merlissa tarik muncung.

   “Abang tahu kan anak-anak rapat dengan daddy dan mummy?” ujar Merlissa tak puas hati. Firdaus sengih.

   “Sebab tulah abang suruh anak-anak buat keputusan..” Firdaus masih tayang gigi.

   Keluhan lemah terhela dari bibir Merlissa. Kecewa dan sakit hati bercampur baur. Sudahnya dia angkat punggung hendak berlalu dari situ.

   “Tak apalah..” rajuk jelas kedengaran.

   “Nak ke mana tu?” soal Firdaus buat-buat tak faham.

   “Adalah..” leret nada itu berjauh hati.

    Langkah terus dipasang. Tapi, sesaat kakinya kaku di lantai marmar bila tubuh dia elok terlanggar dada bidang encik suami depan mata. Tak tahulah bila Firdaus mendahului dia, serius dia tak sedar.

   “Baru usik sikit dah merajuk..” Bibir Firdaus senget dengan senyuman. Merlissa mendongak. Tajam jelingan yang dihadiahkan buat Firdaus.

   “Amboi.. jeling abang..” Hidung Merlissa dicuit. Merlissa tepis lembut.

   “Lissa tengah marah ni..” gumam Merlissa. Firdaus ketawa. Mata sempat melirik pada dua permata hati yang ralit bermain di hujung sana.

   “Sebab tahu isteri abang marahlah, abang cepat-cepat nak pujuk..” Firdaus balas.

   “Lissa nak balik rumah papa sebab Kyra dijangka bersalin..”

   “Abang tahu..” Firdaus potong ayat Merlissa.

   “Hah.. tahu pun..”

   “Sebab tulah abang cakap, abang usik sikit Lissa dah nak merajuk..” Firdaus berkias lagi. Kening Merlissa berkerut.

   “Maksud abang?” soal dia polos. Firdaus geleng kepala.

   “Sejak bila Lissa susah nak faham abang berkias ni?”

   “Abang!”

   “Okay-okay.. raya tahun ni kita balik rumah papa. Daddy dan keluarga abang pun beraya rumah papa. Abang tahu Lissa teruja nak dapat anak buah lagi. Jadi, raya tahun ni kita berkumpul dekat rumah papa. Angkut semua pergi rumah papa. Lissa sukaaa takkkk?” Firdaus mengalah. Ayat belakang sengaja dia panjangkan bunyinya.

   Sesaat, senyuman lebar sudah melatari bibir Merlissa. Tak tunggu lama, terus dia rangkul leher Firdaus lalu satu kucupan dihadiahkan pada pipi encik suami.

   Thanks, abang!” ucap Merlissa benar-benar gembira. Firdaus senyum.

   “Lain kali jangan nak merajuk dulu..” pesan Firdaus.

   “Manalah Lissa tahu abang nak sakat Lissa aje tadi. Selalu abang boleh aje mengalah dengan Lissa. Sebab tu Lissa makin saya..” Bicara Merlissa terhenti mendadak. Serta-merta wajahnya bertukar rona.

   “Nak cakap sayang abang pun segan ya?” Nakal riak Firdaus pabila menyoal.

   “Sikit..” Merlissa kecilkan biji mata sambil senyum simpul.

   “Pipi pun dah merah tu. Belum lagi abang minta adik untuk Adzfal..”

   “Abang!” Merlissa jegil biji mata.

   Firdaus ketawa kuat.

   “Ya, abang tahu. Tunggu Adzfal masuk sekolah dulu..” Firdaus buat suara malas-malas. Dengan sengihan di bibir, dia putarkan langkah hendak mendapatkan anak-anak yang leka bermain.

   “Tapi, kalau rezeki datang awal.. Lissa terima..” Sayup-sayup suara itu dari belakang.

   Dan tiba-tiba Firdaus rasa seperti dihadiahkan bulan dan bintang saat ini. Dia pusing wajah menghadap Merlissa.

   “Betul ni??” Bersungguh-sungguh dia menyoal. Bila Merlissa jatuhkan kepala mengangguk, Firdaus sudah tidak terkata apa.

   Cuma yang dia tahu.. dia senang dengan jawapan itu. Hailah.. merasa lagilah dia nak punya anak dengan isteri tersayang. Mudah-mudahan..
 
TAMAT

7 comments:

  1. best la dpt suami mcm firdaus nie memahami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. sebelum tu dia malaun kan? hehe

      Delete
    2. Aha la Hana... masa Fir dera... masa fir tekap seterika.. masaa fir dera lissa.. tapi bila dia kembali sedar.. cinta dia hanya untuk Lissa... hidup mereka sweet ngalah gulaaaa...

      love u always
      kakitasukri

      Delete
  2. suami isteri kena memahami kan... baru besttt..

    ReplyDelete
    Replies
    1. btul tu kak sue.. thnks jenguk blog hana

      Delete