PRE-ORDER 'BIAR HATI MENCINTAI'
Jumlah Cetakan : 800 naskhah
Ready Stock : SEPT 2016
Price : RM36 SM/RM43 SS
HIGHLIGHT : PM FB (HANA EFRIENA)/TINGGALKAN KOMEN UNTUK ORDER.
SINOPSIS
BIAR HATI MENCINTAI
OLEH: HANA (HE)
Gara-gara
harta pusaka yang ditinggalkan oleh arwah Datuk Haslan, maka tercetusnya perang
di antara dua beradik itu. Dhaif Muhaz yang menjadi kepercayaan Datuk Haslan
berbanding dengan abang tirinya, Rio Haqil. Meskipun kehidupan Dhaif agak
sosial, namun lelaki itu lebih komited dalam menguruskan Warisan HH Properties.
Terlucutnya
nama Rio sebagai pewaris utama wasiat itu menyebabkan lelaki itu mula berang.
Lantas strategi diatur agar harta pusaka itu dapat dipindah milik ke atas
namanya kembali. Bagi Rio, dialah pewaris yang paling berhak kerana Dhaif dan
Dhaihani cuma sekadar anak yang dipungut oleh daddynya sebelas tahun yang lalu.
You’ve messed with a
wrong person, Dhai. – Rio Haqil
Dhaif
tersenyum sinis. Bencinya pada keturunan Datuk Haslan menjadikan dia seorang
lelaki yang terlalu tamak.
Dua perkara yang aku
langsung tak takut dalam dunia ni. Pertama, mati. Kedua, kau! – Dhaif Muhaz
Berbagai
cara yang Rio lakukan semata-mata untuk memaksa Dhaif menandatangani pertukaran
wasiat itu, namun ternyata semuanya gagal.
Kata
orang.. jika sesuatu itu melibatkan soal hati dan perasaan, ternyata itulah
perkara yang paling rumit. Lantas selama Rio mengenali Dhaif, kelemahan lelaki
itu cuma satu. PEREMPUAN!
Kau perlukan duit, kan?
Jadi aku nak kau tawan hati dia dan dapatkan tandatangannya pada wasiat itu. –
Rio Haqil
Si
gadis terhenyak. Keadaan membuatkan dia menjadi manusia yang tak berhati perut.
Lalu misi itu disahut berani olehnya. Mengenali perangai si Dhaif, pasti ada
senyum yang melatari bibir. Dhaif yang suka menyakat. Dhaif yang kadang-kala
nampak begitu melindungi dirinya.
Namun,
masih samakah layanan Dhaif padanya setelah dia sendiri yang menyebabkan lelaki
itu jatuh miskin dalam sekelip mata?
Why have you betrayed
me, Thifa? – Dhaif Muhaz
Kerana
Nathifa Mumtaz, Dhaif hilang segala-galanya. Jika saat ini harta yang menjadi
pertukaran, dia lebih rela melepaskannya pada Rio. Asalkan dia tidak perlu
menerima hakikat bahawa kehadiran Nathifa dalam hidupnya selama ini hanya
sekadar sebuah lakonan. Ah, perit!
Jangan pernah tunjukkan
muka kau depan aku lagi, perempuan. Sebab aku takkan lepaskan kau dengan
selamat untuk kali kedua. Sekurang-kurangnya mungkin aku patut kelar muka kau
yang cantik tu kan? Jadi aku bagi kau peluang. Larilah selagi kau masih mampu.
– Dhaif Muhaz
Ugutan
Dhaif menyebabkan Nathifa terpaksa akur. Dhaif membenci dan dia perlu menghadap
kebencian itu buat seumur hidupnya.
Duhai bayu,
Sampaikan pada si dia
yang jauh di mataku,
Bahawa aku sedang sarat
menanggung rindu.
Ternyata
pengkhianatan itu terlalu berat hukumannya. Hampir bertahun mereka berpisah,
akan adakah pertemuan kali kedua di antara Dhaif dan Nathifa? Sesungguhnya
takdir itu milik Allah S.W.T.
P/S : Hana tidak aktif di blog dah. Kebanyakan update dibuat di dalam group closed FB. Nak baca? Sila request dkt FB.
NAMA GROUP : HANA EFRYNA'S NOVEL & CERPEN