PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, September 25, 2013

Order Atas Talian 'Drama Queen vs Kutu Buku' dibuka sekarang!




Sukacita Hana ingin maklumkan order untuk atas talian bagi novel pertama hana sudah dibuka sekarang. Untuk menjadi pembeli online bagi novel ini, boleh inbox ke facebook JS Adiwarna atau layari laman web ni http://www.jsadiwarna.com/

Bagi yang sudi menyokong Hana, ribuan terima kasih hana ucapkan. Segala info untuk harga berkaitan dengan novel ini, sila rujuk pada link yang telah Hana sediakan di atas. Hrp sesiapa yang sudi beli karya Hana ni terhibur dan berpuas hati dengan hasil tulisan Hana. Mudah-mudahan..

Terima Kasih..  (",)

Tuesday, September 17, 2013

SINOPSIS 'NUR' KASIH (NOVEL)


SINOPSIS ‘NUR’ KASIH (NOVEL)

OLEH : HANA EFRYNA 

Perkahwinan termeterai. Hanya kerana hubungan perniagaan yang termaktub di antara kedua-dua belah keluarga. Nasrul Haq dan Qaireen Hanania  diijabkabulkan. Masing-masing rela lantas kedua-duanya punya prinsip yang mudah tentang perkahwinan. Bagi mereka, kahwin atau tidak.. sama aje. Dek sibuk dan taksub dengan dunia perniagaan, kata sepakat diambil dan akhirnya dua hati bersatu.

Perkahwinan mereka bagaikan dingin tanpa penyeri. Langsung tiada gurau senda, tiada gelak ketawa.. kaku saja mengikut rentak bahtera. Haq dengan dunianya, dan Qaireen dengan dunianya sendiri. Masing-masing tidak punya masa bersama. Namun, perkahwinan mereka bukan seperti kahwin kontrak. Masing-masing bersedia melengkapi zahir dan batin. Cuma, satu aje yang menjadi penghalang. Anak! Ya, mereka masih tak bersedia punya anak.

Sehinggalah suatu ketika, Qaireen disahkan hamil. Ah, macam mana benih itu boleh melekat sedangkan Qaireen sudah mengambil pil perancang? Dia alpa. Memang 99 peratus menggunakan pil perancang itu boleh mengelakkan kehamilan, tapi tidak sedarkah Qaireen kebarangkalian untuk 1 peratus itu? Ya, rezeki Tuhan tiada siapa dapat menolak.

Qaireen~ Haq, I mengandung..

Haq~ What? Such that nonsense. I dah pesan kan, suruh you ambil pil tu? You tak ambil ke??

Qaireen~ Dah.. but, benih ni tetap melekat. So, what shoul we do??

Haq~ Gugurkan! I tak bersedia lagi. Dan I yakin you pun sama. So, gugurkan! We are too young te have a baby!

Jalan mudah diambil. Kandungan itu digugurkan. Hidup mereka bagaikan tiada ‘nur’. Tiada cahaya. Malap tanpa penyuluh. Kabur sehingga mereka rebah berkali-kali dalam mencari redha milikNya. Haq dengan dunia kelab malamnya, Qaireen dengan dunia hiburannya.

Dua kali Qaireen disahkan mengandung dan dua kali juga dia menggugurkan kandungan itu. Sehinggakan sampai suatu masa, Haq sudah mula bersedia untuk punyai zuriat. Qaireen juga beranggapan sama. Masing-masing sudah bersedia ke arah itu. Namun, suratan Ilahi itu tidak bisa kita ketahui. Dugaan mula melanda bila berkali-kali mereka mencuba, Qaireen masih tidak disahkan mengandung. Inilah kata orang tua, bahana bila kita menolak tuah..

Qaireen~ Kita dah cuba, kenapa hasilnya tetap sama?

Haq~ I pun tak tahu. Mungkin sebab berkali-kali kita menolak rezekinya..

Akhirnya hidup Qaireen teruji bila dia sendiri terpaksa mengambil kata putus. Si suami juga sudah mula mendesak untuk punyai zuriat. Pelik! Ketika pemeriksaan, dia dan si suami tidak punya masalah. Tapi, kenapa mereka masih tidak berpeluang untuk kali ketiga?

Qaireen~ Haq, you kahwinlah dengan perempuan lain. Dah tiga tahun kita mencuba, kita tetap tak berjaya juga. I rela.. I tahu you dah bersedia untuk gelaran ‘papa’. Carilah perempuan yang boleh bagi you anak. I dah berkali-kali gagal. Tiga tahun, Haq. Bukan singkat waktu tu..

Hidup Qaireen musnah bila si suami sudah melafaz akad untuk kali kedua. Dalam perit, dia pasrah. Inilah takdirnya. Apa yang dia harapkan, semoga nur kasih itu masih terpancar buat dirinya yang kerdil ini. Khilaf semalam, khilaf yang pernah dia lakukan.. semoga ada cara untuk dia jernihkan segalanya. Mudah-mudahan..


NOTE : Hana perlukan review pembaca hana. mudah-mudahan ada yang sudi drop comment dr sudut   nama hero, tajuk novel. jalan cerita pun ye jg.. hana hrp sgt2 ni tau? thanks bg kerjasama.. :)
 

 

 

 

Sunday, September 1, 2013

Izinkan Aku Mencintaimu Bab 2


BAB 2

Datin Zetty masih lagi menarik sekujur tubuh genit itu. Sampai sahaja di meja yang terletak di sudut kiri halaman rumah sewa Emiera, tubuh Emiera ditolak kasar. Terpana gadis itu dengan tingkah Datin Zetty yang seperti harimau nak menelan mangsanya. Datin Zetty benar-benar rasa tercabar.

   Sudah hampir lima bulan Qaiser tidak pulang ke rumah. Sangkanya anaknya itu hanya menguji dia. Tapi, jelas keputusan Qaiser tekad. Lantaran sakit hati, dia menjejakkan kaki ke sini. Dia tak boleh biarkan Emiera menang sebab dia lagi berhak untuk mempengaruhi Qaiser. Bukan perempuan tak guna ni!

   Emiera hanya mampu berdoa di dalam hati. Sedikit gentar dia melihat amukan bekas ibu mertuanya. Tangan yang berbekas perit digosok perlahan sambil matanya mencari riak tegang Datin Zetty. Rasa gerun dengan pandangan itu menyebabkan Emiera menjatuhkan wajah. Merenung rumput di kaki.

   “ Kau ni memang tak serik-serik. Apa kau dah buat pada anak-anak aku, hah??” jerkah Datin Zetty bengang. Emiera panggung kepala. Apa yang dia dah buat?

   “ Miera buat apa, mama?” soal Emiera dengan getar halusnya. Belum sempat dia nak menebak, pipinya sudah menerima habuan. Datin Zetty senyum sinis.

   “ Boleh kau pura-pura tak tahu, kan? Hei sundal, kalau bukan sebab kau.. Qais takkan keluar dari rumah aku. Qais tak pernah melawan cakap aku. Tapi, semenjak kemunculan kau dalam hidup kami, anak-anak aku semua jadi kurang ajar. Apa kau dah buat, hah? Kau guna-gunakan Qais ke??” Meledak kuat suara Datin Zetty. Emiera terpempan. Subhanallah.. sungguh dia tak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.

   “ Ma..”

   “ Aku bukan mama kau! Dasar anak yatim tak sedar diri!!” hina Datin Zetty. Wajahnya jelas menyatakan benci pada Emiera. Emiera telan kata-kata itu. Hinakah aku kerana yatim piatu? Miera tak minta lahir untuk jadi yatim piatu. Miera tak pernah minta, mama. Hatinya berbisik. Air mata bertakung. Baru dia nak bersuara, sudah ada suara lain menemani mereka.

   “ Mama! Enough!!” Suara seseorang membuatkan pandangan Emiera berkalih. Sebaik saja wajah lelaki yang kemas dalam pakaian pejabat itu ditatap, air mata yang tadi bertakung mula gugur satu-persatu. Fuad Qaiser!

   Dilihatnya Qaiser sudah melangkah padanya bersama wajah yang tegang.

   “ Mama tak ada hak nak tuduh Miera macam tu. Semuanya kehendak Qais..” Tegas Qaiser. Tubuh Emiera ditarik lalu di dorong untuk berdiri di belakangnya. Bimbang andai Datin Zetty akan mengasari tubuh itu pula. Emiera hanya menikus di belakang. Rasa takut yang tadi bergelodak mula surut. Dia tahu kehadiran Qaiser akan menyelamatkan dia. Terima kasih, abang.. ucap Miera tulus. Belakang susuk tubuh sasa itu direnung seketika.

   “ Qais, sampai bila Qais nak pertahankan perempuan ni?? I’m your mother! Lima bulan mama tunggu Qais datang jumpa mama, minta maaf. Tapi, sampai sekarang Qais masih sebelahkan dia??” Datin Zetty tayang wajah meluat. Qaiser raup wajahnya perlahan. Kusutnya situasi dia sekarang. Antara mama dan Emiera. Ah, mana satu dia harus pilih?

   “ Qais tahu, ma. Tapi, ini pilihan yang mama bagi pada Qais. Qais dah pilih dan Qais takkan berganjak melainkan mama terima Mi..”

   No! Takkan sesekali mama terima perempuan yang sebabkan kematian adik kau!” Emiera rasa tubuhnya hendak tumbang menyembah bumi. Tuduhan mama terlalu berat. Qaiser pejam mata. Bukan salah dia, ma.. bukan! Berapa kali Qais nak jelaskan pada mama? Bukan salah Miera. Mungkin ini masanya, ma. Qais akan jelaskan semuanya.. monolog Qaiser separuh nekad.

   “ Bukan Miera yang..”

   “ Abang..” Emiera sudah menghalang. Dia menggeleng-geleng pada Qaiser. Dia tahu apa yang Qaiser bakal sampaikan. Qaiser mendengus keras. Emiera tak habis-habis nak halang dia untuk berterus-terang!

   “ Mama should know, Miera. Sampai bila Miera nak telan semua kata-kata mama?” soal Qaiser perlahan. Bimbang suaranya bakal didengari oleh Datin Zetty. Emiera tetap geleng. Dan kali ini, Qaiser rasa nak hantuk kepalanya ke dinding. Arghh!! Dia tertekan.

   “ Qais, kalau Qais masih ada rasa hormat pada mama. Balik rumah kita dan mama nak Qais putuskan apa saja hubungan dengan perempuan ni!!” Datin Zetty masih dengan suara bongkaknya. Qaiser benar-benar serabut tika ini. Wajah mamanya dipandang diselang-selikan dengan wajah Emiera. Dia menunduk seketika sebelum mula membuka mulut.

   “ Qais takkan pulang selagi..”

   “ Baik, tapi Qais perlu serahkan Que Holding pada mama!!” ugut Datin Zetty berang. Qaiser pandang wajah mamanya dengan riak tidak percaya.

   No, Qais ada hak dalam syarikat tu. Arwah papa dah serahkan pada Qais and that was my responsibility. I have promised  to papa, ma.” Tegas Qaiser lagi. Wajahnya bersungguh-sungguh. Tak, dia takkan ikut cakap mama. Bukan kerana dia tak sanggup hidup susah. Dengan kelulusan dia ada, memang senang untuk dia mendapat pekerjaan di luar sana. Tapi, ini satu amanah. Sama seperti Emiera. Amanah yang ditinggalkan untuknya.

   “ Jadi, Qais pilih dia daripada mama??” tuding jari Datin Zetty pada Emiera setelah agak lama diam dengan kata-kata anak terunanya. Memang Qaiser berhak atas Que Holding kerana Qaiser merupakan pemegang saham terbesar di dalam syarikat itu. Dan dia memang tak punya hak untuk mengugut Qaiser. Dia sedar akan hal itu!

   Qaiser hanya diam dan tanda kebisuan Qaiser memberi satu jawapan pada Datin Zetty. Datin Zetty gelak yang jelas dibuat-buat. Sudut hatinya kecewa dengan keputusan si anak. Rasa tercabar!

   You are just too much, Qais. Qais memang pilih dia kan? Baiklah Qais, mama harap Qais tak menyesal. Ingat Qais, mama tekankan. Anak mama yang bernama Fuad Qaiser dah mati. Mati dalam hati mama! Jangan Qais berani jejak rumah kita lagi walaupun mama dah mati! Kali ni, mama takkan jejak Qais lagi. Ini juga yang Qais nak kan??” Serentak itu, Datin Zetty melangkah dengan wajah kecewa.

   Qaiser melorot jatuh ke tanah. Ya Tuhan.. sungguh dugaan ini berat. Tanpa sedar, air mata dia jatuh setitis. Emiera pula sudah teresak-esak di sisi Qaiser. Dia memang hanya membawa bala.. betul kata mama. Hati Emiera membisik sendiri.

   “ Mama, ampunkan Qais..” Sendu suara Qaiser membuatkan simpati Emiera tumpah pada wajah itu berkali-kali. Semua ni salah Miera, abang..

“ Miera minta maaf. Tapi, abang tak sepatutnya belakangkan mama sendiri. Kenapa makin keruhkan keadaan, bang?” soal Emiera tertahan-tahan. Cuba menahan sebak yang semakin bergayutan. Qaiser masih menunduk. Dapat dia lihat wajah tampan itu yang nampak berserabut. Sekilas Qaiser angkat wajah, Emiera terkaku. Masih ada air mata pada wajah itu.

   What should I do, Miera? Abang dah buntu. Abang hanya ikut kata hati abang..” rintih Qaiser. Kali ini, Emiera tidak lagi nampak Qaiser yang gagah sebagai seorang lelaki.. tapi hanyalah seorang Qaiser versi kanak-kanak yang bagaikan kehilangan seorang ibu. Ya, memang hakikatnya. Qaiser sudah kehilangan Datin Zetty.

   “ Abang.. kata hati kadang kala membinasakan. Abang tak perlu berkorban untuk Miera. Miera masih boleh teruskan hidup Miera. Pulanglah, bang. Pulang pada mama.” Emiera memujuk. Qaiser tegakkan tubuh.
   No, Miera. Miera tahu kan kesannya? Kita dah tak boleh berhubung. You. Me.. takkan boleh berhubung sampai bila-bila.” Suara Qaiser naik satu oktaf. Serius!

   “ Abang, mama lebih penting. Miera ni hanya orang luar, bang. Kalau diikutkan, tak ada sebab kenapa abang nak pertahankan Miera.”

   “ Siapa cakap?? Miera tanggungjawab abang. Have you forget enough? Arel dah amanahkan Miera pada abang. Miera, amanah orang jangan dibuat main. Abang takkan mungkir janji. Itu janji terakhir abang pada Arel. Arel pergi bukan sebab Miera. Kalau bukan sebab Miera, abang pun takkan ada di sini..” Suara Qaiser kembali sayu. Emiera tarik nafas panjang. Dia ketap hujung bibirnya. Menahan sebak.

   “ Miera tak nak abang ungkit hal tu. Miera tak nak mama tahu, abang..” celah Emiera. Qaiser duduk tersandar. Wajah yang berserabut diraup berkali-kali.

    “ Tapi, ini takdir Miera. Bukan salah Miera. Miera tahu kan??” Kasar sedikit suara Qaiser. Emiera menggeleng juga.

   Please, jangan ungkit. Miera tak nak dengar, bang. Semua tu dah tak penting.” Suara Emiera sudah merayu. Qaiser hilang punca. Here we are, Miera. Kita tak pernah akan leraikan kekusutan ni selagi Miera masih kekal dengan pendirian Miera. Oh, god!

   “ Apa Miera cakapkan ni? Tak penting? Miera tentu bergurau, bukan?” Sinis suara Qaiser. Mudahnya Cempaka Emiera bercakap!

   “ Apa pun yang abang nak cakap, Miera tetap dengan pendirian Miera. Kita dah setuju, abang..”

   “ Yeah.. memang. But, abang tak pernah setuju. Miera yang paksa abang. Kenapa nak buat abang terus rasa bersalah, Miera? Abang tak sanggup tengok orang yang tak bersalah dihukum terus,” jerkah Qaiser tanpa sedar. Terangkat bahu Emiera dibuatnya. Perlahan-lahan Emiera menunduk. Qaiser yang perasan perubahan wajah itu pantas mengeluh kesal. Wajah diraup berkali-kali.

   I’m so sorry, Miera. I didn’t mean it..” Qaiser bersuara perlahan. Wajahnya sudah berubah. Ada rasa kesal, simpati dan geram pada Emiera.

   “ Tak apa, abang. Miera letih. Miera nak masuk rehat..” Belum sempat Emiera hendak berlalu, Qaiser sudah laju bersuara.

   “ Miera!” Emiera berpaling. Wajah Qaiser direnung. Lelaki itu nampak ingin berkata-kata.

   “ Miera nak rehat, Miera pe..”

   Marry me, Miera. Biar abang jaga Miera..” Dan kata-kata Qaiser buat Emiera yang belum sempat nak habiskan kata terus rasa diri dia melayang-layang. Gila!

   “ Jangan bergurau, abang! Miera baru saja lepas edah!” Emiera jelas terkejut dengan kata-kata Qaiser. Tinggi sikit nada yang digunakan.

   Gila. Memang gila. Apa tidaknya.. baru saja dia melepasi edah kematian suami, kini dia dilamar pula? Paling tidak dapat diterima akal, oleh abang kepada arwah suaminya? Ya Tuhan..
  
   ‘ Dan mereka-mereka yang meninggal dunia di antara kamu sedang meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (bereddah) selamat empat bulan sepuluh hari.’ (Al-Baqarah 2:234)

   “ Abang tak bergurau, Miera. Abang takkan main-main soal kahwin..” Keras nada Qaiser. Wajahnya jelas serius. Emiera sudah mula rasa kepalanya berdenyut-denyut.

   “ Maaf, bang. Miera betul-betul pening sekarang. Miera nak rehat..” Baru Emiera nak melangkah, suara Qaiser berkumandang lagi.

   Then.. I will wait, Miera. I will wait until you are ready to give me a chance. I want to be your husband, Miera. Yang halal..” Sekali lagi, jantung Emiera bagai hendak tercabut dari tangkai. Qaiser benar-benar dah.. gila!!

   Are you out of your mind??” Melengking suara Emiera. Dia sudah berpusing kembali menghadap Qaiser. Matanya melotot.

   No, I’m not. Abang cintakan Miera. Sejak kali pertama Arel bawa Miera ke rumah mama. Tapi, abang sedar diri. Miera bakal jadi hak Arel. Sebab tu, abang pendam perasaan abang. Sekarang, abang nak jaga Miera. Abang buat semua ni bukan sebab amanah arwah saja. But, I do really love you.” Wajah Qaiser dah menunduk. Bagaikan sedang menahan perasaan yang bercantum seribu satu rasa.

   “ A.. apa abang cakap?” soal Emiera bagaikan tidak percaya. Qaiser tenung wajah Emiera. Renungan yang menyatakan bahawa dia memang benar-benar sukakan Emiera. Ikhlas!

   I have fallen in love with you, for the first day we met..” Ulang Qaiser lagi. Sangat tenang. Dan sesekali suaranya bagaikan berbisik halus menembusi dinding hati Emiera.

   Emiera terundur setapak ke belakang. Betul ke apa yang dia dengar? Kenapa baru sekarang dia tahu semua ni?? Lututnya mula menggigil kuat. Begitu tenang kata-kata lelaki itu. Ah, tak mungkin! Cepat sedarkan dia dari mimpi ngeri ini!

Qaiser duduk merenung langit. Badan disandarkan pada kereta Subaru BRZ miliknya. Bibir mula tersungging senyuman hambar. Kalau dulu, seringkali dia melepak di sini bersama arwah Qairel. Itu pun bila si adik yang memaksa. Puas sudah mendengar bebelan mama, memang ke sinilah tempat dia dan arwah melepaskan tekanan. Mama dari dulu lagi memang terlalu protective akan adiknya walaupun arwah agak keras kepala berbanding dia yang lebih mendengar kata. Untung badan.. memang Qairel ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi, tak dinafikan dia dan si kembar juga mendapat perhatian sama.

   Arel.. betul ke apa abang buat ni? Soal hatinya. Terngiang-ngiang kata-kata Qairel sebelum adiknya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan tangan inilah yang digenggam si adik sebelum tangan kekar itu terkulai layu membawa erti roh Qairel sudah berpisah dari jasad. Mata dipejam. Setitis air mata gugur.

   ‘Arel tahu a.. abang sukakan Miera. Dari mula Arel.. Arel dah tahu. Kalau Arel tak ada nanti, jaga Miera. Kalau perlu, jaga Miera lebih daripada Arel buat. Arel serahkan Miera pada abang.’      

   Kata-kata terakhir Qairel sebelum si adik menyahut seruan Ilahi setelah tiga hari bertarung dengan maut. Perginya Qairel kerana mengalami kecederaan dalaman yang teruk disebabkan kemalangan itu. Doktor sahkan jantung dan hati Qairel separuh hancur dan hayat adiknya tidak lama. Mujur dia sempat sedar setelah satu hari dia terlantar kaku di atas katil hospital.

   Kuasa Tuhan, sewaktu kemalangan.. Emiera hanya mengalami cedera ringan. Menyedari hakikat itu, bibir berkali-kali mengucap syukur kerana kalau bukan disebabkan pengorbanan Emiera, dia takkan berada di sini. Terima kasih, Miera. Hanya nyawa abang yang boleh membalas jasa Miera..

   Langit yang gelap terus direnung dengan hati yang kacau-bilau. Melihat bulan yang bersinar terang, hati yang galau tadi sedikit beransur tenang. Dia pejam mata. Dan sekali lagi kata-kata arwah bergema. Qaiser kembali membuka kelopak mata. Hati mula bermonolog.

    Miera.. abang betul-betul sukakan Miera. Izinkan abang untuk pegang hati Miera sama seperti arwah Qairel.. desis hati Qaiser lagi dan tanpa kata, dia bangkit dari bersandar.  Pintu kereta sebelah pemandu dituju. Dia perlukan tenangkan diri! Dia perlu meminta petunjuk Ilahi. Jalannya hanya satu. Menadah tangan dan teruslah berdoa. Semoga cahaya petunjuk itu akan sampai kepadanya. Mudah-mudahan..

Wednesday, August 28, 2013

Izinkan Aku Mencintaimu Bab 1


BAB 1

Kelibat seseorang yang melintasi ruangan dapur membawa Emiera terpaku pada sudut itu. Segala kenangan lalu bertebaran pergi satu-persatu. Wajah Dafina, teman serumahnya dipandang dengan dahi berkerut. Perlahan-lahan Emiera bangkit. Ruangan dapur dituju dengan benaknya mengalun tanda tanya.

   “ Banyaknya barang..” tegur Emiera sambil menilik plastik-plastik yang dijinjit oleh si teman. Walaupun baru dua bulan dia mengenali Dafina, mereka sudah kelihatan akrab. Sikap baik hati dan peramah Dafina buat dia rasa selesa berkawan dengan gadis dari Terengganu itu. Dafina melorek senyum. Senyum penuh makna mungkin.

   “ Hari ni kita masak-masak sikit. Ada tetamu nak datang..” Ceria wajah si teman buat benak Emiera mula memproses kata-kata itu. Tetamu? Siapa?

   “ Tetamu? Siapa, Fina?” soal Emiera sambil tangan lincah membantu Dafina mengeluarkan segala jenis bahan yang diborong temannya. Dafina tersenyum senget.

   “ Malam nanti kau tahulah. Sekarang, tolong aku masak dulu eh? Hmm.. kita nak masak apa hari ni? Okey, kita masak ayam masak paprik, tomyam campur, sayur kalian, ikan siakap masam manis.. apa lagi eh? Kau ada idea tak?” Dafina mula menyenaraikan menu mereka malam ini. Tangan sudah naik mengetuk bibir. 

   “ Err.. banyaknya, Fina..” omel Emiera kecil. Wajahnya jelas nampak terkejut. Siapa nak makan banyak-banyak macam ni?

   “ Memanglah banyak, kan dah cakap.. ada tetamu. Hish dia ni.. berangan ke waktu aku cakap tadi?” Dafina sudah tarik muncung. Emiera senyum senget. Tangan naik menggaru kepala yang tak gatal. Betul jugak tu. Hish, aku ni apalah. Emiera marah diri sendiri.

   “ Kita buat pencuci mulut sikitlah, Fina. Tapi.. siapa tetamu tu ek? Aku nak juga tahu,” soal Emiera masih tidak berpuas hati. Dafina sudah sengih lebar. Nasib baik Emiera ingatkan dia pasal pencuci mulut. Hampir dia lupa tadi.

   “ Pencuci mulut.. haaa, kau pandai buat puding karamel kan? Okey, kejap lagi kau tolong aku masak. Lepas tu, tolong buatkan puding tu sekali. Eh, aku dah lewat nk solat asar ni. Aku naik solat dulu, Miera.” Dafina mula merangka-rangka. Kelam-kabut dia mengatur langkah bila menyedari waktu solat asarnya sudah nyawa-nyawa ikan saja. Emiera jongket bahu. Bukan dia nak jawab soalan kita. Huh, Emiera mendengus sedikit. Dalam hati, masih lagi tertanya-tanya siapa gerangan yang bakal bertandang.

Terkebil-kebil Emiera di muka pintu. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang dia lihat kini. Susuk tubuh lelaki yang segak dengan jeans hitam dan kemeja Polo itu direnung bersilih ganti dengan tiga lagi susuk tubuh yang sedang tersenyum mesra padanya.

   “ Tak nak jemput abang masuk ke?” soal suara garau itu. Sedar akan keterlanjuran diri, pintu rumah dibuka sedikit luas.

   “ Err.. masuklah..” pelawa Emiera tergagap-gagap. Qaiser sudah lorek senyum nipis. Sudah hampir tiga hari dia tidak menatap wajah Emiera. Rasa rindu menggebu-gebu. Dia sendiri bingung dengan rentak hati. Semenjak dia melangkah keluar dari banglo mewah milik Datin Zetty, rasa untuk melindungi Emiera dan janji yang diukir pada arwah Qairel kini berubah sedikit demi sedikit. Dalam diam, wajah polos itu bagaikan mula mengetuk pintu hatinya untuk bertamu.

   “ Ni ada buah tangan sikit untuk Miera dan Fina. Dari Australia..” Tangan sudah menghulur dua beg kertas pada si gadis. Emiera teragak-agak hendak menyambut huluran. Namun, melihat tangan Qaiser yang masih setia menghulur, dia capai jua akhirnya.

   “ Oh, lupa abang nak kenalkan. Ni, Fatah.. teman sekerja abang. Dan yang dua orang lagi tu.. Miera tentu kenal kan?” Jeda Qaiser sedikit sambil melirik pada dua susuk tubuh yang berdiri di samping Fatah. Spontan Emiera menoleh pandang. Dan saat ini, air matanya bertakung. Ya Allah, rindunya dia pada kembar itu.

   “ Kak Miera..” seru Qaseh Aqilah dan Qaseh Amni. Wajah kedua-duanya sudah merah menahan tangis. Tanpa bertangguh, tubuh kecil dia hilang dalam dakapan si kembar. Air mata Emiera menitis perlahan. Pelukan direnggangkan. Wajah kembar ditatap. Sekilas, tangannya ringan menyapu air mata di kedua-dua pipi bekas adik iparnya itu. Adik-adik yang pernah dibanggakan oleh arwah Qairel. Adik-adik yang selalu arwah Qairel manjakan. Ah, sukarnya hendak melupakan nama lelaki yang pernah memegang hatinya dahulu.

   “ Qilah dengan Amni sihat?” soal Emiera sebak. Wajah manis gadis berusia 19 tahun itu ditatap lagi. Sungguh, rasa rindu pada si kembar semenjak dia mula melangkah pergi daripada banglo itu luruh satu-persatu. Qaiser hanya pandang bersama senyuman di bibir. Bukan dia tidak tahu.. Emiera rindukan si kembar. Sebab itu sengaja dia menjemput si kembar dari kolej semata-mata untuk bertemu dengan Emiera. Melihat wajah itu gembira, hatinya senang.

   “ Kami sihat. Kenapa akak pergi tak tunggu kami? Kami rindukan akak. Abang Arel dah tak ada. Kak Miera pun nak tinggalkan kami juga?” Sendu si kembar mengundang air mata. Sekali lagi, kedua-dua susuk tubuh itu dipeluk erat.

   “ Kak Miera pun rindukan kamu.. sangat!” ucap Emiera di sebalik pelukan mereka. Seketika, terbias wajah nakal arwah Qairel yang sering mengusik kembar. Ah, rindunya suasana itu.. abang. Semakin sayu hati Emiera tika ini.

   “ Qilah, Amni.. janganlah buat Kak Miera sedih macam ni. Abang Qais pun tak nak tengok korang sedih-sedih. Kita datang nak seronok-seronok kan?” pujuk si abang lantas kepala si kembar diusap penuh kasih. Aqilah dan Amni pantas angguk kepala mereka tanda akur. Air mata di pipi Emiera disapu sebelum mereka turut menyapu sisa air mata sendiri. Emiera senyum segaris. Siapa kata dia tak punya sesiapa? Ini.. dua orang gadis yang nampak benar sayangkan dia. Dua orang gadis yang menjadi kesayangan Qairel akan turut menjadi kesayangan dia. Dia janji!

   Bro.. perut aku dah lapar ni. Bau kat dalam tu macam sedap aje..” Tiba-tiba suara Fatah mencelah di antara mereka. Bagaikan memprotes. Walhal, niatnya adalah untuk mengusir rasa sedih yang bertamu pada ketiga-tiga wajah di hadapannya. Qaiser tepuk dahi. Dia tersengih nipis pada wajah kelat Fatah.

   “ Aku lupa kau pun ada sama, bro. Itulah, syok sangat tengok drama jejak kasih tadi..” Fatah siku perut Qaiser yang dah ketawa. Muka Fatah dah berubah masam.

   “ Haa.. jangan nak buat muncung pula. Tak ada orang nak layan. Kalau ada pun, mungkin orang kat da.. aduh!!” Tak sempat Qaiser nak habiskan ayat, sekali lagi perutnya disiku. Fatah dah jegil biji mata. Okey, dia faham. Fatah tak nak rahsia dia kantoi sekarang. Haha.. Qaiser dah gelak jahat.

   “ Sikit-sikit dahlah, bro..” marah Fatah. Qaiser angkat bahu. Dia mengalah. Sedangkan Emiera, Aqilah dan Amni tayang wajah pelik. Ada apa dengan dua orang ni? Agaknya itulah soalan meraka yang bakal keluar. Tapi.. tak sempat mereka nak menyoal, Qaiser dah terlebih dulu faham. Cepat-cepat dia alih topik.

   “ Fina mana?” soal Qaiser sengaja hendak tukar topik. Bukan dia tak nampak kelibat Dafina yang ke hulu ke hilir menatang jug dan minuman ke meja makan yang terletak bersebelahan ruang tamu itu. Fatah dah jeling semacam. Apa kes nak tanya pasal buah hati aku ni? Qaiser yang faham segera jeling si teman. Hailah si Fatah Izuddin ni..

   “ Aku tanya je pun..” Dia berbisik kecil. Fatah yang tadinya tayang wajah curiga dah lepaskan nafas kelegaan. Ingatkan nak masuk line tadi.. desis hati Fatah pula. Qaiser geleng kepala sendiri.

   “ Fina dekat dalam. Err.. rasanya dari tadi dah Miera jemput masuk. Tapi, sampai sekarang juga kita dekat muka pintu kan?” Emiera cuba mengembalikan mood cerianya. Wajah si kembar dah tersenyum lucu.

   “ Itulah.. kembar abanglah ni punya pasal.” Qaiser lambakkan salah pada si kembar. Si kembar dah hantar jelingan maut. Eh, kitorang pula? Apa hal? Bahasa isyarat dihantar.

   Yelah-yelah.. tak ada salah sesiapa pun. Dah, jom masuk. Abang Qais dan Abang Fatah lapar. Kang nanti ada yang kena ngap dengan kami pula.” Qaiser segera mengalah. Karang jenuh pula dia nak memujuk si kembar yang dah mula tayang wajah tak puas hati itu. Emiera tarik senyum lucu dengan kata-kata Qaiser. Dan tanpa sedar, anak mata Qaiser terpaku pada wajah itu. Qaiser mula rasa jantung dia berdegup laju. Senyuman ikhlas Emiera buat hatinya sudah tunggang terbalik. Apa kena dengan aku ni? Soal hati Qaiser. Namun, lamunannya tidak lama bila Fatah dah menyinggul pinggangnya untuk menapak masuk. Oh, Emiera dan si kembar dah masuk ke dalam rupanya.

“ Miera sihat?” Soalan pertama dari Qaiser. Emiera yang duduk santai di atas kerusi di ruang tamu panggung kepala. Seketika, dia jatuhkan kepala sekali.

   “ Sihat.. abang?” Bagaikan tidak kedengaran suara Emiera. Qaiser lega. Alhamdulillah Miera sihat.

   “ Abang pun sihat. Kalau tak, takkan selera macam bapak gajah kan?” gurau Qaiser nakal. Emiera tersenyum. Mengingatkan Qaser yang bertambah nasi hingga dua pinggan tadi buat dia tergelak kecil. Memang banyak sungguh lelaki itu makan. Kalah selera bapak gajah kalau nak dibandingkan. Sekali lagi, Qaiser terkaku. Ketawa yang terbit dari bibir Emiera buat dia terpana. Sudah lama dia tak dengar Emiera bergelak-tawa. Kalau dulu, sering saja dia dan arwah Qairel dengar suara tawa milik Cempaka Emiera. Namun, semenjak peristiwa pahit itu.. dah hampir  dua bulan dia tak dengar tawa milik Emiera. Kalau senyum pun, hanya sekadar senyuman hambar yang jelas terselit seribu satu duka.

   “ Miera dah tengok hadiah yang abang bawa dari Australia?” soal Qaiser perlahan. Emiera senyap tiba-tiba. Dia lupa pula soal itu. Kening dijongketkan sebelah.

   “ Kenapa dengan hadiah tu?” soal Emiera pelik. Qaiser jongket bahu.

   “ Tak ada apa-apa. Tapi, kalau Miera dah tengok. Let me know about that..” ujar Qaiser lalu perbualan mereka tergantung sampai di situ.

   “ Miera!!” suara Fina yang menyeru namanya membuatkan Emiera berpaling. Wajah si teman sudah ukir wajah bersalah. Emiera menyoal melalui anak mata. Dafina sudah gigit bibirnya sendiri. Kalau dia cakap, Miera marah tak eh? Dafina cuak.

   “ Kenapa, Fina?” soal Emiera sedikit pelik.

   “ Aku punya gift plastik beg warna apa?” soal Dafina sedikit tergagap-gagap. Qaiser dah berkerut kening. Jangan cakap.. oh, no! Qaiser dah tersandar ke sofa.

   “ Err.. aku pun tak pasti. Abang.. ada beza ke kedua-dua hadiah tu?” soal Emiera pula. Qaiser mula rasa lidahnya tergeliat. Okey, dia blur nak jawab apa. Emiera masih menanti jawapan. Sedangkan Dafina masih lagi dengan wajah risau. Ah, aku nak jawab apa ni??

  “ Actually.. actually.. okey, fine. Miera punya warna gold. And you, Fina. Awak punya warna dark blue..” Putus Qaiser perlahan. Wajah keraninya itu dipandang dan jelas Dafina sudah tarik senyum kelegaan. Ingatkan gold punya plastik itu untuk dia.

   Kalau tak.. hmm, tak tahu nak cakap apalah. Memanglah dia akan fikir Encik Qaiser ni dah gila! Angin tak ada, ribut tak ada.. tiba-tiba bagi dia benda alah tu. But, how sweet Fuad Qaiser. Sempat lagi Dafina memuji. Dia tersengih-sengih seketika. Dan Qaiser rasa macam nak selam muka dalam akuarium dekat sudut hujung ruang tamu ni aje bila tengok senyuman Dafina.

   Why, Fina? Is it something wrong?” soal Emiera. Senyuman Dafina mula mati. Okey, memang dia lega sebab plastik keemasan itu bukan untuk dia. Tapi, dia rasa bersalah sebab dia dah buka barang yang bukan milik dia. Wajah Dafina kembali muram.

   “ Miera, aku dah salah buka hadiah. Yang aku buka tu kau punya, sorry eh?” Dafina mula meminta maaf. Emiera hulur senyum. Laa.. sebab tu aje ke?

   Its okay, Fina. Sama aje kan hadiah tu?” ujar Emiera tanpa mengetahui apa-apa. Dafina langsung terpasung lidah. Terus dia pandang wajah Qaiser. Qaiser geleng. Jangan cakap apa-apa. Qaiser bagaikan hantar pesanan melalui anak mata dia yang bertaut dengan Dafina. Dafina faham. Okey, dia tutup mulut.

   You just find out by yourself. Maybe same, but not totally.” Dafina bersuara.

   “ Fina..” Yes, penyelamat dia dah datang. Bukan dia tak nampak mulut Emiera bagaikan hendak berkata-kata tadi. Terus dia toleh pandang wajah Fatah di sisi si kembar.

   “ Jom Kak Fina, kita makan puding karamel ni. Qilah yakin ni mesti Kak Miera buat sebab tengok pun dah tahu. Lagipun, ni puding kegemaran Abang..” Amni pantas menyiku si kakak. Aqilah terdiam. Nyaris dia hendak menyebut nama arwah Abang Arel. Lambat-lambat dia pandang wajah Emiera. Emiera dah tunduk. Qaiser mula hela nafas lemah. Sampai bila Miera nak macam ni? Orang yang dah pergi takkan kembali, Miera.. hatinya mengalun simpati.

   “ Qilah, get me that one, please..” arah Qaiser cuba hendak mengalih suasana. Aqilah pantas angguk. Emiera menoleh. Eh, tak tahu pun Qaiser suka puding ni juga? Dia terkejut.

   “ Oh, lupa. Abang Qais pun suka puding karamel kan?” soal Amni menyampuk. Qaiser angguk. Ya, memang dia dan Qairel punya banyak persamaan meskipun umur mereka berbeza hampir tiga tahun. Aqilah sudah menghilang ke dapur bersama dengan yang lain. Tinggal Qaiser dan Emiera saja di ruang tamu.

   “ Abang pun suka puding tu? Kenapa selama ni Miera tak tahu pun?” Soalan Emiera buat Qaiser berpaling pantas. Lama dia pandang wajah Emiera. Wajah Emiera bagaikan bercahaya tatkala menyebut puding kegemaran arwah Qairel.

   “ Err.. tu favorite abang dengan arwah..” Perlahan suara Qaiser. Dia perasan, wajah Emiera sudah berubah sendu. Arel.. macam mana abang nak kembalikan Cempaka Emiera yang dulu? Abang sendiri dah buntu, Arel..