PeNgiKuT sEtiA..

Monday, March 4, 2013

Khilafku Padamu Bab 3


Bab 3
Tiga bulan berlalu..

Merlissa turun daripada kereta Suzuki Swiftnya. Usai mengunci kereta, dia melangkah penuh santai ke arah rumah sewa yang terletak tidak jauh dari kampus UiTM Seri Iskandar. Suasana angin malam yang menerobos lembut menyapa wajah menerbitkan perasaan seram dalam diri gadis kecil molek itu. sesekali dia menoleh ke belakang apabila merasakan dirinya bagaikan diekori.
   Zap.. seperti ada kelibat seseorang di belakang. Langkah kaki yang tadinya santai automatik terpasak ke bumi. Tangan naik memegang dada. Paluan jantung yang deras menerbitkan rasa cemas. Dia memerhati melalui ekor mata dan tiba-tiba dirinya rasa ingin pitam waktu itu juga. Ada sepasang tangan yang memegang bahunya kemas.
   Mata dipejamkan sembari dalam hati tidak putus-putus berdoa. Tanpa menoleh ke belakang, dia bertanya dalam keadaan menggigil hebat.
   “ Kau.. kau siapa??” soal Merlissa tergagap-gagap dek rasa takut yang menebal. Tanpa diduga, tubuh kecilnya pantas diseret seseorang menuju ke sebuah pohon besar yang rendang. Ya Allah, bermacam-macam andaian muncul di minda. Tuhan.. lindungi aku. Pinta Merlissa sambil cuba melepaskan diri.
   “ Baik kau diam kalau kau tak nak sesuatu berlaku pada kau!!” ugut suara garau itu. Merlissa kaku lalu pandang wajah itu. Seketika, jantungnya seakan-akan berhenti berdetak. Dia seperti mengenali wajah itu. Tapi.. mindanya masih tidak dapat mencerna empunya diri di hadapannya. Siapa lelaki tampan ini? Detik hatinya. Wajah bengis itu ditatap takut-takut. Seketika, Merlissa dapat menangkap ada segaris senyuman sinis melatari bibir itu. Persoalan muncul lagi. Apa lelaki ini mahu daripada dia? Kenapa reaksinya aneh sekali?
   “ Awak nak apa daripada sa.. saya?” soal Merlissa masih lagi cuak. Lelaki itu menolak kasar bahu Merlissa supaya tersandar pada pohon yang sebesar pemeluk itu. Merlissa terpana.
   “ Kau memang betina tak guna!!” hambur lelaki itu tiba-tiba. Merlissa terkesima.
   “ Lepaskan saya! Apa hak awak nak cakap saya macam tu?? Saya tak kenal awak, lepaskan saya!!” marah Merlissa geram sambil cuba menolak pegangan kejap di bahunya. Semakin ditolak, semakin kuat cengkaman itu sehingga dia mula mengaduh sakit.
   “ Aku memang ada hak untuk cakap macam tu. Kau memang perempuan jalang. Tak guna. Berapa ramai hati lelaki yang dah kau permainkan, hah?? Berapa banyak??” suara itu menengking bagaikan halilintar. Merlissa mula rasa tidak enak. Kemunculan lelaki misteri itu menyatakan bahawa lelaki ini amat membenci dirinya. Ya, melalu sepasang mata tajam itu. Dia dapat rasakan aura kebencian di situ.
   “ Apa.. apa maksud awak? Saya tak faham.” balas Merlissa lagi. Wajah itu diamati. Manalah tahu, kalaulah lelaki ini juga pernah menjadi kekasih gelapnya dahulu. Tapi.. kotak memorinya langsung tidak mempunyai simpanan figura di hadapannya ini.
   “ Kenapa kau pandang aku? Kau ingat aku salah seorang daripada mangsa kau? Kau memang hebat. Tapi, aku jauh lebih hebat. Aku takkan mudah terpedaya dengan taktik licik kau. Apa kau nak sebenarnya? Apa yang kau dapat bila kau permainkan seseorang? Apa??” tengking lelaki itu masih dengan senyuman sinisnya. Merlissa gugup. Badannya mula menggigil kecil dan peluhnya lebat mencurah di dahi menyebabkan lelaki misteri ini ketawa halus.
   “ Kau takut?” soal lelaki itu sinis. “ Jangan takut sebab sekarang bukan masanya lagi untuk aku balas dendam. Balas dendam untuk seseorang. Seseorang yang kau dah hancurkan hatinya sehingga menyebabkan kematian. Kau memang kejam. Lebih kejam daripada seorang pembunuh. Kau binatang, Lissa!!” herdik lelaki itu menyebabkan Merlissa hampir lumpuh urat sarafnya. Dia tahu nama kau, Lissa. Ya Allah, apa maksud lelaki ni?? Merlissa bermonolog cemas.
   “ Awak tahu nama saya?” soal Merlissa perlahan.
   “ Siapa tidak kenal Merlissa Umairah binti Datuk Musa? Seorang gadis cantik yang bijak mempermainkan perasaan lelaki. Gadis yang menggunakan kecantikannya untuk menjahanamkan hati seorang yang bergelar kaum Adam. Siapa tidak kenal ‘playgirl berjaya’ kampus UiTM Seri Iskandar, bukan?” sinis suara itu memerli. Dan kini Merlissa yakin, lelaki misteri ini kenal akan dirinya. Namun.. kenapa dia langsung tidak kenal figura ini. Walhal, kebanyakkan mangsa-mangsanya adalah lelaki kacak dan hot di kampusnya. Kalau dibandingkan lelaki ini, memang Merlissa sendiri sedang terpaku sekarang.
   Wajah yang putih bersih dengan kening lebat terbentuk kemas. Tubuh tegap yang mamapu menggoyahkan naluri seorang wanita. Seketika, matanya tertancap pada sepasang anak mata berwarna coklat. Ya, anak mata yang penuh kebencian untuknya itu tampak menarik.
   “ Awak nak apa daripada saya?” Tiba-tiba Merlissa menyoal. Entah kenapa, dia mula langsung tak rasa gentar berada dalam keadaan mencemaskan bersama lelaki misteri ini. Dia tahu lelaki ini tidak akn mencederakannya. Mungkin lelaki ini ada niat lain?
   “ Aku nak pembalasan.” balas lelaki itu tegas. Merlissa terlopong. Silap andaiankah dia? Atau lelaki ini memang ingin mencederakannya?
   “ Pembalasan apa?” soal Merlissa sedikit tertekan. Cengkaman di bahunya cuba dirungkaikan.
   “ Untuk nyawa seseorang.” balas lelaki itu lagi lalu seperti aneh sahaja kerana Merlissa dapat melihat tubir mata itu bergenang sayu. Apakah?
   “ Nyawa? Awak nak bunuh saya?” soal Merlissa mula panik. Wajahnya pucat lesi. Tiba-tiba, pipinya diusap lembut oleh lelaki itu. Bertambah hairan Merlissa dibuatnya.
   “ Aku takkan bunuh kau.” Seperti memahami arah fikiran Merlissa lelaki itu menebak. Merlissa terpempan. “ Aku cuma nak sesuatu yang berharga dalam diri kau. Tapi.. bukan sekarang dan bukan esok mahupun lusa. Aku akan tuntut bila masanya tiba. Aku akan buat kau tersungkur. Aku bersumpah, aku akan rampas sesuatu yang berharga dalam diri kau!!” Suara lelki itu penuh dendam.
   Merlissa kerut kening. Apa yang berharga? Ah, dia langsung tak faham. Tanpa dia meronta, pegangan yang kukuh mencengkam longgar dengan sendiri. Merlissa mengusap-usap bahunya yang pedih.
   “ Aku akan tuntut bila masanya tiba. Kau ingat kata-kata aku sampai bila-bila.” Kata-kata terakhir lelaki itu sebelum dia mula melangkah pergi dengan bersahaja. Merlissa masih lagi kaku di tempatnya. Wajahnya mulai lega meskipun hatinya masih lagi tertanya-tanya tentang perilaku aneh lelaki itu.

   “ Fir, datang rumah umi sekarang. Nadz.. Nadz dah tak ada. Datang, nak. Tolonglah, umi dah tak kuat. Kenapa Nadz buat umi macam ni?” pinta suara Puan Norly bercampur esakan kecil. Firdaus yang tika itu yang baru selesai menyudahkan kertas peperiksaan terakhirnnya kaku tanpa bicara.
   Perlahan-lahan kenangan dia bersama sahabat melatari ruang mata. sebaris ayat Puan Norly ‘Nadz.. Nadz dah tak ada’ bergema-gema di deria pendengarannya. Nadz.. kau tak tunggu aku, Nadz? Sampai hati kau, Nadz. Hati kecilnya menjerit lalu setitis air mata gugur.
   “ Umi.. Nadz, kawan Fir dah tak ada?” soal Firdaus sebak. Tuhan, katakana semua ini khayalan. Aku tidak kuat, Tuhanku. Aku mohon. Hati Firdaus berdoa penuh kudus.
   “ Nadz dah tak ada. Dia dah meninggal, Fir. Umi sendiri tak sempat nak jumpa dia. tak sempat, nak.” Dum! Ibarat halilintar menyentap nalurinya. Dia terjelopok lemah di hadapan dewan peperiksaan. Telefonnya jatuh entah ke mana.
   Tiba-tiba ada satu lembaga berpakaian serba putih melayang-layang di ruang matanya. Wajah itu penuh duka. Wajah itu penuh kesayuan. Dan wajah itu penuh dengan riak terluka.
   “ Kau tinggal aku, Nadz? Kenapa, Nadz?” tanya Firdaus bagaikan Nadzril ada di hadapannya. Wajah itu tersenyum sahaja. Tiada sepatah kata pun yang terbit. Dia hanya tekun memandang wajah Firdaus yang sudah lencun dek air mata. Beberapa orang siswi memandang aneh. Lelaki pujaan mereka menangis, tentu pelik.. bukan?
   Figura berjubah putih itu semakin menjauh. Berundur dan terus berundur. Seketika, figura itu berpaling dengan wajah sayu sebelum ianya terus lenyap. Angin menyapa wajah. Firdaus tersentak. Pantas, dia bangkit lalu tergesa-gesa menuju ke kereta Subaru Imprezanya. Nadz, tunggu aku. Tunggu aku.. detik hatinya sayu.
   Dunia seakan berhenti berputar. Diri ibarat dihempap dengan batu besar. Remuk hatinya melihat jasad tidak bernyawa sahabat yang dahulunya sering ada di waktu susah dan senangnya. Langkah yang tadi laju mula gontai. Kakinya ibarat terawang-awang. Benarkah apa yang dilihat?
   Wajah umi yang sudah meraung hebat di sisi arwah Nadzril menarik perhatian. Puan Norly memandang sayu wajah Firdaus. Wajah yang penuh simpati dan duka itu merenugn Firdaus mengharapkan kekuatan.
   “ Umi..” Firdaus memanggil perlahan.
   “ Dia dah tak ada. Dia dah tinggalkan kita. Dia pilih jalan laknat ni tamatkan riwayatnya. Umi tak sempat halang. Umi masuk, dia dah tergantung kat situ..” Tunjuk Puan Norly bersama raungan kuat ke arah tali tebal berwarna hijau yang tergantung di siling. Berjuntai menayap pandangan Firdaus. Firdaus pegang kepalanya. Ya Allah.. kenapa macam ni? Detik hatinya terkejut.
   Firdaus mara. Seketika, dia terjelopok di sisi Puan Norly yang masih memangku jasad arwah Nadzril. Firdaus pandang wajah Puan Norly disilih gantikan dengan wajah Nadzril yang pucat lesi.
   Air mata mengalir lesu. Tanpa diundang, tanpa disuruh.. mutiara jernih yang jarang dikeluarkan itu mengalir bagaikan hilang akal. Dia mengambil alih memangku kepala sahabat yang sudah jauh meninggalkannya. Puan Norly hanya membiarkan. Dia berlalu duduk di tiang usang sambil mengelap air mata dengan kain lusuhnya.
   “ Nadz..” seru Firdaus sambil mengusap pipi yang dingin itu.
   “ Kenapa jalan ini kau pilih, sahabat? Kenapa? Aku tak sempat nak jumpa kau, Nadz. Kenapa cepat sangat kau berputus asa? Nadzril yang aku kenal bukan macam ni dahulu. Nadz, aku kecewa dengan kau. Teramat kecewa.” rintih Firdaus sambil teresak kecil.
   “ Fir.. surat daripada arwah untuk Fir. Umi jumpa dekat atas meja sana. Ada nama Fir, memang untuk Fir.” Tiba-tiba Puan Norly menghulurkan sepucuk surat kepadanya. Dia mendongak. Tangan terketar-ketar mencapai surat itu. Surat berpindah tangan. Berkali-kali surat itu direnung. Dia bermimpi. Ya, dia bermimpi. Takkan semua ini berlaku. Nadzril takkan tinggalkannya. Nadzril masih hidup. Hatinya Firdaus bermonolog.
   Namun.. tidak lama apabila wajah kaku yang masih dipangkunya menjamah mata. hatinya pedih, jiwanya tersiayat. Di leher arwah Nadzril itu ada kesan merah dan lebam. Dan untuk seketika, rumah usang itu bergema dengan jeritan seseorang.
   “ Nadz, bangun Nadz! Nadz!!” jerit suara garau itu kuat.

“ Anak..” teguran seseorang mengembalikan Firdaus ke alam nyata. Sudah seminggu arwah Nadzril meninggalkannya. Firdaus mendongak. Wajah tua seseorang menyapa ruang mata. dia mengesat tubir mata.
   “ Maaf, pak cik. Saya tak sedar.” Luah Firdaus tergagap-gagap. Lelaki tua itu tersenyum.
   “ Tak apa, pak cik faham sebab pak cik pun pernah kehilangan. Begitu penting dia pada kamu, Siapa dia?” soal pak cik itu merujuk kepada arwah Nadzril. Firdaus tersenyum kelat. Dia memdang batu nisan di hadapannya yang terukir nama Nadzril Fahmi bin Ismail. Seketika, dia menoleh pandang kembali pada wajah lelaki tua yang masih menunggu jawapannya.
   “ Kawan. Seorang kawan yang amat rapat dengan saya.” balas Firdaus sayu. Lelaki tua itu tersenyum lagi.
   “ Pak cik dapat lihat hubungan sejati antara kamu dan arwah. Jarang ada sahabat yang bersikap macam kamu. Pak cik kagum. Tapi.. satu nasihat pak cik. Redhalah dengan pemergiannya. Setiap yang hidup pasti akan mati.” ujar lelaki tua lagi. Firdaus memandang dengan wajah terkebil-kebil.
   “ Oh, lupa. Pak cik, Ibrahim. Anak boleh panggil Pak Brahim. Nama anak?” soal lelaki tua yang mengusung sebuah tikar mengkuang dan surah Yasiin.
   “ Fir, Firdaus. Pak cik melawat siapa?” soal Firdaus pula.
   “ Anak dan isteri pak cik. Isteri pak cik dah lama meninggal sebab barah payudara. Anak perempuan pak cik yang baru meninggal bunuh diri. Minum racun hanya kerana putus cinta. Begitu lemah imannya sehingga sanggup buat perbuatan terkutuk itu. pak cik dah didik dia. tapi, ternyata pak cik gagal.” luah Pak Brahim tenang. Firdaus terpempan. Ah, sama situasi dengan arwah Nadzril. Tiba-tiba dia rasa dendamnya membuak-buak. Hanya manusia kejam sanggup memeprmainkan perasaan orang lain sewenang-wenangnya. Dan kau pun sama, Merlissa. Detik hati Firdaus sebal penuh dendam. Tangan dikepal penumbuk. Mengingati Pak Brahim ada bersama, dia cuba mengawal tingkah barannya.
   “ Pak cik tak marah arwah?” soal Firdaus lagi. Pak Brahim tersenyum kelat.
   “ Pak cik tak marah. Cuma.. pak cik kecewa. Kecewa dengan perbuatannya. Ikutkan hati pak cik tak nak melawat kubur arwah. Tapi.. dia anak pak cik. Tanggungjawab pak cik untuk mendoakannya. Pak cik tak layak untuk menghukumnya. Hanya Allah S.W.T yang layak mengadili hambaNya. Lagipun.. dia anak tunggal pak cik. Isteri pak cik pun dah tak ada. Jadi.. pak cilah yang bertanggungjawab untuk mendoakannya.” balas Pak Brahim. Firdaus termenung mendengarkan jawapan itu.
   “ Hari dah lewat, eloklah kamu balik. Cuaca pun nak hujan dah ni. Pak cik pulang dulu ye?” tutur Pak Brahim menyedarkan Firdaus dari lamunan. Dia mendongak. Lama wajah itu ditatap sebelum dia juga turut bangun dari duduk.
   “ Jalan elok-elok, pak cik.” ujar Firdaus selesai sahaja menyalami tangan tua itu. Pak Brahim angguk bersama senyuman hambar. Firdaus tahu.. hati tua itu sayu dan penuh duka. Tapi.. Pak Brahim berpura-pura tabah. Kelibat Pak Brahim semakin menjauh. Rintik hujan mengenai lengan Firdaus. Firdaus pantas mendongak langit. Hmm.. dah nak hujan rupanya.
   “ Nadz.. aku pulang dulu ye? Nanti, aku akan jenguk kau lagi. Aku janji, aku akan tuntut bela untuk kau. Aku akan balas apa yang perempuan tu dah buat sampai kau jadi macam ni, Nadz. Aku janji. Aku pulang dulu, Nadz. Semoga umur aku masih panjang untuk sedekahkan kau Yasiin. Assalamualaikum..” ujar Firdaus lalu mula mengatur langkah.
   Dari jauh.. muncul satu lembaga berjubah putih yang memandang sayu langkah kaki Firdaus. Wajah itu seakan-akan sedih dan kecewa dengan tutur kata Firdaus. Ah, kenapa ye?

2 comments:

  1. Seronok sangat membaca cerpen di blog ini . Tahniah cik Hana

    ReplyDelete
  2. sambunglah cerpen benci berganti cinta miss hana

    ReplyDelete