PeNgiKuT sEtiA..

Tuesday, May 6, 2014

Special Entry : Yang Pernah Terluka


SPECIAL ENTRY : YANG PERNAH TERLUKA

OLEH : HANA EFRIENA

Terasa pipinya bagaikan disapa sesuatu, Firdaus sudah menggeliat sendirian. Ditepis perlahan ‘objek’ yang menganggu lenanya itu.

   Alahai.. dia mengantuk lagi ni. Walaupun jam dah tunjukkan angka hampir 1.00 tengahari, dia tetap rasa mengantuk. Kalau boleh, cuti hari ni nak dimanfaatkan sebaik mungkin.

    “Nia.. janganlah kacau papa..” rengek Firdaus dalam mata terpejam.

   Gebar yang sudah terlondeh ke paras dada ditarik hingga menutupi wajah. Baru dia nak menyambung kembali lenanya yang terganggu, ‘objek’ itu sudah mula bertindak ganas.

    Kali ni, ‘objek’ itu sudah mula menyelinap masuk ke dalam gebar. Lantas..

   Oh my god.. Rania!!” Firdaus sudah terduduk tatkala terasa telinganya digigit kuat oleh ‘objek’ tersebut. Seketika, terdengar tawa halus seseorang. Firdaus pincingkan mata seketika sebelum dengan sendiri bibirnya melopong.

   “Sayang??” ujar Firdaus dengan memek muka terkejut. Ke main dia ingat kerja-kerja mengganggu lenanya sebentar tadi adalah kerja Rania. Rupa-rupanya..

   Merlissa sudah mula merangkak hendak turun dari katil. Senyum lucu masih bersidai di pinggir bibir. Firdaus menggeleng kepalanya. Makin nakal sayang dia ni sekarang..

   “Haa.. nak ke mana tu, sayang?” Pinggang Merlissa dipaut dari belakang. Merlissa teranjak lalu tubuhnya dipeluk erat oleh Firdaus. Pipi dia sudah dikucup halus.

   “Hei.. lepaslah. Nia tunggu kat bawah tu. Kejap lagi nak ke ofis Abang Rief pula. Dah.. bangun. Payah betul nak kejutkan dia ni bangunlah.. haish..” Merlissa tepuk lengan yang melingkar di pinggangnya itu. Bebelan kecil Merlissa mencuit hati Firdaus.

   “Oh.. pandai kacau abang, lepas tu nak cuci tangan ya? Mana boleh senang-senang macam tu, sayang. Meh sini, kiss pipi abang dulu.” Firdaus sudah sua pipi bersihnya itu ke arah si isteri. Merlissa ketawa halus. Pipi encik suami ditampar perlahan.

   “Jangan nak mengada. Abang tu bukan boleh jamin. Dari sikit.. lepas tu dah banyak-banyak..” sakat Merlissa lalu pegangan di pinggangnya cuba dirungkaikan. Firdaus sudah tarik senyum gatal.

   “Banyak-banyak tu macam mana, sayang?” soal Firdaus dengan riak sinikal. Merlissa terkedu.

   Melihat tubuh Firdaus yang mendekat buat hati dia semakin gundah-gulana. Pantas, tangan dia sudah melekap ke dada Firdaus. Cuba menghalang si empunya susuk tubuh sasa itu dari mendekat.

   “Banyak-banyak tu macam ni eh?” Dan mata Firdaus sudah singgah pada bibir mungil Merlissa. Spontan, Merlissa pekup bibirnya dengan telapak tangan.

   “Alahai.. comelnya dia buat macam tu..” usik Firdaus bersama sisa tawa lalu tangan halus milik Merlissa cuba dialihkan. Namun, belum sempat bibirnya hendak menyentuh seulas bibir yang sering menarik perhatian itu, ada suara lain yang sudah mengganggu.

   Firdaus sudah melepaskan keluhan kesal.

   “Papa!” jerit Rania bercekak pinggang.

   Merlissa bingkas turun dari katil. Firdaus pula sudah santai rehatkan badan pada kepala katil. Cuba berlagak tenang. Diperhatikan wajah garang Rania itu. Comel! Sebiji macam mama dia. Firdaus senyum.

   “Nia nak apa, sayang?” soal Firdaus selamba. Seakan-akan tiada apa yang berlaku. Sesekali matanya melirik pada Merlissa yang berpura-pura mengemas bilik itu.

   “Sayang, jangan nak kemas bilik sangat. Kasi baby dalam perut tu rehat sikit..” Sempat lagi Firdaus mengusik sebelum kembali memandang si anak yang tayang wajah tak puas hati tu.

   “Patutlah mama lambat turun. Papa punya kerja rupanya..” Jari Rania naik melentik. Firdaus sudah garu belakang lehernya. Cerdik sungguhlah Sharifah Rania Mawardah ni. Baru berumur lima tahun, dah bijak macam orang dewasa.

   “ Eh.. papa belum mandilah, Nia. Nia turun bawah tolong mama dulu. Kejap lagi papa turun..” Dan terus tubuh sasa Firdaus menghilang ke kamar mandi.

   Berdesup! Cara yang baik untuk selamatkan diri dari soalan maut Rania. Fuhhh.. selamat! Desis hati Firdaus.

 

“Ni dah kenapa kena ubah laluan pula ni, sayang?” soal Firdaus bingung. Merlissa menoleh ke sisi.

   “Lissa pun tak pasti. Tadi, Abang Rief suruh datang ofis baru gerak sama-sama. Alih-alih Husna pula telefon suruh jumpa kat tempat lain. Tak tahulah apa jadi dengan dua orang tu..” omel Merlissa dengan riak seperti berfikir.

   Firdaus muncungkan bibir. Turut berfikir kelogikan si abang ipar tiba-tiba membatalkan plan mereka. Tapi, satu patah klu pun dia tak dapat.

   “Senyap aje anak awak tu.. tidur ke?” Firdaus cuba mengintai wajah Rania di seat belakang.

   “Tidurlah tu. Kalau tak, ada saja mulut dia nak berkicau..” ulas Merlissa dalam gelaknya. Firdaus turut tersenyum. Dah memang si puterinya itu petah orangnya.

   “Itu yang abang pelik sangat. Setahu abang, mama dia ni pendiam juga orangnya. Tak adalah suka melawan macam Nia tu dan papa dia..”

   “Dan papa dia suka naik baran..” Merlissa menyambung lalu ketawa kuat.

    Firdaus sudah tersentak. Pantas dia menoleh ke sisi. Mencari wajah yang galak ketawa itu. Wajah mula berubah mendung.

   Melihat encik suami seakan berdiam diri, Merlissa matikan tawa. Dia tersilap berguraukah? Err..

   Saat matanya menangkap wajah sayu Firdaus, dia seakan tergigit lidah sendiri.

   “Err.. abang.. Lissa gurau saja..” Merlissa sentuh sedikit lengan Firdaus. Firdaus tetap statik. Wajah tampan itu semakin keruh.

   “Abang memang baran kan, dear? Dulu perangai abang teruk sangat..” tutur Firdaus bergetar. Mata si suami sudah bergenang.

   Merlissa kebam mulutnya. Ah, sudah!

****************

“Elok sangatlah tu, Lissa..” Halus suara Husna dengan mengetuk gegendang telinga. Bebola matanya sudah ke kiri dan ke kanan memerhatikan dua susuk tubuh yang masing-masing sedang merajuk di hujung sana.

   Merlissa mengeluh.

   “Tak sengajalah, Una..” sahut Merlissa lemau.

   Matanya memerhatikan tingkah Rania yang sibuk memujuk papanya. Terloncat-loncat kanak-kanak itu untuk membuatkan si papa boleh tersenyum kembali. Tapi, hampa!

   “Una ajak Lissa ke sini nak suruh tolong pujuk Abang Rief Lissa tu. Alih-alih..” Husna pegang dahinya yang mula berdenyut sedikit. Sinaran mentari pula seakan terik memancar pada wajahnya.

   “Panaslah dekat sini. Jomlah ke sana..” ajak Husna tiba-tiba. Merlissa buat muka.        

   “Lissa takutlah Fir marah..” ujar Merlissa dengan jemari dimainkan sesama sendiri. Husna senyum senget.

   “Nak suruh suami Lissa tu merajuk sampai besok pagi? Sanggup? Okey.. kalau Lissa sanggup, Husna tak sanggup sebab kalau Lissa nak tahu.. Encik Zarief Iskandar bin Malik tu makin dibiarkan rajuknya, makin berpanjangan.. Lissa. Jadi, cepat-cepatlah Lissa tolong pujuk Abang Rief kesayangan Lissa tu ya?” adu Husna akan tabiat buruk si Zarief Iskandar, suaminya.

   Merlissa bulatkan biji mata. “ Really?” soal Merlissa hendak ketawa. “Kenapa boleh merajuk tu?” Merlissa menyoal lagi sambil muncung ditala pada Zarief yang jauh di hujung sana.

   Husna mengeluh.

   “Macam biasalah. Bila saya minta apa yang saya nak, dia tak nak bagi. Lepas tu, bila saya tak ikut cakap dia.. mulalah merajuk..” adu Husna. Merlissa senyum.

   “Dia sayangkan Una tu..” pujuk Merlissa pada kakak iparnya.

   Hmm.. tak tahu nak fikir apa. Lissa tolonglah pujuk tu. Melarat pula nanti..” suruh Husna dengan wajah letih.

   Sesaat, kening Merlissa bertaut.

   “ Kejap, kenapa Lissa yang kena pujuk pula? Tu suami Una kan?” Soalan yang tak mampu dijawab Husna.

   Husna sekadar jungkit bahu.

*******************

“Papa!!” Rania dah mula muncungkan bibir. Tangan disilangkan satu sama lain. Firdaus kejap tahan senyum.

   Hailah.. Rania yang comel. Boleh jadi si anak marah bila dia langsung tak ketawa dengan lawak yang dibuat.

   “Okey-okey.. papa gelak. Papa gelak..” Firdaus tarik Rania ke dalam dakapan. Gelak nipis sengaja dibuat-buat demi mengambil hati puteri kesayangan.

   “Alah.. ni kenapa muka ketat lagi ni?”

   “Tak ikhlas.” Rania berpeluk tubuh. Wajah semakin dimasamkan.

   “Laa.. papa ikhlas ni, sayang. Tak nampak eh?”

   Rania geleng. Firadus buat-buat berfikir lagi.

   “Macam mana nak nampak ikhlas, Nia?” soal Firdaus sengaja menguji kepintaran si kecil. Belum sempat Rania menjawab, suara lain sudah menyampuk.

   “Senang saja.. cium mama lepas tu cium Nia sikit. Betul tak, Nia?” Merlissa tiba lalu menyampuk perbualan mereka. Firdaus terus buat muka selamba.

   Tangan Merlissa mula mengusap-usap kepala encik suami.

   “Betul-betul..” jerit Rania terlompat-lompat.

   “Papa.. kiss cepat..” Rania suakan pipi dia yang gebu. Firdaus menggeleng lucu. Tapi, senyuman tak pula dipamerkan. Baru dia nak sapa pipi itu, tangan kecil Rania elok mendarat pada bibirnya.

   Opss.. mama dulu..” ujar si anak langsung membuatkan Firdaus terkedu.

   Firdaus pandang wajah Rania bersilih ganti dengan wajah isteri yang jelas sedang tahan senyum.

   Nasib baik Nia sebelahkan mama.. hati Merlissa menggumam kemenangan.

   Come..” ujar Firdaus pada Merlissa. Suara masih lagi dalam mode merajuk.

   What?” Sengaja Merlissa nak mendera.

   “Cepatlah.. abang tak cium karang..” ugut Firdaus mengugut manja meskipun wajah sedikit masam.

   Tak tunggu lama, Merlissa sua pipinya dan sekilas ciuman berlabuh. Usai saja pipi si isteri dicium lembut, giliran Rania pula. Sesaat, kedengaran suara Rania bersorak sakan.

   “Lissa anggap ciuman abang tadi tu abang dah maafkan Lissa ya?” Suara isteri dekat dengan cuping telinganya. Firdaus pandang pemilik suara itu.

   “Lissa maksudkan tak kata-kata Lissa tadi?” Firdaus menyoal perlahan. Bersungguh-sungguh Merlissa menggeleng.

   I didn’t meant to..” jawab Merlissa tegas.

   “Tapi.. abang rasa down sangat tadi. Abang takut Lissa ingat bali..”

   Shh..” Merlissa letakkan jarinya pada bibir Firdaus. “Past is past, abang. Lissa yang salah sebab terlepas cakap. Tapi.. memang Lissa tak maksudkan apa-apa. Jangan merajuk lagi dan jangan pernah abang rasa rendah diri. Kita bahagia selama ni. Abang, Lissa, Nia.. dan..” Merlissa tunduk lalu capai tangan si suami.

   Tangan si suami dilekapkan pada perutnya yang sudah masuk usia empat bulan itu.

   “Ini bukti yang Lissa memang dah betul-betul terima abang..” Sambung Merlissa tersenyum. Firdaus terdiam lama.

  Namun, seketika bibirnya sudah mula mencarik senyuman. Tubuh Merlissa ditarik lalu dibawa ke dalam dakapan.

   “Terima kasih sebab terima abang seadanya. I love you, sayang..” ujar Firdaus. Ubun Merlissa dicium lembut.

   And I love you more and more, abang..” sahut Merlissa.

   “Eh?” Merlissa tolak dada bidang itu sedikit. Terlupa terus dia pada Rania yang berada bersama mereka. Patutlah sunyi saja dari tadi.

   “Kenapa?” Firdaus soal sepatah. Terkebil-kebil dia tatkala melihat mata Merlissa melingas mencari puteri mereka.

  “Nia.. Nia mana, abang?” soal Merlissa cemas. Firdaus tersenyum.

   “Sayang.. look there..” Firdaus luruskan jari telunjuknya pada suatu arah. “Anak sayang dekat sana tu.. don’t worry..”

   Merlissa yang kelam-kabut terus memandang arah yang ditunjukkan Firdaus. Kemudian, dia tepuk dahinya laju.

   Allah..  Rania-Rania.. macam-macamlah si comel seorang ni.. omel Merlissa yang sudah mula bernafas tenang.

   “Dia kacau, Ayah Rief dia tu. Merajuk sangat.. kan ke Nia tu tukang pujuk nombor satu, sayang?” ujar Firdaus mengundang tawa Merlissa.

*****************

Dua hari berlalu..

Husna memicit pelipis. Tidak faham dia dengan ragam lelaki bernama Zarief Iskandar ni. Macam-macam karenah.

“Encik Zarief..” Bergetar suara Husna. Sengaja dia guna panggilan ‘Encik’ pabila dia sedang geram dengan encik suami.

   Wajah Zarief dipandang dengan rasa sabar yang kian menipis.

   “Ya, Una sayang. Una sayang, kita bukan dekat pejabat ni tau..” sahut Zarief memerli.

   “Ni sampai bila nak duduk dekat sini? Dah habis makan kan? Saya nak balik pejabat. Kerja berlambak lagi tu..” soal Husna lagi tanpa mempedulikan sindiran Zarief. Zarief mencebir.

   “Abang suruh berhenti kerja, Una tak nak. Tu.. Zaufa Ibtisam dekat rumah nenek dia, tak kesian ke?” bebel Zarief mendatar.

   “Kan kita dah bincang. Una suka kerja Una ni..” Husna membantah kata-kata si suami.

   “Bila masa kita bincang? Abang tetap dengan keputusan abang, tapi Una tu yang degil. Benda yang abang suruh, tak nak buat. Benda yang abang tak suruh, suka sangat buat..” Berkicau lagi mulut Zarief.

   Husna terdiam. Tiba-tiba dia rasa nak naik angin.

   “Kalau Encik Zarief tak dengar cakap Una, buat apa Una nak dengar cakap Encik Zarief?” Pedas kata-kata Husna. Dalam hati, sempat dia bermonolog.

   Ampunkan Una, Ya Allah sebab melawan suami Una. Tapi, Una cuma meminta sesuatu yang memang seorang wanita nak dalam hidup.

   Zarief dah terdiam.

   “Dahlah.. sekarang abang nak Una pilih satu yang ada dekat situ..” Tahu dia yang salah, Zarief lencong topik mereka.

   “Una tak nak!” Degil juga si Husna. “Una nak ajak Encik Zarief balik pejabat..”

   “Abang akan balik bila Una pilih salah satu yang ada dekat situ. Lagipun, abang kan bos Una..” gertak Zarief bercampur bongkak.

   Husna dah pegang hujung dahi. Sakit hati!

   Sabar, Husna! Sabar..

   “Encik Zarief.. saya tak nak. Bagilah intan permata setinggi gunung pun, saya tak nak! Full stop!” Rasa nak menjerit Husna dibuatnya. Ah, stress!

   “Kalau Una tak nak intan permata, abang belikan Una banglo empat tingkat lepas tu kita pindah rumah baru.. nak?” Zarief mula merepek bukan-bukan.

   “Encik Zarief Iskandar bin Malik..” Meleret nada Husna.

   Zarief senyum. Mata dipejam. Suka betul bila Husna panggil dia dengan nada macam tu. Manja!

   “Okey.. cuba Una cakap dengan abang, Una nak apa ni.. intan payung?” sahut si dia mengada-ngada.

   “Una nak anak..” Sebaris kata yang buat Zarief mengeluh.

   “Cuba Una faham abang, sayang. Kan abang dah jelaskan..” ujar Zarief memujuk.

   Kalau hari tu, sebab ni jugalah dia merajuk. Dan hari ni pun Husna merajuk sebab benda yang sama. Lagipun, sebelum ni elok saja Husna setuju. Cuma, sejak dua bulan lepas Husna asyik meminta saja.

   “Jangan panggil saya, sayanglah..” marah Husna. Zarief naikkan kening sebelah.

   “Kenapa? Dah tak boleh panggil sayang dah?” Dia memprovok.

   “Tak boleh..” Husna peluk tubuh. Zarief senyum hendak menyakat.

   “Haa.. ni mesti sebab nak suruh abang panggil Una, baby kan? Eh.. tapi tak boleh sebab Aufa dekat rumah kita dah panggil dia baby. Nanti tertukar-tukar dengan Una. Susah pula abang dibuatnya..” Zarief naikkan jarinya melentik lalu diketuk-ketuk pada dagu lagak berfikir.

   “Encik Zarief Iskandar bin Malik!!” Suara celah gigi sudah keluar.

   “Ya, Nabilah Husna bin Nazir.. Eh, silap. Nabilah Husna binti Nazir.. kalau bin, sah-sah abang kahwin dengan lelaki selama ni kan? Kan gay namanya tu..” Zarief kenyit mata.

   Sengaja dia merepek-merapu asalkan dia selamat dari topik yang sensitif itu.

   Husna pula mulalah rasa nak selotape mulut Zarief biar sampai tak boleh nak bercakap.

   “Suka main-main kan?” soal Husna bengang. Zarief angguk kemudian geleng.

   “Eee.. geramlah macam ni..” Husna hentak kaki perlahan.

  “Okey-okey.. abang mengalah..” Zarief tunduk mengalah. Husna pula sudah kendurkan wajah yang masam.

  “Jom, balik. Berlambak lagi kerja atas meja tu..” ujar Husna sehinggakan tanpa sedar lengan si suami sudah dipaut erat.

   Hailah.. dalam merajuk manja, boleh lagi pegang tangan dia. Auw!

   “Yang tercegat lagi ni kenapa?” sergah Husna. Kening dia bertaut saat dia nampak Zarief sudah tersenyum-simpul. Seketika, mata melurut ke bawah dan..

   “Jangan nak fikir bukan-bukan.. Encik Zarief..” Husna dah bagi amaran. Rasa malu ditutup dengan bicara yang dibuat-buat marah. Zarief simpan senyum.

   “Tak apalah. Abang tak marah pun. Kan halal..”

   Bila Zarief sudah memandang ke hadapan, dia luku perlahan dahinya sendiri.

   “Macam manalah boleh terlepas laku, Una oii? Nanti dia ingat kau merajuk main-main pula..” Dia membisik perlahan.

   “Una..” Panggilan si suami yang tegas. Husna panggung kepala.

   “Jangan buat macam tu lagi, sayang..” tegur si suami lembut.

   “Buat apa?” Husna soal dengan kening berkerut.

   “Jangan luku-luku kepala macam tu, Una. Tak elok. Mama kan selalu pesan dekat abang, jangan main kasar-kasar dengan kepala. Jangan sekeh, luku dan yang sewaktu dengannya sebab kat situ yang kawal semuanya. Termasuk hati kita ni. Abang tak nak nanti bila situ dah tak berfungsi, hati Una terus kata tak nak kat abang. Abang tak boleh terima sebab abang cintakan sayang..sangat-sangat!” tegur Zarief lembut.

   Husna rasa lidahnya sudah terpasung ke lelangit.

   Kenapa nampak macam indah sangat ayat tadi tu eh? Hati dah mengada-ngada ajak berdansa.

*******************

Firdaus menapak ke tingkat bawah pabila kelibat kedua-dua puterinya langsung tidak naik ke  bilik. Hari bukannya awal lagi. Dah pukul 11.00 malam.

   Mata Firdaus tertinjau-tinjau. Sesaat, bibirnya merekah dengan senyuman.

   Pemandangan yang cukup indah! Rania yang tidur sambil memeluk mamanya. Tangan Rania pula elok melekap pada dinding perut si isteri. Firdaus mendekat.

   “Sayang..” Firdaus duduk bertinggun. Pipi Merlissa dicuit perlahan.

   Dua, tiga kali tak berhasil. Masuk kali ketiga barulah dia nampak Merlissa terpisat-pisat menyental mata.

   “Dah pukul berapa ni, bang?” soal dia dalam nada serak-serak basah. Firdaus senyum.

   “Pukul 11.15 malam dah, isteri abang..”

   “Laa.. dah lewat rupanya..”

   “Itulah sebab abang turun ke bawah. Tunggu Lissa dan Nia naik, tak naik-naik juga. Hmm.. sampai hati tinggalkan abang tidur sorang-sorang dekat atas..” Firdaus buat-buat muncung bibirnya. Merlissa gelak perlahan.

   “Maaf, bang. Tak sedar tadi. Temankan Nia berborak, alih-alih dah landing sini. Tengok.. tidur pun peluk adik dia..” ujar Merlissa lalu tangan kecil yang melekap pada perutnya diusap sayang.

   “Biasalah.. Nia mesti sayang keluarga dia macam abang sayangkan isteri abang dan anak-anak abang ni..” jawab Firdaus romantis. Dahi Merlissa dikucup hangat. Terpejam mata si isteri seketika.

   “Jom, sayang..” ajak Firdaus saat wajah dijarakkan kembali. Merlissa celik. Dahi berlapis.

   “Ke mana?” soal Merlissa lagak dungu. Firdaus tarik hujung hidung isterinya.

   “Tidur. Meh abang tolong bangunkan sayang..” Firdaus bangkit. Tangan sudah bekerja memapah si isteri bangun. Walaupun perut si isteri baru kelihatan, dia tetap ringan tulang membantu.

   “Nia macam mana tu?” soal Merlissa sambil mengurut pinggang yang terasa sedikit sengal.

   “Papa dia kan ada? Dah.. jangan risau. Nanti abang angkatkan Nia ke bilik dia. Sekarang, abang nak pastikan sayang selamat sampai ke bilik dulu. Jom..” Firdaus terus memimpin Merlissa. Sesekali pipi si isteri dikucup perlahan.

   Sumpah.. dia sayangkan isterinya itu. Moga-moga Merlissalah pendampingnya hingga ke akhir hayat.

******************

“Aufa.. Aufa kat mana, sayang?” jerit Zarief sambil terbongkok-bongkok mencari kelibat si anak kecil yang berumur hampir dua tahun itu.

   Mata sudah meliar ke segenap rumahnya sebelum singgah pada sekujur tubuh yang sedang enak dibuai mimpi. Kelihatan permainan si kecil sudah bersepah-sepah di situ. Pastilah Husna tertidur ketika melayan karenah Aufa tadi.

   Baby.. mana anak walid ni? Zaufa Ibtisam.. where are you? Aduh.. main nyorok-nyorok tak nak ajak walid ya?” Zarief masih meneruskan pencariannya.

   Dua minit berlalu.. dia sudah mematikan langkah bila terdengar suara tangisan sayup-sayup milik Aufa. Zarief terpempan. Dekat mana arah suara tu ya?

   “Astaghfirullahalazim..” Istighfar Zarief dibuatnya saat dia lihat si kecil Aufa sudah terperangkap di bawah meja makan dengan tangisan nyaring. Pasti anak kecil itu tidak tahu hendak keluar dari ‘tempat persembunyian’nya. Hati Zarief digeletek lucu juga.

   “Dekat sini rupanya dia. Ala.. sian dia. Walid tolong ya?” Zarief terus menarik keluar sebuah kerusi. Aufa yang berada di tengah-tengah dicapai. Anak kecil itu masih menangis. Saat berada di dalam dukungan walidnya, tangisan Aufa semakin menjadi-jadi.

   “Ya Allah.. kenapa dengan anak umi ni?” sergah suara seseorang. Zarief berpaling. Jelas wajah Husna yang kelihatan mamai di situ.

   “Awak buat apa dekat anak saya ni?” soal Husna tanpa sempat ditahan-tahan. Zarief terkedu.

   Er.. apa maksud isterinya ni?

   “Ni.. kenapa dengan dahi Aufa ni?” Jari Husna melurus pada hujung dahi Zaufa Ibtisam. Zarief ikut pandang.

   Dia sendiri terkejut. Sejak bila dahi si kecil bertanda? Ah.. dia tak perasan! Mungkin dahi itu terhantuk kerusi. Dan punca itulah menyebabkan Aufa semakin menangis kuat tadi.

   “Ya Allah.. kesian anak walid ni..”

   Baru tangan hendak menyentuh dahi si kecil yang bertanda, Husna sudah menepis lembut tangannya. Mata si isteri mencerun.

   “Kalau betul pun awak tak suka ada anak dengan Una, jangan jadikan Aufa mangsa pula..” dengus Husna langsung beredar. Zarief tersentak. Entah kenapa.. tiba-tiba hatinya terasa disiat-siat.

   Wajah diraup perlahan. Bukan abang yang buat Aufa, sayang.. Dia merintih sendu.

****************

Merlissa merenung wajah sendu si abang depan mata. Keluhan dilepas berkali-kali.

   “Ni sampai bila nak bertapa rumah Lissa ni, Abang Rief?” soal Merlissa lemau. Bukan dia tak suka. Tapi, dia bimbangkan Husna dan Aufa di rumah tu.

   Zarief mendongak.

   “Abang Rief merajuk, Lissa. Tolong faham..” ujar si lelaki itu. Merlissa tahan senyum.

   Merajuk macam budak-budak.

   “Apa yang Una cakap tu lukakan hati abang, tahu tak? Takkanlah abang nak buat Aufa macam tu..” Sambung Zarief lagi. Merlissa diam.

   “Salah Abang Rief juga..” sahut Merlissa dengan jelingan nipis. Saat itu, terdengar suara Firdaus melaung dia dari ruangan dapur.

   “Sayang..” laung si suami. Merlissa panjangkan leher.

   “Ya, abang. Kenapa?” soal Merlissa dengan nada sama.

   “Gula kat mana?”

   Merlissa dah menggeleng kepala. Itulah, degil nak masuk dapur. Kononnya nak sediakan air untuk tetamu. Tak nak dia yang mengandung ni penat. Alih-alih terjerit sana, terjerit sini tanya perkakas letaknya di mana.

   “Cuba abang cari hujung kabinet tu. Yang sebelah kanan..” balas Merlissa pula.

   “Okey, sayang. Kejap lagi air siap ya?” Firdaus membalas balik. Merlissa senyum. Seketika, baru dia teringat Zarief di hadapan.

   “Kita kat mana tadi?” soal Merlissa. Zarief dah mencebik.

   “Kat rumah Lissa, atas kerusi dan Lissa tengah salahkan Abang Rief..” bentak Zarief makin terasa. Merlissa ketawa sedikit kuat.

   “Comel sangatlah tu merajuk. Tak cukup merajuk dengan isteri, dengan adik sendiri pun jadi ya?” sakat Merlissa. Zarief mendengus.

   Badan direhatkan ke sofa. Kusut kepalanya tika ini.

   “Abang Rief ke yang salah?” soal Zarief lirih. Bening Zarief kelihatan sedikit redup.

   “Tak ada siapa yang salah pun..” jawab Merlissa.

   “Kenapa dia tak cuba faham, Abang Rief?” soal si abang semakin lirih. Merlissa mula jatuh simpati.

   “Itu kan naluri setiap isteri, Abang Rief. Lagipun, usia Aufa dah hampir dua tahun kan?” Merlissa menasihati.

   “Habis dekat mana yang masalahnya? Tu.. dalam perut Lissa pun lepas usia Nia lima tahun? Aufa tu baru dua tahun. Tangguhlah dulu. Lagipun, kesihatan dia tak mengizinkan..” Zarief hambur segala rasa tak puas hati. Merlissa rasa kena sebiji atas muka.

   Aduh.. memang keturunan ke ni? Dulu, dia yang merancang. Tapi, waktu tu dia ada krisis dengan Firdaus. Padanlah dia merancang pun. Tapi, alasan Zarief hendak merancang pun munasabah juga. Soal kesihatan.. kan alasan yang kukuh tu? Aduhai.. dia pula yang pening kepala.

   Baru dia nak membalas, telefon bimbit milik Zarief berbunyi. Zarief biarkan saja.

   “Siapa?” soal Merlissa.

   Hmm.. Una..” sahut Zarief dengan wajah tak berperasaan.

   “Kenapa tak angkat?” soal Merlissa.

   “Merajuk, okay? Abang Rief merajuk!” Lelaki itu bangkit. “Malam ni Abang Rief tidur rumah Lissa..” Dan lelaki itu terus beredar ke ruang tamu.

*********************

Merlissa dan Firdaus berpandangan sendiri. Sudah hampir setiap nombor telefon dalam rumah ni didail Husna. Tapi, Zarief masih tetap membatu dengan keras kepalanya itu.

   “Abang..” Merlissa sentuh perlahan paha Firdaus. Firdaus menoleh.

   Hmm..”

   “Macam mana ni?” Resah nada Merlissa. Firdaus garu hujung dahi. Diamati Zarief yang leka bermain dengan Rania.

   “Abang pun buntu ni, sayang. Payah juga lelaki merajuk kan? Una tu pun satu, tak menyempat pergi tuduh suami sendiri tu kenapa? Dahlah tuduhan yang kejam. Ish..” bebel Firdaus tampak sedikit keanakan. Merlissa senyum.

   “Sayang senyum tu kenapa?” soal Firdaus kepelikan. Merlissa picit pipi si suami.

   “Seksilah abang membebel-bebel macam tu..” balas Merlissa mengundang tawa halus dari Firdaus.

   “Mana lagi seksi? Waktu ni ke waktu abang tak pakai.. aduh!!” Firdaus mengusap-usap perutnya yang diketam Merlissa.

   “Gatal abang ni kan..” Leret nada Merlissa. Sekali lagi, bahu si suaminya pula ditepuk manja.

   “Abang join team sana kan?” ugut Firdaus dengan wajah cemberut.

   Team apa?” Merlissa terpinga-pinga.

   Team Abang Rief. Team merajuk dengan bini..” Dan saat itu, Merlissa rasa Firdaus tampak comel malam ini. Sangat comel sebenarnya!

********************

Dah seminggu sejak dari peristiwa hari tu, Zarief tetap kaku. Masih lagi dengan perangai dinginnya. Husna mulalah diburu resah. Rasa berdosa apatah lagi. Barulah dia tahu tuduhannya sama sekali tak berasas. Itu pun dari mulut Merlissa.

   “Abang..” tegur Husna. Tika ini, panggilan keramat itu kembali meniti.

   Zarief buat tak endah. Bukan dia tak dengar Aufa sudah merengek-rengek minta didukung. Tapi, hati yang masih terasa memaksa dia memekakkan telinga. Tak pasal-pasal, Aufa yang turut jadi mangsa.

   “Pegang anak abang ni kejap, boleh? Una nak buatkan susu. Kesian dia.. menangis aje..” pinta Husna. Zarief dah hadiahkan senyum sinis.

   “Tak takut saya buat anak awak lagi ke? Bukan ke hari tu saya yang buat dahi Aufa tu sampai merah-merah macam tu? Tak takut kalau saya buat sekali lagi?” sindir Zarief bengang. Husna gigit bibir sendiri.

    Hajat di hati hendak memujuk. Tapi, tangisan Aufa yang kedengaran memaksanya ke dapur juga. Pasti anak kecil itu lapar sangat.

   “Tak apalah.. Una buatkan susu Aufa kejap. Kalau abang tak nak pegang pun, tolong tengokkan Aufa..” Husna bersuara sendu. Hati dijentik rasa sedih. Zarief kerling.

   Dalam hati, dia rasa nak ketuk kepala sendiri sebab buat isteri kesayangan bersedih. Tapi, ego melarang.

   Melihat Aufa sudah tercebik sambil hulur tangan padanya, akhirnya dia mengalah. Aufa tak bersalah pun.

   “Kesian anak walid ni. Rindu walid ya?” ujar Zarief saat Aufa sudah dibawa ke dalam dukungan. Pipi gebu Aufa dikucup bertalu-talu.

   Husna yang baru tiba hanya mampu tahan rasa. Botol susu dihulurkan pada Zarief dan Zarief hanya menyambutnya dengan pandangan kosong.

   Saat si suami labuhkan duduk di sofa, dia ikut bersimpuh. Lengan encik suami dipegang lalu diusap tanda memujuk.

   “Una minta maaf, abang..” seru Husna hampir hendak menangis. Rasa bersalah menyebabkan dia menjadi semakin sensitif. Zarief masih sama. Dingin.

   “Abang..” panggil Husna gemersik. Zarief yang tekun menyusukan Aufa angkat wajah. Tak sampai hati pula nak biarkan Husna berbicara sendiri.

   “Una nak apa?” Perlahan saja nadanya.

   “Una minta maaf. Kata-kata Una tempoh hari..” pohon Husna lalu wajah dijatuhkan pada lengan sasa Zarief.

   “Abang maafkan isteri abang..” Kata-kata yang menarik perhatian Husna. Kepala diangkat.

   “Betul abang maafka..”

   “Aufa dah tidur. Abang nak masuk bilik dulu..” Sengaja Zarief potong ayat si isteri terlebih dahulu. Lengan yang dipegang Husna cuba dirungkaikan.

   Saat Zarief masuk ke bilik, Husna turut mengekor. Bila si suami sudah rebahkan Aufa ke dalam katil bayi yang dihias cantik itu, terus Husna menerpa memeluk Zarief dari belakang. Terkedu. Ya, itulah yang Zarief rasa.

   “Una minta maaf, abang. Una geram waktu tu..” Husna sudah menangis teresak-esak di belakang badan Zarief. Zarief pejam mata. Jelas terasa bajunya di bahagian belakang sudah lencun.

   Its okay..” pujuk Zarief lalu menepuk-nepuk lengan milik Husna. Dalam merajuk, kasih yang melimpah buat Husna membuatkan aksinya begitu.

   “Una sakit hati bila apa yang Una minta abang tak tunaikan. Una tak ada masalah langsung kalau abang nak Una berhenti kerja Tapi, Una nak anak. Una nak Aufa ada adik..” ngongoi si isteri hiba. Zarief tarik nafas panjang.

   Badan si isteri dibalikkan perlahan-lahan. Husna menunduk dengan wajah sendu.

   “Una.. do you know how much I love you?” soal Zarief tiba-tiba. Husna kaget. Perlahan-lahan kepala diangkat.

   No.. you don’t.” Akhirnya, suaminya yang jawab sendiri. Husna masih diam. Zarief bawa tubuh itu ke birai katil.

   Husna didudukkan di situ lalu dia sendiri melabuhkan punggung.

   “Tak ada apa yang abang boleh gambarkan betapa abang sayangkan Una. Dan kalau Una tahu berapa banyak sayang abang pada Una, Una takkan buat abang macam ni. Una buat abang dilema sangat..” tutur Zarief lembut. Dagu si isteri dipaut.

   Don’t cry..” Air mata di pipi si isteri disapu perlahan. “Kalau dengan menunaikan apa yang Una nak tu, Una boleh jadi macam dulu. Okey, abang tunaikan.” Zarief bersuara tegas.

   “Una tak..”

   “Una nak anak sangat kan? Okey.. kali ni tanpa pil, tanpa apa-apa protection.. jom..” Zarief tarik Husna ke tengah katil. Tapi, Husna mengeras. Dia tahu.. suaminya terpaksa. Dan laman wajah itu nampak sedang menanggung sesuatu.

   “Abang tak ikhlas?” soal Husna bergetar. Zarief raup wajah kasar.

   Honestly, memang abang tak ikhlas.”

   Husna terluka. Dia senyum hambar.

   “Jadi, lebih baik tak payah..” Husna hendak bangkit, tapi saat Zarief tarik tangannya sedikit kuat. Dia terduduk kembali. Bukan di birai katil, tapi di ribaan si suami.

   Tak semena, Zarief labuhkan dagunya pada bahu si isteri. Sempat bahu Husna dikucup halus.

   I’m deadly in love with you, sayang..” Zarief bagaikan meluahkan rasa hati. “Dan ianya terlalu sakit bila kita terlalu risaukan seseorang yang kita sayang..” Sambung suara itu lagi. Husna pegun.

   “Una cuma tak nak merancang, abang. Abang boleh faham Una kan?” soal si isteri mula menangis kembali.

   “Ya.. abang cuba faham Una. Tapi, Una tak pernah faham abang..”

   “Una cuma..”

   “Shh.. dengar dulu apa abang nak cakap..” Zarief berbisik lembut.

   “Dua tahun dulu.. abang pernah rasa nyawa abang bagaikan hendak tercabut saja bila abang dapat tahu isteri abang ada komplikasi waktu bersalin. Paling abang rasa nak pitam, bila waktu tu Una kena serang asma yang teruk. Una hampir putus nafas. Dan abang yang ada dekat sebelah Una rasa nak meraung saja bila doktor cakap..” Zarief jeda. “Encik Zarief, kita ada masalah. Isteri awak lemah sangat ni sebab paru-paru dia mengembang. Dan dia tak cukup oksigen. Asma dia pun menyerang pada waktu yang sama..”

   “Tapi, Una selamat kan?” Husna membantah. Dia tahu sebenarnya Zarief trauma dengan kondisi sewaktu kali pertama dia bersalinkan Aufa dulu.

   Memang boleh dikatakan penyakit asmanya agak teruk. Tapi, ianya bukannya menyerang selalu.

   Yes.. memang Una selamat. But, abang nyaris hilang sayang tahu tak? Dan kalau boleh abang tak nak anak buat masa sekarang. Cukup dengan Aufa. Abang tak nak hilang Una..”

    Husna diam.

   “Nabilah Husna.. abang bukan tak nak anak langsung. Tapi, sayang sendiri tahu kan? Asma sayang kerap sangat lately. Kita tangguhlah dulu sampai sayang betul-betul sihat..” pujuk Zarief lagi.

   “Abang sendiri tahu kan, umi pernah cakap penyakit Una ni payah dah nak hilang. Habis tu, sampai bila Una nak tunggu?”

   Zarief mengeluh. Kenapalah sejak dua bulan ni Una nak sangat ada anak lagi dengan dia? Aghhh.. dia buntu!

   “Okey.. kalau Una masih berdegil nak anak. Abang akan bagi. Tapi, bagi abang tengok kesihatan Una dalam masa dua bulan. Dan abang takkan benarkan Una minum ais lagi. Semua makanan yang tak berkhasiat, Una kena pantang. Abang tak nak Una macam dulu. Semua aci redah ikut selera..” Zarief mengalah sudahnya. Nadanya keras.

   “Abang takkan tipu Una?”

   “Tak. Abang janji..”

   “Una akan cuba jaga kesihatan Una. Tapi, abang kena tunaikan janji abang juga..” Husna sudah mula bernafas tenang kembali. Zarief angguk dalam keadaan lesu.

   Melihatkan si suami seakan merenung jauh, Husna pegang lembut tangan Zarief. Giliran dia meyakinkan suaminya.

   “Abang.. sekarang abang pula yang dengar Una..”

   Zarief mendongak.

   “Anak itu rezeki, abang. Dan sakit itu penghapus dosa. Walau macam mana sekalipun kita mengelak, kalau Allah dah takdirkan Una sakit juga.. ianya tetap berlaku. Jangan terlalu takut dengan sebuah hakikat, abang..”

   “Tapi, kita masih boleh mencegah..” bentak Zarief semula.

   “Ya.. Una tahu. Tapi, sampai bila? Una teringin, abang. Una tengok perut Kak Lissa, naluri tu menyinggah. Una tahu abang trauma, tapi sampai bila abang nak layan trauma abang tu? Takkan abang tak nak anak lagi dengan Una?” Husna berpsikologi. Dia tahu Zarief bimbangkan dirinya.

   Cuma, bagi dia. Walau macam mana sekalipun, mati itu pasti. Dan dia cuma rasakan trauma Zarief itu melampau. Sampai perlu merancang. Sedangkan impian mereka sebelum kahwin adalah untuk punya anak yang ramai.

   Tidakkah Zarief sedar, sakit, ajal dan maut di tangan Allah? Jika Allah hendakkan nyawa dia sekarang, sekarang juga dia akan pergi tinggalkan Zarief. Jadi, anak itu bukanlah alasan yang tepat rasanya.

   “Abang takut..” sahut Zarief merintih. “Abang takut kehilangan Una..”

   “Mati itu pasti..”

   “Ya, abang tahu.”

   “Dan suatu masa Una tetap akan mati..”

   “Nabilah Husna!” jerit Zarief kuat. Dia sakit hati mendengarkan kata-kata itu. Tubuh Husna ditarik ke dalam dakapan.

   Please.. give me a baby, abang?” pinta Husna sewaktu dia lemas dalam pelukan sang suami.

    Zarief renggangkan pelukan. Matanya memandang anak mata Husna.

   “Janji dengan abang.. jaga kesihatan Una kalau Una mengandung lagi?” Dan kata-kata itu buat Husna tersenyum lebar.

   “Una janji. Tapi, kalau sesuatu berlaku juga.. abang kena redha. Sebab itu qada’ dan qadarNya..” sahut Husna membalas. Zarief cuma terdiam.

*********************

Firdaus duduk bersantai menghadap wajah Zarief yang ceria. Wajah yang sekarang nampak makin berseri-seri berbanding dua bulan yang lalu.

   How’s life?” soal Firdaus penuh makna.

   “Bahagia..”

   “Sebab?”

   “Aku nak jadi walid lagi..”

   “Hah.. tahu pun. Yang dulu kau asyik elak aje, kenapa?”

   “Traumalah, bro!”

   “Trauma tak ingat dunia!” cemuh Firdaus. Zarief sengih.

   “Sayang bini..”

   “Aku pun sayang Lissa, tapi tak adalah nak sekat dia mengandung. Siap minta lepas yang dalam perut tu lahir, aku nak lagi sorang. Sorang dan sorang dan sorang..”

   “Amboi!! Ingat ni kilang cetak anak ke?” Suara seseorang menyampuk. Firdaus berpaling.

   “Eh, sayang??” Si suami sudah berlari mendapatkan Merlissa yang sarat lapan bulan. Dulang yang berada di tangan Merlissa dicapai.

   “Kan abang dah pesan, panggil abang aje kalau nak suruh bawa apa-apa?” marah Firdaus geram. Merlissa ketawa lepas.

   Zarief yang duduk tidak jauh dah mula nak menyakat.

   “Aku pun sayang bini juga. Tapi, tak adalah kalut macam kau pula yang mengandung..”

   Saat itu, terus Husna pula yang muncul di sisi Merlissa. Seketika, matanya terjojol luas.

   “Allahuakhbar, Nabilah Husna!” jerit Zarief mula berlari anak. Tubuh Husna diterpa.

   Merlissa dan Firdaus dah kalih pandang. Seketika, mereka turut melopong. Dalam dukungan Husna, jelas si Rania dan Aufa yang didukung. Kiri dan kanan.

   “Una ni kenapa? Lupa ke awak tu mengandung?” Zarief pula yang cemas. Zarief turunkan Rania lalu Rania berlari mendapatkan Firdaus. Aufa di dalam dukungan isteri pula dicapai.

   “Alah.. tak berat mana pun.” Mudah jawapan Husna.

   “Una dah janji kan? Nak jaga diri Una untuk abang. Kandungan baru usia enam minggu, sayang. Kalau jadi apa-apa macam mana? Awal-awal ni, kandungan sensitif sikit,” bebel Zarief. Husna dah buat muka comel.

   Merlissa dan Firdaus sudah mula menjauh. Memberi ruang buat suami isteri itu.

   “Selalu degil tak nak dengar cakap abang..” rajuk Zarief. Husna dah menjerit.

   “Mana ada. Una dengar cakap abang tau..”

   “Bilanya?” Zarief soal tak puas hati.

   “Una berhenti kerja tu. Jaga Aufa, jaga abang dekat rumah. Tak dengar kata ke tu?” bidas Husna buat Zarief terngadah. Okey, Zarief mengalah!

****************

Sebulan setengah berlalu..

Gamat suasana banglo tiga tingkat milik keluarga Merlissa. Semua berkumpul. Muzammil dan Fakhirah. Zarief dan keluarga. Datuk Musa dan isterinya, siapa lagi kalau bukan Datin Aisyah?

   Datuk Syed Abbas dan Datin Sharifah Munirah pun ada. Bukan ada kenduri-kendara pun. Tapi.. apa lagi kalau bukan nak menjengah insan baru yang menjengah dunia ini. Syed Adzfal Fahimi.. bayi yang berusia tujuh hari itu sedang nyenyak tidur di sisi Merlissa.

   “Aufa.. Nia, pergi main dekat luar ya, sayang? Baby nak tidur tu..” laung Husna yang santai duduk di sofa. Manakala, Zarief pula dengan selamba melabuhkan kepala pada paha si isteri. Minta dimanjakan.

   Semenjak usia kandungan Husna mencecah hampir tiga bulan, perangai manja Zarief semakin menjadi-jadi. Alhamdulillah.. sejak tiga bulan ini, kesihatan Husna masih dibawah lindungan Allah S.W.T. Itu pun berkat jagaan encik suamilah.

   “Sayang.. abang rasa peninglah. Picitkan, boleh?” pinta Zarief sedikit merengek-rengek. Muzammil yang berada tidak jauh sudah tersenyum lucu.

   “Hailah.. untungnya kalau boleh dimanjakan..” perli Muzammil sengaja. Husna sudah merah muka.

   “Peninglah, Abang Mil..” sahut Zarief lemau. Husna tarik sengih. Tangan mula menari-nari di dahi si suami.

   Mungkin lega dengan penangan urutan si isteri, Zarief sudah mula lena.

   “Dah tidur ke Milya tu?” soal Husna merujuk pada anak Muzammil dan Fakhirah. Muzammil angguk saja.

   “Sayang.. bawakan Milya ke atas dulu..” arah Muzammil pada Fakhirah yang baru tiba.

   “Tak naik sekali?” ajak Fakhirah.

   “Mahu tak naik. Tapi, kejap lagilah. Tu, nak pergi main dengan dua orang anak buah kesayangan kejap. Tunggu abang dekat atas ya?” Muzammil kenyit mata. Saat dia melalui kawasan Merlissa beradu di sisi si kecil. Hati mula terasa geram melihat wajah tembam milik Adzfal.

   “Nyenyaknya dia tidur..” omel Muzammil. Pipi Adzfal dicuit-cuit.

   “Abang Mil bila lagi nak tambah seorang?” soal Firdaus menyakat.

   “Tunggu dululah.. dah tua-tua ni, penat sikit nak buat anak..” Dan Muzammil terus ketawa lantang. Firdaus menggeleng.

   Tua apanya kalau umur baru 33 tahun? Sengaja aje Abang Mil dia ni. Merlissa di sisi turut tumpang senyum.

   “Lissa tunggu anak buah baru ni. Made by Muzammil Hakim..” sakat Merlissa turut menambah perisa. Muzammil jegilkan biji mata.

   “Nanti tanya Kak Kyra awak tu bila nak, abang on aje..”

   “Eee.. tak senonoh!!” jerit Merlissa. Mungkin kuat sangat ton Merlissa, si Adzfal sudah mula merengek-rengek halus.

   “Ah.. abang Mil tak buat. Suara Lissa yang macam langsuir..” Muzammil angkat tangan awal-awal. Sesaat, tubuh itu sudah mula berlalu mendapatkan kedua-dua puteri kecil yang lincah bermain di luar sana.

   “Abang rasa dia lapar ni, sayang..” Firdaus sudah mula mencapai Adzfal. Merlissa bangkit perlahan-lahan.

    Baru dia nak selakkan sedikit bajunya untuk menyusukan Adzfal, Firdaus dah melarang. Bajunya ditarik kembali oleh suaminya ke bawah.

   “Nak buat apa tu?” soal Firdaus. Merlissa blur.

   “Susukan Adzfallah..”

   “Oh.. susukan Adzfal ya? Tu.. tak tengok kiri kanan ke? Zarief dekat sana. Ramai orang tau..” Penuh makna kata-kata Firdaus.

   “Alah.. tak nampaklah..”

   “Kalau nampak??”

   “Yalah-yalah.. temankan Lissa susukan Adzfal dekat atas..” Merlissa bangkit perlahan-lahan. Firdaus senyum.
   “Dengar kata pun isteri abang ni. Apa yang ada dekat Lissa hak abang sorang aje tau..”

   “Berkira..” cebik Merlissa.

   “Berkira tak berkira. Lissa abang punya, okay?” Firdaus dah mula bersikap kebudakan. Mata dikenyitkan sekali. Merlissa ketawa kecil. Dalam hati Merlissa terselit bahagia.

   Tingkah Firdaus menunjukkan suaminya begitu kisahkan dia. Dan tiada apa yang dia mahu lagi dalam dunia ini melainkan saat-saat begini. Terasa keluarganya lengkap. Dari dulu dia yakin.. Syed Adryan Firdauslah pemilik tulang rusuknya. Lantaran itu, peluang kedua memang dibuka untuk lelaki itu.

   Doanya, moga hubungan ini sentiasa dipayungi rahmat Allah S.W.T dah dihujani keberkatanNya.. Amin..
                                                                     TAMAT
  

19 comments:

  1. best la best kak hana ...best sgt , haha ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. thnks ummu.. insyaAllah nnti akak update lg yer? :)

      Delete
  2. as usual mmg best....tp mcm ada something yg kurang lah hana.... - jumay jue

    ReplyDelete
    Replies
    1. ap yg kurg kak jumay? meh habaq mai.. hehe

      Delete
  3. Salam Hana,

    Smlm akak baca via phone je.. so tak smpt letak note kat sini...
    sweet sgt SE ni... at last bahagia milik Fir dan Mer... juga dlm rajuk Rief dgn una krn sayang dan trauma... dpt juga di harungi kehidupan untuk mendpt 2nd baby...

    semoga Hana terus mendpt ilham dlm berkarya....

    hug and kisses
    dr kak itasukri

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Alhamdulillah akak.. hana cuba buat yg terbaik. kalau ade yg blh terima.. syukur.. thnks sudi luangkan mse utk bce.. :)

      Delete
  4. Bestnya cik hana .. B-)

    ReplyDelete
  5. Bestnya, thanks for special entry hana....^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih sudi bce. dan welcome..

      Delete
  6. Terbaik !!! Best tahap asbestos dh nii

    ReplyDelete
  7. dah baca novel ni! best!!! thumbs up kak Hana!!!! <3

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks syg sudi beli. Alhamdulillah.. thnks jugak sudi bce SE ni.. :)

      Delete
  8. Best.. Sekali baca terus terpaut dlm hati. nk baca lagi hehe

    ReplyDelete
  9. Ohh my.. Sweet sangat :').
    Ada lagi part yg sebelumnya tak? Part masa lissa & firdaus ada konflik? Dah usya tapi tak jumpa. Heee.

    ReplyDelete
  10. Best2..teruskan lagi..chaiyok!

    ReplyDelete