PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, August 20, 2016

PRE-ORDER 'BIAR HATI MENCINTAI'


Jumlah Cetakan : 800 naskhah

Ready Stock : SEPT 2016

Price : RM36 SM/RM43 SS


HIGHLIGHT : PM FB (HANA EFRIENA)/TINGGALKAN KOMEN UNTUK ORDER.




SINOPSIS
BIAR HATI MENCINTAI

OLEH: HANA (HE)

Gara-gara harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah Datuk Haslan, maka tercetusnya perang di antara dua beradik itu. Dhaif Muhaz yang menjadi kepercayaan Datuk Haslan berbanding dengan abang tirinya, Rio Haqil. Meskipun kehidupan Dhaif agak sosial, namun lelaki itu lebih komited dalam menguruskan Warisan HH Properties.

Terlucutnya nama Rio sebagai pewaris utama wasiat itu menyebabkan lelaki itu mula berang. Lantas strategi diatur agar harta pusaka itu dapat dipindah milik ke atas namanya kembali. Bagi Rio, dialah pewaris yang paling berhak kerana Dhaif dan Dhaihani cuma sekadar anak yang dipungut oleh daddynya sebelas tahun yang lalu.

You’ve messed with a wrong person, Dhai. – Rio Haqil

Dhaif tersenyum sinis. Bencinya pada keturunan Datuk Haslan menjadikan dia seorang lelaki yang terlalu tamak.

Dua perkara yang aku langsung tak takut dalam dunia ni. Pertama, mati. Kedua, kau! – Dhaif Muhaz

Berbagai cara yang Rio lakukan semata-mata untuk memaksa Dhaif menandatangani pertukaran wasiat itu, namun ternyata semuanya gagal.

Kata orang.. jika sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan, ternyata itulah perkara yang paling rumit. Lantas selama Rio mengenali Dhaif, kelemahan lelaki itu cuma satu. PEREMPUAN!

Kau perlukan duit, kan? Jadi aku nak kau tawan hati dia dan dapatkan tandatangannya pada wasiat itu. – Rio Haqil

Si gadis terhenyak. Keadaan membuatkan dia menjadi manusia yang tak berhati perut. Lalu misi itu disahut berani olehnya. Mengenali perangai si Dhaif, pasti ada senyum yang melatari bibir. Dhaif yang suka menyakat. Dhaif yang kadang-kala nampak begitu melindungi dirinya.

Namun, masih samakah layanan Dhaif padanya setelah dia sendiri yang menyebabkan lelaki itu jatuh miskin dalam sekelip mata?

Why have you betrayed me, Thifa? – Dhaif Muhaz

Kerana Nathifa Mumtaz, Dhaif hilang segala-galanya. Jika saat ini harta yang menjadi pertukaran, dia lebih rela melepaskannya pada Rio. Asalkan dia tidak perlu menerima hakikat bahawa kehadiran Nathifa dalam hidupnya selama ini hanya sekadar sebuah lakonan. Ah, perit!

Jangan pernah tunjukkan muka kau depan aku lagi, perempuan. Sebab aku takkan lepaskan kau dengan selamat untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya mungkin aku patut kelar muka kau yang cantik tu kan? Jadi aku bagi kau peluang. Larilah selagi kau masih mampu. – Dhaif Muhaz

Ugutan Dhaif menyebabkan Nathifa terpaksa akur. Dhaif membenci dan dia perlu menghadap kebencian itu buat seumur hidupnya.
Duhai bayu,
Sampaikan pada si dia yang jauh di mataku,
Bahawa aku sedang sarat menanggung rindu.

Ternyata pengkhianatan itu terlalu berat hukumannya. Hampir bertahun mereka berpisah, akan adakah pertemuan kali kedua di antara Dhaif dan Nathifa? Sesungguhnya takdir itu milik Allah S.W.T.





P/S : Hana tidak aktif di blog dah. Kebanyakan update dibuat di dalam group closed FB. Nak baca? Sila request dkt FB.

NAMA GROUP : HANA EFRYNA'S NOVEL & CERPEN





3 comments:

  1. Kak, klau saya nak novel ni mcm mne eah??

    ReplyDelete
    Replies
    1. email sye/pm fb sye (HANA EFRIENA)

      Email : he_dynamic@yahoo.com.my

      Delete
  2. Hi salam juga lawat blog sya ya kat https://ceritaberemosi.blogspot.my/

    ReplyDelete