PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, April 16, 2014

Suami Untuk Dicintai Bab 3


BAB 3

Thaqif merenung jauh ke luar jendela. Punggung dilabuhkan ke atas meja pejabatnya sementara kedua-dua belah tangan menyeluk pket slack hitam yang licin bergosok. Kedengaran pintu pejabatnya diketuk dari arah luar.

   Come in..” sahut Thaqif lemau. Sesaat terasa bahunya ditepuk seseorang.

   Whats up, bro? Meeting tak attend.. apa kes?” Suara Nashriq Baihaqi, teman rapatnya menyinggah. Thaqif mengeluh panjang.

   Sorrylah, Haq..” pinta Thaqif lalu dia menapak ke ruangan sofa. Duduk dilabuhkan. Tangan mengurut-urut belakang leher. Jelas menunjukkan dia sedang berhadapan dengan masalah besar.

   Baihaqi buat muka pelik. “ Kau kenapa, kawan?” soal Baihaqi prihatin. Thaqif menggeleng dengan senyum sumbing.

   Nothing.. a bit tired lately..” dalih Thaqif tak mudah untuk berkongsi masalah rumahtangga dengan orang lain. Baihaqi gelak mengejek.

   “ Oh, come on.. Thaqif Anaqi.. aku kenal kau dah lama. Kalau muka kau cemberut macam orang mati bini ni, mesti ade something wrong. Am I right?” sindir Baihaqi terang-terangan. Thaqif jeling wajah teman dia sebelum keluhan panjang terlepas dari bibirnya.

   Big problem, bro..” sahut jejaka tampan itu tidak bermaya. Kening Baihaqi terjungkit tinggi. Berminat hendak tahu lanjut.

   What’s wrong? Mind to share?

   My wife..”

   Your wife?”

  Thaqif angguk dengan soalan Baihaqi.

   “ Dia ada orang lain.” Pendek dan ringkas jawapan Thaqif.

   What??”

   “ Lebih tepat aku suami dia, but she has someone else..”

   “ Jangan bergurau, Thaqif Anaqi..” Keluar nama penuh Thaqif dari bibir Baihaqi.

   “ Kalaulah aku memang sedang bergurau..” Panjang harakat ayat Thaqif kedengaran. Baihaqi geleng kepala. Bahu teman ditepuk perlahan. Cuba menyalurkan kekuatan.

Kelibat seseorang yang sedang terbongkok-bongkok di tepi fridge menarik perhatian. Pantas kaki Tahqif menghala ke situ. Iris Nadira!

   Entah kenapa, tiba-tiba saja hati dilanda debar melihat susuk tubuh yang santai mengenakan pakaian tidur bercorak bunga-bunga kecil itu. Thaqif berdehem sedikit.

   “ Oh.. you! Baru balik?” Tak tunggu lama, Iris sudah laju menapak ke arah suami yang jelas nampak letih. Briefcase milik Thaqif dicapai.

   Ingatan Thaqif mula melayang-layang pada perbualan dia dan Baihaqi.

   ‘ Dayus namanya kalau benarkan isteri keluar dengan jantan lain.’

   Masih lagi terngiang-ngiang.

  ‘ Cuba kau ugut dia pula.’

  Saat ini Thaqif sudah pejam mata. Patut ke dia ikut cakap Baihaqi?

   “ Iris, ada benda I nak cakap..” Suara ala-ala seorang bos sudah keluar. Iris hanya tekun menunggu.

   “ I tak nak kita play stupid games in our marriage. If not..”Thaqif sengaja leretkan bicaranya. Iris tiba-tiba mendekat. Lengan encik suami dia usap seketika.

   If not, what?” Mencabar sungguh Iris Nadira. Thaqif mendengus.

   Marriage is not a game, Iris Nadira. You faham tak?” soal Thaqif diamuk rasa geram.

   “ Hari tu kita dah sepakat kan?”

   Yes.. but, I dah tukar fikiran I. I tak nak terlibat dalam permainan bodoh ni..” Cepat saja Thaqif memangkah. Iris senyum sinis.

   “ Kalau you nak tarik diri, dipersilakan. Tentu you tahu kesannya..” ugut Iris.

   Don’t you dare challenge me, my dear wifey..” Bergetar nada seorang Thaqif Anaqi. Iris geleng lembut.

  I didn’t..” nafi Iris dengan lenggok gemalai.

   Please.. stop all this nonsense or else...”

   Or else?” Iris hendak si suami habiskan ayat. Thaqif kemam bibirnya seketika.

   Then I will leave..” Thaqif rentap tangan sasanya lalu dia sudah mula memanjat anak tangga ke tingkat atas.

   “ Thaqif Anaqi! Tunggu..” Giliran Iris pula yang gelabah. Tanpa sebab!

   Thaqif hentikan langkahnya. Namun, untuk berpaling memang takkan. Dia ketap giginya sedikit. Yakin bahawa Iris akan menghamburkan ayat-ayat yang menyakitkan hati.

    Lengan si suami dipaut. Thaqif rentap balik.

   “ You nak apa lagi? You sendiri cakap.. kalau I tak nak terlibat dalam permainan ni, I perlu undur diri..” Lemau sedikit nada Thaqif.

   Iris hanya membisu sebelum tiba-tiba tubuh itu mula berdiri di hadapan Thaqif. Ketinggian mereka di paras sama memandangkan Iris sedang berdiri di anak tangga atas berbanding Thaqif.

   “ You pasti you nak tarik diri?” soal Iris lagi.

   Yes!” Sungguh yakin nada Thaqif.

   “ Jadi, you nak ceraikan I?” Soalan berani mati dari Iris Nadira.

   What the..” Berdetak-detuk gigi Thaqif. Merah padam wajahnya membendung amarah.

   Calm down, dear..” Iris seakan menguji kesabaran yang senipis kulit bawang itu.

    “ Ke tepi, Iris!” Bengkak sungguh hati Thaqif. Seakan martabatnya sebagai suami dipermainkan.

   “ Ingat Tha..” Dan untuk sesaat, mata Iris terus terbuntang. Ohmai!

   Beberapa saat berlalu.

   Thaqif kesat bibirnya sedikit. Hatinya puas. Senyuman sinis terukir di wajahnya.

   “ I dah cakap.. don’t you dare challenge me..” angkuh suara Thaqif. Usai mengucapkan kata-kata itu, tubuh Iris ditolak sedikit ke tepi.

   Iris masih terpaku. Seminit berlalu, tangan halusnya meraba bibirnya sendiri. Dan saat itu Iris seakan-akan digoda dan tergoda.

Friday, January 3, 2014

Suami Untuk Dicintai (Bab 2)


BAB 2

Thaqif pandang lenggok si isteri yang jelas hendak menapak ke muka pintu. Nampak cantik dengan gaun separas lutut berwarna ungu lembut. Di atas kepala si isteri pula dihiasi dengan skarf berwarna sama. Thaqif panjangkan leher mengintai si isteri. Yakin Iris hendak keluar.

   “ You pandang apa?” Soalan mendadak dari Iris buat leher yang tadinya panjang mengintai kembali kendur. Thaqif garu belakang kepalanya.

   “ Tak ada apa-apa. You look great.. nak keluar ke?” Entah kenapa, itu yang terpacul dari bibir sensualnya. Wajah Thaqif gabra. Bertambah-tambah gabra bila lenggok menawan itu melencong ke arahnya. Thaqif mula rasa duduknya tidak selesa. Dia sedang digoda tanpa sedarkah? Ah, perasan kau.. Thaqif Anaqi! Jerit batinnya sesaat kemudian.

   Sesaat, dua saat.. nafasnya terasa semput. Lehernya sudah dibelit kemas oleh tangan halus Iris.

   “ I nak keluar..” bisik Iris perlahan. Dekat dengan telinga suaminya. “ Dengan Izz Rayqal.. you tak kisah kan?” Sambung Iris lagi. Spontan Thaqif berpaling dengan lajunya. Tanpa sedar kepalanya sudah elok berlaga dengan bibir Iris. Kuk!

   Auch!” jerit Iris sambil pegang bibirnya. Thaqif terkedu. Wajah Iris sudah berkerut-kerut tahan sakit. Saat matanya singgah pada seulas bibir itu, dia kemam bibir kuat. Ada darah yang mengalir di situ. Kuat sangatkah perlanggaran kecil itu? Thaqif tertanya-tanya dalam bisu.

    Sorry-sorry.. you caught me by surprise!” Kalut Thaqif capai tangan Iris lalu tangannya pula menggantikan tangan Iris. Mengusap kecil bahagian tepi bibir yang berdarah kecil itu. Dia lap dengan hujung jarinya.

   Is it still hurting you?” soal Thaqif lembut. Matanya menembusi anak mata Iris. Iris kaku. Tapi, tak lama dia biarkan keadaan canggung itu. Pantas dia tutup dengan tawa kecilnya. Tangan dia menolak tangan kekar Thaqif.

   “ Sakit apanya.. sikit ajelah. Okeylah Qif, I’ve got to go. You jangan tunggu I. Remember, game kita dah on bermula semalam. Take this challenge and obviously the best man wins..” Iris kenyit mata sekali sambil bersedia untuk beredar. Thaqif pula sekadar mengeluh. Kerja gila!

   “ Iris..” seru Thaqif kemudiannya. Iris yang sudah melangkah berpaling. Dia soal dengan bahasa isyarat. ‘What?

   Take care yourself. And please-please.. jaga maruah you dan I..” pesan Thaqif penuh maksud tersirat. Iris diam bersama senyuman di bibir. Dia jatuhkan kepalanya tanda akur.

   I will..” Dan terus tubuh menawan itu hilang pada pandangan mata Thaqif. Thaqif terduduk di sofa. Kepala disandar lemah. Dia jeling pintu utama yang dah terkatup. Oh damn it! Kau ni suami jenis apa, Thaqif Anaqi Dato’ Hanafi?? Dia tumbuk sofa berkali-kali. Melampiaskan rasa geram.

Izz Rayqal teguk sedikit minuman Coke itu dengan rakus. Duduk disandar pada badan Bugatti Veyron miliknya. Dia meninjau-ninjau menunggu kehadiran si jantung hati. Bibir sudah membebel halus. Geram kerana Iris Nadira sudah lewat dua puluh minit.

   “ Hye.. Izz..” sapa suara yang amat dikenalinya. Izz spontan mencampakkan tin yang kosong itu ke tanah. Badan dipusing dan dia nampak wajah kesayangannya di situ. Berjalan penuh aura yang mampu menggegarkan jantung Izz. Izz senyum melebar. Rasa geram kerana terpaksa menunggu perlahan-lahan bertebaran pergi.

   “ Sayang..” panggil Izz meleret. Tubuh itu dihampiri. Saat dia tunduk hendak menyapu pipi mulus itu dengan bibirnya, Iris sudah menolak lembut dengan tawa kecil. Izz tarik muka.

  Why? Sebelum ni okey aje..” rungut Izz berkecil hati. Iris berdiri berpeluk tubuh.

   I’m married.” Sebaris ayat yang menyedarkan Izz. Izz jeling maut.

   So, what?” duga Izz geram. Iris senyum kecil. Lelaki ni kalau merajuk.. semakin bertambah tampan di wajah.

   “ I dah janji nak jaga diri I untuk dia..”

   “ Iris.. don’t say that..”

Nope. I tak tukar fikiran. Game tetap game. But, I isteri dia. As I said earlier, I tak nak beratkah bahu kiri I lagi. Cukup dengan dosa yang kita buat sekarang ni..” jelas Iris panjang lebar. Izz ketap gigi. Alasan! Bentak hati lelakinya. Nampak gayanya lepas ni dia hanya mampu memandang pipi mulus itu tanpa bisa menyentuh. Ah, rugi!

   “ Suka hati youlah!” Bengkak saja hati Izz. Iris senyum.

   “ Jangan marah-marah, Izz. Sebab.. you look more and more hot..” pujuk Iris dengan gayanya tersendiri. Nah.. seperti dia tebak. Bibir kemerahan milik Izz sudah koyak senyuman lebar.

   “ You pandai kuasai keadaan, kan? Selalu buat hati I mencair..” Tangan lelaki itu hendak mencuit hujung hidung Iris. Tapi, tak sempat bila..

   “ Ahaa..” Iris angkat jari telunjuknya lalu digoyang-goyang perlahan. Izz tarik tangannya kembali lambat-lambat.

   Fine..” seru si lelaki mengalah. Jelas suara kecewa tersarat di situ.

   Lets make a deal..” ajak Iris tiba-tiba. Kening Izz terjungkit.

   “ Maksud you?” soal Izz kurang mengerti.

   “ Hari ni I keluar dengan you kan?” soal Iris yang jelas sudah tahu jawapannya. Izz angguk saja.

   So, esok giliran I dengan husband I. You tak boleh kacau I. Not even a call!” Tegas suara Iris. “ And the next day will be our date again..” Terus Iris dengan rancangannya. Izz terlopong. Apakah?

   “ I dimadukan ke apa ni?” sergah Izz geram. Iris ketawa nakal.

   “ Madu tu bukan ke lebih sesuai untuk I?” soal Iris tanpa menjawab pertanyaan Izz. Sebaliknya dia pula yang menyoal. Izz mendengus. Geram bila terasa diri dipermainkan.

   “ You tahu kan.. kalau I dapat you, I takkan sesekali madukan you. Sebab hati I cuma satu dan itu pun you dah ambil..” Bermanis mulut sungguh Izz Rayqal ni.

   “ I lapar.. can we have our lunch?” Iris ubah topik mereka.

   “ You tak makan lagi?” soal Izz nada prihatin. Iris geleng dengan mimik muka seakan merengek.

   “ I tak masak sebab Thaqif dah pesan semalam tak payah masak. Dia nak balik rumah mummy dia tengahari nanti..” jelas Iris tanpa dipinta. Izz angguk berkali-kali.

   “ Jom I bawa you lunch.. nanti tak pasal-pasal you sakit pula, sayang. You nak naik kereta you atau tumpang I?” soal Izz serius. Kunci kereta sudah siap digenggam. Iris toleh keretanya sebelum pandang Bugatti Veyron milik Izz.

   “ I pandu kereta I. Senang nak balik nanti. Tak adalah kena patah sini ambil kereta I dulu..” putus Iris sudahnya.

   Anything for you, dear..” sahut Izz nada romantik. Lenggok Iris dibontoti. Pintu kereta milik Iris dibuka. Sebaik saja tubuh montok itu menerobos ke dalam kereta, Izz tutup pintu kereta itu cermat.

   Thanks..” ujar Iris saat cermin kereta diturunkan lalu matanya dikenyit nakal. Izz senyum menyembunyikan gemuruh hati lalu dia pula menapak ke arah kereta mewah miliknya. Dia yakin dia bakal memenangi permainan merebut cinta Iris Nadira Datuk Izham. Dia sangat-sangat yakin!

 

 

 

 

 

Monday, December 30, 2013

Suami Untuk Dicintai (Bab 1)


BAB 1

“ Ini gila, sayang. Sangat-sangat gila!” ujar Izz Rayqal seraya bangkit berdiri. Wajah lelaki itu bergerak-gerak ganas dek rasa marah. Dipandang wajah cantik Iris dengan mata membuntang. Iris hanya tenang.

   “ Thaqif dah setuju, I cuma tunggu keputusan you..” ujar Iris selamba. Izz mendengus. Mahu tak gila? Dia.. diajak bertanding merebut cinta Iris Nadira Dato Izham? Dah sah-sah dia akan kalah. Thaqif tu suami. Dia.. cuma sekadar teman lelaki Iris. Ah, kegilaan apakah ini? Hatinya menggumam.

   “ You memang out of your mind.. Iris Nadira!” hentam Izz geram. Wajah manis itu dipandang sakit hati. Iris senyum menawan. Sekaligus mencairkan hati lelaki milik Izz Rayqal.

   “ I tak gila. I cuma nak cari lelaki yang betul-betul hargai I..” ujar Iris bermadah senang. Izz gosok dahinya tanda gelisah.

   “ Dah terang-terang I akan kalah, sayang..” rengek Izz pula. Iris gelak kecil.

   “ Sejak bila Izz Rayqal yang I kenal boleh cepat berputus asa ni?” cabar Iris. Bukan dia tak tahu Izz pantang dicabar. Pasti ego lelaki itu terjentik. Izz Rayqal sudah mencerlung anak matanya.

   “ You cabar I ke, Iris?” soal Izz dengan suara tertahan. Iris senyum. Nah.. umpan sudah mengena! Jerit hatinya. Iris kenyit mata.

   So..” Iris bangkit dari kerusi yang didudukinya. Namun, sempat pula dia menyisip sedikit minuman yang dibawa pelayan tadi. “ I kira you setujulah ye? Okeylah.. I kena balik. Thaqif balik pejabat nanti nak kena hidang nasi pula. See you later, Izz..” Iris berkata dengan suara lunaknya. Izz ketap bibir.

   “ You kata tak sayang dia. Tapi, nak pula you sediakan kelengkapa dia..” dengus Izz tak puas hati. Iris yang baru hendak melangkah berpaling. Senyuman digariskan.

   “ I tak nak tambah dosa I dengan dia. Sayang dan tanggungjawab dua perkara yang berbeza..” Penuh maksud kata-kata Iris. Izz simpan riak curiga.

   “ Jadi.. you dengan dia dah..” Izz tak jadi nak bersuara bila Iris sudah gelak halus. Kalau berbicara soal tanggungjawab, mungkin Iris sudah menjadi isteri yang sebenarnya untuk Thaqif? Hati Izz menyoal sendiri. Keliru!

   “ Izz.. hal rumahtangga I, I takkan cakap dekat you.. okey? Ambil cabaran tu kalau you betul-betul sayangkan I. Atau you kisah kalau I ni bekas dia?” ujar Iris nakal. Wajah Izz berubah. Tipu kalau dia cakap dia tidak kisah. Selama ni, begitu payah dia hendak mencuit Iris. Memang dia cemburulah andai perkara itu betul-betul berlaku.

   Tapi, sebab rasa sayang dia pada Iris.. dia tak sanggup hendak mengiyakan. Sudahnya, dia menggeleng lesu. Menipu diri sendiri.

   So.. tak ada masalahlah kan?” sakat Iris lalu dia terus melangkah pergi. Meninggalkan Izz termangu sendirian.

“ You masak?” soal Thaqif tatkala matanya sudah menangkap pelbagai jenis menu terhidang di atas meja. Iris yang baru saja menanggalkan apron itu melangkah penuh menggoda. Duduk dilabuhkan di hadapan si suami.

   “ You rasa?” Iris menjungkit kening. Thaqif diam seketika.

   “ Tapi.. you..”

   Iris yang faham perkataan selanjutnya Thaqif pantas mencelah. “ Cinta, sayang dan tanggungjawab adalah skop yang berbeza. Jadi, ini tanggungjawab I. But.. tanggungjawab yang satu lagi tu.. kita tangguh dulu, okey?” Iris menongkat dagu sewaktu berbicara. Memandang raut kacak si suami. Thaqif berdehem kecil.

   “ I pun masih tak bersedia ke arah tu. Lagi satu.. bagi I perkahwinan satu ikatan yang suci. Bukan kerana nafsu semata. Kalau you belum cintakan I, I takkan tuntut hak tu. I nak hubungan tu terjalin atas dasar cinta.” Bijak Thaqif menjawab.

   Memang dia masih tidak bersedia. Hatinya masih ragu-ragu lagi. Memang dia menipu andai dia kata hati dia kejung tidak bergetar waktu melihat Iris. Tambah-tambah tika isterinya itu usai mandi. Tapi, dia yakin apa yang dia rasai itu hanya sekadar hasutan nafsu. Bukan atas dasar cinta untuk isterinya.

   So, I announcekan mulai hari ni game bermula. You dengan Izz bersaing secara sihat untuk dapatkan I..” Lunak suara Iris meniti di halwa telinga Thaqif.

   “ Iris..” seru Thaqif perlahan sudahnya. “ You masih ingat janji you kan? I tak nak terus berdosa. Jadi..”

  “ Jangan risau, kalaupun you nampak I macam perempuan tak baik. I tak sewenang-wenangnya bagi lelaki sentuh I..” cantas Iris mengerti. Thaqif hela nafas lega.

   “ I masih berharap you tarik balik game ni..”

   No, never!” pintas Iris laju. Kepalanya tegak.

   Okey, then. I sahut cabaran you. Tiga bulan yang you janjikan, but I akan pastikan kurang dari tiga bulan you akan deadly in love with me!” ujar Thaqif penuh yakin. Iris senyum.

   Better late than never, right?” ujar Iris sengaja menghidupkan rasa tercabar dalam diri Thaqif. Sejurus dia bangkit. Nasi yang masih panas berasap diletakkan di dalam pinggan Thaqif. Thaqif menggeleng. Hubungan pelik apakah ini? Dia bermonolog.

   “ Makanlah. Nasi masih panas-panas. You nak air suam atau sejuk?” soal Iris penuh kelembutan. Thaqif  pantas mendongak.

   “ I minum apa aje yang you berikan..” Malas-malas Thaqif menjawab. Otaknya masih ligat memikirkan cara-cara untuk menambat hati Iris. Dia tidak boleh kalah!

   “ I rasa you mesti nak yang sejuk kan?” Iris soal dengan lirikan menggoda. Thaqif kecilkan biji mata.

   What do you mean?” soal Thaqif.

   “ I nampak bahang amarah dalam diri you. You nampak lebih kacak, Qif..” ujar Iris lalu ketawa kecil. Beberapa ketul ais dimasukkan ke dalam gelas berkaki tinggi itu. Jus tembikai dituang pula. Thaqif tarik nafas dalam.

   “ Jangan gunakan tone macam tu bila dengan I..” Tiba-tiba Thaqif berpesan. Iris letakkan jug kaca kembali.

   “ Kenapa?”

   “ Suara you tu simpan bila I dah dapat cinta you nanti. Waktu tu kalau you nak buat lebih pun I tak kisah..” gumam Thaqif. Namun, masih bisa didengari oleh Iris. Iris sekadar tersenyum meleret. Dia tahu Thaqif sekadar memerli dirinya. Ah, biarlah.. detik hatinya pula.

 

Suami Untuk Dicintai (Prolog)


Suami Untuk Dicintai (Mini Novel)

Oleh : Hana Efriena
 
 

 

Prolog

Iris Nadira pandang wajah tampan suaminya sambil berpeluk tubuh. Dia senyum segaris. Nak sangat kahwin dengan dia, siapa suruh? Hati Iris membentak sinis.

   “ Iris jangan nak buat gila dengan I. You  sedar tak you cakap apa ni?” soal Thaqiq Anaqi geram. Kaki melangkah dekat. Baru dia nak capai tangan Iris, Iris mengelak pantas.

   “ You nak kira deal ke tak ni?” selar Iris dengan kening terjungkit.

   “ Iris, I ni suami. Bukan koleksi teman lelaki you dekat luar sana..” bentak Thaqif tercabar. Iris senyum menggoda. Dia berjalan mengelilingi suaminya. Seketika dia berhenti sebelum bahu Thaqif diurut perlahan. Thaqif pejam mata.

   “ Qif..” Iris tiup perlahan belakang leher si suami. Thaqif rasa debaran jantung dia sudah tak menentu. “ Kalau you sayang I, cuba untuk menangi hati I. Dengan cara you sendiri. You kena bersaing dengan Izz. But, jangan main kotor.. okey?” ulas bibir menggoda itu lembut. Thaqif buka matanya luas.

   “ Iris.. I suami you..” rintih Thaqif berharap benar Iris faham. Iris pantas lekapkan jemarinya pada bibir seksi Thaqif.

   “ Kalau you sayang I.. buktikan!” ujar Iris dengan lirikan menggoda. Thaqif terngadah. Sedangkan Iris senyum kemenangan, dia yakin Thaqif takkan menang dalam permainan merebut cintanya.

    “ You yakin you nak macam ni? You tak takut soal dosa pahala? Paling penting.. you tergamak nak I nampak dayus pada pandangan orang lain?” soal Thaqif bertalu-talu. Tangan Iris dicapai lembut sebelum dia ramas tangan itu sedikit.

   “ I tak cintakan you, Qif..” selar Iris kecil. Dia renung dalam anak mata suaminya.

   “ I bukan nak kurang ajar dengan you. Tapi, hakikatnya I pun tak cintakan you.” Tenang suara Thaqif. Iris hanya menelan dengan riak selamba.

   “ Jadi, untuk apa perkahwinan ni?” soal Iris. “ Kita masing-masing tak saling mencintai. Jadi, wujud untuk apa sebuah perkahwinan tanpa cinta ni?” Iris soal dengan suara yang masih terkawal.

   “ Sebab I nakkan you..” Dahi Iris berkerut. Pelik. Tak cinta, tapi nak?

   “ You cakap apa ni, Qif?” soal Iris kurang mengerti. Thaqif raup wajahnya gundah.

   “ I pun tak tahu kenapa dengan diri I. I yakin I tak cintakan you. Tapi, I nakkan you. I cuma nak you jadi isteri I. Mungkin kedengaran kurang logik. Itu hakikatnya, Iris.” Thaqif bersuara bersungguh-sungguh. Iris menapak ke ruangan sofa. Dia langsung tak faham kata-kata Thaqif.

   “ I tak faham..” keluh Iris perlahan. Wajah tampan Thaqif dijamah dengan anak matanya.

   “ Cinta dan rasa untuk menakluki, dua perkara yang berbeza. I memang tak cintakan you. Tapi, I sayangkan you. Walaupun kita baru kenal, I dah mula selesa dengan you. Sebab tu bila mama suruh I kahwin dengan you.. I terima. Sebab hati I cakap suatu hari nanti I akan jatuh cinta dengan you. I tak nak you terlepas pada tangan lelaki lain.” Thaqif berkata dengan suara garaunya. Iris semakin keliru. “ Kita cuba, Iris. You dengan I.. cuba untuk bercinta..” ajak Thaqif pula.

   “ Ini mustahil, Qif. I dah ada Izz. You pun tahu kan?”

   “ Tapi.. I tak ada sesiapa, Iris. Selepas kehilangan arwah Melinda, you aje yang buat I kembali rapat dengan perempuan. Buat hati I kembali hidup dengan perempuan. Sebab tu I yakin you pilihan yang tepat..” sangkal Thaqif  lagi. Wajahnya mula memerah. Mungkin tatkala perihal Melinda disentuh. Iris bangun.

   “ Jadi, I cuma bagi you satu aje peluang. You kena menangi hati I. Kalau you tak berjaya, waktu tu you kena lepaskan I..” pinta Iris pula. Thaqif terhenyak.

   “ You memang hendakkan begini?” soal si suami runsing. “ Maruah I, Iris? Dosa you I yang galas..” sentuh Thaqif perihal dosa pahala pula.

   “ Hanya setuju atau tidak? Ini saja peluang you yang terakhir..” ugut Iris berkeras. Thaqif pejam mata. Cuba berfikir secara rasional. Dia sedang dicabarkah?

   Kalau benar, dia memang sangat-sangat rasa tercabar!

 

Sunday, December 29, 2013

Izinkan Aku Mencintaimu (Bab 7)


BAB 7

Emiera ketap bibirnya geram. Kereta mewah milik Qaiser dipandu berhati-hati. Kalau bukan kerana ugutan lelaki itu, dia takkan tergamak hendak mengguna kereta Mazda 6 Sedan ini untuk menjemput si kembar. Tapi, Qaiser dah tak bagi dia sebarang pilihan. Bagaikan tengiang-ngiang suara Qaiser sewaktu menelefonnya sebelum berangkat seketika tadi.

   “ Abang tahu kalau Miera tak guna kereta abang bagi tu, abang balik nanti abang buat kerja gila.” Qaiser mengugut. Emiera dah menceber.

   “ Memang Miera tak nak pun. Teksi ada.. tak susah..” Tanpa nada saja suara Emiera berlagu.

   “ Okey, jangan cabar abang tukar nama kereta tu terus atas nama Miera. Don’t say that I didn’t warn you, Cempaka Emiera. Bila abang suruh guna, Miera kena guna. Bukannya payah sangat arahan abang ni,” marah Qaiser perlahan. “ Okeylah.. abang dah nak masuk balai berlepas. Ingat.. guna kereta tu atau Miera akan menyesal. Take care, Miera. Abang sayang Miera..” Terus panggilan dimatikan tanpa sempat Emiera membidas. Emiera mendengus kecil.

   Dalam dia puas menolak kehadiran lelak itu, semakin Qaiser cuba untuk mengurangkan jurang antara mereka. Lantas, Emiera sudah tepu hendak berfikir apa lagi? Patutkah dia memberi ruang untuk Qaiser merebut hatinya? Sungguh dia tidak tahu!

   Melihat jam di tangan, cepat saja Emiera kembali fokus pada pemanduannya. Emiera mengeluh kecil bila mana lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah. Lambat pulalah dia hendak menjemput si kembar. Alahai..

   Lampu isyarat yang masih merah memberi ruang untuk Emiera mengenang kembali kenangan dia dan arwah Qairel, suami yang banyak membantu dia menghadapi kebencian Datin Zetty. Suami yang banyak menjadi tongkat untuk dia meneruskan kehidupan. Mengutip dia waktu dia kesukaran. Ya Allah.. hati terasa begitu sakit dengan rasa rindu ini.

   “ Sayang sedih?” soal Qairel lembut. Tangan halus itu dia usap penuh kasih. Emiera menoleh ke sisi. Tangan kanannya kuat mencengkam stereng kereta.

   “ Kenapa soal Miera macam tu?” soal si isteri lembut. Qairel senyum nipis.

   “ Sebab Miera pandu kereta abang..” ulas bibir itu berbicara. Emiera palingkan wajah dia ke hadapan. Dia tahu Qairel faham keadaan dia. Tiap kali dia bersedih, dia pasti akan meminta izin daripada Qairel untuk memandu. Walhal, memang kepantangan Qairel untuk membiarkan si isteri memandu sedangkan dia ada di sebelah.

   “ Miera baik-baik saja, abang..” dalih Emiera menyembunyikan rasa hati. Qairel raup wajahnya dengan sebelah tangan. Riak itu nampak suram.

   “ Sayang tipu abang..” ujar dia seakan menggumam. Emiera genggam kembali tangan si suami yang masih memegang lembut jemarinya.

   “ Tipu untuk sedapkan hati abang.. Miera rasa tak salah. Miera tak nak abang sedih. Abang masih ada satu semester nak habiskan pelajaran abang. Miera tak nak kusutkan fikiran abang. Kita lupakan ye? Anggap saja kata-kata mama tak berbekas di hati Miera..” pujuk Emiera. Qairel sudah sebak.

   “ Tapi, sayang nampak terluka sangat..” Qairel sudah merintih sayu. Emiera senyum hambar.

   “ Abang ada. Selagi abang ada, Miera takkan rasa kesedihan ni Miera tanggung seorang diri. Janji dengan Miera, terus ada dengan Miera.. abang?” soal Emiera perlahan. Qairel diam lama sebelum dia mengangguk sekali.

   “ Abang takkan tinggalkan Miera. Kecuali maut saja. Abang sayang Miera, lebih dari diri abang. Terluka Miera, terlukalah juga abang. I love you, sayang..” Qairel kucup jemari itu sebelum dia rapatkan tubuhnya lalu sekilas kucupan dia hadiahkan pada pipi Emiera. Emiera pejam mata.

   Ah, kenangan. Kenapalah kenangan begitu sukar untuk dilupakan? Memang benar arwah suaminya pernah berjanji untuk tidak tinggalkan dia melainkan maut. Nampaknya arwah Qairel benar-benar mengotakan janji. Perpisahan mereka adalah perpisahan kekal. Untuk selamanya! Jiwa Emiera rapuh berkali-kali. Dia rindu.. rindu dengan setiap tutur kata arwah Qairel.

“ Kak Miera!” jerit Amni ceria bila susuk tubuhnya menjamah ruangan mata. Emiera tersenyum dari jauh sebelum dia menangkap riak pelik pada wajah si kembar.

   “ Kenapa, Amni dan Qilah pandang macam tu?” soal Emiera polos. Amni sengih sejurusnya.

   “ Abang Qais bagi akak guna kereta ni?” soal Aqilah menyampuk. Emiera angguk tanpa banyak soal. Yelah.. memang dah Qaiser yang bagi pinjam. Kenapa ye? Hatinya jadi tidak keruan.

   “ Kereta ni nyawa Abang Qais. Payah dia nak bagi orang lain guna. Amni tahu sebab hari-hari kalau boleh dia belai kereta kesayangan dia ni. Tapi.. dengan akak..” Amni leretkan suaranya. Kening terjungkit nakal.

   “ Sayang dia lebih pada akak berbanding kereta ni. Akak istimewa sangat dekat hati Abang Qais..” ujar Amni menyambung bicara. Sekaligus membuatkan jantung Emiera berpalu debar. Emiera letak tangannya ke dada. Ah, kenapa dia perlu berdebar sebegini? Rasa apa yang menyinggah ini? Emiera kurang arif dalam menilai soal hati dan perasaan.

   “ Tak adalah.. dia terpaksa tu sebab Kak Miera mana ada kereta nak jemput Amni dan Qilah. Lagipun, korang berdua kan tanggungjawab Abang Qais.. sebab tu dia sanggup pertaruhkan kereta ni dekat akak..” gelak Emiera jelas dibuat-buat. Aqilah sekadar senyum. Amni juga.

   “ Tapi, Qilah tahu abang sayangkan akak. Kami boleh nampak. Kan Amni kan?” Aqilah menjeling wajah Amni. Amni angguk bersungguh-sungguh. Mengiyakan kata-kata Aqilah.

   “ Kami dah besar untuk menilai soal cinta tahu, akak?” Giliran Amni pula bersuara. Emiera terkedu. Kalau si kembar sudah pandai menilai, kenapa dia masih dungu jika sesuatu yang melibatkan tentang cinta? Atau dia sebenarnya takut pada bayangan lalu? Tak! Dia yakin bukan kerana itu. Tapi, alasannya cuma satu. Kerana dia.. arwah Fuad Qairel.

   “ Kak Miera..” Amni sentuh sedikit lengan Emiera. Emiera tersentak. Wajah serba-salah Amni dipandang dengan senyuman.

   “ Kami minta maaf. Bukan niat kami nak suruh akak lupakan arwah Abang Arel. Tapi, sampai bila akak nak macam ni? Kami tahu Abang Qais dah lama suka akak. Tak boleh ke bagi peluang tu dekat Abang Qais?” selar Amni polos. Emiera kemam bibir.

   “ Biar Allah S.W.T tentukan segalanya ye?” ujar dia dengan jawapan paling selamat. Amni dan Aqilah mengeluh kecewa. “ Jomlah kita balik..” ajak Emiera pula. Amni dan Aqilah sekadar akur dengan riak sedih.

   Maafkan akak, Amni.. Qilah. Meluputkan sebaris nama Fuad Qairel begitu payah untuk akak lakukan. Bukan akak tak pernah mencuba. Tapi.. Keluhan dilepas kecil. Hatinya sudah penat untuk berbicara sendu.

Suasana makan malam terasa sedikit meriah dengan kehadiran si kembar. Emiera dan Dafina sibuk menghidangkan juadah. Amni dan Aqilah pula leka berbual dengan Qaiser di talian. Begitu Emiera nampak keakraban yang terjalin itu. Berebut-rebut si kembar hendak berbual dengan satu-satunya abang yang mereka punya.

   “ Kak Miera..” seru Aqilah menghulurkan telefon bimbit miliknya. Emiera terkebil-kebil. Dafina pula sekadar senyum nipis. Dia tahu pastilah gerangan jejaka kacak itu yang ingin berbual dengan Emiera. Ah, untungnya Cempaka Emiera. Desis Dafina tumpang bahagia.

   “ Siapa?” soal Emiera buat-buat tak tahu.

   “ Abang Qais..” ujar Aqilah menjawab. “ Dia nak cakap dengan akak sekejap..” Telefon bimbit masih dihulurkan. Lambat-lambat Emiera capai. Nafas dihela lemah sebelum telefon bimbit itu dipekup ke telinga. Tubuh dibawa menjauh sedikit.

   “ Amni, Qilah.. pergi makan dulu dengan Kak Fina..” suruh Emiera sebelum dia berlenggang ke ruang tamu.

   “ Assalamualaikum..” Suara Emiera kedengaran sangat perlahan. Masih tidak bersambut. Tapi, Emiera dengar helaan nafas di hujung sana. Menandakan Qaiser masih ada di talian.

    Emiera kerut kening. Kenapa Qaiser tidak mahu bercakap?

   “ Abang..” panggil Emiera pula.

   “ Abang rindukan Miera..” Sebaris kata yang bisa menggegarkan jantung Emiera. Emiera ketap bibirnya rapat.

   “ Jangan bercakap soal rindu dengan Miera..” ujar Emiera cuba mengurangkan debar di dada. Qaiser menghela nafas panjang.

   “ Kembar okey dekat sana?” soal Qaiser sepatah.

   “ Kan abang baru aje bercakap dengan mereka?” Emiera soal balik.

   “ Abang nak dengar dari mulut Miera. Abang bimbang mereka buat Miera penat. Menyusahkan Miera..” sahut Qaiser pula.

  “ Mereka dah besar, abang. Dah pandai bawa diri. Apalah sangat disusahkan Miera. Miera suka mereka dekat sini..” balas Emiera pula. Qaiser terdiam lama.

   “ Boleh abang tanya Miera sesuatu?” pinta Qaiser tiba-tiba. Emiera senyap sejurus. Bicara itu bagaikan terselit maksud yang sukar ditebak.

   Hmm..” Hanya itu balasan Emiera.

   “ Kalau abang tanya Miera rindukan abang, boleh tak Miera iyakan?” Emiera terpempan. Permintaan apakah itu?

   “ Abang cakap apa ni?” soal Emiera gundah.

   “ Abang cuma nak dengar Miera cakap Miera rindukan abang. Walaupun terpaksa sebab abang tahu kalau abang harapkannya sebagai ucapan ikhlas.. abang cuma bermimpi di siang hari..” jelas Qaiser penuh nada romantik.

    “ Mie.. Miera tak boleh..”

   “ Walaupun sekadar untuk sedapkan hati abang?” Qaiser menduga

   “ Maafkan Miera..”

   Qaiser mengeluh untuk kesekian kalinya. “ Tak apalah. Abang tahu abang tak layak. Maaf kalau abang memaksa Miera.. Assalamualaikum..”

   Emiera pandang telefon bimbit yang sudah dimatikan talian itu. Dari nada suara Qaiser, dia tahu lelaki itu berjauh hati. Ya Allah, sampai bila harus begini? Hati Emiera menggumam lagi.