Aku
tak secantik ‘dia’..
Oleh
: Hana Efryna
Afiq Muiz pandang wajah isterinya dengan pandangan
meluat. Batang tubuh isterinya yang masih lagi berdiri tegak di hadapannya
membuatkan tekaknya tiba-tiba rasa mual. Dengan wajah yang mempunyai parut
berwarna merah kehitaman di pipi kanan dan juga dahi gadis yang tua dua tahun
daripadanya itu, pasti siapa sahaja yang memandang akan rasa tak berselera nak
menatap lebih lama.
Pandangan
dialihkan ke arah lain. Tak sanggup rasanya nak biarkan matanya menatap raut
wajah yang hodoh itu! Seketika, dia mendengus kuat!
Zahlia
hanya merenung sayu wajah lelaki yang baru sahaja bergelar suaminya sebentar
tadi. Dia tahu suaminya meluat melihat dirinya yang tak sempurna seperti gadis
lain. Dia tahu ramai yang geli-geleman hendak menatap wajah berkeladak miliknya
itu. Agaknya kalau orang yang hendak menjamu selera melihat raut wajahnya,
tentu terus mati selera masing-masing.
Perlahan-lahan tangan naik meraba parut di pipi dan dahinya itu. Dia sendiri
berasa rendah diri dengan adanya parut ini. Bertahun-tahun dia mengusung parut
ini ke sana dan ke mari. Sudah tentu berbakul-bakul cacian dan hinaan disajikan
untuknya.
Dengan
takut-takut, Zahlia melangkah ke arah beg usangnya yang terletak di sisi muka
pintu. Berhajat hendak bersalin pakaian. Rimas juga memakai sepersalinan
pakaian yang penuh dengan renda bagai ini. Penat usah dikatalah. Walaupun
majlis perkahwinannya cuma ringkas tanpa jemputan orang luar, tapi
lenguh-lenguh di badan tetap terasa.
Masakan
suaminya hendak mengadakan majlis perkahwinan mereka gilang-gemilang dengan
wajah berkeladak ini berada di sampingnya, kan? Sudah tentu ianya amatlah mustahil!
Dan dia tak pernah simpan angan-angan itu. Dia tahu mana letak dirinya!
“ Hei
bodoh, kau nak ke mana tu?” tengking Afiq garang. Rasa sakit hati kerana dipaksa
berkahwin dengan gadis itu memaksanya memuntahkan segala amarah pada Zahlia.
Sedangkan, dia sendiri dapat melihat bahawa Zahlia juga menentang keras untuk
tidak berkahwin dengannya.
Ah, semua
ini gara-gara umi! Kalau bukan sebab umi yang desak dia berkahwin, sudah tentu
dia tak perlu menghadap wajah yang menyakitkan hati ini. Afiq mendengus lagi.
Dia merebah kasar tubuhnya ke birai katil. Bergegar katil itu dek hempasan yang
kuat. Bahu Zahlia tersentak sedikit dek sikap baran suaminya. Lututnya mula
menggigil kecil.
“Kau dengar
tak aku tanya ni? Kau pekak ke apa? Tak cukup dengan muka berkeladak macam tu,
pekak pula??” hambur Afiq bengkeng. Dia benar-benar marah tika ini. Zahlia
menekurkan wajah ke lantai.
“ Lia nak salin baju, abang.” balas Zahlia
sedikit bergetar. Semakin berang pula Afiq dibuatnya. Bingkas dia bangun lalu
menolak tubuh Zahlia kuat ke dinding. Zahlia hanya mampu pejam mata dek hentakan
kuat yang mengenai tubuhnya. Allah, sakitnya bukan kepalang.
Dagu Zahlia
dicengkam kuat. Tubuh Zahlia sudah semakin menggigil dengan kelakuan si suami.
Dia tak pernah menyangka adik yang dulunya dijaga bagai nak rak, kini sudah
berubah laku.
Memang!
Memang dia hanya orang asing dalam rumah besar itu. Dia hanya gadis yang
menumpang kasih pada umi. Pada seorang wanita kaya yang sanggup mengambil dia
sebagai anak angkat. Pada seorang wanita yang datang menjemputnya di rumah anak
yatim ‘Sinar Kasih’ suatu ketika dahulu. Umi, satu-satunya wanita yang banyak berjasa
dalam hidupnya. Kerana umi juga, dia kini menggenggam segulung ijazah dalam
jurusan undang-undang.
Namun,
ijazah itu ibarat satu perhiasan sahaja. Tiap kali dia memohon untuk ditemu
duga, hanya balasan hinaan yang diterima. Salahkan dia ingin mencari rezeki dengan
wajah sebegini? Tidak layakkah dia? Bukan dia pinta dirinya menjadi sebegini.
Ah, kejam sungguh hidup di ‘dunia’ ini. Langsung menyisihkan orang sepertinya.
“ Hoi
perempuan buruk! Kau nak tahu tak yang kau tak layak nak panggil aku ‘abang’??
Cair tahi telinga aku dengar kau panggil macam tu. Kalau Lin yang panggil, mahu
jugalah sejuk hati aku ni. Tapi, kalau setakat panggilan keramat tu keluar
daripada mulut kau, memang terus berasap aku. Jadi, kalau kau nak selamat.. kau
panggil aku macam biasa. Panggil aku, Fiq! Kau dengar ke tak?” tengking Afiq
lagi sambil menunjal-nunjal kepala Zahlia. Dengan suara terketar-ketar, Zahlia
menjawab. Air mata sudah bersedia nak mengalir. Namun, dia tahan kejap agar
tingkahnya tak semakin menjengkelkan si suami.
“ Dengar,
Fiq. Lia takkan panggil Fiq macam tu lagi. Lia minta maaf. Fiq, lepaskan dagu
Lia. Sakit.” rintih Zahlia. Dapat dirasakan dagunya sudah pedih dek cengkaman
kasar itu. Agak-agaknya sudah luka barangkali. Dengan kasar, Afiq melepaskan
cengkamannya. Terteleng kepala Zahlia dibuatnya.
“ Lagi satu
aku nak pesan, kau jangan cuba-cuba nak naik tidur atas katil. Tempat kau, tu..
kat atas lantai sana!” jerkah Afiq lalu keluar dari bilik itu. Pintu dihempas
kasar.
Tanpa
bertangguh, air mata yang ditahan laju mengalir. Dia benar-benar lelah dengan
ujian ini. Dia tak mampu untuk bertahan. Dia rapuh!
Ya Allah,
aku dah penat. Sampai bila aku harus dikeji? Rintih Zahlia sayu sambil mengheret
kakinya. Sebiji bantal dicapai lalu dia berbaring di atas permaidani tebal itu.
Niat untuk menyalin baju dilupakan terus dek letih yang dah makin bergayut di
tubuhnya. Mujur juga dia sudah solat Isyak bersama umi tadi. Tanpa menunggu
lama, dia terus lena ditemani sendu.
Semoga hari esok lebih membahagiakan
daripada hari yang lalu. Doa Zahlia penuh harap meskipun harapannya hanya nipis
untuk dilunasi.
***************
Dua
minggu kemudian..
Zahlia terkocoh-kocoh menghidangkan sarapan untuk
suaminya. Umi pula sudah lama ke pejabat. Kata uminya, dia hanya akan
bersarapan di pejabat sahaja. Sempat jugalah Zahlia tapaukan nasi lemak sambal
udang itu untuk Puan Solehah.
Zahlia
terjengah-jengah ke ruang atas menunggu kelibat suaminya muncul. Penat berdiri,
dia duduk pula di atas kerusi meja makan kaca itu. Sepuluh minit berlalu,
bayang Afiq belum juga muncul. Segera Zahlia berkira-kira untuk naik ke atas.
Dengan tangan
terketar-ketar, tombol pintu dipulas perlahan. Jam di dinding dikerling. Dah
pukul 7.30 pagi. Dia tak kerja ke? Alah.. syarikat umi sendiri sebab tu dia
buat sambil lewa agaknya. Anak boslah katakan. Detik hati Zahlia membuat
andaian.
“ Afiq.. Fiq..
bangun. Tak kerja ke?” kejut Zahlia dengan jantung yang dah mula berdenyut
laju. Kecut perut juga dia hendak membangunkan lelaki itu. Bimbang menjadi
mangsa amukan pula. Tubuh sasa suaminya mengeliat kecil. Namun, sebentar cuma.
Akhirnya, tubuh itu kembali lena. Zahlia ketap bibir.
Macam mana
ni? Takkan nak kena sentuh pula tubuh dia tu? Kan dia terajang aku, mahu penyek
tubuh aku ni. Bukan boleh dikira angin taufan mamat ni. Omel Zahlia sambil
menggaru-garu kecil pipinya.
“ Awak..
bangunlah. Dah pukul 7.30 pagi ni. Tak kerja ke?” ujar Zahlia sedikit kuat.
Pantas mata Afiq terbuka luas. Segera dia duduk tegak. Wajah isterinya
ditentang garang. Memulas perut Zahlia
dek renungan tajam si suami. Takut dan seram!
“ Hoi
bodoh! Pukul 7.30 pagi baru kau nak kejut aku? Kau ni kenapa dah bebal sangat?
Aku ada meeting pukul 9.00 pagi nanti
dengan syarikat papa Lin.” jerkah Afiq kuat. Tersentak Zahlia. Air mata mulalah
bergenang sayu.
Lin? Hmm.. sudah tentu gadis cantik yang ada
dalam gambar tu. Gadis yang sama cantik dan sama padan kalau digandingkan
dengan Afiq yang kacak bergaya itu. Detik hati Zahlia sedikit pedih.
Memang
suaminya seorang lelaki yang sempurna fizikalnya. Dengan tubuh tinggi dan
segak, diserikan pula dengan wajah ala-ala Pan-Asian itu. Memang amat menarik.
Dan aset yang amat berharga lelaki itu adalah lesung pipit pada pipi kanannya.
Cantik sangat kalau wajah itu tersenyum. Malang sekali kerana Zahlia sudah lama
tidak melihat wajah itu tersenyum padanya.
“ Lia dah
cuba kejutkan Fiq dari tadi. Tapi..”
“ Sudahlah, bodoh! Kau memang tak boleh
diharap! Tepi sikit.” marah Afiq lalu tubuh kecil isterinya ditolak kasar. Jatuh
terduduk Zahlia dek tolakan kasar itu.
Sebaik sahaja kelibat Afiq menghilang di sebalik
pintu bilik mandi, Zahlia bangun perlahan-lahan sambil memegang pinggangnya
yang sengal. Dengan langkah gontai, dia mencapai segala pakaian suaminya yang
dah bergosok lalu diletakkan dia atas katil. Kemudian, kaki terus diatur untuk
melangkah keluar.
********************
Beberapa
hari berlalu..
Zahlia baru
sahaja selesai membersihkan diri. Dia mengintai ke sekeliling bilik. Hmm.. mana suami aku pergi ni? Detik hati
Zahlia seraya melangkah keluar. Dia tika itu sudah siap memakai skirt labuh
dipadankan pula dengan t-shirt lengan panjang berwarna merah hati. Seketika,
dia terpaku di hadapan cermin meja soleknya. Parut yang terpampang di sekitar
dahi dan pipinya di sentuh sayu. Masih teringat-ingat lagi kenangan lalu..
“ Lia.. Lia
keluar sekarang! Biar abah selamatkan umi dan adik. Lia keluar, nak.” arah
Encik Mustakim termengah-mengah sambil sibuk hendak meredah api yang semakin
menggila itu. Asap sudah berkepul-kepul memenuhi rongga hidung anak kecil yang
baru berusia 5 tahun.
Semakin
kuat tangis anak kecil itu apabila melihat kayu yang sudah hangus terbakar api
jatuh tepat mengenai bahu abah kesayangannya. Luka kecil di tangan sudah tidak
dihiraukan. Dia cuba menerpa pada lelaki yang berusia awal 40-an itu. Baju anak
kecil itu sudah koyak-rabak dek disambar api.
“ Lia..
dengar cakap abah. Sekarang, Lia kena selamatkan diri. Biar abah pergi cari umi
dengan adik. Lia keluar dapatkan bantuan ye?
Dengar cakap abah.” Suara Encik Mustakim sudah tersekat-sekat kerana terlalu
banyak menelan asap. Pipi anak kecil itu dikucup sayu sebelum dia melepaskan
rangkulan lalu bergegas meredah api. Tanpa sempat berbuat apa.. anak kecil itu
segera berlari sekuat hati ke arah pintu utama.
Abah.. Lia
akan cuba dapatkan bantuan. Kita akan selamat. Abah, bertahanlah. Lia sayang
abah. Detik hati anak kecil itu bersama tangisan sembari berlari keluar.
Anak kecil yang
masih mentah itu menjerit-jerit meminta tolong. Sekejapan sahaja, rumah kayu
dua tingkat itu sudah dikerumuni penduduk kampung. Zahlia segera berlari dengan
kaki terhincut-hincut. Tika itu, dia nampak umi sedang menangis sambil ditenangkan
orang ramai. Hati kecilnya sudah berdenyut sesuatu.
“ Umi..
mana abah? Mana adik?” tanya anak kecil itu cuba menahan tangis. Pipi uminya
dipegang dengan kedua-dua belah tangan. Semakin kuat tangis uminya.
“ Abah kat
dalam. Abah cari adik.” balas wanita itu sambil teresak-esak menangis. Zahlia
sudah nampak ada yang sibuk bergegas mengisi air ke dalam baldi lalu menjirus
sekeliling kawasan rumah mereka yang sudah teruk diratah api itu.
“ Abah?
Adik?” Zahlia bercakap sendirian dengan sebak sebelum dia nekad untuk meredah
masuk. Tidak tahu kenapa kanak-kanak kecil sepertinya boleh berlagak berani. Terdengar
jeritan uminya. Namun, dia langsung tak peduli. Dengan tubuh kecil itu, dia
nekad untuk selamatkan abah dan adiknya. Dia tidak kisah apa hendak jadi.
Api semakin
menggila. Marak menunjukkan garangnya. Asap berkepul-kepul menyebabkan nafas anak
kecil itu terganggu. Mata kemudian melingas untuk mencari alat yang boleh
melindungi dirinya. Dengan akal mentah, matanya menjamah sebiji bantal. Tanpa
berfikir panjang, bantal itu digunakan untuk menutup hadapan tubuhnya daripada
dijilat api.
Langkahnya
termati apabila api semakin menggila. Dengan azam tinggi, Zahlia merangkak
merentasi. Tidak dihiraukan luka di lengan yang sudah mula mengalirkan cecair
merah pekat.
“ Abah!
Adik!” jerit suara anak kecil itu memanggil. Dengan kudrat yang tidak seberapa,
dia merangkak lagi. Hampir tiba di bilik utama abah dan uminya, dia dapat dengar
satu tangisan kecil. Disapa naluri kasih sayang yang menebal buat si adik, dia
bingkas berlari memasuki kamar yang sudah separuh dijilat api.
Matanya
menangkap sesusuk tubuh kecil adiknya yang sedang menangis ketakutan di sisi
katil. Tanpa bertangguh, terus dia memeluk tubuh itu sebelum diselimutkan tubuh
itu dengan sehelai kain. Terus tubuh kecil itu dikendong di atas belakang.
Apalah sangat kudrat seorang kanak-kanak, dua-tiga kali dia jatuh tersembam.
Namun, tetap digagahkan jua demi memikirkan umi di luar sana.
Umi.. Lia
akan bawa Fiq keluar.
Zahlia meredah tanpa henti. Apabila ada api
yang hendak menyambar, tubuh adiknya dilindungi dengan badan kecil itu. Dia tak
nak tubuh kecil Afiq disinggahi walau sedikit pun api yang sedang marak. Ketika
itu, dia sudah hampir pada pintu utama. Dalam hati, dia berdoa moga-moga dia
sempat untuk keluar.
Tanpa
disangka-sangka, api semakin naik menjulang. Tidak semena-mena libasan itu
tepat mengenai pipi dan dahinya. Habis hangus kulit mulus itu terbakar
menampakkan isi yang sedikit kemerahan. Hanya raungan mampu dia luahkan. Tangisan
si adik pecah lagi menggambarkan ketakutan.
Zahlia
bangkit berdiri. Dengan semangat tinggi, dia terus meredah pintu itu. Takdir
Tuhan, dia berjaya melepasi api yang sudah memakan hampir seluruh rumahnya itu.
Orang ramai
berpusu-pusu mendapatkannya. Masih ada lagi yang tidak henti-henti menyimbah
rumah yang hangus terbakar itu dengan air. Dia dapat rasa tubuh adiknya sudah
diambil seseorang. Perlahan-lahan dia terjelopok jatuh. Jatuh terduduk!
Wajah umi
dicari. Dan mulutnya melopong melihat umi sedang menangis di sisi satu susuk
tubuh yang sudah separuh rentung. Abah? Jerit hatinya sebelum dia sudah tidak
sedar apa-apa. Tubuh kecil itu jatuh juga menyembah bumi. Darah mula mengalir
tanpa henti dari luka-luka yang ada.
Ya Allah,
sengsaranya anak kecil itu!
“ Lia!!”
jerit suara Puan Solehah hiba.
Bunyi guruh
yang berdentum mengembalikan Zahlia ke alam nyata. Air matanya mengalir tanpa
sedar. Cepat-cepat dia panggung kepala sebelum air mata itu dilap lesu.
Seketika, pandangannya kaku apabila ternampak satu renungan tajam terbias pada
cermin di hadapannya. Wajah bengis Afiq yang merenungnya tajam tidak mampu ditentang
lama.
Perlahan-lahan wajah ditundukkan menekur lantai. Zahlia berura-ura untuk
berlalu. Belum sempat dia nak melangkah jauh, terasa pergelangan tangannya
sudah direntap kasar. Terdorong tubuhnya memeluk tubuh sasa suaminya. Jantung
mulalah berlagu tanpa rentak.
“ Fiq,
lepaskan Lia.” pinta Zahlia apabila sedar pautan itu semakin kemas mencengkam.
Dia tidak dapat nak menelah apa yang bermain di fikiran lelaki muda itu. Wajah
lelaki yang berusia 24 tahun itu dipandang takut-takut. Afiq tayang senyuman
sinis.
“ Kau nak
ke mana?” soal Afiq keras.
“ Lia.. Lia
nak ke bawah. Tolong umi.” balas suara itu tersekat-sekat. Afiq mengeleng-geleng
sinis.
“ Kau ni
dah lupa ke umi tak ada? Umi kan outstation?
Tak cukup dengan bodoh, bebal pula kau sekarang ye?” soal Afiq memerli.
“ Err.. Lia
lupa. Takpelah, biar Lia sediakan
makan malam kita.” Afiq diam tak memberi reaksi. Matanya mula menangkap rambut
basah milik si isteri. Mulalah syaitan hendak menghasut anak Adam waktu ini!
“ Kenapa
kau duduk lama-lama depan cermin tadi? Lia-Lia.. kau ingat ni zaman dahulu kala
ke? Kau tenung cermin tu sampai pecah
pun, wajah kau tetap hodoh.” kutuk Afiq selamba. Zahlia terkesima. Sungguh lancang
mulut ini bersuara. Darah mula menyerbu naik.
“ Ya,
memang Lia hodoh. So? Ada masalah ke
dengan Fiq kalau Lia nak tenung lama-lama wajah Lia kat cermin tu? Fiq sakit
hati ke?” balas dia bertubi-tubi. Tercengang Afiq dek sikap berani gadis itu. Berani
pula dia melawan aku?? Bentak hatinya mula panas.
“ Kau
melawan aku, Lia?” suaranya dah bergetar.
“ Memang.
Lia melawan sebab Lia tak nak Fiq tindas Lia macam orang bodoh. Ingat sikit, Lia ni kakak Fiq. Walaupun Fiq
tak nak hormat Lia sebagai isteri, hormatlah sebagai kakak. Orang yang tua
daripada Fiq.” Masih lancar Zahlia bersuara. Entah hantu manalah yang dah rasuk
dia. Berani semacam aje!
Dengan geram,
Afiq cengkam rambut Zahlia. Hati jantannya mula tercabar.
“ Woi, aku
takde kakak macam kaulah. Muka
berkeladak macam tu, jangan harap nak jadi sesiapa pun dalam hidup aku. Kau
ingat sikit, kau tu cuma anak angkat.” tekan Afiq garang sebelum rambut itu
dilepas kasar. Zahlia tahan rasa.
“ Memang
Lia anak angkat. Dan terima kasih sebab ingatkan Lia tentang status Lia. Lia tahu
Fiq benci tengok muka Lia. Yelah..
muka buruk macam ni tak ada orang nak pandang pun. Bukan macam Lin. Lia tahu,
Lia tak secantik dia. Tapi, tolonglah Fiq. Lia mohon Fiq janganlah hina Lia lagi.”
Zahlia menangis hiba. Semakin jengkel Afiq melihatnya. Dasar perempuan tak
sedar diri! Herdik hatinya marah.
“ Kau
jangan nak mengajar aku, Lia. Kau tak layak dan kau tak ada hak nak buat permintaan
macam tu.”
“ Kalau itu
kata Fiq, terpulanglah. Teruskanlah Fiq bersikap macam tu. Sesungguhnya, Tuhan
ada untuk melindungi Lia. Fiq kena ingat, Lia tak takut pada Fiq. Tapi, Lia
hormat Fiq sebab Fiq suami Lia. Fiq langsung tak nampak hebat di mata Lia sebab
Fiq cuma mampu membuli kaum yang lemah saja.” Tanpa sedar, bait kata Zahlia sudah
mencabar ego si suami. Zahlia baru hendak melangkah. Namun, sekali lagi dia
terkejut apabila tubuhnya dihumban kasar ke katil besar itu. Dia terpana!
Nafas mula
tak teratur. Dari raut wajah Afiq, dia dapat rasa ada malapetaka yang bakal
berlaku. Ya Allah, kenapa mulut ini lancang sangat? Zahlia mula menyesal, tapi
dia sedar semuanya dah terlambat.
Afiq naik menindih
tubuhnya dengan kasar. Pipi Zahlia ditampar kuat.
“ Kurang
ajar kau, Lia. Kau berani nak memperlekehkan aku?? Kali ni, kau akan tahu aku
hebat ke tak. Aku tahu, kau pun teringin kan nak aku layan kau?” ujar suara itu
menyindir lalu ketawa berdekah-dekah. Zahlia takut. Badannya mula menggigil cemas.
Kenapa dengan
suami aku ni? Allah.. bantulah hambamu.
“ Fiq, Fiq
dah gila ke? Lepaskan Lia.” Zahlia meronta-ronta.
“ Kau
jangan harap, Lia. Kau nak sangat aku tunjuk aku hebat kan? Kau nak aku
buktikan ke??” sergah suara itu ibarat petir. Zahlia terlopong.
Ya Allah,
bukan itu maksudnya. Afiq sudah bertindak liar. Rambut Zahlia dicengkam kasar.
“ Malam ni
kau akan kenal siapa aku, Lia.” Lalu, Afiq kembali ketawa galak. Zahlia dapat rasa
jantungnya sudah nak tercampak keluar saat matanya menangkap tingkah Afiq yang
sudah menanggalkan bajunya itu.
“ Fiq,
jangan buat Lia macam ni. Tolonglah.” Zahlia masih mencuba nasib.
“ Kau lebih
baik diam kalau tak nak aku buat kau lagi kasar!!” ugut suara itu seraya
membenamkan wajahnya pada leher putih Zahlia. Zahlia menjerit kerana perbuatan
kasar suaminya itu menyakitkan tubuhnya. Diri tidak ubah seperti pelacur!
Sampai hati,
Afiq!
“ Fiq..
tolong Lia. Jangan macam ni.” pujuk Zahlia lagi. Namun, wajahnya pula menjadi
habuan penampar. Perit usah dikata. Tanpa sedar, pandangannya sudah terasa
berbalam-balam. Dan saat itu, dia hanya mampu menyerah apabila merasakan tangan
Afiq ligat meliar di segenap tubuh kecilnya.
Lia redha kalau ini cara yang Fiq mahu. Rintihnya
antara sedar dan tidak.
*****************
Beberapa
bulan kemudian..
Zahlia rasa
tubuhnya benar-benar lesu. Semenjak insiden dia ditiduri dengan kasar oleh
suaminya, dia kini sudah menjadi wanita yang tidak punya hati dan perasaan.
Apatah lagi, kini mereka sudah berpindah rumah. Pada mulanya, berat juga
hatinya mahu meninggalkan umi. Namun, suaminya pandai bermain kata. Umi yang
tegas tidak mahu mereka berpindah akhirnya hanya tunduk mengalah.
Semenjak
hari itu juga, tubuh Zahlia sering menjadi mangsa nafsu suaminya. Meskipun
mereka halal, tapi Zahlia tidak rela tubuhnya disentuh sedangkan kebencian
begitu hebat menular dalam diri suaminya.
Zahlia
merangkak turun dari katil. Baru beberapa langkah, dia jatuh tersembam. Ah, dia
benar-benar tak larat. Tubuh yang terdedah hanya dibaluti selimut cuba
digagahkan untuk melangkah ke bilik air. Dia hendak membersihkan diri.
Masih dia
ingat semalam suaminya langsung tak hiraukan dia yang merayu-rayu agar tidak
ditiduri. Bagi Afiq, nafsu adalah segala-galanya. Sudah dimaklumkan pada Afiq
bahawa dia demam, tapi tengkingan pula menjadi santapan halwa telinga.
Akhirnya, Zahlia hanya diam merelakan segalanya.
Usai membersihkan
diri, Zahlia cuba menelefon Afiq. Namun, panggilannya dibiarkan tak berjawab.
Dia sebetulnya hendak meminta tolong Afiq menghantarnya ke klinik. Malas hendak
membuang masa, dia sudah membuat keputusan untuk ke sana dengan teksi sahaja.
Baru dia
hendak turun, kelibat kereta suaminya sedang memasuki perkarangan banglo mereka.
Bibir mula mengukirkan senyuman kelegaaan. Nampaknya nanti Afiq sudah tentu
boleh hantarkan dia ke klinik. Tak payahlah dia bersusah nak menahan teksi bagai.
“ Afiq..
bo..” Belum sempat dia nak habiskan ayat. Dia nampak Afiq dah melangkah ke arah
pintu kereta sebelah pemandu. Terkesima dia seketika apabila matanya menjilat
seraut wajah anggun dan bergaya dengan pakaian korporat sedang tergelak manja
di sisi Afiq.
“ Lin..
tunggu sini kejap. I nak naik ambil dokumen tu. Nanti, kita keluar lunch sama.” ujar Afiq lalu mencium pipi
Emalin. Tersipu-sipu gadis itu apabila dilayan sebegitu. Zahlia hanya mampu
beristighfar. Suami aku tak nampak ke aku tercongok depan dia ni? Perlahan-lahan,
tanpa dipinta kaki melangkah menghampiri sesusuk tubuh itu. Riak takut dan
cemas jelas kelihatan.
“ Afiq..”
panggil Zahlia perlahan. Afiq berpaling dengan renungan tajam. Emalin juga ikut
berpaling dengan senyuman jengkel. Senyuman mengutuk dirinya!
“ Fiq.. ni
ke isteri you? Eee.. tak cantiknya. Gelilah I tengok pipi dia tu. Fiq, you lalu
ke nak duduk dengan dia ni?” Emalin sudah menggeletis miang. Zahlia hanya mampu
tahan pedih. Suaminya langsung tidak memarahi Emalin yang menghinanya. Dia sudah
kelihatan seperti orang bodoh sahaja. Hampir dia terjelopok jatuh kerana
tubuhnya yang lesu tak bermaya.
“ Lin.. you
tahu taste I kan?” jawab Afiq
mengada-ngada. Emalin hanya tergelak manja. Sengajalah tu!
“ Fiq..
hantarkan Lia pergi klinik.” Malas mahu bertekak, Zahlia memegang lengan Afiq
meminta pertolongan. Namun, cepat pula tangan halusnya ditepis.
“ Stay away from me, Lia. Kau fikir kau tu
siapa? Nak suruh aku hantarkan bagai. Come,
baby.” Afiq menengkingnya sebelum tubuh genit Emalin dipeluk untuk
menjauhkan dari dirinya. Seolah-olah dia ni hanya membawa virus sahaja kalau
didekati.
Subhanallah, tidakkah Afiq sedar bahawa dia sedang bersentuhan dengan
bukan muhrim?? Detik hati Zahlia sebak.
“ Fiq..
tolonglah. Lia tak larat ni.” Zahlia pegang tangan Afiq lagi. Mata Afiq mulalah
membulat. Merah seperti naga.
“ Kau tak
faham bahasa ke? Aku takkan benarkan diri kau yang buruk tu naik kereta mewah
aku. Kau kenal aku macam mana, Lia. Kalau dah putih kata aku, jangan kau nak
memandai tukar-tukar pula.” sergahnya garang. Tersentak tubuh kecil molek itu.
Tangan naik menyentuh parut pipinya. Kepala mula terasa pusing.
“ Sampai
hati, Fiq. Lia tak minta jadi macam ni, Fiq. Lia tak minta. Takpelah.. Lia tahu Lia tak secantik dia.”
ujar Lia lalu matanya berhenti pada wajah cantik Emalin. Emalin sudah tersenyum
bangga.
“ Tapi, Lia
ada maruah. Fiq, kalau begini layanan Fiq pada Lia. Tolong, lepaskan Lia. Lia
dah tak sanggup lagi. Lepaskan Lia, Fiq. Mungkin ini yang terbaik. Ampunkan
segala dosa Lia pada Fiq.” ujar gadis itu lalu berlari keluar. Dia sudah tidak
sanggup hendak menatap kedua-dua wajah yang merobekkan hati itu.
Afiq
terpempan di tempatnya berdiri. Sungguh, hatinya pedih mendengar permintaan
gadis itu. Entah kenapa, dia rasa sayu melihat air mata Zahlia. Untuk pertama
kalinya, hatinya rasa tersentuh melihat mendung yang berlabuh pada wajah
Zahlia. Dia tergamam tanpa kata sebelum telinganya mengakap satu bunyi kuat
dari arah luar.
Stretttttttttttttttttttt… bunyi tayar bergesel memaksa Afiq terus
berlari keluar. Seketika, kakinya terpaku. Ya Allah!!
“ Lia!!!”
jerit Afiq yang jatuh terjelopok di hadapan pintu pagar banglo mereka. Sungguh
ngeri keadaan isterinya tika itu. Darah memenuhi seluruh tubuh itu. Kelihatan
kulit mulus itu terkoyak rabak dengan teruknya. Allah!!
Dan untuk
kali kedua, Zahlia mula merasakan dirinya seolah-olah sudah dijemput
PenciptaNya.
Selamat
tinggal, Fiq. Terima kasih untuk ‘kesengsaraan’ yang Fiq berikan. Lia pergi
dulu..
*****************
Dua
minggu berlalu..
“ Umi tak sangka Fiq sanggup buat isteri sendiri
macam tu. Macam sampah Fiq buat Lia.” luah Puan Solehah kecewa. Wajah Afiq yang
masih menunduk ditentang sayu. Sudah dua minggu Zahlia berada di ICU.
“ Umi, Fiq
minta maaf. Fiq tak sangka benda boleh jadi macam ni. Fiq cuma tak dapat terima
kenyataan yang isteri Fiq buruk.. buruk dengan..”
Dia tidak
jadi meneruskan kata. Bimbang umi semakin mengamuk pula. Bingkas Puan Solehah
bangkit berdiri dengan wajah merah padam. Afiq perlu disedarkan! Bisik hatinya.
“ Buruk
macam apa, Fiq? Buruk dengan pipi berkeladak macam tu??” Suara uminya bergema hebat.
Afiq tunduk wajahnya lagi.
“ Kau
memang tak guna, Fiq. Umi menyesal ada anak macam kau. Lebih baik, anak umi cuma
Zahlia seorang sahaja walaupun dia cuma anak angkat. Hati dia mulia, Fiq.” ujar
uminya seolah-olah kesal. Afiq terpempan. Sampai tak nak mengaku anak?
Melampau!
“ Umi, apa
yang hebatnya Lia sampai umi sanggup cakap macam tu?? Fiq anak umi. Anak
kandung umi.” jerkah Afiq balik. Langsung lupa orang yang dijerkah itu adalah
umi yang seringkali dihormati.
“ Kurang
ajar!” Serentak penampar mengenai pipi Afiq. Puan Solehah nampak menggigil. Tak
pernah-pernah dia berkasar dengan Afiq. Memukulnya apatah lagi. Agaknya sebab
itulah Afiq jadi bongkak.
“ Kau nak tahu
kenapa umi bela Zahlia daripada anak umi sendiri? Kau nak tahu sangat ke??”
Puan Solehah sudah terduduk lesu dia atas sofa. Afiq yang masih tergamam jatuh
melutut. Pipinya yang perit dibiarkan sahaja.
“ Sebab dia
adalah orang yang dah selamatkan satu-satunya nyawa anak tunggal, umi.” Sebaris
ayat itu menyentak kuat hati Afiq. Afiq panggung kepala. Tubuhnya mengigil
tanpa isyarat.
“ Apa
maksud umi?” Afiq bertanya dengan suara terketar-ketar. Parau suaranya!
Lia, maafkan
umi. Mungkin dah tiba masanya umi ceritakan hal yang sebenar. Umi tak nak Afiq
semakin jauh dan keluarga kita berpecah macam ni.
“ Umi, bagitahu Fiq. Apa umi cakap ni?” Afiq meluru
pada uminya. Tubuh uminya digoncang kuat.
“ Fiq.. dah
lama umi simpan rahsia ni. Dah hampir 21 tahun lamanya. Lia yang minta umi
rahsiakan.”
“ Umi,
jangan berkias. Jelaskan, umi. Apa yang Fiq tak tahu selama ni??” Suara Afiq
naik satu oktaf. Puan Solehah menangis kuat. Tangan anaknya digenggam erat.
“ Fiq, kalau
Fiq nak tahu.. parut di pipi dan dahi
Lia adalah berpunca daripada Fiq.”
Afiq
terlopong. Apa yang umi sedang bergurau
ni?? Dipandang wajah uminya memohon penjelasan. Puan Solehah angguk
tanda mengiyakan.
“ Ya, Fiq.
Parut tu puncanya daripada Fiq. Sebab nekad untuk selamatkan adiknya yang
sedang bertarung dengan maut, Lia nekad redah masuk rumah kita yang sedang
terbakar untuk selamatkan Fiq dan abah. Fiq tentu tak ingat dan tak faham sebab
masa tu umur Fiq baru tiga tahun.”
“ Umi..”
“ Dengar dulu,
Fiq. Lia yang umi kenal adalah seorang gadis yang cantik. Anak kecil yang
lincah dan petah. Tapi, semenjak kejadian tu.. semua orang sisihkan dia kerana
wajah dia itu. Bukan pinta Lia jadi begitu.” Puan Solehah berhenti sejenak. Air
mata dikesat dengan hujung bajunya.
“ Waktu
itu, Lia dah berjaya keluar dari api yang marak. Dia yang berlari panggil orang
kampung. Rumah kita terbakar, Fiq. Umi dan Lia selamat keluar daripada rumah. Bila
Lia balik semula ke tempat kejadian, dia nampak abah dan Fiq tiada. Tanpa
banyak soal, umi nampak dia berlari masuk redah dalam rumah tu. Umur dia baru lima
tahun, Fiq. Tapi, rasa tanggungjawab dah sebati dalam diri dia untuk kita semua.
Dia sanggup bahayakan nyawanya. Tentu susah nak percaya anak kecil yang usianya
hanya lima tahun sanggup buat macam tu, kan?” Puan Solehah berjeda. Hatinya
sudah bergumpul dengan sebak.
Ya Allah,
kenapa aku tak pernah tahu tentang kejadian hitam ni? Kenapa?? Afiq sudah
menjerit seksa.
“ Umi dah
meraung-raung dekat luar. Tak lama lepas tu, penduduk kampung bawa keluar
jenazah abah yang dah separuh rentung. Hati umi pedih. Umi tak sangka hari tu
abah akan tinggalkan kita. Umi mula risau sebab Lia dan Fiq masih tak muncul-muncul.
Umi cuba nak masuk, tapi penduduk kampung halang. Fiq nak tahu apa jadi lepas
tu?” soal Puan Solehah. Afiq sudah bergenang air mata. Maknanya umi tipu yang abah
mati sebab kemalangan? Satu lagi rahsia berjaya dirungkaikan.
“ Sepuluh
minit umi menunggu, akhirnya umi nampak Lia keluar sambil kendong seorang anak
kecil. Dan anak kecil itu adalah Fiq. Tak lama, Lia pula rebah menyembah bumi.
Umi menjerit panggil Lia. Umi tak nak Lia tinggalkan umi macam abah. Umi pergi
dekat Lia. Umi terkejut sangat bila tengok pipi dan dahi Lia dah hangus disambar
api. Umi tak dapat bayangkan kesakitannya, Fiq.” Semakin kuat tangisan wanita
tua itu. Afiq tersandar lemah.
Rupa-rupanya
orang yang aku hina selama ini sudah banyak berjasa dalam hidup aku. Wajah
buruk itu juga wujud sebab aku. Sebab aku, Afiq Muiz!! Ya Allah, ampunkan dosa
aku. Lia.. ampunkan abang. Afiq mula menyesali diri.
“ Umi, umi
cakap abah meninggal sebab kemalangan? Umi tipu Fiq?” soal Afiq lemah. Sudah banyak
air matanya dimuntahkan. Dan kini, dia betul-betul lesu.
“ Umi terpaksa,
nak. Sebab ini permintaan Lia. Lia tak nak kenang lagi insiden tu. Umi pun
sama. Semua tu terlalu perit. Dan yang paling penting, Lia tak nak Fiq rasa bersalah
bila tahu parut tu berpunca daripada Fiq. Gara-gara dia selamatkan Fiq.
Katanya, dia ikhlas selamatkan Fiq sebab dia sayangkan Fiq. Kerana itu juga,
ibu tak teragak-agak nak Fiq kahwin dengan Lia. Umi tahu Lia gadis yang baik.
Lia boleh jaga Fiq. Umi tak nak hubungan kekeluargaan kita putus macam tu je. Apatah lagi bila Fiq dah kahwin lain
dan umi pun dah tak ada masa tu.” ujar Puan Solehah sebak. Makin kuat raungan
Afiq kedengaran. Puan Solehah bangun memeluk tubuh sasa anaknya.
“ Umi, Fiq jahat. Fiq dah hina dia. Isteri
Fiq, umi. Isteri Fiq. Sekarang, dia ada kat ICU pun sebab Fiq. Umi, Fiq nak
jumpa Lia. Nak minta ampun. Umi, bawa Fiq jumpa Lia!!” ngongoi Afiq terus.
************************
Afiq terduduk lesu di atas kerusi yang berada di
hospital yang menempatkan isterinya itu. Khabar yang baru dia dengar tadi
benar-benar membawa pergi separuh daripada nyawanya.
“ Maaf,
encik. Isteri encik dah discharge
semalam. Dia dijemput oleh keluarga kandungnya.” ujar Doktor Nadia. Afiq
terjelopok lemah di situ. Keluarga kandungnya? Tapi, Lia kan anak yatim?
“ Tapi,
isteri saya anak yatim.” Afiq bersuara perlahan. Doktor Nadia tersenyum.
“ Memang.
Tapi, mengikut khabar yang pihak kami terima.. Lia masih mempunyai seorang
ayah. Hmm.. encik kenal dengan Datuk
Akil?” soal Doktor Nadia. Afiq menggeleng dengan riak tanda-tanya. Umi di
sebelah dikerling. Namun, wajah uminya hanya tenang.
“ Datuk
Akil adalah bapa kandung Lia. Mereka terpisah sebab ada orang yang cemburukan
ibu kandung Lia. Tapi, ibu kandung Lia baru sahaja dua tahun meninggal dunia. Hmm.. macam nilah. Kalau encik nak tahu
lebih lanjut, rasanya umi encik lebih arif sebab umi encik pernah bersembang
beberapa kali dengan Datuk Akil masa Lia koma dahulu.” terang Doktor Nadia sekaligus
membawa pandangan Afiq melekat pada ibunya.
“ Umi tahu?”
soal Afiq tidak percaya. Perlahan-lahan wajah tua itu mengangguk.
“ Maaf..
umi tak boleh bagitahu Fiq masa tu. Tapi, percayalah yang Datuk Akil memang ayah
kandung Lia. Surat beranak Lia bukti segalanya. Dan umi yakin Datuk Akil baik
orangnya.”
“ Umi patut
bagitahu Fiq. Lia isteri Fiq. Selagi Fiq tak izinkan Lia pergi, Lia tak bolah
pergi.” marah Afiq tiba-tiba. Wajahnya merah padam.
“ Sabar,
Fiq. Lia pergi sebab dah banyak dia menderita selama hidup dengan kita.
Lagipun, selama dia berada di hospital, Fiq tak pernah jenguk dia. Dia dah
minta izin pada ibu. Ibu pun terpaksa lepaskan Lia. Demi kebahagiaan Lia. Ada
lagi satu yang perlu Fiq tahu. Lia mengandung. Dah dua bulan. Tapi, kuasa
Tuhan. Sewaktu kemalangan kalau diikutkan kondisinya, memang tipis untuk
kandungannya selamat. Syukur..” ujar Puan Solehah dengan suara sebak.
Afiq
terpempan. Mengandung? Semakin berkepuk-kepuk rasa bersalah menghantui dirinya.
Zahlia mengandung sebab dia yang meniduri gadis itu. Ya, isteri yang ditiduri dengan
kasar dan tanpa kerelaan.
Kasihannya,
Lia. Agaknya sewaktu Lia minta dihantarkan ke hospital, isterinya letih sebab alahan.
Mungkin?
“ Ya Allah..
Fiq dah nak jadi papa. Umi, Fiq sayang Lia. Fiq nak Lia, umi. Kenapa Lia tinggalkan
Fiq??” Afiq mula hilang pertimbangan. Cermin pintu di hadapannya ditumbuk kuat.
Terjerit Puan Solehah dengan tingkah anaknya yang separuh hilang akal itu.
“ Fiq! Jangan
cederakan diri sendiri. Dah tak ada gunanya. Lia dah pergi. Lia sekarang bukan
lagi Lia yang dulu. Dia dah berubah! Lepaskanlah Lia pergi, biar dia cari
kebahagiaan dia. Kalau dia dah tenang, umi yakin dia akan balik cari kita,”
pujuk Puan Solehah. Bahu anaknya disentuh lembut. Tangan sasa Afiq yang berdarah
dipandang sayu sebelum dia bergegas memanggil doktor.
Lia, kenapa tinggalkan Fiq? Fiq nak jumpa
Lia. Nak jaga Lia. Nak jaga anak kita. Lia, pulanglah.. rintih Afiq sebelum pandangannya
bertukar kelam.
****************
Empat
tahun berlalu..
Afiq sedikit terpempan melihat suasana villa uminya
yang dikunjungi seseorang. Kereta BMW 3 Series yang elok terparkir di laman villa
mewah itu semakin membuahkan tanda pelik. Afiq melangkah masuk. Tika itu, dia
nampak tiga susuk tubuh sedang bersembang rancak dengan uminya. Dia yang masih berpakaian
pejabat segera meneruskan langkah.
“ Assalamualaikum.”
Dia memberi salam. Seketika, satu susuk tubuh berpaling memandangnya. Siapa
pula lelaki tua ini? Rakan perniagaan umikah? Soal hatinya bertalu-talu. Puan
Solehah tersenyum penuh makna. Namun, dia musykil apabila satu susuk tubuh yang
membelakanginya masih tidak berpaling.
“ Eh, anak
umi dah balik? Mari sini, Fiq. Umi nak kenalkan pada seseorang.” ucap Puan
Solehah teruja. Afiq melangkah dengan riak pelik. Briefcase di tangan diletakkan di atas meja kecil.
“ Ni..
kenalkan rakan perniagaan umi, Datuk Ahmad.” perkenal uminya. Seketika salam
bersambut mesra. Afiq sempat kerling wajah seorang wanita yang masih sibuk
memangku anak kecilnya. Comelnya anak itu. Dengan rambut ikal, mata
bersinar-sinar. Nampak sangat polos! Getus hatinya mengagumi.
“ Papa.” Tanpa
diduga anak kecil yang diriba sesusuk tubuh itu mula menerpa padanya. Tangan
kecil itu mula memaut lengan sasanya membuatkan Afiq pucat lesi. Afiq kaget.
Eh, kenapa pula budak perempuan ni panggil dia papa? Perlahan-lahan Afiq duduk bertinggun.
“ Errr..
Putri, meh kat mama. Tu bukan papa, sayang.” Satu suara halus memaksa dia berpaling
ke sisi. Seketika, dunia seolah-olah berhenti beredar pada paksinya.
Ya Allah,
bidadari mana ni yang cantik sangat?? Mata Afiq menjelajah setiap anggota yang
ada pada wajah itu. Memiliki mata yang cantik, hidung mancung, seulas bibir
menawan dan kulit yang mulus tanpa sebarang cacat cela. Ah, sempurnanya dia.
Jerit hatinya. Namun, demi memikirkan kesetiaannya untuk menunggu si isteri
yang dah lama menghilang pergi, dia mengalihkan pandangan.
“ Ni papa
Putri. Papa Putri.” rengek anak kecil itu mula nak menghamburkan tangisan.
“ Putri
Merlissa Umaira.. dengar cakap mama!” Suara itu kedengaran agak tegas. Semakin
panjang cebikan anak kecil itu apabila mamanya memarahi. Hailah.. jatuh kasihan
pula Afiq melihatnya.
“ Takpe.. biarlah dia nak anggap saya ni papanya.
Tak salah kan?” ujar Afiq lembut. Seketika, gadis cantik tadi membuang pandang tatkala
pandangannya berlaga dengan sepasang anak mata Afiq.
“ Fiq, ni
anak Datuk Ahmad. Panggil aje Auni.” perkenal uminya pula. Afiq mengangguk sedikit
tanda perkenalan. Berdetak jantungnya apabila wajah manis Auni menunduk sahaja.
Wajah itu mengingatkan dia pada seseorang! Tapi, dia bingung. Siapa pula gadis
yang punya rupa persis Auni? Ah, biar ajelah. Bentak hatinya tiba-tiba.
“ Hmm.. umi.. Fiq naik dululah. Nak
bersihkan badan. Nak solat Asar pula. Takut tak sempat nanti. Err.. Datuk,
Auni.. duduklah dulu.” ujar dia bermanis muka. Datuk Ahmad hanya mengangguk
sambil menghantar satu pandangan sayu yang sukar untuk ditebak oleh Afiq.
Baru dia
nak melangkah, suara anak kecil itu merengek lagi.
“ Pa.. nak
ikut. Nak ikut papa. Putri nak ikut.” rengek anak kecil itu sambil
menarik-narik lengan Afiq. Afiq kelihatan serba-salah.
“ Putri,
jangan kacau uncle, sayang. Mari kat
atuk, cu.” panggil Datuk Ahmad mencelah. Namun, anak kecil itu menggeleng laju
dengan tangisan yang dah mula berlagu.
Afiq
tersenyum kecil. Dia duduk semula agar ketinggiannya sama dengan ketinggian Putri.
“ Nak ikut papa
ye? Come.. jom teman papa solat kat atas. Tapi, Putri tak boleh kacau
papa solat tahu?” Afiq mula mesra dengan anak kecil itu. Tanpa menunggu lama,
sengihan lebar mula menghiasi wajah Putri.
Comelnya
dia, macam mamanya. Puji Afiq lagi dan lagi. Saat dia mendukung Putri, ada satu
rasa aneh meresap jauh ke dalam hatinya. Apatah lagi, lirikan mata Auni
seolah-olah sedang memerhatikannya.
Afiq terus
mengatur langkah. Memanjat anak tangga ke tingkat atas. Sesekali kedengaran
suara riang Putri menyapa telinga.
“ Umi.. dia
tak perasan kan, umi?” soal wanita bernama Auni tadi. Umi menggeleng bersama
senyuman hambar.
“ Jangan risau. Kamu kan dah berubah jauh berbeza.
Dia takkan cam. Jangan risau ye?”
pujuk Puan Solehah sambil menepuk-nepuk tangan gadis itu. Auni tersenyum dalam
tangisan.
*****************
Auni teragak-agak
hendak menapak masuk ke dalam villa itu. Namun, demi memikirkan anaknya yang
merengek-rengek ingin berjumpa Afiq, dia terpaksa tabahkan hati. Dikerling
garaj kereta yang bercat kuning itu. Hmm..
kereta Mitsubishi Lancer Afiq kelihatan tersadai di situ.
Dengan langkah
berdebar-debar, Auni melangkah. Salam diberikan dengan suara terketar-ketar.
Putri di sisi sudah tersenyum lebar sambil bertepuk gembira.
“ Waalaikumussalam.”
jawab Afiq yang melangkah ke luar untuk menjengah. Seketika dia terpempan.
Auni? Wah,
cantiknya dia dengan blaus berwarna ungu dipadankan dengan jeans hitam itu. Tudung
pula sentiasa kemas dikepala wanita itu. Jantungnya mula berdegup kencang. Tak
dapat dinafikan, apabila dia berada dekat dengan Auni, dia terasa seolah-olah
Zahlia muncul dalam mimpinya.
Ah, rindunya
pada Lia. Hatinya sebak tiba-tiba. Auni perasan mata lelaki itu bergenang.
“ Boleh
saya masuk? Putri nak sangat jumpa awak. Maaflah, dia tak ada papa. Sebab tu
perangai dia macam ni.” Auni teragak-agak hendak bersuara. Afiq cepat-cepat
sapu air mata yang hampir menitis. Kemudian, dia tersenyum kacak.
“ Masuklah.
Saya pun dah rindukan Putri ni. Umi ada kat dapur.” pelawa Afiq dengan senyuman
lebar. Auni segera menapak. Tanpa sedar, kakinya tersadung alas kaki yang berada
di muka pintu itu. Tubuhnya mula hilang imbangan. Namun, dia dapat rasa ada
satu tangan kasar menyambut cekap pinggangnya.
“ Maaf,
saya tak terniat..” Afiq cepat-cepat meleraikan pautan tangan di pinggang kecil
Auni. Dadanya perit dek paluan jantungnya yang kuat. Ya Allah, kenapa aku rasa
aneh dengan dia? Aku sudah jatuh cintakah? Ah, tak mungkin! Hanya Lia di hati
aku. Afiq mengingatkan diri agar tidak leka.
“ Yeayea..
papa peluk mama.” Sorakan anak kecil itu menyedarkan Afiq. Segera tubuh kecil
itu didukung. Sementelah, Auni sudah berlalu ke dapur dengan tangan kejap naik memegang
dadanya. Ya Allah, rasa itu hadir lagi. Untuk kali kedua!!
*******************
Dua Minggu kemudian..
Tangisan kuat Putri meresahkan Auni. Auni segera mundar-mandir.
Tubuhnya yang juga diserang demam menyebabkan dia tidak yakin dia mampu memandu
untuk membawa Putri ke hospital. Ayah pula sudah berlepas ke Vietnam atas
urusan syarikat. Ah, hendak minta tolong siapa ni?
Auni buntu.
Umi? Detik hatinya tiba-tiba.
Namun,
segera dia teringat yang umi juga ada urusan penting di luar negara. Ah, kenapa
waktu-waktu begini semua orang tak ada pula?? Jerit hatinya.
Seketika
dia mula teringatkan seseorang. Afiq? Ya, aku perlu telefon dia. Ini saja jalan
yang terakhir.
“ Assalamualaikum.
Abang, boleh tolong tak?” soal Auni sehingga tersilap membahasakan diri Afiq.
Afiq terpempan. Abang? Ah, rindunya dengan panggilan itu.
“ Abang?” Suara
itu menyoal balik. Barulah Auni ingat akan sesuatu. Aduh, macam mana hari ni
dia tersasul pula? Sebelum ni okey aje. Itulah.. kelam-kabut sangat!
“ Oh, salah
dengar tu. Err.. Fiq boleh tolong Auni tak?” soal Auni cuba mencari helah. Afiq
yang percaya bahawa dirinya tersalah dengar langsung tak mengesyaki apa-apa.
“ Kenapa
ni? Cemas aje?” soal lelaki itu.
“ Putri,
dia demam panas. Rasa tak larat nak pandu kereta sebab saya pun kurang sihat.
Kalau pandu juga, kang lain jadinya.” Suara Auni diselangi batuk-batuk kecil.
Tanpa bertangguh, Afiq terus sahaja setuju. Hatinya mula bimbang tanpa sebab.
Macamlah Auni dan Putri tu isteri dan anaknya??
“ Okey-okey.. Auni tenang dulu. Kejap lagi,
Fiq sampai.”
***************
“ Dah siap dah?” soal Afiq yang baru tiba. Dengan
kelam-kabut begitu, Auni angguk laju. Cepat sahaja tangan Afiq merasa suhu di
badan Putri. Ya Allah, panasnya.
“ Kita kena
cepat ni. Auni pun demam. Putri pula panas sangat ni.” gesa Afiq. Auni hanya
mengangguk. Tubuhnya terasa dia awan-awangan tiap kali dia melangkah. Teringatkan
sesuatu, dia berhenti di sisi kereta.
“ Fiq, Auni
lupa nak bawa surat beranak Putri. Fiq tunggu kejap,” ujar Auni laju sembari
bersusah-payah untuk mengatur langkah. Afiq segera menahan. Dia nampak tubuh
gadis itu dah tak stabil.
“ Takpe. Auni tunggu sini. Biar Fiq ambil.”
ujar lelaki itu lalu segera mendaki ke tingkat atas.
“ Fiq.. tak payah..” Suara Auni yang hendak
melarang tergantung begitu saja apabila Afiq terlebih dahulu melangkah. Ya
Allah! Kalau Afiq jumpa bukti itu, semuanya akan terbongkar!!
***************
Afiq menggeledah
seluruh tempat. Namun, masih tak dijumpai. Pandangannya mula jatuh pada meja
solek di bilik Auni. Pantas dia menapak ke situ. Beberapa dokumen dikeluarkan
rakus. Tiba-tiba, sehelai kertas putih jatuh melayang tepat dikakinya.
Bibir
mengukir senyuman kerana apa yang dicari sudah ditemui. Namun, senyumannya mati
apabila dia mula terpandang akan sesuatu. Sesuatu yang menyentap jauh nyawanya.
Rasa seolah-olah dia kini sedang bermimpi.
Putri
Merlissa Umaira Binti Afiq Muiz??
Ya Allah,
kenapa nama aku yang dibintikan pada Putri? Adakah? Cepat-cepat dia meneliti
bahagian maklumat penjaga.
Seketika,
dia rasa nak pitam!
Nama bapa
yang tercatat.. Afiq Muiz bin Mustakim.
Nama ibu
yang tertera pula.. Auni Zahlia binti Ahmad Akil.
Ya Allah,
sebuah rahsia besar dah terungkai. Tanpa bertangguh, dia segera menapak laju ke
arah kereta. Dilihatnya Zahlia sedang duduk sambil menangis.
Lia.. rupanya Lia yang selama ni ada depan
mata abang! Dan Putri, Putri anak abang! Kenapa abang boleh lupa nama penuh
isteri abang, Auni Zahlia?? Abang gembira sayang dah kembali! Detik hatinya
syukur.
*******************
Dua
hari berlalu..
Wajah Zahlia
ditentang dengan riak tajam. Sebenarnya, dia bukan hendak marah pun sebab dia
sedar semuanya berpunca daripadanya juga. Tak sangka, wanita cantik ini adalah isterinya!
Isteri yang suatu masa dulu dikeji dan dicerca.
“ Kenapa Lia
tipu abang? Oh.. Putri tak ada papa ye?”
sindir Afiq tajam. Zahlia hanya tunduk menangis lesu. Rahsia dah tak menjadi sebuah
rahsia lagi!
“ Jawab
Lia, kenapa tipu abang??” tengking Afiq apabila Zahlia senyap membisu. Zahlia
pekup telinganya. Dia mula ngeri. Dia tak nak dengar lagi pekikan bengis itu. Dia
tak nak dengar lagi. Afiq yang menyedari segera menghampiri. Tubuh isterinya
dipegang kejap.
“ Lia, abang
minta maaf. Takde niat nak tinggikan
suara. Maafkan abang, Lia?” pinta Afiq penuh nada bersalah sambil cuba memeluk
Zahlia. Pantas, Zahlia menolak kasar. Afiq terkejut!
“ Jangan.
Jangan sentuh Lia.” ujar gadis itu sambil mengengsot ke belakang.
“ Sayang.. jangan macam ni. Abang cuma nak
tahu kenapa Lia sanggup tipu abang?” soal Afiq cuba menghampiri. Pantas pula
Zahlia memencilkan diri. Afiq mengeluh berat.
“ Okey,
abang takkan sentuh Lia. Cuma, Lia perlu terangkan pada abang. Semuanya!” ujar
Afiq tegas. Wajah cantik isterinya direnung sayu.
“ Betul Fiq
nak tahu semuanya?? Tak menyesal?” soal Zahlia tiba-tiba. Wajahnya muram dan
penuh duka.
Kenapa
panggil Fiq? Kenapa bukan abang? Ah, hatinya menjerit pedih. Bukan ke aku yang
tak izinkan Lia panggil aku macam tu dulu??
“ Jelaskan
semuanya, Lia. Abang nak tahu.” Suara itu sayu kedengaran.
“ Baiklah.
Lia akan jelaskan.” Zahlia bersuara lantang. Dadanya tiba-tiba sebak. “ Memang
Lia tak pernah sangka yang kita akan bertemu kembali. Tapi, aturan Allah siapa
yang tahu kan?” Zahlia mula bercerita. Dia mengambil tempat di sofa yang berada
di bilik itu. Bilik yang pernah menjadi saksi kerakusan suaminya sendiri.
Ah,
perihnya bila dikenangkan.
“ Suatu
hari tu, Lia terserempak umi dekat syarikat ayah. Lia ingat umi tak perasan
sebab wajah Lia dah banyak berubah. Tapi, mungkin sebab desakan seorang ibu
yang dah lama mengasuh Lia. Umi dapat tebak diri Lia yang sebenarnya. Dan sebab
jasa umi yang dah banyak pada Lia, Lia tak mampu nak nafikan.”
Afiq masih
mendengar dengan tekun.
“ Umi
sering juga bertemu dengan Lia. Bermain dengan Putri, cucunya. Sehinggalah
suatu hari, umi ajak kami berkunjung ke villa. Umi kata, umi takkan dedahkan
diri Lia yang sebenar. Dan umi yakin, Fiq takkan cam diri Lia. Kata umi, dia
nak Putri kenal papanya walaupun bukan secara nyata.”
Afiq
mengesat mutiara jernih yang mengalir. Rambutnya diramas kasar. Kekesalan
semakin bertambah-tambah membawa beban. Dia seolah-olah bukan lagi lelaki gagah
yang digilai ramai. Afiq sudah menjadi lelaki cengeng yang sering menangis
kerana seorang gadis. Ya, kerana Auni Zahlia!
“ Untuk
elakkan Fiq dapat tebak siapa diri Lia, Lia guna nama Auni. Namun, Lia terkejut
sangat bila dengar Putri panggil Fiq, papa. Sedangkan Lia tak pernah bagitahu
perkara sebenar pada anak Lia. Lia cuba nak elakkan diri daripada Fiq. Tapi,
Putri pula yang sering menjadi punca kita bertemu. Lia sedaya-upaya cuba nak
sorokkan rahsia. Sehinggalah Fiq sendiri yang dapat tahu.” Zahlia sudah
tersedu-sedu menangis.
“ Kenapa Lia
nak bohong Fiq?” tanya Afiq. Walhal, dia sudah dapat agak alasannya.
“ Sebab Lia
tak nak ingat kenangan kita lagi. Kenangan
yang buat Lia rasa diri ni macam orang bodoh!” pekik Zahlia tiba-tiba.
Bergema seluruh villa mewah itu.
“ Tapi, Fiq
dah menyesal! Fiq nak Lia balik. Nak Putri, anak Fiq.” sayu Afiq berkata. Dia
cuba hendak memujuk hati isterinya yang terluka parah. Zahlia tersenyum sinis.
“ Menyesal
sebab isteri Fiq dah tak macam dulu? Sebab isteri Fiq dah cantik? Dah tak buruk macam dulu?? Sebab tu Fiq nak Lia balik kan?”
herdik Zahlia. Hati Afiq tersayat dengan tuduhan itu.
“ Sumpah, demi
Allah. Kalau Lia bukan Lia yang ada depan mata Fiq sekarang sekalipun, Fiq
tetap nak Lia. Fiq tetap nak anak Fiq. Fiq nak tebus dosa Fiq pada Lia. ” ujar
Afiq bersungguh-sungguh.
Dia cuba
merapati isterinya.
“ Fiq nak
tahu? Lia tak pernah kisah dengan rupa buruk Lia. Lia tak pernah kisah rupa Lia
jadi macam tu sebab selamatkan Fiq suatu ketika dahulu. Tapi, Fiq sendiri yang
sering caci Lia. Hina Lia,” ungkit Zahlia. Semakin terhiris hati Afiq.
Ya, memang
salahnya. Teruskan, sayang. Teruskan meluahkan kekecewaanmu!
“ Lia
sayang Fiq. Semenjak Lia menginjak dewasa, Lia dah mula sukakan Fiq. Lia tak
tahu macam mana rasa itu muncul. Tapi, Lia tak dapat nak elak. Lia dah cintakan
Fiq. Lia tahu umur kita berbeza. Tapi, Lia lemah.. Fiq. Lia lemah nak tangkis
semua perasaan tu. Sebab tu bila Fiq caci Lia lepas kita dah kahwin, Lia redha.
Nak tahu kenapa? Sebab Lia nak mati sebagai isteri Fiq!” Zahlia bersuara lagi.
Seketika, dia menarik nafas.
Ya Allah,
Fiq pun dah cintakan Lia sekarang. Batin Afiq menjerit lagi.
“ Lia dah
penat menderita. Mungkin sebab Allah kasihankan Lia, dia hantar ayah yang selama
ni terpisah dengan Lia. Sewaktu Lia koma, ayah selalu datang jenguk. Tapi,
Fiq.. suami Lia sendiri tak pernah datang jenguk Lia. Lia kecewa! Hati Lia sayu
sangat.”
“ Lia.. Fiq
minta maaf. Ampunkan Fiq, sayang.” pohon Afiq sambil cuba menangkap tangan kecil
itu.
“ Lia dah
maafkan Fiq. Dah lama maafkan Fiq. Lia tahu Lia buruk, jadi Lia tak salahkan
Fiq kalau Fiq menyesal dapat isteri macam Lia. Lia faham Lia tak secantik dia
dulu. Tak secantik Lin, kekasih Fiq.” ujar Zahlia bersama suara yang dah serak.
Dan Afiq bertambah-tambah kesalnya!
“ Tolong. Jangan
ungkit, Lia. Fiq sakit.” balas Afiq sambil memegang dadanya yang perit
mendengar luahan hati seorang isteri yang dizalimi dahulu.
“ Tak. Fiq
kena tahu semuanya.” ujar Zahlia. Afiq terdiam.
“ Bila Lia
sedar, Lia nampak ayah. Ayah kata nak bawa Lia pergi berubat sebab luka pada wajah
Lia bertambah teruk kerana kemalangan tu. Ayah bawa Lia berubat di luar negara.
Dengan pembedahan plastik, wajah Lia jadi seperti sekarang. Lia tak sangka Lia
akan berubah sejauh ini. Lia gembira. Sangat gembira sebab Lia tahu bila Fiq
tengok Lia, mesti Fiq akan sayang Lia.”
“ Tapi,
bila Lia sedar akan sesuatu hakikat yang hubungan cinta takkan kekal lama
kerana raut wajah cantik sahaja, hati
Lia jadi pudar. Lia rindu Fiq. Lia nak sangat tunjuk diri Lia pada Fiq. Nak dengar
Fiq puji Lia. Tapi, Lia tahu berubahnya Fiq semata-mata kerana paras rupa menunjukkan
Fiq tak ikhlas. Akhirnya, Lia membawa diri dan besarkan Putri dengan bantuan
ayah. Lia ingatkan diri Lia yang Lia boleh hidup tanpa Fiq. Namun, ternyata sampai
sekarang.. Lia tak boleh, Fiq. Lia perlukan Fiq. Dan anak kita, Putri dahagakan
kasih sayang papanya. Lia lembik kan?” ujar Zahlia pura-pura ketawa. Segera Afiq
menerpa laju pada susuk tubuh isterinya. Dipeluk kejap tubuh itu.
Ya Allah,
aku cintakan dia! Aku benar-benar cintakan dia seadanya! Meskipun Lia yang hodoh
kembali, aku takkan sia-siakannya. Tekad Afiq. Air mata semakin hebat mengalir.
“ Shh..
sayang tak lembik. Tapi, Fiq yang lembik. Fiq tak mampu nak pertahankan isteri
Fiq. Malah, Fiq sendiri yang buat Lia merana. Fiq jahat. Hukumlah Fiq. Tapi
tolong.. jangan pergi jauh daripada Fiq lagi. Fiq sayang Lia. Dan ketahuilah,
walaupun Lia yang dulunya kembali, Fiq takkan berpaling tadah. Fiq sayang Lia
seikhlasnya. Lia nyawa Fiq. Kalau bukan disebabkan Lia, Fiq mungkin dah lama
tak ada. Lia jadi begitu sebab Fiq. Tapi, Fiq tak pernah tahu semua tu.
Kalaulah Fiq tahu..”
“ Fiq.. Lia
tak pernah menyesal. Wajah Lia kalau nak dibandingkan dengan nyawa Fiq, nyawa
Fiq lagi bermakna. Lia sayang Fiq. Sangat sayangkan Fiq!”
“ Fiq pun
sayang Lia. Terima Fiq semula? Fiq janji akan bahagiakan Lia.” Lama Zahlia tenung
wajah suaminya cuba mencari sinar keikhlasan.
“ Fiq akan
jaga Lia walaupun andainya suatu ketika nanti.. Lia dah tak secantik dia?” soal
Zahlia polos. Ketawa dalam tangisan Afiq mendengar soalan isterinya.
“ Tak
secantik siapa, sayang?” gurau Afiq mula berani.
“ Tak
secantik Lin!” Ketawa yang ditahan, terhambur kuat. Polosnya isterinya ini.
Walhal, kalau diikutkan kematangan umur, Lia lagi berusia.
“ Ya! Fiq janji. Walaupun Lia tak secantik
dia, Fiq tetap akan sayang Lia. Nak tahu kenapa? Sebab wajah cantik tak
menjamin kebahagiaan, tapi hati yang tulus ikhlas. Fiq sayang Lia. Teramat
sayang. Satu lagi yang perlu Lia tahu, bukan Lia yang tak secantik dia. Tapi,
dia yang tak mampu menandingi kecantikan Lia. Lia cantik luar dan dalam. Hati
Lia suci.” ucap Afiq sambil mencium lembut bibir isterinya. Buat pertama
kalinya, Zahlia merasakan suaminya mencumbuinya dengan lembut. Bukan seperti
beberapa tahun lepas.
“ Opss! Mama
dengan papa buat apa tu??” Suara anak kecil mengejutkan pasangan suami isteri
itu. Segera ciuman dilepaskan. Dengan wajah tersipu-sipu Afiq menggamit anaknya
yang sedang berada dalam dukungan umi itu. Bapa mertuanya juga turut ada di situ
menyaksikan tautan kasih yang dulunya terlerai kembali bercantum kuat.
“ Oh..
intai papa dan mama ye?” usik Afiq sambil
menggeletek perut anaknya.
“ Mana ada.
Papa tu yang tak tutup pintu. Kan nenek, atuk?” Petah sekali Putri berbalas. Ketawa
lucu Puan Solehah dan besannya, Datuk Ahmad Akil.
“ Papa..
bila Putri nak dapat adik? Nanti, papa buat mama Putri mengandung ye? Nenek dan atuk ada cakap nak cucu
ramai.” Sekali lagi Putri berceloteh. Langsung merah muka Zahlia dibuatnya.
Afiq ketawa lepas.
“ Nanti papa
akan bagi Putri adik. Tapi, kena tanya dululah mama. Mama nak ke?” soal Afiq
bernada usikan. Langsung cubitan kecil hinggap di lengan sasa Afiq. Afiq
menyeringai sakit.
“ Mama, mama
nak tak?” Naifnya soalan Putri. Wajah itu menentangnya dengan redup mengharap.
Zahlia toleh pandang wajah Afiq yang sengih melebar. Sukalah tu? Eee..
Zahlia
kelu. Lama juga dia terdiam. Lantas, dengan malu-malu Zahlia mengangguk. Terus
gamat bilik itu dengan gelak ketawa.
“ Tak lama
lagi, abang akan tanamkan benih cinta kita kat sini..” ujar Afiq lalu menjamah
lembut perut kempis milik isterinya. Zahlia hanya tunduk segan.
“ Abang nak
tengok perut Lia membesar. Abang nak jaga Lia masa Lia mengandung. Abang nak
rasa pengalaman tu semua sebab dulu abang terlambat.” ujar Afiq sembari
tersenyum manis menampakkan lesung pipitnya. Dalam hati, dia memanjatkan
kesyukuran kepada yang Maha ESA.
Terima kasih,
Ya Allah atas kebahagiaan yang Kau limpahkan. Detik hati Zahlia dan Afiq
sekata.
Dan ketahuilah,
cinta yang berlandaskan harta, rupa dan darjat tidak akan membawa kebahagiaan.
Tetapi, cukuplah dengan hati yang ikhlas dan ketaatan terhadapNYA. Nescaya, hubungan
yang dibina berlandaskan agama dan berpaksikan Allah S.W.T akan lebih damai dan
harmoni. InsyaAllah..
~Tamat~
sy paling suke cerpen ni...=)
ReplyDeletedh bc byk kali pun xbosan...keep it up
tme kseh yunk.. idea ni dtg tbe2 ble pk ad sesetgh lelaki sk kn permpuan cntek smate. y xcntek, dia hina2. pna diliht gn mate sndiri.. cbb tuh idea dtg.. hehe
Deletemmg best dek...so sedeh hukhuk...tk kn kekal sume tuh dek..kalu ALLAH SWT nk amek sekelip mata jer segala yg cantik lenyap dr kite.pd akk dalaman yg cantik akn lebih sempurna dn kekal selama nye...so usah lh terpedaya pd cantik nyer seseorang tuh...
ReplyDeletetme kseh akq.. sy sokg akq.. skg ni, selalu cgt org y xcntek dhina. kcyan kan? xkre la cntek ke x, hensem ke x.. tp, normalnya y xcntek n xhnsem pasti akn dikeji. apa slh mereka? mrk xmtk jd mcm tuh. btol x, kaq?
Deletegood job hana, keep writing ^^
ReplyDeletesepatutnye Afiq Muiz tuh tak layak dapat kemaafan & kasih sayang Zahlia semula...orang macam tuh betul2 tak layakkkk
ReplyDeletemf kalau xsesuai dgn cre awk.. :) thanks sudi baca..
Deletecerpen hana yg pling akak suka..ulang pn x jemu.. :)
ReplyDeletethanks akak.. :)
DeleteBest la this cerpen myntuh hati sy
ReplyDelete-sweetheart87-
thanks sis.. hana hepi kalau sis suka dgn cerpen ni.. teruskan sokg hana.. jgn lupa beli novel hana yg bakal keluar ye? :)
Deletewah bagusnya cerpen ni..
ReplyDeletethanks.. anon, teruskan sokong hana.. :)
DeleteBest la cerpen ni...klu wat novel lg best &
ReplyDeletebila publish pasti saya beli..
Tahniah hana...
..zi yas..
Alhamdulillah kalau suka.. hee.. :)
Deletebest...
ReplyDeletebest sgt2.....
ReplyDeleteSuka sgt..dengan cerpen ini.. Thumbs up..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. thanks akk
DeleteBest2 ^_^
ReplyDeletethanks sis.. :)
DeleteBst gilr cite ni asyik dok mngis. bca bnyak mn pun msti mngis
ReplyDeletehalaaa.. jgn ngs.. hehehe.. thnks bce.. :)
DeleteBestnya cite ni.. suka sgt! Kalau bole, buatla lg. Heee...
ReplyDeletethanks dear... :)
DeleteCerpen paling best diantara cerpen2 Yg pernah sy baca Sgt unik dan byk pengajaran. Good job writer.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. terima kasih sis.. sudi jenguk dn bce.. trus sokg hana yer? :)
Deleteterlalu mudah memaafkan....hmmmm cinta itu buta
ReplyDeleteyap.. kadg2 cinta itu buta.. thanks sudi bce.. :)
Deletesaya dah mula meminati hasil tulisan Cik Hana
Deletehee.. xperlu pggil cik. hana pun blh.. terima kasih.. Alhamdulillah.. :)
DeleteCik Hana....2 thumbs up!!!
ReplyDeleteSampai ke dasar hati saya.
terima kasih.. alhamdulillah
DeleteHari ini baru bertemu jodoh saya dengan blog Cik Hana ni. Tak sabar untuk membaca hasil karya Cik Hana yang seterusnya. Baru selesai dengan yang ni, hati bagaikan sudah terpanggil-pangil untuk membaca yang lain. Saya amat senang dengan gaya penulisan sebegini. Bersederhana, penuh pengisian, tidak meleret-leret...dan sudah pastilah eleman dramanya yang menjadi tarikan utama. Hati saya kata suka...hati saya sudah jatuh cinta.
ReplyDeletewah.. pnjgnye komen akk. dan Alhamdulillah sbb semuanya positif. terima kasih akk sbb sudi bce karya picisan sye. sye msih bertatih.. :)
DeleteMasuk dlm list blog yg akan di kunjungi dan novel yg akan dibeli
ReplyDeleteBest sngat2.. Kmbar saya yg bgitau.. Mula2 mcam malas nk baca.. Tiba2, rasa nk baca.. Skali dah baca, tk hnti2 repeat.. Hbis basah katil.. Mmng nangis jee :')
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteDah byk kali bc cerpen ni masih tak jemu...
ReplyDeleteklu blh nk minta cik writer wat novel lak citer ni...
best sgt2...
Wah. . . Best lh cerpen nie. . .
ReplyDeleteThousand of like from me. . .
Cik hana..cerpen yg best pernah saya baca...nak tanya sambungan x....
ReplyDeletebest! x bosan bace... :)
ReplyDeletePatutnyer kan afiq tuu kena bgi pengajaran lu ke dia biar dia rasa btul2 mnyesal dgn prbuatan dia yg dulu tuu . Seksa jiwa raga dia dulu HHHAHA
ReplyDeletebest..puas bca..-iezahtakuya
ReplyDeletebuatlah sambungannya.. mmg best cerpen ni.. nak tau x mcm mana si lia ni mengandung lagi
ReplyDeleteSeriously? Kanak2 zaman sekarang boleh ckp something about getting their mum pregnant? Wow! That's quite funny! :D
ReplyDeleteThis story contain abuse and marital rape. Mula2 Afiq sentuh Lia tanpa persetujuan Lia walaupun dia dah merayu2 minta Afiq lepaskan. Dah tu dia abuse Lia dan Lia maafkan saja dia? Abuse is abuse,rape is rape. Kedua2 tu jenayah and Lia got a serious case of stockholm syndrome for sympathizing with her ABUSER. IT'S NOT ROMANTIC. Stop romanticizing rape and abuse.
ReplyDeleteDon't know what you're trying to teach easily influenced young girls.Tak faham kenapa ramai sangat perempuan melayu suka dengan cerita macam ni. Cerita di mana wanita yang tak reti melawan dan terlalu pasif dilayan seperti sampah oleh husband sendiri kemudian husband insaf dan isteri maafkan je. Masing2 ada fantasy kut nak kena macam ni oleh kaum lelaki in real life.