BAB
4
“ Kenapa Rif buat Fea macam ni, nek? Kenapa? Apa
salah Fea??” Suara hiba Sofea bergema memecah kesunyian rumah kampung yang
nampak meriah dengan kunjungan para tetamu. Namun, tidak pula semeriah dan
seceria hati si pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan sebentar lagi.
Hatinya gundah dan sayu. Nek Cah terduduk di birai katil. Kuat tangan tuanya
menggenggam tangan Sofea.
“ Rif pergi
sebab nak sambung belajar, Fea..” pujuk suara Nek Cah bergetar. Sofea
menuntaskan pandangan pada wajah tua itu. Dia bangkit dari tempat yang diduduki
sebelum dia melurut jatuh berlutut dekat dengan kaki Nek Cah. Tangan tua Nek
Cah dicapai sebelum dia merapatkan kepalanya pada ribaan Nek Cah.
“ Fea rayu
pada nenek.. tolong bagitahu Fea perkara sebenar. Fea tahu nenek dan Rif ada
sembunyikan sesuatu dari Fea. Dia tak pernah pergi tanpa kata, nek. Fea kawan baik
dia. Dia takkan buat Fea macam ni tanpa sebab.” Sofea bersuara diselangi esak
kecilnya. Di dalam kamar pengantin yang dihias indah itu hanya ada mereka
berdua saja.
“ Apa lagi
yang Fea nak nenek cakap?” Sayu kedengaran. Sesekali Nek Cah mengelap tubir
matanya. Rif.. nenek rindu Rif. Detik hati tuanya.
“ Tolonglah
nenek. Cakap dan jelaskan pada Fea semua yang nenek tahu dan sorok daripada
Fea. Kenapa Rif pergi, nek??” sela Sofea sambil menggoncang lembut tangan tua
itu. Nek Cah pejam mata. mutiara jernih mengalir lewat celah matanya yang
terkatup rapat itu.
Rif.. perlu
ke nenek cakap perkara sebenar? Nenek tak tahu, Rif. Nenek kasihan pada Fea.
Kalaulah Rif lihat keadaan dia sekarang, Rif tentu takkan pergi pada hari
berbahagia dia. Tapi, nenek faham situasi Rif. Nenek faham. Hanya kerana ‘dia’
yang Fea pilih, Rif undur diri. Nenek faham.. desis Nek Cah sendu.
“ Nek.. Fea
nak tahu, nek..” Suara merayu-rayu milik Sofea menyentakkan Nek Cah. Spontan
dia membuka matanya. Wajah yang lencun dek air mata itu dipandang sayu.
“ Rif pergi
sebab dia cintakan Fea.” Sebaris ayat itu menyebabkan mulut Sofea terlopong
luas. Matanya terkebil-kebil menanti mulut itu bersuara meyakinkan.
Perlahan-lahan Nek Cah angguk kepalanya sekali.
“ A.. apa
nenek cakap? Fe.. Fea tak faham, nek..” Tergagap-gagap Sofea memuntahkan kata.
Bibirnya nyaris terkelu bisu. Nek Cah tarik nafas panjang. Pipi Sofea diusap
sayang. Dia menarik Sofea bangun. Duduk di sebelahnya. Sofea menurut tanpa
banyak soal. Namun, benaknya banyak inginkan jawapan pada persoalan yang muncul
satu persatu.
“ Rif
cintakan Fea. Fea tahu tak?” soal Nek Cah lembut. Sekali lagi, Sofea rasa
kepalanya berpinar-pinar. Jadi, selama ini kata-kata cinta yang keluar dari
bibir itu semuanya benar? Bukan sekadar mainan kata? Ya Allah.. Sofea menekup
mulutnya. Terkejut benar dia mendengar pernyataan itu.
“ Fea..
Fea..” Sofea ketandusan kata. Nek Cah tersenyum hambar.
“ Fea tak
percaya kan? Fea anggap apa yang Rif luah semuanya gurauan? Nenek tahu.. nenek
tahu..” Nek Cah menggumam sendiri. Sofea masih lagi dalam kondisi terkejut.
“ Tapi,
nek..” Termati terus kata-kata Sofea pabila Nek Cah sudah mencelah laju.
“ Ya, hati
Fea bukan milik dia. Dia tak dapat sentuh hati Fea. Sebab tulah Rif sedar
kedudukan dia. Dia cuba terima hakikat. Tapi Fea.. Rif insan biasa. Dia tak
mampu nak butakan hati dan matanya melihat saja Fea menjadi milik orang lain.
Sebab tu cucu nenek yang selama ni kuat pergi juga dengan alasan untuk
melanjutkan pelajaran. Dia tak sanggup kehilangan orang yang dia sayang untuk
kali kedua. Cukuplah ketika mak ayah Rif dijemput pemilik asalnya dulu. Rif dah
tak kuat, cu..” Luluh hati Sofea mendengarnya. Ya Allah.. Rif, maafkan Fea.
Maafkan Fea.. rintih hati Sofea.
“ Nek..
sumpah Fea tak pernah tahu. Kalaulah Fea tahu Rif cintakan Fea, Fea akan
cuba..”
“ Tak, cu.
Rif tak nak macam tu. Dia tahu Fea cintakan Had. Dia redha. Memang Fea bukan
untuk Rif..” Nek Cah sekali lagi mencelah. Bahu Sofea diramas lembut.
Tiba-tiba, Sofea bangkit.
“ Nek.. Fea
nak pergi jumpa Rif. Fea kena jumpa Rif!!” Sofea mula hendak berlari keluar.
Nek Cah spontan berdiri. Tangan Sofea dipegang. Menghalang gadis itu daripada
berlalu.
“ Fea nak
ke mana? Fea nak akad nikah kejap lagi.” Suara Nek Cah cemas. Wajah Sofea
dipandang lama menantikan sebuah jawapan. Sofea tersenyum paksa.
“ Fea nak
batalkan, nek. Ya, memang Had yang Fea pilih. Memang Had yang Fea cinta. Tapi,
Rif juga penting dalam hidup Fea. Fea kenal Rif lebih lama daripada Fea kenal
Had. 24 tahun, nek. Bukan satu jangka masa yang singkat. Kami membesar
sama-sama. Terlalu banyak kenangan Fea dan Rif. Fea perlu cari Rif. Nek,
restuilah Fea..” Sofea menjelaskan. Tangisannya semakin lebat.
“ Jangan,
Fea. Jangan keruhkan keadaan..” Nek Cah menghalang. Sofea pegang kepalanya
sendiri. Sungguh, dia buntu.
“ Jangan
malukan keluarga Fea. Kalau Rif tahu, dia akan kecewa Fea. Demi Rif.. Fea kena
langsungkan perkahwinan ni. Fea baca surat Rif kan? Dia cakap pada nenek walau
apa sekalipun, Fea kena jadi isteri Had. Dia tak nak kelak dia terbeban dengan
kesalahan andai perkahwinan ini dibatalkan,” jelas Nek Cah merayu. Sofea
terjelopok jatuh sudahnya.
“ Kenapa
Rif buat Fea rasa terbeban, nek? Rif.. sampai hati Rif..” ngongoi Sofea kuat.
Nek Cah pantas memeluk Sofea. Bertindak untuk menenangkan si gadis. Bahu Sofea
diusap lembut.
“ Tunaikan
permintaan Rif. Teruskan perkahwinan ni ye,
cu..” Lembut kata itu menusuk hati Sofea. Lambat-lambat Sofea membalas pelukan
Nek Cah.
**************
Tiga
tahun berlalu..
“ Sayang..” Lembut suara Hadri memecah gegendang
telinga Sofea. Sofea berpaling. Perlahan-lahan senyuman dilemparkan buat suami
tercinta. Ya Allah, sekali lagi dirinya terduga. Wajah pucat Hadri dipandang
sayu. Wajah yang kelak akan meninggalkan dirinya jua.
Semenjak
Hadri disahkan menghidap leukimia, hidup mereka terus berubah 360 darjah. Tiada
lagi tawa mesra, yang ada cuma linangan air mata duka.
“ Mari
sini, sayang..” Suara lemah itu sekali lagi kedengaran. Sofea bangkit
perlahan-lahan. Wajah yang penuh berselirat dengan wayar itu dipandang lagi.
Fea.. kau kena kuat. Jangan buat suami kau semakin lemah dengan tangisan kau.
Tabah, Fea. Kau boleh hadapi semua ni.. suara hati membisik semangat.
“ Abang nak
air?” soal bibir itu bersama senyuman menguntum. Senyuman yang jelas hendak
mengaburkan mata si suami. Hadri tersenyum lagi.
“ Tak nak,
abang nak sayang. Boleh?” Jelas nada si suami hendak mengusik. Sofea mengulum
senyum.
“ Fea
memang untuk abang..” Suara itu membalas. Hadri lebarkan senyuman.
“ Tapi,
bukan untuk selamanya. Kelak.. Fea akan jadi milik lelaki lain. Abang dah nak
‘pergi’, sayang..” Hadri bersuara dalam kepayahan. Tangan si isteri dicapai
lalu digenggam lembut. Sofea sudah menarik nafas panjang. Sebak mula bertamu.
Dia memalingkan wajah sebelum dia kembali menatap wajah kacak Hadri.
“ Abang
tetap suami Fea untuk selamanya..” Lembut suara Sofea mencantas kata-kata si
suami. Hadri menggeleng. Tangannya yang terketar-ketar diangkat untuk menyentuh
pipi si isteri.
“ Fea
perlukan seseorang untuk jaga Fea. Jaga anak kita.. abang dah tak boleh jaga
Fea. Cuma tempoh tiga tahun yang dijanjikan Allah untuk abang bergelar suami
kepada Sofea Liyana. Tapi, abang bersyukur. Tempoh tiga tahun itu terlalu
bermakna untuk abang ‘bawa bersama’ nanti. Kenangan bersama Fea dan Haiqal
merupakan kenangan terindah dalam hidup abang..” Sofea pantas meletakkan
jemarinya pada bibir si suami.
“ Tolong, bang.
Jangan cakap macam tu. Fea tak sanggup dengar. Abang akan sembuh kan? Abang
akan sembuh. Abang takkan kejam tinggalkan Fea dan Haiqal. Haiqal tak nak jadi
yatim piatu pada usia dua tahun, bang. Tolonglah..” rintih Sofea hiba. Matanya
memancarkan sinar. Berharap mungkin si suami akan mengiyakan kata-katanya.
Menyedapkan hatinya. Ya Allah.. Sofea rapuh.
“ Shhh..”
Hadri kebuntuan kata. Mana mungkin dia akan menidakkan kenyataan yang satu itu. Hakikatnya hayat dia tidak lama. Perlahan-lahan tubuh Sofea dibawa ke dalam
dakapan. Erat tubuh itu dipeluk.
“ Maafkan
abang kerana abang tak boleh nak mengiyakan kata-kata Fea. Takdir Allah, Fea.
Redhalah, sayang..” bisik Hadri lembut di peluput telinga Sofea. Mendengarkan
kata-kata si suami, semakin kuat Sofea menghamburkan tangisan.
“ Fea tak
nak abang ‘pergi’..” Sofea turut berbisik.
“ Tunggu
Rif balik. Lepas ni, abang akan serahkan Fea pada dia.” Dan serentak dengan
itu, Sofea sudah merenggangkan pelukan. Tajam anak matanya memandang wajah si
suami. Hadri tersenyum lebar. Kepalanya dianggukkan sekali.
“ Abang..
abang cakap apa ni?” soal Sofea terketar-ketar. Hadri tersenyum hambar.
“ Fea
rindukan dia kan? Tiga tahu abang jadi suami Fea, abang nampak sinar rindu tu.
Meskipun cinta Fea untuk abang, tapi abang yakin dia juga jodoh Fea. Sebab tu
abang tak dijanjikan untuk menjadi suami Fea lagi. Abang akan dijemputNya,
sayang. Abang yakin Rif lelaki yang terpilih menjadi suami Fea nanti..” Ya
Allah.. peritnya jiwa. Lukanya hati. Kenapa begini kesudahannya? Jerit batin
Sofea.
“ Abang..”
Sofea tidak mampu meneruskan kata. Seketika, Hadri mula mencapai sepucuk sampul
putih yang diselitkan di bawah bantalnya. Sampul putih itu dihulur ke arah
Sofea. Lama Sofea memandang tanpa niat untuk mencapai.
“ Surat ni
surat terakhir abang untuk Fea. Fea janji dengan abang, boleh?” Hadri menagih
janji. Sofea teragak-agak mencapai surat itu. Tubir mata yang lencun sudah
tidak dihiraukan.
“ Abang nak Fea berjanji. Hanya baca surat ni selepas abang ‘pergi’ ye, sayang? Dan tolong jaga permata hati abang dengan sebaiknya.
Haiqal Danish bin Hadri, abang serahkan pada Fea. Jaga dia, kasihi dia
sebagaimana Fea kasihi abang. Janji dengan abang..” tagih si suami lagi. Tika
ini, air mata semakin laju mencurah-curah. Fea tak nak hilang abang!! Jerit
hati Sofea. Kenapa? Kenapa perpisahan ini satu rasa yang menyakitkan???
Kenapa??
“ Fea
janji, bang. Fea juga akan janji yang Fea akan jaga Haiqal melebihi nyawa Fea.
Haiqal tanda cinta kita. Fea janji, bang..” Hadri terus menarik nafas lega.
Sekali lagi tubuh si isteri dibawa ke dalam pelukan. Sebuah kucupan dihadiahkan
pada ubun si isteri. Hadri pejam mata sesaat. Air mata jantannya mengalir jua.
Sofea
Liyana, ketahuilah sayang.. menjadi suamimu merupakan anugerah terindah dalam
hidup abang. Jujur.. abang tak puas bersamamu. Banyak lagi bahagia yang abang
nak kecap bersama Fea. Tapi, abang hanya mampu merancang. DIA yang menentukan
segalanya.
Fea, terima
kasih untuk segalanya. Terima kasih untuk cinta, kasih dan sayang yang Fea
hulurkan buat abang meskipun ianya hanya sementara. Cuma satu pinta abang..
sudikanlah hati Fea untuk sentiasa sedekahkan abang dengan alunan suci Al-Quran
jika abang sudah dijemputNya nanti.
Anak papa,
Haiqal.. menyandang gelaran seoarang ayah merupakan hadiah paling bererti dalam
hidup papa. Dua tahun memang singkat. Tapi, papa bersyukur kerana papa tetap
diberi kesempatan. Haiqal Danish.. kelak andai anak papa sudah dewasa, jaga
mama dengan baik. Jadi anak yang soleh, sayang. Papa sayang Haiqal dan mama.
Tersangat sayang.. rintih hati Hadri panjang.
Nafas
dihela perlahan sebelum Hadri mula rasa dadanya semakin sempit. Akhirnya, Hadri
terkulai layu dalam pelukan si isteri. Ya Allah.. sungguh tenang wajah itu
beradu. Sofea yang perasan Hadri tidak memberi sebarang reaksi, merenggangkan pelukan. Wajah Hadri dengan
mata terpejam itu dipandang sebelum bibirnya diketap rapat. Sekilas, dia tunduk
mencium kedua-dua belah pipi itu.
“ Pergilah,
bang. Pergilah.. bawa bersama kenangan kita. Fea cintakan abang. Mungkin sampai
di sini saja jodoh kita. Fea redha.. pergilah. Semoga abang tenang di sana,”
ucap Sofea lagi sebelum sampul putih itu digenggam kemas.
sedihnyaaaa
ReplyDeleteakak pun.. sob3.. :(
Deletewaaaaaa.....pepagi dah sayuu niihh...
ReplyDeletehehe..thanks bce.. :)
DeleteSEDIHNYA.
ReplyDeleteSedihnya bila khilangan org tersyg.
ReplyDeleteMenyentuh hati..:'(
adakah apa yg dirancangkan oleh arwah untuk isterinya akan berlaku..adakah Rif masih mencintai Fea ..atau dia sudah pun berimahtangga dan mempunyai keluarganya sendiri..adakah fea tega untuk merampas kebahgian seorg wanita lain kerana sebuah wasiat..
ReplyDeleteBila nak sambung ?
ReplyDeletebila nak sambung
ReplyDeletexpasti lg sis.. :)
Delete