PeNgiKuT sEtiA..

Wednesday, March 13, 2013

Cinta Si Ulat Buku Bab 10



Bab 10

Sudah dua hari Fidya tidak hadir ke kuliah kerana demam panas. Semuanya gara-gara ‘ hantu ala-ala pondan’ tempoh hari. Diikutkan hati, mahu sahaja dia mengheret kedua-dua jejaka yang mengenakannya ke Lembaga Tatatertib. Namun, demi memikirkan salah seorang itu adalah teman lelaki kawan baiknya, dia terpaksa mematikan niatnya.
   Kejadian itu pula sengaja tidak dihebohkan. Dia terlampau sayangkan Heryna. Memanglah Heryna tidak membantah. Tapi, dia yakin bahawa sudah pasti terselit rasa kesal di sudut hati Heryna. Cuma tidak diluahkan sahaja.
   Farish masih lagi setia menunggu kelibat yang sudah dua hari tidak ditemui. Dia menyorok sedikit di tepi bangunan blok C itu. Daripada jadual yang tertampal di papan kenyataan, dia yakin bahawa bilik kuliah C-1-3 itu merupakan bilik kuliah yang menempatkan Fidya dan semua siswa-siswi BM1113A. Farish memandang jam berjenama POLO yang melekap utuh di pergelangan tangannya. Hmm, tinggal sepuluh minit lagi kuliah Fidya akan tamat.
   Masa dirasakan seakan lambat berputar. Dia sendiri aneh dengan sikapnya. Semenjak kejadian itu, sudah dua hari dia tidak menatap seraut wajah keanak-anakan milik Fidya. Hatinya dijentik rasa bimbang yang bukan sedikit. Untuk melenyapkan tanda soal yang sering muncul di benaknya, dia mengambil keputusan untuk mengintip Fidya.
   Sedang dia mengelamun, pintu bilik kuliah itu terbuka. Farish kembali menajamkan penglihatannya. Kelihatan seorang pensyarah muda keluar daripada bilik kuliah itu diikuti siswa-siswi yang jelas menunjukkan wajah kelegaan kerana satu sesi kuliah telah selesai pada hari ini.
  Seorang demi seorang ditelitinya. Namun, Farish belum lagi dapat melihat sesusuk tubuh yang sedari tadi menjadi tumpuannya. Dia semakin aneh tatkala melihat Aleya, kawan yang selalu menempel dengan Fidya kelihatan bersendirian. Ke mana pula si minah senget ni? Desis hati Farish. Kakinya seolah-olah diseret untuk menghampiri Aleya.
   Sebaik tubuh tegapnya menghalang laluan Aleya, Aleya menghentikan langkahnya. Matanya mencerun. Dia masih ingat wajah yang mengenakan kawannya itu sehingga demam panas. Tapi, kenapa mamat ni handsome aje hari ni? Aleya pelik. Hmm.. mungkin hari tu aku tak perasan sebab muka dia kan ada sisa ‘mekap’ yang menakutkan tu.
   “ Hah.. ada apa awak ni? Tak nampak saya nak lalu ni? Yang awak halang saya apa pasal?” sela Aleya garang tanpa menghormati lelaki yang juga seniornya. Farish langsung tidak terkejut dengan layanan gadis itu. Sudah dijangka.
   “ Er.. sebenarnya.. saya nak tanya awak sikit. Tu pun kalau awak tak keberatan..” Farish bermanis mulut. Walaupun dia dilayan dengan buruk. Demi mendapatkan apa yang dihajati, dia terpaksa berpura-pura meskipun tembok kesabarannya sudah hampir roboh dikerjakan si Aleya ni. Huh!
   “ Nak tanya, tanya jelah. Cepatlah, kejap lagi saya ada kuliah lain pulak..” gesa Aleya acuh tak acuh. Tangannya disilangkan ke dada.
   Hmm.. kawan awak tu, kenapa saya tak nampak dia ye? Dah dua hari dah..” soal Farish naif. Aleya sedikit aneh dengan soalan Farish. Jelas nadanya prihatin. Tapi, untuk apa?
   “ Kawan yang mana pulak ni?” Aleya sengaja ingin bermain tarik tali. Farish menggaru sedikit belakang kepalanya. Lembap pulak minah ni? Macam kura-kura.
   “ Er.. yang saya kenakan sampai pengsan tu..” Farish berterus-terang. Membuka pekung di dada sendiri. Aleya pula sudah mempamerkan senyuman sinis.
   “ Owh.. ingatkan awak dah lupa apa yang awak buat kat kawan saya tu? Belum nyanyuk lagilah ye?” perli Aleya. Farish mengetap bibir. Eh, minah ni. Muka aje cantik. Mulut boleh tahan jugak. Kutuk hati Farish.
   “ Saya tanya tu, jawab jelah..” Farish sudah hilang sabar.
   “ Ewah.. ewah.. nak marah-marah pulak? Okey, nak tahu sangatkan? Kawan saya tu, dah dua hari tak datang kuliah. Demam panas. Sebab apa dia demam panas, awak tak perlu tanya. Sebab awak dah ada jawapan untuk soalan tu..” terang Aleya panjang lebar.
   Dari jauh, dia sudah terpandang wajah kekasihnya, Jonny yang memberi isyarat tajam bahawa dia tidak suka gadisnya diganggu lelaki lain. Aleya menghadiahkan senyuman manis kepada Jonny. Seperti biasa, hati Jonny cepat sahaja cair dengan senyuman itu. Jonny membalas senyuman yang dihadiahkan kepadanya.
   “ Eh, takkan sampai demam panas kot?” duga Farish. Berharap semua itu hanyalah gurauan. Tapi, memang sudah dua hari dia tidak nampak batang hidung Fidya. Benarkah?
   “ Terpulanglah. Tu hak awak nak percaya ke tak. Saya kena pergi ni. Kekasih saya tu dah tengok awak semacam. Nanti dia ingat saya ada skandal lain pulak. Lagipun, orang macam awak ni belum layak lagi nak jadi skandal saya. Okeylah, saya pergi dulu. Bye..” Aleya bersuara angkuh sambil memandang Farish atas bawah. Membuat penilaian terhadap jejaka itu. Secara jujurnya, memang terlampau sempurna Farish di matanya. Namun, untuk membakar rentung hati milik Farish, sengaja dia berkata begitu.
   Farish terkulat-kulat sendirian. Ceh, ingat aku nak sangat ke jadi skandal kau tu? Pirahh.. kutuk hati Farish.

Buku yang dipegangnya langsung tidak menjadi tatapan. Sebaliknya, fikirannya sudah jauh melayang memikirkan keadaan Fidya. Terukkah demamnya? Farish semakin diburu seribu penyesalan. Semenjak dua hari dia bertapa di library yang menjadi tempat kegemarannya melepak untuk melunaskan hobinya yang satu itu. Dia benar-benar berharap akan bertembung denga gadis kecil molek itu. Namun, harapannya dibawa pergi oleh angin. Hanya tinggal angan yang tak mungkin kesampaian.
   Aku ni dah kenapa? Asyik fikirkan si minah senget aje. Takkan dah jatuh cinta kot? Tak mungkin. Aku biasanya jatuh cinta pada buku sahaja. Belum pernah lagi pada manusia yang bergelar ‘perempuan’. Hati Farish bermonolog. Cuba mentafsirkan perasaannya kala ini. Dia jadi bingung sendiri.
   Malas mahu mengusutkan fikiran, dia sehabis daya cuba menumpukan fikirannya kepada buku yang dipegang. Namun, ternyata semuanya sia-sia. Lantas, dia mengambil keputusan untuk pulang ke bilik sahaja. Farish berkemas ala-kadar. Beg sandang segera digalas di bahu tegapnya, lalu dia menapak keluar dari library yang dirasakan panas berbahang itu. Sebelum ni tak panas pula. Hmm.. macam-macamlah si Farish ni.
Sebaik sahaja dia berada di hadapan pintu pagar Kolej Kerawang yang menempatkan asrama lelaki dan perempuan itu, matanya dijamah satu susuk tubuh yang amat dikenali. Fidya? Dia nak ke mana tu? Kenapa nampak macam ada sesuatu je? Pantas Farish menonong ke arah kereta Myvi milik Puan Shima, selaku penyelia asrama siswi itu.
   “ Assalamualaikum, Puan. Kenapa dengan siswi tu?” tanya Farish memaksudkan Fidya yang sudah dipapah masuk ke dalam kereta.
   “ Waalaikumussalam. Owh.. siswi tu? Dia demam panas. Suhu dia semalam dah turun. Tapi, pagi tadi naik mendadak. Sebab tu, saya nak bawa dia ke hospital. Kenapa? Awak kenal ke dengan siswi tu?” soal Puan Shima yang memang mesra dengan semua siswa-siswi itu.
   “ Boleh saya ikut Puan?” Tanpa menjawab pertanyaan daripada wanita itu, Farish pula menyoal kembali. Puan Shima kaget sedikit. Namun, andaiannya sudah dapat meneka. Agaknya pasangan kekasih tak? Tak apalah. Apa salahnya dia ikut? Tebak hati Puan Shima salah faham dengan tindakan ambil berat yang ditonjolkan oleh Farish. Padahal, perkara yang sebenar adalah sebaliknya. Puan Shima mengangguk sedikit tanda mengizinkan. Nasib baik sporting.
   “ Terima kasih, Puan..” ucap Farish. Farish pantas mengambil tempat di bahagian penumpang. Kereta meluncur laju menuju ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.



4 comments: