PeNgiKuT sEtiA..

Thursday, June 2, 2016

PRE-ORDER TAMAT PADA 3 JUNE 2016.

PRINT ON DEMAND.

Jemput baca PROLOG utk MINI NOVEL 1 (GIVE AND TAKE)





MINI NOVEL 1

GIVE AND TAKE (GAT)

OLEH : HANA (HE)

PROLOG
_________

Terkebil-kebil mata si teruna pandang si dara merangkap juga rakan kongsi syarikat yang dia miliki sekarang ini. Rasa kurang percaya. Rasa macam tak masuk akal pun betul juga. Selama lima tahun dia dan si dara bekerjasama majukan F.L Global, mana pernah mereka bicarakan tentang hal sebegini.

“Are you trying to be funny, Luf?” soal Firyad dengan kaki yang masih disilang santai di bawah meja.

Tangan pula elok disulamkan dengan jemari sendiri sambil mata tepat memanah wajah cantik manis Lufya Malika. Business partner merangkap kawan baiknya juga.

“Kalau I kata I memang sedang melamar you?” Naik terangkat kening milik si dara.

Kenapalah dari tadi Firyad perlu tayang muka ‘Serius, I memang tak percayakan you’ tu dekat dia? Nak dia cakap macam mana lagi supaya Firyad yakin yang dia tak bergurau langsung?

“Then you’re out of your mind, baby.” Selamba Firyad membalas.

Kepala turut digeleng beberapa kali. Betapa sukarnya akal waras seorang Firyad Qaiyum nak menghadam. Sungguh di luar kotak fikirannya.

Lufya Malika melamar dia? Melamar dia yang ternyata cumalah anak orang kebiasaan saja. Tak ke pelik?

 Nak dibandingkan dia dengan Lufya, memang bagai langit dengan bumilah. Lufya tu cucu kepada wanita berpangkat Puan Sri. Dia pula setakat anak Haji Faris, imam di Kampung Telok Medan.

“I terdesak, Yad.” Lufya tayang wajah sendu.

Nilah yang buat Firyad jadi berbelah bagi. Rasa tak sampai hati pula renung lama-lama wajah berserabut si Lufya ni. Memang pandai betul bermain dengan emosi Firyad.

Dahlah Firyad ni jenis cepat lembut hati.
Nak tengok Firyad marah pun memang payah sangat. Bukan Firyad jenis stok lembut-lembut.

Tak, Firyad memang nampak tegas. Hanya perwatakan Firyad saja lebih kepada bersifat gentleman. Sebab tu sabar Firyad jangan sesekali diuji.

Ikutkan fakta yang Lufya pernah baca dalam sebuah majalah, memang betullah orang yang jarang marah ni kalau sekali angin dia terusik, memang boleh bergegar satu bangunan.

Dulu pernahlah Lufya tengok Firyad mengamuk. Tu pun pasal staff mereka ada buat kesilapan sikit waktu perbentangan bajet. Boleh tahan teruklah si Arman tu kena ‘ceramah’ dengan Firyad. Pakej hentak meja segala lagi.

Tapi, tu dululah. Beberapa bulan yang lalu.

“Lufya Malika, dah sampai ke mana?” sindir Firyad pakej jari naik terawang di hadapan wajah si dara. Tubuh tegap itu rapat ke meja.

Jelas bahu Lufya terangkat sedikit.

Terpinga-pinga Lufya pandang wajah jejaka di hadapannya itu.

“You tanya apa, Yad?” soal Lufya masih lagi kebingungan.

Firyad kebam bibir. Sahlah Lufya memang ‘hilang’ dalam dunianya sendiri tadi.

“Mengutuk I dalam diam ke? I bercakap dengan you, you boleh buat ‘derk’ aje?” tembak Firyad membuatkan Lufya mula garu belakang kepala yang dilapisi tudung.

“Sorry..” Meleret suara Lufya.

Firyad sandarkan kembali tubuh pada kerusi empuk miliknya.

“Besar sangat ke masalah you ni, Luf?” Kali ni, Firyad dah mula nak ambil tahu serba-sedikit.

Kalau bukan sebab Lufya memang terdesak, dia tak rasa Lufya akan buat kerja gila macam ni.

“Nenda bagi I dua pilihan, Yad.”

“Bagitahu I kedua-dua pilihan yang nenda you bagi.”

“Pertama, cari calon suami. Kahwin dan I dapat harta nenda. Kedua, I boleh terus macam ni tapi harta nenda satu sen pun takkan jatuh ke tangan I.” Perlahan saja suara Lufya saat ini.

“Takkan semudah tu, Luf. You sedar tak kita sedang bercakap soal kahwin?” Firyad naik tertekan. Lufya jatuhkan kepala sekali.

“I sedar, Yad. Dan sebenarnya tawaran I ni pun boleh selesaikan masalah you sekali.” Yakin saja suara Lufya kali ini. Firyad kecilkan biji matanya sedikit.

“Maksud you?”

“Yad, you kata you tak nak kahwin dengan Elena kan?” Tak semena, itu yang terpacul di bibir si dara.

Nak tak nak, Firyad angguk. Mengiyakan. Memang dah tu kenyataannya.

Elena Nadine, gadis yang terlalu obses akan dirinya. Boleh mati keras dia kalau Elena masih tak henti memburunya. Sampaikan kadang-kadang Firyad rasa macam malas nak balik ke kampung.

Hari-hari sibuk menelefon. Sudahnya Firyad tukar nombor telefon baru. Habis cerita.

“Kalau macam tu, you kahwin ajelah dengan I.”

Dengar cadangan Lufya, Firyad rasa macam nak tergolek ke lantai.

“Luff..”

“Yad.. please. I tak ada lelaki lain dah nak minta tolong,” cantas Lufya lebih laju. Mati kata si jejaka jadinya.

Bagaikan terdengar Firyad mendengus perlahan.

“Jujur dengan I. You masih ada agenda lain kan, Luf?” duga Firyad makin menyimpan rasa curiga.

Lufya herotkan bibir ke kiri seketika. Mata tepat merenung ke dalam anak mata Firyad. Dapat kekuatan diri, terus Lufya ambil keputusan untuk mengaku.

“Senang cerita perkahwinan ni macam give and take sebab I perlukan anak untuk dapatkan harta Nenda Malini.” Lancar.

“I dah agak mesti ada sebab lain.”

“I betul-betul terdesak sekarang ni. Kalau bukan dengan you, siapa lagi yang sanggup tolong I, Yad?” Lufya seakan merengek pun ada.

“Maksud you? I tak faham.”

“Nenda nak cucu dan I dah bagitahu pada nenda yang I sedang bercinta dengan you.”

Dan Firyad hanya mampu terkedu tanpa bicara. Kalau dah macam tu yang Lufya khabarkan pada Nenda Malini, sah-sahlah orang tua tu dah berangan yang aku ni bakal jadi ayah kepada cicitnya nanti.

Duh! Berpusing-pusing kepada Firyad saat monolog itu menerjah ke benaknya.
Serius dia rasa tak boleh telan dengan dua kejutan pada pagi ini.

Pertama, Lufya tiba-tiba saja ajak dia kahwin. Dah serupa kahwin tu macam nak main pondok-pondok zaman kanak-kanak dulu kala.

Kedua? Lufya cakap yang nenda nak cucu daripada mereka berdua.

Firyad Qaiyum + Lufya Malika = Anak?!

Serius sekarang ni Firyad tak rasa Lufya yang buat gila, tapi nenda.

Nenda Malini!

Oh-oh.. tiba-tiba dia rasa nak demam.
Semedan tangan Firyad naik ke dahi sendiri.