PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Khilafku Padamu Sinopsis


Sinopsis ‘Khilafku Padamu’ (Novel)
Oleh : Hana Efryna

Perjalanan hidup Merlissa Umairah terhenti. Terus gelap tanpa cahaya disebabkan satu insiden yang benar-benar merenggut pergi maruah dirinya. Mahkotanya ibarat terhempas ke lantai lalu dipijak-pijak dengan kejam oleh seorang insan bergelar lelaki.

   “ Mungkin kau dah lupa apa yang kau dah buat pada Nadzril, kawan aku. Tapi.. sampai mati aku akan tetap anggap kau punca kematian dia. Puas kau sekarang? Puas dengan title seorang ‘playgirl berjaya’?? ~ Syed Adryan Firdaus

Terpempan seketika mendengar tuduhan itu. Hampir tubuh tinggi lampai itu rebah menyembah bumi. Dia? Dituduh menyebabkan kematian seseorang? Allah!!

   “ Apa maksud awak, Fir? Saya sebabkan kematian Nadz? Awak dah gila ke lemparkan tuduhan berat macam tu? Tak, tak mungkin!” ~ Merlissa Umairah

Kehadiran Syed Adryan Firdaus merenggut mahkotanya. Hadirnya lelaki itu setelah hampir lima tahun berlalu hanya untuk membalas dendam demi kematian sahabat baiknya. Maruah diri, mahkota yang satu-satunya dia punyai direnggut kejam sebelum dirinya terlontar ke satu lagi lembah penuh duka. Dirinya diikat dengan lafaz ijab dan qabul tanpa sekelumit cinta di hati lelaki itu. keterpaksaan memaksa Merlissa Umairah merelakan perkahwinan yang tidak dipinta. Bimbang ada benih haram yang bertandang.

   Aku belum puas buat kau menderita. Jadi, kau jangan ingat perkahwinan ini untuk menutup aib. Kalau kau berani buka mulut tentang apa yang aku dah buat, kau akan menyesal” ~ Syed Adryan Firdaus.

Ugutan keras melumpuhkan mulut untuk berbicara. Antara paksa dan rela, paksa kerana terpaksa menerima seorang lelaki yang jelas hendak menjahanamkan hidupnya dan rela demi menutup aib yang mungkin kunjung tiba. Ah, diri ini menyesal akan sikap dahulu. Padahnya suka mempermainkan perasaan kaum Adam.

   Buatlah apa awak suka. Saya redha, Fir.”~ Merlissa Umaiarah.

Dendam Syed Adryan Firdaus tidak bertahan lama. Puas diseksa tubuh itu, dimaki diri itu.. akhirnya hadir satu perasaan mengetuk hati. Indah persaan itu melenyapkan rasa dendam yang dulu bermaharajalela. Namun.. hati terluka si isteri mampukah diubati? Sedangkan dialah insan yang telah meragut mahkota wanita itu sebelum waktu halalnya. Mungkinkah masih ada ruang kemaafan buat dirinya yang khilaf menghukumi insan lemah itu? Dapatkah Merlissa Umairah melupakan kenangan hitam itu? Sesungguhnya hanya Allah S.W.T yang mampu mengubah segalanya.

4 comments:

  1. sblm baca.. siap2 tisu sekotak.. he3..

    ReplyDelete
  2. Salam,macam ne saya nak dapatkan novel ni, sebab saya cari dekat MPH Putrajaya stok habis, macam ner nak dapatkan on9...

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum akak apa tajuk novel ni sebenarnya? Kenapa sya cri kat internet x jmpa pon.. And macam mana saya nak beli novel ni ye akak?. Please bg respon

    ReplyDelete