BAB
7
Emiera ketap bibirnya geram. Kereta mewah milik
Qaiser dipandu berhati-hati. Kalau bukan kerana ugutan lelaki itu, dia takkan
tergamak hendak mengguna kereta Mazda 6 Sedan ini untuk menjemput si kembar.
Tapi, Qaiser dah tak bagi dia sebarang pilihan. Bagaikan tengiang-ngiang suara
Qaiser sewaktu menelefonnya sebelum berangkat seketika tadi.
“ Abang
tahu kalau Miera tak guna kereta abang bagi tu, abang balik nanti abang buat
kerja gila.” Qaiser mengugut. Emiera dah menceber.
“ Memang
Miera tak nak pun. Teksi ada.. tak susah..” Tanpa nada saja suara Emiera
berlagu.
“ Okey,
jangan cabar abang tukar nama kereta tu terus atas nama Miera. Don’t say that I didn’t warn you,
Cempaka Emiera. Bila abang suruh guna, Miera kena guna. Bukannya payah sangat
arahan abang ni,” marah Qaiser perlahan. “ Okeylah.. abang dah nak masuk balai
berlepas. Ingat.. guna kereta tu atau Miera akan menyesal. Take care, Miera. Abang sayang Miera..” Terus panggilan dimatikan
tanpa sempat Emiera membidas. Emiera mendengus kecil.
Dalam dia
puas menolak kehadiran lelak itu, semakin Qaiser cuba untuk mengurangkan jurang
antara mereka. Lantas, Emiera sudah tepu hendak berfikir apa lagi? Patutkah dia
memberi ruang untuk Qaiser merebut hatinya? Sungguh dia tidak tahu!
Melihat jam
di tangan, cepat saja Emiera kembali fokus pada pemanduannya. Emiera mengeluh
kecil bila mana lampu isyarat sudah menunjukkan warna merah. Lambat pulalah dia
hendak menjemput si kembar. Alahai..
Lampu
isyarat yang masih merah memberi ruang untuk Emiera mengenang kembali kenangan
dia dan arwah Qairel, suami yang banyak membantu dia menghadapi kebencian Datin
Zetty. Suami yang banyak menjadi tongkat untuk dia meneruskan kehidupan.
Mengutip dia waktu dia kesukaran. Ya Allah.. hati terasa begitu sakit dengan
rasa rindu ini.
“ Sayang
sedih?” soal Qairel lembut. Tangan halus itu dia usap penuh kasih. Emiera
menoleh ke sisi. Tangan kanannya kuat mencengkam stereng kereta.
“ Kenapa
soal Miera macam tu?” soal si isteri lembut. Qairel senyum nipis.
“ Sebab
Miera pandu kereta abang..” ulas bibir itu berbicara. Emiera palingkan wajah
dia ke hadapan. Dia tahu Qairel faham keadaan dia. Tiap kali dia bersedih, dia
pasti akan meminta izin daripada Qairel untuk memandu. Walhal, memang
kepantangan Qairel untuk membiarkan si isteri memandu sedangkan dia ada di
sebelah.
“ Miera
baik-baik saja, abang..” dalih Emiera menyembunyikan rasa hati. Qairel raup
wajahnya dengan sebelah tangan. Riak itu nampak suram.
“ Sayang
tipu abang..” ujar dia seakan menggumam. Emiera genggam kembali tangan si suami
yang masih memegang lembut jemarinya.
“ Tipu
untuk sedapkan hati abang.. Miera rasa tak salah. Miera tak nak abang sedih.
Abang masih ada satu semester nak habiskan pelajaran abang. Miera tak nak
kusutkan fikiran abang. Kita lupakan ye?
Anggap saja kata-kata mama tak berbekas di hati Miera..” pujuk Emiera. Qairel
sudah sebak.
“ Tapi,
sayang nampak terluka sangat..” Qairel sudah merintih sayu. Emiera senyum
hambar.
“ Abang
ada. Selagi abang ada, Miera takkan rasa kesedihan ni Miera tanggung seorang
diri. Janji dengan Miera, terus ada dengan Miera.. abang?” soal Emiera
perlahan. Qairel diam lama sebelum dia mengangguk sekali.
“ Abang
takkan tinggalkan Miera. Kecuali maut saja. Abang sayang Miera, lebih dari diri
abang. Terluka Miera, terlukalah juga abang. I love you, sayang..” Qairel kucup jemari itu sebelum dia rapatkan
tubuhnya lalu sekilas kucupan dia hadiahkan pada pipi Emiera. Emiera pejam
mata.
Ah,
kenangan. Kenapalah kenangan begitu sukar untuk dilupakan? Memang benar arwah
suaminya pernah berjanji untuk tidak tinggalkan dia melainkan maut. Nampaknya
arwah Qairel benar-benar mengotakan janji. Perpisahan mereka adalah perpisahan
kekal. Untuk selamanya! Jiwa Emiera rapuh berkali-kali. Dia rindu.. rindu
dengan setiap tutur kata arwah Qairel.
“
Kak Miera!” jerit Amni ceria bila susuk tubuhnya
menjamah ruangan mata. Emiera tersenyum dari jauh sebelum dia menangkap riak
pelik pada wajah si kembar.
“ Kenapa,
Amni dan Qilah pandang macam tu?” soal Emiera polos. Amni sengih sejurusnya.
“ Abang
Qais bagi akak guna kereta ni?” soal Aqilah menyampuk. Emiera angguk tanpa
banyak soal. Yelah.. memang dah
Qaiser yang bagi pinjam. Kenapa ye?
Hatinya jadi tidak keruan.
“ Kereta ni
nyawa Abang Qais. Payah dia nak bagi orang lain guna. Amni tahu sebab hari-hari
kalau boleh dia belai kereta kesayangan dia ni. Tapi.. dengan akak..” Amni
leretkan suaranya. Kening terjungkit nakal.
“ Sayang
dia lebih pada akak berbanding kereta ni. Akak istimewa sangat dekat hati Abang
Qais..” ujar Amni menyambung bicara. Sekaligus membuatkan jantung Emiera
berpalu debar. Emiera letak tangannya ke dada. Ah, kenapa dia perlu berdebar
sebegini? Rasa apa yang menyinggah ini? Emiera kurang arif dalam menilai soal
hati dan perasaan.
“ Tak
adalah.. dia terpaksa tu sebab Kak Miera mana ada kereta nak jemput Amni dan
Qilah. Lagipun, korang berdua kan tanggungjawab Abang Qais.. sebab tu dia
sanggup pertaruhkan kereta ni dekat akak..” gelak Emiera jelas dibuat-buat.
Aqilah sekadar senyum. Amni juga.
“ Tapi, Qilah
tahu abang sayangkan akak. Kami boleh nampak. Kan Amni kan?” Aqilah menjeling
wajah Amni. Amni angguk bersungguh-sungguh. Mengiyakan kata-kata Aqilah.
“ Kami dah
besar untuk menilai soal cinta tahu, akak?” Giliran Amni pula bersuara. Emiera
terkedu. Kalau si kembar sudah pandai menilai, kenapa dia masih dungu jika
sesuatu yang melibatkan tentang cinta? Atau dia sebenarnya takut pada bayangan
lalu? Tak! Dia yakin bukan kerana itu. Tapi, alasannya cuma satu. Kerana dia..
arwah Fuad Qairel.
“ Kak Miera..”
Amni sentuh sedikit lengan Emiera. Emiera tersentak. Wajah serba-salah Amni
dipandang dengan senyuman.
“ Kami
minta maaf. Bukan niat kami nak suruh akak lupakan arwah Abang Arel. Tapi,
sampai bila akak nak macam ni? Kami tahu Abang Qais dah lama suka akak. Tak
boleh ke bagi peluang tu dekat Abang Qais?” selar Amni polos. Emiera kemam
bibir.
“ Biar
Allah S.W.T tentukan segalanya ye?”
ujar dia dengan jawapan paling selamat. Amni dan Aqilah mengeluh kecewa. “
Jomlah kita balik..” ajak Emiera pula. Amni dan Aqilah sekadar akur dengan riak
sedih.
Maafkan
akak, Amni.. Qilah. Meluputkan sebaris nama Fuad Qairel begitu payah untuk akak
lakukan. Bukan akak tak pernah mencuba. Tapi.. Keluhan dilepas kecil. Hatinya
sudah penat untuk berbicara sendu.
Suasana
makan malam terasa sedikit meriah dengan kehadiran si kembar. Emiera dan Dafina
sibuk menghidangkan juadah. Amni dan Aqilah pula leka berbual dengan Qaiser di
talian. Begitu Emiera nampak keakraban yang terjalin itu. Berebut-rebut si
kembar hendak berbual dengan satu-satunya abang yang mereka punya.
“ Kak
Miera..” seru Aqilah menghulurkan telefon bimbit miliknya. Emiera
terkebil-kebil. Dafina pula sekadar senyum nipis. Dia tahu pastilah gerangan
jejaka kacak itu yang ingin berbual dengan Emiera. Ah, untungnya Cempaka
Emiera. Desis Dafina tumpang bahagia.
“ Siapa?”
soal Emiera buat-buat tak tahu.
“ Abang
Qais..” ujar Aqilah menjawab. “ Dia nak cakap dengan akak sekejap..” Telefon
bimbit masih dihulurkan. Lambat-lambat Emiera capai. Nafas dihela lemah sebelum
telefon bimbit itu dipekup ke telinga. Tubuh dibawa menjauh sedikit.
“ Amni,
Qilah.. pergi makan dulu dengan Kak Fina..” suruh Emiera sebelum dia
berlenggang ke ruang tamu.
“
Assalamualaikum..” Suara Emiera kedengaran sangat perlahan. Masih tidak
bersambut. Tapi, Emiera dengar helaan nafas di hujung sana. Menandakan Qaiser
masih ada di talian.
Emiera
kerut kening. Kenapa Qaiser tidak mahu bercakap?
“ Abang..”
panggil Emiera pula.
“ Abang
rindukan Miera..” Sebaris kata yang bisa menggegarkan jantung Emiera. Emiera
ketap bibirnya rapat.
“ Jangan bercakap
soal rindu dengan Miera..” ujar Emiera cuba mengurangkan debar di dada. Qaiser menghela
nafas panjang.
“ Kembar
okey dekat sana?” soal Qaiser sepatah.
“ Kan abang
baru aje bercakap dengan mereka?” Emiera soal balik.
“ Abang
nak dengar dari mulut Miera. Abang bimbang mereka buat Miera penat. Menyusahkan
Miera..” sahut Qaiser pula.
“ Mereka dah besar, abang. Dah pandai bawa diri.
Apalah sangat disusahkan Miera. Miera suka mereka dekat sini..” balas Emiera pula.
Qaiser terdiam lama.
“ Boleh
abang tanya Miera sesuatu?” pinta Qaiser tiba-tiba. Emiera senyap sejurus. Bicara
itu bagaikan terselit maksud yang sukar ditebak.
“ Hmm..” Hanya itu balasan Emiera.
“ Kalau
abang tanya Miera rindukan abang, boleh tak Miera iyakan?” Emiera terpempan. Permintaan
apakah itu?
“ Abang
cakap apa ni?” soal Emiera gundah.
“ Abang
cuma nak dengar Miera cakap Miera rindukan abang. Walaupun terpaksa sebab abang
tahu kalau abang harapkannya sebagai ucapan ikhlas.. abang cuma bermimpi di siang
hari..” jelas Qaiser penuh nada romantik.
“ Mie.. Miera tak boleh..”
“ Walaupun
sekadar untuk sedapkan hati abang?” Qaiser menduga
“ Maafkan
Miera..”
Qaiser mengeluh
untuk kesekian kalinya. “ Tak apalah. Abang tahu abang tak layak. Maaf kalau abang
memaksa Miera.. Assalamualaikum..”
Emiera pandang
telefon bimbit yang sudah dimatikan talian itu. Dari nada suara Qaiser, dia tahu
lelaki itu berjauh hati. Ya Allah, sampai bila harus begini? Hati Emiera menggumam
lagi.
Kesian qaiser...emiera masih tak boleh terima dia
ReplyDeleteHahaha...klau nk comment ttg apa yg dirasa tkt terlbh emo plak mcm n3 fara husain tuk dear cinta......and akk tau hana dh byk siap kn utk iam ni......so klau nk comment tu just on part dialog...jika blh ayt pd dialog biar nampak lbh realistic means bl reader bc seolah2 mcm mrk sendiri yg lafazkn dialog tu bkn nya mrk sedg membc.....faham kn maksud akk....hihihi....mmg semua ok cuma pd 1@2 dialog dlm ni je......bl dialog tu nampak realistic, br lah reader btl menghayati n menjiwai citer ni.......hahahaha......apa2 pun mmg best x sbr nk tggu bab yg setrsnya yg mn teaser nya hana dh penah ltk kt grup.....gud job sid......keep it ur gud work......
ReplyDeleteLupa plak nk kenalkn diri....this post from me - jumay jue
Deleteheee.. boleh bg contoh dialog mana xkena? xpe2.. hana terima aje.. thanks sudi bce n komen pnjg lg tu.. :)
Deletekesiannya kat Qais. susah nk dpt laki mcm tu sekarang ni.
ReplyDeleteKak tlg smbung... kesian qais nk tau apa jd lps ni
ReplyDelete