PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, March 3, 2013

Kemaafan Yang Dipinta Bab 1


Kemaafan Yang Dipinta
Oleh : Hana Efryna

Bab 1
Suasana sunyi sepi ditemani bunyi cengkerik. Sesekali sayup kedengaran anjing menyalak menghantar satu perasaan seram dan cemas dalam diri seorang gadis bernama Sufi Rania. Dia menggigil sambil memeluk lutut. Tangisannya berlagu memecahkan keheningan malam. Dalam hati dia mengutuk dirinya yang bodoh kerana melawan cakap seorang suami. Disebabkan pertengkaran kecil itu dia kini tercampak ke satu deretan kedai yang sunyi daripada orang ramai. Dia memaki hamun lelaki itu. Bodoh punya jantan! Pekik hatinya geram.
   Dia bangun daripada duduk. Mula hendak mengatur langkah. Mata diliarkan kiri dan kanan cuba memerhatikan andai ada sesuatu yang mengekori. Esakan kecil masih menemani tubuh tinggi lampai yang seksi dibaluti skirt pendek dan baju yang mendedahkan bahu itu. Rambutnya terbuai-buai bebas.
   Baru dia nak melangkah lebih mara, bunyi hon kereta kedengaran panjang. Dia menoleh. Ah, jantan keparat itu lagi!! Detik hatinya sebal. Langkah yang tadi perlahan diatur laju.
   “ Sufi!!” jerit suara garau itu. Sufi pekakkan telinga, butakan hati.
   Zairil Afham mengejar langkah gadis itu. Dia cuba menyaingi sebelum tangan kecil itu direntap. Memang. Memang tadi dia benar-benar marah pada Sufi yang berani memperlekehkan dirinya. Sebab rasa tercabar jugalah dia sengaja mengugut untuk mencampakkan Sufi di tepi jalan. Nampaknya Sufi langsung tak gentar dan dia nekad untuk melakukannya. Tapi, baru beberapa minit dia memandu, hatinya jadi berbelah bagi. Maka, dia membuat pusingan U lalu menjejaki kembali isterinya itu.
   “ Hei, Sufi nak ke mana ni? Jom, ikut abang.” sergah Zairil lalu menarik kuat tangan itu. Sufi hilang imbangan lalu terpeluk tubuh tegap suaminya. Sufi mula rasa suhunya memuncak. Segera tubuh itu ditolak kasar. Hampir sahaja Zairil hilang imbangan dan jatuh terlentang.
   “ Sufi tak nak ikut. Kalau Aril nak balik, baliklah. Tadi nak tinggal sangat kan??” bentak Sufi meradang. Zairil tarik nafas. Cuba bersabar. Penat sungguh melayan karenah sufi Rania ini. Sudahlah dia baru saja pulang dari pejabat tadi. Lepas itu, dapat pula panggilan daripada Mak Esah mengatakan Sufi lari daripada rumah. Mujur juga dia sempat menemui Sufi di simpang jalan rumah mereka.
   “ Sufi, can you please stop acting like this? I’m tired!” Zairil bersuara lemah. Langkah Sufi yang mula hendak melangkah pergi lagi dihalang dengan tubuh tegapnya. Sufi mendengus kasar. Dasar tak faham bahasa!!
   “ Hei, Sufi dah cakap kan?? Nak suruh Sufi guna bahasa apa pula kali ni supaya faham? Jerman? Itali?” bentak dia kuat. Zairil tahan hati. Tuhan, sabarkan aku. Doanya kudus.
   “ Sufi, listen here. Tempat ni tak selamat. Sufi tengok sendiri, sunyi aje kan? Okey.. abang minta maaf sebab berkasar tadi. Come, kita balik ye?” pujuk Zairil cuba menggunakan intonasi lembut. Sufi buang pandang ke arah lain. Tangan disilangkan ke dada. Zairil pandang wajah itu sebelum matanya nakal hinggap pada bahagian dada Sufi yang terdedah. Gulp! Dia telan liur.
   “ Sufi tak nak ikut Aril balik. Sufi benci Aril. Aril dah perangkap Sufi. Mentang-mentang papa suruh Aril kahwin, terus Aril jadikan Sufi mangsa. Aril tahu tak Sufi dah ada Darius?? Dia tu boyfriend Sufi.” Sungguh, luluh hatinya mendengarkan Sufi menyebut nama lelaki itu. Dia genggam tangannya sendiri kuat-kuat.
   “ Sufi, abang buat macam tu sebab abang sayangkan Sufi. Tolong, jangan sebut nama lelaki tu depan abang. I really can’t hear that name. Its hurt me so much.” Suara Zairil lemah. Dia perit mendengarkan hakikat yang isterinya langsung tidak mencintainya. Sedangkan dia bermati-matian cuba mengatur strategi agar mereka dapat bersama.
   “ Sufi tak peduli. Sufi tak nak ikut Aril. Sanggup Aril buat macam ni?? I hate you!!” Sufi hilang pertimbangan. Tubuh itu dipukul-pukul. Tidak cukup dengan itu, dia mencapai batu-batu kecil lalu membaling rakus. Zairil berjaya mengelak beberapa serangan. Namun, entah apa malangnya nasib.. satu serangan itu tepat mengenai dahinya. Zairil mengaduh.
   “ Auch..” rintih suara itu sambil memekup dahinya yang dah mula berdarah. Wajah Sufi ditentang geram. Zairil mula rasa bengang. Degil!!!
   Sufi termati aksi. Dia terlopong melihat cecair pekat merah itu. Tangannya kaku. Dia mula rasa gerun melihat wajah Zairil. Jelas wajah itu memerah. Tapi.. langsung dia tak rasa kasihan melihat wajah itu terluka dek serangannnya. Sebaliknya dia puas. Sekilas, senyuman sinis terukir di wajahnya. Zairil tersentak. Hatinya seolah dirobek-robek melihat senyuman itu. Sufi kejam!
   “ Dah puas dah? Sufi memang mencabar abang.” soal Zairil kasar. Dahi yang berdarah dibiarkan sahaja. Dia meluru mendapatkan Sufi. Tubuh itu dicempung. Terjerit-jerit Sufi dibuatnya.
   “ Hei, lepaskan Sufilah! Hei, bodoh!!!” jerit Sufi bagai orang gila. Belakang tubuh sasa itu dipukul kuat berkali-kali. Zairil ketap gigi. Sampai sahaja di kereta Mitsubishi Lancernya, dia mencampak kasar tubuh itu. Padan muka!! Berkerut-kerut wajah Sufi menahan sengal di tubuh. Zairil buat tak endah. Dia terus memecut keretanya membelah kepekatan malam. Hatinya terluka. Luka yang lebih teruk berbanding luka di dahi dek perbuatan isteri tercinta. Air matanya jatuh setitis.
   Sufi masih lagi mengamuk. Tapi, Zairil cuba bersabar. Kereta terus meluncur menuju ke Villa Mawar miliknya.

3 comments:

  1. kak hana bila nk post new entry ?
    rindu la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak mintak maaf, skrg sibuk siapkan KP. maaf yer? nnti dah xbusy, akak post..

      Delete
  2. best dik hana...nk lagi yer...

    ReplyDelete