Assalamualaikum, sukacitanya Hana nak maklumkan Hana ada terbitkan novel ke 7. Kali ketiga Hana terbitkan under nama sendiri, He Dynamic.
Kuota hanya 1k dan sekarang cetakan pertama dh nak habis terjual. Hanya tggl beberapa puluh buah je lagi. Untuk pengetahuan anda2 semua, dalam kompilasi ni ada cerpen di sini yg Hana sambung habis iaitu SUAMI UNTUK DICINTAI.
Price :
RM32, (SM), RM39 (SS)
PeNgiKuT sEtiA..
Thursday, September 10, 2015
Sunday, June 21, 2015
Monday, February 2, 2015
ORDER 'DAN KERANA CINTA' SUDAH DIBUKA.
LIMITED EDITION (STOK TERHAD)
KAPTEN NAFIZ NASIR (JAJC)
P/S : Assalamualaikum.. sempena thn 2015, projek Hana bersama Nafiz and Hash dah selamat berada di tangan pembaca. Stok sgt2 terhad. Sesiapa yang berminat, boleh ke Facebook Hana (HANA EFRIENA) utk tempahan. Dekt situ, Hana akan trgkan cara2 pembelian. Novel LIMITED EDITION ini adalah terbitan Hana sendiri dan tidak masuk ke mana2 kedai buku.
Dalam Limited Edition DAN KERANA CINTA, ada 2 kisah cinta yang berbeza ditulis oleh dua penulis yang berbeza. Dijelaskan, JIKA AKU JATUH CINTA (JAJC).. Hana gunakan real hero dan gmbr sebenar iaitu NAFIZ NASIR sebagai latar untuk melakar watak hero. Namun, cerita adalah rekaan semata-mata. TQ..
JIKA AKU JATUH CINTA - HANA EFRIENA & NAFIZ NASIR
KU PASRAHKAN HATIKU - HASH AULIAA
RM 24 + RM6 (POSTAGE) = RM 30 (SM)
RM 27 + RM10 (POSTAGE) = RM37 (SS)
Sedikit sedutan JIKA AKU JATUH CINTA - HANA EFRIENA & NAFIZ NASIR
***************************
“Kalau saya kahwin
dengan awak, saya dapat apa?” Soalan yang langsung Kayla tak jangka bakal
terluah dari bibir sendiri.
“Dapat anak.” Laju
saja Nafiz menjawab.
Kayla dah tak
tertelan liur rasanya. Niat nak kenakan Nafiz, alih dia yang terkena balik. Tak
adil sungguh!
“Janganlah
main-main.” Malu sungguh Kayla dengan usikan Nafiz.
“Mana ada I
main-main. Betullah I cakap. Kalau you kahwin dengan I, sah-sah kita akan dapat
anak. You cuma perlu cakap aje, berapa ramai yang you nak? Insya-Allah I mampu.
Tolong I tambahkan umat Nabi Muhammad. Boleh kan?” Nafiz masih tak henti nak
mengusik. Kayla dah rasa kebas kedua-dua belah pipi.
“Kapten Nafizzz..”
Suara geram mula terbit dari bibir Kayla.
Sedikit sedutan KU PASRAHKAN HATIKU - HASH AULIAA
***************************
Buat apa dekat sini sorang-sorang?” Suara Naj
Ilham betul-betul berada dekat di cuping telinganya hingga buat Alish
menggeliat kegeliaan. Dia memang pantang bila tempat itu dicuit. Sensitif!
“Masak,” perli Alish selamba. Dia membiarkan
tubuhnya dipeluk daripada belakang. Boleh tak, kalau dia cakap yang dia juga
rindukan belaian itu, namun hati dia menafikan.
“Masak apa tengah-tengah koridor macam ni?
Dapurnya mana? Kuali?” Tubuh isteri dia belek menghadapnya. Kedua-dua belah
lengan ditongkat di atas bahu Alish, sambil dia menundukkan sedikit wajah.
Amboi, mentang-mentanglah dia tu tinggi, apa
dia ingat bahu aku tempat lengan dia berehat ke apa?
“Ni perli secara ‘sopan’ ke apa?” Lengan
yang selesa mendarat itu, dia cubit geram. Seraya itu, Naj Ilham gelak kuat
apabila melihat wajah mencuka isterinya itu.
SEKIAN..
Tuesday, November 11, 2014
MAIN-MAIN CINTA & JIKA AKU JATUH CINTA (JAJC)
PENGUMUMAN PENTING!
Assalamualaikum pengunjung blog yang hana sayangi, maaf sebab dah lama xupdate blog. Hana busy sejak masuk DEGREE ni, Tak sempat nk smbung cerita. Tapi, sedang cuba utk siapkan cerita2 yg tertangguh. Sebenarnya ada dua berita yang hana nak khabarkan di sini.
PERTAMA.. hana dah terbit novel KETIGA under IDEA KREATIF PUBLICATION. Novel ketiga Hana bertajuk MAIN-MAIN CINTA.
SINOPSIS :
Mulanya, sekadar main-main. Lama-lama, hati terasa lain. Memenuhi permintaan seorang sahabat untuk menundukkan player terhebat, akhirnya Shazia Thahirah terjerat.
Kata Qalsum Annur, Raed Zayaz a.k.a sepupunya dan juga merangkap bakal pensyarah ganti mereka adalah buaya darat yang harus diajar agar lebih menghargai wanita.
Tapi persoalannya, puas Shazia cari dari mana datang perwatakan buaya darat itu pada Raed Zayaz, namun tidak ditemui. Yang dia nampak hanyalah seorang lelaki Melayu-Arab yang selalu bikin dia hilang punca.
“Dr. Raed nak beli apa?”- Shazia
“Beli hati you, boleh tak macam tu?” – Raed
Mengenali Raed, banyak budi yang lelaki itu hulurkan. Terasa diri dijaga rapi bak puteri. Cumanya, Raed Zayaz itu sangat perahsia orangnya dan penuh kejutan.
“Kan I tak benarkan?” - Raed
“Dr. Raed bukan suami saya. Jadi, Dr. Raed tak ada hak nak arahkan saya macam tu.” - Shazia
“Jadi, beri I hak tu. Boleh kan? I nak jadi suami you. Bukan sebab I nakkan hak tu aje. Tapi, sebab I nak jaga you.”- Raed
“Untuk kali ke-6, I nak lamar you jadi isteri I.” - Raed
Terlalu banyak andaian muncul di benak Shazia. Benarkah apa yang Qalsum khabarkan padanya selama ini? Kalau benar, kenapa dia rasa seperti dia yang sedang dipermainkan?
Bila ditanya, jawapan Qalsum sangat mudah, semuanya kerana sebuah rancangan. Tapi, hati Shazia kata ada sesuatu yang aneh. Apa sebenarnya rancangan Qalsum? Dan benarkah lamarann Raed yang kononnya kali ke-6 itu bukan sekadar mainan?
RM25 (SEMENANJUNG)
RM28 (SABAH/SARAWAK)
_______________________________
KEDUA.. Hana dan penulis Hash Aulia berhajat hendak menerbitkan mini novel LIMITED EDITION bertajuk DAN KERANA CINTA (DKC). InsyaAllah, dalam tahun hadapan mengikut perancangan. Nanti hana update balik. Dalam DKC, kami muatkan dua buah cerita. Untuk cerita Hana, Hana berkongsi idea dengan kawan Hana iaitu, Nafiz Nasir. So, cerita ni relate dgn dia. Tapi, jalan cerita adalah REKAAN SEMATA-MATA.
Dua buah cerita yang Hana maksudkan iaitu :
1. JIKA AKU JATUH CINTA (Kapten Nafiz Nasir) - HANA EFRIENA
2. KU PASRAHKAN HATIKU (Naj Ilham) - HASH AULIA
Sesiapa yg nak ikuti teaser ni, boleh request group fb. Tq.
Wednesday, July 30, 2014
Bab 3-MMC
BAB
3
Kuku tangan kugigit perlahan. Mata diliarkan ke
kanan dan ke kiri. Pintu yang terpampang ‘Bilik Pensyarah 3’ aku pandang dengan
dada yang dah nak meletup sakan.
“Cari
siapa?”
“Oh emak
kau cari abah kau!”Aku termelatah. Hampir saja gerangan empunya suara garau itu
hendak ku hempuk dengan buku tebal di tangan.
Seketika,
kedengaran suara ketawa seseorang. Tawa yang sedap didengar. Dan paling
penting.. tawa yang dah berjaya mengganggu-gugatkan jiwa aku.
Darah
gemuruh mula naik menyerbu ke segenap ruang. Dia?? Ya Allah.. malunya!
“You
melatah, Thahirah?” Dia renung wajah aku dengan bahu yang masih
terhinggut-hinggut menahan tawa.
Aku
senyap. Satu patah kata pun tak bisa keluar dari mulut.
“Cari I?”
Dia ajukan soalan lain pula. Mungkin sebab aku tak membalas soalan pertamanya.
Tawanya juga sudah mula beransur reda.
Aku masih
lagi bagaikan disuntik ubat pelali. Tetap teguh menghalakan pandangan menatap
seraut wajah yang cukup maskulin itu.
“Sekali
lagi, Thahirah. You nampak terkelu bila jumpa I. Teruknya..” Dia senyum
menampakkan dagunya yang terbelah. Gigi pula elok tersusun cantik. Sempurna!
“A.. apa
dia, Dr. Raed?” Aku mula tersedar. Beg sandang yang kugalas ku betul-betulkan
sedikit.
“You cari I
ke?” soal dia lagi. Untuk kali kedua soalan sama itu diajukan.
“Err..
semalam..” Aku jadi serba-salah nak teruskan bicara.
Lagipun,
kalau boleh tak nak ungkit hal semalam sebab salam dia pun aku tak sempat
jawab. Sedar-sedar saja butang merah yang aku tekan.
Lepas tu,
barulah pesanan ringkas daripada dia
yang masuk ke dalam inbox. Mengatakan
hendak berjumpa dengan aku pagi ini. Jadi, patut ke dia tanya aku soalan macam
tu? Dia ni agak pelik juga. Pelik bin ajaib!
“Ohh.. I
lupa I yang text you semalam suruh jumpa
I. Come..” ajak dia selepas tersedar
akan kealpaannya lalu daun pintu dilebarkan sedikit. Aku diam membatu.
Dia..
tolong bukakan pintu untuk aku? Biar benar ni?
“Thahirah..
takkan nak discuss dekat sini?”
Keningnya terangkat sebelah. Aku pandang dia terus.
“Jangan pandang
I macam tu..” tegur dia serius. Tapi, entah kenapa mata aku seakan nampak dia
seperti sedang menahan senyum daripada terukir.
“Huh?”
“Nanti
jantung I tembus..”
“Huh??”
Lebih kuat suara aku kali ni. Dia ketawa.
“Tak ada
apa-apa. Come..” ajak dia lagi. Daun
pintu semakin dilebarkan.
Aku mula
rasa gerun hendak masuk. Apatah lagi bilik itu cuma menempatkan dia dan Mr. Rayden.
Kalau aku masuk, tak timbul fitnah ke? Tiba-tiba otak aku melencong.
“Dr. Raed..
err..” Terketar-ketar aku nak menyoal dia.
“Jangan
bimbang, Mr. Rayden ada sekali..” Seperti bisa menyelami hati aku, dia juihkan
bibir pada Mr. Rayden yang sibuk membelek kertas ujian pelajar.
Pada masa
yang sama, Mr. Rayden juga turut angkat wajah. Mungkin terasa namanya diseru
oleh Raed Zayaz agaknya.
“Hai..
Thahirah..” tegur Mr. Rayden ramah. Siap angkat tangan lagi.
Namun,
sesaat aku nampak wajah Mr. Rayden berubah bila Raed Zayaz aku nampak sedang
memakukan pandangan pada Mr. Rayden.
“Ohh.. hai,
Zia..” Nama lain pula yang Mr. Rayden sebut. Aku buat muka. Apa kena dengan dua
orang ni?
“Hai.. Mr.
Rayden..” Aku balas sapaan Mr. Rayden mesra.
“So.. are you coming in?” soal Raed Zayaz
pada aku pula. Aku jatuhkan kepala perlahan-lahan.
Raed Zayaz
senyum melebar.
“Duduk dulu,
I ada benda nak cakap dengan Mr. Rayden..” Kerusi ditarik untuk aku.
Sumpah, aku
rasa nak pitam waktu ni juga. Ini layanan first
class betul dia bagi pada aku!
Hampir
sepuluh minit aku lihat Raed Zayaz bercakap-cakap dengan Mr. Rayden sebelum
kaki tegap itu melangkah mendapatkan aku.
Sesekali
aku lihat Mr. Rayden melirik pada aku sebelum lelaki cina itu kalihkan matanya
pada Raed pula. Senyuman mengejek pula terhias pada bibir Mr. Rayden. Dan
pastilah senyuman itu untuk tatapan Raed.
“Kenapa
letak waktu I call semalam?” Soalan
lurus dari si dia saat duduk sudah dilabuhkan berdepan dengan aku.
Aku yang
sibuk menelek kuku terus panggung kepala. Tak semena saja terasa bagaikan
disimbah sesuatu pada wajah saat soalan jujur itu meluncur dari bibirnya.
“Terkejut?”
soal dia lagi. Kedua-dua belah tangan Raed sulamkan lalu dia bawa pada
bibirnya. Mata masih galak memerhatikan aku.
“Ada hal
penting ke Dr. Raed nak jumpa saya?” Sengaja nak alih topik kami.
“Hanya
selepas you jawab soalan I..”
“Hah?”
“Thahirah..” Meleret nama aku diserunya. Aku mula rasa tak selesa.
“Just answer my question..” suruh dia
tegas.
“Saya ada
kuliah kejap lagi..”
“Bila I
tanya you dan you tak jawab.. patut tak I gelarkan you pelajar yang no manners?” Tiba-tiba. Suara dia pun dah
berubah sedikit keras. Mungkin geram akan kedegilanku.
Huih..
sentap gila kut ayat Raed Zayaz ni.
No manners? Bukan ke dalam Bahasa Melayu
maksudnya.. tak ada adab? Ohooii.. ini dah mencabar aku nampak gayanya.
“Dr. Raed
dah menceroboh privasi saya..” Aku yang mula tercuit dengan kata-katanya mula
lencong topik kami. Kalau dia boleh hentam aku, aku pun bolehlah.
Dia
herotkan bibir.
“Maksud
you?”
“Dr. Raed
curi nombor telefon saya..” Aku bidas dia balik. Wajah dengan sendiri dah
mencuka.
Paling tak
menahan, aku lupa siapa dia dan siapa pula aku. Ini memang betul-betul tak ada
adab. Ah, ada aku kisah?
“I tak
curi. I minta..” sahut dia tak nak mengalah. Wajahnya berkerut tika menafikan
tuduhanku.
“Tapi..”
Aku nak membidas, namun dia dah bijak pula mematikan kata-kata aku.
“Dan I
minta pada Qalsum, dia yang rela hati bagi pada I. Jadi, patut ke you tuduh
pensyarah you macam tu? Lagi kejam tuduhan you sebab I dapatkan nombor telefon
you untuk I serahkan..”
Bicara dia terhenti. Tangan sasa itu tiba-tiba
menolak beberapa helai nota kepadaku. Aku terkebil-kebil pandang dia.
“You cakap
you tak faham taxation. I dah buatkan
nota untuk you, I harap you tak ada masalah pasal subjek yang I ajar lepas
ni..”
Tak sempat
aku nak proses kata-katanya, aku nampak dia dah bangkit berdiri. Muka dia pun
dah berubah lain macam. Tegang!
“I’m done, Thahirah..” tukas dia serius.
Aku kerutkan kening. Mendongak pandang dia yang sedang mencerun memandang
wajahku.
Dia ni dah
kenapa? Tiba-tiba nak beralih angin. Muka pun dah ketat semacam. Atau.. dia
terasa dengan kata-kataku sebentar tadi?
Ya Allah,
Zia! Apa kau dah buat ni?
Dia sanggup
susah-payah buatkan nota untuk kau sebab penipuan kau tu. Dan kau boleh tuduh
dia macam tu? Sah sangat-sangat sekarang ni.. Raed Zayaz memang sentap dengan
aku. Matilah kali ni!
“Err.. Dr.
Raed..”
“I’m leaving..” pintas dia sekali lagi.
Aku nampak
dia sambar beberapa buah fail di atas meja. Tanda dia sudah bersedia hendak
memulakan kuliahnya yang lain pula pada pagi ini.
Keluhan
lemah terhela daripada bibir aku. Aku bangun perlahan-lahan.
“Saya minta
maaf kalau Dr. Raed terasa dengan kata-kata saya tadi..” Tak adil rasanya kalau
aku tak minta maaf pada dia.
Sudahlah
dia bersusah-payah melayan ‘auta’ aku. Mana ada pensyarah yang begitu ‘baik
hati’ macam Raed Zayaz hendak buatkan nota tangan untuk pelajar sendiri. Kalau
ada pun, tak ramai. Dan dia buat nota itu semata-mata kerana aku.
“Hmm..”
gumam dia sambil berpura-pura menyibukkan diri. Sambar itu, sambar ini.
Macamlah
aku tak tahu dia sedang menunjukkan protes padaku. Tapi, patut ke? Ah.. aku
sendiri dah keliru dengan gelagat dia yang berubah-ubah.
“Saya pergi
dulu. Terima kasih untuk nota ni. Dan maaf..” Aku tuturkan sekali lagi ungkapan
maaf.
Dia buat
tak dengar. Usai saja aku bagi salam, aku atur langkah ke muka pintu.
Tak sedar
bila dia menyaingi langkahku, tiba-tiba terasa ada tangan yang memulas tombol
pintu.
Aku paling
ke belakang. Dia suruh aku keluar dulu dengan isyarat matanya itu. Sebaik saja
pintu ditutup.. dia sudah halakan kaki ke kanan, manakalah aku pula memliih
arah bertentangan kerana tempat kuliah kami yang berbeza.
Baru
beberapa tapak, aku terasa namaku seperti diseru oleh suara garaunya.
“Thahirah..”
“Ya..” Aku
kalih tubuh menghadap dia yang sedang berdiri beberapa tapak daripada aku.
Wajahnya masih sama. Tapi, cuma kali ni lebih kendur. Tidak setegang tadi.
“Jangan
rasa bersalah..”
“Huh?”
“Jangan
rasa bersalah kalau I macam ni. Sebab yang salah bukan you, tapi I..” Siap saja
dia habiskan ayat, aku nampak dia tergesa-gesa pergi meninggalkan aku.
Terkelu
sekejap aku dibuatnya. Sebenarnya.. kenapa dengan seorang Raed Zayaz ni? Aku
jadi pening!
Bab 2-MMC
BAB
2
Termenung panjang aku tika ini. Buku setebal kamus
itu langsung tak menarik perhatian aku. Fikiran aku lebih menerewang pada
insiden semalam.
Insiden di mana aku mengikuti Dr. Raed pulang
ke rumahnya. Bertemu dengan Puan Najjah, ibu Dr. Raed. Memang keputusan berani
mati yang pernah aku buat sepanjang 23 tahun hidup aku di muka bumi ini.
Memanglah
Puan Najjah itu baik orangnya. Tapi, aku tetap rasa bersalah sebab tujuan aku
hadir dalam keluarga kecil itu dengan niat tak elok. Dengan niat nak ‘mengajar’
seorang buaya darat bernama Raed Zayaz.
Padanlah
Raed mempunyai wajah yang cukup tampan. Wanita separuh abad itu juga ternyata
masih anggun. Dan aku yakin.. Raed banyak mewarisi wajah kacukan Arab milik
Puan Najjah.
“Zia..”
Qalsum seru nama aku. Tapi, pandanganku tetap lurus ke hadapan.
“Zia..”
Sekali lagi Qalsum mencuba. Aku toleh ke sisi. Mula perasan nama aku yang
sedang diseru olehnya.
“Kenapa?”
Sepatah Qalsum tanya. Riaknya nampak bimbangkan aku.
Aku hela
nafas panjang. Buku tebal di tangan aku katup lalu ku letak ke tepi. Kepala
yang bersandar pada bantal aku betul-betulkan sedikit.
“Qay..
kalau aku nak tarik diri, boleh tak?” Aku ajukan soalan yang aku pasti akan
menimbulkan kemarahan Qalsum. Tegak duduk Qalsum sambil mata tajam memanah
wajahku.
“Kenapa
pula?” Jelas nadanya tak puas hati. Aku sandarkan badan pada dinding. Kaki kulunjurkan
lalu tangan sendiri aku ramas perlahan. Cuba menenangkan diri.
“Aku dah
jumpa Puan Najjah..”
“Aku
tahu..”
“Dia
baik..”
“Habis tu?”
Qalsum pelik dengan ayat aku gamaknya.
“Aku tak
sampai hati nak buat anak dia macam tu..” Nafas sekali lagi terhela berat.
Qalsum herotkan bibir.
“Boleh tak
kau jangan nak baik hati tak kena tempat?” bidas Qalsum geram. Aku berdecit.
“Aku baik
hati bertempat tahu tak? Dr. Raed bukannya mainkan aku. Apasal kau tak suruh
Nairah aje game dia??”
Buk! Tepat
satu balingan bantal mengenai wajahku.
“Woi..” Aku
mula dah rasa panas hati. Qalsum jeling aku sambil merengus.
“Kau ni
sekali-sekala bebal tu memang tak boleh disorok kan?” Qalsum bagi ayat pedas
berapi.
“Mulut
kau..” Gigi kukacip kuat.
“Dah nama
Nairah tu putus cinta dengan Dr. Raed, sah-sahlah Dr. Raed tak makan umpan dia.
Kalau kau, lainlah. Dia belum test market.
Lagipun aku yakin abang sepupu aku tu tengah tangkap cintan dengan kau. Sayang
kalau kau nak tarik diri, Zia..”
“Kau cakap
apa ni? Celah mana dia tangkap cintan dengan aku pulak?” Aku dah kerutkan
kening.
Qalsum
geleng kepala tanda sebal dengan aku yang mungkin tak tangkap maksud dia.
Tapi..
serius aku tak faham apa Qalsum cakap. Bukan sengaja aku nak buat polos.
“Dia ingat
nama penuh kau, kan?” selar Qalsum tiba-tiba.
Soalan yang
langsung tak sempat ku agak. Aku angguk perlahan. Qalsum senyum melebar.
“Zia..
kalau kau nak tahu..” Qalsum jeda.
“Cakap tu
biar satu nafas aje, Qay. Semput aku nak tunggu..” Dada mula berdebar-debar
dengan lirikan tersirat dan tersurat Qalsum.
“Abang Raed
tak pernah ingat nama penuh stok ‘geli-geli’ dia..”
“Habis tu?”
Aku buat muka berlagak.
“Haish..
ada juga aku ketuk kepala kejap lagi. Lambat pick up!” dengus Qalsum.
“Abang Raed
ingat nama penuh kau kan?”
“Lebih
kuranglah, tapi tak ada dia sebut nama bapak aku sekali..”
“Itu
tandanya dia serius..”
“Hah??”
“Abang Raed
tak pernah ingat nama stok geli-geli dia. Kadang-kadang tertukar-tukar. Kalau
nama penuh, lagilah jauh dari angan..”
“Kau jangan
nak merepek, Qay..” Entah kenapa, aku cuak dengan kata-kata Qalsum.
Gilalah.
Takkan dia nak jadikan aku stok test
market dia juga? Hellooo.. aku ni
student dia kut!
“Aku tak
merepek. Paling aku salute, dia ingat
nama kau tak sampai dua jam. Dia ingat nama kau lepas satu sesi kuliah kita.
Kau tak pelik ke?” Qalsum jungkit kening sambil tayang riak serius.
Okay, jujur aku cakap. Tang itu memang agak pelik. Aku sendiri terkejut bila dia sebut
nama aku.. Shazia Thahirah. Tapi, itu tak mungkinlah alasan kukuh dia sukakan
aku.
Mungkin dia
tu jenis mudah mengingati? Otak geniuslah katakan. Kalau tak, takkan mampu
sambung pelajaran ke peringkat Doktor Falsafah. Tak gitu?
“Tak
mungkin..” gumam aku perlahan.
“Lagi satu,
dia bawa kau jumpa Ucu Najjah..”
“Qay.. dia
ajak aku sebab dia ingatkan aku tak faham subjek dia..”
“Abang Raed
tak pernah bawa perempuan jumpa Ucu Najjah..”
“Dia
terdesak. Sebab dia sibuk..”
Tak sempat aku nak noktahkan ayat, Qalsum dah
celah terlebih dulu.
“Abang Raed
sibuk apanya? Kuliah dia hari ni cuma pukul 8.00 pagi hingga pukul 11.00 pagi.
Dia ada dua kuliah aje pagi ni. Aku ada pergi pejabat Mr. Raiden.. elok aje dia
duduk dekat kerusi meja dia. Siap borak-borak dengan Mr. Raiden lagi tau..”
Bersungguh-sungguh sekali Qalsum sampaikan cerita.
Aku
julingkan biji mata. Masih tak dapat diterima akal.
“Tak
percaya?” soal Qalsum. Aku jungkit bahu. Dilema sama ada nak percaya atau
abaikan saja momokan merepek Qalsum.
“Susah
cakap dengan kau ni..” Qalsum bangkit dari duduk. Aku nampak dia capai gajet
miliknya lalu jemari runcing Qalsum menari-nari di atas skrin itu.
Dia.. buat
apa tu? Hati aku tertanya-tanya.
“Lima
minit..” Qalsum angkat jemari dia menunjukkan angka lima. Aku garu belakang
kepala.
“Apa yang
lima minit?”
“Telefon
bimbit kau mana?”
“Ni..” Aku
angkat gajet milik aku pula. Kepala Qalsum terangguk-angguk.
Minah ni..
makin lama makin menyeramkan!
“Lima
minit, Zia. Lepas tu, kau tahu sendiri betul ke tidak tebakan aku tadi..”
Qalsum sengih jahat. Tarik pintu lalu keluar dari bilik kami.
Tercengang-cengang aku dibuatnya. Lima minit kelibat Qalsum berlalu,
gajet di tangan aku berdering menyanyikan lagu Bruno Mars – Marry You. Aku
intai nama pemanggil.
Eh? Private number?
Dahi mula
berlapis. Siapa pula ni? Teragak-agak aku tekan punat hijau. Dan sesaat.. suara
garau milik seseorang lunak menyapa telinga aku.
“Assalamualaikum,
Shazia Thahirah. You dah tidur ke?” Lembut dan gemersik juga nada itu
kedengaran.
Erk! Terus
aku tercekik liur sendiri. Mata terkelip-kelip pandang skrin telefon.
Qay.. biar
betul ni?? Hati aku menjerit dari dalam. Jantung aku mula memecut laju dari
rentak asal.
Oh.. Shazia
Thahirah.. yang kau tiba-tiba berdebar sakan ni kenapa pula?
Soalan hati
yang tak mampu aku jawab. Sebab? Sebab aku sendiri sedang keliru tika ini.
Bab 1 -MMC
BAB 1
Kaki mula terasa memberat bila susuk tegap itu sudah
semakin hampir dengan aku. Sesekali aku tertinjau-tinjau ke belakang mencari
kelibat Qalsum. Kosong. Dah ke mana pula minah tu? Cemas aku dibuatnya.
Buk!
Tiba-tiba saja aku rasa pandangan aku gelap. Adoi.. apa benda aku langgar ni?
Keras semacam aje. Boleh tahan sengal dahi aku dibuatnya.
Teraba-raba
tangan aku mencapai objek depan mata. Namun, sesaat mataku terbuntang luas bila
sesuatu yang teramatlah janggal menjadi sajian pertama mataku.
Butang? Butang
kemeja?
Dan
pandangan aku dongakkan ke atas. Sesaat..
“Are you okay?” Suara garau seseorang
mengetuk telinga. Serius wajahnya waktu menyoal.
Oh, Tuhan.
Nyaris aku nak pengsan. Kelam-kabut tangan aku tarik menjauh. Wajah tampan Raed
yang sedang tersenyum aku pandang dengan tona yang tak tahu aku nak jelaskan
macam mana. Segan gila kut.
“Err..
err..” Gelisah aku tika ini. Ayat yang aku dah susun tadi habis berterbangan
hilang ke langit biru.
“Are you okay, Thahirah?” Si jejaka ulang
lagi soalan sama. Anak matanya yang berwarna hazel itu tajam menikam
pandanganku. Membuatkan aku terkesima sekejap.
“Shazia
Thahirah..” panggil dia. Siap gawang-gawang tangan lagi.
Aku
tersentak. Baru kali pertama dia mengajar kelas aku, dia dah boleh ingat nama
aku?? Mustahil ni!
“Okay..
Okay, Dr. Raed..” jawab aku kalut. Lelaki yang berkelulusan Doktor Falsafah ini
aku renung takut-takut.
Aduhai..
apasal kau kalut sangat ni, Zia? Hampir aku nak ketuk kepala sendiri.
Raed ukir
senyum lagi.
“You nampak
kalut, Thahirah..” ujar dia lalu tubuh tegap itu bersandar pada kereta Audi A5
miliknya.
Fuh..
terbeliak biji mata aku. Baru aku perasan jenis kereta lelaki ini. Padanlah
kalau jadi buaya darat sekalipun. Cukup pakej!
“I’m talking to you, Thahirah..” Raed
tekankan suara dia. Cuba mengambil alih perhatian aku.
“Huh?” Aku
pandang wajah dia dengan riak blur.
Dia senyum
lagi. Senyuman yang bisa mencairkan mana-mana wanita.
“Kenapa
kalut?” soal dia terus. Aku garu tepi telinga.
“Err..
sebenarnya.. sebenarnya..” Entah alasan apa aku nak cekau, aku pun tidak pasti.
Takkan nak
cakap sebab Qalsum Annur yang suruh aku ke mari? Itu jawapan orang kurang
waras, Zia.
“Ada yang
tak faham ke dengan subjek I ajar tadi?”
Gilalah
Raed ni. Ber I-you dengan student? Cool gila! Sempat hati aku membisik
sendiri.
Mendengarkan ayat yang Raed tuturkan, tiba-tiba akal aku mula berfungsi.
Spontan aku angguk laju.
“A’ah.. tak
faham. Sebab tu Zia cari Dr. Raed dekat sini..” Buru-buru aku bagi helah pada
dia. Aku nampak kening dia terjungkit naik sebelah. Jangan cakap dia tak
percaya.
“Tapi..
waktu I tanya dalam kelas, you tak angkat tangan pun cakap tak faham..” Dia
ungkit hal dalam kelas pula dah. Aku terkedu.
“Itu..
itu..” Sekali lagi, aku berubah gagap. Zia.. sejak bila kau jadi gagap, hah?
Sejak jumpa
berdepan dengan Raed Zayaz nilah! Satu suara lain pula yang tolong jawab.
“Comel..” gumam
Raed perlahan.
Tiba-tiba
aku rasa dia seakan mengatakan sesuatu pula.
“Apa dia?”
Wajah tampannya aku pandang.
Raed
bangkit dari bersandar. Dia geleng kepala.
“Tak ada
apa-apa. Tu.. kucing belakang you, nampak comel..” Muncung dihalakan pada
belakang tubuh aku. Aku segera menoleh.
Kucing? Tak
ada pun!
“I tipu..”
Raed gelak-gelak lagi. Suka eh dia kenakan aku!
Aku pandang
dia dengan pandangan mencerun. Pelik. Lagak dia seolah kami sudah kenal lama
pun ada. Walhal, baru dua jam dia bergelar pensyarah aku kut.
“Tak lawak?”
Dia soal aku balik bila aku langsung tak bagi respons pada lawak tak menjadi
dia tu.
Polos gila soalan dia tu. Aku geleng tanpa
sedar. Tak semena, sekali lagi dia ketawa senang.
“Opss..”
Aku pekup bibir sendiri. Mulalah tersedar perilaku yang dah melampau batas.
Silap haribulan, dia cop aku pelajar yang tak ada adab pula.
“So.. you nak tanya sekarang ke?” Dia
alih topik kami.
“Maksud Dr.
Raed?” Aku kurang faham pula dengan bicara dia.
“Yalah..
you datang cari I sebab tak faham subjek I ajar tadi, kan? Jadi.. I tanyalah
you. You nak tanya sekarang ke sebab..” Dia melirik pada jam tangannya. Aku
turut mengintai.
Bila faham
maksud dia tu, laju aku tepuk dahi.
“Dr. Raed
ada hal lain ke?” soal aku serba-salah.
Sebenarnya
bukan aku tak faham pun. Tapi, inilah salah satu taktik yang Qalsum ajar untuk
tarik perhatian Raed.. terpaksalah aku menipu. Allah.. banyaknya dosa aku saja
untuk hari ni.
“Actually, yes. I ada date..”
Ya ampun!
Terus-terangnya dia.
“Ohh..”
Entah kenapa, tiba-tiba saja aku rasa kecewa dengan kenyataan dia tu.
“But.. if you don’t mind.. you boleh ikut
I..”
“Hah??”
Melopong bibir aku untuk seketika.
“Yeah.. I
cakap betul ni..” Dia nak aku percaya kata-kata dia.
Aku pandang
jam di tangan. Pukul 2.00 petang. Mamat ni biar betul.
“Tapi.. Dr.
Raed kan..”
“I ada date dengan ibu. Lunch date..” Dia pintas ayat aku. Aku dah tercekik liur sendiri.
“Wanna join us? Nanti I boleh terangkan
subjek tu tadi. I pun tak ada kelas dah lepas ni. You pun sama kan?”
Eh? Dia
tahu jadual aku?
“Macam mana
Dr. Raed tahu?” soal aku hendak tahu.
“It
doesn’t matter..” Dia berdalih.
“Nak ikut
tak?” soal dia lalu pintu kereta pemandu dia buka. Mata masih menanti jawapan
aku.
“Tak manis
nanti..” Aku mula seram-sejuk. Dia ni memang serius ke tidak?
“Esok I
sibuk. I tak rasa you sempat jumpa I. Kebetulan hari ni I free, tapi itulah.. I ada lunch
date dengan ibu pula. Kalau dekat rumah I nanti, I boleh curi masa ajarkan
you..” Dia bagi tawaran lagi.
Aku terdiam
seketika. Memikirkan kata setuju yang aku dah berikan pada Qalsum, aku jadi
tersepit.
Betul ke
keputusan yang aku buat untuk game Dr.
Raed ni? Kalau kantoi, macam mana?
“Thahirah..”
Aku
terpinga-pinga seketika bila dia sekali lagi menyeru namaku. Sudahlah suka-suka
dia aje panggil aku dengan nama Thahirah. Dekat kampus ni, dia seorang aja yang
panggil aku macam tu.
“I kejar
masa ni. You nak ikut ke tak?” tutur dia. Tetap sama. Masih menanti jawapan
aku.
Aku pula
sudah pening kepala. Memanglah jawapannya cuma ya atau tidak. Tapi, yang nak
memilih di antara dua itu buat kepala aku hampir rasa nak tertanggal.
Qalsum..
tugas berat apa kau bagi pada aku ni? Nak saja aku jerit dekat telinga Qalsum
waktu ini juga.
Dia nilah yang
dah menyusahkan aku. Tapi, bukan ke aku sendiri yang setuju?
Ah..
dua-dua sama aje!
Subscribe to:
Posts (Atom)









