PeNgiKuT sEtiA..

Saturday, March 16, 2013

Dia Yang Kau Pilih Bab 2


BAB 2
“ Fea!” laung Rifqi ketika dia perasan akan kelibat gadis itu yang nampak ayu dengan blaus labuh dan jeans hitam yang tidak terlalu ketat. Sofea berpaling. Seketika, senyuman dihulurkan pada Rifqi yang menapak ke arahnya. Rifqi melajukan langkahnya ke rumah Mak Cik Saodah yang berhadapan dengan rumah papan milik keluarganya.
   “ Fea nak ke mana cantik-cantik ni?” soal Rifqi apabila batang tubuhnya sudah tegak di sisi gadis itu. Dari apa yang dia nampak, dia yakin Sofea hendak keluar. Sofea bergerak ke hadapan sedikit. Mendekati susuk tubuh sasa itu. Wajah Rifqi yang jelas memerah dibakar matahari dipandang sekilas. Hmm.. tetap tampan. Bisik Sofea kagum dengan keindahan ciptaan Tuhan yang ada di depan matanya.
   “ Fea nak keluar.” balas Sofea ringkas. Rifqi buat muka. Selalunya kalau Sofea nak keluar, tentu dia diajak sama sebab gadis itu tidak berani keluar sorang-sorang. Tapi.. kali ni lain pula. Dia langsung tak tahu-menahu.
   “ Nak ke mana? Kenapa tak cakap dekat Rif, Fea nak keluar? Nanti kejap, Rif pergi bersiap. Tunggu tahu?” getus Rifqi lembut sebelum dia mula hendak berpaling melangkah. Sofea tergelak kecil. Rifqi langsung berhenti melangkah. Dia menatap semula raut cantik itu.
   “ Kenapa?” soal Rifqi dengan kening hampir bercantum.
   “ Rif ni.. Fea nak keluar dengan Hadrilah. Nak cari barang hantaran. Takkan Rif nak ikut sekali kot?” Sofea bercakap dengan gelak nipis yang masih melatari bibir. Rifqi terhenyak. Wajahnya bertukar kelat. Malu pun ada, pedih pun ada. 
   Demi menutup rasa malu yang dah menular, Rifqi buat-buat ketawa sedangkan dalam hati sudah menangis sendu. Dia tak boleh tunjukkan sangat perasaan sebenar dia pada Sofea. Bimbang nanti persahabatan mereka musnah pula.
    “ Laa.. kenapa tak cakap awal-awal? Rif ni manalah tahu sebab selalunya Rif yang temankan Fea keluar. Sorry, terperasan pula hari ni.” sengih Rifqi penuh pura-pura. Kepalanya digaru-garu dengan wajah yang cuba diselambakan. Sofea tarik senyum.
   “ Tak apa. Mungkin Rif belum biasa lagi dengan situasi ni. Lepas ni, Rif dah tak perlu temankan Fea lagi kalau Fea nak ke mana-mana. Hadri dah ada untuk temankan Fea. Fea pun dah tak boleh selalu keluar atau lepak dengan Rif. Nanti angin cemburu dia datang, habislah Fea kena marah.” tutur Sofea bersama tawa kecil. Menyebut nama Hadri, pasti ada tawa di bibir itu. Ah, bahagianya Sofea. Detik hati Rifqi dengan perasaan libang-libur.
   Ping!! Ping!!
   Kdengaran kereta mewah milik Hadri sudah menyusuri halaman rumah Mak Cik Saodah. Kedua-duanya berpaling memandang kereta Lotus Evora milik Hadri. Sempat Rifqi mengerling raut wajah Sofea yang jelas nampak tersenyum lebar melihat gerangan yang tiba. Hatinya dijentik cemburu yang amat parah. Dia tahan hati.
   Hadri keluar dari kereta. Berjalan penuh gaya menuju ke arah mereka. Wajah tampan itu terselit senyuman nipis. Tapi, entah kenapa Rfiqi nampak senyuman itu seperti agak canggung.
   “ Assalamualaikum.. Fea dah siap? Err.. ni mesti Rifqi kan?” soal Hadri ramah. Rifqi angguk mengiyakan lelaki yang mungkin tua dua tahun dari usianya.
   “ Saya, Hadri. Salam perkenalan.” ujar Hadri lagi lantas tangan sasanya disua. Rifqi menyambut tanpa teragak-agak. Sofea di sebelah sudah tersipu-sipu.
    “ Cantik Fea hari ini.” puji Hadri sambil menatap wajah Sofea. Sofea mendongak. Seketika, anak matanya berlaga dengan anak mata hitam pekat milik Hadri. Pantas juga dia tunduk dek rasa malu yang dah terbias. Wajahnya memerah. Hadri tergelak kecil. Lucu!
   “ Rif.. Sofea ni memang pemalu ke?” soal Hadri dalam gelak kecilnya. Rifqi terpinga-pinga. Sekilas, dia memandang raut wajah tampan yang masih seronok ketawa.
   “ Apa? Rif tak dengar tadi.” soal Rifqi kerana dia kurang jelas tadi. Hadri berdiri sambil tangannya menyeluk poket jeans. Nampak macho.
   “ Saya tanya Fea ni memang pemalu ke? Saya puji sikit pun dah merah muka.” usik Hadri sambil mengerling wajah yang masih menunduk malu itu. Hatinya tercuit. Nampak ciri-ciri gadis Melayu di situ. Rifqi tersenyum kelat.
   “ Fea bukan jenis macam tu. Tapi, kadang-kadang tu ada benda kecil yang boleh buat dia malu. Lagipun tak pelik kalau Fea malu dengan awak.” ulas Rifqi tenang. Hadri merenung wajah Rifqi yang nyata jauh lebih tampan dari wajahnya.  Wajah maskulin!
   “ Kenapa awak cakap macam tu?” soal Hadri bingung.
   “ Saya cakap macam tu sebab Fea memang akan malu kalau dia ada dengan seseorang yang dia suka atau cinta. Perkara tu memang normal.” jelas Rifqi lebih mendalam. Seketika, wajah tampan Hadri tersungging dengan senyuman puas.
   “ Habis tu, dengan awak Fea malu-malu tak?” soal Hadri. Dalam hati, dia benar-benar berharap jawapannya adalah negatif. Rifqi terpempan. Tak sangka Hadri akan bertanya seperti itu.
   Tidak dapat tidak.. kalau dengan dia memang Sofea ada juga malu-malu kucing. Tapi.. dia nak jawab macam tu ke? Kan ada yang makan hati nanti. Ah, gasak ajelah. Pantas, Rifqi menggeleng.
   “ Geleng tu maknanya ada ke tak ada?” soal Hadri seolah-olah ingin bergurau. Sofea sudah tidak senang duduk. Cara Hadri menunjukkan lelaki itu sedang cemburu. Rifqi tersenyum.
   “ Tak ada. Dia cuma kawan saya. Dia tak cintakan saya. Jadi, buat apa dia nak malu? Kami dah kenal lama. Rasa malu atau segan-segan tu dah tak wujud dah. Betul tak, Fea?” jelas Rifqi menipu demi melegakan hati Hadri. Dan seperti yang dia sangka, Hadri menarik nafas lega sebelum bibir itu mekar dengan senyuman. Hadri menoleh memandang raut wajah Sofea. Menunggu jawapan gadis itu.
   Sofea terpinga-pinga apabila Rifqi menyoalnya. Dia nak jawab apa ni? Kalau dia iyakan, menipu namanya. Dia jegilkan biji mata pada Rifqi. Dengan wajah kelat, Rifqi angguk. Menyuruh Sofea mengiyakan aje. Sofea buat muka pelik. Sekali lagi, Rifqi angguk. Akhirnya, Sofea mengakui sahaja.
   “ Betul, Had.” jawab Sofea perlahan. Matanya masih lagi mengerling wajah Rifqi. Tengok.. Rifqi dah ajar dia menipu. Eee.. geramnya. Dia kalau boleh tak nak menipu. Apatah lagi, si Hadri ni. Bakal suami dia kot? Kan terbawa-bawa lepas kahwin, berdosa besar menipu suami.
   Rifqi senyum terpaksa.
   “ Tengok, Fea sendiri dah mengaku. Okeylah Fea, Had.. saya nak kena balik rumah ni. Kejap lagi nak temankan nenek pergi pekan. Awak berdua hati-hati nanti. Assalamualaikum..” ujar Rifqi meminta diri. Sebenarnya, dia tak sanggup melihat renungan penuh cinta Hadri terhadap Sofea. Jiwanya merintih supaya dia angkat kaki dari situ.
   Kelibat Rifqi sudah menghilang. Tinggal Sofea yang masih dengan malunya dan Hadri yang tersenyum nakal.
   “ Jom.” ajak Hadri. Sofea terpinga-pinga. Jom ke mana? Oh.. jom ke kereta agaknya.
   “ Jom-jom.” Ligat sahaja kaki Sofea mengatur langkah sebelum lengannya yang berlapik ditarik oleh tangan kekar milik Hadri. Sofea tercengang. Dijeling lengannya yang dipegang Hadri. Nasib baik berlapik, kalau tak memang aku debik aje mamat ni. Desis hati Sofea. Eh, kalau Rifqi pegang tak ada pula kau nak marah? Satu suara menujah pula menyebabkan Sofea mati akal.
   “ Fea nak ke mana?” soal Hadri lembut menggoda. Sofea tepuk dahinya sendiri.
   “ Laa.. tadi cakap jom kan? Fea nak ke keretalah ni.” balas gadis itu bendul. Hadri ketawa mengekek.
   “ Fea.. Had tak ajak Fea ke kereta pun.” balas lelaki itu berteka-teki. Sofea buat muka blur. Pulak dah?
   “ Habis tu?” soal Sofea polos.
   “ Had nak ajak ke masjid depan tu. Jalan kaki pun dah boleh sampai kot? Tak perlu naik kereta.”
   “ Eh, nak buat apa? Oh.. nak solat zuhur eh? Had tak solat lagi ke?” Sofea masih dengan bendulnya.
   “ Ee.. Fea ni buat Had geramlah. Had ajak ke masjid depan tu sebab Had nak akad nikah sekarang juga. Suka tengok Fea malu-malu. Had tak sabar nak tengok Fea malu-malu pada malam per..”
   “ Aduh!!” Hadri mengaduh kemudiannya apabila lengannya dicubit kuat. Dia mendongak dengan wajah berkerut sakit. Sampai hati cubit Had. Omel hatinya bagaikan hendak merajuk.
   “ Kenapa cubit Had, sayang? Sakitlah.” adu Hadri manja sambil mengusap kecil lengannya. Sofea jeling tajam.
   “ Gatal lagi.” marah gadis itu perlahan. Hadri ketawa tiba-tiba. Dia tahu gadis kesayangannya itu malu.
   “ Okey-okey.. Had minta maaf. Lepas ni, tak usik dah. Jom, dah lewat ni.” Hadri mengalah. Sofea pula pantas sahaja tersenyum. Dah orang minta maaf, kira okeylah tu.
   “ Okey. Had, sorry eh cubit tadi.” Sempat lagi Sofea memohon maaf. Hadri tersengih gatal.
   “ Tak apa, nanti lepas kahwin giliran Had pula cubit Fea puas-puas.” Nakal suara itu berbisik. Malas hendak melayan usikan Hadri, Sofea berjalan pantas di depan. Seketika, dia mengerutkan dahi.
   “ Had..” panggil Sofea.
   “ Ya, sayang.” sahut Hadri mula mendapatkan susuk tubuh bakal isterinya. Sofea termalu sendiri. Sayang? Ah, indahnya rasa.
   “ Kita naik kereta ni?” soal Sofea menuding jari pada Lotus Evora berwarna putih milik lelaki itu. Hadri angguk.
   “ Hah, kan kita nak pergi beli barang hantaran? Mana muat nak sumbat dalam kereta ni. Kereta sport kot?” bebel Sofea sedikit. Hadri tersenyum.
   “ Taklah, Had gurau aje. Kejap lagi kita singgah rumah, Had tukar kereta. Kereta ni nampak sporty sangat. Lagipun, Had dari rumah kawan tadi. Tak sempat nak balik tukar kereta dulu. Tapi.. kalau guna kereta ni, tak muat eh sayang?” soal Hadri bagaikan kanak-kanak. Sofea angguk yakin. Sebenarnya, muat tak muat tu belakang kira. Apa yang penting, dia malu nak naik kereta mewah itu. Segan!
   “ Okey, kalau macam tu kita sewa bas ajelah. Boleh muat banyak-banyak. Siap dengan orang-orang yang menjual sekali.” Hadri mengusik. Sofea bulatkan biji mata sambil bercekak pinggang.
   “ Had! Main-main lagi eh??” marah Sofea manja. Hadri kemudian terus bergerak pantas ke arah keretanya apabila dia dapat tebak tangan kecil itu cuba mencari mangsa. Gelak tawa Hadri dan Sofea bergabung akhirnya. Kedengaran cukup bahagia.
   Rifqi tersenyum kelat dari jauh. Fea nampak bahagia. Jadi, aku tak boleh tunjukkan rasa cinta ini. Nanti, Fea akan serba-salah. Aku tak nak macam tu. Fea.. Rif nak Fea bahagia. Semoga bahagia milikmu, sayang. Desis hati Rifqi sebelum dia menutup langsir di balik jendela itu. Membawa sekeping hati yang walang.
    

2 comments: