BAB 2
Thaqif pandang lenggok si isteri yang jelas hendak
menapak ke muka pintu. Nampak cantik dengan gaun separas lutut berwarna ungu
lembut. Di atas kepala si isteri pula dihiasi dengan skarf berwarna sama. Thaqif
panjangkan leher mengintai si isteri. Yakin Iris hendak keluar.
“ You
pandang apa?” Soalan mendadak dari Iris buat leher yang tadinya panjang
mengintai kembali kendur. Thaqif garu belakang kepalanya.
“ Tak ada
apa-apa. You look great.. nak keluar
ke?” Entah kenapa, itu yang terpacul dari bibir sensualnya. Wajah Thaqif gabra.
Bertambah-tambah gabra bila lenggok menawan itu melencong ke arahnya. Thaqif
mula rasa duduknya tidak selesa. Dia sedang digoda tanpa sedarkah? Ah, perasan
kau.. Thaqif Anaqi! Jerit batinnya sesaat kemudian.
Sesaat, dua
saat.. nafasnya terasa semput. Lehernya sudah dibelit kemas oleh tangan halus
Iris.
“ I nak
keluar..” bisik Iris perlahan. Dekat dengan telinga suaminya. “ Dengan Izz
Rayqal.. you tak kisah kan?” Sambung Iris lagi. Spontan Thaqif berpaling dengan
lajunya. Tanpa sedar kepalanya sudah elok berlaga dengan bibir Iris. Kuk!
“ Auch!” jerit Iris sambil pegang
bibirnya. Thaqif terkedu. Wajah Iris sudah berkerut-kerut tahan sakit. Saat
matanya singgah pada seulas bibir itu, dia kemam bibir kuat. Ada darah yang
mengalir di situ. Kuat sangatkah perlanggaran kecil itu? Thaqif tertanya-tanya
dalam bisu.
“ Sorry-sorry..
you caught me by surprise!” Kalut Thaqif capai tangan Iris lalu
tangannya pula menggantikan tangan Iris. Mengusap kecil bahagian tepi bibir
yang berdarah kecil itu. Dia lap dengan hujung jarinya.
“ Is it still hurting you?” soal Thaqif
lembut. Matanya menembusi anak mata Iris. Iris kaku. Tapi, tak lama dia biarkan
keadaan canggung itu. Pantas dia tutup dengan tawa kecilnya. Tangan dia menolak
tangan kekar Thaqif.
“ Sakit
apanya.. sikit ajelah. Okeylah Qif, I’ve
got to go. You jangan tunggu I. Remember,
game kita dah on bermula semalam. Take this
challenge and obviously the best man wins..” Iris kenyit mata sekali sambil
bersedia untuk beredar. Thaqif pula sekadar mengeluh. Kerja gila!
“ Iris..”
seru Thaqif kemudiannya. Iris yang sudah melangkah berpaling. Dia soal dengan
bahasa isyarat. ‘What?’
“ Take care yourself. And please-please.. jaga maruah you dan I..” pesan Thaqif penuh maksud tersirat. Iris
diam bersama senyuman di bibir. Dia jatuhkan kepalanya tanda akur.
“ I will..” Dan terus tubuh menawan itu
hilang pada pandangan mata Thaqif. Thaqif terduduk di sofa. Kepala disandar
lemah. Dia jeling pintu utama yang dah terkatup. Oh damn it! Kau ni suami jenis apa, Thaqif Anaqi Dato’ Hanafi?? Dia
tumbuk sofa berkali-kali. Melampiaskan rasa geram.
Izz
Rayqal teguk sedikit minuman Coke itu dengan rakus. Duduk
disandar pada badan Bugatti Veyron miliknya. Dia meninjau-ninjau menunggu
kehadiran si jantung hati. Bibir sudah membebel halus. Geram kerana Iris Nadira
sudah lewat dua puluh minit.
“ Hye..
Izz..” sapa suara yang amat dikenalinya. Izz spontan mencampakkan tin yang
kosong itu ke tanah. Badan dipusing dan dia nampak wajah kesayangannya di situ.
Berjalan penuh aura yang mampu menggegarkan jantung Izz. Izz senyum melebar.
Rasa geram kerana terpaksa menunggu perlahan-lahan bertebaran pergi.
“ Sayang..”
panggil Izz meleret. Tubuh itu dihampiri. Saat dia tunduk hendak menyapu pipi
mulus itu dengan bibirnya, Iris sudah menolak lembut dengan tawa kecil. Izz
tarik muka.
“ Why? Sebelum ni okey aje..” rungut Izz
berkecil hati. Iris berdiri berpeluk tubuh.
“ I’m married.” Sebaris ayat yang
menyedarkan Izz. Izz jeling maut.
“ So, what?” duga Izz geram. Iris senyum
kecil. Lelaki ni kalau merajuk.. semakin bertambah tampan di wajah.
“ I dah
janji nak jaga diri I untuk dia..”
“ Iris.. don’t say that..”
“ Nope. I tak tukar fikiran. Game
tetap game. But, I isteri dia. As I said
earlier, I tak nak beratkah bahu kiri I lagi. Cukup dengan dosa yang kita
buat sekarang ni..” jelas Iris panjang lebar. Izz ketap gigi. Alasan! Bentak
hati lelakinya. Nampak gayanya lepas ni dia hanya mampu memandang pipi mulus
itu tanpa bisa menyentuh. Ah, rugi!
“ Suka hati youlah!” Bengkak saja hati Izz. Iris
senyum.
“ Jangan marah-marah, Izz. Sebab.. you look more and more hot..” pujuk Iris
dengan gayanya tersendiri. Nah.. seperti dia tebak. Bibir kemerahan milik Izz
sudah koyak senyuman lebar.
“ You pandai kuasai keadaan, kan? Selalu
buat hati I mencair..” Tangan lelaki itu hendak mencuit hujung hidung Iris.
Tapi, tak sempat bila..
“ Ahaa..” Iris angkat jari telunjuknya lalu
digoyang-goyang perlahan. Izz tarik tangannya kembali lambat-lambat.
“ Fine..”
seru si lelaki mengalah. Jelas suara kecewa tersarat di situ.
“ Lets
make a deal..” ajak Iris tiba-tiba. Kening Izz terjungkit.
“ Maksud you?” soal Izz kurang mengerti.
“ Hari ni I keluar dengan you kan?” soal
Iris yang jelas sudah tahu jawapannya. Izz angguk saja.
“ So,
esok giliran I dengan husband I. You
tak boleh kacau I. Not even a call!”
Tegas suara Iris. “ And the next day will
be our date again..” Terus Iris dengan rancangannya. Izz terlopong. Apakah?
“ I dimadukan ke apa ni?” sergah Izz geram.
Iris ketawa nakal.
“ Madu tu bukan ke lebih sesuai untuk I?”
soal Iris tanpa menjawab pertanyaan Izz. Sebaliknya dia pula yang menyoal. Izz
mendengus. Geram bila terasa diri dipermainkan.
“ You tahu kan.. kalau I dapat you, I takkan
sesekali madukan you. Sebab hati I cuma satu dan itu pun you dah ambil..”
Bermanis mulut sungguh Izz Rayqal ni.
“ I lapar.. can we have our lunch?” Iris ubah topik mereka.
“ You tak makan lagi?” soal Izz nada
prihatin. Iris geleng dengan mimik muka seakan merengek.
“ I tak masak sebab Thaqif dah pesan semalam
tak payah masak. Dia nak balik rumah mummy dia tengahari nanti..” jelas Iris
tanpa dipinta. Izz angguk berkali-kali.
“ Jom I bawa you lunch.. nanti tak pasal-pasal you sakit pula, sayang. You nak naik
kereta you atau tumpang I?” soal Izz serius. Kunci kereta sudah siap digenggam.
Iris toleh keretanya sebelum pandang Bugatti Veyron milik Izz.
“ I pandu kereta I. Senang nak balik nanti.
Tak adalah kena patah sini ambil kereta I dulu..” putus Iris sudahnya.
“ Anything
for you, dear..” sahut Izz nada romantik. Lenggok Iris dibontoti. Pintu
kereta milik Iris dibuka. Sebaik saja tubuh montok itu menerobos ke dalam
kereta, Izz tutup pintu kereta itu cermat.
“ Thanks..”
ujar Iris saat cermin kereta diturunkan lalu matanya dikenyit nakal. Izz senyum
menyembunyikan gemuruh hati lalu dia pula menapak ke arah kereta mewah
miliknya. Dia yakin dia bakal memenangi permainan merebut cinta Iris Nadira
Datuk Izham. Dia sangat-sangat yakin!
yakinnya si izz.......ciannya pd thaqif.....thaqif need to work hard.....- jumay jue
ReplyDeletethaqif cam redha je...
ReplyDeleteMarriage is not a game.
ReplyDeletelamanya x update
ReplyDeletehaha lain dr lain.. hana mmg best
ReplyDeleteBila nk update lg ni?
ReplyDeleteBile nak sambung
ReplyDeleteBila nak Sambung?
ReplyDelete