PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Suami Tak Dirancang Bab 4


Bab 4
Berkali-kali mata dipejam celikkan. Mengharapkan apa yang terbentang di depan mata ini adalah sebuah halusinasi semata-mata. Namun, hampa. Ternyata, inilah takdirNya. Takdir yang menjerat dia untuk bergelar seorang suami tika diri ini masih lagi belum bersedia untuk menyandang gelaran itu. Suami kepada seorang perempuan yang bijak mengauta. Bijak memperdaya sehingga dia jatuh ke lembah yang tidak diduga ini.
   Sama sekali tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk menikahi gadis yang langsung tidak dicintai. Apatah lagi gadis itu bukan lagi gadis yang selayaknya! Ya Allah.. api kemarahan menggelegak hendak meledak. Menghamburkan garangnya diri ini dilanda sakit hati yang memang tahap maksimum.
   Berkali-kali Dinzly beristighfar. Berharap dia mampu bersabar. Bimbang juga tangan sasa ini naik ke pipi mulus itu. Ah, tak mungkin. Bukan tabiat dia mengasari perempuan. Dia bangun dari duduk yang dilabuhkan di kerusi rotan yang terletak di luar beranda banglo mewah itu. Baru sahaja dia hendak berpusing, langkahnya kaku. Wajah seseorang telah menghadang penglihatannya. Tanpa diduga, jantungnya berlari pantas. Jelitanya wajah itu sedikit sebanyak menggetarkan sukma.
   Dinzly berdehem berkali-kali. Sedangkan Darwisya tayang muka tenang. Dia tahu lelaki itu marah. Malahan, mungkin teramat benci pada dirinya. Mata bulatnya mula menjelajah ke segenap tubuh sasa itu. Dia seperti sedar akan sesuatu. Ya, baru tersedar barangkali. Tanpa diduga, matanya spontan terarah ke hujung kaki. Wajahnya mula membahang.
   “ Kenapa??” soal Dinzly kasar. Dia perasan wajah itu berubah riak. Pelik juga dia melihatnya. Darwisya tidak menjawab. Sebaliknya, tangannya sahaja tergawang-gawang seolah-olah menunjukkan sesuatu. Dinzly toleh pandang tubuh sendiri. Seketika, dia kerut kening. Sorry, tak faham. Agaknya itulah yang berlegar-legar di mindanya.
   “ Kau ni apa hal??” jerkah Dinzly sedikit naik angin. Sudahlah dia sakit hati melihat wajah itu, sekarang Darwisya hendak berteka-teki pula? Dia melangkah ingin mendekati.
   “ Jangan! Jangan dekat!!” Meledak suara Darwisya. Tersentak Dinzly seketika. Wajah serius Darwisya dipandang tajam.
   “ Kau.. kau nampak seksi.” ujar Darwisya tiba-tiba sebelum wajahnya ditutup dengan kedua-deua belah tapak tangan. Perlahan sekali suara itu kedengaran. Ada nada malu-malu di situ. Terlongo Diznly mendengarnya. Geli-geleman pun ada mendengarkan perkataan ‘seksi’ itu. Pantas dia memandang tubuh sasanya. Secepat detik berlalu juga dia tarik senyum sinis. Alah, ini je pun?? Detik hatinya jengkel.
   “ Kau malu? Alah.. setakat aku pakai macam ni apalah sangat. Si Aiman tu lagi seksi kan? Kau dah nampak se..” Tak sempat dia nak teruskan bicara, pantas Darwisya meluru. Mulut Dinzly ditutup kasar. Disebabkan tidak bersedia, Dinzly terhumban ke belakang. Spontan juga tangannya memaut pinggang Darwisya.
   Darwisya leka memandang wajah tampan yang hanya beberapa inci dari wajahnya. Seketika, dia hanyut. Wajahnya spontan mendekati wajah Dinzly. Targetnya hanya satu. Bibir terbelah itu menarik perhatiannya. Dinzly membuntangkan biji mata. Tangan pantas menolak Darwisya jatuh ke lantai. Terkebil-kebil gadis itu memandang siling.
   “ Gatal punya perempuan!” sinis Dinzly berkata. Naik berdesing telinga Darwisya mendengarkan sebaris ayat itu. Pantas dia duduk tegak. Tajam matanya menyoroti langkah Dinzly yang sudah menjauh. Dek rasa terlalu geram, Darwisya meluru sekali lagi.
   “ Hei-hei, apa ni??” Terkinja-kinja Dinzly hendak melepaskan gigitan yang melekat di telinganya. Berat belakang tubuhnya menampung tubuh Darwisya yang bergayut sakan. Eh, minah gila ni dah kenapa? Memerah wajahnya menahan marah. Sudahlah digigit di bahagian sensitif. Bengang betullah!!
   Darwisya pekakkan telinga. Tangannya masih lagi memaut kejap leher lelaki yang baru lapan jam bergelar suami. Puas hatinya. Biar putus telinga pun tak apa! Argh!! Geramnya..
   “ Kau turunlah. Hei, turun. Berat betullah. Kau ni anak gorilla ke apa?? Lepaskan telinga aku, sakit!! Hei, turun-turun.” marah Dinzly sambil cuba melonggarkan pegangan yang kuat di lehernya. Hampir sahaja tercekik.
   Puas melepaskan amarah, dia terjun dengan rela hati dari belakang tubuh sasa itu. Senyuman kemenangan terukir megah. Wajah Dinzly yang ketat sambil menggosok-gosok telinga kirinya sedikit mencuit hati. Padan muka. Detik hati Darwisya.
   “ Kau ni dah sewel ke? Nak putus telinga aku kau gigit tahu tak??” marah Dinzly tertahan-tahan. Kang kalau menjerit, satu rumah pula boleh dengar. Bibir diketap geram.
   “ Tak.” jawab Darwisya sepatah sambil mata dikelip-kelipkan comel. Terlopong mulut Dinzly. Hei, minah ni mencabar kelelakian aku betullah! Jerit batinnya menggunung dengan rasa sebal.
   “ Bodoh!!” Spontan, perkataan kasar itu terlontar keluar. Terkedu Darwisya seketika. Tubir mata mula bergenang.
   “ Kenapa cakap saya, bodoh? Saya tak bodoh, tahu? Saya belajar sampai overseas.” soal dia perlahan. Bibir sudah tercebik-cebik hendak menangis. Dinzly mendengus kasar. Nak buat muka comel pulak!!
   “ Kalau tak bodoh, tak ada maknanya kau nak serahkan maruah kau macam tu aje. Kalau tak bodoh, kau takkan mengandung anak luar nikah. Kalau tak bodoh, kau takkan jerat aku dalam perkahwinan yang memang nampak bodoh ni. Kalau tak bodoh, kau takkan gigit telinga aku bagai nak putus. Kalau tak bodoh..” Dinzly terhenti sejenak apabila telinganya sudah menangkap satu tangisan kecil. Aik, cakap sikit pun nak menangis? Terus lidahnya kelu. Erk!
   “ Kalau tak bodoh.. sob3.. kalau tak bodoh, aku takkan senyap macam ni bila.. sob3.. orang mengata aku kan??” Sambung Darwisya teresak-esak sebelum tangisan mulalah kuat meledak berbanding tadi. Dinzly cemas. Bimbang juga kalau Datuk Dirly dan Datin Ameldy yang mendengar tangisan Darwisya ini. Nanti mereka ingat aku dera anak mereka pula. Kang disumbatnya aku ke dalam penjara. Dinzly sudah gelisah memikirkan sebarang kemungkinan yang buruk bakal berlaku.
   Haa.. lagi satu. Ibu dan ayah ada kat bawah. Kalau mereka dengar, kantoilah nanti. Habis, macam mana ni?? Teragak-agak dia mendekati Darwisya yang sudah menangis sambil memeluk lutut. Kakinya menguis-nguis hujung kaki isterinya. Ah, aku tak pandai nak pujuk perempuanlah!
   “ Wei.. dahlah. Kau tak payahlan nak nangis kuat-kuat. Slow-slow dahlah. Biar aku seorang je yang dengar.” Entah apa entah dia pujuk si Darwisya tu. Darwisya angkat muka.
   “ Kenapa kau tak pernah nak percayakan aku? Aku memang kena rogol. Aiman letakkan pil khayal dalam minuman aku. Kenapa kau tak percaya??” Teresak-esak Darwisya bersuara diselangi bunyi hingus yang dikesat rakus. Ceit, pengotor. Dinzly mengeluh lemah. Macam mana aku nak percaya? Aku tak pernah kenal kau. Kalau kau tipu pun, bukannya aku tahu. Detik hati Dinzly bingung. Dinzly duduk bersandar pada hujung katil. Tiba-tiba dia jatuh kasihanlah pula melihat wajah yang sudah lencun menangis itu.
   “ Macam mana aku nak percaya? Aku memang tak pernah kenal kau. Aku langsung tak cintakan kau. Aku tak sangka kehidupan bujang aku berakhir macam ni. Tragis kau tahu tak?” sela Dinzly sedikit lantang.
   “ Tak boleh ke kau terima aku? Terima aku dan baby ni??” pinta Darwisya tanpa berfikir panjang. Wajah gadis itu jelas mengharap. Serentak itu darah Dinzly mula mendidih naik. Dia bangun bercekak pinggang.
   “ Kau tanya soalan jenis apa ni?? Cuba kau tanya lelaki kat luar sana, ada ke yang sanggup terima kalau tahu isteri dia dah tak suci?? Tak ada, kan?? Sama juga dengan aku. Aku tak nak perkahwinan ni. Tapi, kau yang jerat aku. Jadi, kau jangan mimpilah nak aku terima kau dan anak kau tu. Aku nak kau pergi cari Aiman sebelum kita bercerai. Sekurang-kurangnya kau tak malu nanti.” ujar Dinzly terlalu emosi. Wajahnya jelas nampak tegang. Darwisya raup wajahnya.
   “ Aku minta maaf. Tapi, kau perlu tahu satu perkara. Aku takkan lepaskan kau. Dan aku takkan cari Aiman. Untuk apa aku cari lelaki yang aku memang tahu takkan mampu jadi suami yang terbaik untuk aku? Aku akan lakukan apa saja asalkan kita kekal suami isteri sampai bila-bila. Melainkan aku dapat tahu yang aku memang perampas kekasih orang lain. Kau dengar tu.” Tekad Darwisya. Dinzly tersenyum sinis.
   “ Kau jangan cakap aku tak pernah ingatkan kau.” balas Dinzly tegang sebelum tubuh itu mula melangkah keluar. Hilang saja kelibat suaminya, Darwisya tersandar lemah pada hujung katil. Rambutnya dikusut-kusutkan menggambarkan diri yang jelas serabut.
   “ Anak mama.. mama perlu buat apa, sayang? Perlu ke mama lepaskan papa? Tapi, sayang bukan anak papa. Mama buntu. Mama jahat kan perangkap papa? Kasihan, papa.” Darwisya bercakap sendirian tanpa sedar perlakuannya diintai oleh si suami. Dinzly pula hanya melepaskan keluhan kecil sebelum mula mengatur langkah ke tingkat bawah.
   Hailah.. tak ada malam pertamalah gamaknya. Orang lain kahwin dapat juga merasa malam pertama. Tapi, aku? Habuk pun tarak. Sempat lagi Dinzly berfikir tang situ. Hehe..

9 comments:

  1. ana..yg ni ada sambungan lg ke?

    ReplyDelete
  2. bla nk smbung..orng tnggu pnya lma smpai nk dkat 2 taon x kan next entry x dak g

    ReplyDelete
    Replies
    1. Novel ni dh siap lama. Tpi still tggu mse ssuai utk ditrbitkan. Xkn dipost dkt blog lg. :)

      Delete
    2. Novel ni dh siap lama. Tpi still tggu mse ssuai utk ditrbitkan. Xkn dipost dkt blog lg. :)

      Delete
  3. Salam kak hana .. Nk tanye novel ni dh diterbitkn ke blom ? Klau dh diterbitkn dmne sye bole dptkn novel ni ? Trima kasih

    ReplyDelete
  4. dh trbit. tggal 20 buah lg. stok skit dh

    ReplyDelete