PeNgiKuT sEtiA..

Friday, March 8, 2013

Misi Mencari 'Cik Ikhlas' (Cerpen) Part 2



Amir memandang pakaian yang tersarung di tubuhnya. Biar betul si Mizal ni. Nak menjatuhkan maruah aku ke apa? Hish!
   “ Mizal, awak nak suruh saya pakai baju macam ni keluar pergi makan? Awak ni dah gila kea pa, Mizal?” soal Amir kurang senang. Mizal sengih lagi.
   “ Bos.. kalau kita nak tahu seeorang tu ikhlas tak dengan kita, kita perlu jadi susah dulu. Kalau dia sanggup ada dengan kita bila kita susah, jadi bila senang memang confirm-confirm dia ada juga, bos. Nama pun senang kan? Yang payah kita nak cari, pendamping bila kita susah. Jadi.. saya suruh bos pakai macam ni supaya orang tak tahu bos ni anak orang kenamaan, CEO Zirqam Holding. Faham tak, bos?” soal Mizal meleret.
   Kalau bos tak faham, meh saya nak ketuk kepala bos dengan sepatu saya ni kasi otak bos cepat berfungsi sikit. Sambung Mizal dalam hati. Kalau diluahkan, mahu dipenggal kepala aku hidup-hidup. Urghh.. seram!
   “ Tapi.. Mizal. Cuba awak tengok pakaian saya ni. Buruk benar.” Amir masih tidak puas hati. Mizal segera meneliti pakaian yang tersarung di tubuh Amir. Sehelai jeans lusuh yang sedikit koyak di hujung kaki dan t-shirt yang besar menggelebeh. Okey apa? Detik hati Mizal. Amir mula geram melihat wajah selamba Mizal.
   “ Bos, jangan banyak soallah. Kita sedang dalam misi ni. Kalau nak cari Cik ikhlas, berkorbanlah sikit. Bukannya selamanya bos kena pakai macam ni. Bila kita di luar misi, bos pakailah smart-smart macam biasa. Kali ni je, berkorban sikit ye bos?” sela Mizal memberi peringatan. Amir mendengus kuat.
   Yelah-yelah. Kalau idea awak tak jalan, memang siap awak saya kerjakan.” Geram Amir mula surut mendengarkan kata-kata Mizal. Mizal angkat ibu jari.

Amir berjalan lambat-lambat di hujung kaki lima yang terdapat di sekitar Seksyen 7 itu. Malu suah dicakap. Hampir semua yang memandang dia mencemik sinis. Ingatkan takat itu saja Mizal merias dirinya. Alih-alih, tahi lalat besar ni juga ditempeknya sekali kat muka aku. Huh, dah hilang macho dah. Amir.. apa kau buat ni?? Detik hati Amir tercebik-cebik.
   “ Hye..” Amir menegur seorang gadis yang berjalan di sebelahnya. Pesanan Mizal masih utuh di telinganya. ‘ Nanti bos cuba usha mana-mana gadus yang lalu-lalang, kalau ada respons baik.. tu mungkin Cik ikhlas bos. Tapi, jangan melulu sangat buat keputusan. Misi kita masih panjang’
   Seketika, gadis yang ditegur itu mencemik sinis.  Wajahnya penuh meluat melihat Amir. Amir rasa tergugat. Heh, aku bukan main handsome. Dia boleh buat muka meluat macam tu.
   “ Adik manis nama apa?” soal Amir yang sudah lupa dirinya sebenar. Gadis tadi mencebik lagi. Wajahnya pula nampak ketat sahaja.
   “ Nama saya TLBL, abang.” balas gadis manis tadi sinis. Amir terkejut. TLBL? What was that?
   “ TLBL?” soal Amir bingung. Gadis itu senyum sinis.
   “ Tahi Lalat Besar Lori, bang. Tu, kat muka abang tu. Besar sungguh ye? Dah nak sama dengan penumbuk saya dah ni hah.” Ejek gadis itu lalu ketawa lucu. Amir segera meraba wajahnya. Ah, macam mana dia boleh lupa dia bukan lagi Amir yang menjadi kegilaan ramai. Wajahnya memerah menahan malu. Mizal dari hujung sana sudah gelak tergolek. Amir ketap gigi.
   “ Oh, handsome kan saya? Mama saya selalu cakap tahi lalat ni menambahkan kekacakan saya.” Amir membalas bodoh. Gadis tadi sudah mula rasa loya.
   “ Ha’ah, kacak. Memang kacak. Kalah monyet jiran saya. Cik abang ni jenis tak sedar diri ke? Kalau dah muka tak kacak macam tu, eloklah diri tu sedar taraf kat mana ye? Takkanlah ada hati nak mengurat saya yang lawa ni.” Mulut peda gadis itu sinis menyindirnya. Seketika, Amir rasa panas membakar. Baru dia nak buka mulut malawan, segera pesanan seterusnya daripada Mizal menerjah minda.
   ‘ Kalau dia caci bos, tu maknanya dia tak ikhlas. Dan bos jangan nak melenting. Nanti, kantoi!’ Amir akhirnya tersenyum manis cuma. Cuba untuk tersenyum walhal hati dah kayak rabak dah ni.
   “ Okeylah, saya kena pergi ni. Oh, lupa nak pesan. Cik abang tu tolonglah balik cermin-cerminkan diri tu nanti. Bye.” sela gadis itu membalas lagi. Amir tersenyum dalam ketapan gigi. Eee.. aku makan juga karang minah perasan bagus ni!
   “ Mizal!” Amir menerpa ke arah Mizal yang dah terkekek-kekek ketawa.
   “ Bos.. bos tahu tak kesian sangat muka bos waktu tu. Hee.. tak pernah saya tengok bos kena reject. Kasihan.” Mizal bersuara dalam sisa tawanya. Amir tersenyum sinis.
   “ Haa.. gelaklah sampai lebam. Ni semua idea gila awak nilah.” marah Amir geram Mizal terus berhenti ketawa. Gulp!
   “ Maaf, bos. Tapi kan.. muka bos memang lawak sangat tadi. Handsome juga bos dengan tahi lalat besar ni.” usik mizal sambil menguis-nguiS tahi lalat palsu Amir. Amir mendengus.
   “ Okey-okey, saya dah tak gelak dah. Jom, kita pergi ke port seterusnya. Kat sini nampaknya tak ada calon ‘Cik Ikhlas’ bos.” ujar Mizal dan Amir tercengang. Hah, ada lagi ke? Adoiyai..

2 comments:

  1. haha.. xblh belah btl laa dgn TLBL.. skit prut sy ketawa..haha

    ReplyDelete