PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Kemaafan Yang Dipinta Bab 3


Bab 3

Sufi menggeliat kecil. Silau mentari yang masuk melalui celah jendela mengganggu lenanya. Mata dikecilkan. Kemudian, dia mencapai jam loceng di atas meja kecil bersebelahan kanan katilnya. Ala.. awal lagi. Baru pukul 10.30 pagi je kot? Omel hatinya. Awal kepala abah dia! Huh!

   Jam loceng diletakkan kembali. Lantas, dia menguap kecil pula. Mengingati kejadian semalam, bibir terukir senyuman sinis. Padan muka. Gerutu hatinya puas. Selimut tebal diselak sebelum dia mula melangkah turun dari katil. Tuala dicapai lalu dia menonong masuk ke dalam kamar mandi.

   Zairil melangkah masuk bersama sarapan yang ditatang. Hari ini dia masuk lewat ke pejabat. Maklumlah, dia sendiri yang menakluki syarikat itu. Matanya jatuh pada katil Sufi. Hmm.. dah bangun pun. Desis hatinya sembari menggeleng kecil. Sudah hampir tiga kali dia masuk menjenguk Sufi, tapi Sufi masih lagi dibuai mimpi tadi. Dia meletakkan dulang di atas meja lalu bergerak ke arah katil itu. Tangan lincah mengemaskan katil yang berselerak. Usai sahaja dia mengemaskan katil, dia bergerak ke sofa kecil di sudut bilik itu. Sementara menunggu Sufi selesai mandi, dia memerhatikan ruang bilik yang tampak tunggang-langgang itu. Ini bilik perempuan ke apa? Kutuk hatinya.

   Sufi melangkah keluar dengan hanya berbalut tuala paras paha. Sebaik sahaja terlihatkan Zairil, dia menjerit kecil.

   “ Ahhh!!!” jeritnya lalu berlari anak berselindung di sebalik langsir jendela. Matanya tajam menikam anak mata hitam pekat itu. Zairil tersentak. Bingkas dia bangun.

   “ Don’t move. Just stay right there. Sufi.. Sufi tengah seksi ni.” Sufi cemas. Mendengarkan ayat ‘Sufi tengah seksi ni’.. bibir Zairil mengukirkan senyuman nakal.

   “ Don’t worry. Abang takkan tengok apa-apa pun. Walaupun abang berhak..” Perlahan ayat di belakang kedengaran. Sufi kerut kening. Dia cakap apa tadi? Soal hatinya kurang jelas. Seketika, matanya jatuh pada dahi Zairil yang jelas nampak merah dan sedikit lebam itu. Hatinya mula dijentik rasa simpati. Ah, kenapa kau nak simpati bagai ni? Bukan kau puas ke tengok wajah itu menderita? Satu suara jahat menghasut. Sufi segera membuang perasaan yang mula bertandang tadi.

   Zairil perasan arah pandangan itu. Tangan segera meraba dahinya sendiri. Mengingati peristiwa semalam, hatinya sebak.

   “ Sufi tengok apa?” soal dia naif. Sufi tersentak. Lalu dia berdehem-dehem.

   “ Tengok dahi Aril. Nak tahu tak? Bila tengok dahi tu lebam macam tu, Sufi rasa puas sangat. Padan muka, Aril. Sufi sepatutnya buat lebih daripada tu.” Sufi berpura-pura gelak. Zairil terus kaku. Hatinya ibarat ditusuk dengan belati tajam yang dibakar api. Lebih perit. Lebih menyesakkan jiwa.

   “ Buatlah apa yang Sufi suka. Tapi.. kalau Sufi fikir dengan cara menyeksa abang, abang akan lepaskan Sufi.. you are totally wrong.” Tegas suara garau itu. Sufi mencebik.

   “ Dahlah.. Aril nak apa masuk bilik Sufi ni??” soal Sufi bengis. Aril tarik nafas cuba bersabar. Tangan dihalakan ke arah dulang.

   “ Abang hantar sarapan. Sufi makanlah.” Lembut suara itu berkata. Sufi terharu sebenarnya. Tapi, dia cepat-cepat tepis rasa itu. Ah, mainan hati aje tu. Detik hatinya cuba mengusir rasa yang membuatkan dia serba-salah.

   “ Sufi rasa tak perlu kot? Kejap lagi, Sufi nak keluar dengan Darius. Do you mind?” soal Sufi sengaja membakar perasaan suaminya. Zairil tersentak. Mulutnya diketap kuat. Sufi betul-betul melampau. Hasutan syaitan mula bergema menyuruh anak Adam ini bertindak di luar kawalan. Segera, hatinya mengingati Allah. Dia tak boleh terlalu beremosi.

    “ Sufi nak keluar dengan dia?” Zairil menyoal lembut. Sufi pula yang tergamam kini. Ah, tenangnya dia. Getus hati kecil gadis itu.

    “ Sufi memang nak keluar dengan dia. Kalau Aril tak benarkan pun, Sufi tetap akan keluar.” Keras suara itu membentak. Zairil cuba untuk tersenyum. Menutup rasa perit dan terluka di hati.

   “ Okey then. Abang izinkan. Sufi, abang nak Sufi tahu.. abang izinkan tak bermakna abang dayus. Tapi, abang tak nak dosa Sufi bertambah sebab macam yang Sufi cakap.. kalau abang tak izinkan Sufi tetap akan pergi. So, abang tak nak dosa isteri abang bertambah. Jadi, biarlah abang aje yang berkorban. Abang tahu Sufi tak dapat terima abang. But, you must know one thing.. abang doakan keselamatan Sufi bila Sufi jauh dari abang. Keberkatan seorang suami itu penting buat isteri. Sufi jaga diri nanti.” ujar Zairil lalu menonong keluar. Sufi terpaku. Sungguh, kata-kata itu meresap ke ulu hatinya. Sebaik sahaja kelibat Zairil hilang.. Sufi keluar dari sebalik langsir itu. Dia termanggu di birai katil. Kenapa? Kenapa kau cukup bersabar dengan aku? Detik hatinya.

   Zairil melangkah dengan hati yang retak umpama kaca yang pecah berderai. Air matanya tumpah lagi. Ah, dia kini hanyalah lelaki yang lemah.

Tepat pukul 6.00 petang, Zairil tiba di Villa Mawar miliknya. Kot dan briefcase diletakkan di atas meja kecil. Matanya dililaukan ke sekeliling.

   “ Assalamualaikum, Mak Esah.” laung Zairil. Dia terhendap-hendap mencari kelibat wanita tua itu.

   “ Eh, Aril dah balik? Nak minum?” soal Mak Esah yang keluar dari dapur sambil mengelap tangannya pada kain buruk. Zairil tersenyum nipis lalu menggeleng.

   “ Tak apalah, Mak Esah. Nanti kalau Aril nak, Aril ambil sendiri ye?” balas Zairil. Mak Esah hanya angguk kecil. Wajahnya masih tak lekang dengan senyuman.

   “ Mak Esah, Sufi dah balik?” soal Zairil perlahan. Mak Esah yang baru hendak melangkah berpaling. Wajahnya nampak teragak-agak. Dia serba-salah untuk mengkhabarkan hal yang sebenar. Terkelip-kelip matanya memandang wajah tampan Zairil. Dia ibarat diluah mati emak, ditelan mati bapak. Kalau dia khabarkan, tentu remuk hati majikannya itu. Ah, dia tak sanggup melihat mendung berlabuh pada wajah tampan itu.

   Zairil faham akan reaksi wanita di hadapannya. Dia tahu Mak Esah tidak sanggup untuk beritahu hal yang sebenar. Dia tersenyum hambar lalu mendekati wanita tua itu.

   “ Dia belum balik kan? Aril tahu, tadi Darius datang jemput Sufi kat rumah.” Tenang suara itu. Mak Esah terkesima. Aril tahu? Kenapa dia nampak tenang? Hati tuanya tertanya-tanya. Kalau suami orang lain, tahu aje isteri keluar dengan jantan lain.. mahu dipenggal kepala hidup-hidup. Tapi, Aril kenapa lain? Kenapa berpura-pura kuat sedangkan hatinya berdarah teruk? Allah.. kau kuatkanlah semangat lelaki ini. Doa Mak Esah sebak.

   “ Aril yang izinkan.” Sambung suara itu lagi menyebabkan air mata Mak Esah hampir tumpah. Dia tahu hati pemuda itu terluka. Tidak punya hati dan perasaankah, Sufi??

   “ Aril, jangan terlalu memendam. Kelak, Aril sendiri yang binasa.” luah Mak Esah bergetar. Zairil masih lagi tersenyum. Senyuman yang cukup kelat dan hambar.

   “ Apa lagi yang Aril boleh buat, Mak Esah? Aril cuma mampu bersabar dan terus bersabar. Kalau ditakdirkan suatu hari nanti kesabaran Aril sudah tiada, Aril.. Aril akan lepaskan dia untuk dia cari kebahagiaan sendiri.” Zairil pilu. Setitik air matanya tumpah di hadapan Mak Esah. Cepat-cepat dia menyapu. Malu juga dia menangis hanya kerana seorang isteri. Isteri yang membenci dirinya.

   “ Aril.. menangislah, nak. Menangis dapat membasuh luka. Mak Esah faham. Menangislah, nak.” ujar wanita tua itu lalu mengusap lengan Zairil. Cuba menyalurkan kekuatan.

   “ Terima kasih, Mak Esah. Terima kasih kerana sudi memberi semangat pada Aril.” balas Zairil hiba. Sungguh, kasih sayangnya sudah tumpah pada Mak Esah memandangkan mamanya sudah lama bercerai dengan papa. Dan semenjak itu, kelibat mamanya langsung tidak menjenguk dirinya yang hanya berumur 7 tahun tika itu. Dia benar-benar kehausan kasih sayang seorang yang bergelar wanita.

   Deringan telefon mematikan perbualan dua susuk tubuh itu. Aril mencari-cari Iphone 4 miliknya. Nombor Sufi tertera di skrin. Buru-buru dia menekan gajet itu.

   “ Bro, kau suami Sufi?” sergah suara garau itu tanpa salam. Zairil kerutkan kening. Kenapa telefon Sufi berada dalam simpanan lelaki itu? Ada apa-apa yang berlakukah? Dia panik tiba-tiba.

   “ Errr.. ya, saya suami dia. Kenapa dengan Sufi?” Zairil bercakap seolah-olah lelaki itu adalah saudaranya sahaja. Walhal, hakikatnya amat menyakitkan. Itulah Darius Iqbal. Teman lelaki Sufi. Atau lebih tepat, teman lelaki isterinya. Subhanallah, peritnya hati ini. Zairil memegang dadanya kuat. Mak Esah hanya mencuri dengar.

   “ Your wife, bro. she’s drunk. Come to fetch her. Aku dekat club yang biasa Sufi pergi ni.” ujar lelaki itu tanpa rasa bersalah. Zairil beristighfar. Ya Allah.. isterinya itu sudah tergelincir jauh dari landasan Islam. Sanggup Sufi mencemarkan diri dengan minuman syaitan itu? Zairil mencengkam kepalanya kuat.

   “ Bro, kau dengar tak?” sergah Darius lagi. Zairil tersentak.

   “ Ya, aku dengar. Aku datang sekarang. Tolong jaga wife aku sebelum aku sampai.” balas Zairil lalu menamatkan panggilan. Mak Esah menerpa.

   “ Kenapa, Aril?” soal wanita itu turut bimbang melihatkan wajah pucat dan kusut Zairil. Pasti ada sesuatu yang tak kena.

   “ Sufi.. dia mabuk. Allah.. beratnya dugaan ni, Mak Esah. Banyaknya dosa yang Aril perlu tanggung. Kenapa, Mak Esah? Kenapa Sufi sanggup teguk air syaitan tu? Tak cukup lagi ke apa yang Aril korbankan??” Dia merintih. Mak Esah terlopong.

No comments:

Post a Comment