Bab 4
Berkali-kali mata dipejam celikkan. Mengharapkan apa
yang terbentang di depan mata ini adalah sebuah halusinasi semata-mata. Namun,
hampa. Ternyata, inilah takdirNya. Takdir yang menjerat dia untuk bergelar
seorang suami tika diri ini masih lagi belum bersedia untuk menyandang gelaran
itu. Suami kepada seorang perempuan yang bijak mengauta. Bijak memperdaya
sehingga dia jatuh ke lembah yang tidak diduga ini.
Sama sekali
tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menikahi gadis yang langsung
tidak dicintai. Apatah lagi gadis itu bukan lagi gadis yang selayaknya! Ya
Allah.. api kemarahan menggelegak hendak meledak. Menghamburkan garangnya diri
ini dilanda sakit hati yang memang tahap maksimum.
Berkali-kali Dinzly beristighfar. Berharap dia mampu bersabar. Bimbang
juga tangan sasa ini naik ke pipi mulus itu. Ah, tak mungkin. Bukan tabiat dia
mengasari perempuan. Dia bangun dari duduk yang dilabuhkan di kerusi rotan yang
terletak di luar beranda banglo mewah itu. Baru sahaja dia hendak berpusing,
langkahnya kaku. Wajah seseorang telah menghadang penglihatannya. Tanpa diduga,
jantungnya berlari pantas. Jelitanya wajah itu sedikit sebanyak menggetarkan
sukma.
Dinzly
berdehem berkali-kali. Sedangkan Darwisya tayang muka tenang. Dia tahu lelaki
itu marah. Malahan, mungkin teramat benci pada dirinya. Mata bulatnya mula
menjelajah ke segenap tubuh sasa itu. Dia seperti sedar akan sesuatu. Ya, baru
tersedar barangkali. Tanpa diduga, matanya spontan terarah ke hujung kaki.
Wajahnya mula membahang.
“ Kenapa??”
soal Dinzly kasar. Dia perasan wajah itu berubah riak. Pelik juga dia
melihatnya. Darwisya tidak menjawab. Sebaliknya, tangannya sahaja
tergawang-gawang seolah-olah menunjukkan sesuatu. Dinzly toleh pandang tubuh
sendiri. Seketika, dia kerut kening. Sorry,
tak faham. Agaknya itulah yang berlegar-legar di mindanya.
“ Kau ni
apa hal??” jerkah Dinzly sedikit naik angin. Sudahlah dia sakit hati melihat
wajah itu, sekarang Darwisya hendak berteka-teki pula? Dia melangkah ingin
mendekati.
“ Jangan!
Jangan dekat!!” Meledak suara Darwisya. Tersentak Dinzly seketika. Wajah serius
Darwisya dipandang tajam.
“ Kau.. kau
nampak seksi.” ujar Darwisya tiba-tiba sebelum wajahnya ditutup dengan
kedua-deua belah tapak tangan. Perlahan sekali suara itu kedengaran. Ada nada
malu-malu di situ. Terlongo Diznly mendengarnya. Geli-geleman pun ada
mendengarkan perkataan ‘seksi’ itu. Pantas dia memandang tubuh sasanya. Secepat
detik berlalu juga dia tarik senyum sinis. Alah, ini je pun?? Detik hatinya jengkel.
“ Kau malu?
Alah.. setakat aku pakai macam ni apalah sangat. Si Aiman tu lagi seksi kan?
Kau dah nampak se..” Tak sempat dia nak teruskan bicara, pantas Darwisya
meluru. Mulut Dinzly ditutup kasar. Disebabkan tidak bersedia, Dinzly terhumban
ke belakang. Spontan juga tangannya memaut pinggang Darwisya.
Darwisya
leka memandang wajah tampan yang hanya beberapa inci dari wajahnya. Seketika,
dia hanyut. Wajahnya spontan mendekati wajah Dinzly. Targetnya hanya satu.
Bibir terbelah itu menarik perhatiannya. Dinzly membuntangkan biji mata. Tangan
pantas menolak Darwisya jatuh ke lantai. Terkebil-kebil gadis itu memandang
siling.
“ Gatal
punya perempuan!” sinis Dinzly berkata. Naik berdesing telinga Darwisya
mendengarkan sebaris ayat itu. Pantas dia duduk tegak. Tajam matanya menyoroti
langkah Dinzly yang sudah menjauh. Dek rasa terlalu geram, Darwisya meluru
sekali lagi.
“ Hei-hei,
apa ni??” Terkinja-kinja Dinzly hendak melepaskan gigitan yang melekat di
telinganya. Berat belakang tubuhnya menampung tubuh Darwisya yang bergayut
sakan. Eh, minah gila ni dah kenapa? Memerah wajahnya menahan marah. Sudahlah
digigit di bahagian sensitif. Bengang betullah!!
Darwisya
pekakkan telinga. Tangannya masih lagi memaut kejap leher lelaki yang baru
lapan jam bergelar suami. Puas hatinya. Biar putus telinga pun tak apa! Argh!!
Geramnya..
“ Kau
turunlah. Hei, turun. Berat betullah. Kau ni anak gorilla ke apa?? Lepaskan
telinga aku, sakit!! Hei, turun-turun.” marah Dinzly sambil cuba melonggarkan
pegangan yang kuat di lehernya. Hampir sahaja tercekik.
Puas
melepaskan amarah, dia terjun dengan rela hati dari belakang tubuh sasa itu.
Senyuman kemenangan terukir megah. Wajah Dinzly yang ketat sambil
menggosok-gosok telinga kirinya sedikit mencuit hati. Padan muka. Detik hati
Darwisya.
“ Kau ni
dah sewel ke? Nak putus telinga aku kau gigit tahu tak??” marah Dinzly
tertahan-tahan. Kang kalau menjerit, satu rumah pula boleh dengar. Bibir
diketap geram.
“ Tak.”
jawab Darwisya sepatah sambil mata dikelip-kelipkan comel. Terlopong mulut
Dinzly. Hei, minah ni mencabar kelelakian aku betullah! Jerit batinnya
menggunung dengan rasa sebal.
“ Bodoh!!”
Spontan, perkataan kasar itu terlontar keluar. Terkedu Darwisya seketika. Tubir
mata mula bergenang.
“ Kenapa
cakap saya, bodoh? Saya tak bodoh, tahu? Saya belajar sampai overseas.” soal dia perlahan. Bibir
sudah tercebik-cebik hendak menangis. Dinzly mendengus kasar. Nak buat muka
comel pulak!!
“ Kalau tak
bodoh, tak ada maknanya kau nak serahkan maruah kau macam tu aje. Kalau tak
bodoh, kau takkan mengandung anak luar nikah. Kalau tak bodoh, kau takkan jerat
aku dalam perkahwinan yang memang nampak bodoh ni. Kalau tak bodoh, kau takkan
gigit telinga aku bagai nak putus. Kalau tak bodoh..” Dinzly terhenti sejenak apabila
telinganya sudah menangkap satu tangisan kecil. Aik, cakap sikit pun nak
menangis? Terus lidahnya kelu. Erk!
“ Kalau tak
bodoh.. sob3.. kalau tak bodoh, aku takkan senyap macam ni bila.. sob3.. orang
mengata aku kan??” Sambung Darwisya teresak-esak sebelum tangisan mulalah kuat
meledak berbanding tadi. Dinzly cemas. Bimbang juga kalau Datuk Dirly dan Datin
Ameldy yang mendengar tangisan Darwisya ini. Nanti mereka ingat aku dera anak
mereka pula. Kang disumbatnya aku ke dalam penjara. Dinzly sudah gelisah
memikirkan sebarang kemungkinan yang buruk bakal berlaku.
Haa.. lagi
satu. Ibu dan ayah ada kat bawah. Kalau mereka dengar, kantoilah nanti. Habis, macam
mana ni?? Teragak-agak dia mendekati Darwisya yang sudah menangis sambil
memeluk lutut. Kakinya menguis-nguis hujung kaki isterinya. Ah, aku tak pandai
nak pujuk perempuanlah!
“ Wei..
dahlah. Kau tak payahlan nak nangis kuat-kuat. Slow-slow dahlah. Biar aku seorang je yang dengar.” Entah apa entah dia pujuk si Darwisya tu. Darwisya
angkat muka.
“ Kenapa
kau tak pernah nak percayakan aku? Aku memang kena rogol. Aiman letakkan pil
khayal dalam minuman aku. Kenapa kau tak percaya??” Teresak-esak Darwisya
bersuara diselangi bunyi hingus yang dikesat rakus. Ceit, pengotor. Dinzly
mengeluh lemah. Macam mana aku nak percaya? Aku tak pernah kenal kau. Kalau kau
tipu pun, bukannya aku tahu. Detik hati Dinzly bingung. Dinzly duduk bersandar
pada hujung katil. Tiba-tiba dia jatuh kasihanlah pula melihat wajah yang sudah
lencun menangis itu.
“ Macam
mana aku nak percaya? Aku memang tak pernah kenal kau. Aku langsung tak
cintakan kau. Aku tak sangka kehidupan bujang aku berakhir macam ni. Tragis kau
tahu tak?” sela Dinzly sedikit lantang.
“ Tak boleh
ke kau terima aku? Terima aku dan baby
ni??” pinta Darwisya tanpa berfikir panjang. Wajah gadis itu jelas mengharap.
Serentak itu darah Dinzly mula mendidih naik. Dia bangun bercekak pinggang.
“ Kau tanya
soalan jenis apa ni?? Cuba kau tanya lelaki kat luar sana, ada ke yang sanggup
terima kalau tahu isteri dia dah tak suci?? Tak ada, kan?? Sama juga dengan
aku. Aku tak nak perkahwinan ni. Tapi, kau yang jerat aku. Jadi, kau jangan
mimpilah nak aku terima kau dan anak kau tu. Aku nak kau pergi cari Aiman
sebelum kita bercerai. Sekurang-kurangnya kau tak malu nanti.” ujar Dinzly
terlalu emosi. Wajahnya jelas nampak tegang. Darwisya raup wajahnya.
“ Aku minta
maaf. Tapi, kau perlu tahu satu perkara. Aku takkan lepaskan kau. Dan aku
takkan cari Aiman. Untuk apa aku cari lelaki yang aku memang tahu takkan mampu
jadi suami yang terbaik untuk aku? Aku akan lakukan apa saja asalkan kita kekal
suami isteri sampai bila-bila. Melainkan aku dapat tahu yang aku memang
perampas kekasih orang lain. Kau dengar tu.” Tekad Darwisya. Dinzly tersenyum
sinis.
“ Kau
jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau.” balas Dinzly tegang sebelum tubuh
itu mula melangkah keluar. Hilang saja kelibat suaminya, Darwisya tersandar
lemah pada hujung katil. Rambutnya dikusut-kusutkan menggambarkan diri yang
jelas serabut.
“ Anak mama..
mama perlu buat apa, sayang? Perlu ke mama lepaskan papa? Tapi, sayang bukan
anak papa. Mama buntu. Mama jahat kan perangkap papa? Kasihan, papa.” Darwisya
bercakap sendirian tanpa sedar perlakuannya diintai oleh si suami. Dinzly pula
hanya melepaskan keluhan kecil sebelum mula mengatur langkah ke tingkat bawah.
Hailah..
tak ada malam pertamalah gamaknya. Orang lain kahwin dapat juga merasa malam
pertama. Tapi, aku? Habuk pun tarak.
Sempat lagi Dinzly berfikir tang
situ. Hehe..
ana..yg ni ada sambungan lg ke?
ReplyDeletebla nk smbung..orng tnggu pnya lma smpai nk dkat 2 taon x kan next entry x dak g
ReplyDeleteNovel ni dh siap lama. Tpi still tggu mse ssuai utk ditrbitkan. Xkn dipost dkt blog lg. :)
DeleteNovel ni dh siap lama. Tpi still tggu mse ssuai utk ditrbitkan. Xkn dipost dkt blog lg. :)
DeleteSalam kak hana .. Nk tanye novel ni dh diterbitkn ke blom ? Klau dh diterbitkn dmne sye bole dptkn novel ni ? Trima kasih
ReplyDeletedh trbit. tggl 20 buah je lg. :)
Deletedh trbit. tggal 20 buah lg. stok skit dh
ReplyDeletemasih ada lg ke novel ini
Deletemcm mana nak order? harga brp?
ReplyDelete