PeNgiKuT sEtiA..
Wednesday, September 25, 2013
Order Atas Talian 'Drama Queen vs Kutu Buku' dibuka sekarang!
Sukacita Hana ingin maklumkan order untuk atas talian bagi novel pertama hana sudah dibuka sekarang. Untuk menjadi pembeli online bagi novel ini, boleh inbox ke facebook JS Adiwarna atau layari laman web ni http://www.jsadiwarna.com/
Bagi yang sudi menyokong Hana, ribuan terima kasih hana ucapkan. Segala info untuk harga berkaitan dengan novel ini, sila rujuk pada link yang telah Hana sediakan di atas. Hrp sesiapa yang sudi beli karya Hana ni terhibur dan berpuas hati dengan hasil tulisan Hana. Mudah-mudahan..
Terima Kasih.. (",)
Tuesday, September 17, 2013
SINOPSIS 'NUR' KASIH (NOVEL)
SINOPSIS
‘NUR’ KASIH (NOVEL)
OLEH : HANA
EFRYNA
Perkahwinan termeterai. Hanya kerana hubungan
perniagaan yang termaktub di antara kedua-dua belah keluarga. Nasrul Haq dan
Qaireen Hanania diijabkabulkan.
Masing-masing rela lantas kedua-duanya punya prinsip yang mudah tentang
perkahwinan. Bagi mereka, kahwin atau tidak.. sama aje. Dek sibuk dan taksub
dengan dunia perniagaan, kata sepakat diambil dan akhirnya dua hati bersatu.
Perkahwinan mereka bagaikan dingin tanpa penyeri.
Langsung tiada gurau senda, tiada gelak ketawa.. kaku saja mengikut rentak
bahtera. Haq dengan dunianya, dan Qaireen dengan dunianya sendiri.
Masing-masing tidak punya masa bersama. Namun, perkahwinan mereka bukan seperti
kahwin kontrak. Masing-masing bersedia melengkapi zahir dan batin. Cuma, satu
aje yang menjadi penghalang. Anak! Ya, mereka masih tak bersedia punya anak.
Sehinggalah suatu ketika, Qaireen disahkan hamil.
Ah, macam mana benih itu boleh melekat sedangkan Qaireen sudah mengambil pil
perancang? Dia alpa. Memang 99 peratus menggunakan pil perancang itu boleh
mengelakkan kehamilan, tapi tidak sedarkah Qaireen kebarangkalian untuk 1
peratus itu? Ya, rezeki Tuhan tiada siapa dapat menolak.
Qaireen~ Haq, I mengandung..
Haq~ What? Such that nonsense. I dah pesan kan, suruh you
ambil pil tu? You tak ambil ke??
Qaireen~ Dah.. but, benih ni tetap melekat. So, what shoul
we do??
Haq~ Gugurkan! I tak bersedia lagi. Dan I yakin you pun
sama. So, gugurkan! We are too young te have a baby!
Jalan mudah diambil. Kandungan itu digugurkan. Hidup
mereka bagaikan tiada ‘nur’. Tiada cahaya. Malap tanpa penyuluh. Kabur sehingga
mereka rebah berkali-kali dalam mencari redha milikNya. Haq dengan dunia kelab
malamnya, Qaireen dengan dunia hiburannya.
Dua kali Qaireen disahkan mengandung dan dua kali
juga dia menggugurkan kandungan itu. Sehinggakan sampai suatu masa, Haq sudah
mula bersedia untuk punyai zuriat. Qaireen juga beranggapan sama. Masing-masing
sudah bersedia ke arah itu. Namun, suratan Ilahi itu tidak bisa kita ketahui.
Dugaan mula melanda bila berkali-kali mereka mencuba, Qaireen masih tidak
disahkan mengandung. Inilah kata orang tua, bahana bila kita menolak tuah..
Qaireen~ Kita dah cuba, kenapa hasilnya tetap sama?
Haq~ I pun tak tahu. Mungkin sebab berkali-kali kita menolak
rezekinya..
Akhirnya hidup Qaireen teruji bila dia sendiri
terpaksa mengambil kata putus. Si suami juga sudah mula mendesak untuk punyai
zuriat. Pelik! Ketika pemeriksaan, dia dan si suami tidak punya masalah. Tapi,
kenapa mereka masih tidak berpeluang untuk kali ketiga?
Qaireen~ Haq, you kahwinlah dengan perempuan lain. Dah tiga
tahun kita mencuba, kita tetap tak berjaya juga. I rela.. I tahu you dah
bersedia untuk gelaran ‘papa’. Carilah perempuan yang boleh bagi you anak. I
dah berkali-kali gagal. Tiga tahun, Haq. Bukan singkat waktu tu..
Hidup Qaireen musnah bila si suami sudah melafaz
akad untuk kali kedua. Dalam perit, dia pasrah. Inilah takdirnya. Apa yang dia
harapkan, semoga nur kasih itu masih terpancar buat dirinya yang kerdil ini.
Khilaf semalam, khilaf yang pernah dia lakukan.. semoga ada cara untuk dia
jernihkan segalanya. Mudah-mudahan..
NOTE : Hana perlukan review pembaca hana. mudah-mudahan ada yang sudi drop comment dr sudut nama hero, tajuk novel. jalan cerita pun ye jg.. hana hrp sgt2 ni tau? thanks bg kerjasama.. :)
Sunday, September 1, 2013
Izinkan Aku Mencintaimu Bab 2
BAB
2
Datin Zetty masih
lagi menarik sekujur tubuh genit itu. Sampai sahaja di meja yang terletak di
sudut kiri halaman rumah sewa Emiera, tubuh Emiera ditolak kasar. Terpana gadis
itu dengan tingkah Datin Zetty yang seperti harimau nak menelan mangsanya. Datin
Zetty benar-benar rasa tercabar.
Sudah hampir lima bulan Qaiser tidak pulang
ke rumah. Sangkanya anaknya itu hanya menguji dia. Tapi, jelas keputusan Qaiser
tekad. Lantaran sakit hati, dia menjejakkan kaki ke sini. Dia tak boleh biarkan
Emiera menang sebab dia lagi berhak untuk mempengaruhi Qaiser. Bukan perempuan
tak guna ni!
Emiera hanya mampu berdoa di dalam hati.
Sedikit gentar dia melihat amukan bekas ibu mertuanya. Tangan yang berbekas perit
digosok perlahan sambil matanya mencari riak tegang Datin Zetty. Rasa gerun
dengan pandangan itu menyebabkan Emiera menjatuhkan wajah. Merenung rumput di
kaki.
“ Kau ni memang tak serik-serik. Apa kau dah
buat pada anak-anak aku, hah??” jerkah Datin Zetty bengang. Emiera panggung kepala.
Apa yang dia dah buat?
“ Miera buat apa, mama?” soal Emiera dengan
getar halusnya. Belum sempat dia nak menebak, pipinya sudah menerima habuan.
Datin Zetty senyum sinis.
“ Boleh kau pura-pura tak tahu, kan? Hei
sundal, kalau bukan sebab kau.. Qais takkan keluar dari rumah aku. Qais tak
pernah melawan cakap aku. Tapi, semenjak kemunculan kau dalam hidup kami,
anak-anak aku semua jadi kurang ajar. Apa kau dah buat, hah? Kau guna-gunakan
Qais ke??” Meledak kuat suara Datin Zetty. Emiera terpempan. Subhanallah..
sungguh dia tak pernah melakukan perbuatan terkutuk itu.
“ Ma..”
“ Aku bukan mama kau! Dasar anak yatim tak
sedar diri!!” hina Datin Zetty. Wajahnya jelas menyatakan benci pada Emiera.
Emiera telan kata-kata itu. Hinakah aku kerana yatim piatu? Miera tak minta
lahir untuk jadi yatim piatu. Miera tak pernah minta, mama. Hatinya berbisik.
Air mata bertakung. Baru dia nak bersuara, sudah ada suara lain menemani
mereka.
“ Mama! Enough!!”
Suara seseorang membuatkan pandangan Emiera berkalih. Sebaik saja wajah lelaki
yang kemas dalam pakaian pejabat itu ditatap, air mata yang tadi bertakung mula
gugur satu-persatu. Fuad Qaiser!
Dilihatnya Qaiser sudah melangkah padanya
bersama wajah yang tegang.
“ Mama tak ada hak nak tuduh Miera macam tu.
Semuanya kehendak Qais..” Tegas Qaiser. Tubuh Emiera ditarik lalu di dorong
untuk berdiri di belakangnya. Bimbang andai Datin Zetty akan mengasari tubuh
itu pula. Emiera hanya menikus di belakang. Rasa takut yang tadi bergelodak
mula surut. Dia tahu kehadiran Qaiser akan menyelamatkan dia. Terima kasih,
abang.. ucap Miera tulus. Belakang susuk tubuh sasa itu direnung seketika.
“ Qais, sampai bila Qais nak pertahankan
perempuan ni?? I’m your mother! Lima
bulan mama tunggu Qais datang jumpa mama, minta maaf. Tapi, sampai sekarang
Qais masih sebelahkan dia??” Datin Zetty tayang wajah meluat. Qaiser raup
wajahnya perlahan. Kusutnya situasi dia sekarang. Antara mama dan Emiera. Ah,
mana satu dia harus pilih?
“ Qais tahu, ma. Tapi, ini pilihan yang mama
bagi pada Qais. Qais dah pilih dan Qais takkan berganjak melainkan mama terima
Mi..”
“ No!
Takkan sesekali mama terima perempuan yang sebabkan kematian adik kau!” Emiera
rasa tubuhnya hendak tumbang menyembah bumi. Tuduhan mama terlalu berat. Qaiser
pejam mata. Bukan salah dia, ma.. bukan! Berapa kali Qais nak jelaskan pada
mama? Bukan salah Miera. Mungkin ini masanya, ma. Qais akan jelaskan semuanya..
monolog Qaiser separuh nekad.
“ Bukan Miera yang..”
“ Abang..” Emiera sudah menghalang. Dia menggeleng-geleng
pada Qaiser. Dia tahu apa yang Qaiser bakal sampaikan. Qaiser mendengus keras.
Emiera tak habis-habis nak halang dia untuk berterus-terang!
“ Mama should
know, Miera. Sampai bila Miera nak telan semua kata-kata mama?” soal Qaiser
perlahan. Bimbang suaranya bakal didengari oleh Datin Zetty. Emiera tetap
geleng. Dan kali ini, Qaiser rasa nak hantuk kepalanya ke dinding. Arghh!! Dia
tertekan.
“ Qais, kalau Qais masih ada rasa hormat
pada mama. Balik rumah kita dan mama nak Qais putuskan apa saja hubungan dengan
perempuan ni!!” Datin Zetty masih dengan suara bongkaknya. Qaiser benar-benar
serabut tika ini. Wajah mamanya dipandang diselang-selikan dengan wajah Emiera.
Dia menunduk seketika sebelum mula membuka mulut.
“ Qais takkan pulang selagi..”
“ Baik, tapi Qais perlu serahkan Que Holding
pada mama!!” ugut Datin Zetty berang. Qaiser pandang wajah mamanya dengan riak
tidak percaya.
“ No,
Qais ada hak dalam syarikat tu. Arwah papa dah serahkan pada Qais and that was my responsibility. I have
promised to papa, ma.” Tegas Qaiser
lagi. Wajahnya bersungguh-sungguh. Tak, dia takkan ikut cakap mama. Bukan
kerana dia tak sanggup hidup susah. Dengan kelulusan dia ada, memang senang
untuk dia mendapat pekerjaan di luar sana. Tapi, ini satu amanah. Sama seperti
Emiera. Amanah yang ditinggalkan untuknya.
“ Jadi, Qais pilih dia daripada mama??” tuding
jari Datin Zetty pada Emiera setelah agak lama diam dengan kata-kata anak
terunanya. Memang Qaiser berhak atas Que Holding kerana Qaiser merupakan pemegang
saham terbesar di dalam syarikat itu. Dan dia memang tak punya hak untuk
mengugut Qaiser. Dia sedar akan hal itu!
Qaiser hanya diam dan tanda kebisuan Qaiser
memberi satu jawapan pada Datin Zetty. Datin Zetty gelak yang jelas
dibuat-buat. Sudut hatinya kecewa dengan keputusan si anak. Rasa tercabar!
“ You
are just too much, Qais. Qais memang pilih dia kan? Baiklah Qais, mama
harap Qais tak menyesal. Ingat Qais, mama tekankan. Anak mama yang bernama Fuad
Qaiser dah mati. Mati dalam hati mama! Jangan Qais berani jejak rumah kita lagi
walaupun mama dah mati! Kali ni, mama takkan jejak Qais lagi. Ini juga yang
Qais nak kan??” Serentak itu, Datin Zetty melangkah dengan wajah kecewa.
Qaiser melorot jatuh ke tanah. Ya Tuhan..
sungguh dugaan ini berat. Tanpa sedar, air mata dia jatuh setitis. Emiera pula
sudah teresak-esak di sisi Qaiser. Dia memang hanya membawa bala.. betul kata
mama. Hati Emiera membisik sendiri.
“ Mama, ampunkan Qais..” Sendu suara Qaiser
membuatkan simpati Emiera tumpah pada wajah itu berkali-kali. Semua ni salah
Miera, abang..
“ Miera minta maaf. Tapi, abang tak sepatutnya belakangkan mama
sendiri. Kenapa makin keruhkan keadaan, bang?” soal Emiera tertahan-tahan. Cuba
menahan sebak yang semakin bergayutan. Qaiser masih menunduk. Dapat dia lihat
wajah tampan itu yang nampak berserabut. Sekilas Qaiser angkat wajah, Emiera
terkaku. Masih ada air mata pada wajah itu.
“ What
should I do, Miera? Abang dah buntu. Abang hanya ikut kata hati abang..”
rintih Qaiser. Kali ini, Emiera tidak lagi nampak Qaiser yang gagah sebagai
seorang lelaki.. tapi hanyalah seorang Qaiser versi kanak-kanak yang bagaikan
kehilangan seorang ibu. Ya, memang hakikatnya. Qaiser sudah kehilangan Datin
Zetty.
“ Abang.. kata hati
kadang kala membinasakan. Abang tak perlu berkorban untuk Miera. Miera masih
boleh teruskan hidup Miera. Pulanglah, bang. Pulang pada mama.” Emiera memujuk.
Qaiser tegakkan tubuh.
“ No, Miera. Miera tahu kan kesannya? Kita
dah tak boleh berhubung. You. Me.. takkan boleh berhubung sampai bila-bila.”
Suara Qaiser naik satu oktaf. Serius!
“ Abang,
mama lebih penting. Miera ni hanya orang luar, bang. Kalau diikutkan, tak ada
sebab kenapa abang nak pertahankan Miera.”
“ Siapa
cakap?? Miera tanggungjawab abang. Have
you forget enough? Arel dah amanahkan Miera pada abang. Miera, amanah orang
jangan dibuat main. Abang takkan mungkir janji. Itu janji terakhir abang pada
Arel. Arel pergi bukan sebab Miera. Kalau bukan sebab Miera, abang pun takkan
ada di sini..” Suara Qaiser kembali sayu. Emiera tarik nafas panjang. Dia ketap
hujung bibirnya. Menahan sebak.
“ Miera tak
nak abang ungkit hal tu. Miera tak nak mama tahu, abang..” celah Emiera. Qaiser
duduk tersandar. Wajah yang berserabut diraup berkali-kali.
“ Tapi, ini
takdir Miera. Bukan salah Miera. Miera tahu kan??” Kasar sedikit suara Qaiser.
Emiera menggeleng juga.
“ Please, jangan ungkit. Miera tak nak
dengar, bang. Semua tu dah tak penting.” Suara Emiera sudah merayu. Qaiser
hilang punca. Here we are, Miera.
Kita tak pernah akan leraikan kekusutan ni selagi Miera masih kekal dengan
pendirian Miera. Oh, god!
“ Apa Miera
cakapkan ni? Tak penting? Miera tentu bergurau, bukan?” Sinis suara Qaiser.
Mudahnya Cempaka Emiera bercakap!
“ Apa pun
yang abang nak cakap, Miera tetap dengan pendirian Miera. Kita dah setuju,
abang..”
“ Yeah..
memang. But, abang tak pernah setuju.
Miera yang paksa abang. Kenapa nak buat abang terus rasa bersalah, Miera? Abang
tak sanggup tengok orang yang tak bersalah dihukum terus,” jerkah Qaiser tanpa
sedar. Terangkat bahu Emiera dibuatnya. Perlahan-lahan Emiera menunduk. Qaiser
yang perasan perubahan wajah itu pantas mengeluh kesal. Wajah diraup
berkali-kali.
“ I’m so sorry, Miera. I didn’t mean it..” Qaiser bersuara
perlahan. Wajahnya sudah berubah. Ada rasa kesal, simpati dan geram pada
Emiera.
“ Tak apa,
abang. Miera letih. Miera nak masuk rehat..” Belum sempat Emiera hendak
berlalu, Qaiser sudah laju bersuara.
“ Miera!”
Emiera berpaling. Wajah Qaiser direnung. Lelaki itu nampak ingin berkata-kata.
“ Miera nak
rehat, Miera pe..”
“ Marry me, Miera. Biar abang jaga
Miera..” Dan kata-kata Qaiser buat Emiera yang belum sempat nak habiskan kata
terus rasa diri dia melayang-layang. Gila!
“ Jangan
bergurau, abang! Miera baru saja lepas edah!” Emiera jelas terkejut dengan
kata-kata Qaiser. Tinggi sikit nada yang digunakan.
Gila.
Memang gila. Apa tidaknya.. baru saja dia melepasi edah kematian suami, kini
dia dilamar pula? Paling tidak dapat diterima akal, oleh abang kepada arwah
suaminya? Ya Tuhan..
‘ Dan mereka-mereka
yang meninggal dunia di antara kamu sedang meninggalkan isteri-isteri,
hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (bereddah) selamat empat bulan
sepuluh hari.’ (Al-Baqarah 2:234)
“
Abang tak bergurau, Miera. Abang takkan main-main soal kahwin..” Keras nada
Qaiser. Wajahnya jelas serius. Emiera sudah mula rasa kepalanya
berdenyut-denyut.
“ Maaf,
bang. Miera betul-betul pening sekarang. Miera nak rehat..” Baru Emiera nak
melangkah, suara Qaiser berkumandang lagi.
“ Then.. I will wait, Miera. I will
wait until you are ready to give me a chance. I want to be your husband, Miera. Yang halal..” Sekali lagi,
jantung Emiera bagai hendak tercabut dari tangkai. Qaiser benar-benar dah..
gila!!
“ Are you out of your mind??” Melengking
suara Emiera. Dia sudah berpusing kembali menghadap Qaiser. Matanya melotot.
“ No, I’m not. Abang cintakan Miera. Sejak
kali pertama Arel bawa Miera ke rumah mama. Tapi, abang sedar diri. Miera bakal
jadi hak Arel. Sebab tu, abang pendam perasaan abang. Sekarang, abang nak jaga
Miera. Abang buat semua ni bukan sebab amanah arwah saja. But, I do really love you.” Wajah Qaiser dah menunduk. Bagaikan sedang
menahan perasaan yang bercantum seribu satu rasa.
“ A.. apa
abang cakap?” soal Emiera bagaikan tidak percaya. Qaiser tenung wajah Emiera.
Renungan yang menyatakan bahawa dia memang benar-benar sukakan Emiera. Ikhlas!
“ I have fallen in love with you, for the
first day we met..” Ulang Qaiser lagi. Sangat tenang. Dan sesekali suaranya
bagaikan berbisik halus menembusi dinding hati Emiera.
Emiera
terundur setapak ke belakang. Betul ke apa yang dia dengar? Kenapa baru
sekarang dia tahu semua ni?? Lututnya mula menggigil kuat. Begitu tenang
kata-kata lelaki itu. Ah, tak mungkin! Cepat sedarkan dia dari mimpi ngeri ini!
Qaiser
duduk
merenung langit. Badan disandarkan pada kereta Subaru BRZ miliknya. Bibir mula
tersungging senyuman hambar. Kalau dulu, seringkali dia melepak di sini bersama
arwah Qairel. Itu pun bila si adik yang memaksa. Puas sudah mendengar bebelan
mama, memang ke sinilah tempat dia dan arwah melepaskan tekanan. Mama dari dulu
lagi memang terlalu protective akan
adiknya walaupun arwah agak keras kepala berbanding dia yang lebih mendengar kata.
Untung badan.. memang Qairel ditatang bagai minyak yang penuh. Tapi, tak
dinafikan dia dan si kembar juga mendapat perhatian sama.
Arel..
betul ke apa abang buat ni? Soal hatinya. Terngiang-ngiang kata-kata Qairel
sebelum adiknya menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dan tangan inilah yang
digenggam si adik sebelum tangan kekar itu terkulai layu membawa erti roh
Qairel sudah berpisah dari jasad. Mata dipejam. Setitis air mata gugur.
‘Arel tahu
a.. abang sukakan Miera. Dari mula Arel.. Arel dah tahu. Kalau Arel tak ada
nanti, jaga Miera. Kalau perlu, jaga Miera lebih daripada Arel buat. Arel
serahkan Miera pada abang.’
Kata-kata
terakhir Qairel sebelum si adik menyahut seruan Ilahi setelah tiga hari
bertarung dengan maut. Perginya Qairel kerana mengalami kecederaan dalaman yang
teruk disebabkan kemalangan itu. Doktor sahkan jantung dan hati Qairel separuh
hancur dan hayat adiknya tidak lama. Mujur dia sempat sedar setelah satu hari
dia terlantar kaku di atas katil hospital.
Kuasa
Tuhan, sewaktu kemalangan.. Emiera hanya mengalami cedera ringan. Menyedari
hakikat itu, bibir berkali-kali mengucap syukur kerana kalau bukan disebabkan
pengorbanan Emiera, dia takkan berada di sini. Terima kasih, Miera. Hanya nyawa
abang yang boleh membalas jasa Miera..
Langit yang
gelap terus direnung dengan hati yang kacau-bilau. Melihat bulan yang bersinar
terang, hati yang galau tadi sedikit beransur tenang. Dia pejam mata. Dan sekali
lagi kata-kata arwah bergema. Qaiser kembali membuka kelopak mata. Hati mula
bermonolog.
Miera..
abang betul-betul sukakan Miera. Izinkan abang untuk pegang hati Miera sama
seperti arwah Qairel.. desis hati Qaiser lagi dan tanpa kata, dia bangkit dari
bersandar. Pintu kereta sebelah pemandu
dituju. Dia perlukan tenangkan diri! Dia perlu meminta petunjuk Ilahi. Jalannya
hanya satu. Menadah tangan dan teruslah berdoa. Semoga cahaya petunjuk itu akan
sampai kepadanya. Mudah-mudahan..
Subscribe to:
Posts (Atom)