PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Aku Tak Secantik Dia (Cerpen)


Aku tak secantik ‘dia’..
Oleh : Hana Efryna

Afiq Muiz pandang wajah isterinya dengan pandangan meluat. Batang tubuh isterinya yang masih lagi berdiri tegak di hadapannya membuatkan tekaknya tiba-tiba rasa mual. Dengan wajah yang mempunyai parut berwarna merah kehitaman di pipi kanan dan juga dahi gadis yang tua dua tahun daripadanya itu, pasti siapa sahaja yang memandang akan rasa tak berselera nak menatap lebih lama.
   Pandangan dialihkan ke arah lain. Tak sanggup rasanya nak biarkan matanya menatap raut wajah yang hodoh itu! Seketika, dia mendengus kuat!
   Zahlia hanya merenung sayu wajah lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya sebentar tadi. Dia tahu suaminya meluat melihat dirinya yang tak sempurna seperti gadis lain. Dia tahu ramai yang geli-geleman hendak menatap wajah berkeladak miliknya itu. Agaknya kalau orang yang hendak menjamu selera melihat raut wajahnya, tentu terus mati selera masing-masing.
   Perlahan-lahan tangan naik meraba parut di pipi dan dahinya itu. Dia sendiri berasa rendah diri dengan adanya parut ini. Bertahun-tahun dia mengusung parut ini ke sana dan ke mari. Sudah tentu berbakul-bakul cacian dan hinaan disajikan untuknya.
   Dengan takut-takut, Zahlia melangkah ke arah beg usangnya yang terletak di sisi muka pintu. Berhajat hendak bersalin pakaian. Rimas juga memakai sepersalinan pakaian yang penuh dengan renda bagai ini. Penat usah dikatalah. Walaupun majlis perkahwinannya cuma ringkas tanpa jemputan orang luar, tapi lenguh-lenguh di badan tetap terasa.
   Masakan suaminya hendak mengadakan majlis perkahwinan mereka gilang-gemilang dengan wajah berkeladak ini berada di sampingnya, kan? Sudah tentu ianya amatlah mustahil! Dan dia tak pernah simpan angan-angan itu. Dia tahu mana letak dirinya!
   “ Hei bodoh, kau nak ke mana tu?” tengking Afiq garang. Rasa sakit hati kerana dipaksa berkahwin dengan gadis itu memaksanya memuntahkan segala amarah pada Zahlia. Sedangkan, dia sendiri dapat melihat bahawa Zahlia juga menentang keras untuk tidak berkahwin dengannya.
   Ah, semua ini gara-gara umi! Kalau bukan sebab umi yang desak dia berkahwin, sudah tentu dia tak perlu menghadap wajah yang menyakitkan hati ini. Afiq mendengus lagi. Dia merebah kasar tubuhnya ke birai katil. Bergegar katil itu dek hempasan yang kuat. Bahu Zahlia tersentak sedikit dek sikap baran suaminya. Lututnya mula menggigil kecil.
  “Kau dengar tak aku tanya ni? Kau pekak ke apa? Tak cukup dengan muka berkeladak macam tu, pekak pula??” hambur Afiq bengkeng. Dia benar-benar marah tika ini. Zahlia menekurkan wajah ke lantai.
   “ Lia nak salin baju, abang.” balas Zahlia sedikit bergetar. Semakin berang pula Afiq dibuatnya. Bingkas dia bangun lalu menolak tubuh Zahlia kuat ke dinding. Zahlia hanya mampu pejam mata dek hentakan kuat yang mengenai tubuhnya. Allah, sakitnya bukan kepalang.
   Dagu Zahlia dicengkam kuat. Tubuh Zahlia sudah semakin menggigil dengan kelakuan si suami. Dia tak pernah menyangka adik yang dulunya dijaga bagai nak rak, kini sudah berubah laku.
   Memang! Memang dia hanya orang asing dalam rumah besar itu. Dia hanya gadis yang menumpang kasih pada umi. Pada seorang wanita kaya yang sanggup mengambil dia sebagai anak angkat. Pada seorang wanita yang datang menjemputnya di rumah anak yatim ‘Sinar Kasih’ suatu ketika dahulu. Umi, satu-satunya wanita yang banyak berjasa dalam hidupnya. Kerana umi juga, dia kini menggenggam segulung ijazah dalam jurusan undang-undang.
   Namun, ijazah itu ibarat satu perhiasan sahaja. Tiap kali dia memohon untuk ditemu duga, hanya balasan hinaan yang diterima. Salahkan dia ingin mencari rezeki dengan wajah sebegini? Tidak layakkah dia? Bukan dia pinta dirinya menjadi sebegini. Ah, kejam sungguh hidup di ‘dunia’ ini. Langsung menyisihkan orang sepertinya.
   “ Hoi perempuan buruk! Kau nak tahu tak yang kau tak layak nak panggil aku ‘abang’?? Cair tahi telinga aku dengar kau panggil macam tu. Kalau Lin yang panggil, mahu jugalah sejuk hati aku ni. Tapi, kalau setakat panggilan keramat tu keluar daripada mulut kau, memang terus berasap aku. Jadi, kalau kau nak selamat.. kau panggil aku macam biasa. Panggil aku, Fiq! Kau dengar ke tak?” tengking Afiq lagi sambil menunjal-nunjal kepala Zahlia. Dengan suara terketar-ketar, Zahlia menjawab. Air mata sudah bersedia nak mengalir. Namun, dia tahan kejap agar tingkahnya tak semakin menjengkelkan si suami.
   “ Dengar, Fiq. Lia takkan panggil Fiq macam tu lagi. Lia minta maaf. Fiq, lepaskan dagu Lia. Sakit.” rintih Zahlia. Dapat dirasakan dagunya sudah pedih dek cengkaman kasar itu. Agak-agaknya sudah luka barangkali. Dengan kasar, Afiq melepaskan cengkamannya. Terteleng kepala Zahlia dibuatnya.
   “ Lagi satu aku nak pesan, kau jangan cuba-cuba nak naik tidur atas katil. Tempat kau, tu.. kat atas lantai sana!” jerkah Afiq lalu keluar dari bilik itu. Pintu dihempas kasar.
   Tanpa bertangguh, air mata yang ditahan laju mengalir. Dia benar-benar lelah dengan ujian ini. Dia tak mampu untuk bertahan. Dia rapuh!
   Ya Allah, aku dah penat. Sampai bila aku harus dikeji? Rintih Zahlia sayu sambil mengheret kakinya. Sebiji bantal dicapai lalu dia berbaring di atas permaidani tebal itu. Niat untuk menyalin baju dilupakan terus dek letih yang dah makin bergayut di tubuhnya. Mujur juga dia sudah solat Isyak bersama umi tadi. Tanpa menunggu lama, dia terus lena ditemani sendu.
   Semoga hari esok lebih membahagiakan daripada hari yang lalu. Doa Zahlia penuh harap meskipun harapannya hanya nipis untuk dilunasi.
***************

Dua minggu kemudian..
Zahlia terkocoh-kocoh menghidangkan sarapan untuk suaminya. Umi pula sudah lama ke pejabat. Kata uminya, dia hanya akan bersarapan di pejabat sahaja. Sempat jugalah Zahlia tapaukan nasi lemak sambal udang itu untuk Puan Solehah.
   Zahlia terjengah-jengah ke ruang atas menunggu kelibat suaminya muncul. Penat berdiri, dia duduk pula di atas kerusi meja makan kaca itu. Sepuluh minit berlalu, bayang Afiq belum juga muncul. Segera Zahlia berkira-kira untuk naik ke atas.
   Dengan tangan terketar-ketar, tombol pintu dipulas perlahan. Jam di dinding dikerling. Dah pukul 7.30 pagi. Dia tak kerja ke? Alah.. syarikat umi sendiri sebab tu dia buat sambil lewa agaknya. Anak boslah katakan. Detik hati Zahlia membuat andaian.
   “ Afiq.. Fiq.. bangun. Tak kerja ke?” kejut Zahlia dengan jantung yang dah mula berdenyut laju. Kecut perut juga dia hendak membangunkan lelaki itu. Bimbang menjadi mangsa amukan pula. Tubuh sasa suaminya mengeliat kecil. Namun, sebentar cuma. Akhirnya, tubuh itu kembali lena. Zahlia ketap bibir.
   Macam mana ni? Takkan nak kena sentuh pula tubuh dia tu? Kan dia terajang aku, mahu penyek tubuh aku ni. Bukan boleh dikira angin taufan mamat ni. Omel Zahlia sambil menggaru-garu kecil pipinya.
    “ Awak.. bangunlah. Dah pukul 7.30 pagi ni. Tak kerja ke?” ujar Zahlia sedikit kuat. Pantas mata Afiq terbuka luas. Segera dia duduk tegak. Wajah isterinya ditentang garang. Memulas perut  Zahlia dek renungan tajam si suami. Takut dan seram!
   “ Hoi bodoh! Pukul 7.30 pagi baru kau nak kejut aku? Kau ni kenapa dah bebal sangat? Aku ada meeting pukul 9.00 pagi nanti dengan syarikat papa Lin.” jerkah Afiq kuat. Tersentak Zahlia. Air mata mulalah bergenang sayu.
   Lin? Hmm.. sudah tentu gadis cantik yang ada dalam gambar tu. Gadis yang sama cantik dan sama padan kalau digandingkan dengan Afiq yang kacak bergaya itu. Detik hati Zahlia sedikit pedih.
   Memang suaminya seorang lelaki yang sempurna fizikalnya. Dengan tubuh tinggi dan segak, diserikan pula dengan wajah ala-ala Pan-Asian itu. Memang amat menarik. Dan aset yang amat berharga lelaki itu adalah lesung pipit pada pipi kanannya. Cantik sangat kalau wajah itu tersenyum. Malang sekali kerana Zahlia sudah lama tidak melihat wajah itu tersenyum padanya.
   “ Lia dah cuba kejutkan Fiq dari tadi. Tapi..”
   “ Sudahlah, bodoh! Kau memang tak boleh diharap! Tepi sikit.” marah Afiq lalu tubuh kecil isterinya ditolak kasar. Jatuh terduduk Zahlia dek tolakan kasar itu.
   Sebaik sahaja kelibat Afiq menghilang di sebalik pintu bilik mandi, Zahlia bangun perlahan-lahan sambil memegang pinggangnya yang sengal. Dengan langkah gontai, dia mencapai segala pakaian suaminya yang dah bergosok lalu diletakkan dia atas katil. Kemudian, kaki terus diatur untuk melangkah keluar.
********************

Beberapa hari berlalu..
   Zahlia baru sahaja selesai membersihkan diri. Dia mengintai ke sekeliling bilik. Hmm.. mana suami aku pergi ni? Detik hati Zahlia seraya melangkah keluar. Dia tika itu sudah siap memakai skirt labuh dipadankan pula dengan t-shirt lengan panjang berwarna merah hati. Seketika, dia terpaku di hadapan cermin meja soleknya. Parut yang terpampang di sekitar dahi dan pipinya di sentuh sayu. Masih teringat-ingat lagi kenangan lalu..
   “ Lia.. Lia keluar sekarang! Biar abah selamatkan umi dan adik. Lia keluar, nak.” arah Encik Mustakim termengah-mengah sambil sibuk hendak meredah api yang semakin menggila itu. Asap sudah berkepul-kepul memenuhi rongga hidung anak kecil yang baru berusia 5 tahun.
   Semakin kuat tangis anak kecil itu apabila melihat kayu yang sudah hangus terbakar api jatuh tepat mengenai bahu abah kesayangannya. Luka kecil di tangan sudah tidak dihiraukan. Dia cuba menerpa pada lelaki yang berusia awal 40-an itu. Baju anak kecil itu sudah koyak-rabak dek disambar api.
   “ Lia.. dengar cakap abah. Sekarang, Lia kena selamatkan diri. Biar abah pergi cari umi dengan adik. Lia keluar dapatkan bantuan ye? Dengar cakap abah.” Suara Encik Mustakim sudah tersekat-sekat kerana terlalu banyak menelan asap. Pipi anak kecil itu dikucup sayu sebelum dia melepaskan rangkulan lalu bergegas meredah api. Tanpa sempat berbuat apa.. anak kecil itu segera berlari sekuat hati ke arah pintu utama.
   Abah.. Lia akan cuba dapatkan bantuan. Kita akan selamat. Abah, bertahanlah. Lia sayang abah. Detik hati anak kecil itu bersama tangisan sembari berlari keluar.
   Anak kecil yang masih mentah itu menjerit-jerit meminta tolong. Sekejapan sahaja, rumah kayu dua tingkat itu sudah dikerumuni penduduk kampung. Zahlia segera berlari dengan kaki terhincut-hincut. Tika itu, dia nampak umi sedang menangis sambil ditenangkan orang ramai. Hati kecilnya sudah berdenyut sesuatu.
   “ Umi.. mana abah? Mana adik?” tanya anak kecil itu cuba menahan tangis. Pipi uminya dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Semakin kuat tangis uminya.
   “ Abah kat dalam. Abah cari adik.” balas wanita itu sambil teresak-esak menangis. Zahlia sudah nampak ada yang sibuk bergegas mengisi air ke dalam baldi lalu menjirus sekeliling kawasan rumah mereka yang sudah teruk diratah api itu.
   “ Abah? Adik?” Zahlia bercakap sendirian dengan sebak sebelum dia nekad untuk meredah masuk. Tidak tahu kenapa kanak-kanak kecil sepertinya boleh berlagak berani. Terdengar jeritan uminya. Namun, dia langsung tak peduli. Dengan tubuh kecil itu, dia nekad untuk selamatkan abah dan adiknya. Dia tidak kisah apa hendak jadi.
   Api semakin menggila. Marak menunjukkan garangnya. Asap berkepul-kepul menyebabkan nafas anak kecil itu terganggu. Mata kemudian melingas untuk mencari alat yang boleh melindungi dirinya. Dengan akal mentah, matanya menjamah sebiji bantal. Tanpa berfikir panjang, bantal itu digunakan untuk menutup hadapan tubuhnya daripada dijilat api.
   Langkahnya termati apabila api semakin menggila. Dengan azam tinggi, Zahlia merangkak merentasi. Tidak dihiraukan luka di lengan yang sudah mula mengalirkan cecair merah pekat.
   “ Abah! Adik!” jerit suara anak kecil itu memanggil. Dengan kudrat yang tidak seberapa, dia merangkak lagi. Hampir tiba di bilik utama abah dan uminya, dia dapat dengar satu tangisan kecil. Disapa naluri kasih sayang yang menebal buat si adik, dia bingkas berlari memasuki kamar yang sudah separuh dijilat api.
   Matanya menangkap sesusuk tubuh kecil adiknya yang sedang menangis ketakutan di sisi katil. Tanpa bertangguh, terus dia memeluk tubuh itu sebelum diselimutkan tubuh itu dengan sehelai kain. Terus tubuh kecil itu dikendong di atas belakang. Apalah sangat kudrat seorang kanak-kanak, dua-tiga kali dia jatuh tersembam. Namun, tetap digagahkan jua demi memikirkan umi di luar sana.
  Umi.. Lia akan bawa Fiq keluar.
   Zahlia meredah tanpa henti. Apabila ada api yang hendak menyambar, tubuh adiknya dilindungi dengan badan kecil itu. Dia tak nak tubuh kecil Afiq disinggahi walau sedikit pun api yang sedang marak. Ketika itu, dia sudah hampir pada pintu utama. Dalam hati, dia berdoa moga-moga dia sempat untuk keluar.
   Tanpa disangka-sangka, api semakin naik menjulang. Tidak semena-mena libasan itu tepat mengenai pipi dan dahinya. Habis hangus kulit mulus itu terbakar menampakkan isi yang sedikit kemerahan. Hanya raungan mampu dia luahkan. Tangisan si adik pecah lagi menggambarkan ketakutan.
  Zahlia bangkit berdiri. Dengan semangat tinggi, dia terus meredah pintu itu. Takdir Tuhan, dia berjaya melepasi api yang sudah memakan hampir seluruh rumahnya itu.
   Orang ramai berpusu-pusu mendapatkannya. Masih ada lagi yang tidak henti-henti menyimbah rumah yang hangus terbakar itu dengan air. Dia dapat rasa tubuh adiknya sudah diambil seseorang. Perlahan-lahan dia terjelopok jatuh. Jatuh terduduk!
   Wajah umi dicari. Dan mulutnya melopong melihat umi sedang menangis di sisi satu susuk tubuh yang sudah separuh rentung. Abah? Jerit hatinya sebelum dia sudah tidak sedar apa-apa. Tubuh kecil itu jatuh juga menyembah bumi. Darah mula mengalir tanpa henti dari luka-luka yang ada.
   Ya Allah, sengsaranya anak kecil itu!
    “ Lia!!” jerit suara Puan Solehah hiba.
   Bunyi guruh yang berdentum mengembalikan Zahlia ke alam nyata. Air matanya mengalir tanpa sedar. Cepat-cepat dia panggung kepala sebelum air mata itu dilap lesu. Seketika, pandangannya kaku apabila ternampak satu renungan tajam terbias pada cermin di hadapannya. Wajah bengis Afiq yang merenungnya tajam tidak mampu ditentang lama.
   Perlahan-lahan wajah ditundukkan menekur lantai. Zahlia berura-ura untuk berlalu. Belum sempat dia nak melangkah jauh, terasa pergelangan tangannya sudah direntap kasar. Terdorong tubuhnya memeluk tubuh sasa suaminya. Jantung mulalah berlagu tanpa rentak.
   “ Fiq, lepaskan Lia.” pinta Zahlia apabila sedar pautan itu semakin kemas mencengkam. Dia tidak dapat nak menelah apa yang bermain di fikiran lelaki muda itu. Wajah lelaki yang berusia 24 tahun itu dipandang takut-takut. Afiq tayang senyuman sinis.
   “ Kau nak ke mana?” soal Afiq keras.
   “ Lia.. Lia nak ke bawah. Tolong umi.” balas suara itu tersekat-sekat. Afiq mengeleng-geleng sinis.
   “ Kau ni dah lupa ke umi tak ada? Umi kan outstation? Tak cukup dengan bodoh, bebal pula kau sekarang ye?” soal Afiq memerli.
   “ Err.. Lia lupa. Takpelah, biar Lia sediakan makan malam kita.” Afiq diam tak memberi reaksi. Matanya mula menangkap rambut basah milik si isteri. Mulalah syaitan hendak menghasut anak Adam waktu ini!
   “ Kenapa kau duduk lama-lama depan cermin tadi? Lia-Lia.. kau ingat ni zaman dahulu kala ke? Kau tenung  cermin tu sampai pecah pun, wajah kau tetap hodoh.” kutuk Afiq selamba. Zahlia terkesima. Sungguh lancang mulut ini bersuara. Darah mula menyerbu naik.
   “ Ya, memang Lia hodoh. So? Ada masalah ke dengan Fiq kalau Lia nak tenung lama-lama wajah Lia kat cermin tu? Fiq sakit hati ke?” balas dia bertubi-tubi. Tercengang Afiq dek sikap berani gadis itu. Berani pula dia melawan aku?? Bentak hatinya mula panas.
   “ Kau melawan aku, Lia?” suaranya dah bergetar.
   “ Memang. Lia melawan sebab Lia tak nak Fiq tindas Lia macam orang bodoh.  Ingat sikit, Lia ni kakak Fiq. Walaupun Fiq tak nak hormat Lia sebagai isteri, hormatlah sebagai kakak. Orang yang tua daripada Fiq.” Masih lancar Zahlia bersuara. Entah hantu manalah yang dah rasuk dia. Berani semacam aje!
   Dengan geram, Afiq cengkam rambut Zahlia. Hati jantannya mula tercabar.
   “ Woi, aku takde kakak macam kaulah. Muka berkeladak macam tu, jangan harap nak jadi sesiapa pun dalam hidup aku. Kau ingat sikit, kau tu cuma anak angkat.” tekan Afiq garang sebelum rambut itu dilepas kasar. Zahlia tahan rasa.
   “ Memang Lia anak angkat. Dan terima kasih sebab ingatkan Lia tentang status Lia. Lia tahu Fiq benci tengok muka Lia. Yelah.. muka buruk macam ni tak ada orang nak pandang pun. Bukan macam Lin. Lia tahu, Lia tak secantik dia. Tapi, tolonglah Fiq. Lia mohon Fiq janganlah hina Lia lagi.” Zahlia menangis hiba. Semakin jengkel Afiq melihatnya. Dasar perempuan tak sedar diri! Herdik hatinya marah.
   “ Kau jangan nak mengajar aku, Lia. Kau tak layak dan kau tak ada hak nak buat permintaan macam tu.”
   “ Kalau itu kata Fiq, terpulanglah. Teruskanlah Fiq bersikap macam tu. Sesungguhnya, Tuhan ada untuk melindungi Lia. Fiq kena ingat, Lia tak takut pada Fiq. Tapi, Lia hormat Fiq sebab Fiq suami Lia. Fiq langsung tak nampak hebat di mata Lia sebab Fiq cuma mampu membuli kaum yang lemah saja.” Tanpa sedar, bait kata Zahlia sudah mencabar ego si suami. Zahlia baru hendak melangkah. Namun, sekali lagi dia terkejut apabila tubuhnya dihumban kasar ke katil besar itu. Dia terpana!
   Nafas mula tak teratur. Dari raut wajah Afiq, dia dapat rasa ada malapetaka yang bakal berlaku. Ya Allah, kenapa mulut ini lancang sangat? Zahlia mula menyesal, tapi dia sedar semuanya dah terlambat.
   Afiq naik menindih tubuhnya dengan kasar. Pipi Zahlia ditampar kuat.
   “ Kurang ajar kau, Lia. Kau berani nak memperlekehkan aku?? Kali ni, kau akan tahu aku hebat ke tak. Aku tahu, kau pun teringin kan nak aku layan kau?” ujar suara itu menyindir lalu ketawa berdekah-dekah. Zahlia takut. Badannya mula menggigil cemas.
   Kenapa dengan suami aku ni? Allah.. bantulah hambamu.
   “ Fiq, Fiq dah gila ke? Lepaskan Lia.” Zahlia meronta-ronta.
   “ Kau jangan harap, Lia. Kau nak sangat aku tunjuk aku hebat kan? Kau nak aku buktikan ke??” sergah suara itu ibarat petir. Zahlia terlopong.
   Ya Allah, bukan itu maksudnya. Afiq sudah bertindak liar. Rambut Zahlia dicengkam kasar.
   “ Malam ni kau akan kenal siapa aku, Lia.” Lalu, Afiq kembali ketawa galak. Zahlia dapat rasa jantungnya sudah nak tercampak keluar saat matanya menangkap tingkah Afiq yang sudah menanggalkan bajunya itu.
   “ Fiq, jangan buat Lia macam ni. Tolonglah.” Zahlia masih mencuba nasib.
   “ Kau lebih baik diam kalau tak nak aku buat kau lagi kasar!!” ugut suara itu seraya membenamkan wajahnya pada leher putih Zahlia. Zahlia menjerit kerana perbuatan kasar suaminya itu menyakitkan tubuhnya. Diri tidak ubah seperti pelacur!
   Sampai hati, Afiq!
   “ Fiq.. tolong Lia. Jangan macam ni.” pujuk Zahlia lagi. Namun, wajahnya pula menjadi habuan penampar. Perit usah dikata. Tanpa sedar, pandangannya sudah terasa berbalam-balam. Dan saat itu, dia hanya mampu menyerah apabila merasakan tangan Afiq ligat meliar di segenap tubuh kecilnya.
   Lia redha kalau ini cara yang Fiq mahu. Rintihnya antara sedar dan tidak.
*****************

 Beberapa bulan kemudian..
   Zahlia rasa tubuhnya benar-benar lesu. Semenjak insiden dia ditiduri dengan kasar oleh suaminya, dia kini sudah menjadi wanita yang tidak punya hati dan perasaan. Apatah lagi, kini mereka sudah berpindah rumah. Pada mulanya, berat juga hatinya mahu meninggalkan umi. Namun, suaminya pandai bermain kata. Umi yang tegas tidak mahu mereka berpindah akhirnya hanya tunduk mengalah.
   Semenjak hari itu juga, tubuh Zahlia sering menjadi mangsa nafsu suaminya. Meskipun mereka halal, tapi Zahlia tidak rela tubuhnya disentuh sedangkan kebencian begitu hebat menular dalam diri suaminya.
   Zahlia merangkak turun dari katil. Baru beberapa langkah, dia jatuh tersembam. Ah, dia benar-benar tak larat. Tubuh yang terdedah hanya dibaluti selimut cuba digagahkan untuk melangkah ke bilik air. Dia hendak membersihkan diri.
   Masih dia ingat semalam suaminya langsung tak hiraukan dia yang merayu-rayu agar tidak ditiduri. Bagi Afiq, nafsu adalah segala-galanya. Sudah dimaklumkan pada Afiq bahawa dia demam, tapi tengkingan pula menjadi santapan halwa telinga. Akhirnya, Zahlia hanya diam merelakan segalanya.
   Usai membersihkan diri, Zahlia cuba menelefon Afiq. Namun, panggilannya dibiarkan tak berjawab. Dia sebetulnya hendak meminta tolong Afiq menghantarnya ke klinik. Malas hendak membuang masa, dia sudah membuat keputusan untuk ke sana dengan teksi sahaja.
   Baru dia hendak turun, kelibat kereta suaminya sedang memasuki perkarangan banglo mereka. Bibir mula mengukirkan senyuman kelegaaan. Nampaknya nanti Afiq sudah tentu boleh hantarkan dia ke klinik. Tak payahlah dia bersusah nak menahan teksi bagai.
   “ Afiq.. bo..” Belum sempat dia nak habiskan ayat. Dia nampak Afiq dah melangkah ke arah pintu kereta sebelah pemandu. Terkesima dia seketika apabila matanya menjilat seraut wajah anggun dan bergaya dengan pakaian korporat sedang tergelak manja di sisi Afiq.
   “ Lin.. tunggu sini kejap. I nak naik ambil dokumen tu. Nanti, kita keluar lunch sama.” ujar Afiq lalu mencium pipi Emalin. Tersipu-sipu gadis itu apabila dilayan sebegitu. Zahlia hanya mampu beristighfar. Suami aku tak nampak ke aku tercongok depan dia ni? Perlahan-lahan, tanpa dipinta kaki melangkah menghampiri sesusuk tubuh itu. Riak takut dan cemas jelas kelihatan.
   “ Afiq..” panggil Zahlia perlahan. Afiq berpaling dengan renungan tajam. Emalin juga ikut berpaling dengan senyuman jengkel. Senyuman mengutuk dirinya!
   “ Fiq.. ni ke isteri you? Eee.. tak cantiknya. Gelilah I tengok pipi dia tu. Fiq, you lalu ke nak duduk dengan dia ni?” Emalin sudah menggeletis miang. Zahlia hanya mampu tahan pedih. Suaminya langsung tidak memarahi Emalin yang menghinanya. Dia sudah kelihatan seperti orang bodoh sahaja. Hampir dia terjelopok jatuh kerana tubuhnya yang lesu tak bermaya.
   “ Lin.. you tahu taste I kan?” jawab Afiq mengada-ngada. Emalin hanya tergelak manja. Sengajalah tu!
   “ Fiq.. hantarkan Lia pergi klinik.” Malas mahu bertekak, Zahlia memegang lengan Afiq meminta pertolongan. Namun, cepat pula tangan halusnya ditepis.
   Stay away from me, Lia. Kau fikir kau tu siapa? Nak suruh aku hantarkan bagai. Come, baby.” Afiq menengkingnya sebelum tubuh genit Emalin dipeluk untuk menjauhkan dari dirinya. Seolah-olah dia ni hanya membawa virus sahaja kalau didekati.
   Subhanallah, tidakkah Afiq sedar bahawa dia sedang bersentuhan dengan bukan muhrim?? Detik hati Zahlia sebak.
   “ Fiq.. tolonglah. Lia tak larat ni.” Zahlia pegang tangan Afiq lagi. Mata Afiq mulalah membulat. Merah seperti naga.
   “ Kau tak faham bahasa ke? Aku takkan benarkan diri kau yang buruk tu naik kereta mewah aku. Kau kenal aku macam mana, Lia. Kalau dah putih kata aku, jangan kau nak memandai tukar-tukar pula.” sergahnya garang. Tersentak tubuh kecil molek itu. Tangan naik menyentuh parut pipinya. Kepala mula terasa pusing.
   “ Sampai hati, Fiq. Lia tak minta jadi macam ni, Fiq. Lia tak minta. Takpelah.. Lia tahu Lia tak secantik dia.” ujar Lia lalu matanya berhenti pada wajah cantik Emalin. Emalin sudah tersenyum bangga.
   “ Tapi, Lia ada maruah. Fiq, kalau begini layanan Fiq pada Lia. Tolong, lepaskan Lia. Lia dah tak sanggup lagi. Lepaskan Lia, Fiq. Mungkin ini yang terbaik. Ampunkan segala dosa Lia pada Fiq.” ujar gadis itu lalu berlari keluar. Dia sudah tidak sanggup hendak menatap kedua-dua wajah yang merobekkan hati itu.
   Afiq terpempan di tempatnya berdiri. Sungguh, hatinya pedih mendengar permintaan gadis itu. Entah kenapa, dia rasa sayu melihat air mata Zahlia. Untuk pertama kalinya, hatinya rasa tersentuh melihat mendung yang berlabuh pada wajah Zahlia. Dia tergamam tanpa kata sebelum telinganya mengakap satu bunyi kuat dari arah luar.
   Stretttttttttttttttttttt… bunyi tayar bergesel memaksa Afiq terus berlari keluar. Seketika, kakinya terpaku. Ya Allah!!
   “ Lia!!!” jerit Afiq yang jatuh terjelopok di hadapan pintu pagar banglo mereka. Sungguh ngeri keadaan isterinya tika itu. Darah memenuhi seluruh tubuh itu. Kelihatan kulit mulus itu terkoyak rabak dengan teruknya. Allah!!
   Dan untuk kali kedua, Zahlia mula merasakan dirinya seolah-olah sudah dijemput PenciptaNya.
   Selamat tinggal, Fiq. Terima kasih untuk ‘kesengsaraan’ yang Fiq berikan. Lia pergi dulu..
*****************

Dua minggu berlalu..
“ Umi tak sangka Fiq sanggup buat isteri sendiri macam tu. Macam sampah Fiq buat Lia.” luah Puan Solehah kecewa. Wajah Afiq yang masih menunduk ditentang sayu. Sudah dua minggu Zahlia berada di ICU.
   “ Umi, Fiq minta maaf. Fiq tak sangka benda boleh jadi macam ni. Fiq cuma tak dapat terima kenyataan yang isteri Fiq buruk.. buruk dengan..”
   Dia tidak jadi meneruskan kata. Bimbang umi semakin mengamuk pula. Bingkas Puan Solehah bangkit berdiri dengan wajah merah padam. Afiq perlu disedarkan! Bisik hatinya.
   “ Buruk macam apa, Fiq? Buruk dengan pipi berkeladak macam tu??” Suara uminya bergema hebat. Afiq tunduk wajahnya lagi.
   “ Kau memang tak guna, Fiq. Umi menyesal ada anak macam kau. Lebih baik, anak umi cuma Zahlia seorang sahaja walaupun dia cuma anak angkat. Hati dia mulia, Fiq.” ujar uminya seolah-olah kesal. Afiq terpempan. Sampai tak nak mengaku anak? Melampau!
   “ Umi, apa yang hebatnya Lia sampai umi sanggup cakap macam tu?? Fiq anak umi. Anak kandung umi.” jerkah Afiq balik. Langsung lupa orang yang dijerkah itu adalah umi yang seringkali dihormati.
   “ Kurang ajar!” Serentak penampar mengenai pipi Afiq. Puan Solehah nampak menggigil. Tak pernah-pernah dia berkasar dengan Afiq. Memukulnya apatah lagi. Agaknya sebab itulah Afiq jadi bongkak.
   “ Kau nak tahu kenapa umi bela Zahlia daripada anak umi sendiri? Kau nak tahu sangat ke??” Puan Solehah sudah terduduk lesu dia atas sofa. Afiq yang masih tergamam jatuh melutut. Pipinya yang perit dibiarkan sahaja.
   “ Sebab dia adalah orang yang dah selamatkan satu-satunya nyawa anak tunggal, umi.” Sebaris ayat itu menyentak kuat hati Afiq. Afiq panggung kepala. Tubuhnya mengigil tanpa isyarat.
   “ Apa maksud umi?” Afiq bertanya dengan suara terketar-ketar. Parau suaranya!
   Lia, maafkan umi. Mungkin dah tiba masanya umi ceritakan hal yang sebenar. Umi tak nak Afiq semakin jauh dan keluarga kita berpecah macam ni.
   “ Umi, bagitahu Fiq. Apa umi cakap ni?” Afiq meluru pada uminya. Tubuh uminya digoncang kuat.
   “ Fiq.. dah lama umi simpan rahsia ni. Dah hampir 21 tahun lamanya. Lia yang minta umi rahsiakan.”
   “ Umi, jangan berkias. Jelaskan, umi. Apa yang Fiq tak tahu selama ni??” Suara Afiq naik satu oktaf. Puan Solehah menangis kuat. Tangan anaknya digenggam erat.
   “ Fiq, kalau Fiq nak tahu.. parut di pipi  dan dahi Lia adalah berpunca daripada Fiq.”
   Afiq terlopong. Apa yang umi sedang bergurau  ni?? Dipandang wajah uminya memohon penjelasan. Puan Solehah angguk tanda mengiyakan.
   “ Ya, Fiq. Parut tu puncanya daripada Fiq. Sebab nekad untuk selamatkan adiknya yang sedang bertarung dengan maut, Lia nekad redah masuk rumah kita yang sedang terbakar untuk selamatkan Fiq dan abah. Fiq tentu tak ingat dan tak faham sebab masa tu umur Fiq baru tiga tahun.”
   “ Umi..”
  “ Dengar dulu, Fiq. Lia yang umi kenal adalah seorang gadis yang cantik. Anak kecil yang lincah dan petah. Tapi, semenjak kejadian tu.. semua orang sisihkan dia kerana wajah dia itu. Bukan pinta Lia jadi begitu.” Puan Solehah berhenti sejenak. Air mata dikesat dengan hujung bajunya.
   “ Waktu itu, Lia dah berjaya keluar dari api yang marak. Dia yang berlari panggil orang kampung. Rumah kita terbakar, Fiq. Umi dan Lia selamat keluar daripada rumah. Bila Lia balik semula ke tempat kejadian, dia nampak abah dan Fiq tiada. Tanpa banyak soal, umi nampak dia berlari masuk redah dalam rumah tu. Umur dia baru lima tahun, Fiq. Tapi, rasa tanggungjawab dah sebati dalam diri dia untuk kita semua. Dia sanggup bahayakan nyawanya. Tentu susah nak percaya anak kecil yang usianya hanya lima tahun sanggup buat macam tu, kan?” Puan Solehah berjeda. Hatinya sudah bergumpul dengan sebak.
   Ya Allah, kenapa aku tak pernah tahu tentang kejadian hitam ni? Kenapa?? Afiq sudah menjerit seksa.
   “ Umi dah meraung-raung dekat luar. Tak lama lepas tu, penduduk kampung bawa keluar jenazah abah yang dah separuh rentung. Hati umi pedih. Umi tak sangka hari tu abah akan tinggalkan kita. Umi mula risau sebab Lia dan Fiq masih tak muncul-muncul. Umi cuba nak masuk, tapi penduduk kampung halang. Fiq nak tahu apa jadi lepas tu?” soal Puan Solehah. Afiq sudah bergenang air mata. Maknanya umi tipu yang abah mati sebab kemalangan? Satu lagi rahsia berjaya dirungkaikan.
   “ Sepuluh minit umi menunggu, akhirnya umi nampak Lia keluar sambil kendong seorang anak kecil. Dan anak kecil itu adalah Fiq. Tak lama, Lia pula rebah menyembah bumi. Umi menjerit panggil Lia. Umi tak nak Lia tinggalkan umi macam abah. Umi pergi dekat Lia. Umi terkejut sangat bila tengok pipi dan dahi Lia dah hangus disambar api. Umi tak dapat bayangkan kesakitannya, Fiq.” Semakin kuat tangisan wanita tua itu. Afiq tersandar lemah.
   Rupa-rupanya orang yang aku hina selama ini sudah banyak berjasa dalam hidup aku. Wajah buruk itu juga wujud sebab aku. Sebab aku, Afiq Muiz!! Ya Allah, ampunkan dosa aku. Lia.. ampunkan abang. Afiq mula menyesali diri.
   “ Umi, umi cakap abah meninggal sebab kemalangan? Umi tipu Fiq?” soal Afiq lemah. Sudah banyak air matanya dimuntahkan. Dan kini, dia betul-betul lesu.
   “ Umi terpaksa, nak. Sebab ini permintaan Lia. Lia tak nak kenang lagi insiden tu. Umi pun sama. Semua tu terlalu perit. Dan yang paling penting, Lia tak nak Fiq rasa bersalah bila tahu parut tu berpunca daripada Fiq. Gara-gara dia selamatkan Fiq. Katanya, dia ikhlas selamatkan Fiq sebab dia sayangkan Fiq. Kerana itu juga, ibu tak teragak-agak nak Fiq kahwin dengan Lia. Umi tahu Lia gadis yang baik. Lia boleh jaga Fiq. Umi tak nak hubungan kekeluargaan kita putus macam tu je. Apatah lagi bila Fiq dah kahwin lain dan umi pun dah tak ada masa tu.” ujar Puan Solehah sebak. Makin kuat raungan Afiq kedengaran. Puan Solehah bangun memeluk tubuh sasa anaknya.
   “ Umi, Fiq jahat. Fiq dah hina dia. Isteri Fiq, umi. Isteri Fiq. Sekarang, dia ada kat ICU pun sebab Fiq. Umi, Fiq nak jumpa Lia. Nak minta ampun. Umi, bawa Fiq jumpa Lia!!” ngongoi Afiq terus.
************************

Afiq terduduk lesu di atas kerusi yang berada di hospital yang menempatkan isterinya itu. Khabar yang baru dia dengar tadi benar-benar membawa pergi separuh daripada nyawanya.
   “ Maaf, encik. Isteri encik dah discharge semalam. Dia dijemput oleh keluarga kandungnya.” ujar Doktor Nadia. Afiq terjelopok lemah di situ. Keluarga kandungnya? Tapi, Lia kan anak yatim?
   “ Tapi, isteri saya anak yatim.” Afiq bersuara perlahan. Doktor Nadia tersenyum.
   “ Memang. Tapi, mengikut khabar yang pihak kami terima.. Lia masih mempunyai seorang ayah. Hmm.. encik kenal dengan Datuk Akil?” soal Doktor Nadia. Afiq menggeleng dengan riak tanda-tanya. Umi di sebelah dikerling. Namun, wajah uminya hanya tenang.
   “ Datuk Akil adalah bapa kandung Lia. Mereka terpisah sebab ada orang yang cemburukan ibu kandung Lia. Tapi, ibu kandung Lia baru sahaja dua tahun meninggal dunia. Hmm.. macam nilah. Kalau encik nak tahu lebih lanjut, rasanya umi encik lebih arif sebab umi encik pernah bersembang beberapa kali dengan Datuk Akil masa Lia koma dahulu.” terang Doktor Nadia sekaligus membawa pandangan Afiq melekat pada ibunya.
   “ Umi tahu?” soal Afiq tidak percaya. Perlahan-lahan wajah tua itu mengangguk.
   “ Maaf.. umi tak boleh bagitahu Fiq masa tu. Tapi, percayalah yang Datuk Akil memang ayah kandung Lia. Surat beranak Lia bukti segalanya. Dan umi yakin Datuk Akil baik orangnya.”
  “ Umi patut bagitahu Fiq. Lia isteri Fiq. Selagi Fiq tak izinkan Lia pergi, Lia tak bolah pergi.” marah Afiq tiba-tiba. Wajahnya merah padam.
   “ Sabar, Fiq. Lia pergi sebab dah banyak dia menderita selama hidup dengan kita. Lagipun, selama dia berada di hospital, Fiq tak pernah jenguk dia. Dia dah minta izin pada ibu. Ibu pun terpaksa lepaskan Lia. Demi kebahagiaan Lia. Ada lagi satu yang perlu Fiq tahu. Lia mengandung. Dah dua bulan. Tapi, kuasa Tuhan. Sewaktu kemalangan kalau diikutkan kondisinya, memang tipis untuk kandungannya selamat. Syukur..” ujar Puan Solehah dengan suara sebak.
    Afiq terpempan. Mengandung? Semakin berkepuk-kepuk rasa bersalah menghantui dirinya. Zahlia mengandung sebab dia yang meniduri gadis itu. Ya, isteri yang ditiduri dengan kasar dan tanpa kerelaan.
   Kasihannya, Lia. Agaknya sewaktu Lia minta dihantarkan ke hospital, isterinya letih sebab alahan. Mungkin?
   “ Ya Allah.. Fiq dah nak jadi papa. Umi, Fiq sayang Lia. Fiq nak Lia, umi. Kenapa Lia tinggalkan Fiq??” Afiq mula hilang pertimbangan. Cermin pintu di hadapannya ditumbuk kuat. Terjerit Puan Solehah dengan tingkah anaknya yang separuh hilang akal itu.
   “ Fiq! Jangan cederakan diri sendiri. Dah tak ada gunanya. Lia dah pergi. Lia sekarang bukan lagi Lia yang dulu. Dia dah berubah! Lepaskanlah Lia pergi, biar dia cari kebahagiaan dia. Kalau dia dah tenang, umi yakin dia akan balik cari kita,” pujuk Puan Solehah. Bahu anaknya disentuh lembut. Tangan sasa Afiq yang berdarah dipandang sayu sebelum dia bergegas memanggil doktor.
   Lia, kenapa tinggalkan Fiq? Fiq nak jumpa Lia. Nak jaga Lia. Nak jaga anak kita. Lia, pulanglah.. rintih Afiq sebelum pandangannya bertukar kelam.
****************

Empat  tahun berlalu..
Afiq sedikit terpempan melihat suasana villa uminya yang dikunjungi seseorang. Kereta BMW 3 Series yang elok terparkir di laman villa mewah itu semakin membuahkan tanda pelik. Afiq melangkah masuk. Tika itu, dia nampak tiga susuk tubuh sedang bersembang rancak dengan uminya. Dia yang masih berpakaian pejabat segera meneruskan langkah.
   “ Assalamualaikum.” Dia memberi salam. Seketika, satu susuk tubuh berpaling memandangnya. Siapa pula lelaki tua ini? Rakan perniagaan umikah? Soal hatinya bertalu-talu. Puan Solehah tersenyum penuh makna. Namun, dia musykil apabila satu susuk tubuh yang membelakanginya masih tidak berpaling.
   “ Eh, anak umi dah balik? Mari sini, Fiq. Umi nak kenalkan pada seseorang.” ucap Puan Solehah teruja. Afiq melangkah dengan riak pelik. Briefcase di tangan diletakkan di atas meja kecil.
   “ Ni.. kenalkan rakan perniagaan umi, Datuk Ahmad.” perkenal uminya. Seketika salam bersambut mesra. Afiq sempat kerling wajah seorang wanita yang masih sibuk memangku anak kecilnya. Comelnya anak itu. Dengan rambut ikal, mata bersinar-sinar. Nampak sangat polos! Getus hatinya mengagumi.
   “ Papa.” Tanpa diduga anak kecil yang diriba sesusuk tubuh itu mula menerpa padanya. Tangan kecil itu mula memaut lengan sasanya membuatkan Afiq pucat lesi. Afiq kaget. Eh, kenapa pula budak perempuan ni panggil dia papa? Perlahan-lahan Afiq duduk bertinggun.
   “ Errr.. Putri, meh kat mama. Tu bukan papa, sayang.” Satu suara halus memaksa dia berpaling ke sisi. Seketika, dunia seolah-olah berhenti beredar pada paksinya.
   Ya Allah, bidadari mana ni yang cantik sangat?? Mata Afiq menjelajah setiap anggota yang ada pada wajah itu. Memiliki mata yang cantik, hidung mancung, seulas bibir menawan dan kulit yang mulus tanpa sebarang cacat cela. Ah, sempurnanya dia. Jerit hatinya. Namun, demi memikirkan kesetiaannya untuk menunggu si isteri yang dah lama menghilang pergi, dia mengalihkan pandangan.
   “ Ni papa Putri. Papa Putri.” rengek anak kecil itu mula nak menghamburkan tangisan.
   “ Putri Merlissa Umaira.. dengar cakap mama!” Suara itu kedengaran agak tegas. Semakin panjang cebikan anak kecil itu apabila mamanya memarahi. Hailah.. jatuh kasihan pula Afiq melihatnya.
   “ Takpe.. biarlah dia nak anggap saya ni papanya. Tak salah kan?” ujar Afiq lembut. Seketika, gadis cantik tadi membuang pandang tatkala pandangannya berlaga dengan sepasang anak mata Afiq.
   “ Fiq, ni anak Datuk Ahmad. Panggil aje Auni.” perkenal uminya pula. Afiq mengangguk sedikit tanda perkenalan. Berdetak jantungnya apabila wajah manis Auni menunduk sahaja. Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang! Tapi, dia bingung. Siapa pula gadis yang punya rupa persis Auni? Ah, biar ajelah. Bentak hatinya tiba-tiba.
   Hmm.. umi.. Fiq naik dululah. Nak bersihkan badan. Nak solat Asar pula. Takut tak sempat nanti. Err.. Datuk, Auni.. duduklah dulu.” ujar dia bermanis muka. Datuk Ahmad hanya mengangguk sambil menghantar satu pandangan sayu yang sukar untuk ditebak oleh Afiq.
   Baru dia nak melangkah, suara anak kecil itu merengek lagi.
   “ Pa.. nak ikut. Nak ikut papa. Putri nak ikut.” rengek anak kecil itu sambil menarik-narik lengan Afiq. Afiq kelihatan serba-salah.
   “ Putri, jangan kacau uncle, sayang. Mari kat atuk, cu.” panggil Datuk Ahmad mencelah. Namun, anak kecil itu menggeleng laju dengan tangisan yang dah mula berlagu.
   Afiq tersenyum kecil. Dia duduk semula agar ketinggiannya sama dengan ketinggian Putri.
   “ Nak ikut papa ye? Come.. jom teman papa solat kat atas. Tapi, Putri tak boleh kacau papa solat tahu?” Afiq mula mesra dengan anak kecil itu. Tanpa menunggu lama, sengihan lebar mula menghiasi wajah Putri.
   Comelnya dia, macam mamanya. Puji Afiq lagi dan lagi. Saat dia mendukung Putri, ada satu rasa aneh meresap jauh ke dalam hatinya. Apatah lagi, lirikan mata Auni seolah-olah sedang memerhatikannya.
   Afiq terus mengatur langkah. Memanjat anak tangga ke tingkat atas. Sesekali kedengaran suara riang Putri menyapa telinga.
   “ Umi.. dia tak perasan kan, umi?” soal wanita bernama Auni tadi. Umi menggeleng bersama senyuman hambar.
   “ Jangan risau. Kamu kan dah berubah jauh berbeza. Dia takkan cam. Jangan risau ye?” pujuk Puan Solehah sambil menepuk-nepuk tangan gadis itu. Auni tersenyum dalam tangisan.
*****************

 Auni teragak-agak hendak menapak masuk ke dalam villa itu. Namun, demi memikirkan anaknya yang merengek-rengek ingin berjumpa Afiq, dia terpaksa tabahkan hati. Dikerling garaj kereta yang bercat kuning itu. Hmm.. kereta Mitsubishi Lancer Afiq kelihatan tersadai di situ.
   Dengan langkah berdebar-debar, Auni melangkah. Salam diberikan dengan suara terketar-ketar. Putri di sisi sudah tersenyum lebar sambil bertepuk gembira.
   “ Waalaikumussalam.” jawab Afiq yang melangkah ke luar untuk menjengah. Seketika dia terpempan.
   Auni? Wah, cantiknya dia dengan blaus berwarna ungu dipadankan dengan jeans hitam itu. Tudung pula sentiasa kemas dikepala wanita itu. Jantungnya mula berdegup kencang. Tak dapat dinafikan, apabila dia berada dekat dengan Auni, dia terasa seolah-olah Zahlia muncul dalam mimpinya.
  Ah, rindunya pada Lia. Hatinya sebak tiba-tiba. Auni perasan mata lelaki itu bergenang.
   “ Boleh saya masuk? Putri nak sangat jumpa awak. Maaflah, dia tak ada papa. Sebab tu perangai dia macam ni.” Auni teragak-agak hendak bersuara. Afiq cepat-cepat sapu air mata yang hampir menitis. Kemudian, dia tersenyum kacak.
   “ Masuklah. Saya pun dah rindukan Putri ni. Umi ada kat dapur.” pelawa Afiq dengan senyuman lebar. Auni segera menapak. Tanpa sedar, kakinya tersadung alas kaki yang berada di muka pintu itu. Tubuhnya mula hilang imbangan. Namun, dia dapat rasa ada satu tangan kasar menyambut cekap pinggangnya.
   “ Maaf, saya tak terniat..” Afiq cepat-cepat meleraikan pautan tangan di pinggang kecil Auni. Dadanya perit dek paluan jantungnya yang kuat. Ya Allah, kenapa aku rasa aneh dengan dia? Aku sudah jatuh cintakah? Ah, tak mungkin! Hanya Lia di hati aku. Afiq mengingatkan diri agar tidak leka.
   Yeayea.. papa peluk mama.” Sorakan anak kecil itu menyedarkan Afiq. Segera tubuh kecil itu didukung. Sementelah, Auni sudah berlalu ke dapur dengan tangan kejap naik memegang dadanya. Ya Allah, rasa itu hadir lagi. Untuk kali kedua!!
*******************

Dua  Minggu kemudian..
Tangisan kuat Putri meresahkan Auni. Auni segera mundar-mandir. Tubuhnya yang juga diserang demam menyebabkan dia tidak yakin dia mampu memandu untuk membawa Putri ke hospital. Ayah pula sudah berlepas ke Vietnam atas urusan syarikat. Ah, hendak minta tolong siapa ni?
   Auni buntu. Umi? Detik hatinya tiba-tiba.
  Namun, segera dia teringat yang umi juga ada urusan penting di luar negara. Ah, kenapa waktu-waktu begini semua orang tak ada pula?? Jerit hatinya.
   Seketika dia mula teringatkan seseorang. Afiq? Ya, aku perlu telefon dia. Ini saja jalan yang terakhir.
   “ Assalamualaikum. Abang, boleh tolong tak?” soal Auni sehingga tersilap membahasakan diri Afiq. Afiq terpempan. Abang? Ah, rindunya dengan panggilan itu.
   “ Abang?” Suara itu menyoal balik. Barulah Auni ingat akan sesuatu. Aduh, macam mana hari ni dia tersasul pula? Sebelum ni okey aje. Itulah.. kelam-kabut sangat!
   “ Oh, salah dengar tu. Err.. Fiq boleh tolong Auni tak?” soal Auni cuba mencari helah. Afiq yang percaya bahawa dirinya tersalah dengar langsung tak mengesyaki apa-apa.
   “ Kenapa ni? Cemas aje?” soal lelaki itu.
   “ Putri, dia demam panas. Rasa tak larat nak pandu kereta sebab saya pun kurang sihat. Kalau pandu juga, kang lain jadinya.” Suara Auni diselangi batuk-batuk kecil. Tanpa bertangguh, Afiq terus sahaja setuju. Hatinya mula bimbang tanpa sebab. Macamlah Auni dan Putri tu isteri dan anaknya??
   “ Okey-okey.. Auni tenang dulu. Kejap lagi, Fiq sampai.”
***************

“ Dah siap dah?” soal Afiq yang baru tiba. Dengan kelam-kabut begitu, Auni angguk laju. Cepat sahaja tangan Afiq merasa suhu di badan Putri. Ya Allah, panasnya.
   “ Kita kena cepat ni. Auni pun demam. Putri pula panas sangat ni.” gesa Afiq. Auni hanya mengangguk. Tubuhnya terasa dia awan-awangan tiap kali dia melangkah. Teringatkan sesuatu, dia berhenti di sisi kereta.
   “ Fiq, Auni lupa nak bawa surat beranak Putri. Fiq tunggu kejap,” ujar Auni laju sembari bersusah-payah untuk mengatur langkah. Afiq segera menahan. Dia nampak tubuh gadis itu dah tak stabil.
   “ Takpe. Auni tunggu sini. Biar Fiq ambil.” ujar lelaki itu lalu segera mendaki ke tingkat atas.
   “ Fiq.. tak payah..” Suara Auni yang hendak melarang tergantung begitu saja apabila Afiq terlebih dahulu melangkah. Ya Allah! Kalau Afiq jumpa bukti itu, semuanya akan terbongkar!!
***************

 Afiq menggeledah seluruh tempat. Namun, masih tak dijumpai. Pandangannya mula jatuh pada meja solek di bilik Auni. Pantas dia menapak ke situ. Beberapa dokumen dikeluarkan rakus. Tiba-tiba, sehelai kertas putih jatuh melayang tepat dikakinya.
   Bibir mengukir senyuman kerana apa yang dicari sudah ditemui. Namun, senyumannya mati apabila dia mula terpandang akan sesuatu. Sesuatu yang menyentap jauh nyawanya. Rasa seolah-olah dia kini sedang bermimpi.
   Putri Merlissa Umaira Binti Afiq Muiz??
   Ya Allah, kenapa nama aku yang dibintikan pada Putri? Adakah? Cepat-cepat dia meneliti bahagian maklumat penjaga.
   Seketika, dia rasa nak pitam!
   Nama bapa yang tercatat.. Afiq Muiz bin Mustakim.
   Nama ibu yang tertera pula.. Auni Zahlia binti Ahmad Akil.
   Ya Allah, sebuah rahsia besar dah terungkai. Tanpa bertangguh, dia segera menapak laju ke arah kereta. Dilihatnya Zahlia sedang duduk sambil menangis.
   Lia.. rupanya Lia yang selama ni ada depan mata abang! Dan Putri, Putri anak abang! Kenapa abang boleh lupa nama penuh isteri abang, Auni Zahlia?? Abang gembira sayang dah kembali! Detik hatinya syukur.
*******************

Dua hari berlalu..
 Wajah Zahlia ditentang dengan riak tajam. Sebenarnya, dia bukan hendak marah pun sebab dia sedar semuanya berpunca daripadanya juga. Tak sangka, wanita cantik ini adalah isterinya! Isteri yang suatu masa dulu dikeji dan dicerca.
   “ Kenapa Lia tipu abang? Oh.. Putri tak ada papa ye?” sindir Afiq tajam. Zahlia hanya tunduk menangis lesu. Rahsia dah tak menjadi sebuah rahsia lagi!
     “ Jawab Lia, kenapa tipu abang??” tengking Afiq apabila Zahlia senyap membisu. Zahlia pekup telinganya. Dia mula ngeri. Dia tak nak dengar lagi pekikan bengis itu. Dia tak nak dengar lagi. Afiq yang menyedari segera menghampiri. Tubuh isterinya dipegang kejap.
   “ Lia, abang minta maaf. Takde niat nak tinggikan suara. Maafkan abang, Lia?” pinta Afiq penuh nada bersalah sambil cuba memeluk Zahlia. Pantas, Zahlia menolak kasar. Afiq terkejut!
   “ Jangan. Jangan sentuh Lia.” ujar gadis itu sambil mengengsot ke belakang. 
   “ Sayang.. jangan macam ni. Abang cuma nak tahu kenapa Lia sanggup tipu abang?” soal Afiq cuba menghampiri. Pantas pula Zahlia memencilkan diri. Afiq mengeluh berat.
   “ Okey, abang takkan sentuh Lia. Cuma, Lia perlu terangkan pada abang. Semuanya!” ujar Afiq tegas. Wajah cantik isterinya direnung sayu.
   “ Betul Fiq nak tahu semuanya?? Tak menyesal?” soal Zahlia tiba-tiba. Wajahnya muram dan penuh duka.
   Kenapa panggil Fiq? Kenapa bukan abang? Ah, hatinya menjerit pedih. Bukan ke aku yang tak izinkan Lia panggil aku macam tu dulu??
   “ Jelaskan semuanya, Lia. Abang nak tahu.” Suara itu sayu kedengaran.
  “ Baiklah. Lia akan jelaskan.” Zahlia bersuara lantang. Dadanya tiba-tiba sebak. “ Memang Lia tak pernah sangka yang kita akan bertemu kembali. Tapi, aturan Allah siapa yang tahu kan?” Zahlia mula bercerita. Dia mengambil tempat di sofa yang berada di bilik itu. Bilik yang pernah menjadi saksi kerakusan suaminya sendiri.
   Ah, perihnya bila dikenangkan.
   “ Suatu hari tu, Lia terserempak umi dekat syarikat ayah. Lia ingat umi tak perasan sebab wajah Lia dah banyak berubah. Tapi, mungkin sebab desakan seorang ibu yang dah lama mengasuh Lia. Umi dapat tebak diri Lia yang sebenarnya. Dan sebab jasa umi yang dah banyak pada Lia, Lia tak mampu nak nafikan.”
   Afiq masih mendengar dengan tekun.
   “ Umi sering juga bertemu dengan Lia. Bermain dengan Putri, cucunya. Sehinggalah suatu hari, umi ajak kami berkunjung ke villa. Umi kata, umi takkan dedahkan diri Lia yang sebenar. Dan umi yakin, Fiq takkan cam diri Lia. Kata umi, dia nak Putri kenal papanya walaupun bukan secara nyata.”
   Afiq mengesat mutiara jernih yang mengalir. Rambutnya diramas kasar. Kekesalan semakin bertambah-tambah membawa beban. Dia seolah-olah bukan lagi lelaki gagah yang digilai ramai. Afiq sudah menjadi lelaki cengeng yang sering menangis kerana seorang gadis. Ya, kerana Auni Zahlia!
   “ Untuk elakkan Fiq dapat tebak siapa diri Lia, Lia guna nama Auni. Namun, Lia terkejut sangat bila dengar Putri panggil Fiq, papa. Sedangkan Lia tak pernah bagitahu perkara sebenar pada anak Lia. Lia cuba nak elakkan diri daripada Fiq. Tapi, Putri pula yang sering menjadi punca kita bertemu. Lia sedaya-upaya cuba nak sorokkan rahsia. Sehinggalah Fiq sendiri yang dapat tahu.” Zahlia sudah tersedu-sedu menangis.
  “ Kenapa Lia nak bohong Fiq?” tanya Afiq. Walhal, dia sudah dapat agak alasannya.
  “ Sebab Lia tak nak ingat kenangan kita lagi. Kenangan  yang buat Lia rasa diri ni macam orang bodoh!” pekik Zahlia tiba-tiba. Bergema seluruh villa mewah itu.
   “ Tapi, Fiq dah menyesal! Fiq nak Lia balik. Nak Putri, anak Fiq.” sayu Afiq berkata. Dia cuba hendak memujuk hati isterinya yang terluka parah. Zahlia tersenyum sinis.
   “ Menyesal sebab isteri Fiq dah tak macam dulu? Sebab isteri Fiq dah cantik? Dah tak buruk  macam dulu?? Sebab tu Fiq nak Lia balik kan?” herdik Zahlia. Hati Afiq tersayat dengan tuduhan itu.
   “ Sumpah, demi Allah. Kalau Lia bukan Lia yang ada depan mata Fiq sekarang sekalipun, Fiq tetap nak Lia. Fiq tetap nak anak Fiq. Fiq nak tebus dosa Fiq pada Lia. ” ujar Afiq bersungguh-sungguh.
   Dia cuba merapati isterinya.
   “ Fiq nak tahu? Lia tak pernah kisah dengan rupa buruk Lia. Lia tak pernah kisah rupa Lia jadi macam tu sebab selamatkan Fiq suatu ketika dahulu. Tapi, Fiq sendiri yang sering caci Lia. Hina Lia,” ungkit Zahlia. Semakin terhiris hati Afiq.
   Ya, memang salahnya. Teruskan, sayang. Teruskan meluahkan kekecewaanmu!
   “ Lia sayang Fiq. Semenjak Lia menginjak dewasa, Lia dah mula sukakan Fiq. Lia tak tahu macam mana rasa itu muncul. Tapi, Lia tak dapat nak elak. Lia dah cintakan Fiq. Lia tahu umur kita berbeza. Tapi, Lia lemah.. Fiq. Lia lemah nak tangkis semua perasaan tu. Sebab tu bila Fiq caci Lia lepas kita dah kahwin, Lia redha. Nak tahu kenapa? Sebab Lia nak mati sebagai isteri Fiq!” Zahlia bersuara lagi. Seketika, dia menarik nafas.
   Ya Allah, Fiq pun dah cintakan Lia sekarang. Batin Afiq menjerit lagi.
   “ Lia dah penat menderita. Mungkin sebab Allah kasihankan Lia, dia hantar ayah yang selama ni terpisah dengan Lia. Sewaktu Lia koma, ayah selalu datang jenguk. Tapi, Fiq.. suami Lia sendiri tak pernah datang jenguk Lia. Lia kecewa! Hati Lia sayu sangat.”
   “ Lia.. Fiq minta maaf. Ampunkan Fiq, sayang.” pohon Afiq sambil cuba menangkap tangan kecil itu.
   “ Lia dah maafkan Fiq. Dah lama maafkan Fiq. Lia tahu Lia buruk, jadi Lia tak salahkan Fiq kalau Fiq menyesal dapat isteri macam Lia. Lia faham Lia tak secantik dia dulu. Tak secantik Lin, kekasih Fiq.” ujar Zahlia bersama suara yang dah serak. Dan Afiq bertambah-tambah kesalnya!
   “ Tolong. Jangan ungkit, Lia. Fiq sakit.” balas Afiq sambil memegang dadanya yang perit mendengar luahan hati seorang isteri yang dizalimi dahulu.
   “ Tak. Fiq kena tahu semuanya.” ujar Zahlia. Afiq terdiam.
   “ Bila Lia sedar, Lia nampak ayah. Ayah kata nak bawa Lia pergi berubat sebab luka pada wajah Lia bertambah teruk kerana kemalangan tu. Ayah bawa Lia berubat di luar negara. Dengan pembedahan plastik, wajah Lia jadi seperti sekarang. Lia tak sangka Lia akan berubah sejauh ini. Lia gembira. Sangat gembira sebab Lia tahu bila Fiq tengok Lia, mesti Fiq akan sayang Lia.”
   “ Tapi, bila Lia sedar akan sesuatu hakikat yang hubungan cinta takkan kekal lama kerana raut wajah cantik  sahaja, hati Lia jadi pudar. Lia rindu Fiq. Lia nak sangat tunjuk diri Lia pada Fiq. Nak dengar Fiq puji Lia. Tapi, Lia tahu berubahnya Fiq semata-mata kerana paras rupa menunjukkan Fiq tak ikhlas. Akhirnya, Lia membawa diri dan besarkan Putri dengan bantuan ayah. Lia ingatkan diri Lia yang Lia boleh hidup tanpa Fiq. Namun, ternyata sampai sekarang.. Lia tak boleh, Fiq. Lia perlukan Fiq. Dan anak kita, Putri dahagakan kasih sayang papanya. Lia lembik kan?” ujar Zahlia pura-pura ketawa. Segera Afiq menerpa laju pada susuk tubuh isterinya. Dipeluk kejap tubuh itu.
   Ya Allah, aku cintakan dia! Aku benar-benar cintakan dia seadanya! Meskipun Lia yang hodoh kembali, aku takkan sia-siakannya. Tekad Afiq. Air mata semakin hebat mengalir.
   “ Shh.. sayang tak lembik. Tapi, Fiq yang lembik. Fiq tak mampu nak pertahankan isteri Fiq. Malah, Fiq sendiri yang buat Lia merana. Fiq jahat. Hukumlah Fiq. Tapi tolong.. jangan pergi jauh daripada Fiq lagi. Fiq sayang Lia. Dan ketahuilah, walaupun Lia yang dulunya kembali, Fiq takkan berpaling tadah. Fiq sayang Lia seikhlasnya. Lia nyawa Fiq. Kalau bukan disebabkan Lia, Fiq mungkin dah lama tak ada. Lia jadi begitu sebab Fiq. Tapi, Fiq tak pernah tahu semua tu. Kalaulah Fiq tahu..”
   “ Fiq.. Lia tak pernah menyesal. Wajah Lia kalau nak dibandingkan dengan nyawa Fiq, nyawa Fiq lagi bermakna. Lia sayang Fiq. Sangat sayangkan Fiq!”
   “ Fiq pun sayang Lia. Terima Fiq semula? Fiq janji akan bahagiakan Lia.” Lama Zahlia tenung wajah suaminya cuba mencari sinar keikhlasan.
   “ Fiq akan jaga Lia walaupun andainya suatu ketika nanti.. Lia dah tak secantik dia?” soal Zahlia polos. Ketawa dalam tangisan Afiq mendengar soalan isterinya.
   “ Tak secantik siapa, sayang?” gurau Afiq mula berani.
   “ Tak secantik Lin!” Ketawa yang ditahan, terhambur kuat. Polosnya isterinya ini. Walhal, kalau diikutkan kematangan umur, Lia lagi berusia.
   “ Ya! Fiq janji. Walaupun Lia tak secantik dia, Fiq tetap akan sayang Lia. Nak tahu kenapa? Sebab wajah cantik tak menjamin kebahagiaan, tapi hati yang tulus ikhlas. Fiq sayang Lia. Teramat sayang. Satu lagi yang perlu Lia tahu, bukan Lia yang tak secantik dia. Tapi, dia yang tak mampu menandingi kecantikan Lia. Lia cantik luar dan dalam. Hati Lia suci.” ucap Afiq sambil mencium lembut bibir isterinya. Buat pertama kalinya, Zahlia merasakan suaminya mencumbuinya dengan lembut. Bukan seperti beberapa tahun lepas.
   “ Opss! Mama dengan papa buat apa tu??” Suara anak kecil mengejutkan pasangan suami isteri itu. Segera ciuman dilepaskan. Dengan wajah tersipu-sipu Afiq menggamit anaknya yang sedang berada dalam dukungan umi itu. Bapa mertuanya juga turut ada di situ menyaksikan tautan kasih yang dulunya terlerai kembali bercantum kuat.
   “ Oh.. intai papa dan mama ye?” usik Afiq sambil menggeletek perut anaknya.
   “ Mana ada. Papa tu yang tak tutup pintu. Kan nenek, atuk?” Petah sekali Putri berbalas. Ketawa lucu Puan Solehah dan besannya, Datuk Ahmad Akil.
   “ Papa.. bila Putri nak dapat adik? Nanti, papa buat mama Putri mengandung ye? Nenek dan atuk ada cakap nak cucu ramai.” Sekali lagi Putri berceloteh. Langsung merah muka Zahlia dibuatnya. Afiq ketawa lepas.
   “ Nanti papa akan bagi Putri adik. Tapi, kena tanya dululah mama. Mama nak ke?” soal Afiq bernada usikan. Langsung cubitan kecil hinggap di lengan sasa Afiq. Afiq menyeringai sakit.
   “ Mama, mama nak tak?” Naifnya soalan Putri. Wajah itu menentangnya dengan redup mengharap. Zahlia toleh pandang wajah Afiq yang sengih melebar. Sukalah tu? Eee..
   Zahlia kelu. Lama juga dia terdiam. Lantas, dengan malu-malu Zahlia mengangguk. Terus gamat bilik itu dengan gelak ketawa.
   “ Tak lama lagi, abang akan tanamkan benih cinta kita kat sini..” ujar Afiq lalu menjamah lembut perut kempis milik isterinya. Zahlia hanya tunduk segan.
   “ Abang nak tengok perut Lia membesar. Abang nak jaga Lia masa Lia mengandung. Abang nak rasa pengalaman tu semua sebab dulu abang terlambat.” ujar Afiq sembari tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Dalam hati, dia memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha ESA.
   Terima kasih, Ya Allah atas kebahagiaan yang Kau limpahkan. Detik hati Zahlia dan Afiq sekata.
   Dan ketahuilah, cinta yang berlandaskan harta, rupa dan darjat tidak akan membawa kebahagiaan. Tetapi, cukuplah dengan hati yang ikhlas dan ketaatan terhadapNYA. Nescaya, hubungan yang dibina berlandaskan agama dan berpaksikan Allah S.W.T akan lebih damai dan harmoni. InsyaAllah..

~Tamat~

47 comments:

  1. sy paling suke cerpen ni...=)
    dh bc byk kali pun xbosan...keep it up

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme kseh yunk.. idea ni dtg tbe2 ble pk ad sesetgh lelaki sk kn permpuan cntek smate. y xcntek, dia hina2. pna diliht gn mate sndiri.. cbb tuh idea dtg.. hehe

      Delete
  2. mmg best dek...so sedeh hukhuk...tk kn kekal sume tuh dek..kalu ALLAH SWT nk amek sekelip mata jer segala yg cantik lenyap dr kite.pd akk dalaman yg cantik akn lebih sempurna dn kekal selama nye...so usah lh terpedaya pd cantik nyer seseorang tuh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tme kseh akq.. sy sokg akq.. skg ni, selalu cgt org y xcntek dhina. kcyan kan? xkre la cntek ke x, hensem ke x.. tp, normalnya y xcntek n xhnsem pasti akn dikeji. apa slh mereka? mrk xmtk jd mcm tuh. btol x, kaq?

      Delete
  3. sepatutnye Afiq Muiz tuh tak layak dapat kemaafan & kasih sayang Zahlia semula...orang macam tuh betul2 tak layakkkk

    ReplyDelete
    Replies
    1. mf kalau xsesuai dgn cre awk.. :) thanks sudi baca..

      Delete
  4. cerpen hana yg pling akak suka..ulang pn x jemu.. :)

    ReplyDelete
  5. Best la this cerpen myntuh hati sy
    -sweetheart87-

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sis.. hana hepi kalau sis suka dgn cerpen ni.. teruskan sokg hana.. jgn lupa beli novel hana yg bakal keluar ye? :)

      Delete
  6. wah bagusnya cerpen ni..

    ReplyDelete
  7. Best la cerpen ni...klu wat novel lg best &
    bila publish pasti saya beli..
    Tahniah hana...

    ..zi yas..

    ReplyDelete
  8. Suka sgt..dengan cerpen ini.. Thumbs up..

    ReplyDelete
  9. Bst gilr cite ni asyik dok mngis. bca bnyak mn pun msti mngis

    ReplyDelete
  10. Bestnya cite ni.. suka sgt! Kalau bole, buatla lg. Heee...

    ReplyDelete
  11. Cerpen paling best diantara cerpen2 Yg pernah sy baca Sgt unik dan byk pengajaran. Good job writer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih sis.. sudi jenguk dn bce.. trus sokg hana yer? :)

      Delete
  12. terlalu mudah memaafkan....hmmmm cinta itu buta

    ReplyDelete
    Replies
    1. yap.. kadg2 cinta itu buta.. thanks sudi bce.. :)

      Delete
    2. saya dah mula meminati hasil tulisan Cik Hana

      Delete
    3. hee.. xperlu pggil cik. hana pun blh.. terima kasih.. Alhamdulillah.. :)

      Delete
  13. Cik Hana....2 thumbs up!!!
    Sampai ke dasar hati saya.

    ReplyDelete
  14. Hari ini baru bertemu jodoh saya dengan blog Cik Hana ni. Tak sabar untuk membaca hasil karya Cik Hana yang seterusnya. Baru selesai dengan yang ni, hati bagaikan sudah terpanggil-pangil untuk membaca yang lain. Saya amat senang dengan gaya penulisan sebegini. Bersederhana, penuh pengisian, tidak meleret-leret...dan sudah pastilah eleman dramanya yang menjadi tarikan utama. Hati saya kata suka...hati saya sudah jatuh cinta.

    ReplyDelete
    Replies
    1. wah.. pnjgnye komen akk. dan Alhamdulillah sbb semuanya positif. terima kasih akk sbb sudi bce karya picisan sye. sye msih bertatih.. :)

      Delete
  15. Masuk dlm list blog yg akan di kunjungi dan novel yg akan dibeli

    ReplyDelete
  16. Best sngat2.. Kmbar saya yg bgitau.. Mula2 mcam malas nk baca.. Tiba2, rasa nk baca.. Skali dah baca, tk hnti2 repeat.. Hbis basah katil.. Mmng nangis jee :')

    ReplyDelete
  17. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  18. Dah byk kali bc cerpen ni masih tak jemu...
    klu blh nk minta cik writer wat novel lak citer ni...
    best sgt2...

    ReplyDelete
  19. Wah. . . Best lh cerpen nie. . .
    Thousand of like from me. . .

    ReplyDelete
  20. Cik hana..cerpen yg best pernah saya baca...nak tanya sambungan x....

    ReplyDelete
  21. Patutnyer kan afiq tuu kena bgi pengajaran lu ke dia biar dia rasa btul2 mnyesal dgn prbuatan dia yg dulu tuu . Seksa jiwa raga dia dulu HHHAHA

    ReplyDelete
  22. best..puas bca..-iezahtakuya

    ReplyDelete
  23. buatlah sambungannya.. mmg best cerpen ni.. nak tau x mcm mana si lia ni mengandung lagi

    ReplyDelete
  24. Seriously? Kanak2 zaman sekarang boleh ckp something about getting their mum pregnant? Wow! That's quite funny! :D

    ReplyDelete
  25. This story contain abuse and marital rape. Mula2 Afiq sentuh Lia tanpa persetujuan Lia walaupun dia dah merayu2 minta Afiq lepaskan. Dah tu dia abuse Lia dan Lia maafkan saja dia? Abuse is abuse,rape is rape. Kedua2 tu jenayah and Lia got a serious case of stockholm syndrome for sympathizing with her ABUSER. IT'S NOT ROMANTIC. Stop romanticizing rape and abuse.

    Don't know what you're trying to teach easily influenced young girls.Tak faham kenapa ramai sangat perempuan melayu suka dengan cerita macam ni. Cerita di mana wanita yang tak reti melawan dan terlalu pasif dilayan seperti sampah oleh husband sendiri kemudian husband insaf dan isteri maafkan je. Masing2 ada fantasy kut nak kena macam ni oleh kaum lelaki in real life.

    ReplyDelete