PeNgiKuT sEtiA..

Monday, April 14, 2014

Suami Aku, Encik Fobia (Cerpen)




Cerpen : Suami aku, Encik Fobia!

Oleh : Hana Efriena

 

Kata orang, kalau dah si dia tak nak, tak perlu tersua-sua. Tapi, lain pula kisah Rhea Adelyna. Orang suka ke, orang tak suka ke.. dia tetap akan buru sampai ‘orang’ tu jatuh suka. Dia takkan mengalah!

   “ Carl..” teguran Dilhaq yang tampak cemas itu memeranjatkan Carl Rizyad yang sibuk bermain playstation di ruang tamu. Wajah didongak pada si teman.

   “ Apa hal?” soal Carl acuh tak acuh lalu mata kembali difokuskan pada kaca televisyen. Dilhaq sudah mula tergaru-garu kepalanya. Keluhan dilepas berkali-kali sambil mata sesekali menjengah ke luar. Peluh pula sudah lama merenik lebat.

   Melihat teman seakan kegelisahan, Carl pantas menekan butang ‘pause’. Dia mendongak sekali lagi.

   “ Apa hal ni, Haq? Kau cemas semacam aje..” soal Carl sekali lagi. Dilhaq ramas rambutnya kasar.

   “ Kat luar tu.. kat luar..” Tergagap-gagap suara Dilhaq. Berkerut kening Carl dibuatnya. Apa yang kat luar? Hati berdetik.

   Bro, calm down. Cuba cerita slow-slow..” tukas Carl mula tidak sedap hati. Dan kali ni, perbualan mereka terus terhenti bila mana kedengaran bunyi pintu dirempuh kasar dari luar. Dum! Berdentum pintu utama rumah banglo setingkat itu.

   Carl yang baring tanpa baju pantas bangkit dari pembaringan. Sementelah Dilhaq pula sudah mula bersembunyi di belakang temannya. Berdesup!

   Masing-masing sudah terpaku pada sesusuk tubuh yang bercekak pinggang di muka pintu dengan wajah menyinga.

   “ Tengku Adzqil Dilhaq!” jerit si perempuan nyaring. Carl sudah terlopong. Dilhaq pula telan liur. Gulp!

   “ Siapa tu, beb?” soal Carl perlahan pada teman yang masih menyorok di belakang. Jelas dia nampak wajah tampan Dilhaq pucat lesi. Dia nampak bibir Dilhaq bergerak-gerak hendak menjawab, tapi hampa. Satu patah pun tak terkeluar. Cuak sangat nampaknya Dilhaq dengan gerangan yang bertandang.

***************

“ Haq.. I penat tau tunggu dekat luar tu. Sampai hati Haq nampak I aje terus lari masuk rumah. Nasib baik pintu tak berkunci tadi..” Rhea Adelyna mula merengek-rengek. Lengan Dilhaq yang masih lengkap berkemeja biru gelap itu dipaut manja.

   Carl yang duduk di kerusi berhadapan dengan pasangan itu sudah buat muka pelik.

   “ Cik adik manis.. izinkan abang bertanya..” celah Carl yang sememangnya buaya darat itu. Rhea menoleh. Senyuman manis diukir untuk Carl. Boleh tahan kacak kawan Dilhaq ni.. hati mengomel.

   “ Ya?” soal Rhea Adelyna dengan suara manja. Carl telan liur. Aduhai minah ni.. boleh pulak dia buat aksi lemah-gemalai macam tu? Dahlah masuk rumah orang bujang, tak takut kena ngap ke apa minah ni? Hati Carl mula mengutuk sendirian.

   “ Ehem-ehem..” Carl membetulkan ton suaranya. “ Cik adik manis ni siapa sebenar..”

   “ Oh, gosh! Haq..” Tak sempat Carl nak habiskan bicara, bahu Dilhaq sudah mendapat habuan dari tangan halus itu. Dilhaq mengaduh kecil. Carl pula sudah ternganga.

   “ Haq tak cakap I siapa dekat you?” soal Rhea dengan nada tak puas hati. Carl yang masih bingung itu menggeleng perlahan. Masih lagi buntu.

   “ Haq, siapa minah ni?” soal Carl tak bertangguh. Dilhaq pegang dahinya. Tiba-tiba saja kepalanya berserabut.

   “ Haq..” Si perempuan mula merengek-rengek. “ You betul ke tak pernah bagitahu siapa I dekat kawan you ni?” soal si perempuan lagi.

   Dilhaq tersepit. Dia pandang wajah Carl, jelas Carl menagih jawapan. Dia pandang wajah Rhea, pun sama. Perempuan itu nampak benar tak puas hati. Sudahnya, dia bangkit berdiri. Lengan yang dibelit oleh Rhea ditolak perlahan.

   “ You nak ke mana?”

   “ Kau nak ke mana tu? Soalan aku tak jawab lagi..” Serentak, kedua-duanya menyoal. Dilhaq mengeluh perlahan. Wajah si perempuan dipandang.

   “ Rhea.. can I ask you something?” soal Dilhaq dengan intonasi lembut. Rhea muncungkan bibir.

   What?” soal Rhea balik.

   “ Kenapa datang sini? Siapa suruh?” soal Dilhaq tidak suka dengan kehadiran perempuan itu. Rhea mendengus.

   Why? Tak suka I datang?” Sarkastik soalan itu. Dilhaq terdiam. Tidak tahu hendak jawab apa. Kalau dia iakan, mahu ribut taufan rumah ni nanti. Jangan disangka wanita bertudung litup itu tidak boleh bertukar menjadi gorilla jadian.

***********************

Please, Rhea Adelyna. Baliklah dulu.. nanti Haq balik rumah kita..” pujuk Dilhaq untuk kesekian kalinya. Rhea berpeluk tubuh. Kepala ligat menggeleng.

   “ Jawapan I tetap sama. No!” Rhea jegilkan mata pada Dilhaq. Dilhaq seka peluh yang mengalir di dahi. Susah benar hendak tangani minah seorang ni.

   “ You kata you sayangkan I, Rhea..”

   Yes, sayang. I do really love you..” sahut Rhea dengan mata yang disepetkan. Senyuman merekah di bibir nipisnya.

   So, kalau betul you sayang.. I nak you balik dulu. We will discuss about this later..” ucap Dilhaq memujuk. Rhea mengeluh kecil.

   “ You betul ni nak I balik?” soal Rhea polos. Dilhaq angguk laju. Dia memang nak wanita tu balik.

   “ Okey, fine. I balik. But, make sure esok you dah tercongok dekat Villa Kristal. If not.. hmm, you pun tahu I boleh buat apa kan?” Rhea sengaja mengugut. Kening diangkat-angkat sedikit. Dilhaq telan liur sebelum dia mengangguk setuju.

**************

Bro, kau memang kejam. Serius kejam.” Carl sudah bertempik kuat. Hampir bergegar rumah banglo setingkat itu. Dilhaq mendongak.

   Yes, aku tahu..” akui Dilhaq.

   “ Aku ni kawan, bro. Kawan. Diulangi sekali lagi, kawan!!” marah sungguh Carl kali ini.

   Sorrylah, Carl.. bukan sengaja nak sorokkan pun..” selar Dilhaq serba-salah. Carl mendengus.

   “ Habis tu, macam mana sekarang ni?” soal Carl tiba-tiba melencong. Dilhaq terpana. Perlahan-lahan dia pandang wajah mencuka Carl.

   “ Macam mana apa?” Suara terketar-ketar milik Dilhaq menyapa telinga Carl. Carl menggeleng. Terkilan!

   “ Takkan nak biarkan bini dekat rumah, kau pula lagak orang bujang dekat sini?” sinis suara Carl. Dilhaq telan liur.

   “ Carl, kau pun tahu aku fobia kan?” ujar Dilhaq geram. Carl ketawa sinis.

   “ Fobia nenek kau! Kalau fobia, tak adanya kau boleh lafaz akad sampai sekarang ni kau dah.. hei, kau sendiri fahamlah! Penat aku nak terang panjang lebar..” bentak Carl lagi. Meradang sungguh dia.

   “ Habis, kau memang nak halau akulah ni? Carl, rumah ni aku pun bayar sewa tahu?” ungkit Dilhaq pula. Carl terdiam. Memang dia tiada hak hendak menghalau. Tapi, takkanlah dia nak biarkan aje Dilhaq abaikan tanggungjawab? Sungguh dia bingung tika ini.

****************

“ Haq ada kat dalam tak you?” soal Rhea tercegat bersama mangkuk tingkat di tangan. Carl yang sedang lincah membasuh kereta menoleh. Hai, tak balik lagi? Bukan ke aku dah cakap yang Dilhaq tu tak nak jumpa dia? Carl mula serabut.

   “ Cik.. opss.. Puan Rhea Adelyna.. nak saya ulang berapa kali ni?” Sinikal soalan itu terlontar keluar. Rhea menceber.

   “ I tahu dia dekat dalam..” rungut Rhea naik angin. Carl lepaskan paip getah. Pili ditutup. Kenapa dia pula yang terlibat dalam masalah Dilhaq ni?

   “ Okey.. kalau you tak percaya, you boleh masuk check dekat dalam. I have told you, Dilhaq is not here.You sendiri nampak, kereta dia tak ada kan?”

   Fine, I trust you. Kalau dia balik, tolong serahkan makanan ni untuk dia..” Rhea mengalah akhirnya. Mangkuk tingkat dihulur pada Carl. Carl sambut.

   “ Cakap dekat dia.. I tunggu dia dekat rumah..” Seketika, sayu pula nada Rhea. Carl angguk lagi sebelum kelibat Rhea Adelyna menghilang di balik pintu pagar besar itu.

   “ Dia dah balik??” Baru seminit kelibat Rhea menghilang, terdengar suara garau seseorang di belakang. Carl menoleh dengan wajah sebal.

   “ Kali ni aje aku tolong!” Terus mangkuk tingkat itu dihempas ke dada bidang Dilhaq. Dilhaq sengih nipis.

   “ Jangan nak senyum sangat. Mana kau sorok Audi kau tu?” sergah Carl tertanya-tanya. Dilhaq hanya sekadar jungkit bahu. Seketika, tangan dituding ke hadapan. Carl menoleh. Dan saat ini dia sudah menggeleng.

   Elok saja kereta mewah Dilhaq terparkir di hadapan rumah banglo setingkat itu. Cuma mungkin isteri Dilhaq itu tidak perasan sebab keseluruhan kereta itu ditutup dengan kain berwarna hitam.

******************

“ Macam mana, Rhea? Jumpa suami kamu?” soal Puan Sri Fariza sebaik saja ternampakkan kelibat menantunya. Rhea Adelyna berhenti melangkah. Dia menoleh wajah ibu mertuanya. Seketika, kepala digeleng lemah.

   “ Tak ada, umi..” seru Rhea seakan berputus asa. Puan Sri Fariza tergelak nipis.

   “ Dah putus asa ke, sayang?” soal ibu mertuanya. Rhea mendongak. Bibir dimuncungkan. Bahu dijungkit lalu dia terus menuju ke arah ibu mertuanya. Tangan itu disalami.

   “ Haq tu penakut sangat, umi..” leter Rhea sedikit geram. Puan Sri Fariza masih lagi dengan senyuman nipis.

   “ Dah namanya pun fobia kan?” Kening Puan Sri Fariza terjungkit.

   “ Habis tu sampai bila, umi?” rungut Rhea keanakan. Puan Sri Fariza usap kepala Rhea manja. Sementelah, susuk tubuh itu sudah beredar meninggalkan Rhea sendirian. Dia sendiri pun tak tahu sampai bila Dilhaq akan menjadi fobia sebegitu.

*****************************

“ Kau tak rindu dia ke, Haq?” Tiba-tiba itu yang disoal Carl. Dilhaq yang sedang enak menjamu angin malam itu menoleh ke belakang. Jelas susuk tubuh Carl sedang berdiri memandangnya.

   “ Entah..” jawab Dilhaq sepatah. Carl terkilan.

   “ Kau tak suka dia ke?” soal Carl ibarat penyiasat. Dilhaq termangu seketika. Dia sendiri tak tahu apa dia rasa. Nak kata tak suka, macam suka. Nak kata suka, hei.. dia sendiri tak tahu sama ada nak iakan atau tidak.

   “ Woi, aku tanya ni!” Bahu Dilhaq ditepuk kasar. Teranjak bahu Dilha dek terkejut. Wajahnya cemberut.

   “ Kau ni, beragaklah..” marah Dilhaq geram. Carl sekadar tayang muka selamba.

   “ Lain kali aku tanya, jawab..”

   “ Apa kau tanya?” Mendatar suara Dilhaq. Carl sudah ketap gigi.

   “ Aku tanya.. kau sayang tak bini kau tu?? Macam mana boleh kahwin??” ulang Carl sekali lagi. Kalau Dilhaq tak jawab juga, memang kalau dia pelangkung Dilhaq.. tolong jangan tanya dia kenapa?

   Hmm.. abah yang kenalkan. Dia yang jadi doktor sakit puan waktu kakak ipar aku nak bersalin hari tu..” selar Dilhaq lemau. Carl sudah kejap tahan senyum dia.

   “ Jadi, Rhea tu doktor sakit puan?”

   Dilhaq angguk dengan wajah gerun.

   “ Jadi.. apa yang buat kau boleh terima dia?”

   Dilhaq mengeluh kecil.

   “ Aku suka dia..” Sebaris ayat yang bisa buat Carl terdiam seketika.

   “ Kau diam, kenapa?” soal Dilhaq pula. Carl menggeleng.

   “ Tak adalah, aku pelik. Kau suka, tapi kau boleh pula tinggal dia macam tu aje?” Carl diburu tanda tanya.

   “ Carl.. kau kenal aku kan? Aku dah banyak kali cakap yang aku ni fobia. F.O.B.I.A.. fobia..” Dilhaq mula bosan diasak soalan sama. Susah sangat ke nak faham maksud fobia tu? Aduh!

   Mendengarkan ton Dilhaq yang seakan geram, Carl ketawa nipis. Kawan dia ni memang jaguh buat lawak.

   “ Haq.. apa yang kau nak fobia sangat ni? Semua tu dah berlaku hampir 20 tahun kan? Pleaselah.. jadi macho sikit..” kutuk Carl sebelum sebiji bantal elok mendarat ke wajahnya. Langsung Carl tidak marah. Sebaliknya, dia lebih galak ketawa pada teman yang dah mula melangkah keluar itu. Kelakar, okey!

************************

“ Kau nak ke mana tu, kawan?” soal Carl yang berdiri sambil memegang cawan kecil. Kopi dihirup perlahan. Matanya singgah pada penampilan Dilhaq yang tampak santai dengan kemeja hitam lengan panjang dan seluar pendek berwarna merah hati. Sempurna!

   “ Keluar..” Sepatah yang dijawab sebelum kasut disarung ke kaki tegapnya. Carl mengekori.

   “ Keluar dengan wife kau ke?” soal Carl tertanya-tanya. Dilhaq menoleh. Mukanya sudah berubah cemberut.

   “ Dia tu mana ada masa waktu-waktu macam ni. Mesti tengah busy dekat ho..”

   “ Haq..” Suara yang tiba-tiba buat bibir Dilhaq ternganga. Carl yang berada di hadapan sekadar menjungkit bahu. Dilhaq kemam bibir. Mulut sudah mula berbicara bisu. ‘ Kenapa tak bagitahu dia ada?’

   Carl sekadar jungkit bahu sambil garu belakang kepalanya sedikit.

   Sorry, bro. Tak sempat nak bagitahu..” ujar Carl dengan riak serba-salah. Dilhaq mendengus. Sekejapan lengannya sudah dipaut erat.

   “ Umi suruh balik, sayang. Sampai bila nak merajuk ni?” soal Rhea kedengaran manja. Dilhaq mengeluh dalam.

   I didn’t.” Dilhaq tak mengaku. Rhea herotkan bibir.

   “ Betul ni?” umpan dia. Dilhaq angguk dengan wajah sebal.

   Then, jom ikut I balik rumah umi.. nak?” pinta si isteri tiba-tiba. Terus berubah pucat wajah Dilhaq.

   No!” jerit dia tanpa sedar. Rhea sudah terkejut sakan.

   “ Tak habis-habis lagi ke, Tengku Adzqil Dilhaq?” pujuk Rhea tak mengalah.

*******************

Puas diugut, akhirnya berjaya juga Rhea mengheret susuk tubuh sasa itu menapak ke Villa Kristal. Puan Sri Fariza pantas meluru. Wajah Dilhaq dicium bertalu-talu.

   “ Bertuah punya anak umi. Baru sehari kahwin, dah lesap..” ngomel Puan Sri Fariza. Dilhaq buat muka tak selesa.

   “ Haq, I naik atas kejap ye? Nak salin baju. Dapat call, ada emergency case dekat hospital. I need to go there..” Suara Rhea mula mencelah. Sekejapan saja Dilhaq mampu bertenang sebelum dia sudah hantar jelingan maut pada Rhea. Lalu, tubuh itu sudah mula menapak ke ruang tamu.

   Puan Sri Fariza mengekor dari belakang. Dia tahu Dilhaq marah.

   “ Tengku..”

   “ Umi..” marah Dilhaq kecil. Dia tahu Puan Sri Fariza sengaja menyakat. Yelah.. dah keluar nama Tengku tu. Tak lain tak bukan sebab nak sakat dia. Dilhaq berpeluk tubuh.

   “ Marah lagi ke?” soal Puan Sri Fariza. Dilhaq angguk.

   “ Walid dan umi tipu Haq..” adu si anak yang berusia 26 tahun itu. Puan Sri Fariza terkekeh-kekeh ketawa.

   “ Umi gelakkan Haq.. Haq tak nak balik sini lagi..” Geram juga Dilhaq bila si ibu masih tak henti-henti menyakat.

   “ Okey-okey.. umi minta maaf.” Cepat-cepat Puan Sri Fariza kawal niat hatinya untuk ketawa terus.

   Why umi tipu Haq? Umi tahu Haq alergik dengan doktor kan? Even hospital sekalipun..” Dilhaq memulakan bicara.

   Puan Sri Fariza tarik nafas dalam. Bersedia hendak membentangkan hujah-hujahnya.

   “ Haq.. tugas seorang doktor tu mulia, tahu?” selar Puan Sri Fariza lembut.

  “ Haq tahu, umi. But, umi sendiri faham kan? Apa yang buat Haq fobia sangat?” soal Dilhaq lemau. Puan Sri Fariza angguk.

   “ Dah lama. Almost twenty years, sayang..”

   “ Tapi, Haq masih malu sampai sekarang. Tambah-tambah hari tu..” Dilhaq menceber. Perlahan-lahan ingatannya melayang pada peristiwa tersebut.

********************

Imbas kembali..

“ Kak Rhea, Kak Rhea!!” Pintu kamar yang bergegar kuat menyebabkan pasangan yang baru bernikah itu mengeluh kecil. Pantas, pelukan terlerai. Dilhaq sudah melepaskan si isteri. Rhea mula membetulkan pakaiannya. Pintu dikuak.

    Muncul seorang anak gadis yang ayu bertudung. Naina Batrisya, sepupu Dilhaq yang berusia tiga belas tahun itu.

   “ Kak, Risya perlukan bantuan akak. Mak usu cakap suruh panggilkan akak.. Please!!” Kelam-kabut suara Batrisya. Rhea sudah bingung.

   What’s wrong, dear?” Wajah yang berpeluh-peluh itu diamati.

   “ Mummy.. mummy nak bersalin. Dekat bawah. Please, mak usu cakap dah tak sempat nak bawa pergi hospital. Kak Rhea doktor sakit puan kan? Please, tolong mummy..” Dan saat itu, Dilhaq yang terbaring di katil bingkas bangun.

“ Rhea..” panggil Dilhaq. Rhea menoleh dengan wajah kelat-kelat masam. “ You, doktor? I mean, doktor sakit puan?? Lecturer? Oh, gosh! You are lying, Rhea Adelyna!!” soal Dilhaq dengan wajah mencerun.

   “ I.. err.. ahhh.. errr..” Rhea sudah tergagap-gagap sebelum tiba-tiba suara jeritan seseorang menganggu perbualannya.

   “ Kak Rhea, mummy!!” Cemas Batrisya dibuatnya. Rhe atarik nafas panjang.

   “ Nanti I jelaskan..” Dan Rhea terus turun menuju ke tingkat bawah. Ada dua nyawa yang harus diselamatkan.

   Beberapa jam kemudian..

   “ Umi tipu. Umi cakap Rhea tu pensyarah..” omel Dilhaq sedikit terkilan.

   “ Umi terpaksa cakap macam tu sebab Haq tu kan anti dengan doktor, hospital apa semua. Umi dah berkenan sangat dekat Rhea tu. Lagipun, Haq sendiri setuju nak kahwin kan?” soal Puan Sri Fariza.

   “ Memanglah Haq pernah cakap, Haq nak bercinta lepas nikah. Tak kisah siapa calon umi. Sebab tu Haq iakan aje bila umi cakap umi dah jumpa calon menantu untuk Haq. Tapi, I don’t expect that Rhea.. doktor sakit puan? This is too much, mummy. Dia pun tipu Haq.” Kemuncak sudah kemarahan Dilhaq.

   “ Rhea tu dah lama suka Haq. Sebab tu dia terpaksa tipu Haq. Dia tak nak Haq letakkan syarat kalau nak perkahwinan ni berlangsung, dia perlu tinggalkan profesionnya. Lagipun, Haq benda tu dah berlalu lama dah. Sampai sekarang Haq masih fobia ke?” ulas Puan Sri Fariza sebelum tiba-tiba dia nampak biji mata Dilhaq yang berhadapan dengannya itu sudah terbelalak.

   “ Haq, I’m done..” ujar suara di belakang Puan Sri Fariza. Buru-buru Puan Sri Fariza menoleh. Dan saat ini, dia sudah cemas bila dia pandang ke hadapan semula, dia nampak Dilhaq sudah berdiri dengan wajah pucat lesi. Tubuh tegap itu berjalan hampir pada Rhea.

   “ Rhea.. da.. darah ke tu?” soal Dilhaq tidak diduga. Terketar-ketar bibirnya. Rhea yang sedar akan sesuatu pantas menilik tubuhnya. Dan seketika, bunyi sesuatu jatuh menarik perhatiannya.

   “ Tengku Adzqil Dilhaq!” jerit Rhea dan Puan Sri Fariza serentak. Tubuh yang terbaring kaku itu diterpa risau.

************************

“ Haq.. Haq..” tegur Puan Sri Fariza. Dilhaq yang leka dengan kisah beberapa hari lepas tersentak.

   “ Ingatkan hal tu lagi?” tebak Puan Sri Fariza. Dilhaq angguk dengan wajah memerah. Semenjak dari hari tu, rahsia yang dia sorokkan selama ni, terbongkar jua. Macam tidak layak pula pangkal namanya mempunya gelaran Tengku walhal empunya tubuh takutkan darah. Ini semua gara-gara peristiwa dua puluh tahun lalu.

   “ Haq tak suka darah, umi. Haq tak suka bau darah..” adu Dilhaq tiba-tiba.

   “ Ya.. umi tahu. Haq masih fobia pasal dulu tu kan?”

   Puan Sri Fariza tahan senyum. Masih dia ingat sewaktu Dilhaq masih kanak-kanak. Bukan main Dilhaq bersemangat hendak berkhatan. Tika itu usia Dilhaq baru lapan tahun. Tapi, bila sampai di hospital. Dilhaqlah orang yang paling menangis bagai lupa diri. Hinggakan sewaktu proses berkhatan itu, boleh pula Dilhaq mengamuk lalu terus berlari sekeliling hospital. Sudahnya dia ditangkap oleh seorang jururawat perempuan dalam keadaan.. oh, Tuhan.

   Bogel???

   Sungguh memalukan, Tengku Adzqil Dilhaq!

   Waktu itulah baru Dilhaq perasan, darah sudah mula mengalir lebat. Dilhaq apa lagi, terus pengsan tidak sedarkan diri.

   “ Haq dah malukan diri sendiri. Umur 28 tahun, tapi pengsan depan keluarga kita. Malu.. umi! Budak-budak siap ejek Haq. Abang Dilhaq lembik. Lembik..” Dilhaq pekup wajahnya. Bagai terngiang-ngiang suara sumbang sepupu-sepupu ciliknya yang mengejek dia dengan wajah annoying hari itu.

    “ Haq rasa macam tak sempurna nak jadi lelaki. Darah pun Haq takut sampai pengsan. Semua ni sebab Rhea. Kalau Rhea tak muncul dengan baju berlumuran darah tu, Haq takkan pengsan.” Dilhaq terus mengomel geram.

   “ Haq, tak semua sempurna. Setiap orang ada kelemahan diri sendiri. Dan sebab itulah, Allah ciptakan kita saling melengkapi. Tengok.. Haq takutkan darah. Tapi, Rhea tak. Umi bagi contoh, okey? Kononnya suatu hari nanti, Haq ditimpa kesusahan. Then, ada berlaku pendarahan. Kalau Haq pilih pasangan yang sama penakut macam Haq.. siapa yang nak tolong Haq waktu tu? Jadi, sebab tu Allah jadikan Rhea pasangan Haq. Supaya boleh lengkapkan Haq. Lagipun, penyakit fobia ni boleh diatasi Haq..” pujuk Puan Sri Fariza panjang lebar.

   “ Dah tua bangka pun Haq masih takutkan darah. Macam mana Haq nak hadapi, umi?” sungut Dilhaq berputus asa.

   “ Sebab tu, umi nak Haq cuba atasi fobia tu. Rhea mesti boleh bantu Haq..” Yakin suara Puan Sri Fariza. Dilhaq terdiam.

   “ Macam mana, umi?” Tertekan suara Dilhaq. Macamlah dia tak pernah mencuba. Dah banyak kali. Dan banyak kali tu juga dia gagal! Puan Sri Fariza sekadar tersenyum.

*******************

Ketukan di pintu kamar langsung tidak dihiraukan. Namun, sebaik saja terdengar suara Rhea Adelyna.. terus kelam-kabut Dilhaq bangkit menuju ke muka pintu. Punat tombol ditekan. Okey, dah selamat dikunci! Dilhaq tersenyum puas.

   “ Kalau you nak masuk, pastikan tak ada bau darah. Dan I tak nak nampak walau setitik darah pun dekat baju you!!” pekik Dilhaq kelam-kabut. Rhea yang berada di luar sudah terlopong. Sampai macam tu?

   “ Haq.. I dah tukar baju dah pun. Please, buka pintu ni. I penat.. I nak rehat..” Si isteri masih lagi mengetuk-ngetuk muka pintu. Lama.

   No.. I tak nak benda lama berulang balik. I tak yakin. You dahlah baru balik hospital..” omel Dilhaq lagi.

   “ Haq.. I’m dead serious. Dah tak ada bau ni. Tengok.. I cium ni..” Terus Rhea hidu pakaiannya seakan Dilhaq bisa melihat. “ Wangi aje pun..” sahut Rhea manyambung.

   “ I tak percaya..” balas si suami lagi. Angkuh sungguh bunyinya.

   Rhea masih mengetuk-ngetuk pintu. “ Bukalah, Haq.. I nak tidur ni..” rayu Rhea sedikit lemau. Namun, Dilhaq sudah diam membisu di balik pintu.

   Bila hampir lima minit berlalu, masih tiada tanda-tanda Dilhaq hendak membuka pintu. Rhea mengeluh dalam. Dia sudah mula menapak ke ruang bawah. Sedih juga hatinya bila encik suami yang penakut tahap dewa itu tidak membuka pintu. Jam dikerling, sudah pukul 1.00 pagi. Rhea mengeluh untuk kesekian kalinya.

   Sebaik saja dia labuhkan duduk di atas sofa. Terus mata yang penat tertutup rapat. Dia.. memang letih!

********************

Dilhaq rapatkan telinga ke muka pintu. Sunyi! Dilhaq gigit kuku jarinya.

   “ Dia dah ke mana, eh?” Hati menyoal sendiri. Lama Dilhaq berdiri kaku. Pintu perlahan-lahan dikuak. Kosong. Dilhaq herotkan bibir.

   Tanpa sedar, kaki sudah terjingkit-jingkit menuruni anak tangga. Dan waktu kakinya terpasak di anak tangga terakhir, dia nampak kelibat seseorang yang lena bersama tudung yang masih belum dibuka. Dilhaq mengeluh. Rasa bersalah mula menular ke sudut hati.

******************

I’m sorry, Rhea..” lirih suara Dilhaq tatkala tubuh kecil itu direbahkan ke atas katil. Rambut yang berjuntai, Dilhaq selit ke tepi telinga. Lama dia tenung wajah manis itu sebelum sekali lagi keluhan dihela panjang.

    Sleep tight, honey..” Dan sebuah kucupan singgah pada dahi mulus Rhea. Dilhaq bangkit. Tuala di penyidai dicapai dengan malas. Langkah dihala ke arah kamar mandi.

    Baru beberapa langkah, telefon bimbitnya berdering. Punat hijau ditekan.

   “ Ya.. dekat rumah..” sahut Dilhaq berbual dengan si pemanggil. Dilhaq pandang jam di dinding lalu dia kembali bersuara. Wajahnya jelas tidak berperasaan.

   “ Okey, I will be there. Hmm.. setengah jam lagilah..” Putus Dilhaq sudahnya.

    Rhea yang sudah terjaga pandang wajah kacak yang kini hanya bertuala itu.

    “ You nak ke mana?” soal suara halus itu. Dilhaq menoleh.

   “ Keluar..”

   Where to?”

   “ Adalah.. somewhere..”

   “ Nak ikut!” Kali ni, Rhea sudah melompat dari katil. Dilhaq bulatkan biji mata.

    A big NO, Rhea Adelyna. Sorry..” Dan tubuh sasa itu terus lesap ke dalam kamar mandi. Rhea mendengus kuat.

*****************

“ Bawa bini nampak, bro?” usik Carl Rizyad dengan ketawa halus. Dilhaq yang baru keluar dari kereta sudah mencuka.

   Kalau bukan sebab si isteri menggunakan Puan Sri Fariza untuk memujuknya, memang dia tak layanlah. Sengaja cari kelemahan dia si Rhea ni!

   “ Umi aku suruh bawa..” ujar Dilhaq malas. Seketika, dia melirik pada lengannya yang sudah dibelit oleh si isteri. Carl sudah senyum menyindir dengan aksi mereka.

   “ Rhea.. get your hands off me..” Celah gigi suara Dilhaq. Masih lagi sakit hati dengan kedegilan Rhea.

   Rhea sengih lalu mengetatkan pautan. Dilhaq mendengus.

   “ Degil tak habis-habis..”

   “ Memang degil itu I..”

   “ Menjawab-menjawab..” marah Dilhaq pula. Rhea sengih lagi siap pakej kenyit mata.

   “ Yang tengah menjawab ni juga isteri you..” Rhea tak mengalah. Dilhaq dah bengang. Dengan geram, tangan Rhea ditolak kasar. Sehingga tak sedar dia sudah tertolak kuat tubuh Rhea menyembah bumi.

   “ Auch!” jerit Rhea sambil bertongkat siku. Cuba menghalang agar bibirnya mencium jalan. Carl sudah terjerit. Manakala Dilhaq melopong.

   Eh, kuat sangat ke dia tolak tadi??

******************

“ Ni takkan nak suruh aku sentuh Rhea kot?” Carl berbisik di telinga Dilhaq. Rhea yang masih menunduk dikerling dengan riak bersalah. Sekejap-sekejap dia garu belakang kepala dia, sekejap-sekejap dia garu hujung dahinya.

   Mata masih melirik pada Rhea yang duduk sambil pekup siku yang mungkin terluka seketika tadi. Carl menyiku Dilhaq bila mana si jejaka masih lagi nampak teragak-agak.

    Its hurt, umi..” Kedengaran suara seakan-akan ingin menangis dari bibir Rhea. Tubir mata itu pun sudah bergenang. Rhea bangkit dengan payah dari duduknya. Dia kerling wajah Carl bersilih ganti dengan Dilhaq.

   “ I balik dulu, Carl..” ujar Rhea pada Carl. Carl yang berdiri di sisi Dilhaq sudah mampir.

   “ Eh, you datang dengan Haq. Macam mana you nak balik?” Kalut suara Carl. Rhea yang perasan anak mata Dilhaq melekat pada wajahnya hanya menjeling tajam.

   “ Teksi banyak..”

   “ Haq!” Carl sudah melirik pada Dilhaq. Berharap benar si teman akan berkata sesuatu. Tapi, sayang sungguh. Mulut Dilhaq begitu berat hendak menutur hatta sepatah perkataan. Carl mendengus. Dia lihat dengan jelas wajah berkerut sakit milik Rhea.

   Let me see..” pinta Carl seraya ingin memaut lengan Rhea. Baru dia nak sentuh, sudah ada tangan lain yang menghalang. Kasar tangannya ditepis. Eh? Bulat biji mata Carl.

   “ Rhea, get in..” suruh Dilhaq dengan suara tegas. Matanya melirik memaksudkan Audi R8 miliknya. Wajah Carl dipandang Dilhaq.

   “ Siapa suruh sentuh?” Kening Dilhaq naik terjungkit. Carl mencebik. Rhea pula sudah jalan dengan gontai menuju ke arah Audi R8 milik Dilhaq.

   “ Dah suami depan mata buat tak tahu, ingatkan tak kisah tadi..” sindir Carl pedas. Dilhaq berdecit. Tak semena dahi Carl diluku.

   “ Bukan tak kisah. Tapi, kalau dah luka.. terang-terang berdarah..” omel Dilhaq menyebabkan Carl sudah terngadah.

   “ Darah sikit pun kau takut?” soal Carl dengan riak terkejut. Dilhaq senyap. Tak menjawab.

   “ Dahlah.. aku blah dulu. Nak bawa Rhea ke klinik..” Susuk tubuh itu terus melangkah pergi.

*********************

“ Jom..” ajak Dilhaq bila enjin kereta sudah dimatikan. Rhea palingkan wajah ke sisi. Malas nak tengok wajah yang menyebalkan ni.

   “ Rhea Adelyna, kita dah sampai.. come..” ulas bibir itu lagi. Rhea hentak kaki ke bawah sedikit. Kepala digeleng laju tanpa berpaling.

   Dilhaq mengeluh. Mata dipejam cuba mengurangkan rasa ‘panas’.

   “ Ni kenapa buat hal macam budak-budak ni?” Dan soalan itu benar-benar menarik perhatian Rhea. Rhea menoleh. Senyuman sinis terukir di bibir mungilnya.

   “ I yang budak-budak atau you?” Sarkastik. Kening Dilhaq sudah senget sebelah.

   What do you mean?”

   “ Takutkan darah macam budak-budak.” Sepatah dikomen Rhea. Tak peduli dah wajah Dilhaq yang dah berubah tu.

   “ Jangan nak kutuk I, okey?” Bergetar suara Dilhaq. Tangan dikepal. Rasa tercabar.

   “ Hakikat!”

   “ Rhea Adelyna! Enough!!” jerkah Dilhaq masih terkawal.

   What??” Rhea buat muka innocent.

   I said enough..” Kendur kembali suara Dilhaq. Rhea mencebik.

   “ Nak turun ke nak I dukung?” Dilhaq dah mula mengugut. Rhea jeling tajam.

   “ Dua-dua I tak nak. I nak balik!” marah sungguh Rhea. Mata Dilhaq kecilkan. Kalaulah pelempang ni boleh sampai ke pipi Rhea.. hati sudah menggumam bukan-bukan lantas Dilhaq kembali beristighfar.

   Ya Allah, Haq.. kau nak jadi dayus ke?? Bidas hatinya.

   Come, Rhea..” Dilhaq masih cuba bersabar. Lengan kanan Rhea ditarik-tarik.

   “ Tengku Adzqil Dilhaq!!” Melantun suara Rhea dengan mimik muka hendak menangis. Sakit sungguh hatinya bila dipaksa-paksa begini.

   Dilhaq tersentak. Tak lama, dia lepaskan kembali tangan Rhea.

   “ Okey, fine. Kita balik. Puas??” bentak Dilhaq mengalah. Mengalah dengan hati yang menggelegak.

********************

“ Tu dah kenapa dengan menantu umi tu?” Puan Sri Fariza menyentuh bahu Dilhaq yang duduk di sofa. Masih jelas dia lihat Rhea yang menonong saja naik ke tingkat atas.  

   “ Apa lagi, buat perangailah.. umi..” bebel Dilhaq. Puan Sri Fariza senyum.

   “ Mesti Haq yang mulakan ni..” duga si ibu. Dilhaq mencemik.

   “ Asyik-asyik Haq aje yang salah kan?” Dilhaq sudah hendak merajuk sebelum dengan tiba-tiba, bunyi jeritan dari tingkat atas mengejutkan dua susuk tubuh itu.

    “ Ya Allah, menantu umi!!” Cemas Puan Sri Fariza.

   Dilhaq sudah berdiri. Tak tunggu lama, dia mula berlari mendaki ke tingkat atas.

*****************

Dilhaq mula berpegang pada sisi katil. Berpinar matanya melihat apa yang terbentang. Oh, Tuhan.. dugaan apakah ini? Hatinya membisik cemas.

  “ Haq, tengok buat apa lagi?? Pergi telefon Doktor Rahim!!” tempik Puan Sri Fariza yang sudah mula menekup dahi Rhea yang berlumuran darah. Kalut suasana seketika.

   “ U..um..umi..” Dilhaq nampak tidak stabil. Sungguh, kepala dia pening. Ya Allah! Dilhaq cuba untuk bertahan. Bau darah yang memualkan itu mula mengganggu deria baunya.

   “ Haq! Banyak darah ni, Haq. Ya Allah anak bertuah. Takkan masa ni pun kamu nak pentingkan fobia kamu tu, Haq??” marah sungguh Puan Sri Fariza.

    Dilhaq angguk dengan wajah yang sudah bertukar pucat. Kepala yang pening dipicit halus.

   “ Ha.. Haq telefon, umi..” Payah sekali tutur kata Dilhaq. Dan saat Dilhaq hendak bangkit dari, dia terduduk kembali. Cepat-cepat dia paut sisi katil untuk menstabilkan diri. Kepala semakin hebat berputar.

   “ Susah sangat, kamu pegang kain ni. Umi telefon.” Arahan Puan Sri Fariza. Tangan sasa si anak dicapai lalu tugas menekup kepala Rhea sudah beralih pada Dilhaq.

   Terbuntang biji mata Dilhaq. Tertutup-tutup mata dia mengamati telapak tangannya yang sudah berlumuran darah.

   Da.. darah? Umi.. ni bukan idea yang baik, umi!! Hati Dilhaq menjerit.

   Oh, tidak. Dilhaq, bukan masa ni kau nak pengsan. Bukan masa ni, Dilhaq. Isteri kau tengah bleeding tu!

   Haq, semangat.

   Haq, kuat.

   Haq, kau lelaki.

   Haq, kau kena gagah sikit.

   Bermacam-macam kata semangat cuba dihantar ke sel otaknya. Berharap dia mampu bertahan. Kepala semakin hebat berperang. Bau hanyir semakin menyusuk rongga hidung. Dilhaq rasa dia seakan-akan melayang hendak menyembah bumi.

   Umi, cepat sikit umi. Haq dah nak ting-tong dah ni..

   “ Dilhaq.. kamu okey ke tak ni?”

   Dan bila suara Puan Sri Fariza singgah di cuping telinga, Dilhaq angkat wajah dengan riak yang.. senyum?? Oh, ini petanda tak baik. Hati Puan Sri Fariza bertutur cuak. Dia tahu sangat mimik muka Dilhaq andai si anak cuba untuk tenangkan diri yang sememangnya tengah ‘weng’.

   Sekelip mata..

   “ Dilhaq!!”

   Akhirnya, seoarng lagi yang pengsan tidak sedarkan diri. Puan Sri Fariza bertambah kalut.

******************

Terkekeh-kekeh suara tawa seseorang menggamit rasa marah Dilhaq. Tak tunggu lama, Dilhaq capai bantal berbentuk segi empat lalu dia baling sekuat hati ke arah Carl.

   Cekap pula Carl Rizyad menyambut.

   “ Ala.. sakit buat cara sakit, bro..” ejek Carl diselangi tawa yang bersisa. Dilhaq mendengus kuat. Liar matanya mencari peralatan yang lebih ‘umph’ untuk dibaling kepada si teman.

   Carl mula angkat tangan. Dilhaq bukan siuman sangat. Tak pasal-pasal, benjol dahi dia kejap lagi.

   “ Okey-okey.. aku angkat white flag. Gurau sikit pun tak boleh. Sensitif!” kutuk Carl lagi. Sempat lagi mamat ni kan? Dilhaq dah kecilkan biji mata.

   “ Ya-ya.. aku minta maaf..” sahut Carl menyedari kepedasan kata-katanya.

   Dilhaq jeling tajam wajah si teman. Majalah kereta di tangan dia capai lalu dia belek rakus. Sengaja tunjuk protes.

   “ Kau tak nak tanya pasal Rhea ke?” Tiba-tiba itu yang terpacul pada bibir Carl. Spontan perbuatan Dilhaq terhenti. Oh damn! Dia terlupa pasal kondisi isterinya itu. Buru-buru dia bangkit dari katil lalu berlari keluar.

   Sampai saja di ruang tamu, kaki Dilhaq terpasak ke lantai. Pandangannya jatuh pada empunya tubuh dengan kepala berbalut. Perlahan-lahan kaki dihala ke situ.

   “ Haq.. dah okey?” Soalan pertama dari Puan Sri Fariza. Namun, bukan itu yang dia pentingkan sekarang.

   “ Rhea.. are you okay?” soal Dilhaq pula. Jawapan untuk puan Sri Fariza langsung tidak disediakan.

   Rhea angguk perlahan. Tangan naik meraup wajah. Alhamdulillah.. detik hatinya.

   Anak mata jatuh pula pada wajah tua uminya yang masih cantik.

   “ Abah mana?” Soalan lain pula yang keluar.

  “ Tengah bercakap dengan Doktor Rahim..” ujar Puan Sri Fariza menjawab. Dilhaq angguk sepatah. Lantas tanpa segan, punggung dilabuhkan di sebelah Rhea.

   Melihat si anak bagaikan memerlukan ruang, Puan Sri Fariza bingkas dari duduk.

   Are you okay?” Dilhaq ulang soalan dia lagi. Dia cuba mengintai wajah cantik yang masih menunduk itu. Dilhaq resah. Menggigil tangan dia paut lengan milik si isteri.

   Auch..” Rhea mengaduh. Dilhaq sudah buat muka pelik.

   “ Kenapa, Rhea?”

   Hmm.. tangan I, injured. You dah lupa ke?” soal Rhea perlahan. Dilhaq kemam bibir sendiri. Baru dia ingat!

   Sorry..”

   Its okay. Benda dah jadi. I naik atas dulu..” Rhea hendak berlalu, tapi pergelangan tangannya sudah dipaut.

   “ Duduk kejap..” pinta Dilhaq. Lama wajah tampan itu direnung Rhea sebelum akhirnya Rhea akur mengalah. Punggung dilabuhkan kembali.

   “ Doktor Rahim cakap apa?”Dilhaq memulakan bicara.

   About what?”

   “ Kepala you tu..”

   “ Oh.. tak ada teruk mana pun. Cuma bleeding sikit..”

   “ Macam mana boleh jadi macam tu?” Dilhaq berlagak seperti polis pencen.

   “ I sibuk sangat belek tangan ni tadi sampai tak sedar dah tersadung..” jawab Rhea pula. Dilhaq hela nafas panjang.

   “ Esok kita buat check up..”

   “ Kan doktor peribadi abah dah check..” sangkal Rhea. Dilhaq nampak serba tidak kena.

   “ Ni pasal kepala, Rhea. Bukan perkara main-main. Buatnya retak ke apa..” Dilhaq tunjuk prihatin.

   “ You naik atas dulu, nanti I menyusul..” suruh Dilhaq pula. Dia berdiri. Tangan si isteri diampu untuk bangkit.

   Baru beberapa langkah Rhea menapak, dia berpaling.

   “ Haq..” seru Rhea. Dilhaq menoleh.

   Thanks.. sebab sudi juga tolong hentikan bleeding I tadi..” Dan Rhea terus menyambung langkah yang terhenti.

**********************

Dilhaq termenung jauh. Anak matanya kosong memandang dunia sekeliling. Sejak peristiwa seminggu lepas, Rhea Adelyna sudah semakin dingin. Serabut kepala Dilhaq dibuatnya.

   “ Rhea?” tegur Dilhaq sembari bangkit bila susuk tubuh Rhea melintasi dirinya. Rhea berpaling dengan wajah beku.

   “ Nak apa?”

   “ Baru balik ke?” soal Dilhaq pula. Rhea angguk. Kaki mula hendak melangkah kembali.

   “ Kejap!” halang Dilhaq. Tubuh langsing si isteri didekati. Tatkala dia berhenti di hadapan Rhea, diamati tubuh itu sedalam mungkin.

   “ You nampak kurus, Rhea..” komen dia sepatah. Rhea turut sama menilik dirinya.

   “ Biasa aje. Mungkin sebab I sibuk sikit sekarang. Haq, I naik atas dulu..”

   Tak sempat Dilhaq nak menghalang, si empunya tubuh sudah laju menapak. Dilhaq melepaskan keluhan kasar.

   Merajuklah tu! Hati Dilhaq mengomel.

**************************

Puan Sri Fariza yang sibuk memasak di ruangan dapur hampir saja gugur jantung bila susuk tubuh Dilhaq sudah elok memeluknya dari belakang. Terkebil-kebil dia dengan perangai manja Dilhaq.

   “ Haq, kenapa ni?” Prihatin seorang ibu. Dilhaq masih leka memeluk susuk tua itu. Bila Puan Sri Fariza menyiku perut si anak sikit, barulah Dilhaq bersuara.

   “ Rhea mana, umi?” Lemau sungguh suara Dilhaq. Puan Sri Fariza tersengih. Sudah faham!

   “ Keluar..” Sepatah yang dijawab Puan Sri Fariza. Tegak tubuh Dilhaq kala ini.

   “ Ke mana? Dengan siapa?” Bertubi-tubi soalan dari bibir Dilhaq. Puan Sri Fariza buat muka terkejut.

   “ Eh?”

   “ Apa yang eh, umi?”

   “ Carl tak bagitahu ke dia keluar dengan isteri Haq?”

   Untuk seketika, bergempita ruangan dapur dengan pekikan seorang Tengku Adzqil Dilhaq.

   Damn-damn!!” Dilhaq terus berlari keluar. Sempat lagi kunci kereta Audi R8 miliknya dicapai.

********************

“ Seronok sangatlah kan keluar dengan lelaki lain?” Dilhaq mencemuh lalu kunci kereta dicampak kasar ke atas meja solek. Sejak kebelakangan ni, perangai cemburu dia sukar dikawal.

   Rhea masih selamba merungkaikan lilitan tudung di kepala. Serba-serbi dia rimas sekarang ni. Tambah-tambah dengan mulut Dilhaq yang tak henti berkicau dari tadi.

   “ Rhea! I cakap dengan you ni..” bentak Dilhaq naik angin. Rhea tetap pekakkan telinga.

   “ You ni dah melampau tahu tak?” marah suara itu lagi. Rhea dah mengeluh lemah. Penat sungguh nak berbalah.

   “ You nak apa ni, Haq?” Malas saja nada Rhea. Soalan Rhea mengundang pandangan sinikal dari Dilhaq. Perlahan-lahan Dilhaq mendekat.

   “ I nak you!” Dan sekejapan saja, tubuh Rhea sudah lemas dalam dakapan Dilhaq. Ceit.. main kotor!

   “ Eee.. I tak naklah..” tolak Rhea dengan riak mencuka. Dilhaq dah terpempan.

   “ Eh, berdosa tolak permintaan suami tahu?” Dilhaq dah mengugut. Rhea pincingkan mata.

   “ Baik.. tapi dengan syarat..” tukas Rhea. Dilhaq jungkitkan kening.

   “ Apa-apa saja, dear. I akan ikut. Now, come closer..” Dilhaq cepat saja setuju. Tubuh Rhea kembali dipeluk erat.

**************************

“ Haq..” seru si isteri pada suaminya yang enak bersantai di atas sofa. Dilhaq panjangkan leher.

   “ Ya, sayang..”

   “ Ikut I kejap..” pinta Rhea.

   “ Ke mana, Rhea?”

   “ Dapur.”

   “ Nak buat apa?” Dilhaq melaung.

   “ Potong ayam..”

   Wh.. what??” tempik Dilhaq terkejut.

**************

“ Rhea, ni kerja gila.. sayang. I nak masuk dalam..”

   Dilhaq sudah gelisah. Pisau di tangan dipandang berkali-kali. Buru-buru dia letak kembali pisau di sinki lalu berniat hendak menyelinap. Tapi, tak berjaya. Tubuhnya sudah ditangkap oleh Rhea.

   “ Hei.. mana boleh. You dah setuju kan?” Rhea mengungkit.

   “ Rhea.. memang I setuju dengan semua syarat you. Tapi, yang ni tak termasuk dalam list!” marah Dilhaq. Mata masih melirik pada ayam yang elok bertenggek dalam sinki.

   “ You dengar cakap I. I buat untuk kebaikan you juga. You jangan nak mungkir janji, Haq? I dah ikut cakap you, you kena ikut cakap I pula..”

   “ Habis, you tak ikhlaslah semalam tu?” Dilhaq dah mula sentap. Wajahnya mula berubah riak. Rhea sengih.

   “ I tak cakap pun macam tu kan? Tapi, syarat tetap syarat. You yang cepat sangat setuju siapa suruh? Sekarang.. jom!” Rhea sudah mengheret tangan encik suami. Nak tak nak, Dilhaq akur dengan kaki yang diseret-seret. Oh, tidak!

***************

“ Sikit lagi, Haq. Sikit aje lagi. Jangan nak pengsan dulu. Please..” Rhea mula memberi kata-kata semangat. Selesai tugas Dilhaq memotong ayam. Kini, beralih pula untuk menyiang ikan.

   Hidung Dilhaq sudah kembang-kempis menahan bau hanyir ikan.

   “ Rhea.. I nak pitam dah ni..” Lemah sekali tutur Dilhaq. Hampir tubuh itu tumbang ke belakang, tapi cepat ditahan Rhea.

   Otak Rhea ligat mencari jalan untuk terus menyuntik kata-kata semangat buat suaminya.

   “ Okey-okey.. Haq, macam ni. Cuba you pandang ikan tu..” suruh Rhea pantas. Dilhaq akur saja. Malas nak berlawan dengan kepala ting-tong macam ni.

   “ You marah kan I keluar dengan Carl?” Soalan di luar kotak. Dilhaq menoleh dengan wajah mencuka.

   “ Apa ni??” amuk Dilhaq cemburu.

   “ Tak.. kalau betul you marah, masa nilah you nak lepaskan marah you tu..”

   Dilhaq buat muka pelik.

   “ Okey.. you nampak tak ikan ni?” Rhea angkat seekor ikan lalu ditayang di hadapan wajah Dilhaq. Dilhaq angguk.

   “ Bayangkan ni Carl..” ujar Rhea. Kening Dilhaq hampir bercantum.

   “ You bayangkan waktu ni Carl sibuk-sibuk ajak I keluar, pegang tangan I..”

   Bibir Rhea terus terlopong. Tak sempat dia nak habiskan kata, dia nampak encik suami sudah rakus menghentak-hentak kepala ikan itu hingga terburai.

   “ Carl Rizyad!! Ah, dasar gatal! Bini aku pun jadi ya??” jerit Dilhaq lalu masih terus dengan tugasannya melunyaikan ikan yang dianggap Carl itu. Rhea telan liur.

   Sorry, Carl.. I pinjam nama you. Hati Rhea membisik panik dengan tingkah Dilhaq.

*******************

“ I tak suruh you potong tangan you, Haq. Tengok apa dah jadi sekarang..” bebel Rhea lalu membersihkan luka Dilhaq. Walaupun tidak teruk, risau jugalah hatinya.

    Dilhaq tarik tangan dia. Merajuk!

   “ Habis, you yang sebut-sebut nama Carl tu kenapa??”

   “ I cuma nak tolong you hilangkan fobia..”

   “ Dengan cara tu?”

   Rhea angguk.

   “ Kita mula biasakan you dengan darah ayam, darah ikan-ikan tu dulu. Lepas ni, mana tahu penyakit fobia melampau you tu boleh hilang..” usul Rhea. Dilhaq membisu lama.

   “ Habis yang pasal pegang..”

   “ Carl masih hormatkan I sebagai isteri kawan dia. Dia tak pernah melebih, Haq..”

   Jawapan Rhea mambuatkan bibir Dilhaq melebar dengan senyuman. Rhea menggeleng-geleng.

   “ Nampaknya you dah berjaya dengan pelajaran pertama..” Rhea tersenyum penuh makna pada Dilhaq. Dilhaq yang mengerti hanya tunduk membisu.

    Eleh, Haq.. tu baru darah ayam dengan ikan..

*************************

“ Nak makan dekat mana ni?” soal Dilhaq sambil memandu. Wajah cantik Rhea dikerling seketika.

   “ Kat mana-mana aje.. eh, Haq.. cuba you berhentikan kereta you ke tepi.” Tiba-tiba Rhea menjerit. Dilhaq hampir saja terburai jantungnya.

   “ Kenapa cemas ni, sayang?”

   “ Tu.. I rasa ada yang tak kena dengan kereta tu..” Rhea tunjuk jemarinya menghala kepada sebuah kereta Toyota Altis yang bersidai dengan enjin yang tidak dimatikan. Entah kenapa, hatinya jadi terdetik sesuatu yang tidak enak.

    Dilhaq akur. Kereta dihentikan di bahu jalan. Tak tunggu lama, Rhea terus berlari keluar.

   “ Sayang.. tunggulah!” jerit Dilhaq bimbang. Buatnya kereta tu milik perompak, tak ke niaya? Ya Allah, Rhea Adelyna! Dia turut melajukan langkah.

   “ Haq.. Ya Allah..” Kali ni, giliran Rhea pula yang menjerit. Dilhaq yang tidak tahu apa-apa mula meluru. Sesaat, mukanya pucat lesi.

*********************

“ Sayang.. you jangan dera I macam ni, sayang..” Dilhaq hampir menangis. Kepala yang sudah pening-pening lalat dipicit dengan sebelah tangan. Melihat sesuatu dipangkuan Rhea, Dilhaq hampir hendak termuntah.

    Please.. cuba campak ke tepi fobia you tu. Please.. pegang baby ni. I kena kejarkan mama dia ke hospital. Tekanan darah dia tiba-tiba turun ni..” Rhea yang berlumuran darah itu dipandang atas bawah. Matanya kemudian jatuh pada bayi yang sudah diselimuti dengan selendang panjang milik Rhea.

   Kenapalah kakak ni memilih timing yang sangat salah. Bersalin di tepi jalan dan Rhea.. orang yang dah menyambut kelahiran bayi tersebut. Dugaan apakah ini??

   “ Rhea.. boleh tak you aje yang pegang baby ni? Biar I pandu kereta?” pinta Dilhaq masih mencuba. Rhea mendengus.

   “ You nak bawa kereta dengan keadaan macam tu?” Rhea dah mula nak mengamuk. Dilhaq tahu dia semakin lemah tika ini. “ Haq, kita tak ada banyak masa. You pergi duduk belakang. Pegang baby ni sekali..”

   “ I kena duduk sebelah kakak tu?? Rhea, ini gila!” soal Dilhaq terkejut. Pucat mukanya melihat darah yang berlumuran pada kakak cantik itu.

   “ Tengku Adzqil Dilhaq, now!!” jerit Rhea lalu menolak tubuh Dilhaq ke arah seat belakang. Bayi perempuan itu turut dihulurkan kepada Dilhaq.

   “ Rhea..” Dilhaq masih mencuba. Wajah dimemekkan sedih.

   “ Kalau you sayang I..” ugut Rhea dan lambat-lambat Dilhaq capai juga bayi itu. Puas dia tahan rasa mual dan puas dia hindar kepala yang semakin hebat berpusing.

   “ You memang tak sayang I, Rhea..” omel suara itu tatkala Rhea sudah mula memandu membelah kepekatan malam.

********************

Wajah lemah Dilhaq dipandang Rhea. Rhea senyum. Pipi encik suami dia lap dengan tuala basah. Berhajat untuk menyegarkan sedikit si empunya tubuh.

   You did it well, Haq..” puji Rhea. Pipi si suami ditepuk-tepuk halus. Dilhaq tersenyum payah.

   How’s baby? Kakak cantik?” soal Dilhaq. Rhea senyum makin melebar.

   “ Dua-dua selamat..”  

   “ Alhamdulillah..” ucap Dilhaq. Lengan si isteri dipaut.

   “ I dapat tahu husband dia fly ke Jordan. Tu sebab dia drive sorang-sorang tadi. Mungkin esok husband dia sampai. Kakak cantik ucap terima kasih dekat you..” jelas Rhea tanpa dipinta. Dilhaq angguk kepalanya saja.

   “ I haus, sayang..” adu Dilhaq tiba-tiba. Rhea cepat saja berpusing ke belakang. Plastik dicapai. Sebotol mineral dihulur. Namun, tak sempat dia nak hulur.. tubuh Dilhaq sudah elok menyembah bahunya. Kalut Rhea capai tubuh itu dari tergolek.

   “ Hei.. Haq.. Dilhaq..” Pipi suaminya ditepuk cemas. Jantung sudah mula berdansa. Seketika..

   “ I tak pengsan lagilah. Cuma, pening sikit..” ujar suara itu di balik bahu Rhea. Rhea terlopong. Tapi.. lambat-lambat jantungnya kembali berdetak normal.

********************

Setahun berlalu..

“ Rhea.. not again.. huh?” Kening Dilhaq sudah berkerut-kerut. Rhea yang sibuk memunggah pakaian ke dalam beg sederhana besar itu mengangguk mengiyakan.

   “ Memang you yang akan sambut dia..” Dan terus rahang Dilhaq seakan ingin jatuh menyembah lantai.

   “ Tapi..”

   “ Sayang.. kan ke fobia you tu dah makin kurang?” ujar Rhea menyoal. Dilhaq muncungkan bibir. Dia berjalan ke arah si isteri. Beg pakaian yang dipegang Rhea, dicapai.

   “ You duduk diam-diam kat sana. Biar I kemas..” suruh encik suami. Rhea senyum. Pipi Dilhaq dikucup sekilas.

   “ You sayangkan I kan?” soal Rhea tiba-tiba. Dilhaq toleh belakang, angguk dan kembali mengemas.

   “ Then.. you yang akan sambut dia. Sebab you papa dia..” ujar Rhea lalu perutnya yang memboyot diusap halus. Bibir mula mengukir senyum bahagia.

*********************

“ Encik Tengku Adzqil Dilhaq..” Dilhaq terasa namanya dipanggil seseorang. Bingkas kepala yang menunduk didongakkan. Liar matanya mencari si empunya suara.

   Nurse panggil, Haq..” ujar Puan Sri Fariza. Tan Sri Razman juga mengiyakan.

   “ Ya, saya..” Dilhaq mendekati gadis yang memakai tag nama ‘Mashafiza’ itu.

   “ Encik boleh masuk. Isteri encik dah sampai masa..”

   Dum! Dilhaq rasa kepala dia berpinar-pinar. Dipandang pintu labor room yang terbuka sedikit itu. Akhirnya, Dilhaq angguk pasrah.

*****************

Dilhaq rasa air matanya seakan ingin menitis melihat kesakitan yang ditanggung Rhea sebentar tadi. Spontan dia bergerak hampir. Tangan si isteri dia genggam.

   “ Rhea.. you boleh buat, sayang. You kuat.. cuba ya?” pujuk Dilhaq dengan air mata bertakung.

   Peluh yang merenik pada dahi Rhea dia seka perlahan.

   Its hurt, Haq..” ujar Rhea dengan susah-payah.

   “ Ya.. I tahu. But, you kena lahirkan baby. Lepas baby keluar, you mesti dah tak sakit. Cuba, sayang. You ada I, I takkan tinggalkan you..” pujuk Dilhaq terus.

   “ Puan Rhea, bila I cakap sedia.. teran ya?” Tiba-tiba suara doktor yang merawat Rhea kedengaran. Rhea pandang wajah Dilhaq. Dilhaq angguk. Dan dengan nafas yang ditarik panjang, Rhea mencuba sedaya upaya.

*****************

“ Kita nak letak nama apa dekat baby?” Soalan pertama dari bibir Rhea. Dilhaq yang masih sibuk mengacah bayi seberat 3.6 kg itu menoleh.

   “ I dah fikirkan.. apa kata kita letak nama..”

   “ Umi nak letak nama Tengku Haura Nazhifa..” sampuk Puan Sri Fariza dari belakang. Setra-merta wajah Dilhaq berubah.

   No.. Haq nak letak nama lain. Pangkalnya D juga, sama dengan Haq.. Dilhaq..” cantas Dilhaq mengada-ngada. Rhea tersenyum.

   “ You nak letak nama apa?”

   Dilhaq dah sengih semacam.

   “ I nak letak.. Tengku Amya Dinnirah ..” Dilhaq jungkit-jungkitkan keningnya.

   “ Umi tak setuju!” Puan Sri Fariza tiba-tiba menyampuk lagi.

   “ Kenapa pula, umi? Okey nama tu..” Dilhaq mempertahankan. Puan Sri Fariza menggeleng.

   “ Tak boleh. Umi tetap nak nama Tengku Haura Nazhifa. Abah kamu pun berkenan. Kan abah kan?” Puan Sri Fariza pandang wajah Tan Sri Razman.

   “ Betul tu, Haq..” Seperti biasa, abahnya hanya menurut.

   “ Tapi..”

   “ Dah-dah.. jangan bergaduh pasal nama sebab Rhea dah pun pilih nama yang sesuai untuk anak Rhea...”

   “ Hah? Bila sayang pilih?”

   “ Dah lama..” sahut Rhea. Dilhaq dah buat muka.

   “ Tak bincang dengan I pun..”

   “ Tak kira bincang ke tak. Yang penting I suka nama tu..”

   “ Okeylah.. umi setuju aje. Apa namanya, Rhea?” soal Puan Sri Fariza.

   “ Tengku Raina Athifa..”

   “ Kenapa nama dia ikut pangkal nama sayang? RA? Raina Athifa, Rhea Adelyna?” Dilhaq dah mula tak berpuas hati. Rhea sengih-sengih kambing.

   “ Sebab Rhea tak nak pangkal namanya nanti TAD..”

   “ TAD?” soal Dilhaq kurang mengerti.

   “ Tengku Adzqil Dilhaq..” sampuk Tan Sri Razman.

   But, why?” Dilhaq dah berpeluk tubuh.

   “ Sebab nanti..” Rhea meleret-leretkan suaranya.

   “ Sebab nanti takut cucu umi ni ikut perangai papanya. Fobia dengan darah..” Puan Sri Fariza habiskan ayat menantunya yang tergantung. Terus cemberut wajah Dilhaq.

   Akhirnya, bergempita pintu wad ditutup Dilhaq.

   Hailah.. Dilhaq-Dilhaq.. omel hati Rhea terasa lucu.

*******************

Dilhaq sibuk merenung wajah Raina yang nyenyak tidur. Sesekali pipi gebu itu dioles manja.

   “ Merajuk lagi?” Dilhaq terkesima bila tiba-tiba pipinya sudah dikucup seseorang. Dilhaq mencebik.

   “ Mana ada I merajuk..” sangkal Dilhaq. Raina diangkat ke dalam pangkuan. “ Carl dah sampai ke?” soal Dilhaq lagi. Mukanya beku.

   “ Dah.. ada kat bawah. I naik atas nak ajak you turunlah ni..” ujar Rhea lembut. Dia mendekat. Pipi Raina yang berada dalam dukungan Dilhaq dikucup-kucup halus. Dilhaq mengelak bila dia rasa Rhea seakan sengaja mengucup dada bidangnya.

   “ Rhea, Haq.. Carl dah lama tunggu tu..” Suara laungan Tan Sri Razman menyentakkan pasangan itu. Raina yang berada dalam dukungan Dilhaq dicapai. Rhea bergerak ke arah pintu.

   “ Abah, bawa turun Raina ke bawah dulu boleh tak?” ujar Rhea dengan maksud tersirat. Tan Sri Razman yang faham hanya tersenyum penuh makna.

   “ Pujuk anak abah tu elok-elok..” Sempat lagi Tan Sri Razman berpesan. Rhea tergelak lucu.

   Hilang saja kelibat Tan Sri Razman, pintu kembali ditutup.

   “ You ni jenis tak boleh duduk diam ke?” Tiba-tiba. Rhea dah buat muka pelik.

   “ Kenapa?”

   “ You kan masih dalam pantang. Usia Raina baru dua minggu..” ujar Dilhaq. Rhea tersenyum. Dalam rajuk-rajuk Dilhaq, masih sudi mengambil berat.

   “ Merajuk lagi ke, Tengku Adzqil Dilhaq?” soal Rhea mengalih topik. Dilhaq mencebik.

   “ I tak merajuk, okey?”

   “ Betul ni? Pasal nama, Raina?”

   Dilhaq berdecit.

   “ You kan tak nak anak you fobia macam I..” sindir Dilhaq. Majalah kereta yang berdekatan dicapai. Rhea tersengih.

   “ Tapi.. I rasa suami I dah kurang fobia kan?”

   Ayat yang menarik perhatian Dilhaq.

   “ Maksud you?”

   Yelah.. hari tu you tak perasan ke waktu I bersalin, you tak takut langsung tengok darah? Siap bagi kata-kata semangat untuk I lagi..”

   Mendengarkan ayat-ayat Rhea, Dilhaq kunci bibir.

   Dia tak takutlah sebab waktu tu dia tengah cemas plus bahagia tahap petala ke lapan.

   “ Waktu tu I tengah cemas..” sahut Dilhaq membalas. Rhea sengih lagi. Pipi encik suami diapit dengan telapak tangan.

   “ You cemas sampai nak menangis kan?” usik Rhea. Dilhaq ketap giginya rapat.

   “ Ni tak habis-habis nak sindir I lagilah ni? Nak cakap I lembik pula..” dengus Dilhaq lalu pelukan Rhea pada pinggang dilerai perlahan.

   “ Tengku Raina Dinnirah binti Tengku Adzqil Dilhaq.. fuh, panjangnya nama anak kita..”

    Rhea masih menantikan reaksi encik suami. Seketika..

   “ Tengku Raina Dinnirah?” soal Dilhaq kepelikan. Rhea angguk penuh makna.

   “ Bukan ke Tengku Raina Athifa?”

   Rhea geleng.

   “ Kenapa?”

   “ Saja nak gabungkan pangkal nama you dan I..”

   Dilhaq buat muka beku.

   “ Tak takut Raina lembik macam I nanti?” Masih lagi menyindir. Rhea gelak manja.

   “ Lembik atau tak, bukan bergantung pada nama. Tapi pada diri kita sendiri. Kalau betul kita nak ubah kekurangan kita tu, tentu boleh. Dan sebetulnya.. hari tu I sengaja aje nak mengusik you..” Tulus kata-kata Rhea. Bahu encik suami diusap.

   “ Tapi, I memang lembik..” Dilhaq sudah mula ke ton sedih.

   “ Hei.. pandang sini kejap..”

   Dilhaq akur.

   “ Kalau betul suami I lembik, Raina tak ada tau..” usik Rhea dengan maksud tersirat. Dilhaq sudah terbuntang biji mata. Sesaat, dia sendiri yang ketawa dengan usikan Rhea.

   “ Dah senyum pun suami I ni. Kalau tak, hari-hari dia layan Raina aje..” Mulut Rhea berkicau lagi.

   “ Dah you dengan umi seronok sangat ejek I hari tu..”

   “ Alah.. I baru tahu suami I ni cepat sentap rupanya..”

   “ Apa? Ingat lelaki tak pandai merajuk? Lelakilah kalau merajuk, memang payah nak pujuk tau?” Dilhaq berhujah.

   “ A’ah.. contoh dah siap depan mata. Dua minggu merajuk dengan I, tak penat eh?” Hujung hidung Dilhaq dicuit manja. Dilhaq senyum.

   “ I merajuk dengan orang I sayang aje..” sahut Dilhaq manja. “ Tapi.. sayang, fobia I memang dah kurang sekarang ni kan?” Soalan tiba-tiba.

   Rhea buat-buat berfikir. Seketika, jari telunjuk dengan ibu jari didekatkan.

   “ Sikitlah..” komen Rhea. Dilhaq mengeluh.

   “ Sikit aje?” soal Dilhaq.

   “ A’ah.. secoet aje..”

   Semakin cemberut wajah Dilhaq.

   “ I dah usaha habis baik dah, sayang.” Dilhaq mengeluh.

   “ Takkanlah nak berubah sekelip mata kan? Tentu lama-lama fobia you tu hilang terus..” pujuk Rhea menyedapkan hati Dilhaq. Tak semena, Dilhaq sudah tersengih panjang.

   “ Kenapa senyum macam tu?” soal Rhea.

   “ Sebab I dah dapat cara nak hilangkan fobia I ni..”

   “ Oh, really?” Rhea teruja.

   Yeah..”

   How?”

   “ You kena bersalin tiap-tiap tahun dan make sure I ada dekat dalam labor room.. auch!” Dilhaq sudah berdesis sakit.

   Perut yang diketam kuat oleh tangan halus Rhea diusap-usap.

   “ Penatlah I macam tu..” omel Rhea dengan memek muka tak puas hati.

   “ Tapi.. kalau dengan cara tu fobia suami I boleh hilang.. why not?” Sambung Rhea menyebabkan Dilhaq sudah terlopong.

   Seketika.. Dilhaq sudah ketawa sakan bila dia lihat Rhea menjungkit-jungkitkan keningnya. Tahulah dia, Rhea sedang bergurau.

   Rhea Adelyna, doktor sakit puan yang sangat kental orangnya. Hadirnya dia untuk melengkapkan kekurangan Tengku Adzqil Dilhaq. Dalam dia tidak sedar, rupa-rupanya kehadiran Rhealah banyak membantu dia untuk mengurangkan penyakit fobia ni.

    Kalau dilihat pada nama, tentu ramai tak sangka pemilik nama unik, Tengku Adzqil Dilhaq ni takutkan darah dan lembik orangnya.

   Tapi, betullah kata Rhea..

   ‘ Lembik atau tak, bukan bergantung pada nama. Tapi pada diri kita sendiri. Kalau betul kita nak ubah kekurangan kita tu, tentu boleh.’

    Dilhaq tersenyum mengingatkan kata-kata Rhea. Dalam hati dia bertutur..

    Allah lengkapkan kita berpasangan. Supaya Dilhaq boleh lengkapkan kekurangan Rhea dan Rhea boleh lengkapkan kekurangan Dilhaq..

TAMAT


21 comments:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah.. terima kasih bce.. sama2

      Delete
  2. Best2.sy suka bc gaya penulisan hana,best dan x kebudakan.tp kan,knp mostly cerpen dan enovel hana mesti hero tu anak datuk/tan sri,pangkal nm pulak mesti ada tengku dan syed?ramai je org yg bukan anak datuk atau tan sri tp berjaya dlm hidup.kdg2,bila novel melayu selalu sgt hero guna anak datuk tan sri bagai ni,sy rs agak xberpijak di dunia nyata.harap hana xterasa dan semoga hana terus sukses dlm penulisan-nur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah, thanks bce n sudi komen. err.. pasal part tengku, rsenye bru dua org kan? tengku farish dgn yg ni. syed pulak. bru syed adryan.. tp btul kata sis.. selalu sgt anak datuk.. hehe.. kalau xnk ank datuk, karya ketiga hana.. dia suami tak dirncg, dinzly bukan anak datuk.. :)

      Delete
  3. Terima kasih Hana, best, ibu suka

    ReplyDelete
  4. thank you..sangat menarik plot citer..harap ada yang terbaik dari yang terbaik lagi.. ^_^

    ReplyDelete
  5. Best..Selama ni jadi silent readers je but now tak lagi.. hehe Setelah sekian lama tunggu en3, lastly akk update juga :D

    ReplyDelete
  6. Rindunya dengan entry kak hana . akhirnya .

    ReplyDelete
  7. Rsanya mcm nak tgk drama tuh pula .. heheh :) Lucu ..

    ReplyDelete
  8. wah...best giler cerpen ni..sukalah dgn watak Dilhaq..

    ReplyDelete