Duduk disandar rapat pada bahu kerusi. Matanya masih
merenung wajah sahabat yang bertentang dengannya. Fatah menongkat dagu.
“ Kau okey
ke, Qais?” soal Fatah sekadar menunjukkan sikap mengambil berat. Mendengarkan
soalan Fatah, Qaiser menghela nafas lemah.
Entah
kenapa, sejak kebelakangan ini.. rasa ingin memiliki Emiera seakan memburu
dirinya. Semakin mendesak-desak. Sungguh dia katakan hatinya sakit menanggung
rindu. Walhal, semenjak kejadian Aqilah menumpang di rumah sewa Emiera dan
Dafina, baru lima hari dia tidak menatap wajah cantik itu. Qaiser, kau memang
dah angau. Desis suara hatinya.
“ Bro!” Fatah hentak meja sekali. Terus
terangkat bahu Qaiser dibuatnya. Pantas Qaiser masamkan wajah.
“ Suka
betul terkejutkan akulah..” rungut dia sedikit. Fatah ketawa senang.
“ Kalau kau
yang berangan tak sudah-sudah, jangan nak salahkan aku.. okey?” gurau Fatah
cuba menceriakan raut tampan itu. Tapi, Qaiser nampaknya lebih senang melayan
perasaannya. “ Qais, kau apa hal ni? Lain macam aje..” tegur Fatah mulai
serius. Qaiser senyum senget.
“ Sejak
bila kau kisah hal aku ni, Fatah?” selar Qaiser sambil meletakkan tangan pada
dahi. Lagak orang yang sedang menghadapi masalah besar. Fatah gelak perlahan.
“ Nama pun
kawan.. Qais. Mestilah aku kisah. Apa kena kawan aku sorang ni? Nampak angau
pun ada..” sakat Fatah terus. Langsung Qaiser raba wajahnya sendiri.
“ Nampak
sangat ke?” soal Qaiser bersungguh-sungguh. Hampir bercantum kening Fatah
dengan soalan Qaiser.
“ Nampak
apa?”
“ Angau..”
Dan serentak dengan jawapan itu, Qaiser gelak habis-habisan. Fatah dah telan
liur. Kawan dia ni waras ke tak?
“ Apa yang
lawaknya sampai kau gelak beria ni, bro?”
sergah Fatah kurang senang. Mati tawa dari bibir Qaiser. Kali ni, dia dah
renung Fatah dengan riak yang sukar untuk dimengertikan.
“ Bro, aku nak tanya kau sikit. Tapi kau
jujur.. okey? Jangan ada isu bias dengan jawapan kau nanti.” Fatah sekadar
angguk dengan permintaan Qaiser. Fail di atas meja dia belek-belek sementara
menanti bibir Qaiser menyoal dirinya.
“ Aku ni tak
cukup handsome ke?” Kepala Fatah
terus mendongak pandang wajah Qaiser. Bibir Fatah sudah merekah dengan senyuman
sindir.
“ Ni mesti
soal Miera kan?” tebak si kawan. Lambat-lambat Qaiser angguk dengan bibir
menguntum senyum. “ Honestly.. kau
memang ada rupalah. Menipu kalau perempuan nampak kau, tapi tak toleh untuk
kali kedua..” Jawapan jujur dari bibir Fatah. Qaiser simpan senyum bangga dia.
“ Aku.. tak
cukup baik ke?” soal Qaiser lagi. Fatah geleng.
“ Kalau
kata aku tak kenal kau, memang aku akan ingat kau jenis lelaki buaya. Sebab
mustahillah dengan muka, harta dan pangkat yang kau ada.. kau tak layan
perempuan. Tapi, Fuad Qaiser yang aku kenal.. memang seorang lelaki budiman.
Payah nak beri harapan pada perempuan kalau dah kata hati dia memang tak nak.”
Kali ni, Qaiser sudah mula rasa hendak ketawa. “ Hah, kau jangan nak buat muka
perasan pulak!” sergah Fatah bila dia
lihat Qaiser sudah semacam aje dengan senyuman di bibir. Pantas, Qaiser gelak
sesaat.
“ Mana ada,
bro..” sangkal Qaiser pantas. “
Okey.. soalan terakhir..” Qaiser diam lama sebelum dia kembali bersuara. “ Aku..
tak layak untuk dicintai atau mencintai ke?” Kali ni suara Qaiser benar-benar
serius. Terus Fatah terdiam dibuatnya. Tidak tahu soalan jenis apakah yang Fuad
Qaiser tanya dia? Oh.. sungguh pelik! Hati Fatah membidas dalam bisu.
“ Peliknya
soalan kau..” komen Fatah sepintas lalu. Qaiser menyandar selesa pada kerusi
miliknya.
“ Jawablah
soalan aku, Fatah. Aku nak sangat tahu..”
“ Bro.. tak
ada sesiapa yang tak layak. Semua berhak untuk disayangi, dicintai ataupun
membalas balik rasa cinta dan sayang tu. Dah memang Allah S.W.T cipta kita
untuk berkasih sayang. Tapi, pada garisan syariat yang betullah. Kenapa perlu
timbul isu tak layak pula ni?” Giliran Fatah pula menyoal. Qaiser menjongket
bahu.
“ Aku
cintakan dia, Fatah..” Perlahan tapi kedengarannya benar-benar menyentuh
tangkai hati. Ikhlas dan tulus. Fatah herotkan bibirnya seakan berfikir.
“ Mengenai
Miera ke?” Qaiser angguk mengiyakan. “ Kau dah luahkan?” Fatah ingin tahu.
“ Banyak
kali, Fatah. Sampai kadang-kadang aku rasa dah berputus asa. Miera tu sukar
benar untuk dilembutkan. Tapi, ini bukan saja soal perasaan aku. Melibatkan
amanah arwah adik aku, Fatah. Kalau aku tak tunaikan, hati aku tak tenteram..”
luah Qaiser kesal. Wajahnya suram.
“ Kau yakin
hati kau memang inginkan dia? Bukan sebab amanah tu aje?” Psiko Fatah. Terus
tegak tubuh Qaiser.
“ Aku
memang cintakan Cempaka Emiera. Yes, I do.
Tapi, dia tak pernah bagi aku peluang tu..” Bersungguh-sungguh Qaiser bersuara.
Yakinlah Fatah dengan omongan Qaiser itu.
“ Kalau berbincang
soal cinta bertepuk sebelah tangan, memang aku tak tahu sangat.. bro. Cuma, aku boleh nasihatkan kau..
jangan pernah berhenti untuk rebut hati dia kalau kau benar-benar yakin dialah
yang tercipta untuk kau. Yakin dengan hati dan berusaha, selebihnya kau
serahkan pada DIA.” Tulus sekali nasihat Fatah kedenengaran pada peluput
telinga Qaiser.
“ Itulah
yang sedang aku cuba buat..” Lemah nada Qaiser. Tapi, bibir itu tetap mengukir
senyum. Fatah angguk menyokong.
“ InsyaAllah
hati dia bakal lembut. Hati wanita ni keras manalah sangat. Bila kau belai dia
dengan kasih sayang, pujuk dia dengan ungkapan cinta.. cairlah. Percaya cakap
aku, Qais. Suatu hari nanti, dia akan jadi milik kau kalau betul Tuhan dah
ciptakan kau berpasangan dengan dia..”
“ Aku pun
harap macam tu. Sebab hati aku memang dah sepenuhnya inginkan dia, Fatah..”
gumam Qaiser sebelum dia menepuk dahi. “ Maaf, bro. Aku dah melalut dan bawa kau sekali dalam masalah hati dan
perasaan aku ni..” Qaiser gelak nipis. Fatah sengih saja.
“ Tak ada
hallah. By the way, kau belum lupa
kan esok kau kena fly ke Jerman?”
“Oh, god!”
Qaiser dah menjerit kecil. “ Nyaris aku terlupa. Nasib baik kau ingatkan..”
luah Qaiser lagi sambil meraup wajahnya. Fatah sekadar tersenyum segaris. Dia
dah agak sebenarnya.
Lama
Qaiser menunggu di hadapan pintu pagar rumah sewa milik Emiera. Teragak-agak
dia hendak melaung nama itu. Bimbang Emiera tidak suka akan kehadiran dia.
Tapi, memikirkan panggilan daripada si kembar.. Qaiser perlu juga berhadapan
dengan Emiera. Bukan dia tidak boleh sekadar menelefon atas berSMS.. tapi
hatinya sejujurnya ingin menatap wajah Emiera sebelum berangkat ke Jerman esok.
Dua kali
salam dihulur, tapi tidak berjawab. Pantas Qaiser keluarkan gajet miliknya
sebelum nombor Emiera didail. Tak tunggu lama, panggilan dah bersahut.
“
Assalamualaikum.. Miera, abang ada dekat luar ni. Dua
kali abang bagi salam, tak ada yang jawab..” ujar Qaiser meluahkan bicara.
Emiera terkaku seketika. Mahu tidak.. lima hari wajah Qaiser tidak menyapa ruangan mata, alih-alih hari ni terpaksa dia hadap pula seraut wajah tampan itu.
“
Waalaikumussalam.. err, Miera solat Isyak tadi. Abang tunggu kejap, nanti Miera
keluar.”
“ Okey..
abang tunggu dekat sini..” Terus Qaiser matikan panggilan. Memberi ruang untuk Emiera merapikan diri.
Hampir lima
minit menunggu, barulah dia nampak kelibat Emiera muncul bersama kain batik dan
sehelai t-shirt lengan panjang tersarung pada tubuh itu. Serta-merta rasa rindu
bagaikan luruh pergi satu-persatu. Qaiser senyum dari jauh.
“ Miera..”
Lembut suara itu menyeru namanya. Emiera yang berdiri memeluk tubuh pandang
wajah Qaiser dengan hati yang libang-libur.
“ Kenapa
abang datang sini?” Tak sempat Qaiser nak sambung ayat, Emiera dah mencelah
dulu. Qaiser menunduk dengan nafas berat dihela payah.
“ Miera tak
suka abang datang?” soal Qaiser kecil hati. Emiera gigit bibir.
“ Bukan
macam tu. Tapi, kalau kerap sangat nanti orang salah faham..” Emiera betulkan
balik tuduhan Qaiser.
“ Abang outstation mulai esok..” Qaiser berjeda.
Wajah lelaki itu sudah berubah sedikit. Pastilah kerana berkecil hati dengan
reaksi Emiera. “ Abang cuma nak tengok Miera, seminggu abang dekat sana.
Sekadar untuk buat bekal kalau abang rindu..” tutur bibir itu romantis. Emiera
diam seketika. Lelaki ini sering membuainya dengan kata-kata indah.
“ Miera tak
kisah kan andai dekat sana nanti abang rindukan Miera?” soal si dia lagi. Soalan
yang benar-benar pelik.
“ Hati
orang siapa kita untuk menghalang kan?”
Mata Qaiser
terus galak. “ Jadi, Miera izinkan abang untuk mencintai Miera?” soal suara itu
teruja. Emiera sudah telan liurnya sendiri.
“ Kita
bercakap soal rindu, bukan soal cinta..” sangkal Emiera. Qaiser senyum hambar.
“ Kalau tak
ada cinta, abang takkan rindu..” sahut dia memaksudkannya. Jawapan yang
benar-benar membuat Emiera tidak mampu untuk membalas. Melihat Emiera diam
tanpa bereaksi, Qaiser terus ke topik asalnya. “ Kembar call abang..”
“ Ya? Sihat
ke mereka?” soal Emiera pantas. Sudah seminggu kejadian si kembar bermalam di
rumah sewanya dan Dafina. Qaiser angguk.
“ Sihat.
Mereka rindukan Miera. Sebab tu juga abang datang ke sini untuk tanya Miera, boleh
ke kalau Miera jemput mereka untuk bermalam dekat sini nanti?” soal Qaiser
menyampaikan hasrat si kembar. Emiera senyum kelat. Tentu Qaiser lupa. Detik
hatinya.
“ Miera nak
jemput dengan apa, abang? Miera bukannya pakai kereta..” sahut Emiera tersenyum
tipis. Qaiser diam. Ah, terlupa pula dia soal itu. Benaknya sudah merencana
sesuatu.
“ Miera
guna kereta abang..” Cepat saja dia buat keputusan. Emiera dah tergamam. Matanya
tunak pada kereta mewah milik Qaiser.
“ Kereta
ni?” soal Emiera kurang percaya. Qaiser angguk. “ Tak naklah..” Emiera geleng
cepat-cepat. Dahi Qaiser berlapis.
“ Kenapa?”
Emiera
masih lagi menggeleng-geleng. “ Kalau rosak nanti, niaya aje Miera kena
bayar..” sahut Emiera separa bergurau. Tak naklah dia menanggung risiko. Jadi
apa-apa pada kereta mewah itu, siapa nak jawab?
Qaiser
tepuk dahinya sendiri. “ Miera.. kalau abang sendiri yang tawarkan, maknanya
abang tak kisah. Lagipun, Miera guna untuk jemput adik-adik abang juga. Tak
salah kan? Abang takkan claim apa-apa
kalau rosak sekalipun. Dan satu Miera perlu tahu.. kalau kereta tu remuk
sekalipun, I just don’t care..”
Lancar saja kata-kata Qaiser sebelum dia berjeda.
“ Tapi
kalau tubuh orang yang abang sayang tercalar walaupun sedikit, itu memang
sangat-sangat abang kisah..” Sambung bibir itu lagi sambil merenung dalam mata
Emiera. Emiera sudah terkelu lidah. Kenapalah lelaki ini selalu bermanis mulut?
Dia dilema.
“ Bila
abang fly?” soal Emiera mengubah
topik hangat mereka. Qaiser seluk kedua-dua tangan ke dalam poket jeansnya.
“ Pagi
esok..” jawab lelaki itu tenang. Dia tahu Emiera sengaja menukar topik, jadi
dia pun sudah tidak mahu memanjangkan isu. “ Dah lewat, esok abang kena bangkit
awal..” Qaiser keluarkan kunci kereta dari poket seluarnya. Dia bergerak rapat
sedikit pada Emiera.
“ Tangan
Miera..” pinta dia tanpa nada.
“ Nak buat
apa?”
“ Miera nak
abang sentuh tanpa izin ke macam mana ni?” Suara itu mengugut sedikit. Emiera
ketap bibirnya. Perlahan-lahan tangan dia dihulurkan ke hadapan wajah tampan
itu. Qaiser simpan senyum. Dalam degil, Emiera ada juga mendengar kata.
Kunci
kereta Mazda 6 Sedan miliknya diletak di atas tapak tangan itu. Emiera sudah
terkebil-kebil. “ Guna kereta ni sewaktu abang tak ada. Kalau kata Miera nak
terus, abang boleh bagi..”
“ Merepek
abang ni!” marah Emiera sedikit terkejut.
“ Laa..
abang maksudkannya, Miera..”
“ Miera tak
nak..”
“ Then I will buy you another one.. nak?”
selar Qaiser dengan kening terjungkit sebelah. Emiera dah mula rasa geram.
“ Miera tak
nak, okey?” Emiera sebut satu-persatu ayatnya. Berharap lelaki itu bisa
mengerti.
“ Miera ni
terlalu memilih, tahu?” Qaiser seakan mengeluh. Terjongket kening cantik
terbentuk milik Emiera. “ Yelah..
abang offer diri abang untuk Miera,
Miera tolak. Abang offer kereta, pun
Miera tak nak. Habis, Miera nak apa?” Sambung Qaiser bila dia lihat Emiera
seperti tertanya-tanya.
“ Jangan
melencong boleh tak?” bentak Emiera tidak selesa. Qaiser angkat kedua-dua belah
tangannya tanda mengalah.
“ Okey,
maaf.” Tegas saja suara Qaiser. “ Apa-apa pun abang serahkan kunci tu pada Miera
sepanjang ketiadaan abang. Miera boleh guna ke mana saja Miera nak. Abang takkan
marah.” Qaiser toleh pandang jam tangannya lama sebelum dia menjengah sedikit ke
dalam rumah sewa milik Emiera. “ Fina ada ke? Sunyi aje..” soal Qaiser. Emiera geleng
“ Fina balik
rumah mak dia. Esok pagi balik sini semula.”
Kening Qaiser
terjungkit. “ Miera tak takut sorang-sorang?” Qaiser soal dengan riak bimbang. Kalau
dia dan Emiera halal, sudah dia angkut Emiera sekali. Pasti! Emiera geleng.
“ InsyaAllah
tak ada apa-apa..” Emiera jawab soalan Qaiser. Qaiser angguk perlahan. Mudah-mudahan..
hatinya berdoa untuk keselamatan Emiera.
“ Abang
balik dulu. Jaga diri Miera nanti..” ujar Qaiser menitip pesanan. “ I’m gonna miss you, Cempaka Emiera..” gumam
suara itu lagi. Emiera terkedu. Tak sangka Qaiser berani meluahkan secara terang-terangan
untuk sekali lagi. Akhirnya Emiera hanya melorek senyum yang jelas nampak kekok.
Esok up lg yer dik hana......huhuhu
ReplyDeleteNk tahu apa yg berlaku pd kereta tu....diguna atau miera naik teksi ajer
heee.. insyaAllah akak.. thanks sudi bce.. :)
DeleteEmm kesian qaiser dok menagih cinta Miera
ReplyDeleteTapi mmg best citer
Best.
ReplyDeleteBest...dan menarik. Nak ta sampai bila mira nak tolak qai
ReplyDelete