PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Suami Tak Dirancang Bab 3


BAB 3
Dinzly terlopong. Berita yang didengari tadi benar-benar membuatkan pembuluh darahnya terhenti. Kepalanya digeleng-gelengkan laju tanda tidak percaya. Dia pandang wajah Darwisya yang masih berdrama air mata itu. Sesekali, matanya dialihkan pula pada seorang wanita berusia lewat 20-an itu.
   Are you sure, Fiona?” soal Datin Ameldy. Dr. Fiona mengangguk yakin. Tangannya diselukkan ke dalam poket jubah putih. Dinzly sudah tersandar pada dinding. Apa maksud semua ni?
   “ Anak saya tak mengandung?” soal Datin Ameldy lagi. Datuk Dirly sudah naik angin. Terus dia menerjah sesusuk tubuh yang nampak kusut itu. Leher anak muda itu dicengkam kemas.
   “ Kau dengar tu? Mana lagi kau nak lari? Cara apa lagi kau nak sorokkan perbuatan keji kau tu?” herdik Datuk Dirly marah.Diznly masih lagi bingung. Dia hanya membiarkan tubuhnya dikasari.
   “ Daddy.. jangan buat macam ni.” halang Darwisya yang sudah mula masuk campur. Kalau boleh, dia tak naklah ada adegan tumbuk-menumbuk kejap lagi. Dia menghadang tubuh Dinzly sehabis daya.
   “ Doktor, apa keputusan  yang doktor dapat tadi? Boleh terangkan lebih jelas?” Gontai suara Dinzly kedengaran.
   “ Mengikut hasil pemeriksaan tadi, saya dah buat ujian kehamilan terhadap Darwisya. Dan keputusannya negatif. Selain itu, kami dapati ada kesan-kesan pergelutan juga di sekitar badannya tanda ada orang cuba untuk memperkosanya. Maaf.. saya terpaksa juga berterus-terang.” Wajah Dr. Fiona memerah. Diznly kerut kening.
   “ Kenapa, doktor?” soal dia lagi. Datuk Dirly hanya menjeling tajam. Sedangkan Darwisya sudah setia ditemani Datin Ameldy.
   “ Err.. kami terjumpa kesan air mani di hujung blaus yang dipakai oleh Cik Darwisya ketika kejadian.” Agak keberatan Dr. Fiona hendak menjelaskan. Terlongo Diznly dibuatnya. Nonsense!! Jerit batinnya. Rambut diraup kasar.
   Tiba-tiba dia dapat tebak satu motif di sebalik semua ini. Pantas dia meluru pada Darwisya.
   “ Kau upah doktor ni, kan? Baik kau cakap betul-betul. Macam mana kesan air.. air.. ah! Air tu boleh ada sedangkan aku tak pernah pun rasa apa-apa waktu tu. Kau jangan nak menipu. Kau upah dia kan??” tengking Dinzly naik angin sambil menggoncang kuat lengan si gadis. Dr. Fiona yang mendengar terus telan liur. Erk!
   Darwisya merentap lengannya. Dia menentang pandangan mata berwarna hazel milik Dinzly. Wah, handsomenya. Amboi.. sempat lagi tu??
   “ Apa lagi muslihat kau, hah???” Melihat Darwisya hanya diam. Dia menengking kembali.
   “ Eh.. ka..” Tak sempat Darwisya nak menyambung kata, kedengaran suara Dr. Fiona mencelah cemas.
   “ Maaf Datin, Datuk.. saya nak kena rawat pesakit lain pula. Lagipun, rasanya tak manis kalau saya dengar perbualan sulit ni. Saya minta diri dululah.” ujar Dr. Fiona meminta diri. Nadanya kedengaran agak kalut. Diznly mula dapat rasa ada satu aura aneh di sebalik pertuturan itu.
   “ Eh, kau jangan nak keluar!!” marah dia beralih pada Dr. Fiona pula. Tersentak wanita itu. Langkahnya mati di muka pintu. Datuk Dirly merapati susuk tubuh tegap Dinzly.
   “ Kau jangan nak memalukan aku kat sini. Dah jelas sekarang ni, kau tak boleh nak elak. Kalau kau berdalih macam mana sekalipun, kenyataan dah terbentang.” herdik Datuk Dirly. “ Doc.. you may go now.” arah dia pula. Tanpa menunggu lama, Dr. Fiona segera angkat kaki. Diznly hanya mampu ketap bibir. Berdetak-detuk bunyi giginya berlaga.
   Oh my god!!” Dinzly mengamuk. Dinding di bilik itu ditumbuk kuat. Darwisya perasan ada kesan merah melekat pada dinding itu. Darah!
   Entak dirasuk apa, dia melangkah laju pada susuk tubuh yang nampak hilang pertimbangan itu. Terus tangan sasa itu dicapai spontan. Datin Ameldy dan suami yang melihat kerut kening.
    “ Kau buat apa ni??” marah dia pula sambil menilik tangan Dinzly yang mengalirkan darah pekat. Eh, dah terbalik nampak? Sepatutnya aku yang marah dia, yang dia sibuk-sibuk nak marah aku apa hal pula? Detik hati Dinzly.
   “ Semua ni kau punya pasal. Kau jangan nak pura-pura baiklah.” Dinzly merentap tangannya. Darwisya hanya mampu tahan hati. Orang nak buat baik, jual mahal pula si mamat ni. Bebel hati Darwisya.
   “ Wisya.. daddy dan mummy betul-betul tak faham sekarang ni. Orang lain kalau hampir kena rogol, memang confirm nampak benci kat lelaki tu. Tapi, kamu lain pula. Are you hiding something from us?” tebak Datuk Dirly mula sangsi. Darwisya mula telan liur. Eh, lupa pula!
   “ Mummy.. Wisya tak bohong. You all sendiri dengar apa yang doktor cakap tadi kan? Apa lagi ni??” Dia berpura-pura tertekan. Masing-masing diam. Dinzly sudah mula ambil tempat di satu sofa kecil yang berada di dalam bilik itu. Kepalanya benar-benar berserabut tika ini. Ikutkan hati, memang dah hancur lumat dia kerjakan si minah gila ni.
   “ Okey.. so what we should do now??” soal Datin Ameldy. Dia bimbang kalau rahsia ini sampai ke pengetahuan media massa. Habislah jatuh nama keluarganya yang agak tersohor ini.
   Darwisya tiba-tiba jatuh melutut tepat di kaki Datin Ameldy. Datin Ameldy terperanjat.
   “ Mummy.. demi masa depan Wisya. Kahwinkan Wisya dengan lelaki ni.” pinta Darwisya agak tergesa-gesa. Langsung tak memikirkan tanda tanya yang bakal menyesakkan minda orang tuanya itu.
   What?? Nak kahwin dengan lelaki yang hampir rogol kamu sendiri? Stupid!!” jerkah Datuk Dirly marah sehingga terkeluar juga perkataan keramat itu. Dinzly sudah bercekak pinggang. Hei, aku tak pernah rogol dialah!!
   No! Never.” Dinzly juga turut mencelah.
   “ Mummy, daddy.. cuba fikir siapa lagi yang hendakkan Wisya bila tahu Wisya hampir dirogol?? Demi maruah Wisya, Wisya nak dia bertanggungjawab.” tegas Darwisya merepek.
   “ Hei, kalau betul pun aku hampir rogol kau. Tu semua belum terjadi. Kau faham tak perkataan ‘hampir’?? Jadi, tak perlu timbul isu bertanggungjawab bagai ini.” Dinzly mara setapak.
   “ Daddy.. see. Dia sendiri dah mengaku yang dia memang ada niat nak rogol Wisya.” Perangkap sudah mengena. Aduh, terlajak kata masakan boleh direverse. Dinzly tepuk dahinya laju.
   “ Hei, perempuan gila. Pandai betul kau putar-belitkan cerita ye?? Apa kata kau pergi cari balik Ai..” Tak sempat dia nak sebut sebaris nama itu, Datul Dirly dah bertempik sakan.
   Enough! Daddy dah buat keputusan. Kamu berdua akan dikahwinkan. Demi maruah kamu, nama baik keluarga kita dan juga demi kebaikan bersama. Kamu pula, Dinzly. Kalau kamu menolak, saya akan saman kamu dan berita ini akan sampai pada pengetahuan parents kamu. Kamu pilih. Nak selesaikan secara damai atau nak saya bawa ke muka pengadilan??” sembur Datuk Dirly bosan. Terlongo luas mulut Dinzly. Ah, main ugut-ugut pula??
   Tak! Ibu tak boleh tahu. Nanti boleh pengsan ibu dibuatnya. Walaupun berita ini palsu, sudah tentu ianya akan memeranjatkan ibu. Ah, rumit. Perlu ke aku berkorban? Tak nampak bodoh ke kalau aku ikut saja telunjuk si minah gila ni?? Runsing-runsing!!
   Darwisya sudah tersenyum kemenangan. Wajah kelat Dinzly meyakinkan yang lelaki itu tak ada pilihan lain lagi. Ah, berjaya juga lakonan Fiona. Fiona, sahabat yang diupah untuk menjayakan misi ini.
   Lagipun, Fiona itu adalah antara kawan rapatnya juga. Cuma, keluarganya sahaja tidak mengenali Fioan kerana Fiona sebelum ini menetap di Melbourne. Mujur juga sahabatnya itu pulang bercuti ke Malaysia.
   Dinzly raup wajahnya. Jelas dia memang tertekan. Tuhan, tunjukkan jalan pada hambaMU ini. Desis hatinya buntu. Satu-persatu wajah yang mendatangkan masalah dalam hidupnya diperhati sebelum wajah Darwisya menyapa mata. Akhirnya, terhela satu dengusan kasar dari bibir itu.

No comments:

Post a Comment