PeNgiKuT sEtiA..

Sunday, September 21, 2014

Cinta Si Mamat Sotong (Ending)


“Sayang..” laungan Zhildan dari ruang tamu. Garau suara itu bergema memenuhi pelosok rumah mereka. Raisya menjengah di balik dapur.

   Why?” soal Raisya sepatah. Zhildan tarik senyum dan angkat si kecil sedikit.

   “Dah basah..” adu Zhildan sambil muncungkan bibir pada pahanya yang dilapisi seluar khaki itu. Raisya berkerut kening.

    Kaki Raisya bergerak mendekati suami. Dan seketika.. bibirnya melorek senyum senget.

   “Sian papa.. dah penuh sangat kut pampers dia tu..” ujar Raisya seraya meyambut si kecil dari tangan Zhildan. Zhildan hanya sengih tenang. Dah si kecil bukannya tahu apa-apa pun, takkan dia nak marah kan?

   “Masuk bilik dulu, nak tukar seluar then nak solat asar.. tunggu ya?”sahut Zhildan.

   Sempat lagi dia cium pipi tembam milik bayi mereka sebelum dahi Raisya turut menerima habuan. Raisya tergelak senang. Suka dengan cara Zhildan tonjolkan kasih sayang dia.

   Usai saja dia bersihkan si kecil mereka, dia turun menjejaki Zhildan di kamar. Bayi yang sudah tidur diletakkan di atas katil lalu mendekat pada Zhildan yang sedang tersenyum memandang dia dari dalam biasan cermin itu.

   Raisya peluk tubuh tegap itu dari belakang. Belakang badan Zhildan dia kucup perlahan lalu pipi dia sembamkan di situ.

   “Kenapa isteri abang manja sangat ni?” Tangan halus Raisya yang melekap pada dadanya diusap.

   “Saya bahagia..” luah Raisya perlahan. Semakin lebar senyuman Zhildan. Badan dipusing menghadap wajah cantik itu.

   “Bahagia dengan abang?” soal Zhildan penuh makna.

   Raisya angguk.

   “Tapi.. abang tak sesempurna lelaki lain..” ujar Zhildan mengumpan. Dia hendak tahu masih ragukah Raisya akan kesempurnaan dia. Raisya gigit hujung bibir.

   “Kalau tak ungkit, tak boleh ke?” Raisya tarik muka. Zhildan geleng.

   “Kenapa? Payah sangat nak ikut?” Raisya sembur lagi. Zhildan tetap tayang wajah tenang.

   “Sebab abang nak Raisya tahu abang sedar diri..”

   “Abang.. please..” Kuat sedikit nada Raisya.

   “Abang akan tetap ungkit..” Zhildan sengih.

   “Raisya terima abang apa adanya..” Tekan Raisya.

   “Tapi.. abang tetap nak ungkit. Jangan halang, okay?” Suaminya masih lagi menduga. Raisya dah hentak kaki. Dek kerana geram, dia sudah mula putarkan tubuh. Dada bidang itu dia tolak menjauh.

   “Nak ke mana?” soal Zhildan dan kini giliran dia pula yang peluk tubuh langsing itu dari belakang. Menghalang Raisya membawa jauh rajuknya itu.

   “Nak susukan Zariq..”

   “Baby dah tidur. Alasan tak menjadilah, sayang..” balas Zhildan laju. Bahu Raisya dikucup.

   “Tak naklah..” Raisya tolak muka si suami. Zhildan ketawa.

   “Tadi cakap terima apa adanya. Tipu ya?” Zhildan mengacah. Ketap gigi Raisya dibuatnya. Malas nak berdebat, dia diamkan saja mulutnya sendiri.

   “Abang dah cuba kan, sayang?” Tiba-tiba. Daripada rasa hendak marah, kening Raisya terus berlapis. Tidak faham maksud kata-kata itu.

   “Maksud?” soal Raisya tanpa bertangguh. Hilang rajuknya.

   No more ‘kita-kita’..” ujar Zhildan dan dagu direhatkan pada bahu itu. Senyuman Raisya terukir.

   “Tapi, Raisya rindukan gelaran tu..”

   Are you serious, sayang?” soal Zhildan tak percaya. Raisya angguk.

   “Sebab panggilan tu pun dah sedarkan Raisya yang cinta ni tak perlukan kesempurnaan. Cukup bila..”

   “Cukup bila hati kita kata nak awak, dan hanya awaklah yang kita nak. Takkan ada sebarang sebab lagi..” Zhildan menyampuk laju. Menghabiskan ayat Raisya yang tergantung. Senyum Raisya terukir.

   “Kita?” Penuh makna bibirnya menyebut.

   “Cakap rindu abang guna panggilan tu..” Zhildan balas dalam nada mengusik. Tubuh si isteri dia pimpin menuju ke arah katil Zariq yang masih lena.

   “Ni anak kita kan, sayang?” soal Zhildan sambil merenung lembut wajah polos Zariq. Raisya paut pinggang suaminya.

   “Anak kita..” Raisya iakan.

   “Tanda yang Raisya dah terima abang kan?”

   “Terima abang apa adanya..” jawab isterinya lagi.

   “Raisya takkan ungkit kekurangan abang kan?”

   “Takkan sesekali..”

   Zhildan toleh ke sisi.

   “Abang masih mamat sotong yang menjengkelkan?”

   Raisya ketawa. Ibu jari dan jari telunjuk didekatkan.

   “Sikit..”

  Dan Zhildan terus jegilkan biji mata.

   “Tapi, Raisya dah suka Emir Zhildan yang macam ni. Yang sedang-sedang. Kalau dapat suami garang pun tak syok juga kan?” Raisya kenyit mata.

   “Betul?” soal Zhildan. Wajah diseriuskan.

   “Betul!”

   “Sebab?”

   “Tak ada sebab.”

   “Siapa ajar?”

   “Abang..”

    Zhildan pandang Raisya dan Raisya pandang Zhildan. Masing-masing ketawa senang.

   “Kalau cinta abang pada Raisya tak bersebab, cinta Raisya pada abang juga tak perlukan sebab. Raisya sayangkan abang. Abang dah cuba yang terbaik untuk jadi suami dan papa kepada anak Raisya. Itu pun Raisya dah bersyukur..” ungkap Raisya penuh keikhlasan.

   “Satu lagi Raisya lupa.” Zhildan komen.

   “Apa?”

   “Abang pun dah buktikan yang abang adalah mamat sotong yang masih berguna. Jadi, Raisya tak adalah ralat sangat nanti..”

   “Hah?”

   “Tuu..” Muncung dihalakan pada wajah Zariq. Serta-merta wajah Raisya merona merah.

   “Tak senonoh..” gumam Raisya dengan wajah menunduk. Zhildan kulum senyum.

   “Janji dengan abang.. kalau kata abang masih tak berubah sepenuhnya, Raisya akan tetap di sisi abang ya?” Anak mata Zhildan menikam anak mata Raisya. Raisya mendongak.

   “Selagi Raisya masih belum hilang ingatan, hanya Emir Zhildan di hati Raisya..”

   “Terima kasih sebab akhirnya sudi terima mamat sotong ni jadi suami Raisya. Memang abang mungkin bukan yang terbaik, tapi abang cuba jadi yang terbaik. Hanya untuk Raisya dan Zariq..”

   “Takkan ada yang terbaik selain abang. Raisya sayangkan abang..”

   And I love you more, Raisya..” Zhildan labuhkan kucupan pada dahi isterinya. Saat itu juga si anak mula menangis.

   Tak sempat Raisya nak capai dulu, Zhildan terlebih cepat memainkan peranan. Tubuh Zariq dibawa ke dalam dukungan. Raisya membontoti langkah suaminya ke birai katil. Tekun memerhatikan suami yang masih cuba memujuk Zariq.

   Dia pejam mata. Senyuman terukir. Mendengar betapa kasihnya cara Zhildan memujuk permata hati, dia yakin. Dia yakin Emir Zhildan adalah anugerah yang terindah pernah hadir dalam hidupnya. Kekurangan suaminya itu bagaikan tertimbus dengan segala kebaikan yang dia nampak.

   Terima kasih kepada DIA kerana menghantar insan seperti Zhildan.

   Dia takkan pernah mengungkit. Kerana bagi dia.. Emir Zhildan adalah mamat sotong yang sangat banyak kelebihannya. Jadi, dia takkan sia-siakan lagi.

   Moga-moga, cinta si mamat sotong ni adalah milik dia untuk selamanya.

   Emir Zhildan, saya.. Raisya Humaira terima awak apa adanya..

TAMAT

   

9 comments:

  1. Akhirnya..habis jugak..lama den nunggu cita nii..thankss

    ReplyDelete
  2. best..harap2 lepas ni ada penamat cerpen `suami klon` pula..sudah lama menanti penamatnya..terima kasih

    ReplyDelete
  3. suka baca citer yang hepi ending cam gini....tak berat kepala nak pikiior.....

    ReplyDelete
  4. akhrnye hapy ending... zildan the best

    ReplyDelete
  5. wow!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. sambunggggg.........plisssssss.....special entry kh???plissss

    ReplyDelete
  7. Sangattt bessstt... Suke sngt.. sweet giller raisya ngn zhildan.. hehe..����

    ReplyDelete